Sunday, June 28, 2009

face and body

salam rejab

syukran, Allah bagi peluang pada cik aa untuk menjamah lagi datangnya rejab. moga hati cik aa sentiasa dipegang pada tali lurus menuju firdausi-Nya.

today very touching... hehehe... sebenarnya cik aa mengulit kenangan. kenangan empat tahun lalu, berlangsung seperti hari ini. semalam cik aa sibuk sangat dengan kerja sebab nak kena sediakan penginapan untuk parents, sampai ke tengah malam cik aa kerja. but never mind, cik aa will give the best service for all of you.

pagi-pagi cik aa bangun, tengok pemandangan yang dua kali setahun saja berlaku. pendaftaran pelajar baru ke uni cik aa. memang teringatlah kenangan lalu. sedih pula hati, dulu cik aa tak ada family yang hantar, tengok budak yang baru masuk ni, semua ada yang hantar. tapi dulu tak sedih sangat sebab, cik aa datang berbondong-bondong, dari satu sekolah sahaja ada 8 orang, so tak terasa sangat jadi orang baru. tapi, perkara paling tak suka ORIENTASI. namun, benda tulah yang meninggalkan kenangan yang sangat manis...

kereta bermacam jenis, just nak hantar anak seorang, siap ada saringan H1N1 lagi. sampaikan polis trafik pun bertugas disebabkan kesesakan lalu lintas yang sangat teruk. wehhhh... tanjung malim jammed.. jarang-jarang berlaku.

memang dah warning dengan orang pejabat, no emergency call for today. just for rest. so alhamdulillah, no calling for today. tapi saspen juga sebab ada call from bos to cik tin

bos ; kenapa tak angkat telefon. haiya, kamu jangan risaulah, saya tak panggil kamu kerja.
just nak belanja makan
cik tin ; kfc ke bos?
bos ; ha, marilah turun.

so kami pun turunlah ambil kfc(simpan balik ikan yang dah kena siang untuk lunch-selamat kau ikan untuk hari ini) sebelum pintu pejabat ditolak, ada member sound cik aa, rupanya teman seperjuangan praktikum. datang semata-mata nak teman adik mendaftar. rombongan sampai dua kereta. apa tidak jalan jammed, just imagine kalau satu pelajar dihantar dengan 2 buah kereta, kalau tiga ribu ada berapa kereta.. 6000 kereta menyusur di jalan raya!!! nak parking kat mana?

sampai pejabat, borak lah dengan member yang lain, semua pakai baju seragam hari ini. nak tunjuk macholah tu. sampaikan en. sau pun nampak hensem semacam je. en az toksa cakaplah.
cik tin tanya 'dah jumpa gewe ke?' sebab bos pun suruh dorang cari calon... hehehe...
en.sau balas ' belum lagi. sekarang tak boleh lagi sebab ada parent' betul juga... nak kena pelangkung dengan mak bapak budak-budak tu ke?

lepas tengok gelagat budak baru(bawa baldi, bantal, bear aduh... macam cik aa dulu2) cik wa call, nak jumpa. time bagitahu tu, dia dah ada kat depan rumah. so cik aa turunlah jumpa.

'eh, apasal cik aa tembam?' soalan pertama setelah bersua. biar betul cik wa ni, tak sampai sebulan tak jumpa dah kata cik aa tembam. baru saja pergi tengok wayang syurga cinta sama2 hari tu dia kata cik aa kurus. sekarang cakap cik aa tembam pula.

cik aa tanya cik tin, betul kah cik aa gemuk sebab baru saja cik aa timbang dah turun 2 kilo. takkan turun berat badan menyebabkan tembam? very2 unlogically...
'mukamu saja yang tembam, tapi badan kurus' terang cik tin...


erk.. boleh kah muka tembam, badan cekeding?

Sunday, June 21, 2009

jejak langkah terdahulu

salam alaik...

tak lama lagi rejab akan tiba. ntah, sejak lepas dari status sebagai pelajar, cik aa pun dah berubah sikit. harap-harap iman tidak berubah malah lebih tinggi lagi.

a few weeks ago, cik aa minta teman dengan cik tin pergi jejak kasih kembali. sebenarnya before this, cik aa dah pernah jumpa sekali with cik wa. masa tu cikgu fa ada tolong temankan dan cik aa lah yang tolong sesatkan perjalanan disebabkan salah informasi. akhirnya tempat yang hendak dituju sepatutnya just need for an hour change to two hours. pusing-pusing, rupanya dekat saja tempat tu.

second time cik aa pergi tak sesat dah coz kali ini cuba guna pengangkutan awam pula. but the problem is, bus lama sangat landing baru nak jalan. 1 jam cik aa tunggu baru tuan drebar nak jalan. ikutkan hati memang habis tayar dipancitkan.

sampai di sana, cik aa bagitahu kat teman lama nak jumpa. just imagine, almost 12 years i never see him. tak dapat nak detect macam mana rupa dia. so, cik aa suruh dia datang jumpa kat taman perumahan makcik cik aa, dia datang. cik aa call him, nak cari yang mana satu.

"mana kau" soal cik aa. kepala didongak ke sana-sini. keadaan yang hingar sedikit sebab pasar malam baru hendak bermula.
"kau pakai baju hijau kan?" terkejut cik aa. he still know me? wah.. kuatnya ingatan.
"betullah. janganlah main sembunyi. mana kau"
"ni di belakang" letak sahaja hp, cik aa toleh belakang.
terkejut + tergaman dan banyak lagi ekspresi muka cik aa. tak sangka, dia masih ingat cik aa. ingatkan perubahan selama 12 tahun dapat mengubah cik aa, rupanya tidak. dan dia pun tidak berubah. still sama macam zaman kanak-kanak kami. cik aa kaku, tak tahu nak cakap macam mana. dia ajak keluar pergi minum.
"macam mana kau boleh kenal aku?" soal cik aa. yalah, macam mana dia masih boleh kenal sedangkan kami sudah sama-sama menginjak dewasa. pastinya berubah.
"kau tidak berubah. ingatkan kau gemuk." amboi, bekas ketua pengawas ni... suka hati saja cakap aku gemuk.
"kenapa kau boleh cakap macam tu"
"sebab emak kau kan gemuk" kami ketawa bersama.

dan bermulalah alkisahnya pembukaan kitab zaman purba. zaman dinasti kanak-kanak yang penuh dengan memory. panjat pokok, main guli, balik sekolah lumba lari sambil sembunyi di belakang pokok kelapa sawit, nak lumba siapa dulu sampai rumah. kalau time puasa, lumba lari untuk buka puasa sebab dah masuk waktu berbuka(puasa setengah hari), lumba awal pagi nak pergi sekolah sebab nak pungut jambu air(biarpun tuan pokok dah bagi warning, jangan ambil jambu air saya-tapi kami pungut juga), pergi memancing bersama, cari udang bila time ada orang pergi 'meracun', main obor-obor dan ikan julung-julung bila balik dari sekolah... oh so manyak memory.. tak terkata. rasa nak ulang semua memory itu kembali tapi its imposible.

time nak balik, cik aa terima satu berita yang sangat mengejutkan. a bad things. ingatkan keluarga cik aa jauh dari semua benda-benda ni. tahu sahaja benda ni, cik aa dah tak terkata. cik tin cuba tenangkan cik aa. bawa bersabar katanya. walaupun dia saudara tak berapa rapat tapi kami still punya ikatan darah. why she do this? sanggup.. oh no.. nasib baik masa nak naik bas dia bagitahu, kalau sebelum itu dia bagitahu rasanya sampai juga penampar sulung cik aa ke mukanya(tapi berani ke cik aa). tergamak dia buat macam tu. manusia, tidak tahan dengan nikmat dunia.

ya Allah, aku mohon pada-Mu agar Kau pelihara imanku

Friday, June 5, 2009

kerja...

assalamualaikum

hwa.... tensionnya, baru saja semalam cik aa puji bos, tapi hari ini cik aa tarik balik pujian tu. tadi kena marah. geramnya, biarpun dia cakap, dia tak marah kat cik aa tapi terang-teranglah cik aa yang kena coz dia marah kat cik aa. geram....... padahal itu bukan salah cik aa. bos cakap "i not blame you ya," tak blame cik aa, tapi dia pergi membebel kat depan cik aa tu apa kes. lepas tu, yang dia bebelkan kerja cik aa yang diwariskan daripada orang yang bertanggungjawab pada tahun lepas. tak pasal-pasal cik aa yang kena. kalau nak marah pun, marah kat minah yang buat benda tu lah. cik aa cuma bertindak mengikut arahan daripada supervisor. dah dia suruh buat macam tu, cik aa buatlah.
"i dont beleive. mana boleh jadi macam ni," en bos bawa hasil kerja cik aa dan pergi display. dia belek satu-persatu yang di depan mata dia. semua perfect, dah cik aa siapkan. tiada sebarang kecacatan langsung. dan tinggallah dia termangu di depan display tu memikir di mana silapnya... ha.. fikir. memang dia ni... geram cik aa. kalau tak percaya cik aa tak mampu buat, jangan suruh cik aa buat.

"kasihan cik aa, kena marah," sof dah menegur.
"aah, tadi dia juga yang minta cari kerja. sekarang dapat kerja kena marah pula. kasihan." balas kak yu.
"tulah, aku suruh kau duduk relax saja, kau tak nak. nak juga cari kerja tambahan." suara lain pula menambah. takkan cik aa nak makan gaji buta. tak berkat rezeki. itu pasal duit mengalir macam air, tak sedar ke mana tujunya.

kes lain pula, kawan cik aa merajuk. ayoyoo, dia nak datang rumah, lepas tu cik aa dengan cik tin tengah makan. ada 3 miss called dan 2 sms sampai. rupanya cik aa silent kan hanpon. cik aa call balik, dia tak nak angkat. dah lah kredit nyawa-nyawa ikan, yang dia merajuk tu kenapa pula. bukan nya disengajakan cik aa buat dia menunggu terlalu lama. tak terniat pun.cik aa hantar sms, mohon maaf, lama baru dia balas. ayat pun macam orang kecewa tak makan coklat cadbury.
'kenapa kau silentkan hanpon. tak pernah pun kau silentkan hanpon' tanya cik tin.
'tadi aku main-mainkan hanpon, sebab boring duduk dalam pejabat tu, sampai aku lupa aku silentkan hanpon' balas cik aa.

aduhai cik aa... kasihan sungguh. sabar ya cik aa.

Thursday, June 4, 2009

kahwin dan kerja

cik aa dan mereka (kerja dan kahwin)

assalamualaikum...w.w

"kau bagitahu kat bos, petang ni aku tak datang kerja," cik aa sudah memandang cik tin. nasi di hadapan dijamah. walaupun lauk simple, tapi tetap menyelerakan. biasalah, tangan keras yang masak...
"kenapa tak nak turun?" cik tin menimbulkan persoalan.
"boringlah. asyik mengantuk saja kat pejabat tu," balas cik aa. cik tin hanya mengangguk. padan muka cik aa, sebelum ni bercita-cita nak kerja di dalam ofis. bekerja ikut ofis hour, mula jam 9 dan balik jam 5. tapi kini tak sampai dua bulan cik aa bekerja, keluhan sudah memenuhi ruang bibirnya. mengadu, bosan.
cik aa balik rumah, on notebook dan sign in ym. on sahaja, dah ramai yang menerjah masuk ke rumah cik aa. padahal cik aa dah tulis terang 'dont u dare to buzz me'. nampaknya ramai yang berani buzz cik aa. rupanya ramai juga kawan cik aa yang kerja ofis hour. mereka semua bekerja sambil bersantai. ponteng kerja ke?

ym dengan mamat a. pengacau saja. cik aa ingat tak nak balas, tapi dia asyik buzz sampai bingit telinga. menyesal tak letak invis saja tadi.

'kenapa tak kerja?'
'ponteng. boringlah'
'ingat itu ofis bapamu kah, suka hati saja tak nak masuk kerja.'
memang itu bukan ofis cik aa. itu milik my boss, mr. l & mk land yang bayar gaji aku, getus cik aa dalam hati. bos cik aa sangat baik. dah 2 hari dia meeting kat luar, so tak datang pejabat. cik aa tabik spring lah kat dia sebab semangat dia nak belajar bahasa melayu sangat tinggi hingga sanggup mengajikan cik tin sebagai tutor untuk ajar dia supaya pandai bm. apa taknya, 30 tahun kat england. study kejuruteraan lepas tu sambung mba, pastu kerja. baru sekarang teringat nak balik. cakap dengan dia pun cik aa kena merangkak coz bi cik aa always kena tegur. haha..padan muka, siapa suruh tak belajar bi betul-betul.
'eleh cakap orang, dia pun sama'
'mana ada'
'dah berapa kilo tulang kau curi'
'aku tak curi tulanglah. aku tak ponteng, cari bahan di library ni.'
'oh.. kau r.a ya'
'yap'
teringat cik aa, sebelum ini sepatutnya cik aa pun dah jadi r.a kat arkib, tapi nampaknya bukan rezeki cik aa lah.

ym dengan mamat b

'kenal saya tak' cik aa tak sukalah kalau orang nak main teka kacang dalam ym ni.
'siapa?'
'takkan dah tak ingat?'
'memang low memory sekarang ni. banyak tertelan semut,'
'la, ya kah? kasihannya. ali lah'
'ali mana pula'
'ingat upsikan?' takkanlah cik aa lupa pasal uni cik aa. seminggu sekali cik aa lalu kat situ.
'yang rambut cacak tukah?'
'rambut cacak mana pula ni'
'bentuk macam mana ya'
'yang sedang2 saja' amboi, dia pergi letak lagi lirik lagu iwan kat dalam ym.
'ooo.. ingat.. ali sam from kedah kan?' saja nak menyakat dulu. padahal cik aa memang dah tahu dia.
'betullah. pandai pun' memang cik aa pandai. baru tahu ke?
'tahukah yat nak buat majlis hari sabtu ni?'
'tahu. tapi dia tak jemput'
'ceh... mengada. dia jemput semualah. jomlah pergi'
'tengoklah dulu'
'nak dating lah tu'
'awek pun tak adalah'
'yela tu. aku cuba untuk percaya.'
'en kamal kahwin nanti jomlah pergi'
'boleh saja.'
'ada kenderaan kah'
'ada.... banyak bas'
'pinjamlah motor'
'siapa nak bawa. aku bawa basikal pandailah'
'tumpang mi'
dan kami sama2 gelak. ceh.. nak kenakan aku lah tu.

memang masa cik aa sekarang sangat padat. kerja 5 hari seminggu. semalam pun terpaksa memaksakan diri untuk pergi pekan nak cari hadiah untuk mereka yang berkahwin. balik saja dari ofis terus langkah kaki diatur. sekali beli untuk tiga majlis. memang habislah duit nak beli hadiah. semua nak kahwin masa cuti ni. terpaksalah hujung minggu cik aa tidak dapat lagi memanjakan diri untuk berehat. minggu ni dan minggu depan. kenapa semua nak kahwin masa cuti sekolah? cik aa ketuk kepala... ok..ok.. cik aa tahu sebabnya..