Sunday, August 15, 2010

baik-baik sayang 2

“Kenapa sejak dua tiga menjak ni mak nampak kamu banyak termenung?” soal si ibu.

Tangannya menarik keluar kerusi yang terletak di sebalik meja. Kerusi kayu yang sudah dicat coklat tu diduduki punggungnya. Kehalusan varnis yang menjadi dasar kerusi itu memberi keselesaan sekejap pada sang ibu.

Haruman bunga pada waktu malam menjamah hidungnya. Kesegaran aroma bungaan lebih terserlah kala ini. haruman yang menyapa hidungnya itu membuat jiwa tenang. Mungkin sebab itu, taman mini ini menjadi tempat lepak kepada putera hatinya itu. Mencari ketenangan dan kedamaian.

“Tak ada apa mak. Kenapa tak tidur lagi?”

Si anak yang tadinya berdiri berhampiran pokok bunga allamanda kini beralih. Kerusi yang berada di hadapan ibunya pula ditarik. Lantas punggungnya tidak menunggu sesaat untuk santai di atasnya.

“emak hairan tengok kamu. Sejak lepas makan tadi asyik duduk luar saja. Kamu tu yang sebenarnya yang kena tidur awal. Esok nak jalan jauh. Kena gerak awal pula tu,” emak dah mula membebel.

“emak ni, macamlah saya yang bawa kereta” balas si anak sambil tersengih.

“biar bukan kamu yang bawa, tapi esok adalah hari penting kamu. Hari besar kamu. Pergilah tidur awal,” luah emak tidak berpuas hati.

“alah, emak ni. Rilekslah.” Selamba sahaja jawapan si anak.

“Kamu jangan nak ambil enteng pasal esok. Kalau ada apa-apa yang kamu rancang yang bukan-bukan esok, awas kamu. Emak cincang kamu empat puluh keping,” emak sudah memberi amaran.

“uik.... garangnya emak. Rilekslah. Saya tak buat apa-apa pun. Setakat tempah kuda bawa saya lari adalah,” kata si anak sambil tersenyum.

“Beranilah kamu buat macam tu. emak potong nanti,” gurauan bukan mainan. Tidak tahu macam mana nanti kalau anaknya itu betul-betul melakukan seperti apa yang dikata.

Serius si ibu memberi amaran. Jika betul anaknya membuat sesuatu yang di luar alam, memang dia tak akan ragu-ragu nak buat seperti apa yang dikata. Bersungguh dia memberi peringatan.

“mak ni. Takkanlah sampai nak potong-potong segala. Ni bukannya versi P1 wimax pun,” si anak masih ingin bercanda.

“kamu jangan nak main-main. Emak serius ni. Dah, pergi tidur. Jangan layan sangat mata kamu.” si ibu ingin hentikan seketika apa yang dibualkan. Menoktahkan perbualan mereka untuk malam ini.

“emak naiklah dulu.”

Dia masih ingin bersendiri. Mengakhiri malam ini dengan sebaiknya sebab tidak mungkin lagi dia akan merasakan statusnya seperti kini. Wajahnya dipalingkan memandang emaknya. Dia mengangguk membenarkan katanya tadi. berharap sangat agar emak mengerti situasinya kini.

“kamu jangan lepak lama sangat. Nanti ada pula dalam sejarah, kamu pinjam mata panda pada hari bersejarah,” sahut emak sambil terseyum.

Dia tersenyum mendengar celoteh emak. Dilihat emak sudah berlalu dan pergi meninggalkan dia sendiri.

Syok juga kalau pinjam mata panda esok. Mesti cantik gambar yang terlakar. Mata bengkak dan kuyu. Ish... fikiran sekarang ni memang buntu. Celaru. Jiwanya kacau. Tidak tenang.

Memang ini yang dia mahu. Bersendirian. Membiarkan angin malam menyapa tubuhnya. Membiarkan alunan dedauan menjadi irama malam. Dia suka bila bunga-bunga berkuntum mekar.

Ah... indahnya malam.

Hanya dia sahaja yang mendengar suara hatinya kala ini. Hatinya memekak sekuat mana pun, dia tidak akan meluahkan segala bebanan yang memberat di benaknya ini melalui lisannya.

No comments:

Post a Comment

komen la. sama2 kita abiskn air liur(eh x yah pn, jaz use u hand)