Sunday, August 15, 2010

baik-baik sayang-3

“Aku terima nikah dan kahwinya Balqis Binti Harun dengan mahar yang telah disebut dengan manhaj kitab Allah dan sunnah rasullulah”

Lancar lafaz akad itu keluar dari bibirnya. Senyuman tersungging megah terlakar di wajahnya. Sungguh dia berbangga. Bersyukur sangat kerana ujian yang paling getir dirasakan dalam hidupnya sudah terlaksana. Kalah segala peperiksaan dan ujian yang pernah dia hadapi sejak zaman sekolah hinggalah di universiti. Bila sudah di alam pekerjaan, dia memang tidak menghadapi sebarang peperiksaan, namun bebanannya lain pula.

Kini lain pula keadaannya. Dia sudah melepasi saat getir dalam hidupnya. Kalimah Hamdallah tidak lepas dari ungkapan dua bibirnya. Kiranya, segala latihannya selama ini berhasil. Full mark for me. Tidak putus-putus senyuman tersungging di bibirnya.

Kakinya melangkah ke penjuru masjid. Sujud syukur menjadi tanda dia mengucapkan terima kasih atas limpahan nikmat-Nya. Solat sunat juga tidak lupa didirikan. Bila sudah selesai, dia menuju ke arah kelompok manusia yang berada di tengah-tengah masjid.

Kumpulan pertama yang dihampiri adalah kedua orang tuanya. Insan yang berjaya melahirkan dia ke dunia yang nyata ini. berjaya membentuk dia menjadi seperti hari ini. insan berguna masih ingat di mana kakinya berpijak. Masih sedar betapa tingginya langit.

“Baik-baik hidup di alam baru ni. Jaga tanggungjawab yang baru kamu galas,” sejak semalam si ibu tidak putus-putus memberi nasihat.

Saya hati Puan Sarah. Air mata sudah berada di pinggir bibir. Biarpun kebanyakan ibu bapa menangis kerana melepaskan anak perempuan mereka, kali ini air matanya sudah tidak dijemput menangisi perubahan status anaknya. Reaksi biasa bagi perempuan. Di kala sedih menangis, di kala suka pun menangis. Air mata yang ada sekarang adalah air mata kegembiraan. Gembira kerana anak bujangnya sudah menjadi suami orang.

“Man, ingat peranan suami. Jangan sesekali tergadah kalau ditimpa masalah.” Giliran sang ayah pula memberi amanat.

Tuan Salam menepuk-nepuk perlahan bahu anaknya. Sudah hampir tiga puluh tahun anaknya itu di bawah tanggungjawabnya. Sekarang, anaknya pula diberi tanggungjawab untuk seumur hidup akan datang.

Sulaiman hanya mengangguk-anggukkan kepala mendengar segala nasihat. Segala perkataan seperti itu menggetarkan sukmanya. Membuat hatinya terasa menderam-deram. Berat sungguh tanggungjawab kali ini.

Kakinya perlahan-lahan melangkah ke kelompok lain. Tujahan matanya pada sang gadis yang sopan duduk bersimpuh. Memakai baju kurung moden yang senada dengannya.

Menariknya dia. gorgeos! Pujian itu hanya ruang hatinya sahaja yang mendengar. Tidak terkeluar pun.

“Qis, hulur tangan tu,” satu arahan kedegaran daripada suara gadis yang duduk di sebelah sang pengantinnya.

Perlahan-lahan dicapai tangan si gadis. Getaran terasa saat dua medium bersentuhan. Ion-ion mengalir seperti renjatan elektrik saat ia menyatu. Begitu membuat jantung ingin keluar dari soketnya.

Sulaiman menebarkan senyumnya. Biarpun jantungnya saat ini berdegup dengan kencang, tapi semampu mungkin ditutup dengan riak senyum. Sungguh dia terasa getaran yang lain sedang menyapa dadanya saat tangan si gadis tersemat dalam genggamannya. Membuat hatinya seperti terloncat-loncat.

“Ciumlah tangan tu,” perempuan di sebelah sekali lagi memberi arahan. Kepalanya menggeleng-geleng. Aduhai sahabatku, takkanlah nak kena bagi satu-satu arahan. Bukan dah practice ke tadi?

Hai, sejak semalam lagi dia dah bagi tusyen percuma untuk menghadapi situasi ini. nampaknya temannya itu masih tak khatam belajar lagi. si perempuan mengeluh perlahan melihat telatah temannya yang serba tak kena.

Sulaiman yang mendengar tersenyum. Pasti si pengantinnya juga sepertinya. Saling salah tingkah.

Tapi Sulaiman tidak lari dari dialog. Dia mencium dahi si gadis, sama seperti yang selalu dia lihat. Bila sesi membatalkan air sembahyang, pasti sang suami akan mencium dahi pengantinnya. Itulah yang dia lakukan. Bibirnya menyapa lembut dahi licin pengantinnya. Damainya hati saat itu, serasa ingin ditekap masa untuk berhenti seketika.

Hasratnya tercapai bila kamera tidak putus-putus memberi cahaya. Menyuruhnya tidak memberhentikan aksinya saat itu. Senyumannya kali ini tidak lekang dan tidak putus pula. Senang dengan keadaan ini.

Bila sudah selesai dengan aksi tersebut, Sulaiman beralih kepada kedua orang penting di sebelahnya. Kali ini, status mereka sudah berubah. Kalau dulu selalu dipanggil dengan gelaran pakcik dan makcik, sekarang dah ada mandat baru. Wajib panggil emak dan abah. Satu-persatu tangan orang terpenting itu disalam. Seperti biasa, belakang Sulaiman diusap perlahan. Nasihat pun turut diselitkan.

No comments:

Post a Comment

komen la. sama2 kita abiskn air liur(eh x yah pn, jaz use u hand)