Sunday, August 15, 2010

kasih tercipta-2

Umairah mengesat air matanya. Sedih mengenangkan perjalanan hidup. Penuh dengan kesedihan. Tidak dihiasi langsung dengan detik-detik bahagia dalam lakaran hidupnya.
Hanya ketika berusia sepuluh tahun, tuhan gerakkan hati seorang insan yang sangat tulus hatinya. Bonda Kamariah. Mengambil dia daripada rumah Sakinah untuk dijadikan anak angkat. Betapa dia sedih untuk berpisah dengan teman-teman sepertinya. Namun lambaian kasih untuk penghuni Sakinah tetap dilakukan. Moga penghuninya memperoleh ketenangan dalam hidup.

Bermulalah hidup Umairah sebagai anak Bonda. Penuh dengan rahmah dan mawaddah. Betapa dia bersyukur sangat. Doanya pada Ilahi tidak putus. Rahmat yang Dia beri amat berharga. Tidak henti sujud syukurnya atas kurniaan yang tidak terbatas ini. Segala puji bagi Engkau Ya Allah. Dia menjadi manusia yang paling bahagia. Dapat menikmati zaman kanak-kanak dan zaman remaja seperti insan-insan lain yang melata di bumi Allah ini. Diberi peluang untuk bersekolah sama seperti anak-anak Melayu yang lain. Sekolah rendah dan sekolah menengah. Kemudian pengakhirannya, kini dia berbangga kerana telah bergelar peguam syariah setelah berhempas pulas menuntut ilmu di menara gading. Menjadi mahasiswi Universiti Islam Antarabangsa menjadikan dia umat yang tahu bersyukur. Tahu erti nikmat. Mempelajari Islam dengan lebih dekat lagi. Sesungguhnya menuntut ilmu itu fardhu kifayah. Nabi pun menggalakkan umatnya untuk mencari ilmu, malah biar sampai ke negeri China. Kalau dicongak, memang amat jauh pada zaman nabi, dari tanah hijjaz untuk ke negeri China. Itulah perumpaan untuk mereka yang sedar akan kepentingan ilmu. Umairah berpegang kepada ‘long life learning.’ Belajar untuk sepanjang hayat. Sebenarnya dia mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke bumi anbiya, Mesir. Tapi tidak mungkin untuk dia meninggalkan Bonda sendirian. Hanya Bonda yang dia ada. Maka dengan senang hati dia memilih universiti tempatan untuk mencapai cita-citanya.

“Umairah, mari makan nak.” Kali ini lamunannya terhenti. Bonda sudah berdiri di hadapan mata. Terlalu jauh pemikirannya merentas masa silam. Hingga tidak sedar pipinya masih basah, menangisi kesedihan masa silam. Biar yang silam berlalu pergi. Aku hanya boleh mengingat, tidak boleh menangisinya. Itu azam Umairah. Tidak akan menangis lagi.

Langkah dihayun. Seiring dengan Bonda. Mencapai tangan Bonda membawa ke meja makan. Betapa tangan kecil ini telah berjaya membesarkannya. Menyara hidupnya dengan membuka butik. Sungguh besar pengorbanan Bonda. Selalu dia mengucapkan terima kasih kepada Bonda. Tapi Bonda kata, syukur kepada Dia yang memberi rezeki. Kata Bonda lagi, kehadiran Umairah melengkapkan rezeki Bonda. Betapa tidak. Sejak kehadiran Umairah, teratak Bonda sudah tidak sunyi lagi. Malah rezeki Bonda berkembang. Kalau dulu, Bonda hanya menerima tempahan menjahit dari rumah, namun kini Butik As-Syam berdiri megah. Menerima tempahan dari segenap lapisan manusia. Rezeki Allah tersebar umpama cahaya mentari yang menerangi seluruh alam.

Dengan usaha Bonda, dia berjaya menamatkan pengajiannya. Kadang-kadang dia akan membantu Bonda di butik kalau tiada kuliah. Apabila cuti semester universiti, wajahnya pasti akan menjengah Butik As-Syam. Semua pekerja butik telah kenal Umairah. Malah pelanggan tetap Bonda pun tahu siapa dia. Mereka yang terdiri dari orang-orang kenamaan bergelar datin, puan sri malah kerabat diraja pun menjadi pelanggan butik Bonda. Pernah Umairah mengusik Bonda mengatakan Bonda sudah menjadi orang popular. Namun Bonda dengan rendah hati mengatakan itu semua rezeki Allah. Begitu tulus hatimu Bonda.

Menjamu selera diselangi dengan bicara semasa. Memang seronok berbual dengan Bonda. Penuh dengan ilmu di dada. Tidak ada perkara yang tidak penting untuk dibualkan. Tapi Bonda seorang yang mudah senyum. Tiap ada perkara yang mencuit hati yang dibualkan, pasti lesung pipit Bonda akan keluar. Manis sungguh senyuman Bonda.

3 comments:

  1. cerita yg menarik. terus berkarya.

    ReplyDelete
  2. ijad & ummu khadijah-thanks sudi jenguk teratak amanda

    ReplyDelete

komen la. sama2 kita abiskn air liur(eh x yah pn, jaz use u hand)