Wednesday, August 18, 2010

baik-baik sayang-9

“Mana suami kamu Balqis?” soal Puan Mariam.

Pandangannya hanya pada Balqis. Cepat dia menyoal bila dilihat hanya anak daranya seorang yang datang ke dapur. eh... bukan anak dara dah. Puan Mariam tersenyum sendiri.

“Dalam bilik,” jawab Balqis. Laju tangannya menarik kerusi di meja makan itu. Tambah besar matanya bila melihat hidangan yang ada di atas meja. Me goreng dan nasi lemak.

Aduh.. ibu ni, tahu-tahu saja nak tambahkan berat badan aku. Desis Balqis. Sudu dicapai.

“Hei... nanti dulu. pergi panggil suami kamu dulu.” cepat tangannya dihalang oleh Puan Mariam.

“Ala bu. Pandailah dia keluar kalau dah lapar,” balas Balqis perlahan.

Bila dia angkat kepala, dia sudah nampak ibunya jengilkan mata padanya. Telinga ibu ni, bahaya juga. Dapat saja dia dengar apa yang aku kata biarpun perlahan. Aku ingatkan semut saja yang dengar tadi! desis Balqis.

“Assalamualaikum.”

Salam itu dijawab perlahan.

Baru saja Balqis nak angkat punggung panggil VIP pak menteri, dia sudah muncul. Senang kerja aku. Sahut Balqis dalam hati. Tak payah susah-susah nak berjemput segala.

Dia lihat Sulaiman sudah menarik kerusi di sebelahnya. dan abah juga sudah duduk melabuhkan punggung di kerusi.

Balqis nampak ibu menyediakan segala keperluan untuk abah. Dari menyediakan makanan di atas pinggan, hinggalah kepada cuci tangan. Malah, selepas ibu menuang air untuk abah, ibu memberi teko itu pada Balqis. Balqis faham akan perlakuan ibu. Ibu nak dia pula yang menuang air ke cawan Sulaiman.

Selamba Balqis menuang air dari teko itu ke cawannya sendiri. Teko itu kemudian diletakkan di sebelah kanannya. Tempat di mana Sulaiman sedang duduk. Tak sempat teko itu capai meja, teko itu dilihat sudah diambil oleh Sulaiman. Balqis perasan dengan mata ibu yang sudah sebesar bola golf. Dia faham dengan tanda tersebut. Tapi dia buat selamba. Mee goreng depan mata lagi menyelerakan daripada melayan segala signal yang diberi ibu.

Sorry bu, antena Balqis tak mencapai segala signal ibu!

No comments:

Post a Comment

komen la. sama2 kita abiskn air liur(eh x yah pn, jaz use u hand)