Sunday, November 15, 2009

di sini aku

salam alaika.....

alhamdulillah. segala puji hanya layak untuk DIA...
dengan izin dan rahmat-NYA, cik aa diberi peluang lagi untuk menghirup udara yang ada even ada sedikit pencemaran...

cik aa sangat bersyukur kerana langkah cik aa terus mara ke hadapan, belum lagi gostan...
cik aa diberi peluang untuk mencari rezeki dalam bidang yang telah cik aa pelajari. dulu jadi pelajar, sekarang sudah mengajar. memang berbeza situasinya...
aduhai, semoga cik aa diberi kekuatan untuk menghadapi segala rintangan dan dugaan yang mendatang dengan hati yang tabah dan sabar... amin..

Tuesday, November 10, 2009

KETIKA KAKI MELANGKAH

SALAM.....
MOGA SEJAHTERA SENTIASA MENYELUBUNGI HARI-HARI KITA....
AMIN

right now, cik aa in a new place...
where?
hahaha..
cik aa sekarang ada di smk. di mana tu? buka google earth, and search it.
betapa luas dan indahnya tempat cik aa dibuangkan... sekolah pun lawa.
harapan,
moga student baik...

Monday, September 7, 2009

dengan izin-NYA

semoga kesejahteraan sentiasa melimpahi hidup kita

semoga amalan ramdhan kita diterima oleh-NYA

maybe this is the last entry for this time until cik aa can online in the other day - insyaALLAH.
when cik aa back to her home sweet home-there is no more internet or the other we can communicate via 'alam maya'.

so (in sad mood-without tear but the rain from the eye still want to falling down) cik aa will not online until the time come...
miss u all..

this is the first time cik aa celebrate the hari raya puasa in the homeland...
oh.. my.. cik aa pun sudah lupa macam mana nak merayakan hari raya puasa setelah empat tahun tidak pernah merayakannya. mesti canggung... sebelum ni asyik beraya di perantauan saja-lain suasana dan sambutannya..
tak sabarnya nak sambut.
after this, mesti rindu balik dengan sambutan raya di tempat orang.

fly fly

salam ramadhan

i believe i can fly
i believe i can touch the sky

..... believe me- i can fly via butterfly...
.....trust me- i can touch the sky using the balloon...

cik aa akan berangkat esok... bermula lagi perjalanan, same like before.
harap-harap ini bukan yang terakhir.. akan ada hari lain yang akan menyusul

diawal ketibaan cik aa datang by mas dan balik pun macam tu juga. gap antaranya naik airasia sahaja. sesungguhnya peraturan DIA adalah yang terbaik...

ok semenanjung.. jika ada umur yang lebih, jika DIA memberi rezeki yang lebih, jika ada masa yang lebih, jika ada kekuatan yang lebih-isyaALLAH cik aa akan datang semula ke sini...

Saturday, September 5, 2009

last

hei...

erk... soryyy

assalamualaikum. semoga ramadhan kali ini lebih baik dari bulan-bulan sebelumnya.

adeh...cik aa tengah sedih ni...
last day(mean-fridAY) is my last serve in Mutiara Kasih development sdn bhd. so sad....
actually very sad. yelah, di sinilah tempat pertama cik aa kerja secara serius semenjak cik aa menjadi orang. sebelum ni, kerja on-off lepastu sekejap saja.

di MKD, cik aa pun tak sangka, sudah hampir 4 bulan(habis praktikum cik aa terus kerja) cik duduk dalam ofis dan menjadi salah seorang ahlinya. sedihnya lepas ni. entah bila lagi dapat bersua dengan semua staf..

air mata dah nak mengalir ni, tapi tersekat sebab-tak sanggup nak nangis. ialah... tempat yang kita jatuh kita boleh ingat, inikan pula tempat pertama kita kerja..... memang akan tersemat dalam ingatan untuk selamanya. ingatan kekal ni. insyaALLAH, tidak akan didelete even kena format.

untuk hari-hari yang mendatang, cik aa berharap semoga mendapat tempat kerja yang baik sama seperti sebelum ini. amin....

last night cik aa berbuka di rumah keluarga angkat, the last cik aa datang sana. di sana pun cik aa nak nangis, yelah... mereka tempat cik aa dan anak-anak perantauan yang senasib mencurahkan air mata kala raya tiba. hanya tempat merekalah kami diceriakan di hari raya... terima kasih untuk keluarga angkat, kalau ada jodoh dan pertemuan antara kita... insyaALLAH akan ketemu lagi.

Thursday, September 3, 2009

kembali

salam ramadhan..

semoga kesejahteraan sentiasa berada bersama kita.
semoga hikmah ramadhan dapat kita nikmati

setelah beberapa hari berpuasa, baru kali ini cik aa menjengah blog kembali.

sudah beberapa kali cik aa menjengah Bazaar ramadhan di sini, tapi tidak pernah sekalipun terserempak dengan orang yang cik aa kenal.
kuasa ALLAH, sesungguhnya pertemuan itu memang diatur oleh DIA. selepas balik dari menara celcom(tak tahu di mana tempatnya, yang cik aa tahu, dekat dengan Panggung Budaya, Balai Seni Lukis Negara, PNM and etc) cik aa dan rombongan cik wa pegi membeli-belah di bazaar. memang banyak lah yang diborong.
terserempak dengan prof(pensyarah yang paling baik) tapi apa yang kami nampak (cik aa & cik wa) prof semakin kurus. he still remember us, cuma tak ingat dalam sem berapa. muka kami pun dia dapat cam... thanks prof, 4 all thing yang prof perkenalkan pada kami.

cik wa asyik lah dok puji prof....
"Betul ni prof,u are still handsome..."

semua orang akui, prof adalah orang yang mempunyai rupa paras yang kacak. semua orang kata, masa muda dia pasti lebih handsome. semua kami pernah mempunyai hasrat untuk melihat wajahnya ketika muda. ialah, kalau sampai dah nak bersara pun still handsome.. pasti dulu lebih handsome. kawan-kawan cik aa kalau nampak dia pasti akan sebut prof tu handsome...
ada kacukan arab + hindi...

Saturday, August 8, 2009

ALLAH selamatkan kita

ALLAH selamatkan kamu
ALLAH selamatkan kamu
ALLAH selamatkan kalian semua
ALLAH selamatkan kamu...

cik aa dah tak tahu apa lirik seterusnya. memanglah sebab 1st time cik aa dengar lirik tu. panjang lagi sebenarnya...

terharunya cik aa, seumur hidup inilah pertama kali orang menyanyikan lagu ramai-ramai sempena hari jadi cik aa. so touching... wah nak nangis time dengar mereka dan keluarga mereka menyanyikan lagu ini kepada orang yang disambut hari jadinya. sungguh terharu sampai nak potong kek pun rasa gementar. thank you so much kepada keluarga cik wa for this loving service. sudi untuk sambut hari lahir cik aa dengan kek daripada secret recipe. tqvm. love you all.

kepada teman -en. lat... cik aa minta maaf banyak-banyak. bukan tidak sudi untuk datang ke majlis konvo en. lat, tapi ada kekangan yang menghalang. so sorry... just wishing congrats saja.

Friday, August 7, 2009

HAPPY BIRTHDAY

HAPPY BIRTHDAY TO ME 3X

SELAMAT ULANG TAHUN

SELAMAT HARI JADI

I WISH YOU... MORE PRETTY(perasan), MORE RICH(macam mana kalau tak usaha), MORE SUKSES...
MORE TUA ADALAH

ceh... cik aa tengah mengira ni. tak habis-habis lagi dengan matematiknya.. asyik mengira sahaja (dulu dapat apa math?)

so, cik aa... sempena ulang tahun yang ke-? ni nak ucap something:-

1. cik aa nak ucap thanks/syukran kepada DIA yang memberi peluang dan ruang kepada cik aa untuk terus menumpang di bumi-NYA. masih menjadi khalifah-NYA. masih diberi peluang untuk menjadi hamba-NYA. syukran YA ALLAH atas nikmat usia yang KAU berikan. KAU redhai dan berkatilah usiaku agar segalanya memberi manfaat kepada diriku. YA ALLAH, KAU jadikanlah aku sebagai hamba-MU yang sentiasa bersyukur dengan nikmat usia yang KAU berikan kepadaku.

2. thanks to my parents-most welcome to them this sunday. selamat datang, mak & bapa ke tanah semenanjung ni sempena konvo cik aa. thanks for everything. for never give up to support me, until i'm done my study. sehingga berjelar seorang sarjana muda(insyaALLAH). terima kasih to my lovely parents for for everything you have done to me.... there a lot thing...to say but right know i only can say THANKS MUM & DAD... i love u so much... muahhhhh

3. to all my friend yang nak graduat minggu hadapan. TAHNIAH dan selamat meninggalkan alam kampus. semoga tabah menempuh alam perkerjaan pula. thanks kerana sudi menjadi teman cik aa di kala suka dan duka, sudi dengar celoteh cik aa, for that wishing.. adeh, kalau wish tu tak payahlah setkan sekali umur cik aa. tua sangat rasanya dengan angka tu...

4. for everybody who know cik aa-thanks guys-luv u all... MAY HIM BLESS US>

Thursday, August 6, 2009

kira 1, 2, 3...

salam nisfu syaaban

1...
2...
3...
satu-persatu jari yang ada pada tangan dikira. dari ibu jari sampailah ke anak jari.
wahhhh... tak sanggup nak kira. lusa dah harinya.
hari apa?
nak kahwinkah?
nak lari dari rumahkah?
nak cutikah?
nak pergi KLIA balik sabah?
no...no...no...
bukanlah. beberapa hari lagi cik aa akan meningkat usianya...
08/08 datang lagi.
tua dah cik aa... berapa ya umur? dua ...puluh....
kira sendirilah..
tak sedar. usia makin menginjak dewasa namun tiada perubahan pada diri yang boleh dibanggakan. apa yang anda lakukan saat usia mencecah ke satu tangga lagi?
enjoy +
cari life +
masih mencari diri +
@@@@@@@@@
menghitung hari- tak pernahkan kita menghitung hari untuk persediaan? hanya untuk kebaikan kita akan fikir- hari baik akan bakal menjelma. macam cik aa
-family nak datang
-kawan nak kena risik(masa hari lahir cik aa)
-nak konvo next week
-???

adakah anda terfikir bahawa usia sudah menginjak ke satu angka?

Wednesday, August 5, 2009

interview 1

salam syaaban...

esok adalah nisfu syaaban.... banyakkan amal - semoga diterima segala kebaikan kita

semalam balik dari interview... syukurlah kerana salah satu perkara yang membuat jantung cik aa berfungsi pada paras kelajuan 120 denyutan seminit kini sudah berlalu. lega-seleganya...
syukran YA ALLAH kerana segalanya berjalan dengan lancar. walaupun pada awalnya berlaku sedikit kegabrahan... tersesat... ceh padan muka cik aa, siapa suruh tak prepare awal-awal- pergilah buat lawatan sosial dulu sebelum pergi shoping(erk kantoi)

pagi-pagi dah buat risau sebab tak jumpa di manakah tempatnya. taxi driver pun tak tahu di mana tempat tu. so, singgahlah tepi jalan dan bertanya kat makcik-makcik yang ada di tepi jalan. mereka pun tak tahu, tapi katanya dalam sekolah ni ada juga PKG, tapi tak tahu kalau yang ini kamu cari. ada ramai saya nampak orang datang.... dan cik aa pun ?????

silap siapa sebenarnya, kami yang tak jumpa @ orang tempatan yang tak tahu @ KPM yang tak letak alamat penuh...?

don't blame anybody... yang penting dah selamat sampai.

jawab 135 soalan dalam masa 15 minit... bet me... because i can do that... cik aa orang pertama siap untuk ujian tu...(tapi lepas tu risau gila-hahaha... padan muka, jawab soalan tak baca soalan-bolehkah?)

soalan daripada penemuduga...

1. kamu nampak bermacam-macam juvana yang berlaku di sekeliling kamu, bagaimana kamu nak atasi?

2.apa langkah kamu untuk mengatasi masalah-masalah pelajar yang semakin meruncing?

3.bagaimana nak terapkan nilai patriotisme dan nilai murni dalam diri pelajar?

4. siapa nama ketua menteri sabah?

5. sila nyanyikan lagu negeri anda?- semua kawan gelak-kerana cik aa adalah orang terpilih untuk menyanyi(kata kawan-tak apalah, bila lagi nak nyanyi kalau tak ditemuduga-promot lagu negeri sekali)

penat-penat saja cik aa baca semua buku dan artikel yang berkaitan pendidikan, isu-isu semasa dan segala hal yang telah cik aa baca.
pengarah pelajaran negeri perak, KSN, menteri-menteri kabinet... habis dah cik aa baca (tapi kalau dia soal-tak boleh jawab juga) sebab semalam tak dapat tidur... dalam hotel banyak nyamuk... ikutkan hati nak pergi bakar....!!!

syukurlah kerana panel penemuduga cik aa dan kawan-kawan tak skema sangat seperti panel kedua. mereka disoal perkara yang sangat skema(FPK,PIPP etc)

sampaikan cik yatt(orang paling akhir) kena suruh baca doa qunut dan doa mandi wajib- 3 kali dia tanya balik, nak pastikan betul @ tak dia kena baca doa qunut dan 3 kali juga lah penemuduga tu angguk kepala

sebenarnya, semua itu bergantung kepada rezeki kita. ada DIA untuk menolong. setiap perkara ada impaknya, baik atau penuh cabaran.

Sunday, August 2, 2009

interview

salam syaaban-3 hari lagi menuju ke nisfu syaaban

ya ukhti... ya akhi...

walaweiiii.... hari selasa ni cik aa akan ditemuduga di Tasek,Ipoh(cik aa pun tak tahu di mana tempat ni, malah sempat lagi bertanya dengan penyambut telefon dari KPM, tanya di manakah letaknya tempat interview cik aa- nampaknya lepas ni cik aa kena hafal betul-betul peta Malaysia- buat apa tampal tapi tak baca----)

doakan lah semoga cik aa berjaya ditemuduga dan segalanya berjalan dengan lancar. buat teman yang dah melalui salah satu saat-saat genting ni, tahniah kepada anda. kepada mereka yang belum lagi dan akan menghadapinya-selamat dan semoga sukses....

aduhai... sudah beberapa bulan tak belajar. otak pun dah tepu. sekarang nak cairkan semula macam cairkan marjerin dikuali... ayoyo.. takkan nak pergi jemur otak pula, nak buang segala hama-hama yang menumpang.

baca buku semula dan segala isu yang berkaitan dengan pendidikan menyerupai keadaan cik aa saat exam final... tapi masa tu otak tengah mantap... sentiasa kena refresh. sekarang ni, otak dah disimpan di peti beku untuk berbulan-bulan tanpa dibuka.... (macam manalah keadaannya-tak sanggup nak fikir-nak berfikir pun sebenarnya jadi lain...malas.....)

buka internet and cari segala benda... sekali tengok macam dah kamus oxford benda yang sepatutnya cik aa baca.... terus melarikan diri... tak sanggup nak baca, tapi nak buat macam mana, kena baca juga.....

tolonggggggg.......................................

Saturday, August 1, 2009

ogos is here

salam syawal.....(ops.. terkedepan lah pula-tak sabar nak raya lah ni...)
salam syaaban ya akhi ya ukhti

julai baru melabuhkan tirai. ogos kini di depan mata...
sebenarnya tak sanggup nak hadapi.
Y?
coz....
malu pla.... cik aa akan semakin tua....
ayoyoyo... 0808 ni akan menjelma dalam beberapa hari lagi...
dan kala itu, usia cik aa akan meningkat setingkat lagi...
adehhhhh
selalu terlupa (actually sekarang umur cik aa berapa?- tolong kira...)
tak payahlah... nanti cik aa ambil kalkulator, kira sendiri... tak pun,
nanti cik aa pinjam sempua ah seng, kira berapa umur cik aa.

ogos... come again
its independent day...
apalagi sambutan ogos ya?

oh... ya.. nak dikhabarkan juga...
hari tu pergi rumah student, hantar barang. masa tengah hantar tu, ternampaklah penimbang berat badan.
cik aa pun testlah, nak tengok berapa berat badan.
sekali test, sungguh mengejutkan...
berat badan surut lagi.. baru planing nak tambah berat.. turun berkilo-kilo pula tu.
cik aa tanya kepada yang empunya penimbang,

cik aa ; rosakkah?
tuan punya : taklah.
cik aa : macam tipu saja
tuan punya : tak lah. ok saja kami guna.
cik aa : ????

Thursday, July 2, 2009

kita dan kehidupan

salam rejab...

life is a journey. apsal pula tetiba cik aa bercakap pasal kehidupan ni, macam dah melalui segala perjalanan dalam hidup dah.. actually nothing to say just boring sebab cik aa kena ot sampai ke malam. pastu bos marah lagi. aduhai, kalau macam ni selalu boleh rentung otak kalau asyik kena marah. after that, boleh pula bos berlagak selamba seolah-olah dia tak marah cik aa... aduhai cik aa, just be patient. life kena ada suka dan duka.

bos ; so, how u decide u life. kerja susahkan?
cik aa : susah
bos : belajar paling senang
cik tin ; tak lah. kena buat asigment, research and baca buku...

apa yang paling senang dalam hidup yang membolehkan kita hidup dengan senang dan tenang, ada duit sentiasa untuk kelangsungan hidup...

Sunday, June 28, 2009

face and body

salam rejab

syukran, Allah bagi peluang pada cik aa untuk menjamah lagi datangnya rejab. moga hati cik aa sentiasa dipegang pada tali lurus menuju firdausi-Nya.

today very touching... hehehe... sebenarnya cik aa mengulit kenangan. kenangan empat tahun lalu, berlangsung seperti hari ini. semalam cik aa sibuk sangat dengan kerja sebab nak kena sediakan penginapan untuk parents, sampai ke tengah malam cik aa kerja. but never mind, cik aa will give the best service for all of you.

pagi-pagi cik aa bangun, tengok pemandangan yang dua kali setahun saja berlaku. pendaftaran pelajar baru ke uni cik aa. memang teringatlah kenangan lalu. sedih pula hati, dulu cik aa tak ada family yang hantar, tengok budak yang baru masuk ni, semua ada yang hantar. tapi dulu tak sedih sangat sebab, cik aa datang berbondong-bondong, dari satu sekolah sahaja ada 8 orang, so tak terasa sangat jadi orang baru. tapi, perkara paling tak suka ORIENTASI. namun, benda tulah yang meninggalkan kenangan yang sangat manis...

kereta bermacam jenis, just nak hantar anak seorang, siap ada saringan H1N1 lagi. sampaikan polis trafik pun bertugas disebabkan kesesakan lalu lintas yang sangat teruk. wehhhh... tanjung malim jammed.. jarang-jarang berlaku.

memang dah warning dengan orang pejabat, no emergency call for today. just for rest. so alhamdulillah, no calling for today. tapi saspen juga sebab ada call from bos to cik tin

bos ; kenapa tak angkat telefon. haiya, kamu jangan risaulah, saya tak panggil kamu kerja.
just nak belanja makan
cik tin ; kfc ke bos?
bos ; ha, marilah turun.

so kami pun turunlah ambil kfc(simpan balik ikan yang dah kena siang untuk lunch-selamat kau ikan untuk hari ini) sebelum pintu pejabat ditolak, ada member sound cik aa, rupanya teman seperjuangan praktikum. datang semata-mata nak teman adik mendaftar. rombongan sampai dua kereta. apa tidak jalan jammed, just imagine kalau satu pelajar dihantar dengan 2 buah kereta, kalau tiga ribu ada berapa kereta.. 6000 kereta menyusur di jalan raya!!! nak parking kat mana?

sampai pejabat, borak lah dengan member yang lain, semua pakai baju seragam hari ini. nak tunjuk macholah tu. sampaikan en. sau pun nampak hensem semacam je. en az toksa cakaplah.
cik tin tanya 'dah jumpa gewe ke?' sebab bos pun suruh dorang cari calon... hehehe...
en.sau balas ' belum lagi. sekarang tak boleh lagi sebab ada parent' betul juga... nak kena pelangkung dengan mak bapak budak-budak tu ke?

lepas tengok gelagat budak baru(bawa baldi, bantal, bear aduh... macam cik aa dulu2) cik wa call, nak jumpa. time bagitahu tu, dia dah ada kat depan rumah. so cik aa turunlah jumpa.

'eh, apasal cik aa tembam?' soalan pertama setelah bersua. biar betul cik wa ni, tak sampai sebulan tak jumpa dah kata cik aa tembam. baru saja pergi tengok wayang syurga cinta sama2 hari tu dia kata cik aa kurus. sekarang cakap cik aa tembam pula.

cik aa tanya cik tin, betul kah cik aa gemuk sebab baru saja cik aa timbang dah turun 2 kilo. takkan turun berat badan menyebabkan tembam? very2 unlogically...
'mukamu saja yang tembam, tapi badan kurus' terang cik tin...


erk.. boleh kah muka tembam, badan cekeding?

Sunday, June 21, 2009

jejak langkah terdahulu

salam alaik...

tak lama lagi rejab akan tiba. ntah, sejak lepas dari status sebagai pelajar, cik aa pun dah berubah sikit. harap-harap iman tidak berubah malah lebih tinggi lagi.

a few weeks ago, cik aa minta teman dengan cik tin pergi jejak kasih kembali. sebenarnya before this, cik aa dah pernah jumpa sekali with cik wa. masa tu cikgu fa ada tolong temankan dan cik aa lah yang tolong sesatkan perjalanan disebabkan salah informasi. akhirnya tempat yang hendak dituju sepatutnya just need for an hour change to two hours. pusing-pusing, rupanya dekat saja tempat tu.

second time cik aa pergi tak sesat dah coz kali ini cuba guna pengangkutan awam pula. but the problem is, bus lama sangat landing baru nak jalan. 1 jam cik aa tunggu baru tuan drebar nak jalan. ikutkan hati memang habis tayar dipancitkan.

sampai di sana, cik aa bagitahu kat teman lama nak jumpa. just imagine, almost 12 years i never see him. tak dapat nak detect macam mana rupa dia. so, cik aa suruh dia datang jumpa kat taman perumahan makcik cik aa, dia datang. cik aa call him, nak cari yang mana satu.

"mana kau" soal cik aa. kepala didongak ke sana-sini. keadaan yang hingar sedikit sebab pasar malam baru hendak bermula.
"kau pakai baju hijau kan?" terkejut cik aa. he still know me? wah.. kuatnya ingatan.
"betullah. janganlah main sembunyi. mana kau"
"ni di belakang" letak sahaja hp, cik aa toleh belakang.
terkejut + tergaman dan banyak lagi ekspresi muka cik aa. tak sangka, dia masih ingat cik aa. ingatkan perubahan selama 12 tahun dapat mengubah cik aa, rupanya tidak. dan dia pun tidak berubah. still sama macam zaman kanak-kanak kami. cik aa kaku, tak tahu nak cakap macam mana. dia ajak keluar pergi minum.
"macam mana kau boleh kenal aku?" soal cik aa. yalah, macam mana dia masih boleh kenal sedangkan kami sudah sama-sama menginjak dewasa. pastinya berubah.
"kau tidak berubah. ingatkan kau gemuk." amboi, bekas ketua pengawas ni... suka hati saja cakap aku gemuk.
"kenapa kau boleh cakap macam tu"
"sebab emak kau kan gemuk" kami ketawa bersama.

dan bermulalah alkisahnya pembukaan kitab zaman purba. zaman dinasti kanak-kanak yang penuh dengan memory. panjat pokok, main guli, balik sekolah lumba lari sambil sembunyi di belakang pokok kelapa sawit, nak lumba siapa dulu sampai rumah. kalau time puasa, lumba lari untuk buka puasa sebab dah masuk waktu berbuka(puasa setengah hari), lumba awal pagi nak pergi sekolah sebab nak pungut jambu air(biarpun tuan pokok dah bagi warning, jangan ambil jambu air saya-tapi kami pungut juga), pergi memancing bersama, cari udang bila time ada orang pergi 'meracun', main obor-obor dan ikan julung-julung bila balik dari sekolah... oh so manyak memory.. tak terkata. rasa nak ulang semua memory itu kembali tapi its imposible.

time nak balik, cik aa terima satu berita yang sangat mengejutkan. a bad things. ingatkan keluarga cik aa jauh dari semua benda-benda ni. tahu sahaja benda ni, cik aa dah tak terkata. cik tin cuba tenangkan cik aa. bawa bersabar katanya. walaupun dia saudara tak berapa rapat tapi kami still punya ikatan darah. why she do this? sanggup.. oh no.. nasib baik masa nak naik bas dia bagitahu, kalau sebelum itu dia bagitahu rasanya sampai juga penampar sulung cik aa ke mukanya(tapi berani ke cik aa). tergamak dia buat macam tu. manusia, tidak tahan dengan nikmat dunia.

ya Allah, aku mohon pada-Mu agar Kau pelihara imanku

Friday, June 5, 2009

kerja...

assalamualaikum

hwa.... tensionnya, baru saja semalam cik aa puji bos, tapi hari ini cik aa tarik balik pujian tu. tadi kena marah. geramnya, biarpun dia cakap, dia tak marah kat cik aa tapi terang-teranglah cik aa yang kena coz dia marah kat cik aa. geram....... padahal itu bukan salah cik aa. bos cakap "i not blame you ya," tak blame cik aa, tapi dia pergi membebel kat depan cik aa tu apa kes. lepas tu, yang dia bebelkan kerja cik aa yang diwariskan daripada orang yang bertanggungjawab pada tahun lepas. tak pasal-pasal cik aa yang kena. kalau nak marah pun, marah kat minah yang buat benda tu lah. cik aa cuma bertindak mengikut arahan daripada supervisor. dah dia suruh buat macam tu, cik aa buatlah.
"i dont beleive. mana boleh jadi macam ni," en bos bawa hasil kerja cik aa dan pergi display. dia belek satu-persatu yang di depan mata dia. semua perfect, dah cik aa siapkan. tiada sebarang kecacatan langsung. dan tinggallah dia termangu di depan display tu memikir di mana silapnya... ha.. fikir. memang dia ni... geram cik aa. kalau tak percaya cik aa tak mampu buat, jangan suruh cik aa buat.

"kasihan cik aa, kena marah," sof dah menegur.
"aah, tadi dia juga yang minta cari kerja. sekarang dapat kerja kena marah pula. kasihan." balas kak yu.
"tulah, aku suruh kau duduk relax saja, kau tak nak. nak juga cari kerja tambahan." suara lain pula menambah. takkan cik aa nak makan gaji buta. tak berkat rezeki. itu pasal duit mengalir macam air, tak sedar ke mana tujunya.

kes lain pula, kawan cik aa merajuk. ayoyoo, dia nak datang rumah, lepas tu cik aa dengan cik tin tengah makan. ada 3 miss called dan 2 sms sampai. rupanya cik aa silent kan hanpon. cik aa call balik, dia tak nak angkat. dah lah kredit nyawa-nyawa ikan, yang dia merajuk tu kenapa pula. bukan nya disengajakan cik aa buat dia menunggu terlalu lama. tak terniat pun.cik aa hantar sms, mohon maaf, lama baru dia balas. ayat pun macam orang kecewa tak makan coklat cadbury.
'kenapa kau silentkan hanpon. tak pernah pun kau silentkan hanpon' tanya cik tin.
'tadi aku main-mainkan hanpon, sebab boring duduk dalam pejabat tu, sampai aku lupa aku silentkan hanpon' balas cik aa.

aduhai cik aa... kasihan sungguh. sabar ya cik aa.

Thursday, June 4, 2009

kahwin dan kerja

cik aa dan mereka (kerja dan kahwin)

assalamualaikum...w.w

"kau bagitahu kat bos, petang ni aku tak datang kerja," cik aa sudah memandang cik tin. nasi di hadapan dijamah. walaupun lauk simple, tapi tetap menyelerakan. biasalah, tangan keras yang masak...
"kenapa tak nak turun?" cik tin menimbulkan persoalan.
"boringlah. asyik mengantuk saja kat pejabat tu," balas cik aa. cik tin hanya mengangguk. padan muka cik aa, sebelum ni bercita-cita nak kerja di dalam ofis. bekerja ikut ofis hour, mula jam 9 dan balik jam 5. tapi kini tak sampai dua bulan cik aa bekerja, keluhan sudah memenuhi ruang bibirnya. mengadu, bosan.
cik aa balik rumah, on notebook dan sign in ym. on sahaja, dah ramai yang menerjah masuk ke rumah cik aa. padahal cik aa dah tulis terang 'dont u dare to buzz me'. nampaknya ramai yang berani buzz cik aa. rupanya ramai juga kawan cik aa yang kerja ofis hour. mereka semua bekerja sambil bersantai. ponteng kerja ke?

ym dengan mamat a. pengacau saja. cik aa ingat tak nak balas, tapi dia asyik buzz sampai bingit telinga. menyesal tak letak invis saja tadi.

'kenapa tak kerja?'
'ponteng. boringlah'
'ingat itu ofis bapamu kah, suka hati saja tak nak masuk kerja.'
memang itu bukan ofis cik aa. itu milik my boss, mr. l & mk land yang bayar gaji aku, getus cik aa dalam hati. bos cik aa sangat baik. dah 2 hari dia meeting kat luar, so tak datang pejabat. cik aa tabik spring lah kat dia sebab semangat dia nak belajar bahasa melayu sangat tinggi hingga sanggup mengajikan cik tin sebagai tutor untuk ajar dia supaya pandai bm. apa taknya, 30 tahun kat england. study kejuruteraan lepas tu sambung mba, pastu kerja. baru sekarang teringat nak balik. cakap dengan dia pun cik aa kena merangkak coz bi cik aa always kena tegur. haha..padan muka, siapa suruh tak belajar bi betul-betul.
'eleh cakap orang, dia pun sama'
'mana ada'
'dah berapa kilo tulang kau curi'
'aku tak curi tulanglah. aku tak ponteng, cari bahan di library ni.'
'oh.. kau r.a ya'
'yap'
teringat cik aa, sebelum ini sepatutnya cik aa pun dah jadi r.a kat arkib, tapi nampaknya bukan rezeki cik aa lah.

ym dengan mamat b

'kenal saya tak' cik aa tak sukalah kalau orang nak main teka kacang dalam ym ni.
'siapa?'
'takkan dah tak ingat?'
'memang low memory sekarang ni. banyak tertelan semut,'
'la, ya kah? kasihannya. ali lah'
'ali mana pula'
'ingat upsikan?' takkanlah cik aa lupa pasal uni cik aa. seminggu sekali cik aa lalu kat situ.
'yang rambut cacak tukah?'
'rambut cacak mana pula ni'
'bentuk macam mana ya'
'yang sedang2 saja' amboi, dia pergi letak lagi lirik lagu iwan kat dalam ym.
'ooo.. ingat.. ali sam from kedah kan?' saja nak menyakat dulu. padahal cik aa memang dah tahu dia.
'betullah. pandai pun' memang cik aa pandai. baru tahu ke?
'tahukah yat nak buat majlis hari sabtu ni?'
'tahu. tapi dia tak jemput'
'ceh... mengada. dia jemput semualah. jomlah pergi'
'tengoklah dulu'
'nak dating lah tu'
'awek pun tak adalah'
'yela tu. aku cuba untuk percaya.'
'en kamal kahwin nanti jomlah pergi'
'boleh saja.'
'ada kenderaan kah'
'ada.... banyak bas'
'pinjamlah motor'
'siapa nak bawa. aku bawa basikal pandailah'
'tumpang mi'
dan kami sama2 gelak. ceh.. nak kenakan aku lah tu.

memang masa cik aa sekarang sangat padat. kerja 5 hari seminggu. semalam pun terpaksa memaksakan diri untuk pergi pekan nak cari hadiah untuk mereka yang berkahwin. balik saja dari ofis terus langkah kaki diatur. sekali beli untuk tiga majlis. memang habislah duit nak beli hadiah. semua nak kahwin masa cuti ni. terpaksalah hujung minggu cik aa tidak dapat lagi memanjakan diri untuk berehat. minggu ni dan minggu depan. kenapa semua nak kahwin masa cuti sekolah? cik aa ketuk kepala... ok..ok.. cik aa tahu sebabnya..

Saturday, May 23, 2009

jom tengok wayang

'cik aa, nak ikut tak p tengok wayang this weekend? x keje kn?'

sms dari paparan N73 itu dibaca sepintas. adui, malasnya keluar. time hujung minggu lah waktu nak rehat secukupnya. time keje ni betul-betul memenatkan. baru saja cik aa mengadu kat teman, bagitahu kat teman bahawa cik aa tak nak keje.

borak via calling...
mus ; buat apa?
cik aa; tengah mop lantai.
mus ; rajinnya?
entahlah. perli atau puji.
cik aa; nilah masa free nak mengemas. kalau tak, mesti macam tongkang pecah
mus ; tak ke mana-manakah?
cik aa; nak rest. penatlah kerja. bolehkah tak kerja?
mus ; boleh
cik aa; habis tu siapa nak bagi makan?
mus ; kan dah cakap, kahwin.
cik aa ; senangnya

lepas ambil tender jadi clearner lebih tiga jam, baru dapat rest kejap. ni barulah hidup dipenuhi dengan kerja....wah... tensi..
cik aa dapat pula sms dari cik wa bahawa dia dah dekat nak sampai. aduhai, tak siap apa lagi ni...
turun bawah, cik wa dah tunggu. wah... naik mitshubishi lancer, mewah tu.
'nak tengok kat mana ni? klang atau damansara?' tuan empunya kereta bertanya.
'ok bos, nak tengok wayang kat mana ni?' cik wa toleh belakang. tahu sangat trick dia, kalau orang duduk belakang, pasti jadi pembuat keputusan.
'klanglah' ceh, nak ulit kenangan sebenarnya. sampai kat jusco, terus beli tiket. tengok cerita syurga cinta. ada kisah lawak. hahaha... cik aa terkejut seorang-seorang kat dalam panggung. orang lain selamba sahaja nonton, sampaikan cik wa yang duduk kat sebelah pun terkejut. kasihan. sampai pop corn habis tercurah kat seat cik aa dan cik wa. hehe. sorry cik wa. entahlah kenapa cik aa terkejut, padahal taklah saspen sangat. aduhai... tapi, sepanjang menonton dipenuhi dengan gelak ketawa. memang lucu.
pengajaran dari syurga cinta
1. corak cinta- syaitan- disebabkan oleh hawa nafsu
2.corak cinta-jin-menggunakan kuasa makhluk halus mendapatkan cinta
3.corak cinta-allah-suci dan murni-sehingga membawa ke syurga.
habis tengok cerita, cik wa dan cik aa pun sambung hobi lama. shopping. cik wa beli kasut tapi awal-awal lagi cik aa ingatkan jangan goda cik aa coz dah banyak koleksi kasut cik aa sampai tak terpakai. tapi tergoda juga cik aa dengan sale yang dibuat oleh voir. sampai 70%. akhirnya sehelai blouse menjadi pilihan cik aa. itupun sama dengan cik wa punya. kembar. cik aa pun tak tahu kenapa beli. padahal cik aa memang tak suka pakai pakai blouse. entah bila nak pakai.
'try this,' huluran baju warna putih corak bunga hijau sudah ada di tangan cik aa. aduh, asyik jadi mangsa saja, jadi model. memang macam nilah selalu, kalau ada baju yang cik wa berkenan, pasti suruh cik aa pakai. cik aa pakai sekejap saja.
'macam baju mengandung' lantas baju itu dibuka.
'nanti,' cik wa menahan. saspen.
'wei, kurusnya cik aa, makan apa ya?' what. terkejut cik aa. takkanlah kurus.
'aku macam biasalah,' cik aa cuba pretend. rasanya jadual makan aku macam biasa saja.
'betul. ketara sangat kurus, cepatlah bagitahu apa formula. aku pun nak kurus juga,' cik aa dah tergelak. betulkah aku dah kurus? tapi takkanlah tak sampai sebulan cik aa kerja dah kurus sangat. oh, no. baru bajet nak tambah berat badan.
'kurang tidur kot. kat rumah, masa tidur aku maksimum 5 jam,' itu kenyataan. kadang-kadang tidur jam 2 pagi.
'bagi kesan ke kalau kurang tidur?'
'mestilah' but cik aa still can't beleive that she was thin..
setelah mencuci mata, yang empunya lancer ajak balik sebab emak cik wa dah bagi amaran, dilarang balik sampai matahari terbenam. terpaksalah balik awal sampai tak sempat nak singgah minum.

Saturday, May 16, 2009

i wish u a happy teachers day

a happy happy day...

selamat hari guru kepada cik aa dan mereka yang bergelar guru

bangun pagi cik aa dah rasa lain macam. berat sangat kepala. oh no... that again. dah lama penyakit ni tak menjengah. nak bangun solat subuh pun terhuyung-hayang. nasib baik rumah berdinding, ada juga tempat berpaut. lepas solat ingatkan nak tidur kejap sebab semalam lambat tidur, tapi mata tetap tak boleh tutup. ooh my head... cik aa cari merata tempat, harap-haraplah ada lagi spare ubat, kalau tiada, memang cik aa cari nahas. tak nak dia melarat, so cik aa telan saja ubat yang ada. harap-harap everything was fine.

semalam tidur lewat. sebelum tidur, housemate ketuk pintu bertalu-talu.

"cik aa, cik aa. dah tidurkah?" selari dengan pertanyaan itu, ketukan di pintu makin kuat. kejaplah, nanti tak pasal-pasal roboh pintu cik aa. dah lah bos MKLand ni sayang sangat kat semua pintu dia, sampai kena buka pintu pun kena sopan santun.
tak menyempat cik aa buka pintu nak keluarkan kepala, cik ty sudah menjengulkan kepalanya terlebih dahulu. terkejut cik aa. confius.
"selamat hari guru cik aa" terus cik ty wish. cik aa senyum. yalah, hampir cik aa lupa, tepat jam 12, 16 mei, semua guru di malaysia diraikan. alah, tak perlu grand pun, wish pun dah cukup. thank cik ty. lepas cik ty wish, cik aa terus sms ke semua kawan cik aa yang sama-sama menjalani praktikal dulu. sampai habis kredit cik aa.

satu hari suntuk juga cik aa mendapat ucapan dari anak murid dan cikgu-cikgu. kepada semua yang memberi ucapan, thanks coz still remember me. tak laratlah nak balas semua sms adik-adik... untuk raja'a, salam, logamba, farah, poan, hanafiah, bavani dan nama-nama yang tak tersebut.. thanks everyone and everybody...love u all

Tuesday, May 12, 2009

fail praktikum iv

kes 5 : mengajar komsas


SYAIR

begitu besar perkataan syair ditulis di hadapan kelas. kemudian seorang-seorang pelajar dipanggil oleh cik aa bertanya apa yang mereka faham tentang syair. sebenarnya cik aa pun tak tahu sangat tentang syair. dulu pun belajar masa sekolah. itupun dah hampir 7 tahun ditinggalkan. cik aa bukannya orang daripada aliran sastera. so, everything about komsas, cik aa just know a little bit. untuk memberi murid nota yang lengkap, cik aa suruh mereka tulis nota. first cik aa suruh mereka cari sendiri, tapi ramai antara mereka pun macam cik aa, baru belajar nak kenal apa itu komsas. so, cik aa and they pun belajarlah bersama-sama. satu yang cik aa paling boring nak buat adalah tulis nota kat papan putih. adui, dalam masa 4 bulan ni, 6 marker pen cik aa dah habis. ci wa, 1 pun tak luak. sampaikan, murid cik aa pun tahu, kalau cik aa masuk kelas pasti mereka dah spare maker pen sebab selalunya ayat macam ni lah yang keluar,

"apalah cikgu ni, bagi marker pun kedekut. dah habis dakwat pun," tak ke haru cik aa. dan biasanya cik aa akan jawab macam ni,

"ala, cikgu mana ada duit nak beli baru." hahaha... so simple.

kalau marker cik aa memang dah tak boleh keluar ink, cik aa buka and then terbalikkan marker tu sambil digoncang-goncang. manalah tahu ada sipi-sipi dakwat yang sudi nak keluar. tapi biasanya, dakwat tu memang dah tak keluar. tong sampahlah jawabnya.

penyelesaiannya, cik aa selalu buat macam ni. cik aa baca nota tu, lepas tu suruh budak tulis. kalau macam ni memang kena sabar lebih banyak sikit daripada orang yang memang dah sabar. coz, budak-budak ni tulis macam siput. lambat. cik aa bercakap sambil mengeja sebab ada sesetengah perkataan yang budak-budak tak tahu. lagi satu, kalau buat macam ni, suara kena tahap oktaf atau semaksima mungkin sebab kadang-kadang, apa yang kita cakap, budak tu tulis lain. tapi sama juga, kalau budak-budak tak dapat tangkap apa yang cik aa terangkan, terpaksa juga tulis kat depan papan putih.

hari itu, selesai sahaja murid-murid menulis nota berkaitan syair, cik aa meminta murid-murid untuk membacakan syair tersebut berdasarkan intonasi dan nada yang betul. sebelumnya memang macam tu, apa-apa hal cik aa suka untuk murid yang melakukannya sendiri sama ada membaca pantun atau petikan.

sebelum masuk ke kelas, cik aa sebenarnya dah kursus sekejap dengan cik wa tentang macam mana nak melagukan syair. cik aa memang tak pernah bersyair. dengar orang bersyair pun jarang. yalah, siapalah yang nak bersyair sekarang ni kalau tidak kat sekolah atau memang pertandingan syair. cik wa ajar cik aa bersyair. cik wa memang pandai. kagum cik aa. berapa kali dia tegur sebab cik aa salah mendeklamasikan syair tersebut. sampaikan cik aa cakap,

"Cik wa sajalah jadi set induksi cik aa ya. cik wa deklamasi sajak ni depan pelajar," cik aa dah give up nak belajar. susah juga sebenarnya. nasiblah cik aa. siapa suruh nak jadi cikgu bm. cik wa memang tak dapat tolong sebab dia ada kelas sama waktu dengan cik aa. oh..no, cik aa dah ketuk kepala. nak buat macam mana ni. kalut fikiran cik aa. tak apalah, baik suruh budak baca. mesti mereka dah pernah dengar. so, tak payahlah cik aa sibuk-sibuk kena bersyair. hahaha... bijak-bijak...
nanti aku cakaplah, 'ha, sekarang cikgu nak dengar kamu yang bersyair,' sudah terlakar rancangan yang baik dalam minda cik aa.

lama cik aa dalam kelas, siap main ugut-ugut lagi. tapi tak ada seorang pun yang nak mendeklamasikan sajak tersebut. alamak, mampus. cik aa sudah gabrah. macam mana ni.

"cikgulah baca," c boy sudah mengarah sebab dari tadi tiada seorang pun yang memberi kerjasama. kasihan kat cik aa.
"mana boleh, cikgu nak dengar kamu bersyair pula," cik aa cuba membantah dalam senyap. seorang-seorang penghuni dalam kelas tersebut dilihat. mata dihalakan kepada pelajar yang duduk di meja hadapan.
"ha, kamu baca," cik aa tunjuk kepada pelajar 2.
"taknaklah cikgu. saya mana pandai baca syair," laju pelajar menjawab. pelajar 2 sudah mengelak. juga gentar.
"cikgu, dia pandai baca cikgu. dia wakil sekolah," pelajar b menyampuk. cik aa pandang pelajar b sambil mengangkat kening.
"betulkah?" tanya cik aa.
"betul cikgu," jawab pelajar b. cik aa pandang pelajar 2. menyuruhnya untuk membaca sajak tersebut.
"mana ada cikgu, mereka tu mengarut." cepat-cepat pelajar 2 memintas. cik aa paksa juga dia baca.
"cikgu, kalau dia tak nak baca kita panggil teman lelaki dia di kelas a" pelajar lain pula menyampuk. semua pelajar mengiayakan cadangan pelajar tersebut. cik aa senyum. nampaknya ada modal ni nak gertak budak ni. sebenarnya, cik aa memang dah tahu gosip pasal pelajar yang bercinta-cintun ni. saja tak nak tunjuk sebab sebelum ni, kalau cik aa duduk borak dengan pelajar cik aa, semua gosip kawan mereka diceritakan kepada cik aa. cik aa cuma tadah telinga.
paksa-punya paksa, dia tetap tak nak baca. so cik aa guna kuasa veto keluarkan pas keluar bagi kat budak untuk pergi pergi panggil boy a di kelas a yang merupakan pelajar cik aa juga. laju langkah kaki c boy e melangkah keluar setelah mendapat pas. bukan berjalan, tapi berlari.
"cikgu, saya baca," laju pelajar 2 memintas larian sahabatnya yang sudah semakin jauh. cik aa ugut saja sebenarnya. ikutkan hati, kalau c boy dah sampai kat tangga cik aa akan panggil dia masuk semula. tapi tak payah sampai tangga, pelajar 2 sudah mempelawa diri. takkanlah cik aa nak pergi ganggu p&p pelajar cik aa.

suasana senyap sambil menanti pelajar 2 untuk memulakan syair. lama juga menunggu. jenuh cik aa dan penonton yang lain. setelah tiga kali paksaan tapi belum ada tanda-tanda nak bermula, cik aa keluarkan pas keluar. dengan signal tu, terus pelajar 2 cakap,

"oklah saya baca. cikgu ni, main ugut-ugut pula," baru kamu tahu macam mana cik aa sedaya upaya nak mengelat. intonasi awal sahaja membuat semua teruja. tetapi baru baris kedua, pitching dah lari. semua yang ada gelak sampai dengar satu bangunan. aduh, memang out. cik aa cuma senyum, sembunyi tawa sebenarnya padahal dalam hati sudah tergelak sakan. pundi kencing, jantung, limpa semua gelak dalaman(adakah?buat-buat ada sajalah). tapi kena control, nanti dia kecil hati, tak pasal-pasal tak nak masuk kelas cik aa next time. pusing punya pusing, tiada seorang pun yang nak mencuba. so terpaksalah cik aa juga yang mulakan. nervous gila. tangan bergetar ni. beberapa kali nafas ditarik kemudian dihembus semula. nampak muka-muka budak penuh dengan keterujaan untuk mendengar cikgu mereka pula bersyair. mesti best macam tun fatimah bersyair. cepatlah cikgu.

syair badrul zaman

beberapa lamanya demikian adanya,
....
diserahkan belajar oleh baginda,
akan badar putera yang muda

sebenarnya, baru baris pertama cik aa dah kecundang. malu gila. semua murid gelakkan cik aa. hish, budak-budak ni, sekurang-kurangnya janganlah tunjuk sangat kesalahan cik aa. cakaplah -deklamasi cikgu boleh dibaiki kah, suara cikgu merdukah, ini...

"cikgu, bukan macam tu baca syair," potong stim betul budak ni. dia tak tahu kah aku begitu sukarnya nak baca syair ni. cik aa sudah merungut. bila dia dongakkan kepala dari melihat buku yang ada di tangannya, terpandang di matanya semua pelajar sedang gelakkan dia. tak boleh jadi ni,
"kenapa kamu ketawa?" cik aa tak puas hati. sudahlah tadi dia membaca dengan getar.
"lawaklah cikgu baca," sekali lagi tawa memenuhi ruang kelas 1 r. memang semua ambil peluang untuk gelakkan cikgu. cepat gelak, jarang-jarang berlaku ni.
"ho, kamu gelakkan saya ya," cik aa tak puas hati. budak-budak tu, boleh gelakkan dia pula.
"pitching larilah," cik aa nak nangis.
"sampai hati kamu cakap macam tu. yalah, siapalah saya ni, suarapun bukan macam siti nurbaya," cik aa sudah menghentak-hentak kaki di hadapan kelas. tak puas hati dan rasa nak nangis.
as a revenge, cik aa paksa juga seorang-seorang baca syair tersebut. padan muka. kalau ada pelajar yang tak nak baca, cik aa ugut, panggil pasangan mereka untuk dengar mereka baca sajak. kerja cik aa menjadi mudah apalagi ramai sukarela yang memberitahu partner setiap daripada mereka, siap nak tolong panggilkan lagi. amboi, budak-budak ni, laju saja mereka kalau pasal couple ni, nak suruh baca syair berjam-jam. lepas ni, taubat, cik aa tak nak ajar syair lagi. ngeri.

Sunday, May 10, 2009

fail praktikum iii

kes 4 : releif - sabah tanah airku

sabah tanah airku
negeri kita yang tercinta
berbilang kaum, bersatu padu

aduh, rindunya kat tanah tumpah darahku. cik aa sebak sikit. tapi gembira. ini adalah kelas pertama yang bukan cik aa ajar. tapi diminta untuk menggantikan guru yang tidak dapat datang. pertama kali masuk sekolah, cik aa sudah diminta masuk sebagai guru ganti. untuk pertama kalinya cik aa masuk, cik aa hanya berkenalan dengan budak yang ada di dalam kelas. girl student not in the room. hanya ada dua tiga cupak sahaja dalam kelas. terkejut juga.

"yang ini saja kah murid dalam kelas ni?" cik aa tak tahu nak tanya kat siapa. lantas suara dikuatkan volumenya. dua orang budak tamil di hujung bercerita. 4 orang budak melayu lantas menoleh ke arah cik aa.
"cikgu, perempuan cikgu z panggil. yang lain hilang." cik aa lantas bergerak ke arah budak-budak itu.
"hilang!" siapa yang culik? seramnya kalau ada kes penculikan.
"pontenglah cikgu," terang lelaki yang berwajah hitam manis. comel.
"oh. no wonderlah ramai budak-budak kat luar tu. pergi panggil kawan sekelas kamu," arah cik aa kepada pelajar itu.
"tak payah cikgu. buat habis air liur saja," balas yang lain. cik aa angkat kerusi. rapat ke meja pelajar yang sedang berborak. lima orang. apalagi. sebagai orang baru, tak sah kalau tak berkenalan, walaupun cik aa tahu dia tetap takkan ingat nama-nama mereka semua. pening dengan pelbagai jenis versi nama.

"wah, bestnya. tak sangka pula cikgu ni dari sabah," si boy menyatakan kekagumannya. bangga pula cik aa. lantas cik aa bercerita dengan mereka menggunakan loghat sabah. tak adalah pula terbuka mulut sebab terpegun. tapi faham apa yang cik aa cakap. kena penangan orang sabahan kot..ayu, fiq, adam & others. tq kat merekalah sebab berasal dari sabah, walaupun tidak ada kaitan sebenarnya.

"cik aa tinggal atas pokok kah?" woi.. ni namanya menjatuhkan serendah-rendahnya maruah cik aa. tapi cik aa tak kecil hati, mereka masih budak. sedangkan selama cik aa di sini, pertanyaan itu memang biasa.

"mana ada. saya pun tak pernah lagi jumpa rumah di atas pokok kat sabah. kalau kamu pernah jumpa, bagitahu lah saya. saya pun nak tengok juga." geram cik aa. orang terpelajar pun selalu tanya cik aa macam tu. kadang-kadang jawab macam ni kalau dah tak dapat nak rehatkan marah+geram cik aa,

"betullah. tinggal atas pokok. naik pokok pakai lif. dalam rumah pondok ada astro dan internet."

lama juga bercerita dengan budak-budak tu. mereka seronok dengan pengetahuan baru mereka tentang negara kelahiran cik aa. sampaikan ada yang nak datang sabah. cik aa on saja. siap nak jemput kat airport lagi kalau mereka nak pijak negeri cik aa.

"cikgu dah nak keluar. jangan pergi ke mana-mana? pastikan panggil cikgu seterusnya," pesan cik aa.
"ala, janganlah cikgu keluar. mana ada cikgu lepas ni. cikgu duduk sinilah. kita borak. kami free sampai balik," si boy sudah merengek. ayoyo. takkan nak borak sampai tiga masa. kering air liur cik aa. tapi tak sampai hati pula. lantas cik aa duduk untuk lima belas minit dan layan mereka berborak. bila dah cukup masa, cik aa cekalkan hati. tak nak tertawan pujukan mereka. pandai saja pujuk cik aa stay dan layan mereka bercerita. cik aa nak baliklah. nak rest.


_________________________

kereta dipandu dalam kelajuan sederhana. cik aa dan cik r duduk di belakang. cik t dan en s di depan. borak pasal posting. semua pelajar praktikum dalam kereta kancil itu sebulat suara nak posting ke sabah. ini semua atas ganjaran daripada cerita puan pensyarah. pandai dia promotekan negeri kelahiran cik aa kepada pelajarnya. menyeru agar mereka berkhidmat di sabah. dengan segala hujah yang dibentangkan, mereka semua tertarik untuk posting ke sabah. cik aa tak tertarik pun untuk posting di sini. nak balik kampung juga.

"ala cik t, posting sinilah," rayu en s. dia tak puas hati. sebelumnya mereka semua tahu, en s sudah awal-awal bagitahu agar cik t posting di sini. takut rindu katanya.
"taknak. nak kat sana juga," teguh jawapan cik t. sudah tidak mahu mengubah keputusannya. nampaknya, segala alasan yang telah dibentangkan oleh puan pensyarah telah menutup hatinya.
"susah kat sabah nanti," masih memujuk.
cik aa kat belakang masih senyap. diam mendengar. tadi en s juga ada bertanyakan tempat-tempat menarik yang ada di sabah. cik aa dah bagitahu apa yang dia tahu.
"apa ada ka..."
"banyak!" belum habis en s habis berkata-kata, cik aa sudah menyampuk. semua yang ada terpengun. memang banyak yang ada...

fail praktikum ii

kes 3 : relief - mentah

kaki dihayun penuh semangat. hari ini dia akan menggantikan cikgu d. subjek apa yang akan diajar, cik aa pun tak tahu. tak apalah, nanti dalam kelas baru tanya kat budak-budak. memang begitu selalunya, subjek yang akan diganti hanya akan diketahui selepas memijak kelas dan melihat sendiri jadual budak-budak. memang untuk masuk ke kelas releif, kaki kena paksa gerak. kadang-kadang sengaja untuk datang lewat sedikit. persediaan sebelum menghadapi budak-budak mentah. hari ini cik aa hanya membawa sebatang marker pen. itupun dakwat dah nak habis, tinggal di hujung mata marker saja.

cik aa masuk dari pintu belakang. melihat ke dalam kelas. hanya ada beberapa orang saja. meja pun kurang.
"mana yang lain?" tanya cik aa. entah kepada siapa sebab dia pun bukan kenal ketua kelas dalam kelas tu.
"biasalah cikgu," seorang anak remaja yang baru mengenal usia remaja menjawab. cik aa memandang ke arah budak perempuan itu. faham apa yang dimaksudkan. lantas kaki digerakkan ke kumpulan pelajar perempuan yang sedang berkerumun. apalagi yang dibincangkan kalau bukan gosip. cerita pasal teman lelaki mereka. meluatnya cik aa dengar. pakai 'papa' 'mama' lagi. bukan dia cemburu, tapi ingat-ingatlah. mereka baru umur berapa tahun.

"cikgu relief ke?" seorang wakil dari kumpulan bakal mak datin itu menyoal.
cik aa menggangguk.
"cikgu garangkah?" terkejut cik aa. aku garangkah? pertanyaan itu hanya berlegar dalam hati cik aa.
cik aa mengangguk lagi.
"cikgu dah kahwin?" ni bukan soalan dari puan sri, tapi bakal wartawan kot.
cik aa mengangguk. jawapan tanpa suara.
"dah ada anak?" wah, bengangnya. banyak tanya pula budak ni.
cik aa menggeleng.
"oh, cikgu ni baru pengantin baru lah ya?" cik aa sudah ketuk kepalanya sendiri. begini rupanya berdepan dengan budak perempuan yang baru belajar nak matang. lepas ni kena buka munakahat pula!

me as the maintenance

"kamu buat tu," tangan ditunjuk ke arah meja. kain kemas terlipat didalam plastik yang pelbagai warna. garangnya. memang orang yang bernama kak ros garang ya? sebab dalam cerita upin & ipin, kak ros garang, tapi baik hati. macam tu jugalah di sini. dia bukan garang, tapi tegas. dan baik hati. pembantu kepada mereka yang baru termasuk cik aa yang tengah terawang-awang cari kerja. syukur, sudi diterima di sini walaupun kerja 'on' 'off'. cik aa turun kerja bila dia nak turun. hehehe.. macam pejabat bapa dia pula.

kerja cik aa simple. duduk seorang-seorang kat penjuru pejabat. duduk bersila di atas kerusi. dengan earpon di telinga. khusyuk. tak pandang keliling. sampai officemate tegur kat rumah, "kenapa cik aa buat kerja laju. buatlah pelan2 boleh dapat duit lebih sikit." gaji berdasarkan jam bekerja. tapi cik aa bosan, tak ada teman berbual. kak ros sibuk. yang lain pun buat hal masing-masing. so cik aa pun tak sedar sampai habis semua dah cik aa buat. tengok jam. hailo, datang jam 9 balik jam 11. balik rumah + tidur.

officemate cerita, mereka buat kerja macam cik aa. 1 plastik 1 jam. sedangkan cik aa buat lebih. sampai bos pun cakap, cik aa boleh masuk world rekod as 'manusia paling pantas...' yalah kot, sebab berapa kali dia panggil, cik aa tak dengar. serius buat kerja+ada earpon kat telinga. "oyoyo, sory bos. tanya apa tadi?" dan bos pun hanya menggeleng...

begitu komitednya dengan kerja..

selamat hari ibu

happy mothers day

semalam cik aa dapat sms. cuak juga. cik aa belek henset. takut henset to mereng. sebelum ni hampir henset tu dibuang dari tingkat 3 apatmen tumpang. tapi sayang pula, tu ayah bagi. n73 tu. adakah patut henset tu buat karenah. tak boleh terima mesej, fullload. padahal 2 gig memory kad. memang calledak punya henset. kasihan. sehari suntuk cik aa tak dapat nak baca sms orang. sorry. baru semalam dapat baca. kepada mereka yang terlibat, forgive me, late to reply u sms. don't blame me. it was a technology. after format baru henset to ok. thanks to cikgu as because teach me how to format hp. tapi sedih, semua data loss...(oh no, im crying).. semua data yang terkumpul dari awal penggunaan henset tu dah dipadam. segala yang cik aa catat. catatan perjalanan, sms comel dan hari2 penting. tulah cik aa, terlalu bergantung pada teknologi.

ok, forget abot the hp. it's abot the sms i got last nite.

'selamat hari ibu'

dan gambar seorang ibu terpampang dalam skrin henpon. cuaknya. nombor baru pula tu. tiada dalam contact. cik aa reply

'sapa ni. sy x jadi ibu lagi'

ni nak jatuhkan saham cik aa kah? tak jadi ibu lagi ni.

'cgu, ni syu lah. cgu pernah ajar sy. sy da anggap cgu macam emak sy.'

wah terharunya

'syu, tq 4 d wish'

sebelum ni memang cik aa bagitahu, anggap cik aa like u mother. so cik aa boleh marah, boleh sentuh, boleh tegur dan semua pun boleh.. ada juga murid yang cakap, "cgu macam kakak sy, mana boleh panggil emak."

fail praktikum i

kes 2 : tukang ajar sejarah dan BM


cik aa bersyukur. hanya dikehendaki mengajar tingkatan 1. cik wa ajar form 1 & 2. itupun mengajar kelas-kelas yang budak baik. pn. p.p baik. dia faham dengan mereka. so tak hendaklah dia merosakkan keputusan guru muda itu yang tentunya belum menjadi guru yang pasti. so dia bagi budak-budak yang baik sahaja. cik aa ajar kelas 1 rk, 1 al dan dan ba. unik juga nama-nama kelas. flower name. allamanda, balsam, carnation, daisy, gardenia, heliconia, ixora dan magnolia(just name a little).

first time masuk kelas, punyalah awal. cikgu kat dalam kelas ada lagi. tapi cik aa dah berdiri depan kelas 1 rk. aduh gabrah ni. sebelum ni mana pernah mengajar betul-betul. kaki dihayun. mantap. cik aa menggatikan guru yang baru keluar. tidak memberi peluang kepada murid untuk merehatkan diri walau sebentar. semua mata menuju ke hadapan. aduhai... janganlah pandang aku macam tu. bukannya alien. aku makhluk planet bumi lagi. belum terfikir untuk merantau dan menetap di pluto. setia pada dunia. cik aa pandang ke depan. 21 pasang mata memandang dia. bajunya kusut ka, kasut ni rendahkan, tudung kelepet kah? pelbagai andaian muncul dalam minda cik aa. tadi sebelum masuk ke kelas, rasanya semua ok. tak ada yang kurang.

"cikgu baru ya?" seorang murid menegur. alahai comelnya. duduk depan pakai songkok. cik aa mengangguk.
"saya ganti cikgu az. dia bagitahu saya dia dah masuk minggu lepas dan kamu sudah diberikan kumpulan. jadi saya akan menjadi guru bahasa melayu kamu untuk empat bulan ini. sebelum tu saya nak berkenalan dengan kamu semua," cik aa berkata yakin. berdebar sebenarnya. memang dia ada penyakit nervous. seram sejuk dirinya bila dijadikan subjek di hadapan. suara pun terasa bergetar. untuk menghilangkan debar, cik aa berdiri di belakang kelas dan meminta semua murid untuk memperkenalkan diri.

banyak pengetahuan diperoleh hari ini. tentang latar belakang muridnya. dalam kelas 1 rk, tidak ada murid yang memperoleh 3a upsr. terasa rendah pula. cik aa upsr dapat rendah saja. semua dapat 6a, 5a dan 4a. alamak. ni yang takutnya. ok cik aa. kau boleh.

fail praktikum

kes 1 : aku sebagai seorang guru praktikal


langkah kaki bergetar masuk ke pintu pagar. cuak sebenarnya. teman di sebelah ditoleh. sama macam dia. tadi masa nak parking motor, sudah terluah getar di dada. macam-macam yang difikir. suasana sekolah, penerimaan guru dan karenah pelajar. harunya. keadaan masih gelap. cik aa pandang sekolah. sudah di detect sekolah itu sebelumnya. nasib baik ada ayah cik wa tolong tunjukkan sekolah itu. memang selama ini dia tidak pernah dengar sekolah itu. malah kuala selangor tidak pernah terlintas dalam kamus ingatannya. tup-tup dia sudah sampai di sini. pagi tadi jam 5, cik aa dan cik wa dah mandi dan bangun bersiap. awal sangat. bersemangat sungguh.

aduhai, malunya. lebih seribu orang memandang ke arah enam orang guru muda yang sudah berdiri di pentas. mereka telah diperkenalkan kepada pelajar dan guru sebagai guru praktikum yang akan mula berkhidmat pada hari itu. seorang-seorang disebut dan diperkenalkan. cik aa, cik d, cik wa, cik il, en tah dan en ad berdiri. mereka datang membawa nama uni. moga dapat menggalas peranan yang telah diberi. melihat mereka yang bakal menjadi pelajar. gerun. hanya 20% muslim. selebihnya adalah cina dan india. cik aa tambah cuak. mana pernah dia jumpa dengan orang berlainan bangsa dengan dia seramai ini. kat sekolah dulu tak ada cina & tamil. aduii. relaks.

berjumpa dengan pengetua. berkenalan. kemudian berjumpa dengan pk 1. debar tak hilang lagi. penentu. diletakkan di mana. lama juga dalam bilik pk 1. katanya, 1 time menerima guru dalam course cik aa dan cik wa. cik aa dan cik wa. senyum. dalam hati tak terkata. mesti banyak tanggungjawab. alamak. kecuakan terlahir lagi. cik aa dan cik wa diterbangkan ke sesi petang. bertemu dengan penyelia petang. ayoyo, means-hanya bertemu dengan murid tingkatan 1 dan 2. en ad dan en tah dua alam. bukan macam katak yang boleh hidup dalam air dan darat, tapi mereka akan mengajar dalam sesi pagi dan petang mengikut masa yang telah ditetapkan.

Wednesday, May 6, 2009

cerita dia

Huuh...huuu..
aku gelak saja baca sms kawan aku.. disebabkan dia dah sampai tahap kebosanan yang paling tinggi(tahap kelapan petala langit), dia kata nak lari dari rumah. nak lari ke rumah aku. aku kata on je, datang saja. lari sajalah cik wa... mai datang rumah aku. cuma aku risau kalau emak dia buat report polis. nanti haru juga kalau dalam harian metro ada tajuk panas "budak umur 24 tahun lari dari rumah"

hari itu buat 'date'( rasanya tak sesuai kosa kata ni) dengan teman. duduk kat restoran. borak pasal kejadian-kejadian lepas atau dalam bahasa mudahnya, update perkembangan sahabat yang sama-sama menjalani praktikal. almaklumah, selepas ini, kita hanya akan bersua semula semasa memegang skrol tanda tamatnya perkhidmatan kita sebagai pelajar uni. lepas ni, kita akan menjalani kehidupan masing-masing dan mempunyai komitmen lain yang lebih besar. bila dengar cerita mereka, nampaknya baru kini aku sedar bahawa, aku semakin jauh dengan mereka dan kehidupan mereka. entahlah. mungkin selepas ini, atau sekarang, kita sedang meniti kehidupan ke alam baru. dan cerita mereka juga pelbagai-ada yang menamatkan zaman bujang, ada yang jumpa mr.right, ada krisis.... semua ada dalam rencah SAHABAT...

cuma apa yang kuharap, kita tidak akan terpisah setelah tamat khidmat kita sebagai pelajar di sini. biar siapa pun yang akan kita jadi pada masa depan, kuharap kita tetap KAWAN, SAHABAT DAN TEMAN UNTUK SELAMANYA...

miss u all...

aku kembali lagi

salam rembulan (Erk... tiada pula bulan muncul)

semalam aku ke sana lagi. ke tempat pertama yang mengajar aku cara bertatih yang betul sebab sebelum ini tatihan ku seringkali membuat aku jatuh. aku ke tempat yang mengajar aku erti menjadi seorang guru yang sebenar. melayan karenah pelajar yang pelbagai ragam. yang melayu lain cara bicaranya, tamil beza cara gaulnya, dan cina tak sama pula dalam hubungannya. memang pening, tapi semua itu mengajar aku erti hidup. sesungguhnya pengalaman adalah guru sempurna buat kita. tanpa kita merasainya, tak mungkin untuk kita mengetahuinya. aku tahu semua ragam dan karenah manusia.

semalam aku naik lagi ke bukit malawati. bersantai bersama teman dan duduk di tebing sambil melihat monyet dan lotong berlompatan.. gembira ramai datang lawat dorang. dan paling aku rindu, dari atas bukit aku melihat sekolahku di nun bawah sana... ah... rindunya...

Saturday, May 2, 2009

aku dan kenangan

wah, aku ditinggal sendiri lagi. sedihnya. mesti dorang dah sampai sabah. selamat sampai sahabatku. sampaikan salamku kepada warga sabah. tak apa, nanti pun aku akan balik juga. tapi itulah, aku akan tinggalkan semenanjung lagi. entah bila akan dapat bersua lagi.
untuk waktu-waktu yang baru berlalu, sedih masih lagi merajai. memang sedih. meninggalkan alam kuliah dan alam praktikal. kini, status cik amandaatika sebagai seorang pelajar sudah tamat. insyaallah, kalau ada rezeki nanti sambung belajar lagi ya cik amandaatika.(Belajar sepanjang hayat kan?)

rasanya sudah seminggu aku meninggalkan dunia sekolah. walaupun dalam masa yang singkat, tapi ia memberi kesan yang mendalam. sangat dalam, sedalam jurang mariana.

tinggal serumah dengan member. walaupun singkat, tapi kasih kita seolah-olah bertahun telah terjalin walhal ianya baru termeterai dalam masa empat bulan walaupun sebelumnya kita kenal hampir bertahun tapi jarang bersapa. tapi kenangan kita di sana, seperiuk kita makan bersama, semeja kita bercerita bersama, banyak masa yang kita luangkan bersama terlalu istimewa. rahsiaku rahsiamu juga sahabatku. sakit ku, sakitmu juga. segalanya kita lakukan bersama. bercerita tentang pelajar dari sekolah kita yang berlainan latar belakang. dari sekolah agama, dari sekolah yang dimonopoli orang melayu dan kisah sekolahku yang hanya 20% orang melayu. dan cerita dari sekolahku adalah yang paling banyak. kalau dikumpul, rasanya cerita tentang sekolahku setebal novel Bukan Puteri Lindungan Bulan.
kini, aku kembali lagi ke tempat mula-mula aku menjejakkan kaki di bumi semenanjung. kala ini, aku mengulit kenangan. saat menunggu bas untuk ke kuliah, saat membeli makanan di kafe. semuanya membuat hati bergetar. rindu untuk mengulang semula segalanya. tapi aku tahu semuanya adalah mustahil. sekadar untuk mengingat, jangan sampai teringat sentiasa sehingga mengganggu perjalanan hidup.

Friday, April 24, 2009

ia ternoktah di sini

kalau dulu, aku slalu call bonda... mengadu kerana dapat murid sekolah yang nakal. bonda bilang... sabar nak... ada hikmah di sebaliknya. tapi memang betul, kini dengan cerita lain pla aku mengadu kepada bonda, kukhabarkan"Bonda, anakanda tak sanggup untuk meninggalkan semuanya" mengadu dengan linangan air mata. sedihnya..... tapi aku pasrah..detik itu tiba juga...
mulai esok.. aku bukan lagi bergelar cikgu di smksaaz..... (insyaallah, kalau ada rezeki, nanti akan jadi cikgu semula).

pada awal aku menjejakkan kaki di sana, aku selalu berharap"bilalah sampai bulan april ni.cepatlah sampai supaya aku cepat-cepat blah dari sini." itu dulu. saat tarikh begitu pantas bergerak, saat masa sudah meninjak ke malam, aku selalu runsing. sedih pula nak tinggalkan sekolah pertama yang MENGAJAR AKU ERTI MENGAJAR. kasih kita tercipta di saat akhir. tapi memang selalu begitu, sedih akan setiap perpisahan kerana kita terlupa adanya pertemuan sebelum ini. yang yang bermula ada akhirnya.

kalau aku geram, nafsu amarah memang tidak dapat ditahan, syaitan betul2 gembira kerana dapat mengusai aku(Ya Allah mohon pelihara aku).. marah dengan sikap murid yang mencabar kesabaran aku... dengan lagak tidak bersalah mereka yang masih mentah aku denda.. pukul dengan duster, berdiri di atas kerusi, berdiri depan pintu... sampaikan tanganku menyentuh mereka.. mencubit mereka.. begitu skali aku saat amarah menguasai. tapi hanya tika itu. selepas itu, when i back to neutral, baru sedar kesilapan diri. sehari suntuk rasa bersalah. dengan ringan langkah, aku akan kembali ke kelas murid yang aku dah denda, mohon maaf kepada mereka.. MAAFKAN SAYA.. Smua.. love u all...

kalau dulu, aku tidak sabar untuk menggapai bulan april. dalam hati slalu berkata.. bilalah april ni menjelma. kini, sedari awal bulan april lagi, aku slalu berkata, jangan biarkan bulan ini berakhir.. tolong.. tapi boleh ke? nonsense kan?

dan kini, dari kelas ke kelas, aku memohon ampun.. tangisan air mata begitu deras mengalir. tanpa segan silu, seorang guru menangis depan pelajarnya.... trima kasih semua....
lov u alllllllllllllllllllllllllll

1 KRK- trima kasih kerana ajar saya bagaimana untuk menjadi seorang guru BM
1 Al - terharu bila kamu pasrah trima denda dari saya... tanpa bantahan dan saya yang sedih, kenapa kamu tak menolak untuk tak kena denda... (Leh pla kan.. trima kasih kerana jadi pelajar saya yang sangat baik dan taat)
1Ba - kamu memang spesel... kenapa? kamu tahu sendiri kan.... thanks for everything....

dan buat mereka yang saya slalu relief... slalu menyampuk masuk klas kamu... slalu suruh masuk klas( jangan ponteng) dan segalanya... di sesi petang smk saaz, sesungguhnya tiada kata seindah bahasa, tiada yang sayu sejernih air mata.. NOSTALGIA BERSAMA KALIAN ADALAH YANG TERINDAH... LUV U ALL...

detik itu kini d sini

kalau dulu, aku slalu mengira detik itu. entah bila akan tiba...
tapi kini setelah empat belas minggu, detik itu telah tiba...
dan hari ini aku harus menghadapinya...
rasanya tak terucap..
pilu rasa hati....
tapi aku sedar...
setiap permulaan pasti akan ada pengakhirannya
dan kini ia depan mata..
mustahil untuk diundur dan amat mustahil dikedepankan semula..
tidak terucap dengan perkataan...
SAYONARA...... (airmata menitik)

Saturday, January 24, 2009

aku dan pelangi

seharian...
pelangi pagi terulung dalam dakapan
bintang takut dalam kegelapan
anyaman senyum oleh sang suria
kenyang dalam sentuhan maya

seharian...
aku merantau mencari tapak
hahaha......
sunyi sepi...
so langkah kaki bermula
jom....





aku dah sampai melaka...dari kuala selangor... masa diambil sehari suntuk baru sampai destinasi