Sunday, August 15, 2010

baik-baik sayang-4

“Abang Man, pinjamlah layang-layang tu,” penuh mengharap si anak kecil agar dipinjamkan layang-layang yang sudah tinggi di atas.

“nantilah. Abang tengah main ni,” pujuk budak lelaki yang bernama Man. Seronok bermain layang-layang itu membuatkan dia tidak mahu mengalihkan tali di pegangannya kepada sesiapa pun. Hatta untuk budak kecil yang sedang merayu di tepinya itu.

“Abang Man, nak main juga,”suara kanak-kanak perempuan itu sudah berubah. Kali ini sedikit mendesak.

“Qis duduklah dulu. tengok abang main,” suara Man pula yang memujuk.

Keadaan angin monsun kini kembali sepoi. Tidak lagi seperti tadi. keadaan menjadi tenang seketika. Kebanyakan kanak-kanak yang ada di padang itu berlari laju untuk memberikan keseimbangan kepada layang-layang masing-masing.

Man tidak terkecuali. Untuk mengelakkan layang-layang yang berbentuk naga itu menyembah bumi, dia perlu melakukan sesuatu. Lantas tindakan seperti kanak-kanak lain yang ada di padang itu diikuti. Berlari laju di pinggir padang untuk memastikan layang-layang itu kekal di atas.

“abang Man, tunggulah Qis,” suara kanak-kanak perempuan itu saling bertingkah dengan suara lain.

Kebisingan yang ada di padang langsung tidak mencacatkan suara kanak-kanak perempuan itu. Malah teriakannya memanggil-manggil nama abang Man kini memenuhi seantero padang.

“Qis jangan lari. Duduk diam situ sahaja. Jangan ke mana-mana. Tunggu abang. Nanti abang bagi pinjam. Kalau lari-lari, abang tak bagi pinjam.” Amaran keluar dari bibir kanak-kanak yang bernama Man.

Mendengar arahan itu, kaki Qis terbrek dengan sedirinya. Tidak mahu terlepas tali layang-layang, maka dia pun kembali statik di tempat dia berdiri tadi. kali ini dia berkalih sedikit ke belakang. Memberi laluan kepada kanak-kanak lain yang bebas berlarian. Sama-sama berusaha menandingi yang lain untuk menjadi sang juara. Untuk memastikan layang-layang mereka lebih tinggi dari yang lain.

Man beralih arah. Kali ini, arah tiupan angin pula yang diekori. Layang-layang di belakangnya sekali-sekala menjamah mata. Bila dirasakan layang-layang itu masih tidak stabil, lantas kakinya kembali bergerak. Berlari. Semakin lama semakin jauh. Semakin lama juga, semakin tinggi layang-layang itu terbang. Sekaligus membuat rasa terujanya meningkat.
Kalau boleh, Man nak buat layang-layangnya melintasi ketinggian layang-layang si Mat. Layang-layang Mat yang berbentuk biskut Oreo itu lebih tinggi berbanding layang-layang lain. Malah, kalah tinggi layang-layang yang mempunyai bintik-bintik coklat milik Man. Layang-layang yang dipenuhi coklat chip. Chipmore yang sungguh sedap.

Mata Qis mengecil. Sudah hampir dua jam dia tercongok menunggu. Batang tubuh abang Man langsung tak mendekat. Malah semakin jauh lagi. Sungguh tak sangka dia kena tinggal macam tu.

Macam mana nak balik ni? Lantas dia tengok sekeliling. Aku lapar. Suara hati Qis merintih-rintih.

“Nab, Qis nak balik.”

Kanak-kanak yang berumur lima tahun itu menyapa Zainab, adik kepada Mat. Teman yang bukan sepermainan sebab dia lebih suka main dengan Abang Man daripada Zainab. Zainab pun macam tu juga. Suka main dengan abangnya sahaja.

“Kau balik dulu. Aku tunggu abang,” balas Zainab yang juga seusia Qis.

Sebenarnya Zainab belum puas bermain layang-layang. Layang-layangnya yang ada gambar harimau macam dalam biskut Tiger tu sudah putus talinya. Jadi dia ingin meminjam layang-layang abangnya yang kini terbang bebas di awam.

Kedatangan mereka ke situ mempunyai satu tujuan. Ingin mencipta sejarah sendiri agar dapat menerbangkan layang-layang tinggi di awan.

Qis pandang ke langit. Rasa macam nak makan pula layang-layang Mat di atas sana. Nampak macam sedap saja biskut Oreo tu dicicah dengan air Milo. Aduh, tak pasal-pasal air liur Qis turun. Laparnya membuak-buak. Cepat-cepat dia berlari pulang ke rumah.

“Mak, Qis lapar,” teriakan itu hanya bergema di sekitar kawasan itu bila tak semena-mena dia jatuh tergolek.

Tunggul di depan yang berdiri condong membuat dia jatuh berguling-guling. Tubuh kecilnya yang ringan dibawa angin kecil ke sudut semak. Lantas pokok semalu yang ada di situ tidak segan-segan menyapa tubuhnya.

Tambah teriaklah kanak-kanak kecil itu. Tangisannya sudah hampir menghilangkan suara. Pedih terasa lututnya.

Seluar panjang yang menutup kakinya diselak bila terasa semacam cecair pekat mengalir. Seluar warna biru itu disingkap perlahan-lahan.

“Aduh!” sekali lagi dia mengaduh. Sungguh bisa kepedihannya.

“Mak...” rintihannya kembali kedengaran.

Bila dia mempunyai kekuatan sedikit, sekali lagi seluar itu diselak. Kali ini lebih berhati-hati agar tidak menerbitkan sebarang kesakitan. Namun semua itu sia-sia. Kesakitan jelas terasa bila mana dia menggerakkan seluar itu. Hatta nak gerakkan kaki pun tak boleh.

Tangisannya bertambah kuat bila melihat kepala lututnya berdarah. Platlet berwarna merah tidak segan-segan berlumba keluar dari soket lututnya.

“Mak sakit.” Budak kecil hanya mampu mengadu.

Qis menggulung seluar di bahagian kanan hingga ke paha. Mengelak dari kesakitan. Andai sahaja kain kapas itu menyentuh lututnya yang kini berlubang kecil, pasti teriakan akan terjadi. Sungguh, dia sekarang tersangat sakit. Lututnya yang terluka akibat terkena benjolan kayu di tengah jalan tadi membuat dia tidak berdaya. Lemah longlai dirinya.

Semangat untuk balik rumah nak makan biskut Oreo cicah milo kini sudah dilupakan. Yang ada sekarang hanya ingin berusaha untuk sampai ke rumah. Minta emak tolong ubatkan kakinya yang luka.

Qis mengengsot sedikit. Bergerak dalam slow motion untuk dekat dengan laluan. Keadaan tepi semak itu tidak selesa. Dia berusaha menolak badannya itu kembali ke laluan sebenar. Badannya yang kecil terlambung-lambung bila diengsotkan. Semakin lama, engsotan itu semakin perlahan. Dia sudah kehabisan tenaga. Nyawanya bagai sudah di hujung.

Duri-duri semalu dibuang perlahan. Tiap kali duri kecil itu dicabut dari ruang tubuhnya, tangisan air mata akan kedengaran. Seksanya keadaan. Berpuluh-puluh duri kecil sempat menjengah ke tangannya. Nasib dia berseluar panjang. Kalau tidak, betisnya juga akan menjadi mangsa kepada segala duri yang ada.

No comments:

Post a Comment

komen la. sama2 kita abiskn air liur(eh x yah pn, jaz use u hand)