Saturday, November 15, 2008

ingat mati

salam

saatnya akan tiba... dan kita tidak mampu untuk berundur.

Mati itu pasti tapi kita tidak tahu bila. Mungkin sesaat dari sekarang, sebulan atau 10 tahun akan datang. Dan kita sememangnya tidak akan tahu bila ia akan datang. Ia datang secara mengejut, tidak mengetuk pintu. Tanpa sebarang amaran. Bila-bila. Kerana itu, kita harus bersedia selalu.

Setiap yang bernyawa pasti akan mati(al-anbiya:34)

Tugas kita hanya satu iaitu beribadah dan taat kepada-Nya. Laksanakan semua suruhan dan hindari semua larangan insyaAllah hidup kita sebagai khalifah akan sempurna.

Tidak aku ciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah dan beribadah pada-Ku(az-zariat:56)

Semua perbuatan kita akan dihisab, direkod oleh pencatat rekod. Mencatat semua tindakan dan niat kita sama ada dalam aspek kebaikan atau keburukan. Tiada yang terkecuali, semua akan dicatat walau sebesar zarah pun.

Sesiapa yang melakukan kebaikan walaupun sebesar zarah akan tetap diberi penjelasan. Dan barang siapa melakukan kejahatan walau sebesar zarah, maka dia juga tetap akan diberi pembalasan.(Al-Zalzalah:7 & 8)

Dosa dan pahala kita akan terhijab pada masa yang pasti akan datang. Sudah bersediakah kita untuk menghadapinya. Pastikan ketakutan akan membelenggu diri. Apakah amalan kita diterima atau sebaliknya.

Perumpamaan syurga yang dijanjikan kepada orang-orang yang takut kepada Allah, di dalamnya mengalir sungai-sungai, buah-buahannya tetap dan (juga) naungannya. Itulah kesudahan bagi orang-orang yang bertakwa kepada Allah, manakala kesudahan bagi orang kafir(ingkar) pula ialah neraka.(Ar-Raad :35)

Dengan mengingati mati, kita akan sedar ke mana akhirnya hidup kita nanti. Kita akan ingat tentang hari pembalasan.

Rasulullah sentiasa mengingatkan umatnya untuk bertaubat kerana Allah sentiasa menerima taubat hamba-Nya.

Sabdanya

Sesungguhya Allah tetap menerima taubat hamba-Nya selagi nyawanya belum sampai ke halkum(iaitu sebelumnya sampai sakaratulmaut)-riwayat Tarmizi.

Katakanlah (kepada manusia): wahai hambu-Ku yang telah merasa berdosa atas diri mereka, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah dapat memberi amoun-Nya terhadap dosa seluruhnya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun dan Pengasih. (Az-Zumar :53)

Janganlah bertangguh dalam bertaubat

Sabda baginda

Binasalah orang-orang yang suka beranguh-tangguh.

Hingga ketika maut telah datang kepada seseorang antara mereka maka dia pun berkata” wahai tuhanku, kembalikan aku ke dunia! Supaya dengan itu aku akan dapat mengerjakan perbuatan baik yang telah aku tinggalkan itu. Sekali-kali tidak. Sesungguhnya perkataan itu, hanya sekadar dapat diucapkan. Dan dihadapan mereka ada Barzakh yang dindingnya membatasi sampai mereka dibangkitkan.(al-Mukminin:99&100)

Rasa pedih kematian

Diceritakan kepada nabi Isa ketika ditanya kepada orang mati yang dihidupkan semula

“berapa lama kamu telah mati.” Lalu dijawab oleh yang mati itu” sejak empat ribu tahun dahulu tetapi belum hilang rasa pedihnya kematian itu”

Sesiapa

salam

pesanan untuk aku dan kamu

sesiapa yang meninggalkan percakapan yang berlebihan,
akan dikurniakan kebijaksanaan.
sesiapa yang meninggalkan pandangan yang berlebihan,
akan dikurniakan hati yang khusyuk.
sesiapa yang meninggalkan makan yang berlebihan,
akan dikurniakan kekuatan untuk beribadah.
Sesiapa yang meninggalkan ketawa yang berlebihan,
Akan dikurniakan kehebatan dalam diri.
Sesiapa yang meninggalkan gurauan yang berlebihan,
Akan dikurniakan keindahan hati.
Sesiapa yang meninggalkan kesibukan yang berlebihan,
Akan dikurniakan kesempatan membaiki diri.
Sesiapa yang meninggalkan cinta dunia yang berlebihan,
Akan dikurniakan cinta akhirat.




Balik kampung

SAlam Barakah.. moga limpah hidayah-Nya sentiasa menyusup dalam hati kita

Hermmmm... so happy, for a few coming days, i will fly to my homeland, my birth place. By airasia, it will bring me go trough to my lovely country... sabah... i'm coming......

By that.. I will leave my lovely Uni....

sedihnya... tinggalkan tempat yang mengajar aku erti hidup yang lebih luas dari skop yang biasa aku alami. adoiiiiiiiiiiii... rasa macam masih mahu belajar lagi.. best apa belajar ni, just think about study & enjoy(4 me la). kalau dah kerja nanti mesti serabut otak... rasa macam takut pula melangkah ke dunia baru ni(baik melangkah ke dunia baru the movie-mesti tak serabut)

after this, i only be here again in convocation gathering(insyaAllah)... lepas ni kerinduan pasti menyebakkan perasaanku... terhadap teman-teman, asigment, pensyarah, fakulti..

Friday, November 14, 2008

DENTING YANG BERLALU

SALAM ZULKAEDAH

kalau tiga tahun lalu, dia datang sebagai orang baru, dia yang tidak tahu apa-apa, pertama kali naik kapal terbang, pasang seat belt terkial-kial, melopong tengok KLIA, turun KL naik kl monorel, tren, jalan-jalan di KLCC, p menara KL, naik motor ke Putrajaya, tengok wayang and so on.
Dia mengorak langkah dari utara ke selatan, naik kereta api 12 jam sampai terasa pinggang nak patah dari uni ke Arau, mencari jejak ke selatan, meneroka generasi di Teluk Kerang, Johor, dari timur ke barat. dia sudah meninggalkan tapak kaki di lokasi yang tidak pernah dia terfikir. sampaikan temannya membuat kenyataan"orang sabah kuat berjalan." itu hipotesis yang sudah menjadi tesis.. memang ramai orang sabah yang bergelar pelajar di sini mengambil peluang untuk meneroka dunia baru, yang tiada di tanah kelahiran. kami adalah perantau yang akan kembali ke kampung halaman, menggunakan peluang yang ada untuk menikmati kemudahan yang ada. apa yang ada di sini diteroka sebelum masa menjemput untuk kembali ke kampung halaman.

paling syadu, berhari raya tanpa keluarga, tanpa kuih raya, melukut di rumah keluarga yang sudi(ramai-ramai penuhkan rumah keluarga di kampung terdekat), bertangis dengan rakan di dalam bilik atau rumah sewa, kemudian call keluarga di kampung hingga tidak sedar air mata menitik. buat majlis raya sendiri, masak dan buat rumah terbuka di kolej.semua itu adalah satu pengalaman yang tercipta di sini. hanya di sini...

Kemudian hidup sebagai pelajar, dikelilingi oleh asigment yang due datenya tidak pandai menjauh, kuliah yang perlu dihadiri, tunggu bas yang selalu lambat, pergi library lain(uni lain, arkib negara, library negara), teman yang banyak karenah dan aku beruntung, semester akhir hanya tesis yang membuatku jiwa kacau.... dengan 6 jam kredit, masaku lebih banyak terluang untuk melayari internet pada semester akhir ini sebelum menyibukkan diri semula pada semester hadapan untuk praktikal..dan ianya betul-betul membuatku huru-hara kerana terpaksa menyiapkan tesis di saat-saat akhir(dah jadi habit, suka buat kerja last minit)

akhirnya, aku akan meninggalkan zaman uni ku sebelum melangkah ke dunia baru..

kini aku menjadi orang yang dah penuh dengan pengalaman baru. akan berakhirnya duniaku sebagai seorang pelajar dalam universiti ini. my Uni are the best..make a new history, new experience, new friend, new lecturer, new school, new campus and new life. the important things.. its make a new amandaatika who before just a kampung girl(now still kampunggirl) and now can see the real life, not just a life beside her(like a frog under coconut shell). kehidupan ini adalah guru terbaik, andai pandai mencari jalan, kau akan temui jalan yang lurus, yang membawa kepada destinasi, andai tersilap memilih jalan, jalan yang bengkang-bengkok, tidak bertar, berlopak atau sememangnya salah jalan, jalan pulang masih ada. berpatah-balik biar ia sesukar mana pun, kerana di jalan yang anda tujui tidak membawa anda ke destinasi yang sebenar. bayaran tol anda tidak akan diterima, malah surat saman akan menyusul.

Thanks Ya Allah, give me a chance to fell a new live in here........

Wednesday, November 5, 2008

my lovely song

Ungu - Hidup Hanya Sementara

Mungkinkan kita hidup selamanya?
Mungkinkah kita mati membawa harta?
Mungkinkah kita kan jadi penghuni surga?
Ataukah kita kekal di dalam neraka?

Hidup kita bukan akhir dari semua
Hidup kita bukanlah segalanya
Siapkah kita saat ajal menjemput kita
Siapkah kita menghadap kepadaNya

Bergegaslah, siapkanlah semua
Waktu kita tinggal sebentar saja

*Bergegaslah perbanyak banyak amal ibadah
Hidup di dunia hanya sementara

Ketahuilah selama kita hidup didunia
Kerjakanlah segala perintahnya
Jauhilah laranganya

Apabila malaikat datang menjemput kita
Tak kan ada lagi kesempatan mengucap kata taubat

Back to*

LANGKAWI..........best


































































dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..

sesiapa yang tak pernah lagi pergi Langkawi tu aku cadangkan pergilah melancong ke sana. memang seronok. aku ni pun pun terpaksa melangkahkan kaki balik uni, kalau tak.. memang aku tambah hari(lagipun bajet tak cukup-tunggu lepas kahwin dengan jutawan baru dapat bercuti di sana sampai aku sendiri yang bosan.. tapi siapa pula jutawan tu?)


hari pertama(31/10/08)

tunggu kereta api kat stesen. dah janji dengan member kat 1 taman ni, nak pergi sama-sama naik taxi. lama juga tunggu kereta api. tak tahulah, kami yang terlebih awal atau keretapi yang terlewat. bertolak dari t.malim pada pukul 9.50 p.m, lewat sikit. memang haru naik keretapi ni. panas punggung. dah rasa hari tu masa pergi arau. 12 jam duduk sahaja. tidur pun tak lena. sekali dengan budak sekolah dari Klang kat dalam coach. memang riuh lah. biasala budak-budak. asyik jalan ke hulu hilir saja. sampai aku pun dah penat tengok muka mereka.

hari kedua 1/11/08

memang malam tadi tak dapat tidur. sampai kat alor star jam 8. ambil laluan dari kuala muda ke Langkawi. rasanya budak-budak yang satu keretapi dengan kami ambil laluan Arau-kuala perlis. bas yang ditempah dah sampai, sepatutnya bertolak jam 9. memang best. tak payah penat-penat tunggu. jadual dianjakkan masanya. sampai jeti kuala muda... memang tak cantiklah.(sempatlah lagi dalam hati buat perbandingan dengan pangkor). lepak lama sikit kat jeti sebab terlebih awal sampai daripada yang dijadualkan. pengarah pun sibuk nak tukar time bertolak. akhirnya dapat juga tukar jadual. feri yang sepatutnya dinaiki jam 12.30, dianjakkan ke 11.30. tapi penat juga tunggu, adalah dalam sejam.

naik feri memang dah ditetapkan tempat duduk, tak boleh landing suka-suki. tempat duduk rapat-rapat. tak boleh bergerak ke mana-mana. kecil saja ferinya(pangkor hari tu siap naik bumbung lagi ambil gambar). siap ada kawan suruh matikan handpone.. dah terbiasa naik flight kena off handpon. dalam feri semua tidur.. aku tak boleh sebab sebelah aku ada lelaki, kang tak pasal-pasal lentuk pula kat bahu orang. so baca novel.. perjalanan memakan masa satu jam setengah. lenguh juga badan. tapi sempat terlelap sekejap... dah lah tak boleh tengok pemandangan..

sampai kat jeti langkawi membuat semua mata kami segar kembali. kompleks kat jeti sahaja membuat diri ini teruja, belum lagi untuk perjalanan seterusnya. pengarah terpaksa call Mahsuri transport sebab kami tiba awal dari yang dijangkakan. tunggu bas dalam setengah jam. lepas tu bertolak ke resort. jauh juga perjalanan ke resort. lebih kurang setengah jam. sampai di resort terpaksa berhimpit sekejap sebab kami check-in awal sepatutnya check in pukul 3, tapi kami dah sampai jam 1.30. best resort.. memang best. ambil bilik yang superior. sebilik memuatkan dua tiga orang. bilik pula bersambung dengan pintu sebelah, nasib baik orang sebelah ni member lelaki, kalau tak ada juga yang buat konsert tengah malam. buka langsir, nampak pantai kat bawah.. wah... best nyeeeeee... tak sabar nak mandi.

lepas kemas barang.. cari makan. berputar-putar cari tempat makan sebab kebanyakannya buka pada waktu malam. terpaksa memasukkan diri makan kat kedai mamak(tak berapa suka)
lepas makan, merayau-rayau di sekitar pantai. angin kuat so tak dapatlah mandi-manda. berjalan dari hujung ke hujung membuat kaki lenguh. tak sedar dah jauh dari resort.
malam.. makan kat restoran. yang ni orang belanja. lepas tu tengok wayang kat bilik tayangan sambil makan keropok. cerita indiana jones yang terbaru. aku dah tengok yang pertama & kedua. sebelum tidur, tertengok cerekarama..

hari ketiga 2/11/08

breakfast disediakan oleh pihak resort. singgah kat kedai warisan. tempat jual everything pasal minyak dan gamat. aku beli dua botol saja. tak tahu nak guna. beli sahaja.. tak suka minyak-minyak ni.
kemudian ke gunung mat cinchang, keluar dari bas da ada orang ambil gambar.. semua kami perasan jadi artis, rupanya dia buat gambar untuk frame. yang cantik belilah, yang muka poyo tak beli pun. sebelum naik gondola, aku sempat beraksi dengan ular sawa. pegang, lilit kat leher. rupanya aku ni tak penakut. boleh main dengan ular. semua kawan geli nak pegang ular tu. aku selamba saja pegang, tak tahu dari mana datang nya keberanian. di atas gunung aku dan member makan gula2 kapas. da lama tak makan, siap jilat jari lagi(baru ingat, tadi pegang ular..)
jenguk kan kepala kat idaman suri.. hahaha.. cik amanda atika pun beli sekali tu.. tak pernah-pernah shopping barang dapur. adalah dua tiga benda yang aku beli sebab semua member tiada yang keluar dengan tangan kosong. besar-besar plastik idaman suri mereka-beli talam, set pinggan, mangkuk etc.. berpusing-pusing cari kedai makan, sampai lenguh kaki.
masuk dalam kedai haji ismail group, tiada benda lain yang dibeli-COKLAT. habis duit dilabur ke situ. begitu juga masuk ke kedai lain.. mata tertuju ke rak coklat sahaja.cadbury, toblerant etc.. habis kena angkut.
petang-mandi-manda. lama juga kami mandi. action saja, sebenarnya tak pandai berenang pun. hahaha... (semua hairan, biasanya budak borneo pandai berenang, tapi aku tak pandai walau dah bertahun-tahun belajar). main tanam-tanam, aku juga yang jadi mangsa. siap suruh aku baring. tak nak... dah kena hari tu kat Pangkor(gatal) so tanam separuh badan saja, banyaklah dorang buat bentuk kat aku.. duyunglah. lepas tanam, dorang tinggal aku sorang2.. wah.. sedihnya. kaki kejang sebab tak bergerak. suruh kawan urut(masih sakit lagi ni). kami pungut binatang, rupa macam lokan tapi kecil, banyak juga hasil, berkilo-kilo, yakin saja kalau benda tu boleh makan. siap gendong dalam baju..
malam-barbeque(udang, sosej, ayam, sate)nasi lemak, me, buah, rojak buah.pastu panggang lokan kecil. sedap pula, macam makan kuaci.
masa makan kena berucap dan berkaraoke. seumur hidup tak pernah menyanyi depan macam ni. bergegar lutut. so duet dengan kawan, tapi dia yang lebih banyak menyanyi. aku memang lemah bab-bab macam ni. paling best, member yang nyanyi lagu Sakinah. langsung lari dari lirik. sampai sekarang kami gelakkan dia. lama juga kami lepak. my speech... hehee.. biarpun gabra aku tetap berucap, suruh dorang kahwin cepat-cepat sebab kalau dah posting kat sabah, kena hantar kad kahwin + tiket kapal terbang sekali... dorang cakap, nak pakat ramai-ramai posting kat sabah. nak round pulau kat sabah pula.

hari terakhir 3/11/08

sebelum breakfast, terjun dulu ke dalam laut. pagi-pagi tak ramai orang mandi. lepas sarapan, jalan-jalan di sekitar pekan. sampai ke underwater world. member ada ajak kat kawan seorang nak pergi underwater, tapi dia cakap, tak nak lah aku pergi indahwater........hahahaha.. semua kami gelak...
kami bergambar kat resort ramai-ramai sebelum check-0ut jam 12.
sebelum balik, kami bergambar di sekitar jeti. makan kat food court.
nak saja aku bertenggek ke belakang helang kat dataran lang, suruh dia terbangkan aku. best yer kalau helang tu dapat bawa aku terbang.
jam 2.30, kami tinggalkan jeti Langkawi. tak tahu bila lagi dapat datang ke sini. rasa singkat sangat percutian.

jalan-jalan kat pekan rabu, alor star. naik keretaapi jam 6. home sweet home jam 4.30 pagi...
walaupun masanya singkat, tapi banyak kenangan yang tercatat...

Friday, October 31, 2008

holiday...

aku nak cuti... hehehe
bukankah selama ini aku memang bercuti.. tiada kuliah...
apa-apa pun... aku nak holiday....
mula malam ni sampai hari selasa... lama tu...
LANGKAWI wait me!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Thursday, October 30, 2008

aku dan kuliah

salam

hari ini ada kelas ganti. ialah, dah lah kuliah sekali seminggu, pensyarah pun bukannya tiap minggu datang. so pecah rekodlah, buat kelas ganti masa minggu ulangkaji. tapi aku tak kisah sebab lepas ni mesti aku rindu balik nak pergi kuliah. rasanya dalam semester ni, hanya dua kali seminggu aku jejakkan kaki dalam campus.

sampaikan budak rumah pun tak hairan tengok muka aku hari-hari ada kat rumah. tukang jaga rumah. tolong bukakan pintu kalau dorang tak bawa kunci.....
housemate cakap, kalau rumah aku kat semenanjung ni, maybe tiap-tiap minggu aku balik. memang pun. sedangkan housemate yang kuliah dari isnin-jumaat ada pun tetap balik setiap minggu. aku tak hairan pun, biasalah orang dah kahwin. ada tanggungjawab lain. even aku tinggal di sabah pun, kalau aku banyak duit, memang balik kampung la setiap bulan...

memang bestlah, semester akhir ni....

dan aku tidak sanggup untuk mengira detik saat aku meninggalkan alam campus....

Sunday, October 26, 2008

alhamdulillah ..its annual dinner with classmate

salam

kini aku da boleh tenang sikit even jilid tak sampai lagi ke tangan penyelia, at least everything finished. tak payah susah-susah lagi tidur lewat & bangun awal, tak payah lagi semakkan bilik dngan buku atau apa-apa benda yang menyemakkan, dah boleh tengok tv, dah boleh makan dengan berselera dah boleh... banyak benda yang dah boleh buat.. tapi masih konfius lagi ni, apsal kepala tak henti berdeyut. lepas tu, tidur pun tak nyenyak sangat, tak boleh dah tidur awal. boleh pula bosan disebabkan tiada kerja nak buat... o plezzz..... kena study..cik amandaatika... exam dah dekat.. even only one paper.. you must struggle...

tesis tu betul-betul buat hidup ku kucar-kacir untuk seminggu dua ni. nak makan pun tiada selera, kepala asyik sakit ja. lagi haru, bilik dah tunggang-langgang, padahal tak adalah garuda nak langgar bilik aku pun..

aku bersyukur pada-Mu ya Allah, atas segala-galanya. Kau permudahkan urusanku, kau maha penolong di kala duka dan suka... Alhamdulillah...


__________________________________

last nite ada annual dinner.. bebudak junior yang anjurkan utk semua budak klas aku. aku & a few friends paling lewat.. kasihan kat dorang, tiada bas, terpaksa aku pergi kolej ambil dorang guna taxi. that's why lewat masuk.. sepatutnya mula jam 8 dan aku masuk dekat jam 9.. teknikal problem. segan juga nak masuk, sampai saja orang dah baca doa,tunggu sampai habis baca doa baru masuk. itu pun berkumpul ramai-ramai dengan budak kelas. kita orang bukan dengar pun MC berucap kat depan. tak kisahlah, bukan penting pun, yang penting kami datang nak makan. masa MC cakap semua semester akhir wajib berucap.. barulah pay attention, kami la yang kena berucap. katanya WAJIB.. wah haru sungguh... tiada teks ucapan ni.. hehehe.. nak makan pun dah tak berselera.. dah nasi dia colourful(hujan panas/pelangi)-tak sampai hati nak makan. cuma koktel je makan banyak sikit+kek..... pastu seorang wakil dari classmate jadi MC, dia nak sebut nama sorang-sorang untuk berucap.. aku harap sangat dia buat-buat lupa namaku untuk malam ni saja, bukan untuk selamanya, tapi kena berucap juga... gementarnya. even dah sekelas hampir empat tahun, tetap nervous juga kat dorang ni + ada pensyarah lagi... aku berucap kejap saja.. tak tahu nak cakap apa, dah semua isi ucapan sama dengan member ucap... so kejap saja... malam tu ada pertandingan prince + princess.. aku ada jugalah berharap nak jadi princess.. tak tahulah pula budak junior ni buat macam ni, kalau tak mesti pakai baju yang vote punya, aku memang outlah, apa tak nya.. tema warna ungu+putih.. aku out of theme.. brown colour(siap suruh kawan jahit manik lagi+pakai kasut 2 inch-nak balik... main lumba lari lagi. siap bawa belon ungu.. dengan kasut tinggi+baju ala-ala jubah.. kalau bakal mak mentua nampak memang kena reject.. ) hahaha.. akhirnya dorang choose kat girl yang pakai baju sexy sebagai princess... dorang ni kena pakai glasses ni.. rabun apa....prince pula untuk kawan yang memang macholah malam tu.. aku siap ambil gambar lagi dengan dia..
majlis tu lewat habis... sesi bergambar dengan semua semester tujuh. after this.. harap-harap ada jodoh jumpa lagi. sedihnya.. akhirnya akan tamat khidmatku sebagai pelajar di uni ini... wahhhhhh nak nangis...

Wednesday, October 22, 2008

its killing me

assalamualaikum

gila babun punya title..bukan bunuh pun.. hanya Dia yang dpt mengambil nyawa kita..

untuk minggu ni memang busy sangat. its my fault, can't manage time.. rasanya kalau diberi 30 jam untuk sehari semalam pun aku tetap tidak akan dapat mengurusnya dengan baik..so dengan 24 jam yang ada memang sekarang ni sangat-sangat diperlukan. masa senggang langsung tiada.. rindunya nak tengok tv... tidur pun macam tak tidur, bagus lagi ayam ada juga tidur...
aku tidur dalam sehari semalam hanya dua jam. dapat tidur pun after subuh.. memang jadi kelawar.. berjaga siang malam.. adui.. last night lagi parah, tak tidur langsung.. sekarang sedang mencuba membelai mata agar dapat terlelap walau sebentar.. dah terbiasa tak tidur.. parah ni..
it my bad habit.. suka sangat tangguhkan kerja sampai last minit baru nak buat.. biasanya kerja in sudden date ni memang merapu.. harap-haraplah apa yang kuusahakan selama satu semester ni ada juga hasilnya.. nampaknya salah satu dari lima perkara tu aku dah lalaikan.. lapang sebelum sempit.. aku sengaja menyempitkan masa yang aku ada.. sungguh rugi bagi diriku.
hari-hari menghadap laptop.. tangan pun dah jadi kematu.. kalau laptop ni boleh berkata.. mesti dia dah tulis kat skrin " wahai tuanku.. sudah-sudah lah menghadap aku. aku dah bosan tengok muka kau.. boleh tak matikan suis ku sekarang.. aku nak rehat" & aku akan buat tak layan saja sebab aku kena siapkan juga tesis ni... it really killing me.. membuat jiwaku kacau, damage may day...its make my eyes truly sick.. my head always put minyak angin.. tekak pun dah naik loya asyik duduk depan laptop.. dan aku... semakin...
poor me... padan muka aku..
my life will be better until this thesis have send to my supervisor..

Sunday, October 19, 2008

30 LARANGAN KEPADA WANITA

1. Menyambung rambut palsu
2. Bertatu, mencabut bulu wajah dan mengikir gigi
3. Keluar rumah dengan memakai minyak wangi
4. Memperlihatkan perhiasan(bersolek) di depan lelaki lain
5. Menolak panggilan suami untuk tidur bersama
6. Membuka rahsia hubungan suami isteri
7. Berpuasa sunat tanpa izin suami
8. Membelanjakan harta suami, tanpa izin suami
9. Derhaka kepada suami
10. Meminta cerai tanpa sebab yang jelas
11. Mengingkari kebaikan suami
12. Bersama lelaki lain yang bukan mahram
13. Memandang lelaki yang bukan mahramnya
14. Bersalaman dengan lelaki bukan mahram
15. Menyerupai lelaki
16. Membuka rahsia wanita lain kepada suami
17. Memandang aurat lelaki lain
18. Keluar rumah tanpa ada keperluan
19. Masuk permandian awam
20. Mencakar-cakar tubuh ketika dapat musibah
21. Meratapi kematian
22. Berhias atas meninggalnya seseorang
23. Menghantar jenazah
24. Mempercayai dukun dan peramal
25. Menyumpah anak-anak sendiri
26. Tidak bertegur sapa dengan sesama muslim
27. Menganiaya pembantu
28. Mengganggu jiran
29. Minta cerai kerana suami sakit
30. Minta cerai kerana suami menikah lagi

Sunday, October 12, 2008

Kurma, Kismis dan Madu

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Dan Maha Penyayang

Sabda Rasulullah s.a.w "Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya. "

Kebaikan kurma ketika mengandung dan bersalin adalah amat baik sekali. Jika mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung ia akan memudahkan bersalin. Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi.

Ingat tak kisah di mana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan nabi Isa a.s. Buah kurma tidak mengandungi gula yang membahayakan malah ia merupakan makanan Rasullullah s.a.w. Janganlah risau kerana takut diserang kencing manis. Apa yang harus dibuat, jauhi makanan manis-manis yang lain. Buah kurma tidak merbahayakan kesihatan kerana ianya mengandungi banyak khasiat.

1) KURMA

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sihat".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertakwa (bersih hatinya)".

Abu Abdillah a.s. bersabda: "Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir".
Abu Abdillah a.s. bersabda: "Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu setan".

Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s. bersabda: "Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati".

2) KISMIS

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Biasakanlah memakan kismis kerana kismis dapat menghilangkan kepahitan (hempedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyihatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih".

Imam Ali a.s. bersabda: "Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi".

Imam Ali a.s. bersabda: "Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesehatan jiwa".

Pada riwayat lain dari Abi Ja'far At-thusi disebutkan bahawa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyihatkan jiwa".

3) MADU

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasihat Al-Qur'an, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Sebaik-baik minuman ialah madu kerana dia dapat mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Allah SWt telah meletakkan berkat di dalam madu dan menjadikannya sebagai ubat dari rasa ngeri, dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi".

Dari Imam Ali a.s. beliau bersabda: "Madu adalah ubat dari segala penyakit, tiada penyakit di dalamnya, ia dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati".

Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: "Rasul saw sangat menyenangi madu".
Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: "Biasakanlah dirimu memperoleh dua ubat iaitu meminum madu dan membaca Al-Quran".

Aku sampaikan untuk diriku dan dirimu

Sebab Utama Lelaki Ditarik Ke Neraka Oleh Wanita!!!

Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yg tidak memberikan hak kepada wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:

1. Ayahnya
Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.
(p/s; Duhai lelaki yang bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat & saum?..menutup aurat?..pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah untuk menjadi bahan bakar neraka jahannam.)

2. Suaminya
Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yang alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka.
(p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yg kau akan sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana )

3. Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.
(p/s; Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jangan hanya menjaga amalmu, dan jangan ingat kau terlepas... kau juga akan dipertanggungjawabkan diakhirat kelak...jika membiarkan adikmu bergelumang dengan maksiat... dan tidak menutup aurat.)

4. Anak2 lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram disisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya.. ..maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak....dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.
(p/s; Duhai anak-anak lelaki.... sayangilah ibumu.... nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa.... kerana ibu juga insan biasa... tidak lepas dari melakukan dosa... selamatkanlah dia dr menjadi 'kayu api' neraka....jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)

__________________________________________

Lihatlah.... .betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka. Firman Allah S.W.T; "Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu... "

Aku sampaikan untuk diriku dan untuk kamu.. semoga kita mendapat manfaat daripadanya.

Love Is No Reason

Lady: Why do you like me? Why do you love me?
Man : I can't tell the reason..but I really like you..
Lady: You can't even tell me the reason..how can you say you like me? how can you say you love me?
Man : I really don't know the reason, but I can prove that I love you.
Lady: Proof? No! I want you to tell me the reason. My friend boyfriend's can tell her why he loves her but not you!
Man : Ok...ok!!!! Erm....
because you are beautiful,
because your voice is sweet,
because you are caring,
because you are loving,
because you are thoughtful,
because of your smile,
because of your every movements

Unfortunately, a few days later, the Lady meet with an accident and become a comma. The Guy then placed a letter by her side, and here is the content:

Darling,

Because of your sweet voice that I love you...
Now can you talk? No! Therefore I cannot love you.
Because of your concern and care that I like you...
Now that you can't show them, therefore I can't love you.
Because of your smile that I love most...
Because of your every movement that I miss a lots...
Now can you smile? Now can you move?
No right???

If love need a reason, like now, there is no reason for me to love you anymore..

Do love need a reason? NO!!!!

Therefore I still love you...

And love does't need a REASON

Philosopher say " If You Love Somebody, Let Them Free..."

But I say:
Don't ask me more because I don't know that...
The feeling still far from my side..

Syawal dan kelebihannya

"Antara fadilat sembahyang tengah malam pada malam Hari Raya Aidil Fitri ialah pasti akan dimasukkan ke dalam syurga."

Nabi s.a.w. bersabda :
"Hiasilah Hari Raya kamu dengan (membanyakkan bacaan) takbir, tahlil, tahmid dan taqdis (menyucikan Allah dari sifat-sifat kekurangan)." Riwayat Atthabarani

Antara fadilat puasa sunat 6 Syawal :
Hari Pertama- mendapat pahala sebagaimana pahala Nabi Adam a.s.
Hari Kedua- mendapat pahala sebagaimana pahala Nabi Yusuf a.s. keluar dosa-dosa dari tubuhnya bagaikan baru dilahirkan dari perut ibu.
Hari Ketiga- mendapat pahala sebagaimana pahala Nabi Yaakub a.s. sekiranya berpuasa tanpa diketahui orang lain, Allah s.w.t. tidak rela untuknya pahala kurang daripada syurga.
Hari Keempat- mendapat pahala sebagaimana pahala Nabi Musa a.s.
Hari Kelima- mendapat pahala sebaigaimana pahala Nabi Isa a.s. menyamai berpuasa sepanjang tahun
Hari Keenam- mendapat pahala sebagaimana pahala Nabi Muhammad s.a.w. jika kebetulan seseorang makan berhampiran orang yang berpuasa itu, akan dibacakan Istighfar untuknya oleh para malaikat.

Saturday, October 11, 2008

Kahwin???

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Meremang juga tengkuk nak utarakan benda ni. Tapi nak utarakan juga. Kenapa??... Aku pun tak tahu, mungkin bakteria baik dari temanku yang akan mengakhiri zaman bujangnya sudah melingkari pemikiranku. Saja nak share ilmu.

dulu kena fikir untuk diri sendiri(selain daripada keluarga, pelajaran, etc-
Ok je nak pergi KL dengan kawan, just bagitau parents)
selepas kahwin-memang perlu space dalam minda untuk suami.

Perkahwinan ni ikatan teguh antara lelaki dengan perempuan melalui akad nikah. Dah nikah baru sah untuk menjalani kehidupan berumahtangga sebagai suami dan isteri. Bukan kahwin dulu baru nikah. Kenapa kena kahwin?(Jangan tanya-aku tak kahwin lagi). Dalam Islam kena kahwin untuk mengembangkan zuriat manusia melalui cara yang halal & ia suatu cara untuk memperindah kehidupan manusia. Kenapa? sebagai penyambung keturunan untuk kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat.

Firman Allah
Maksudnya : “ Wahai manusia! Bertaqwalah kepada Tuhanmu yang menjadikan kamu daripada diri yang satu(Adam). Dia (Allah) menjadikan daripada diri Adam dan isterinya dan mengembang biak daripada kedua-duanya ramai lelaki dan perempuan….”

Perkahwinan ni ibadat dan sunnah Rasulullah s.a.w. untuk tuntutan fitrah manusia. Kan fitrah hidup ingin berpasangan, berkasih-sayang, bahagia.. etc. Kalau dah kahwin, biasanya dapat mengatur suatu kehidupan yang baik, sempurna, dan penuh bertanggungjawab seterusnya berjaya melaksanakan amanah yang diberi, iaitu sebagai khalifah Allah yang mempertahankan peradaban dan tamadun manusia.

Daripada Anas r.a, katanya telah bersabda nabi S.A.W bahawa perkahwinan adalah sunnahku, sesiapa yang benci sunnahku, maka dia bukan dari golonganku.

Kalau Adam pun boleh bosan duduk sendiri dalam syurga. Dia nak juga peneman.

Betapa indahnya kehidupan manusia ini dengan adanya pasangan di dalam kejadiannya. Betapa jemu dan bosan kehidupan ini jika yang menjadi penghuni alam lelaki semuanya, atau perempuan semuanya. Jadi, kejadian berpasangan antara lelaki dan perempuan it merupakan ramuan yang mengindahkan kehidupan. Allah S.WT. berfirman:

'Di antara tanda-tanda kebesaran-Nya ia menjadikan untuk kamu pasangan dari jenis kamu sendiri untuk kamu tinggal tenteram di sampingnya dan dijadikan di antara kamu kasih sayang dan belas kasihan. Semuanya itu menjadi tanda-tanda bagi orang-orang yang berfikir. '

(ar-Ruum:21)

Kejadian berpasangan juga sebagai saluran untuk meneruskan keturunan manusia.Allah S.WT. berfirman:

'Wahai manusia bertakwalah kepada Tuhan kamu yang menjadikan kamu semua dari jiwa yang satu dan dijadikan daripadanya pasangannya dan berkembang daripada keduanya banyak lelaki dan perempuan... '

(An-Nisa':1)

Kenapa kena kahwin...

- menyusun pergaulan antara lelaki dan wanita supaya dapat mewujudkan suasana kasih sayang yang memperindahkan kehidupan.

-elakkan kepincangan dalam kehidupan

-elak benda-benda tak patut-pergaulan bebas, sumbang mahram(masalah sosial)

Cara cari pasangan

Rasulullah S.A.W. melarang kecantikan dan kekayaan menjadi ukuran penting di dalam memilih isteri, tetapi hendaklah memilih yang berpegang kepada agama. Sabda baginda yang bermaksud:

'Janganlah mengahwini wanita-wanita kerana kecantikan. Mungkin kecantikan itu memburukkan hidup. Jangan mengahwini mereka kerana harta, mungkin harta itu menyebabkan kezaliman mereka. Tetapi kahwinilah mereka atas dasar agama. Seorang sahaya yang hitam, berbibir tebal yang beragama adalah lebih baik.

(Diriwayatkan oleh Ibn Majah).

Begitu juga bagi seorang wanita, janganlah menjadikan pangkat dan harta sebagai pertimbangan asasi di dalam memilih suami, kerana pangkat dan harta tanpa akhlak dan agama menjadi punca fitnah yang akan merosakkan kehidupan rumahtangga.

Prosedur kahwin

Ni dari Yazid bin Abdul Qadir Jawas tentang tatacara perkahwinan


1. Khitbah (Peminangan) Seorang muslim yang akan mengawini seorang muslimah hendaknya ia meminang terlebih dahulu, karena dimungkinkan ia sedang dipinang oleh orang lain, dalam hal ini Islam melarang seorang muslim meminang wanita yang sedang dipinang oleh orang lain (Muttafaq 'alaihi). Dalam khitbah disunnahkan melihat wajah yang akan dipinang (Hadits Shahih Riwayat Ahmad, Abu Dawud, Tirmidzi No. 1093 dan Darimi).

2. Aqad Nikah Dalam aqad nikah ada beberapa syarat dan kewajiban yang harus dipenuhi : a. Adanya suka sama suka dari kedua calon mempelai. b. Adanya Ijab Qabul. c. Adanya Mahar. d. Adanya Wali. e. Adanya Saksi-saksi.

Dan menurut sunnah sebelum aqad nikah diadakan khutbah terlebih dahulu yang dinamakan Khutbatun Nikah atau Khutbatul Hajat.

3. Walimah Walimatul 'urusy hukumnya wajib dan diusahakan sesederhana mungkin dan dalam walimah hendaknya diundang orang-orang miskin. Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda tentang mengundang orang-orang kaya saja berarti makanan itu sejelek-jelek makanan.

Sabda Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam.

"Artinya : Makanan paling buruk adalah makanan dalam walimah yang hanya mengundang orang-orang kaya saja untuk makan, sedangkan orang-orang miskin tidak diundang. Barangsiapa yang tidak menghadiri undangan walimah, maka ia durhaka kepada Allah dan Rasul-Nya". (Hadits Shahih Riwayat Muslim 4:154 dan Baihaqi 7:262 dari Abu Hurairah).

Undang semua, bukan berdasarkan pangkat(lepas tu sediakan pula tempat istimewa untuk orang kedudukan lebih atas). Lebih baik undang orang soleh.
Sabda Nabi s.a.w


Janganlah kamu bergaul melainkan dengan orang-orang mukmin dan jangan makan makananmu melainkan orang-orang yang taqwa". (Riwayat Abu Dawud, Tirmidzi, Hakim).

SEBAGIAN PENYELEWENGAN YANG TERJADI DALAM PERKAWINAN YANG WAJIB DIHINDARKAN / DIHILANGKAN

1. Pacaran/couple- Kebanyakan orang sebelum melangsungkan perkawinan biasanya "Berpacaran" terlebih dahulu, hal ini biasanya dianggap sebagai masa perkenalan individu atau dianggap sebagai perwujudan rasa cinta kasih terhadap lawan jenisnya.

Anggapan ni rasanya sudah menjadi lumrah. Ini salah sahabatku. Dalam situasi ini mungkin keintiman atau zina boleh terjadi(zina mata, zina hati). Bersentuhan juga mungkin terjadi.(kecualilah dia mampu menahan diri dan pandangannya-sesungguhnya syaitan tidak pernah alpa melalaikan tugasnya, cuma manusia kadang-kadang alpa disebabkan nikmat yang sedikit)

Sabda nabi s.a.w
Jangan sekali-kali seorang laki-laki bersendirian dengan seorang perempuan, melainkan si perempuan itu bersama mahramnya". (Riwayat Ahmad, Bukhari dan Muslim).


Jadi dalam Islam tidak ada kesempatan untuk berpacaran dan berpacaran hukumnya haram.

2. Tukar Cincin Dalam peminangan biasanya ada tukar cincin sebagai tanda ikatan, hal ini bukan dari ajaran Islam. (Lihat Adabuz-Zafat, Nashiruddin Al-Bani)

3. Menuntut Mahar Yang Tinggi Menurut Islam sebaik-baik mahar adalah yang murah dan mudah, tidak menyusahkan atau mahal. Memang mahar itu hak wanita, tetapi Islam menyarankan agar mempermudah dan melarang menuntut mahar yang tinggi.

Mengikuti Upacara Adat, ajaran dan peraturan Islam harus lebih tinggi dari segalanya. Setiap acara, upacara dan adat istiadat yang bertentangan dengan Islam, maka wajib untuk dihilangkan. Umumnya umat Islam dalam cara perkawinan selalu meninggikan dan menyanjung adat istiadat setempat, sehingga sunnah Nabi s.a.w yang benar dan sahih telah mereka matikan.

Firman Allah s.w.t
Apakah hukum jahiliyah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada

(hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin ?". (Al-Maaidah :50).

Orang-orang yang mencari konsep, peraturan, dan tata cara selain Islam, maka semuanya tidak akan diterima oleh Allah dan kelak di Akhirat mereka akan menjadi orang-orang yang rug
Firman Allah Ta'ala
Barangsiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi". (Ali-Imran : 85).


5. Mengucapkan Ucapan Selamat Ala Kaum Jahiliyah. Kaum jahiliyah selalu menggunakan kata-kata Birafa' Wal Banin, ketika mengucapkan selamat kepada kedua mempelai. Ucapan Birafa' Wal Banin (semoga mempelai murah rezeki dan banyak anak) dilarang oleh Islam.

Dari Al-Hasan, bahwa 'Aqil bin Abi Thalib nikah dengan seorang wanita dari Jasyam. Para tamu mengucapkan selamat dengan ucapan jahiliyah : Birafa' Wal Banin . 'Aqil bin Abi Thalib melarang mereka seraya berkata : "Janganlah kalian ucapkan demikian kerana Rasulullah s.a.w melarang ucapan demikian". Para tamu bertanya :"Lalu apa yang harus kami ucapkan, wahai Abu Zaid ?". 'Aqil menjelaskan :

"Ucapkanlah : Barakallahu lakum wa Baraka 'Alaiykum"
(= Mudah-mudahan Allah memberi kalian keberkahan dan melimpahkan atas kalian keberkahan). Demikianlah ucapan yang diperintahkan Rasulullah (Riwayat Ibnu Abi Syaibah, Darimi, Nasa'i, Ibnu Majah, Ahmad dan lain-lain).

Do'a yang biasa Rasulullah s.a.w ucapkan kepada seorang mempelai ialah :

"Baarakallahu laka wa baarakaa 'alaiyka wa jama'a baiynakumaa fii khoir"

Dari Abu hurairah, bahwasanya Nabi s.a.w jika mengucapkan selamat kepada seorang mempelai, beliau mengucapkan do'a :
(Baarakallahu laka wabaraka 'alaiyka wa jama'a baiynakuma fii khoir = Mudah-mudahan Allah memberimu keberkahan, Mudah-mudahan Allah mencurahkan keberkahan atasmu dan mudah-mudahan Dia mempersatukan kamu berdua dalam kebaikan).

6. Adanya percampuran lelaki dan wanita hingga terjadi pandang memandang, sentuh menyentuh, bersalaman antara lelaki dan wanita.

7. Selainnya yang biasa dilakukan adalah musik yang hingar bingar.

So... Nak kahwin dah ke? dah khatam baca buku "Aku Terima Nikahnya"? dah habis buku Men Are From Mars Women Are From Venus? Dah Sedia untuk berkongsi segalanya dengan pasangan? Dah muhasabah ke.. dalam diri dah tinggi membukit ke sifat sabar, tabah, kerjasama, toleransi...etc.. Dah bersedia nak bimbing pasangan? @ diri masih terumbang-ambing?
Pastikan bersedia- mental, fizikal, rohani, jasmani. Apa yang penting-agama itu kukuh dalam hati.

Thursday, October 9, 2008

KL yang Jammed, Hujan yang Turun, Hati Yang Rawan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengampun....

Ntah apa-apa ntah title yang aku letak ni. Hari ni aku bangun awal, dah lah semalam tidur lewat.. kanak-kanak ribena call & sms aku, pastu cerita benda-benda yang aku rasa masih under age... walaupun dah baligh Masih segan sebenarnya cerita benda-benda ni. Whatever lah....

Nasib baik kepala tak sakit, cadang nak tidur dalam bas saja, tapi tu lah, sejak bila pula aku dapat tidur dalam bas.. tidur-tidur ayam pun tak adalah macam aku, tidur dalam sedar. Hari ni nak pergi Arkib negara. Mulakan perkampungan. Tesis perlu disiapkan. Memang sekarang ni saat kecemasan. Lama juga lepak dalam arkib. Sampai hujan pun tak sedar. Balik tu hujan. Memang tak menyimpang ke mana-mana. Betul-betul anak yang baik lah.. Kalau nak pergi arkib, pergi arkib saja.. tak melencong... Terus balik. Ingatkan nak balik awal supaya sempat masuk kelas. Dah lah kuliah ada sekali saja seminggu, dah tu next week kuliah batal pula, dua minggu dari sekarang baru jumpa balik kat pensyarah tu. Tapi tak sempat juga.. perjalanan yang perlukan satu jam sahaja, sekarang dah berubah jadi dua jam.. Aduh... KL ni.. dah lah jarang-jarang aku datang... masa ni juga dia nak jammed.. Tapi siapalah aku untuk merungut.. hanya semut kerdil...

kesimpulannya.. Puasa ku lambat dibuka.... after solat baru berbuka...
To Sam.. thanks for the layer cake...delicious(tak sampai hati nak makan kek lapis ni, lawa sangat)

Wednesday, October 8, 2008

my friend will change her status

salam

semalam kawan call, suruh singgah rumah dia, aku bagitahu aku akan singgah selepas kelas. masa dalam kelas pun dia call. hairan juga..beria-ria call aku. aku sms dia, nak bagi aku duit raya ke? tapi dia diam je... buat suspen aku je. after class, terus rush ke rumah kawan, perjumpaan dengan budak kelas pun tak ikut(padahal penting juga).

masa borak-borak dengan kawan, dia paksa aku balik cuti ni. aku tak nak balik, tapi dia paksa juga.
"baliklah, ada peristiwa penting ni"
"apa"
"cakap dulu kau nak balik Sabah"
"susah lah..kalau ada softskill lagi, cuti makin singkat. alang-alang ja balik"
"Aku nak kahwin"
masa dia cakap tu aku tergamam seketika. lama juga aku tenung muka dia, tak percaya. dia lambai-lambai tangan kat depan aku. terkejut sangat. tak percaya ni. biar betul. dia cuba yakinkan.. nak kahwin tu..ingatkan risik dulu ke, tunang ke. memang terkejut.
"bila decide nak kahwin"
"masa cuti raya hari tu. bukan kau ke suruh aku kahwin dulu"
aku angguk dan senyum.. bukan anti dengan couple, tapi aku kurang yakin dengan keyakinan orang yang couple. pihak ketiga tidak pernah lupa menjalankan misinya. siap dalam rumah Allah pun, dia masih menggoda(buat kita mengantuk, rancak berborak..etc). apalagi dengan iman kita yang nipis sangat, lebih nipis dari kulit bawang..semua kawanku tahu akan perangai ku yang satu ini, tak berapa suka kalau orang bercouple(bring more -ve than +ve). thats why i always suggest them to get marry. tapi aku akui tidak semua orang couple macam tu...

alhamdulillah.. akhirnya sampai seru kepada sahabatku. dia adik sikit dari aku(younger a few days), dah nak berubah status pun. tuhan awalkan jodoh dia...(jodoh aku???-insyaallah ada)
aku happy sangat dengan berita ni sampai lupa nak balik rumah, nak buka puasa. akhirnya buka puasa minum air ja, after solat baru masak.
happy nya kawan nak kahwin!!!!!!

Tuesday, October 7, 2008

akhirnya kutemui

salam .......

apa yang aku dah jumpa ni? harta karun ke? tidaklah.. cuma happy sangat.. lastly i found it.
buku ni aku baca masa form 2. masa tu tak pandai lagi baca novel, sejak dari sekolah rendah lagi aku layan buku cerita fairy tale, penyiasatan(siri hadi, siri salmah-yang ni memang asyik namaku ja yang pinjam di library), kisah binatang and etc. novel memang tak pandai layan lagi(rasa macam tebal sangat, tak tahu bila dapat habiskan novel). then when i form 2, tak tau sumber dari mana aku dapat satu novel, tipis je (versi indon) rasa macam best sangat. story about student+married. then bermula saat tu, aku memang dah gian baca novel, yang paling tebal pun (Bukan Puteri Lindungan Bulan) aku dapat habiskan dalam 1 hari, baca betul2, dari halaman pertama hingga akhir. masa tu masih belajar lagi, bajet pun cukup2 ja so tak beli novel, main pinjam ja. masuk universiti, dapatlah beli novel sendiri. sekarang pun dah penuh 1 kotak. kadang-kadang, nafsu beli ja tinggi pastu tak baca pun(sekadar untuk collection je).
aku carilah novel yang membuatku gian dengan novel, aku jumpa dalam internet tajuknya(memang tajuknya tak pernah luput dalam ingatan), risau juga kalau bukan dari novel yang sama sebab ni tempah melalui online(tak dapat baca sinopsis). tapi pasrah ja kalau bukan novel yang kuidamkan.
& today...it arrived at my home.. tak sabar aku buka sampul.. dan memang novel yang aku baca masa form 2!!!!!!!!!!!!!!!
sukanya.......

Sunday, October 5, 2008

salam aidilfitri



dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang

hari raya...sungguh sedih... hari ke-30 berpuasa, aku dan kawan2 beraya di felda. sebelum ni memang dah pernah beraya di sana. memang best, terasa suasana kampung. memang penuhlah rumah pakcik dengan kerabatnya+12 orang bukan kerabatnya(pelajar upsi,upm,usm). pagi2 dah bangun mandi, takut berebut bilik mandi. pi masjid, jalan kaki. best..ramai2 dengan orang kampung solat. balik dari solat, terus call keluarga di kampung(even dah berkali2 call, tetap nangis saat mohon ampun..syahdu).. lepas tu, berziarah di sekitar kampung, 8 buah rumah dilawati dalam 1 masa(dari jam 10 pagi-2 petang), memang pecah perut, sampai rumah terakhir memang tak sentuh apa2, just salam dengan tuan rumah ja. tapi raya tahun lepas, lebih dari 10 buah rumah, dari pagi sambung ke malam.

malam, kami semua nak balik, sebelum balik, dihidang dengan persembehan bunga api + mercun.. pakcik dari utara yang bawa.memang banyak mercun + bunga api, yang mahal2 pula tu. tak payah pergi ke putrajaya pun tengok bunga api, memang best. 1 kampung jeles dengan rumah pakcik sebab dapat buat persembahan bunga api+mercun lebih dari 2 jam, dan kami terlewat sampai di rumah daripada yang dijadualkan disebabkan melayan persembahan bunga api+mercun.

hari raya kedua, just stay at home..memang layan tv je..tidur pun depan tv.

hari raya ke-3, hantar kawan ke upm. jenuh juga menunggu bas. lama sangat, terutama depan mydin(bosan+rimas+rasa nak terbang terus ke upm).

sampai di upm, disambut oleh member 1 sekolah, rupanya kawan dari uitm pun lepak sana, kami makan bersama di bawah pokok, melawat ladang(tapi dia tak benar kami ambil buah-buat membazir je..banyak yang dah masak)
malam-masak sup sebab kafe masih tutup, jam 12 malam kami picnic di kafe makan ramai2.

hari raya keempat-aku baca buku(aku terima nikahnya) sampai terlewat mandi. nak balik rumah sewa dah, tapi berlaku sesuatu yang tak terancang, tiba2 boleh sampai putrajaya(walau dah 4 tahun di sini, 1st time pijak putrajaya-haru sungguh).. konvoi, naik motor.. memang rempitlah..member bawa motor lebih laju dari pelesit rasanya(sepatutnya sampai setengah jam, boleh sampai 10 minit)...
malam..baru sampai di rumah..home sweet home.

Sunday, September 28, 2008

Lara Rindu 7

Aku menonton tv sambil baring di atas sofa. Bosan sungguh. Aku tinggal seorang saja. Keluarga Kak Dibah dah tidur. Mereka tidur di belakang rumah. Disediakan sebuah rumah kecil untuk mereka sekeluarga. Chinta pula pergi dengan Ammar, ambil adik angkat dia, Rabiah.
Aku mendongak melihat sekeliling. Melihat pemandangan di sekitar rumah ini. Melihat gambar yang tergantung di dinding membawa langkahku lebih dekat ke sana. Chinta bersama dengan empat orang lain dalam potret keluarganya.
Rabiah, tidak ada dalam gambar. Aku pun tidak kenal sangat dengan Rabiah kerana hanya sekali kami pernah bertembung ketika aku berkunjung ke rumah ini. Sepupu Chinta itu menjadi sebagai ahli dalam keluarga kerana keluarga ini adalah pengganti keluarga kandungnya yang telah meninggalkan dunia yang fana ini.
Chinta kata Rabiah amat rapat dengan Abang. Itu pasal dia tak puas hati, sebab kalau rapat dengan Abang akan mendapat untung. Apa yang dia mahu pasti Abang bagi. Tapi Chinta pun apa kurangnya, dapat hadiah istimewa dari Abang, satu sampul surat tapi kena buka lepas nikah. Mungkin duit satu juta... itulah harapan Chinta.
Oh, ini rupanya Abang yang sering digembar-gemburkan! Macho sungguh. Dengan lesung pipit yang elok terletak, menjadikan senyumannya boleh menjadi igauan. Itu baru nampak gambar, kalau nampak orangnya secara nyata macam mana? Mesti aku terpikat. Dahlah aku minat dengan orang yang ada lesung pipit ni. Aku ingatkan dia dah tua. Tapi nampak dari rupa, belum tua lagi. Mungkin awal tiga puluhan. Selama aku berkunjung ke sini, baru kali ini aku memberi perhatian untuk menjenguk gambar yang tergantung sejak dulu lagi.
Lupa pula, orang yang dipanggil Abang ni aku tak pernah tengok pun. Dah empat hari aku di sini, tak nampak dia pun. Mana dia?
Aku kembali duduk di sofa yang empuk ini. Aku tukar siaran. Dari satu channel ke channel yang lain. Bosannya. Tengok Astro ni pun bosan juga. Adakah patut benda yang dah ditayangkan, kena tayang balik. Kadang-kadang sampai tiga kali sehari kena ulang benda yang sama. Macam dah tak ada benda yang nak kena siar.
Bosan pula aku sebab tak ada cerita, apa lagi kartun. Sudahlah tinggal seorang diri. bertambah tahap kebosanan. Di saluran sukan, ESPN pula sedang menayangkan permainan bola keranjang. Pemain yang tengah hebat sekarang iaitu Austin Daye sedang menjaringkan bola ke keranjang. Hebat. Tapi yang aku kenal dalam permainan ini hanya Micheal Jordon.
Aku tukar ke siaran lain. Akhirnya siaran radio yang menjadi pilihanku. Radio Rock Classic yang aku pilih antara menu-menu stesen radio yang ada. Dengar lagu rock malam-malam begini dapat membantu menyegarkan mataku yang sememangnya masih segar.
Aku biarkan siaran radio itu dalam alunan perlahan mendendangkan lagu-lagu rock. Aku berjalan ke sekitar ruang tamu. Jumpa album. Aku selak-selak album tu. Gambar keluarga Chinta. Kebanyakannya gambar percutian mereka sekeluarga. Gambar Abang ketika belajar di luar negara. Entah di mana dia belajar dulu. Oh lupa, dia belajar di Amerika Syarikat. Akupun hairan kenapa Chinta tak sambung belajar ke luar negara, bukannya dia tak mampu malah lebih dari mampu. Tapi alasannya dulu sebab tak nak pisah dengan aku. Terima kasihlah Chinta kerana sudi jadi best friend aku. Kaulah sahabat terbaik yang pernah aku kenal. Kalau aku bagitahu Chinta that she’s the best, mesti bangga dia ni.
Aku selak lagi, terkejut aku bila melihat dalam helaian album itu terdapat gambarku bersama Chinta. Percutian di Cameron Highland, Tambun dan banyak lagi aksi kami yang mengalahkan model di beberapa buah tempat pelancongan. Tersenyum sendiri aku melihat kembali aksi-aksi kami. Kalah pelancong dari luar negeri.
Terkejut oleh lagu Calcutta yang dinyanyikan oleh Dr. Bombay menyebabkan aku tersedar dari tidur. Alunan suara dari speaker itu menyebabkan tidurku terganggu. Patutpun, rupanya aku terlelap. Tak sedar sampai pukul berapa semalam aku selak kelompok album yang aku jumpa sehingga tertidur di depan sofa.
Dalam keadaan yang masih mamai aku matikan siaran radio. Berbekalkan jam dari cahaya decoder Astro, aku nampak sudah pukul dua pagi. Terus naik ke atas bilik. Mata masih terbuka-tertutup. Aku terus tarik tombol pintu, naik atas katil dan terus sambung tidur.
Sedapnya dapat tidur atas katil. Tadi sakit belakang sebab tidur dalam keadaan tak selesa, tidur beralaskan meja sofa dengan kepala tersadai di atasnya. Sungguh tidak selesa, sebab itu mudah tersedar. Rasanya baru sekejap aku tertidur sebab kali terakhir aku tengok jam tadi pukul dua belas.
Semenjak datang ke rumah ni, tidurku sudah pandai lewat padahal kalau di rumah sendiri, paling lewat pun aku tidur adalah pada jam sepuluh malam. Lebih dari itu, aku sudah tidak mampu bertarung dengan mataku yang menyebabkan begitu cepatnya aku tewas di atas katil.
Wah... sedapnya dapat tidur!
Tidur, nikmat yang paling melekakan. Aku menggeliat. Membetulkan urat yang tidak tersusun akibat gundahnya aku tidur. Aku berpaling mencari telefon bimbit. Hari ini ia tak berbunyi pula. Biasanya ia akan menjadi jam loceng aku untuk beberapa hari ini. Kalau di kampung, ayam-ayam jantan yang selalu tidur-tidur ayam akan menjadi jam loceng tidak rasmiku.
Mentimum bongkok di balik tiang,
Ayam berkokok alamat nak siang.
Tapi semalam mungkin aku terlupa untuk menghidupkan alarm. Maka aku tidak sedar hari sudah dinihari. Keadaan sekitar masih gelap. Aku berpaling ke meja di sisi katil. Biasanya ada jam di atas meja kecil ini. Kuhidupkan cahayanya. Sudah pukul lima pagi. Mungkin sebab dah terbiasa bangun awal di rumah, secara tidak langsung aku pun dah terbiasa di sini. Tidak perlu menggunakan jam penggera.
Aku ingin bangun menuju ke kamar mandi. Ingin membersihkan badan sebelum menghadap Dia Yang Maha Esa. Aku menolak kain gebar yang membantu menutup tubuhku dari kesejukan akibat dari pendingin hawa.
Sejak bila pula ada dua bantal guling ni. Bukan selama ini ada sebuah sajakah bantal peluk dalam bilik ni? Aku tahulah aku suka tidur dengan bantal yang banyak, takkanlah Chinta sanggup sedekahkan bantal guling dia. Lagipun tinggal beberapa hari saja lagi dia dah tak perlukan lagi bantal guling. Mesti dia masih mahu menggunakan bantal gulingnya sendiri. Habis tu, siapa punya bantal guling ni?
Aku hidupkan lampu. Cahaya yang sebelum ini malap kerana hanya berpunca daripada lampu luar kini telah menerangi ruang bilik. Mataku terpana pada benda yang menggagau keluar dari gebar.
Hantukah? Takkanlah.
Toyol? Tak mungkin.
Drakula? Ya ALLAH...
Apa dosaku pada makhluk halus ni?
Atau......
Arrggghhhhhhhh................

------------------------------------------------------------------------

“Aku terima nikah dan kahwin, Kastia Binti Mahmud untuk diriku dengan mahar seribu Ringgit Malaysia tunai.”
Itulah ayat yang membuat diriku berubah status hanya dalam beberapa saat. Dengan sekali lafaz, aku menjadi milik yang halal bagi lelaki itu. Semuanya berubah hanya dalam seketika.
Aku pun tak tahu apa perasaan aku tika ini. Bergelar isteri dalam waktu yang amat singkat. Gembira langsung tiada. Sedih dan sayu memang mendayu-dayu. Tapi yang nyata hatiku celaru. Aku pun tak tahu macam mana nak gambarkan. Masam, kelat, pahit, masin pun ada. Semua rasa ada. Manis sahaja yang belum tercipta.
Air liurku sendiri kurasakan kelat. Pahit sangat sedangkan aku tidak makan benda-benda pahit, petai atau peria. Malah langsung tidak menjamah sebarang makanan. Perutku kosong.
Pada hari bersejarah ini, untuk kesekian kalinya air mataku mengalir. Mengalir dan terus mengalir. Jika aku selalu melihat pengantin perempuan menangis saat diijabkabulkan, kali ini aku pula merasakannya. Chinta pun baru saja mengelap air matanya.
Berbeza dengan aku, ia bukan air mata kegembiraan kerana berjaya menyandang status isteri. Malah bukan juga satu penyesalan kerana meninggalkan zaman bujang. Tapi aku sendiri tidak dapat pastikan kenapa aku menangis. Air mata ini sendiri yang jatuh tanpa diundang. Perit rasanya.
Kalau tidak kerana ingin menandatangani borang prosedur perkahwinan sebelum akad nikah tadi rasanya aku tidak tahu siapa namanya. Sememangnya tidak pernah terlintas dalam mindaku untuk bersuamikan dia. Malah, selama aku hidup di bumi ALLAH, sejak lahir lagi, tidak pernah terlitas dalam mindaku untuk bersuamikan lelaki yang satu ini.
Najwan...
Aku baru tahu nama insan yang akan menempuh kehidupan dengan aku sekejap tadi. Aku sendiri tidak pasti, adakah dia sememangnya sudi untuk menjadikan aku sebagai teman hidupnya. Atau sebaliknya. Kenapa harus jadi sebegini?
Aku kesat lagi air mata. Nampaknya kehidupan baruku akan bermula. Tisu di sisi sudah sekotak habis untuk mengelap air mata yang jatuh mencurah-curah. Mereka yang berada di dalam bilik ini bersamaku berusaha menyabarkan aku. Memberi nasihat untuk menempuh alam perkahwinan. Pada pandangan mereka, tangisan yang terlucut dari tubir mataku adalah tangisan kegembiraan. Senang dengan apa yang baru sahaja tercipta. Dalam hatiku membara perasaan ingin keluar dari semua mimpi ngeri ini. Membawa aku jauh dari alam realiti sekarang.
Nampaknya apa yang aku guraukan sebelum ini menjadi kenyataan. Namun aku tidak serius pun dengan apa yang aku pernah katakan. Sekadar gurauan di pinggir bibir untuk menceriakan suasana.
Ternyata ‘dia’ yang ALLAH pilih untuk menjadi suamiku. Akan berkongsi hidup bersama ‘dia’. Perkara yang tak terjangkau oleh akal. Tiada siapa yang mampu meneka perkara ini yang akan terjadi. Sesungguhnya manusia merancang, tapi perancangan ALLAH ada hikmahnya. Hikmah yang tersembunyi, manusia itu sendiri yang perlu mencari dan menikmatinya.
Aku langsung tidak berkesempatan untuk menentukan jalan hidupku dengan berlandaskan citarasaku. Semuanya lurus sehingga aku tidak sedar adanya simpang dalam kehidupan yang perlu aku singgahi. Menu hidup perkahwinan perlu aku rasa dulu sebelum meneruskan ke perjalanan seterusnya.
Namun sayang, perkahwinan yang wujud langsung tidak mempunyai rasa dalam resepinya. Tawar dan penuh rasa masin. Masin oleh air mata dan kelat oleh ketidakrelaan. Paksaan yang tidak perlu diturutkan.
Setulusnya, tidak terdaya untuk akalku mencerna kenyataan yang mengubah titik dalam kehidupanku. Menjadikan satu gurauan menjadi kenyataan. Kenyataan yang tidak terjangkau oleh keinginan sendiri. Apalagi termimpi di alam tidur. Masalahnya inilah kenyataan yang harus aku sendiri percayakan. Walau mindaku sudah tidak mampu lagi untuk mempercayai kenyataan yang sudah tersurat.
Kenyataan yang perlu aku hadapi adalah menerima bakal pengapit pengantin lelaki sebagai suami sendiri. Ianya betul-betul terjadi kini. Pengapit pengantin berstatus suami kepada Puan Kastia. Menjadi isteri kepada lelaki yang baru aku temui di malam kejadian itu. Lelaki yang hanya aku tahu kewujudannya tapi tidak pernah bersua di alam sebenar. Secara tiba-tiba juga sekarang aku sudah berubah gelaran. Tidak ada lagi cik pada pangkal namaku. Sudah berganti dengan puan. Satu status yang kujangkakan akan aku sandang dalam beberapa tahun lagi. Tapi kini...
Sungguh, aku tak serius dengan apa yang pernah aku katakan. Tak pernah terfikir pun untuk bersuamikan pengapit pengantin. Tapi kini ianya kenyataan. Tidak boleh mengelak lagi. Betul-betul makbul doa-doa mereka untuk cuba memasangkan aku dengan ‘dia’.
Rianglah hati Chinta dengan Ammar. Memang sejak dulu lagi Chinta sudah puas memujuk untuk memperkenalkan aku dengan abangnya, namun aku tak pernah ambil peduli. Dia sanggup main tangkap muat orang lain sebagai pengapitnya kerana telah mendengar aku akan berkahwin.
Sudah puas aku menghitung apa salahku dalam kehidupan ini. Otakku sudah penat untuk memikir perkara ini. Malah sehingga kini aku masih tidak percaya bahawa aku kini adalah seorang isteri. Sama status dengan Chinta dan Kasturi. Tidak pernah terancang untuk mengakhiri zaman bujang dalam usia sebegini.
Memang sesungguhnya aku tidak pernah terfikir untuk berkahwin tahun ini. Tiada calon yang berkenan di hati. Tidak pernah. Malah tiada dalam kamus hidupku untuk berkahwin dalam waktu sekarang. Dalam mimpi sekalipun tidak pernah terjadi, tapi kini ianya adalah kenyataan. Perlu dihadapi secara nyata.
Sampaikan selama ini, aku yang tiada sebarang penyakit, tiba-tiba didatangi oleh migrain. Aku penat sangat berfikir sampai aku tak sedar keadaaan sekeliling. Daripada selepas subuh, hingga ke subuh esoknya pun aku masih berfikir. Keadaan ini membebankan otakku. Oleh kerana tidak mampu menampung segala permasalahan yang menimpa, aku termuntah. Kepala terasa berat. Semacam sedang menjunjung sepuluh batu besar. Aku hentak kepala ke dinding pun tak mampu menghentikan sakit yang mendatang. Seumur hidup tidak pernah aku merasakan kesakitan seperti ini. Ya ALLAH, aku mohon pada-Mu ringankan bebanku.
Bila sudah disahkan, rupanya aku menghidap migrain. Tidak pernah aku tahu kalau selama ini aku ada migrain. Penat berfikir, aku lupakan sebentar tentang masalah migrain kerana ada masalah lebih besar yang menimpa hidupku.
Aku sudah penat untuk mengatakan yang semua ini hanya mimpi buruk yang menjengah tidur malamku untuk seketika. Apabila aku sedar nanti, mimpi buruk ini akan hilang bersama timbulnya sang mentari untuk menyinari alam seterusnya menghapuskan segala mimpi yang singgah di lena insan-insan yang ada di muka bumi ini. Namun segala-galanya hanya angan-angan.
Sudah puas aku tangisi akan nasib yang menimpa diri. Hingga pernah terfikir apa salahku dalam kehidupan ini. Bila kewarasan datang, aku mohon ampun kepada Yang ESA. Betapa berdosanya aku atas kekhilafanku. Menyalahkan takdir yang datang sekejap dalam siratan kehidupanku. Sedangkan semua itu adalah ujian-Nya kepada hamba-hamba yang disayangi-Nya.
Sungguh aku khilaf Ya ALLAH. Layak lagikah diriku ini untuk syurga-Mu. Hamba-Mu ini tidak sanggup untuk ke neraka-Mu.
Semuanya disebabkan ketidakmahuan hati dan mindaku untuk menerima kenyataan yang terjadi. Betapa besarnya dosaku. Menyalahkan qada dan qadar yang telah tersurat sejak azali. Kerana tidak menemukan apa yang tersirat di sebalik segala kejadian yang menimpa, aku mempersalahkan takdir. Benar-benar jauh dari diriku yang sebenar. Sungguh aku tidak faham kenapa semua ini terjadi. Malah beban yang kutanggung ini tidak siapa yang mampu untuk memikulnya bersama aku. Tolong aku Ya ALLAH. Bantu hamba-Mu.
Namun seketika aku sedar. Ini semua adalah ujian dari Dia. ALLAH ingin menduga setahap mana keimanan aku pada-Nya. Segala cubaan yang mendatang itu tanda sayangnya Dia pada kita. Betapa Dia mengambil berat akan hamba-Nya. Tanda betapa Dia mencintai kita.
Tapi entah kenapa imanku yang sememangnya senipis kulit bawang begitu mudah tergugat hanya kerana dugaan sebegini ini. Aku akui, sememangnya ini adalah antara dugaan terbesar yang pernah menimpa hidupku kerana aku tidak pernah menghadapi dugaan yang datang menimpa yang ibarat ombak besar membawa bah ke pantai hidupku. Berat sungguh dugaan-Mu kali ini. Bantu aku menghadapinya Ya ALLAH. Mengapa aku boleh seleka ini? Tidak memikir hikmah yang tersembunyi di atas segala dugaan yang menimpa manusia.
Sesungguhnya Dia tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai mengikut kemampuannya. Jika kita redha dan tabah dalam menghadapi segala dugaan yang mendatang, maka pahalalah yang akan menanti.
Tetapi jika sebaliknya, sesungguhnya neraka ALLAH masih terbuka untuk mereka yang masih dalam kelalaian. Balasan yang baik akan kita dapat hasil dari kebajikan yang kita lakukan.
Kenapa aku boleh terlupa pada janji ALLAH? Sesungguhnya kalau kita redha dengan segalanya, imbalannya amat besar. Kenapa saat ini aku boleh lupa pada janji-Nya? Wahai hati, tabah dan sabarlah.
‘Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka maka bersabarlah kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu padahal ALLAH menjadikan padanya kebaikan yang banyak.'
Aku perlu redha untuk menerima ‘dia’. ‘Dia’ adalah suamiku. Lelaki yang akan menjadi pemimpiku. Bukan aku tidak suka padanya. Macam mana harus ada perasaan suka seandainya aku tidak mengenalinya. Cuma aku tidak dapat menerima kenyataan tentang perkahwinan yang telah wujud ini.
Semua ini hanya disebabkan satu malam. Satu malam yang mampu mengubah segalanya. Sesungguhnya Kun Fa Yakun. Apa yang diingankan oleh ALLAH, jika dia mahu, segalanya boleh terjadi. Bukan hanya satu malam, kurang dari satu saat pun jika Dia menginginkannya, maka akan terjadilah.
Malam yang menjanjikan seribu perubahan dalam arus hidupku. Ia bukan malam Lailatul Qadar pada bulan Ramadhan atau malam Israk dan Mikraj di bulan Rejab, malah bukan juga malam nisfu Syaaban di bulan Syaaban. Malam yang memberi kebaikan kepada semua umat. Ia bagiku adalah malam yang menyebabkan aku tidak mampu berundur ke belakang walau setapak pun.

Lara Rindu 6

Bosannya. Hanya perkataan itu yang selalu bermain di mindaku buat saat ini. Memang bosan. Bosan tahap Ultraman yang dah tak ada lawan. Semua lawan dah berjaya dihapuskan, padahal tahap kuasa yang dimiliki saat ini sudah mencapai maksima. Sepuluh raksasa pun boleh tumpas dalam masa yang singkat.
Ini bukan Ultraman Nexus, Ultraman Taro, Ultraman Tiga atau Ultraman Max, tapi ultraman versi ciptaan sendiri. Adui, apa aku melalut ni. Ini semua disebabkan selalu tengok tv terutama pada hujung minggu.
Aku layan sahaja apa-apa cerita yang ada di tv. Tapi fokus lebih banyak ke Astro Ceria. Emak bising kalau aku tengok kartun. Dia suruh tukar siaran sebab dia cakap kartun tak memberi apa-apa erti. Aku buat tak layan sahaja. Aku tengok saja cerita kartun ni. Tom And Jerry pun aku layan walau aku tak suka sistem buli-membuli yang mesti ada dalam setiap episodnya.
Bukannya apa, kartun ni lebih elok ditengok, tak pakai emosi banyak sangat. Tak perlu sedia tisu atau air mata.
Paling seronok ketika musim cuti sekolah. Semua cerita untuk budak sekolah dikeluarkan dari hari Isnin sampai Ahad, dan aku adalah orang yang beruntung walaupun bukan bergelar budak sekolah. Aku boleh tumpangkan mata aku tengok kartun.
Nampak macam tak bosan saja harian aku ni. Tapi memang bosan. Duduk rumah pun rupanya bosan. Tapi kenapa tiap kali ada cuti semester aku mesti balik kampung sebelum ni?
Dah banyak tempat aku pergi interview, tapi setakat ini belum ada balasan panggilan. Walk-in internview pun dah pergi. Tapi penat saja aku jalan, tak dapat juga. Susah juga nak cari kerja sekarang. Ingatkan dah dapat ijazah ni, pekerjaanlah yang datang menghadap, rupanya sebaliknya. Kalau macam ni baik tak payah sambung belajar tinggi-tinggi kalau akhirnya nanti jadi petani atau pekerja kilang juga. Jiran kampung yang setakat UPSR pun dapat juga jadi supervisor kilang. Aku ni, nak jadi warga kilang pun tak dapat.
Habis saja konvo, terus balik kampung. Sekarang tengah tolong emak main jahit-jahit, tapi itupun tolong menyusahkan. Aku dah tolong, tapi jarum asyik patah saja, so kerja aku hanya masukkan benang ke jarum mesin jahit. Itupun bila mata emak dah kena masuk ICU. Dia tak suka pakai kaca mata. Leceh katanya. Sementara aku ada ni, akulah yang tukang masukkan benang ke jarum.
Emak memang tak berharap aku bantu seratus peratus, biasalah anak manja, dia takut jari anaknya ini kasar. Adakah aku terlampau perasan???
Selalu juga pergi kebun, konon-konon nak tolong ayah tebas rumput, tapi masuk saja kebun, aku tak tebas pun. Duduk dalam pondok, makan pisang. Ayah tak bising pun. Kiranya peranan aku dalam rumah taklah berat sangat, cuma makan bila lapar dan tak lapar, tidur sekurang-kurangnya dua belas jam sehari semalam. My time around the clock is very boring.
Maka sebab itu keberatan aku pun bertambah. Hari itu aku timbang dengan Kas masa dia pergi timbang berat badan. Aku yang sibuk timbang berat badan, takut tak muat baju yang dah emak jahit cukup-cukup untuk badan aku yang ramping ni.
Berlaku perubahan yang ketara. Oleh kerana tiada sebarang diet yang baik, maka berat badan aku bertambah lima kilo. Nangis tak berlagu aku. Chinta siap buat catwalk dengan baju kebaya dia yang memang serupa datin. Berkelip-kelip dengan pinggang dia dah macam kerengga.
Aku sedapkan hati aku sendiri. Aku bagitahu Chinta yang body dia macam penghuni-penghuni di Somalia yang tak cukup khasiat. Apalagi kenalah aku merasa kepit ketam dia yang memang berbisa. Kenangan itulah yang membuat aku sentiasa ketawa kala melayan angan bila bosan.
Kasturi sudah selamat menamatkan zaman bujangnya. Sekarang tengah ulang-alik antara rumah ni dengan rumah mentua. Hanya selang beberapa buah rumah sahaja. Lepas ni kalau raya, tak payah susah-susah nak gaduh balik rumah mana.
Selalu tu aku tengok di dalam tv, benda remeh pun, nak pilih balik rumah mana sampai boleh gaduh suami-isteri. Last-last beraya di rumah sendiri. Padan muka. Pengajaran buatku, kena cari orang yang dekat dengan rumahku, tak payah susah buat dua majlis, tak payah pilih nak balik mana, kalau nak buat rumah sendiri pun, buat saja di dalam kampung ni.
Inilah yang orang katakan katak di bawah lembayung bunga teratai. Tak pindah pergi kolam lain lagi walaupun di kolam tempat dia tinggal tu dah kering kontang.
Teringat pula pasal calon sebelah rumah ni. Dengan tak semena-mena, terlakarlah nama Iskandar. Iskandar ni pun masalah juga. Dia akan balik dari Korea dalam beberapa waktu lagi tapi tak tahu bila.
Hari tu dia cakap, kami akan sama-sama habis universiti tahun ini, tapi tak nampak pun batang hidung dia di kampung ni. Biasanya dia akan jadi ekor Abang Leman. Sentiasa bertandang ke rumah bila Abang Leman ada. Mungkin dia kerja di sana atau dah balik ke Malaysia. Aku pun tak tahu. Dia dah tak hubungiku lagi.
Kali terakhir perhubungan kami adalah saat akhir selepas aku bertarung dengan peperiksaan. Hari tu dia dah buat jantungku berdegup tidak pada paras normal. Dia lamar aku dalam telefon.
Serius.
Mulanya aku tak percaya tapi kena percaya juga sebab dia bersungguh-sungguh tegakkan perkara itu. Maknanya betullah tu. Siap bagitahu pada ayah aku jangan pass aku pada teruna lain. Dia ingat aku ni apa. Main pass-pass pula.
Tapi aku celaru juga dengan lamarannya. Aku bukannya tak suka dia, suka tapi suka setakat kawan. Tak lebih dari itu. Aku anggap dia macam kawan lelaki aku yang lain. Bezanya dia adalah teman suka dan dukaku. Setakat ini perasaan sayang memang tidak ada untuk insan yang bernama Iskandar.
Sememangnya perasaan itu tidak aku semai sekarang. Tidak mahu mengundang zina. Lagipun akan mengundang pelbagai masalah. Mana nak top up telefon and then call dia. Sama-sama habis duit untuk benda yang belum pasti. Konon-konon, saat manis percintaan. Lagipun aku nak elak berlakunya sesuatu yang tak diingini. Selalu berbual akan mengundang zina, lepas tu ada perasaan cemburu lagi, aku tak tahu dia buat apa di sana. Aku di sini hanya akan dikhabarkan melalui kata yang selalunya tak pasti betul atau tidak. So, perasaan sayang akan tersemai dengan sendirinya dalam keadaan yang menghalalkan kami nanti kalau dia benar-benar serius dengan lamarannya. Aku tidaklah terlalu mengharap.
Cerita pasal Khairul pula lain dari yang lain. Hari tu berjanji sakan tak akan ganggu aku selepas dapat mesej dia. Tapi makin galak pula dia kacau aku. Lepas kuliah, mesti nak pergi makan sama, sampai aku rimas.
Aku dah berkali-kali bagitahu dia pasal isi hati aku. Tapi dia jenis yang tak faham bahasa. Siap aku tunjukkan lagi sms yang dia hantar sebelumnya, kononnya nak serius lepas habis belajar, belum pun sehari, janjinya goyah untuk tidak mengacau aku.
Paling aku terkejut, bukan setakat aku, semua budak kelas aku pun sama-sama terlopong. Apa taknya, masa malam perpisahan terakhir selepas graduation, dia bawa pasangan dan memperkenalkannya sebagai tunangnya. Dia betul-betul tanam tebu di pinggir bibir...
Bersemangat saja berjanji, tapi tak ditepati langsung. Tapi aku tak kisah, aku doakan dia bahagia dengan tunangnya. Siap aku menjemputkan diri aku lagi untuk majlis mereka yang bakal berlangsung. Kami masih macam dulu, masih berkawan.

------------------------------------------------------------------------------------

Pusing kiri, nampak sofa yang berwarna coklat, sama warna dengan lantai dan dinding rumah. Kalau ada Aida, mesti dia akan panggil rumahku ini rumah koko. Semua berwarna koko. Orang dari sebelah timur akan menyebut warna coklat sebagai warna koko.
Di suatu sudut pula terletak elok mesin jahit emak. Memang dikhususkan di sudut tepi. Bukannya besar pun ruang tamu rumah aku ni. Hanya dihiasi dua buah almari hiasa dan beberapa kabinet rendah. Di sebelah sofa pula terdapat meja kecil yang menempatkan telefon.
Inilah kerja aku untuk beberapa hari. Menghafal kedudukan rumah setelah khatam aku hafal rancangan tv.
Sekarang ni aku tengah pening. Kepala dah serabut. Minggu depan, Chinta nak kahwin. Cepat saja dia ni nak berumahrangga. Tak sabar langsung. Katanya, dia nak lumba dengan Kas, siapa dulu yang akan dapat anak. Tak senonoh langsung. Ingat nak dapat anak tu macam beli ikan di pasarkah?. Cakap pula depan aku, saja nak bagi suhu aku naik sikit.
Boleh pula mereka nak suruh aku yang jadi baby sitter kalau mereka dah ada anak. Semua ini disebabkan anggur yang kutanam-tanam tak tumbuh sebab di tanam di tanah tandus.
Resume atau sebarang kelulusan tak diperlukan untuk jadi baby sitter mereka. Siap bagi gaji lumayan lagi. Kalau jaga untuk sejam dua, boleh juga, tapi kalau untuk dua puluh empat jam, aku tak sanggup.
Awal-awal lagi aku tolak lamaran kerja mereka. Sia-sialah aku sekolah dari darjah satu sampai keluar universiti kalau semata-mata nak jadi tukang jaga budak!
Nak bagi hadiah apalah dekat cik seorang ni. Dahlah aku tak kerja. Pernahlah dulu dia cakap kalau dia kahwin, dia cuma nak pakej bulan madu dari aku. Ingat benda tu boleh dapat dengan petik jari sajakah?
Susah-susah, aku buatkan saja pakej bulan madu di rumah aku ni. Kas pun dulu bulan madu di rumah ni juga.
Emak pula suruh rakam semua cerita yang ada di saluran Astro Ceria. Aku tanya untuk apa? Dia kata simpan dalam CD, bagi hadiah pada Chinta. Adakah patut?
Emak ingat Chinta layan dengan benda-benda ni. Kalau bagi pada anak dia yang seorang ni, logiklah. Kata abah, sebenarnya emak sindir aku. Apa tidaknya, sepanjang aku berada di rumah, selain berulang-alik ke rumah Kas, tempat utama aku landing adalah depan tv.
Aku yang menguasai tv. Kalau abah atau emak nak tengok tv, selalunya mereka mengalah dan join sama aku tengok Astro Ceria, termasuk Tom-Tom Bak, Untuk Kita Aje. Kalau mereka nak tengok tv pilihan sendiri, kena tunggu sampai aku merantau ke rumah kakak aku, tapi biasanya sekejap saja atau semasa mataku dah tak boleh nak buka. Asyik nak tidur sahaja. Masa tu barulah emak dan ayah berpeluang untuk pegang remote control.
Emak selalu cadangkan agar aku tidur di rumah Kas. Tapi biasanya aku tak tidur di sana. Sekadar melakukan lawatan sosial. Tak naklah aku mengganggu saat berdua mereka. Selalunya lepak di rumah Kas sekejap. Sejam dua saja. Itu pun aku pecutkan motor abah ke sana.
Merekakan masih pengantin baru, need more time. Macam orang dah ada pengalaman pula aku ni. Inilah yang selalu aku dengar dari orang, kalau orang baru kahwin sentiasa nak bersama macam dah tak cukup hari. Aku pun tak tahu, nanti aku dah kahwin, barulah aku tahu sendiri.
Selepas kahwin, Abang Lemon buat rumah sendiri di kampung ni juga. Dekat dengan tempat kerjanya dan dekat dengan sekolah Kasturi. Lagipun semua orang menyokong. Bukannya apa, kata orang tak berapa baik kalau tinggal dengan keluarga mertua. Aku pun tak tahu sangat bab-bab macam ni. Aku cuma menjenguk rumah mereka sekali-sekala. Itupun kala bosan dah tahap Fidodido ataupun meletus perang dingin antara aku dengan emak sebab emak tak nak buatkan aku puding coklat kegemaranku. Aku lepak rumah mereka pun bosan juga. Tak buat apa-apa.
“Huuh...” Tidak sedar keluhan dari bibirku begitu kuat, membuatkan emak menoleh memandangku.
“Kenapa mengeluh macam kuda ni. Tak baguslah anak dara buat macam tu,” emak menggeleng.
“Penatlah mak,” aku memusing-musingkan badan.
Kononnya penat macam dah buat larian seratus meter, walhal duduk melangut depan tv sahaja sehari semalam. Jadual harian yang tiada perubahan.
“Kalau penat pun janganlah mendengus macam tu. Malu dengan orang. Nanti kalau ada laki ni, mesti lari menjauh,” aku mencebik mendengar celoteh emak.
Kuih kacang atau kuih kasturi yang ada di atas meja aku makan. Aku selalu suruh mak buat kuih ni sebab aku suka, lagi satu aku akan cakap pada Kas aku makan dia sebab nama mereka sama. Entah kenapalah emak pilih nama Kasturi ni. Tak seronok langsung, nama kuih pun ada, nama limau pun ada. Berkongsi nama dengan benda-benda sekeliling. Tak ada kelas langsung. Aku mencebik dalam hati. Padahal nama aku sendiri pun aku tak tahu apa maksudnya.
Aku sampai hafal macam mana nak buat kuih kasturi ni sebab aku suka nak kenakan Kasturi. Mudah saja untuk membuat kuih ini, hanya perlukan kacang hijau dan tepung. Kacang hijau direbuskan sehingga pecah, lembut dan kering airnya. Kalau nak sedap, masukkan kelapa. Selepas itu, gula dan tepung gandum. Gaul sebati dan sejukkan. Ambil sedikit adunan dan bentukkan seperti bebola. Leperkan. Masukkan kacang ke dalam bancuhan tepung kemudian goreng. Senang dan sedap.
“Makan saja yang kamu ingat. Tak bosankah?” soalan yang paling susah dikeluarkan emak. Sampai aku tergaru-garu kepala untuk memberi jawapan yang baik pada soalan tersebut.
“Makan pun boleh bosankah?” akhirnya pertanyaan juga kulontarkan balik setelah tidak menemui jawapan yang bersesuaian.
“Itulah emak nak tanya kamu. Lagipun kamu tak perasankah badan kamu dah jadi macam tong beras?” tak beriak ayat itu terlontar dari bibir emak.
“Emak...” laju teriakanaku memecah rumah bila emak sudah berkata begitu.
“Mak, betulkah Tia dah gemuk?” risau juga dengan fakta baru yang kudengar. Kalau aku, memang tak akan perasan perubahan pada tubuhku. Gemuk atau kurus, bagiku tiada perubahan langsung.
“Gaya macam orang nak obesiti nak tanya lagikah?” betul-betul kenyataan yang membuat seluruh urat sarafku bergetar hebat. Terkejut.
“Mak biar betul,” nada risau yang mencengkam sanubari sudah tidak terbendung. Terluah tanpa ada sekatan.
“Betullah,” ujaran emak membuat aku terkelu. Betulkah?
“Mak memang sengajakan. Nak suruh Tia berhenti makan supaya makanan di rumah tak kurang. Yalah. Tia sedar, Tia langsung tak bagi apa-apa belanja selama duduk dalam rumah ni. Goyang kaki depan tv saja,” nada berkeci hati sudah terluah.
Emak tergelak kecil mendengar keluhanku. Dia datang menghampiriku. Duduk rapat di sisiku. Sebelum ini, dia duduk bertentangan dengan sofa yang sedang aku duduki.
“Ish.. ish, anak emak ni. Merajuk pula. Baru mak kata gemuk, kamu dah keluarkanlah fakta-fakta pelik. Kalau emak cakap benda lain, pasti kamu kata emak ni gila meroyan ya. Emak tak kisahlah, emak lagi suka kalau anak-anak emak tak sekat pemakanannya. Makan apa sahaja yang ada. Selagi ada rezeki di depan mata, kita patut hargai, syukuri nikmat yang ada. Jangan membazir,” panjang ceramah emak. Kepalaku diusap perlahan. Aku acah saja tadi, nak bermanja dengan emak.
Aku tersengih. Ternyata taktikku menjadi.
“Lepas ini kita buat kuih lapis coklat pula ya,” aku meminta perlahan. Memegang tangan emak erat. Reaksi yang memang biasa kulakukan bila menginginkan sesuatu daripada seseorang.
Memang kuakui nafsu makan semenjak menjadi tukang jaga rumah ni sentiasa hendak makan. Makin berselera pula. Apalagi setiap keinginan yang kusuarakan kepada emak, pasti emak akan tunaikan. Sanggup tengah hari panas-panas pergi ambil daun pandan semata-mata nak buat cendol.
“Boleh saja. Asalkan kamu tak kisah kalau sofa ni patah sebab tak dapat nak tampung berat badan kamu,” selesai emak berbicara tanpa riak pada nadanya, dia bangun menjauh dariku.
“Emak...” sekali lagi teriakan bergema di rumah Pak Mud.

------------------------------------------------------------------------------------

Kehidupan kita penuh dengan rahmat. Banyak kurniaan yang telah diberikan. Bergantung pada diri individu untuk mensyukurinya. Jika ada kesempatan, kita akan mencari rezeki untuk memastikan perut tidak berlapar.
Berbeza dengan burung, pagi-pagi sebelum subuh sudah bergerak-gerak melaksanakan pemanasan. Sayap yang banyak fungsinya dikepak-kepakkan. Setelah penglihatan mereka berfungsi kerana adanya cahaya matahari, mereka tanpa khuatir tidak mendapatkan makanan, tidak bersarapan terbang entah kemana, bersamaan membukanya mata anak-anaknya. Dalam waktu yang singkat, burung kembali dengan menyepit makanan diparuhnya.
Sungguh menyentuh kalbu apabila mata menyapa pemandangan indah dari burung ketika membahagi makanan untuk anak-anaknya dengan adil dan bijaksana. Selesai memberi makanan dan tanpa berehat, dia terbang lagi dan kembali menyepit makanan ke sarangnya. Entah berapa kali dan sampai bila burung menjalani hari-harinya seperti itu.
Burung juga tidak pernah merasakan kepenatan dan tidak pernah ada keluhan, yang penting burung menjalani kehidupan tanpa perlu disanjung, dipuji bahkan mengharapkan ganti diteladani anaknya kelak. Yang penting bagi burung adalah nyawa anak-anaknya. Hinggakan mereka mampu menjadi burung selayaknya seperti burung yang lain.
Semua alam apabila kita perhatikan merupakan suatu keindahan bagi kita yang diciptakan oleh Tuhan yang Maha Kuasa. Keindahan ini memang sangat berharga apabila manusia dapat meniru mereka dalam mencari makanan.
Manusia harus bekerja keras memecah tembok di hadapan untuk mendapatkan makanan. Rezeki yang dicari bukan hanya untuk diri sendiri. Sedekahkan rezeki kepada anak, saudara dan jiran tetangga yang masih kekurangan. Sebaik-baiknya adalah makanan untuk keperluan sahaja, jangan terlalu kenyang kerana itu adalah teladan yang telah diberikan rasul kepada manusia. Sisa makanan yang tidak mampu kita habiskan, diberikan kepada mereka yang kekurangan.
Ish, nyamuk ni. Betullah. Kacau daun. Aku sudah menggaru lenganku yang berbintat. Gigitan cinta yang ditinggalkan oleh nyamuk. Mengacau betul! Aku tengah syok mengelamun ni. Masa ni jugalah nyamuk nak datang gigit aku. Aku memang pemurah, tapi bukan pemurah pada nyamuk. Tak sanggup aku nak derma darah pada nyamuk-nyamuk ni. Kalau ada peluang, pasti laju tanganku memukul nyamuk yang singgah ditubuhku. Biar mereka mati.
"Ini apa cerita pula, anak dara bangun awal, pengantin basi tak bangun lagi,” sapaan emak mengejutkan aku seketika.
Aku mengalihkan tubuh yang sedang santai di atas pangkin bawah pokok mangga. Memandang ibu yang tercinta. Rutin yang sudah lama aku tinggalkan. Berkampung di bawah pokok sambil melakar impian.
“Tengah cari ilham ni mak, nak susun jadual untuk hari ini. Pagi-pagi begini, ilham mudah datang,” balasku.
Emak hanya memandangku sekilas sambil masuk ke dalam rumah. Di tangannya terdapat beberapa batang serai yang baru diambil di sebelah rumah.
Hujung minggu begini, anak menantu emak datang ke rumah, mesti nak makan istimewa sikit. Aku juga yang untung, dapat tumpang sekali makan sedap. Dulu, kalau aku cuti semester, baru emak masak yang sedap-sedap. Kini disebabkan aku tercongok hari-hari depan emak, jarang dah merasa makanan yang istimewa kalau tak diminta, atau kena tunggu orang datang ke rumah barulah dapat makanan istimewa sikit.
Pandanganku kembali ke sarang burung tadi. Ibu burung murai sudah terbang kembali. Pasti pergi lagi mencari makanan setelah melihat anaknya masih berkehendakkan makanan. Tidak pernah mengenal erti penat. Beza dengan manusia. Kadang-kadang, terdapat juga anak-anak yang masih terbiar tanpa jagaan yang rapi daripada ibu bapa.
“Itu bukan cari ilham, derma darah adalah. Pagi-pagi begini, banyak nyamuk di luar tu,” emak sudah masuk ke pintu dapur.
“Biarlah mak. Dah lama tak derma darah,” aku tersengih memandang emak.
“Kamu ni, ada saja jawapannya. Dah, mari masuk tolong emak masak nasi lemak kukus,” pelawa emak.
Sedapnya nasi lemak kukus. Pagi-pagi dah kecur air liur dengar menu sarapan yang hendak disediakan emak.
Entah kenapa, selepas subuh tadi aku sudah tidak mengantuk untuk menyambung lena semula. Terus mengambil selipar Jepun dan mengheret kaki ke luar rumah. Melepaskan ayam-ayam di reban sambil memberi makan dengan lebihan nasi semalam. Kemudian aku sambung angan-angan di atas pangkin sambil melihat saujana kehijauan di desaku yang tercinta. Mata pula terpana memandang ke atas sebuah sarang burung murai yang ada di atas pokok. Langsung tak menghiraukan kehidupan lain yang ada di sekeliling mereka. Hanya dunia mereka sendiri. Tidak pula burung-burung ini mencari tempat lain walaupun ada kehidupan manusia di samping mereka. Tidak takut untuk diceroboh.
Kasturi dan Abang Leman datang semalam. Sekarang terasa janggal sedikit sebab ada lelaki lain dalam rumah ini. Orang yang bukan muhrimku. Memakai pakaian yang menutup aurat untuk setiap pergerakannku dalam rumah kecuali dalam bilik. Keadaan ini sedikit sebanyak mengubah penampilanku untuk sentiasa mengenakan tudung keluar sahaja dari bilik. Sebelum ini, aku begitu bebas bergerak untuk ke segenap ruang dalam rumah tanpa mengenakan tudung. Kini aku sedar, Abang Leman adalah abang iparku. Tidak boleh untukku mendedahkan aurat kepadanya.
Kakiku begitu lurus mengikuti langkah emak ke dapur. Emak sedang menggoreng sambal tumis di kuali. Bahan-bahan lain untuk memasak nasi lemak kukus nampaknya sudah tersedia.
“Tia nak tolong apa ni? Semua dah siap. Tolong makan sajalah,” ujarku sambil menarik kerusi yang ada di dapur.
“Dari tadi emak ajak tolong, kamu duduk juga di luar tu lama-lama. Sampai semua dah siap baru kamu nak masuk,” emak memandang aku sekilas sebelum mengacau sambal di atas kuali.
“Tia memang sengaja,” aku tersengih. Adalah dalam setengah jam aku lepak di atas pangkin sebelum masuk ke dalam rumah.
“Pagi,” suara serak Kas menyapa telinga kami. Aku nampak dia sudah menuju ke bilik mandi dengan tuala tersandang di bahu.
“Kamu ni, tak berubah langsung. Sudah kahwin tu patutnya bangunlah pagi-pagi. Siapkan sarapan pagi untuk laki kamu. Ini, suami dulu yang bangun baru kamu. Entah bangun subuh atau tidak,” terkena das tembakan Kasturi pagi-pagi. Ceramah merangkap sarapan pagi yang mengenyangkan.
“Bangunlah. Tadi sama-sama bangun dengan abang,” terhenti sebentar langkahnya yang baru hendak masuk ke bilik mandi. Dia menoleh sekejap ke arah emak sebelum masuk ke dalam bilik air.
Aku hanya senyap. Subuh tadi ayah dan Abang Leman pergi jemaah di masjid. Entah bila mereka nak balik. Pasti singgah di mana-mana tempat sebelum balik ke rumah. Aku juga sedar Kasturi ada bangun subuh tadi. Kalau dia bangun memang kecoh sikit rumah ini. Emak saja menyakat anaknya pagi-pagi begini. Emak sendiri yang mengejutkan pasangan itu untuk bangun solat.
“Entah macam manalah Kasturi ni nak berubah. Tak pernahnya nak bangun awal-awal pagi. Dah jadi isteri orang pun, tabiat masih macam tu. Ada anak nanti, harap-haraplah ada perubahan,” keluhan emak membuat aku kembali ke alam nyata. Berpaling mamandang wajah tua itu.
Aku hanya memandang emak menyambung kerjanya. Selepas beberapa minit, sambal itu dialihkan dari kuali. Sudah sedia untuk dimakan. Aku bangun menuju ke kabinet. Jag air aku ambil dan bersedia untuk membancuh air. Pagi-pagi macam ni memang sedap pekena teh tarik.