Sunday, August 15, 2010

baik-baik sayang-8

“Aduh...” mengaduh kecil Balqis.

Matanya terpisat-pisat. Dia pandang sekeliling. Cahaya yang terang membuat matanya sedikit sakit. Masih cuba untuk menyesuaikan dengan cahaya. Kenapa hidup lampu pula time aku tidur? Biasanya aku matikan lampu.
Balqis pandang sekeliling. Oh my... kenapa aku ada di lantai pula?
Patutpun punggungnya sakit, rupanya dia jatuh dari katil. macam mana boleh jatuh pula ni.

“Kenapa ni Qis?” suara yang tiba-tiba itu membuat Balqis hampir tumbang. Apatah lagi pertembungan yang tidak sengaja telah berlaku. Tiba-tiba sahaja ada kepala muncul dari atas katil bila dia sudah berdiri. Apa lagi, kepalanya dan kepala si lelaki pun bertembung macam plat-plat bumi bertembung hingga menghasilkan gempa bumi.
“Aduh!” suara Balqis kini kuat. Tangannya menyapu-nyapu dahinya yang sakit. Aku langgar kepala orang atau tanduk kerbau ni?
“Qis.”

Cepat Sulaiman menerpa ke arah Balqis. Kakinya di juntaikan di atas katil. selimut diselak dari tubuh dan dilemparkan ke tempat lain. Dahi Balqis di usap perlahan. Biarpun dahinya turut merasakan kesakitan, namun dia tidak peduli. Yang paling penting, Balqis selamat.

Sulaiman meniup perlahan dahi itu. Sambil itu, dia mengusap perlahan. Balqis yang melihat hanya mencebik.

Ingatkan dengan main tiup-tiup dahiku dah tak sakit kah? Dia ingat aku ni budak kecilkah? Tidak putus-putus Balqis mencebik dalam hati. tidak senang dengan sikap yang ditunjuk lelaki ini.

“Macam mana boleh jatuh ni?” Soal Sulaiman. tangannya sudah berhenti mengusap dahi Balqis.
“Nightmare...” sebab satu katil dengan kau. Tapi ayat yang akhir tidak disambung melalui kata-kata. Hanya sekadar dalam hati Balqis sahaja.
“Itulah. Tak basuh kaki sebelum tidur. Doa pun terlepas bacalah tu,” ulas Sulaiman.
Balqis hanya menjeling. Bantal yang turut jatuh bersama dia tadi diambil. Hmm.. patutpun jatuh, rupanya aku tidur di hujung katil. rasanya kalau tiga orang masuk kat tengah-tengah pun boleh muat...

Tak logik sungguh lah kau Balqis. Sampai tiga orang tu! Memang tak releven untuk katil king saiz tu. Tak habis-habis lagi Balqis bermonolog sendiri. Tapi memang betul, kalau dia tidur sendiri, dia akan berada di tengah-tengah. Tangan kiri atau tangan kanan memang tak sempat nak juntai ke bawah sebab tak sampai. Dia yang akan conquer katil tu.

Hai katil, kalau dulu kau selalu jadi dream maker for the sweet dream, saat ini aku pula kena sedia untuk terima nightmare dari kau. Tak habis-habis lagi Balqis membebel dalam hati. masih tak puas hati lagi. Setelah bertahun-tahun tidur di atas katil tu, pertama kali dalam sejarah pagi-pagi lagi dia sudah jatuh dari katil. macam zaman dia kanak-kanak dulu pula.

“Abang mandi dulu ya?” pinta Sulaiman bila melihat jam sudah menunjukkan ke angka enam. Tuala yang dipakai semalam dicapai. Dikerling sebentar Balqis yang duduk di atas katil.

Semalam tidurnya tidak lena. Nasiblah dia tidur awal daripada Balqis. Sekurang-kurangnya dia ada tidur sekejap. Bila dia terasa Balqis tidur di atas katil, cepat dia tersedar. Senyumannya terukir bila merasakan Balqis sudi tidur sekatil dengannya. Bila dicelikkan mata, terkejut tak terkata dia. Bantal guling ada di tengah. Balqis pun nun di sana. Di kedudukan paling tidak selamat. Hampir jatuh.
Dia bangun dan angkat perlahan gadis itu. Mengemaskan kedudukan. Risau dia dengan kedudukan asal Balqis. Takut terjatuh. Kemudian dia mencari selimut di almari. Memang mustahil Balqis nak satu selimut dengan dia.

Dia mengambil wudhuk. Mendirikan solat. Berdoa dan meminta kepada tuhan agar rumahtangga yang baru dibina ini diberkati. Meminta semoga Yang Esa memberi limpahan barakah dalam hidup mereka. Menyebarkan rahmah dan mawaddah. Membuat mereka berdua dapat menjalankan tugas sebagai suami dan isteri dengan sebaiknya. Panjang doa yang dipinta kepada Yang Maha Satu.

Paling penting, dia memohon semoga pintu hati wanita yang baru dinikahi itu akan terbuka dan menerima huluran cinta darinya. Agar mereka sama-sama dapat menikmati cinta yang telah diberi-Nya.

Bila sudah selesai, dia menuju ke katil. merenung bidadarinya itu yang sedang enak tidur. Lama dia berkeadaan begitu. Melihat makhluk tuhan yang tercipta untuknya. Malah, sempat lagi diusap perlahan rambut yang menutup wajah Balqis. Namun, tidak lama disentuh. Takut tersedar pula.

Dia suka melihat Balqis tidur. Tenang sahaja. Malah hembusan nafas perlahan Balqis membuat Sulaiman terbuai. Lama renungan itu berlaku sehinggalah Balqis bergerak sedikit. Cepat-cepat dipalingkan wajahnya. Kedudukannya juga dijarakkan. Pura-pura tidur. Bila dicelik, Balqis sudah tiada di atas katil.

Sulaiman tersenyum sebentar. Dia hairan kenapa Balqis cakap dapat nightmare sedangkan dia tengok gadis itu tenang tidur. Ada-ada sahaja alasan gadis tu.

“Balqis bersiap nanti. Kita pindah rumah emak,” arah Sulaiman sebelum menutup pintu bilik mandi.

Ha... pindah!

No comments:

Post a Comment

komen la. sama2 kita abiskn air liur(eh x yah pn, jaz use u hand)