Tuesday, November 15, 2011

BAIK-BAIK SAYANG II- 01 (BBS II-1)

Flashback
_______


“Kau pastikah?”

“Pasti!” Penuh yakin dia membalas. Suaranya dikeraskan.

Tapi sebenarnya, dalam kepastian yang dia ada sekarang, sembilan puluh peratus di dalamnya adalah keraguan. Sepuluh peratus tu saja yang ada kenyakinan sikit.

“Tak nak guna talian hayat?” Kali ini, soalan lain pula yang diberi.

“Aku ada talian hayat lagikah? Ada spare nyawa lagikah untukku? Ada tujuh kehidupankah dalam hidupku?” Geram dia membalas.

Sang penyoal itu bagai mengejek-ejek dirinya. Bagai mempersendakannya. Dia sebenarnya sedang berusaha untuk menyakinkan diri sendiri.

Andai dia tiada kenyakinan, pasti sekarang dia akan pura-pura melemaskan diri dalam lautan yang terbentang luas ini.

Kalau melarikan diri dari masalah tersebut, sampai bila-bila pun tak akan selesai. Suatu masa nanti, ia akan timbul semula. Dia tidak mahu yang begitu.

“Aduh! Kau melalut lagi. Kita ni orang Melayu, bukannya orang asing yang ada spare kehidupan. Bukan macam kepercayaan cerita hindi tu yang kau akan muncul semula pada kehidupan lain. Bukannya kartun yang boleh hidup semula selepas mati. Bukan juga macam cerita Dragon Ball yang ada gelang nyawa.”

Si teman sudah menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Bukannya ada kutu pun. Kelemumur jauh sekali! Maklumlah, pakai syampo Head & Shoulder. Anti dundraff gitu!

“Kau sendiri yang mulakan segalanya. Kau jangan nak cari gaduh sekarang,” Suara wanita itu terlalu pasrah.

“Aku cuma nak tahu tentang keputusan kau,” perlahan suara si teman. Cuba memujuk kembali.
“Aku macam tak berhak pula buat keputusan.”

“Demokrasi beb! Kau berhak. Tapi kau yang tak mahu.” Suara temannya begitu lirih.

“Sejak bila aku mahu? Never! Kalau kau fikir aku akan ikut segalanya dengan rela, baik kau padam harapan kau tu. Tidak sekali-kali aku akan pilih keputusan tu.”

“Kau tahukan apa yang terjadi?”

“Sebab tu aku cakap aku tak ada pilihan. Aku kena akur dengan semua ini. Rasanya, inilah yang terbaik untuk semua orang.”

Mungkin inilah yang dinamakan pasrah. Terima dalam terpaksa. Dia cuma berserah, tapi dia belum redha dengan apa yang bakal dia lakukan.

Oh, tuhan! Berikan aku kekuatan.

Dia meraup wajahnya dengan kedua belah tangannya. Perubahan hidupnya ini bakal mengubah segalanya dalam takwim hidupnya.

“Kau nak kunci juga lirik... Eh, salah! Kau nak kunci juga keputusan yang kau dah buat ni?” sempat lagi si teman buat lawak. Dia senyum sendiri dengan bicara yang baru dilafazkan.

“Kau ni, macam tak tahu pula. Aku mana ada diberi gugusan kunci untuk memilih sendiri pintu mana yang aku nak buka. Aku hanya ada satu kunci,” suaranya sedikit membentak.

Geram!

Merah menyala langit senja masih tidak dapat menghapus duka di hati. Hening sore masih belum mampu mengubat jiwa. Hembusan laut ke pantai belum mendamaikan raganya.

Sungguh! Andai ada talian hayat untuknya di ketika ini, dia sanggup menggunakannya sekarang. Sekurang-kurangnya, dia akan memilih talian yang mampu membuat dia invisible untuk setahun.
Atau sekurang-kurangnya dia dapat pinjam poket Doraemon untuk sesaat ini. Pinjam pintu ajaib dan kemudian membawa dia ke dunia lain. Biarlah dia menjengah sekejap ke bulan ataupun planet Marikh tu.

Tapi, adakah lagi talian hayat untuknya. Wujudkah poket Doraemon yang mampu membawanya ke tempat asing?

Never! Semuanya tiada. Karut. Dan sekarang, dia harus terima satu kenyataan yang pahit. Keputusan yang sangat berat untuk diakui namun harus dituruti.

“Jomlah balik. Nanti tak pasal-pasal kita kena sinar X.”

“Sinar X mana pula ni?” Berkerut dahi memikir.

“Bukan sinar mana-manalah. Saja aku cakap. Syaitan dah nak keluar buat rondaan ni. Pada senjakala begini, masa mereka berpesta. So, sebelum kita terkena panahan songsang, lebih baik kita berambus dari sini,” dengan sengihan si teman menjelaskan.

Tersenyum dia seketika. Memang sebentar lagi Maghrib akan menjengah. Kata orang tua-tua, waktu-waktu senja tak baik keluar. Banyak syaitan yang berkeliaran. Lagipun mentari sudah melabuhkan fizikalnya. Tiada apa lagi yang perlu ditunggu di pantai ini. Kornea matanya sudah puas menatap saat sirnanya sinar sang matahari di remang petang.

“Kau ni, ada-ada sahaja. Sinar X pula. Nasib kau tak sebut sinar gamma atau beta di tengah-tengah alam macam ni. Jomlah balik. Nanti bising pula ibu aku,” dia pula mengajak.

“Sedar pun kau.”

Wanita itu merenung mentari yang semakin melabuhkan cahayanya. Moga kehidupannya juga akan bercahaya kelak. Langkahnya mengekori teman yang sudah berjalan di hadapan.




________

sedikit bacaan utk anda stelah mbiarkan blog ini sepi. maaf atas segala kesulitan.

Tuesday, October 25, 2011

baik-baik sayang

Lirik Lagu Wali
Baik-Baik Sayang

aku tak ingin kau menangis bersedih
sudahi air mata darimu
yang aku ingin arti hadir diriku
kan menghapus lukamu sayang

karna bagiku kau kehormatanku
dengarkan, dengarkan aku

reff:
hanya satu pintaku
untukmu dan hidupmu
baik-baik sayang
ada aku untukmu

hanya satu pintaku
di siang dan malammu
baik-baik sayang
karna aku untukmu

semua keinginan akan aku lakukan
sekuat semampuku, sayang
karna bagiku kau kehormatanku
dengarkan, dengarkan aku



Source: http://liriklaguindonesia.net/w/wali/wali-baik-baik-sayang/#ixzz1blIzOcQR


masih ingat dengan lagu ini...???
sedapkan lagu ni... kalah ayam KFC...
kalau dengar lagu, sampai mata pun tak berkelip, minda terbang entah ke mana,
hati lagilah hilang di balik awan biru

minta maaf kerana tuan rumah sudah lama menghilang... aku tetap ada di sini. cuma nak jenguk rumah sendiri pun sudah tidak sempat... lebih banyak menghabiskan di rumah sewa. manalagi kalau bukan facebook & segala macam face.

sekarang pun dah hujung tahun. kesibukan memang berganda-ganda. penulisan jadi beku seketika. but don worry... everything will be continue... cuma tak tahu bila

Friday, August 26, 2011

selamat hari raya


salam ramadhan

salam kemaafan dipohon dari jauh untuk anda smua...

tuan rumah menyusun 10 jari memohon kemaafan atas kesilapan dan kesalahan yang disengaja & tak sengaja dalam kata(eh salah- dalam penulisan)...

smoga rahmat ALLAH untuk kita smua....

slamat hari raya...
maaf lahiriah & rohaniah

Monday, August 15, 2011

Betulkah? (SE)


salam ramadhan


Di suatu tempat, sekumpulan manusia sedang sibuk membaik pulih tempat mereka yang baru diserang oleh penceroboh. Tempat itu kembali kecoh. Ketenangan memang tidak pernah akan ada. Keamanan yang sentiasa disuarakan tidak pernah dikecapi.

Habis peralatan bertaburan di atas lantai. Tali-tali khemah ada yang tercabut. Helaian kain yang menjadi penghadang, habis koyak-rabak. Bekalan makanan dan minuman bersepah keluar dari kotak-kotak. Beberapa harta benda yang kejap dijaga sudah dilarikan oleh penceroboh.

Beberapa lelaki yang berpakaian seragam berpusu-pusu keluar masuk ke kawasan itu. Anggota tentera yang memegang senjata berjaga-jaga di sekitar kawasan. Mata mereka bagai helang yang bersedia menerkam mangsa. Sekali pergerakan, spontan mata akan beralih arah. Tangan sentiasa bersedia. Sebarang serangan, pasti akan dibalas.

Pegawai perubatan keluar masuk dari khemah utama. Tidak sangka tempat itu diserang lagi. Malah, serangan kali ini amat memilukan. Meninggalkan luka yang amat dalam. Membuat semua anggotanya sengsara. Memberi impak yang sangat memeritkan. Tangisan tak mengenal erti berhenti. Laju saja air mata mengalir.

Di suatu sudut, seorang wanita masih setia memandang matahari. Tangisannya juga tidak pernah berhenti. Dia tidak berganjak dari tempat itu. Sudah berjam-jam dia di situ.

“Bersabarlah.”

Perkataan itu langsung tidak memberi kesan kepadanya. Dirasakan perkataan itu hanya desiran angin lalu.

Beberapa wanita dan lelaki silih berganti mengajak wanita itu beredar dari situ. Mengharap agar wanita itu beralih dari situ dan mencari tempat yang lebih selesa untuk merehatkan diri.

Namun wanita itu masih setia di situ. Merenung matahari yang akan surut tidak lama lagi. Sinarnya akan berlabuh sebentar lagi. Entah ada atau tidak bulan yang akan memberi cahaya.

Tapi dia tahu, bulan sentiasa ada untuk menyinarkan nurnya tidak kira siang atau malam. Selalu ada. Cumanya ia menjadi cahaya minoriti bila bersaing dengan sang bola besar. Mentari hanya akan bersinar untuk mewujudkan suasana siang hari.

Matanya merah. Pipinya terdapat beberapa kesan lebam. Kaki dan tangannya sudah calar-balar. Pakaiannya koyak. Hanya ada selimut yang menutupi seluruh tubuhnya sekarang. Itupun dipakaikan oleh seorang pembantu perubatan. Orang pertama yang menemuinya.

Sudah beberapa orang wanita yang datang ke sisinya dihalau. Tidak tegar dia melihat mereka menghampirinya. Pujukan mereka langsung tidak terkesan di hatinya. Langsung tidak mengubah rentak tangisannya.

Tangannya begitu mudah menolak sesiapa sahaja yang datang menghampirinya. Tidak dibenar menyentuh tubuhnya.

Fobia!

Biarpun dia sudah kehabisan tenaga, namun dia berusaha juga untuk menghalau sesiapa saja yang mendekat padanya. Sungguh dia tak sanggup berdepan dengan mereka.

Pegawai perubatan yang membawa beberapa peralatan perubatan juga sudah dihalau. Pegawai yang mahu membersihkan dan mengubat lukanya itu hanya mampu memandang sayu wanita yang berselubung memandang tinggi ke awan. Peralatan yang dibawa bersama jatuh bertaburan. Bekas iodin dan kapas habis bersepai di atas tanah.

Wanita itu hanya merenung permukaan tanah yang sudah bertukar warna. Daripada coklat kepada ungu. Langsung tiada perasaan dia memandang semua itu. Tiada perasaan dia melihat bekas iodin itu tertumpah. Padahal sebelum ini, dialah manusia yang paling berjimat. Setitik pun ubat-ubatan tidak akan dibiarkan hilang dengan sia-sia. Tidak betah dia untuk membazir. Pasti akan diberikan kepada mereka yang memerlukan.

Dia mendongak memandang ke langit.

“Ya Allah, pada-MU aku meminta. Kau kuatkanlah semangatku untuk menjalani hidup ini. Biarpun tiada sinar padaku, aku sentiasa berharap agar KAU tidak sirnakan sinar-MU untukku.” Doa itu dititip untuk diri sendiri.

Saat ini dia tidak punya kekuatan diri. Lemah-selemahnya. Kalau boleh, dia mahu katupkan matanya untuk selama-lamanya. Namun, dia masih lagi di sini. Masih bernafas lagi. Andai saja imannya lemah, mungkin dia sendiri akan gali kuburnya untuk menanam jasadnya yang masih bernyawa.

Duduknya diperbetulkan. Lenguh. Baru sebentar tadi bibirnya mengucap kalimah ALLAH kembali. Itupun setelah seorang wanita memberikannya sehelai selendang. Menutup mahkotanya menggantikan selimut. Kalimah-kalimah ALLAH bersilih ganti membasahi lidahnya. Masih seiringan dengan deraian air mata.

Hanya satu yang dia mahu saat ini. Ketenangan.

Duduknya di sini adalah untuk memperbetulkan emosinya yang bercelaru, menghilangkan fikirannya yang berselirat dan mendamaikan kembali jiwanya yang sedang kacau-bilau.

Dia hampir patah hati untuk hidup. Semangat untuk membantu langsung tiada. Terbang bersama apa yang baru dia hilang. Barangnya yang sangat berharga sudah tidak lagi menjadi miliknya. Apa yang dipertahan dengan sebaiknya selama ini begitu mudah dicuri orang.

Ekoran itu, dia hilang diri. Saat ini dirinya tidak punya perasaan. Emosinya sudah tiada. Fizikalnya saja yang masih di sini sedangkan dia langsung tidak mempunyai rasa saat ini.

Dia tidak punya kekuatan untuk berdepan dengan alam ini. Telinganya masih mendengar tangisan. Dia juga mendengar tangisan beberapa wanita di sudut kirinya. Lima langkah darinya. Wanita yang menangis kerananya. Namun dia buat tidak peduli. Dibiarkan mereka menangis. Tidak mampu untuk memujuk kerana saat ini dia juga belum mampu untuk menghentikan tangisannya sendiri. Dia sendiri tidak berjaya untuk memujuk dirinya sendiri.

Beberapa orang menggeleng sayu melihat dia. Riak sedih terpamer dalam wajah masing-masing. Kudrat mereka tidak mampu untuk mengembalikan segalanya kembali ke normal. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Sesungguhnya ujian ALLAH tidak pernah putus pada setiap hamba-NYA. Sayang DIA tidak pernah ada penghujungnya.

Monday, August 8, 2011

panjang umurnya....

Salam ramadhan.

Puji-pujian untuk DIA. Yang menciptakan manusia di dunia ini.

Tanggal 08.08 tiba lagi.

Selamat ulang tahun kepada tuan punya blog.

Sesungguhnya, hamba-MU bersyukur atas nikmat umur yang KAU berikan pada hamba-MU ini.

2_ (tak perlu tahulah. Kan umur tu rahsia. Benda sensitif seorang perempuan-hehehe) tahun yang lalu, seorang hamba dilahirkan ke dunia ini daripada rahim seorang ibu muda. Dia membesar dengan jayanya sehingga memperoleh pendidikan yang baik. Dan sekarang mempunyai kerjaya yang baik.

Alhamdulillah. 08.08 datang lagi. Kelahiran hamba ini masih lagi seperti dulu. DIA masih mengurniakan kesihatan yang baik kepada hamba-NYA ini. Syukur YA ALLAH. Terima kasih atas nikmat tubuh yang sihat yang KAU berikan kepada hamba-MU ini.

Terima kasih kepada ayah dan bonda yang tidak pernah putus kasihnya kepada anaknya ini.

Sambutan kelahiran sudah tidak seperti tahun-tahun lepas. Sekarang ni, kesibukan telah membuat diri seakan alpa bahawa usia tidak pernah berhenti berganjak.

Kalau dulu, begitu gah sambut birthday sampai ke KLCC... lepak sampai lupa waktu sudah dinihari. Tak jumpa jalan keluar kerana pintu-pintu sudah di ditutup (padan muka).

Kini, diri semakin terlupa.

Umurku sekarang berapa tahun?

Begitulah yang selalu berlaku pada diri ini. Bila di depan mana-mana kaunter @ mengisi sebarang borang, diri akan termangu-mangu mengira angka usia sekarang. Betul-betul tak ingat umur berapa tahun. Kadang-kadang, siap kira guna kalkulator lagi. padahal angka tu, bukannya besar sangat pun.

Bapa: kau tu dah nak masuk tiga puluh.

Anak: bapa ni! Lama lagilah nak menginjak ke tiga puluh.
(ish, seram pula bila dengaR umur nak menginjak ke-30 walaupun ada beberapa tahun lagi di
hadapan)

Emak: emak dulu, umur muda masa lahirkan kamu.

Anak: mak, itu dulu. Dulu lain, sekarang lain.

Hahaha..........

Semoga usia kita diberkati oleh DIA. Semoga umur kita dilampirkan dengan perkara-perkara yang diredhai-NYA.


isyaALLAH, kalau ada ruang dan peluang, nanti CIK AA masukkan spesial entry untuk BETULKAH?

Friday, August 5, 2011

BETULKAH? ISTIMEWA RAMADHAN

salam ramadhan
DENGAN NAMA ALLAH YG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

PUJI-PUJIAN HANYA UNTUK DIA




Kawan + kawan = aku + kau = bestfriend forever(BFF)
Kawan + kekasih = sayang + abang = soulmate forever(SMF)

Kahwin susah, tak kahwin pun susah. Dilemanya. Tak nak kahwin sebab rasa hati masih belum mahu kahwin. Tapi orang sekeliling dah sibuk tanya siapa pasangan. Bengangnya dunia seorang wanita bila dah cukup umur.

Betulkah sekarang masanya yang sesuai untuk berkahwin? Betulkah sudah muncul calon yang telah dipasangkan sejak Luh Mahfuz? Betulkah pemilik tulang rusuk sudah menjelma?

Cinta sangat kompleks. Bukan sesenang kira 1, 2 & 3. Atau macam kita selesaikan masalah matematik head capacity(Q=mc) masa sekolah menengah dulu. Cinta memang sukar dijangka. Maka sampai sekarang berat nak terima cinta.

Tapi bila si dia berkata I love U, terus lari sebatu jauhnya. Bolehkah terima cinta dari seorang teman?

Womens are like internet virus. First, they enter your life, scan yours pockets, transfer money, edit your mind, download thier problems, delete your smile and hang your life- Nur Mawarni

You know you have me. Itulah gunanya kawan. Saling bantu-membantu. Saudara, kita akan peroleh begitu sahaja. Tapi kawan, kita sendiri yang kena cari- Farhan

Tuhan bagi anggota kita secara berpasangan. Kenapa tuhan kurniakan sekeping hati untuk kita? Kerana tuhan memberi sekeping hati lagi kepada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah cinta- Anuar

Hai, tak puas lagikah cipta tension island ni? Baru kena pinang, belum ajak terjun Effiel Tower, tapi dah macam burung tak jumpa sarang yang sesuai.-Melati

Aku tak layak untuk sesiapa – Nurul Suhailah.
________________________________

Tinta untuk kita

Kesejahteraan untuk kita semua. Alhamdulillah. Menjelma lagi hasil tinta saya. Ingatkan karya ini akan terus berkubur sejak dilahirkan pada tahun 2008. Tapi jodohnya panjang bila sang penulis sudi untuk mencoret hingga lahir cerita lengkap. Kali ini saya paparkan realiti dalam kehidupan. Tentang dunia persahabatan. Tentang dilema wanita. Terperangkap dalam sangkar usia. Bila kita dewasa, orang akan sibuk tanya bila nak kahwin. Si dia belum lagi nak pinang. Sedangkan hati juga belum sedia. Kalau hatinya belum dimiliki, itu tambah rungsing. Masih single and available. Kata Wali Band “tak laku-laku.” Kepala terus pening. Semua orang tolong jaga ‘tepi kain.’ Malu dan rimas jadinya. Tapi jangan risau, jodoh tetap ada. Allah jadikan manusia itu berpasang-pasangan. InsyaAllah, soulmate tetap akan datang. Jangan pernah bersedih, kegembiraan sedang menanti di hadapan. Mari sama-sama selami dunia cinta dan persahabatan dalam BETULKAH???~amandaaniqah~

maha SUCI DIA

akhirnya lahir juga novel yang sekian lama terkubur dalam alam maya. kali ini, kelahiran anak kedua(bukan dari rahim ya!) dari inkubator syarikat karangkraf(BUKU PRIMA) membawa sebening cahaya bersamanya.

jika diimbas kembali, kemunculan novel cik aa smuanya lahir di bulan ramadhan. Lara Rindu juga terbit pada bulan september tahun lepas. Juga di bulan ramadhan. Bulan yang penuh dengan keberkatan.

kini, Betulkah? juga muncul di bulan maghfirah ini. ALHAMDULILLAH
Terima Kasih Ya Allah atas ruang dan peluang yang ENGKAU berikan kepada hamba-MU ini. Dengan keizinan-MU, dapatlah hamba merealisasikan tulisan ini ke versi cetak.

terima kasih kepada BUKU PRIMA kerana sudi menerima penulis picisan seperti CIK AA ini untuk menjadi warga penulis dalam ruang lingkup anda... tqvm. THANKS to editor, kreatif & grafik.

BETULKAH ditulis ketika CIK AA masih lagi bergelar pelajar.

tapi kala itu, menulis hanya sbgai hobi. teruja tengok e-novel yg ditulis oleh teman-teman di alam maya. takkan sekadar jadi pembaca saja... so CIK AA putuskan mahu jadi penulis juga(walaupun tak berbakat)

akhirnya... lahirlah karya-karya...picisan SEBEGINI.

tak sangka, taipan jemari sudah melangkau hingga banyak halaman.
akhirnya...CIK AA putuskn utk mncuba nasib dngan menghantar ke syarikat penerbitan. ALHAMDULILLAH, biarpun feedback lambat, namun ia tetap diterima.

BETULKAH? disambung penulisannya ketika CIK AA berada di dunia pekerjaan. Rupanya dunia kerja tidak seperti yang pernah diangan-angankan. Di dalamnya dipenuhi dengan segala arahan-arahan ketua, kerja yang bertimbun, due date yang tak pernah kenal lelah... & akhirnya CIK AA sendiri yang lelah & longlai... jemari sudah semakin gontai untuk menulis.

tapi semangat tidak pernah luntur... takkan nak biarkan segalanya terus terkubur? kalau sudah memulai, mesti harus ada pengakhirannya.
ruang yang terhad membawa CIK AA terus berusaha untuk menyiapkan segala penulisan yang tertunggak.

CIK AA minta maaf atas segala kekurangan dalam bidang penulisan.
terima kasih atas sokongan anda semua



salam ramadhan smua...

Tuesday, July 26, 2011

Betulkah??? 14

Ketukan pada awalnya perlahan tidak memberi kesan kepada Mawarni. Malah dia tidak sedar langsung. Hanya pada ketukan yang kuat dan bertalu-talu yang membuatkan dia tersedar dari lena yang sekejap. Mangkuk betul!

Mulanya dia tidak memulas tombol pintu, tapi tombol almari. Biasalah, dalam keadaan mamai macam tu, otak pun belum berfungsi sepenuhnya. Masih tidur juga. Apa sahaja yang ada tombol, cepat saja tangan capai. Bila dirasakan sudah dapat apa yang dia nak, laju tangannya membuka pintu.

“Nak apa?” tanya Mawarni ganas.

Mata masih dalam keadaan terbuka-tertutup. Pedih. Sinaran cahaya belum serasi dengan kornea matanya. Entah kenapa ada juga orang yang tidak prihatin padanya, sanggup mengacau tidurnya.

Usai membuka pintu, laju dia menuju ke katilnya semula.

Tanya tapi tiada balasan. Malas nak tunggu. Mungkin Awisy yang hendak mengambil komik Naruto terbaru yang dibelinya semalam. Awisy ni, tak pandai sabar sungguh.

“Hai makcik!” Sapaan itu langsung tak mengubah minda Mawarni. Masih mahu meneruskan aktivitinya.

“Woi makcik. Matahari dah terpacak atas kepala pun masih tidurkah?”

Sergahan suara itu membuat Mawarni terkejut. Dia yang baru hendak memanjat naik ke atas katil jadi hairan seketika. Selimut yang sudah dicapai untuk menyelubung semula tubuhnya jadi kaku seketika. Niat nak sambung tidur balik terhenti serta-merta. Matanya terkebil-kebil. Mindanya masih dalam keadaan terkejut.

Setahunya, tidak ada ahli keluarganya yang mempunyai suara seperti peserta Akademi Fantasia yang tersingkir pada sesi ujibakat. Matanya dibuka luas-luas. Tubuh dipusingkan menghadap pintu. Mencari arah suara yang menegurnya tadi.

Tertuju matanya kepada seorang manusia yang begitu santai sedang bersandar di pintu biliknya. Lelaki yang memakai t-shirt warna oren dipadankan dengan seluar warna hitam sedang enak merenungnya.

“Dah lama aku kejutkan. Tapi tak terkejut-kejut pun.” Suara lelaki itu kembali bergema di ruang bilik.

Mawarni masih berusaha nak fokuskan pandangan mata. Aduhai, kenapalah saat-saat macam ni pula tahi mata beroperasi dengan baik. Sedap pula digam pelupuk mata. Sampai sukar nak buka mata. Tak jelas lagi siapakah gerangan yang sedang menyapanya.

“Anak dara siapalah ni? Kalau lelaki tahu, mesti tak laku ni. Jual kat pasar, 50 sen seikat pun mesti tak ada orang yang nak.”

Farhan yang tersembul di muka pintu dah sembunyi senyum. Menggeleng dia melihat gerangan sahabat yang laju langkahan kaki menuju ke katil. Ingin sambung tidurlah tu!

“Farhan Bin Farid. Keluar sekarang,” teriakan secara spontan keluar dari mulut Mawarni.

Punyalah lama dia nak nak cam siapa orangnya. Bila mata tak berfungsi dengan baik, maka telinganya pula digunakan dengan sebaik-baiknya. Bila kenal akan suara tersebut, barulah dia tahu tuannya. Siapa lagi kalau bukan Farhan. Tidak disangka Farhan yang membuat pintunya berlekuk disebabkan ketukan yang bertalu.-talu.

Bila dah tahu yang empunya diri, mulalah dia jadi macam orang sewel. Berputar cari tudung. Baru ingat yang Farhan tu bukan muhrim. Tak boleh tengok auratnya. Begitu tangkas dirinya masuk ke dalam selimut. Menutup aurat mana yang sempat. Rezeki kaulah Farhan dah tengok tayangan free.

Farhan hanya tersengih di bendul pintu. Pertama kali melihat wanita itu dalam keadaan baru bangun. Orang kata kalau nak lihat kecantikan wanita yang sebenar, lihatlah kala mereka baru bangun.

Apa yang nyata, memang selama ini penglihatannya tidak berbohong. Insan di hadapannya ini memang dikurniakan oleh Ilahi dengan wajah yang menawan. Cantik. Tidak disebabkan oleh faktor luar atau mekap sebagai bahan tambahan untuk mencantikkan wajah.

“Lawalah kau,” ujar Farhan yang masih tersengih sambil memperbaiki sandaran tubuhnya di pintu.

Tubuhnya dikalih sedikit. Kali ini menghadap sepenuhnya ke wajah Mawarni yang masih berselubung dalam selimut. Tidak bergerak. Hanya mata wanita itu yang sedang galak mengawasinya. Mungkin khuatir terhadap langkahnya. Farhan menggeleng melihat telatah Mawarni.

Dalam selimut Mawarni dah membebel geram. Ingat dia ni kacang bunciskah, nak jual lima puluh sen seikat. Nak samakan dia macam benda yang tak bernyawa, memanglah murah. Dia lain, spesis manusia yang ada akal. Hantaran pun paling kurang dapat sepuluh ribu ringgit ni.

“Farhan, please! Get out of my sight,” perlahan Mawarni memohon. Takkanlah Farhan nak berdiri di situ lama-lama. Satu hal pula nanti. Pasti dia tak dapat bergerak ke mana-mana. Kalau nak sambung tidur, lagi tak boleh.

“Tak nak,” jawab Farhan sambil tersenyum.

Lucu dia dengan apa yang telah dia lakukan. Tak sangka berjaya juga dia kejutkan puteri itu. Kak Melati dah beri peringatan, Mawarni takkan terjaga. Jangan diganggu. Namun hatinya kuat nak kacau Mawarni hujung-hujung minggu macam ni.

“Kenapa datang sini?” soal Mawarni yang masih di dalam selimut.

Kedengaran sayup-sayup suara itu menyusup ke gegendang telinga Farhan.

“Aik... ni bukan rumah tetamukah,” balasnya sambil tersengih-sengih.

Memang rumah ni dah jadi macam rumah tetamu. Sesiapa saja boleh datang ke sini. Lepak dan relax. So, tak hairanlah kalau orang lain datang bertamu ke sini.

Mawarni yang mendengar terus mencebik. Ingat rumah banglo Pak Sani ni, rumah tetamukah?

“Kenapa tak habis-habis tidur ni?” soal Farhan.

Ceh, Farhan! Apa bezanya dengan kau yang tak celik-celik kalau musim cuti? Farhan kutuk diri sendiri. Tersenyum dia mengenangkan sikapnya yang begitu sukar nak bangun kalau dia tak perlu bekerja.

“Don’t you know that sleep is my homework?” terdengar teriakan itu kuat. Mawarni mendengus geram.

“Farhan... kau ni sihat ke tak? Menyerbu bilik anak gadis orang adalah salah di sisi undang-undang tahu! Keluar sekarang!” arahnya tegas. Dia langsung tak boleh bergerak sekarang ni.

Mawarni sudah tidak senang duduk. Selama ini, mana ada dia serabai macam sekarang ni di hadapan Farhan. Selalunya, dialah wanita yang begitu menjaga penampilan dan ketrampilan. Entah apa keadaannya tika ini. Tahi mata mungkin sedang bertakung di pinggir mata. Mungkin air liur basi masih bertenggek di pinggir bibir.

Muka dilap menggunakan selimut. Menyingkirkan noda-noda yang mencemar wajahnya. Walaupun kesannya tidak sama seperti mencuci muka menggunakan air dan pencuci muka, tapi sekurang-kurangnya wajahnya tidaklah comot sama seperti Farhan ketika baru bangun tidur. Biar selimutnya kena kotoran air liur basi, yang penting Farhan tidak melihat dirinya dalam serba tidak kena tika itu. Selimutnya boleh dicuci nanti, guna Clorox pasti hilang.

Melihat Farhan yang masih kaku berdiri membuat Mawarni cuak. Nak menghalau dengan tenaganya tidak memungkinkan dia untuk bergerak dalam keadaan sebegini. Hanya kelebihan wanita yang boleh aplikasikan.

“Farhan, tolonglah keluar sekejap. Aku tak boleh gerak kalau kau ada kat situ.” Mendayu permintaan Mawarni, berharap agar Farhan dapat menangkap tujuannya dan cepat beredar dari situ.

Farhan masih berdiri. Tersenyum mendengar rayuan Mawarni yang langsung tidak luak untuk menginjakkan kakinya pergi dari situ.

Hmm... buat suara manja macam tu, lagi membuat dia terasa ingin mendekat kepada Mawarni. Terasa ingin mendekatkan telinganya kepada bibir Mawarni agar dia dapat mendengar suara mendayu itu dengan lebih bermakna. Ish, gatal kau Farhan!

“Aku takkan beralih selagi kau tak pergi mandi sekarang. Aku tahu, kalau aku beredar kau mesti sambung tidur. So, aku akan tunggu di sini sampai kau selesai mandi,” begitu bersahaja Farhan berkata-kata. Tangan di masukkan ke dalam poket seluar jeans jenama Levis. Dia meneguhkan sandarannya semula. Santai dia berdiri.

“Mana boleh macam tu. Macam mana aku nak mandi kalau kau ada di sini? Kau keluarlah dulu. Aku janji, lepas kau keluar, aku mandi,” pinta Mawarni dengan sopan.

Suara serak-serak basah keluar lembut menjengah telinga Farhan. Harap-harap bukan suara katak keluar sebab dia belum perbetulkan lagi peti suaranya. Mesti garau!

Mawarni tahu, saat ini dia tidak boleh berkasar dengan Farhan. Tindakan Farhan tidak boleh dijangka. Nanti dia juga yang susah. Manalah tahu, tiba-tiba Farhan datang mendekat dan mengheretnya ke kamar mandi. Boleh masuk wad kecemasan dia!

Farhan yang mendengar terus mencebik. Sedikitpun tidak percaya dengan kenyataan Mawarni. Dia sudah tahu taktik gadis itu. Pasti ingin menyambung semula lenanya. Bukan Farhan tidak tahu, semalam gadis itu balik awal ke rumah. Sebelum sampai ke rumahnya semalam, dia sempat singgah di klinik gadis itu, tetapi jururawat yang ada memberitahu Mawarni sudah kembali ke rumah. Jarang sekali doktor gigi ada on call. Tak pernah kot?

“Far.. please far away from me,” lembut Mawarni memujuk.

Sudah tidak tahu cara bagaimana lagi dilakukan untuk membuat jejaka itu segera beredar dari situ. Kalau boleh, dia ingin cepat agar Farhan berlalu dari situ, pergi dari pandangannya, boleh pintu dikunci semula dan dia boleh sambung tidurnya pada hari cuti ini.

“Janganlah kau nak buat suara macam katak di atas katil tu. Tak adanya hujan nak turun mandikan kau sekarang di situ. Pergi mandi sekarang,” arah Farhan.

Mawarni membeliakkan mata. Tidak mungkin dia akan ke bilik air bersama dengan gebar yang sedang menyelubunginya sekarang.

“Akak!!!!!!!!!!!! Panggillah naga seekor ni turun.” Teriakan itu bergema dalam satu rumah.

Hanya itu yang terlintas di fikirannya untuk menghalau lelaki itu dari setia berdiri macam nak nyanyi lagu Negaraku. Memang tak ada tanda-tanda nak blah dari situ. Macamlah aku nak dengar dia ‘sumbang’kan lagu. Perlahan Mawarni membebel.

“Kenapa Erni? Kamu dah bangunkah?” sahutan balas dari Nur Melati kedengaran jelas. Hanya suara yang ada, batang tubuhnya tidak pula kelihatan di sini.

Farhan tertawa galak. Dia menggeleng-gelengkan kepalanya. Tidak sangka gadis itu menggunakan Kak Longnya untuk mengalihkan dia dari bilik ini. Dapat mandat baru pula tu.

Naga!

Apa kaitan naga dengan Farhan? Farhan hanya mampu ketawa, tidak dapat mencari jawapan yang dia sendiri timbulkan.

“Oklah. Aku blah dulu. Kalau kau tak turun dalam masa lima belas minit, aku naik lagi. Kalau kau tak bangun juga, aku canang di satu taman, bagitahu kau tak bangun lagi. Biar tak ada yang berkenan nak jadikan menantu,” kata Farhan lantas kakinya melangkah keluar dari bilik itu.


salam syaaban smua...
thanks kerana masih sudi menjengah ke blok ini. smoga kita smua sudah sediakan segala peralatan yg perlu utk mghadapi ramadhan. jgn lepaskn peluang yg dtg setahun sekali ini. mari sma2 rebut diskaun pahala dari DIA

Friday, July 1, 2011

Betulkah??? 13

Kepalanya terjenguk-jenguk di sekitar restoran KFC. Bila nampak apa yang dicari, cepat-cepat dia melangkah ke sana. Kepala digosok-gosok perlahan. Tak sempat nak sikat rambut.

Mawarni yang melihat langsung tiada hati menegur. Biasanya dialah raja kutuk. Nampak saja ada kelainan pada penampilan Farhan, cepatlah pengkritik tak bergaji itu memberi komen-komen pedas.

Namun kini dia senyap saja. Dia hanya membiarkan Farhan memperkemaskan rambutnya yang masih kusut-masai. Sungguh dia tiada selera nak beramah-mesra sekarang ni. Hatinya sedang kacau-bilau.

“Kenapa kau ni? Sampai sanggup ganggu masa tidurku?” luah Farhan masih tidak puas hati. Kerusi di hadapan Mawarni ditarik rakus. Punggungnya didaratkan cepat di atas kerusi kayu itu.

“Anuar...” Perlahan perkataan itu meluncur di bibir Mawarni. Walaupun perlahan, namun tetap jelas sampai ke gegendang telinga Farhan.

Dijeling sekilas wanita di hadapannya. Hairan.
Kepalanya mendongak memandang ke sekitar kawasan. Mencari kelibat manusia yang bernama Anuar. Lama matanya melilau di sekitar ruang restoran itu. Malah hingga ke luar kawasan KFC, namun batang tubuh Anuar tetap tidak menampakkan bayang. Batang hidung langsung tak nampak.

“Dia tiada di sini.” Perlahan suara itu keluar dari bibir Mawarni bila dia melihat tingkah Farhan.

“Kenapa dengan dia? Eh! Yang ni aku punyakah?”

Tidak habis dia menyoal, benda lain lagi dia soal. Siapa yang tak teruja bila duduk saja sudah tersedia hidangan di atas meja. Dinner plate pula tu. Tiga ketul ayam bagai menggamit-gamit tekak Farhan. Ditelan air liurnya sekejap sebelum matanya beralih memandang Mawarni yang sejak tadi bagai terbang ke awan komulunimbus. Hidup dalam dunianya sendiri.

“Makanlah,” lambat-lambat Mawarni bersuara.

Dipelawa Farhan untuk menyantap hidangan itu bila melihat lelaki itu masih ragu-ragu untuk menyentuh makanan tersebut. Mungkin sudah sedikit sejuk sebab sejak dia masuk lagi dia dah order. Dua snack plate. Satu untuk dia, satu lagi dia letak di hadapan Farhan. Isi dalam pinggannya langsung tak berubah. Hanya terdapat bekas-bekas cuitan dari jari-jari kecil.

“Thanks. Aku memang lapar pun. Tak breakfast lagi ni,” teruja Farhan memberitahu.

Tisu di atas meja diambil dan dilap pada jejarinya. Malas pula dia nak bergerak ke singki semata-mata nak basuh tangan. Lagipun dia baru sahaja habis mandi. Tak perlu risau. Dah bebas dari bakteria pun!

“Sekarang lunchlah,” cepat Mawarni menyampuk. Terlakar sedikit senyuman melihat telatah Farhan.

“Ok, kenapa dengan Anuar?” Farhan berbalik kepada persoalan utama. Sebab yang membawa Mawarni sanggup menggugat masa rehatnya.

“Dia cakap...” tidak jadi Mawarni menghabiskan bicaranya. Sebuah keluhan kasar dilepaskan lemah.

Nak cakap, tapi dia tak tahu nak cakap macam mana. Bermadah muqaddimah ni, dia tak pandai.

“Kenapa?”

Sampuk Farhan. Perempuan di hadapannya ini benar-benar berjaya membuat darjah kesabarannya sedikit tercalar.

“Dia...” Mawarni kembali senyap.

Farhan yang memandang semakin malas menunggu. Hidangan di hadapannya lebih enak untuk dijamah. Seketul ayam goreng digigit perlahan. Diratah-ratah ayam itu. Sedapnya!

“Kenapa kau ni? Cakap tu bagi habislah.”

Biarpun dia menunduk, tetap juga dia berbicara. Selera makan tetap dilayan. Namun, dia juga Ingin mengorek apa yang membuat ketenangan sahabatnya itu terganggu. Satu-persatu cuitan ayam goreng menyapa ke mulutnya. Dikunyah sekejap sebelum ditelan ke kerongkong. Sesekali jari dijilat. Memang betullah tag yang digunakan oleh KFC. Tak sah kalau tak jilat jari!

“Dah kau rajin sangat potong apa yang aku cakap.”

Mawarni pandang Farhan dengan riak tak puas hati. Asyik kena sampuk saja saat dia mencari ayat yang sesuai untuk diluahkan. Penat mindanya nak mengukir kata. Sekarang ni, lidah dan mindanya sedang berbelit. Dia sedang berusaha untuk merungkai segalanya agar mudah Farhan faham.

“Kau tu cakap berhenti-henti. Jeda kau lama sangat,” ulas Farhan.

“Dia....” Mawarni tak jadi habiskan ayat lagi. Dia pandang Farhan. Mencari kekuatan dan
mengharap Farhan tak marah.

“Mula lagi.” Farhan dah hampir give up.

Kalau dia tahulah akan jadi begini sampai ke malam, pasti akan diangkut sekali bantal dan comforternya di rumah. Lagipun sudah ada tempat landing dalam Mid Villey ni. Sampai jam berapa pun dia boleh temankan Mawarni asalkan ada bantal!

“Cakap teruslah. Penat aku tunggu,” sambung Farhan lagi.

Malas dia nak berlama-lama dalam ni. Kalau Mawarni sudi pergi belikan dia bantal dan selimut kemudian landing di tempat main budak-budak tu, nak juga dia. Masalahnya, sudah hampir kebas punggungnya atas kerusi ni semata-mata tunggu Mawarni habiskan ayatnya. Sejak tadi tak ada improvement langsung. Tak habis belajar BMkah?

“Dia suka aku. Dia sayang aku.” Laju perkataan itu keluar.

Farhan pandang Mawarni. Senyuman yang dia nak sedekah untuk penghilang gundah kepada si teman tadi terbantut. Setakat ayat itu sajakah yang susah sangat Mawarni nak sebut? Aduhai, buat penat aku saja!

“Aku pun suka kau. Sayang kau. Tak ada pula kau kalut kalau aku cakap aku sayang kau.”

Akhirnya Farhan bersuara. Memang pun dia selalu sebut sayang pada Mawarni. Entah di mana kelainannya. Tak adalah pula Mawarni kalut sampai canang pada orang lain tentang perasaannya. Biasa saja.

“Kau lain.”

“Apa yang lainnya?” soal Farhan cepat. Ingin ditahu apa bezanya sayang yang dia ungkap banding dengan Anuar.

“Memang lainlah. Anuar cakap dia sayangkan aku. Dia cintakan aku. Dia nak jadikan aku isteri dia,” jelas Mawarni.

Dia pandang sekilas Farhan. Tangannya mencapai sudu kecil yang berwarna putih. Dikuis-kuis segala khazanah yang ada di dalam pinggannya. Roti yang ada di depannya dah jadi bubur roti. Habis bergabung dengan sayur dan mayonis.

“Oh, yang tu memang lain! Sangat beza dengan aku. Ayat aku tak pernah lagi sampai macam tu,” sampuk Farhan sambil tersengih.

Patutpun kalut sangat sahabatnya ini. Rupanya dapat hujan cinta!
Farhan senyum simpul. Hebat jugalah Anuar. Mampu buat Mawarni sampai tak senang duduk. Dengan dia sekali, Mawarni bagi tak senang duduk. Teruknya. Asyik dia saja yang kena!

“Tulah yang aku risau sangat ni. Tadi baru sahaja kami habis jumpa. Bila dia balik, terus aku call kau. Aku buntu sekarang ni.”

Mawarni sudah risau. Riaknya tak tenang. Tangan sudah capai kedua-dua pelipisnya. Lembut diurut bahagian kepala itu sebab dirasakan denyutan sedang menggelegak.

“Apa masalah, terima sajalah.” Selesai masalah.

Ringkas saranan Farhan. Dia pun hairan, bukannya susah sangat pun permasalahan ini sampai perlu berjam-jam sesi diskusi. Tengok, tak sampai dua minit, dia dah bagi resolusi yang baikkkkkkkk punya!

“Cakap senanglah.”

“Siapa juga yang cakap susah?” Farhan pandang balik Mawarni. Dia pun tak nampak di mana susahnya.

“Memang susahlah. Masalahnya aku tak cinta dia. Aku tak terfikir pun nak kahwin dengan dia,” sayu suara Mawarni.

Sungguh dia tak sanggup nak menghadapinya. Sejak dulu lagi sebenarnya dia tak sanggup nak berdepan dengan keadaan sebegini. Bila ada orang ingin hulur kasih, dia dah lari sebatu. Bukan tak sanggup terima, tapi tak pandai nak urus. Dia tak pandai nak handle bab-bab macam ni. Dia memang naif sangat.

“Habis tu kau nak kahwin dengan siapa?” Akhirnya Farhan kemukakan soalan lain. Dah soalan tadi kena K.I.V, terpaksa cari soalan lagi. Dia pun cipta soalan lain. Intinya pun lebih kurang sama saja. Bezanya cara penyampaian saja. Kalau Mawarni faham, jawapannya tetap sama.

“Aku pun tak tahu. Tapi aku tak nak fikir pasal tu sekarang.”

Hmm... memang Mawarni tak faham lagi. Masih blur!

“So bila kau nak fikir?” Sekali lagi Farhan mengasak.

“Yang pasti bukan sekarang.” Teguh jawapan Mawarni.

Dia belum mahu terlibat dengan subjek-subjek perasaan atau emosi. Dia belum pandai nak handle. Sedangkan nak handle pesakit pun dia masih terkial-kial, inikan pula nak handle perasaan orang lain. Dia belum bersedia untuk semua itu.

“Habis tu, apa masalahnya? Terus-terang sajalah,” saran Farhan.

“Itulah masalahnya. Aku tak tahu nak cakap macam mana.” Mawarni pula kembali bingung.

Memang itu yang difikirkan sejak tadi. Masalahnya, dia tak sampai hati nak cakap pada Anuar. Tak tahu macam mana nak cakap. Tidak sampai hati nak berterus-terang.

“Cakap pun tak pandaikah?” soal Farhan dengan dahi berkerut. Setakat Anuar tu, setahunya faham lagi bahasa Melayu. Lagipun Mawarni bukannya ada masalah pertuturan pun.

“Farhan, dia tu kawan kita. Diluah mati emak, ditelan mati bapa. Aku pun tak tahu macam mana nak cakap.” Sekali lagi terdengar keluhan dari bibir Mawarni. Berat nafasnya.

“Tak adanya sampai emak bapa mati kalau setakat kau nak bagitahu keputusan ni.”
Cepat Mawarni ambil straw yang ada dalam cawan kertas lalu dipercikkan airnya kepada Farhan. Terdapat bintik-bintik cola yang menghiasi T-shirt warna biru Farhan. Padan muka!

“Kau ni, kotorlah baju aku.” Ditepis-ditepis air itu.

Tisu diambil dan dilap bahagian yang terpecik air. Perempuan ni, main ganas pula. Dahlah T-shirt Levis yang aku pakai. Warna merah pula tu. Habis berbintik merah baju biru aku. Farhan membebel dalam hati. Geram pula dengan tingkah Mawarni. Kalau perempuan itu sudah geram, pasti ada saja yang akan jadi mangsa. Nasiblah!

“Itulah kau. Orang guna peribahasa pun tak tahu.” Mawarni mencebik geram. Dia tak terniat pun nak main percik-percik air. Entah mengapa Farhan membuat tindakan refleksnya kembali berfungsi. Santai saja tangannya capai straw di atas meja. Nasiblah dia tak baling sekali cawan tu tadi!

“Bagitahu sajalah. Cakap elok-elok. Atau kau nak aku tolong cakapkan?” Offer Farhan. Dijungkitkan kening sambil pandang Mawarni.

“Bolehkah?” tanya Mawarni polos. Peluang yang sememangnya dia tunggu-tunggu. Tak payah susah-susah nak karang ayat untuk reject si Anuar tu. Setakat reject proposal jadi kekasih saja, jadi sahabat tetap diterima.

“Boleh. Kacang saja tu,” balas Farhan cepat.

“Ok,” gembira bicara Mawarni. Dia sudah angkat tangan thumbs up kepada Farhan. Tanda ideanya yang brialliant.

“Tapikan, sebaiknya kau saja yang cakap, nanti dia fikir apa pula. Aku cuma boleh tolong back-up dari belakang. Kau slow talk to him. Terangkan apa yang kau rasa. Aku tahu Anuar tu macam mana, dia tu berfikiran positif. Ada tolerasi. Bukannya dia nak pergi terjun lombong pun kalau kena reject. Chill lah. Baru reject. Bukannya hilang bini pun,” pujuk Farhan

Dia sekadar memberi inisiatif. Jalannya biar Mawarni saja yang pilih. Kalau dia yang masuk campur, nanti tak pasal-pasal Anuar fikir mereka ada skandal, sebab tu Mawarni tolak Anuar.

“Hmm... kalau macam tu, nanti kau teman aku jumpa dia,” sekali lagi Mawarni memohon. Dia dah buat muka lima sennya.

Tergelak Farhan melihat wajah macam itu. Macam tapai basi yang dihurung lalat pun ada.Teruk betullah kawan aku sekarang ni. Dah parah! Farhan dah tepuk dahi.

Memang dah tahap nazak dah Mawarni ni bila berdepan masalah macam ni. Baru orang khabarkan tentang perasaan, belum lagi bawa dia kahwin lari. Entah macam manalah reaksinya kalau Pak Sani paksa dia kahwin.

“Wei minah, mana boleh macam tu. Takkanlah aku kena interframe dalam diskusi kamu. Tak ada-tak ada. Kamu berdua saja dalam satu meja. Aku pantau dari belakang,” jelas Farhan sambil tersenyum.

Farhan cuma boleh pantau dari jauh sahaja. Bukan jauh mana. Dari dalam mimpi saja. Takkanlah dia nak kacau date Mawarni!

“Oklah.” Berat Mawarni menerima keputusan itu.


-------------

salam. sory...
ok tak n3 ni? banyakkn? ni utk bayar hutang yg terlampau bnyak dgn korang(kalo ada yg mnantilah)
mmg lama x masuk. dari brcuti, kemudian balik2 ja sudah dihadiahkan dgn kerja yg brlambak. smpai senget meja kerja sebab bnyak sangat kerja!

Thursday, May 5, 2011

Betulkah??? 12

Tiba-tiba saja sebuah bantal berwarna biru terhumban keluar daripada comforter. Tergolek-golek bantal kecil itu sebelum jatuh menyentuh lantai bilik. Nun di bawah katil.

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you...loving you

Satu-persatu bait-bait lagu For The Rest Of My Life memenuhi ruang bilik yang berwarna krim itu.

Bila satu tangan menggapai benda warna hitam yang mengeluarkan bunyi itu, suara orang menyanyi tidak kedengaran lagi. Bilik kembali kepada keadaan asal. Senyap. Sunyi. Damai.

Tidak sampai lima saat, suara Maher Zain kembali berlagu.

Telinga ditekap dengan tangan. Membiarkan suara itu terbang di bawah angin.

Namun ia masih bergema.


Geramnya! Bantal terhumban sendiri keluar dari comforter.

Farhan terpaksa juga keluarkan kepalanya. Terasa tidak mahu bergerak ke mana-mana.

Tapi...

“Helo...”

Terpaksa juga ditekan butang warna hijau dari telefonnya yang ada di atas meja. Tidak mahu bunyi itu mencairkan tahi telinganya yang masih berbaki.

Sapaan hello terasa nun jauh di sana. Sayup-sayup kedengaran. Bila terasa tidak sampai ke gegendang telinganya, diletak kembali telefon itu. Comforter diperkemaskan. Sekali lagi dia ingin tenggelam dalam nikmat tidur.

For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I…I`ll be there for you

I know it deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together in Jannah
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along

OOOO
And theres a couple word I want to say


Kali ini, lama lagu itu bergema sebelum tangan kanannya sendiri yang menekan butang hijau.
Dengar lagu pagi-pagi ni sedap pula. Yang silapnya, dia pasang lagu tu sampai level empat. Memang pecah gegendang telinga.

“Farhan. Tolong pasangkan telefon di tempat yang betul!” Teriakan yang boleh sampai ke rumah sebelah sudah kedengaran.

Farhan jauhkan telefon bimbit itu daripada telinga. Direnung telefon itu betul-betul. Cuba cerna apa yang diperkatakan tadi. Membulat matanya sekejap.

Hmmm... patutpun sayup-sayup saja kedengaran suara orang di sana, rupanya dia salah pasang posisi. Yang sepatutnya diletakkan di telinga, tersadai di pipi. Tempat sepatutnya bercakap, elok terletak di atas telinga.

Apa nak jadilah dengan kau ni Farhan!

“Hello.”

Suaranya yang serak membuat ia hampir tidak kedengaran.

Kenapalah diciptakan telefon ni. Menyusahkan pun ada. Selalu saja mengganggu ketenteramannya yang hendak memanjakan diri.

Comforter diselak hingga ke pinggang. Tangannya menutup mulutnya yang melebar. Menguap besar. Terhasil dengusan yang kuat.
Lantaklah! Siapa-siapa pun boleh dengar.

“How are your Doktor Farhan?”

Suara yang ada di sebelah sana membuat Farhan hairan.

Kalau setakat nak tanya khabar, baik tak payah call. Kalau dia tak sihat, pastilah dia ada di hospital saat ini.

Dialihkan dari telinga telefon berwarna hitam itu. Ingin dilihat gerangan siapakah yang sangat baik hati bertanya khabarnya di pagi hari pada hujung minggu ini.

‘Very caring’. ‘Pandai cari masa nak tanya khabar’.

Bila melihat sahaja nama yang ada, terus mata itu membulat macam bola pingpong.
Tak sangka!

“Wei, apa mimpi ni call pagi-pagi?” suara Farhan sudah kembali ke tahap normal.

Kejutan yang diterima membuat dia sedar sepenuhnya. Tidak ada lagi rasa mengantuk yang bersisa.

“Pagilah sangat bagi kau. Orang dah berbondong-bondong makan tengah hari, kau bangunnya pun belum. Penat saja tangan aku tekan sampai 17 kali semata-mata nak bagi kau bangun.”

“Kau kenapa ni? Macam tak tahu jadual aku sahaja. Sekarangkan hujung minggu. Saat orang berehat. Aku baru balik on call pagi tadi. Kalau setakat nak tanya khabar, besok aku bagitahu kau. Aku berdiri depan kau lagi. Oklah. Aku nak tidur. See you when I see you.”

Geram!!!!!!

Sungguh, perkara yang dia tak suka adalah bila ada orang yang berani mengganggu tidurnya.

Sudahlah jarang-jarang boleh tidur, bila lena dah menjenguk, ada pula orang dengki nak kejutkan dia. Tak ada kerja lainlah tu. Suka sangat merosakkan ketentraman orang lain. Tak senang tengok orang senang. Panjang bebelan Farhan.

“Kalau kau tak sampai dalam setengah jam di Mid Villey ni, kita putus kawan!” Tegas arahan itu.

Klik!

Tak sempat Farhan membalas, suara di sana sudah tiada lagi. Dicuba call beberapa kali. Namun tiada tanda-tanda si penerima mahu angkat telefon. Kalau call 17 kali pun, belum tentu orang di sana nak angkat telefon.

Hmm... lantak kaulah! Tak nak angkat, tak apa.
Lain hari pun, bukannya aku tak boleh call kau.

Telefon itu dibaling ke penjuru katil. Terloncat-loncat telefon itu menjunam ke bawah.

Comforter ditarik ganas. Habis satu jasad ditutup. Dari kaki sampai kepala. Sambung tidur lagi baik.

Keadaan kembali senyap.

Tidak sampai lima saat dia berbaring, dirinya berputar-putar di atas katil. Macam cacing yang terkena matahari. Sekejap-sekejap tukar posisi. Habis dia berputar tiga ratus enam puluh darjah di atas katil king size itu. Tawaf pun dah sempurna.

Hissh... dia tu memang mengada-ngada. Ada saja karenahnya yang membuat aku gundah-gulana.

Benci....!!!!!!!!!
Ish

Cepat Farhan bangun dari katil. Tuala dicapai. Dia bersiap seadanya.

Betullah, si dia memang telah berjaya membuat hidupnya tak tenang!



-------
enjoy reading. sorry lmbat upload

Monday, April 25, 2011

lara rindu spesel

“Mana cantik? Biru atau pink?” soalku sambil menayangkan dua baju yang berlainan warna tetapi bentuk dan fesyen yang sama.

“Sayang, tak nampakkah baju warna oren tu lebih menyerlah. Lagi cantik,” komen Najwan cepat. Baju yang berwarna oren macam sunkist itu ditariknya dan dilonggok di hadapanku.

Jurujual yang ada di sebelah sudah melambakkan ketawa.
Aku nampak dia dah tak tahan ketawa. Mulutnya ditutup cepat untuk menutup rasa ketawanya yang masih meledak.

“Apalah Tia ni, rabun warna!” selamba badak Najwan kutuk aku.

Aku cubit bahunya kuat-kuat.

“Aduh.... aduh... sakit!”

“Padan muka!”

“Tuan, puan, biasanya kalau nak beli barangan bayi, warna biru dan pink lebih sesuai. That’s why kebanyakan colour yang ada di sini warna biru dan pink. Kalau lelaki sesuai untuk warna biru, kalau baby girl sesuai untuk warna pink,” akhirnya jurujual itu bersuara.
Sejak tadi lagi dia berdiri di samping kami, tapi dia sekadar berdiri tanpa memberi apa-apa petunjuk. Sekarang ni dia dah bersuara.

“Nah... Tia dah cakap awal-awal. Warna baby hanya biru atau pink,” aku bersuara kemenangan.

“Dari mana Tia tahu?” soal Najwan cepat.

“Baca buku. Itulah, Tia belikan majalah banyak-banyak, bukannya dia nak baca. Lebih rela baca Times yang nipis tu.”

Punyalah banyak aku beli majalah dan buku panduan. Pa&Ma memang tak pernah lepas aku beli. Tapi Najwan jeling sekilas saja majalah-majalah yang tersusun elok di meja kopi.

“Pandai dia kenakan abang.” Najwan sudah tarik hidungku.

“Abang ni.” Aku tepis tangannya.

Aku menjauh sedikit dari Najwan. Menuju ke arah kumpulan baju-baju bayi yang sangat comel. Memang warna biru dan pink mendominasi.

“Itulah, abang dah cakap, scan perut tu. Tapi dia tak nak. Nak juga surprise konon,” Najwan sudah kembali ke sisiku.

“So?” Najwan angkat kening sambil pandang aku.

Aku tahu akan persoalannya. Aku cuma berikan sengihan sebagai jawapan.

“Tia, saja nak seksa semua orang. Kalau seksa sehari dua tak apalah. Ini sampai sembilan bulan. Buat orang tertanya-tanya. Berkobar-kobar nak tahu jantina baby. Bukan setakat Tia, tapi seluruh keluarga kita tengah stress nak tahu kita nak dapat anak apa,” Najwan sudah mula membebel.

Memang sejak awal dia paling tidak sabar nak tahu jantina bayi yang sedang menumpang dalam rahimku. Namun aku berkeras tidak mahu tahu jantinannya. Aku nak surprisekan diriku.

Baju yang ada di depan aku pandang lama. Dahiku berkerut nak pilih yang mana satu. Pink atau biru?

“Pening ya nak pilih? Itulah, kalau dah tahu jantina bayi, senang saja. Angkut mana sesuai.”

Tidak habis lagi Najwan meluahkan perasaannya. Melayan karenahku yang degil memang membuat dia tak akan pernah menang.

Bahana kedegilanku, macam nilah. Pening sendiri!

“Dah decide nak pilihkah? Tia renung lama-lama macam tu, bukannya boleh dapat jawapan.”

Najwan sudah memilih beberapa baju. Dirasakan mana yang dia berkenan, cepat disangkut di tangannya.

Aku cuma memandang. Tak melarang dan tak menyuruh. Dua warna yang ada di tangannya. Biru dah pink.

Aku pandang Najwan.

Hairan! Tadi bersemangat sungguh dia memilih. Sekarang ni lain pula. Habis dia letak balik semua pakaian yang ada di tangannya semula.

“Hmm... kalau ambil color lain lagi senang. Sekarang ni, abang pun pening. Sampai ambil dua warna. Kenapa kalau nak beli barang baby limit for two colour only? Bukannya baby tak boleh pakai colour lain pun. Belilah yang warna macam bendera malaysiakah, colorful! like rainbow, lagi lawa. Ceria. Mesti baby suka.”

“Dia tak suka. Pening nanti sebab banyak sangat warna,” aku balas endah tak endah.

Tak dapat aku bayangkan kalau anakku nanti pakai baju warna-warni macam pelangi.

Ya Allah, mesti baby tu pun pening-pening lalat sebab banyak sangat warna di sekelilingnya.

“Tia bukannya baby. Tak adanya baby pening sebab warna. Kalau macam tu, beli colour lain. Semacam saja abang tengok warna pink ni.” Dihumban jauh-jauh baju yang berwarna pink itu.

“Abang!” sempatlah tanganku cubit dia.

Aku menggeleng. Ada-ada sahaja komennya. Kalau membantu, tak apa juga. Ini, dah hampir dua jam duk belek benda yang sama, tapi satu pun tak beli lagi.

“Betullah abang kata. Belilah pakaian yang colorful sikit. Mesti bayi suka. Yellow is suit.”

Najwan angkat satu baju yang berwarna kuning. Dilayang-layangkan di hadapanku. Aku tepis baju itu menjauh dariku.
Memang tak ada selera langsunglah Najwan ni.

“Kan Tia dah cakap, mana boleh beli yang colorful. Nanti baby pening,” sekali lagi aku ulang ayat yang sama.

“Kenapa pula?”

“Sebab terlampau banyak warna,” jelasku.

“Tia yang buta warna. Tengok baju ni, mana ada colorful.” Baju itu dibentangkan di hadapanku.

“Ini.” aku tunjuk satu-persatu warna yang ada di baju tersebut. Walaupun kuning lebih mendominasi, namun warna lain banyak terdapat di situ. Memang warna bendera.

“Abang tak pening pun. Masa kecil dulu, pakaian abang kebanyakannya warna merah.” Dahi Najwan sudah berkerut.

“Macam mana abang tahu? Abangkan bayi lagi.”

“Sebelum masuk tadika memang baju abang banyak yang warna merah.”

“Ish abang ni.” Masa kanak-kanak manalah sama masa baby. Manalah kita ingat pakai baju apa.

“black & white pun ok.”

“Yes ok. Macam tahi cicak.”
Takkanlah nak bagi baby pakai baju warna hitam dan putih. Nanti kalau cicak tu lepaskan bom sebelah baby, takkah aniaya kalau landing sebelah colour yang sama. Busuklah baby tu nanti.

“Oklah. Daripada tadi tak ada lagi yang kita pilih. Ambil warna putihlah. Senang sikit. Damai.” Cepat Najwan memutuskan.

Aku mengangguk. Entah berapa lama kami di situ, baru aku terasa kebas seluruh tubuh sebab lama sangat berdiri.

______

pengubat rindu...
aku jeles dgn korang. saat korang g shopping buku kat PWTC, aku sdang brgelumang dgn buku nak exam. mcm budak u yg nk dapat 4 flat(ceh!padahal, buka buku je...trus zzzzz-hahahaha)
wish me luck...

Tuesday, April 19, 2011

Betulkah??? 11

Pulang dari tanah perkuburan, hati Mawarni masih sayu. Pedih jiwanya. Ya Allah, berikan ketabahan pada hamba-Mu ini dalam melalui segala dugaan-Mu. Kuatkan hatiku Ya Allah. Bertali arus doanya dalam hati.

Bukan dia tidak menerima dugaan yang mendatang. Bukan dia menidakkan qada dan qadar daripada tuhan. Namun hatinya masih berat untuk menerima kenyataan yang baru diterimanya ini. Terasa seperti masih di alam mimpi. Apa yang dilaluinya sekarang adalah sesuatu dari dunia khayalannya. Bila dia celikkan minda, ia akan berlalu begitu sahaja. Tidak meninggalkan sebarang tanda. Bagai mimpi ngeri, yang hanya akan berlegar di sepanjang lena. Bila sudah terjaga, berkecailah mimpi itu bak buih disambar ombak.

Namun, segalanya adalah kenyataan. Realiti yang tidak boleh diabaikan kehadirannya. Wajib untuk dihadapi jua.

Baru semalam dia menerima telefon daripada Linda, tunang Fuad.
Bila suaranya tersekat-sekat bagai tidak mahu mengeluarkan suara, dia sudah tidak tentu arah. Pasti sesuatu yang buruk telah berlaku kepada Teratak Indah Kasih. Terburu-buru dia bertanya kepada Linda walaupun dia tahu keadaan Linda saat itu. Sikapnya yang kurang tenang itu begitu nampak.

Lemah Linda berbicara. Hampir tidak terkeluar suaranya. Terdengar esakan yang begitu ketara. Kenapa Linda menangis? Apa yang telah berlaku sampaikan Linda begitu sedih kelihatannya? Pelbagai persoalan telah membelenggu mindanya. Menanti Linda menghabiskan bicara dirasakan amat lambat. Bagai menunggu buah yang entah bila mahu gugur.

Bila diketahui hal yang sebenar, terjatuh telefon dari tangannya sebentar. Cepat-cepat disambut telefon mahal itu. Tidak mahu ia rosak, jenuhlah nak ganti balik kalau dah tak boleh guna.

Berat hatinya menerima kenyataan. Sungguh tak sangka ini perkara yang dikhabarkan oleh Linda. Nafasnya turun-naik. Hatinya sudah melayang. Jasadnya sahaja yang masih setia di situ.

Terkejut yang amat sangat membuat dia langsung tidak menutup lagi bicaranya dengan Linda. Kasihan dengan Linda.

Menurut Linda, Fuad kemalangan ketika mengelakkan sebuah kenderaan lain yang datang dari arah bertentangan. Paling menyedihkan, dia dalam perjalanan menuju ke Teratak Indah Kasih untuk menyambut harijadi salah seorang penghuninya. Habis bersepah kek di jalan raya. Hadiah pun terbang keluar dari kereta. Fuad saja yang terperangkap di dalamnya.

Patah sudah dahan pegangan penghuni Teratak Indah Kasih. Lumpuh sudah langkah mereka. Hilang sudah tempat bergantung. Begitu besarnya kehilangan Fuad kepada semua orang.


Siaran radio dibuka. Hati masih lagi sedih. Dia memberikan kekuatan pada dirinya sendiri untuk datang ke tanah perkuburan ini. Melihat sendiri teman rapatnya yang akan menempatkan diri di alam baru untuk kali yang terakhir. Selepas ini, memang dia akan merindui wajah itu. Wajah yang sentiasa menemaninya saat-saat dia ada di sana. Sentiasa memberi peluang kepada Mawarni untuk berbakti. Menambah kredit untuk hari akhirat.

Rasanya baru semalam mereka bergelak ketawa. Sama-sama makan tenga hari dengan semua penghuni Teratak Indah Mutiara. Duduk bergurau di atas meja. Pastinya tidak lekang Fuad mengusik tunangnya. Habis merah muka Linda, barulah dia berhenti mengusik. Itupun nak nangis dah Linda. Dengan Mawarni apalagi. Memang main lawan-lawan cakap.

Ada sahaja yang mereka perkatakan. Tak kering gusi!

Teringat kembali dia pesanan Fuad sebelum balik tempoh hari.

“Mawarni, janganlah selalu lupa nak datang sini. Aku dah tak boleh nak jadi alarm clock kau. Tak boleh nak kena selalu ingatkan kau untuk tengok-tengok budak-budak ni. Kau selalulah jenguk di sini. Mereka ni hanya harapkan kasih sayang daripada orang-orang seperti kamu.”

Memang sayu hati mendengar bait-bait kata yang keluar dari mulut Fuad, tapi Mawarni anggap seperti angin lalu. Pesanan yang memang biasa akan diberikan pada Mawarni saat melangkah keluar dari teratak itu.

Menanti Di Barzakh

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,

Perjalanan Rohku,
Melengkapi Sebuah Kembara,
Singgah Di Rahim Bonda,
Sebelum Menjejak Ke Dunia,
Menanti Di Barzakh,
Sebelum Berangkat Ke Mahsyar,
Diperhitung Amalan,
Penentu Syurga Atau Sebaliknya,

Tanah Yang Basah Berwarna Merah,
Semerah Mawar Dan Juga Rindu,
7 Langkah Pun Baru Berlalu,
Seusai Talkin Penanda Syahdu,

Tenang Dan Damai Di Pusaraku,
Nisan Batu Menjadi Tugu,
Namun Tak Siapa Pun Tahu Resah Penantianku,

Terbangkitnya Aku Dari Sebuah Kematian,
Seakan Ku Dengari,
Tangis Mereka Yang Ku Tinggalkan,
Kehidupan Disini Bukan Suatu Khayalan x2
Tetapi Ia Sebenar Kejadian x2

Kembali Oh Kembali,
Kembalilah Kedalam Diri,
Sendirian Sendiri,
Sendiri Bertemankan Sepi,
Hanya Kain Putih Yang Membaluti Tubuhku,
Terbujur Dan Kaku,
Jasad Didalam Keranda Kayu,

Ajal Yang Datang Di muka Pintu ,
Tiada Siapa Yang Memberi Tahu,
Tiada Siapa Pun Dapat Hindari,
Tiada Siapa Yang Terkecuali,
Lemah Jemari Nafas Terhenti,
Tidak Tergambar Sakitnya Mati,
Cukup sekali tak sanggup Untukku Mengulangi,

Jantung Berdegup Kencang,
Menantikan Malaikat Datang,
Mengigil Ketakutan Gelap Pekat Dipandangan,
Selama Ini Diceritakan x2
Kini Aku Merasakan x2
Dialam Barzakh Jasad Dikebumikan x2

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata

Bibir digigit kuat. Lidah kaku sendiri. Saat itu, air mata terasa mengalir di pipi. Basah.

Ya tuhan, sayunya hatiku! Kini ditambah pula dengan lagu ini. Memang menambah kesedihan hatiku. Mawarni tidak henti memohon, meminta agar dikuatkan hati menghadapi segalanya.

Dia mengelap air mata yang mengalir. Sungguh terasa kesedihannya.

Tangisannya berlalu tenang. Tanpa suara. Hanya keluar air mata. Sungguh dia tidak sedar bila air mata itu mengalir. Dan dia juga tidak sedar bila ia akan berhenti.

Farhan senyap. Nampak daripada gaya temannya, macam ada simbol senyap.

Don’t talk to me ataupun talk to hand. Farhan faham.
So, silent.
Namun dia tidak betah untuk terus berdiam diri. Tujuan dia datang hari ini adalah menjadi pemandu kepada Cik Mawarni seterusnya sebagai pemberi ketenangan kepada si teman kerana apa yang dilihatnya, gadis ini tidak tenang sejak semalam. Sentiasa bersedih atas kematian orang yang bernama Fuad. Siapakah lelaki itu pada temannya ini?

“Dahlah tu. Sepatutnya kita tak tangisi pemergian orang yang kita sayang, banyakkan amal agar sampai kepadanya. Sedekahkan amal-amal soleh untuk dia. Paling afdal sedekahkan al-Fatihah,” pujuk Farhan.

Walaupun hatinya sedikit pedih kerana orang yang dia sayang lebih menangisi pemergian Fuad, tapi dia faham akan keadaan Mawarni. Memang sifat Mawarni yang sentiasa sayang pada sahabat-sahabatnya. Cuma mungkin di ketika ini Farhan berada di tangga kedua!

“Aku sedih sangat. Hari tu dia cakap nak sambut hari raya sama-sama. Nak buat majlis hari jadi aku di teratak secara besar-besaran. Sekarang ni dia sudah tiada,” sayu bicaranya. Bila dikenang kembali, memang seluruh jiwa raga sedih tak terbendung. Sayu hati bila mengenang semuanya.


“Allah sayangkan dia sebab tu dia pergi awal. Allah tak nak dia lakukan dosa untuk kehidupannya di hadapan.”

Farhan setia di sebelah menjadi pendokong Mawarni. Setia memberikan bahunya untuk disandarkan. Meminjamkan sapu tangannya untuk mengelap air mata yang mengalir. Menyediakan dirinya untuk membantu apa sahaja yang diperlukan kepada Mawarni. Setia memberi nasihat dan perkataan untuk menyejukkan hati sahabat. Memberi kekuatan tambahan.

“Tapi...” tidak mampu Mawarni meneruskan kata.

“Sudahlah tu. Yang pergi tetap pergi. Tidak boleh dihalang. Kau sudah lupakah? Segala yang ada ini ada yang merancangnya. Kita juga merancang. Tapi kudrat kita hanya merancang, bukan menentukan. Hanya Dia penentu segalanya. Kita yang tinggal kena sentiasa beringat bahawa suatu hari nanti pun kita tetap akan menyusul juga. Bezanya, masa Fuad sudah sampai. Kita pula, entah bila masa kita akan tiba,” panjang nasihat Farhan. Dia tidak mahu sahabatnya berterusan dalam keadaan begini. Diamuk perasaan sedih. Dikuasai emosi. Tenggelam dalam kesedihan.

“Aku terasa sangat kehilangannya,” luah Mawarni.
Airmatanya belum mahu kering. Tetap turun perlahan-lahan. Kalau ikutkan hati, memang air mata itu akan terus mengalir. Macam air terjun..

“Thank god you still life. Kau masih ada masa untuk menentukan tempat kau di akhirat kelak,” pujuk Farhan. Dia masih tidak henti memujuk sahabatnya. Membantu Mawarni untuk menerima realiti yang sedang berlaku walau ia adalah suatu perkara yang sangat berat untuk diakui.

Syukur kita masih bernafas di bumi tuhan, jadi kita masih diberi kesempatan untuk menentukan tempat kita sendiri di akhirat kelak. Syurga atau neraka. Kita sendiri yang akan pilih.

“Dia pergi cepat sangat. Tiba-tiba saja,” ujar Mawarni teresak-esak. Memang terasa sangat dengan kehilangan Fuad.

“Kau ni. Macam lupa janji Allah. Orang yang pergi menemui Dia, tanda Allah sayang padanya. Tanda kasih Allah ada pada mereka. Masa Fuad sudah sampai di sini. Itu sudah pasti. Kita yang masih hidup ini tak tahu bila lagi. Allah tak nak dia buat dosa banyak-banyak. Kematian adalah suatu yang pasti. Yang akan memisahkan dengan segala yang kita cintai di dunia ini. Yang akan pisahkan jasad dengan roh.” Terdengar pujukan bertalu-talu daripada Farhan. Tidak putus. Semuanya untuk mengubat duka sahabat yang masih bersedih.

“Aku tahu. Sesungguhnya jodoh, ajal, rezeki semuanya di tangan Allah. Kita tidak ada kekuatan untuk mengetahuinya. Tapi aku tetap sedih. Dia sahabat aku. Teman suka dan duka. Temanku yang paling baik.” Dalam keadaan tersedu-sedu pun, Mawarni masih cuba bersuara.

Hingus dah meleleh. Tisu yang ada di atas dashboard cepat-cepat diambil. Hidung dikesat. Hingus yang ada dihembus keluar dengan kuat.
Bolehkah masa kita emosi macam ni, hingus tak perlu ada? Menyusahkan pula. Nak kena tahan pengeluarannya, nanti macam air terjun pula. Sudahlah sekarang ni air mata sedang bercampur dengan hingus, rasa masin pula bibirnya.

“Ish kau ni. Tak senonoh langsung. Nak buang hingus tu, cubalah sopan sikit. Kau tu perempuan,” tegur Farhan bila mendengar aksi Mawarni yang mengeluarkan fungus tadi. Sungguh tidak sopan.

“Aku tak kisah pun kalau depan kau. Semua keburukan aku, kau dah tahu. Kenapa nak buang hingus pun aku kena sopan dengan kau? Kalau aku korek hidung masa kau nak makan pun kau tak bising,” bebel Mawarni.

Sejak bila pula dia kena bersopan depan Farhan? Setakat buang hingus, apalah sangat. Lainlah kalau buang hingus tu menyusahkan Farhan. Sampai terpaksa hentikan kereta. Bukannya dia buang air besar pun.

“Cubalah buat. Kalau kau buat juga, aku akan pasang papan tanda yang bertulis ’Doktor Mawarni Doktor Yang Pengotor.’ Lepas tu aku lekat di pintu bilik kerja kau. Dengan jururawat sekali tak nak masuk bilik kau nanti. Cubalah sopan sikit. Dah macam bukan wanita buat perangai macam tu,” ejek Farhan.

“Kau ni melebih-lebih pula. Kau ada nampakkah aku ni ada ciri-ciri pengotor. Melampau betul kau ni. Seminggu ni jangan datang rumah,” bentak Mawarni. Ingat aku ni tak pandai merajukkah. Bagus juga aku beri amaran, biar Farhan tak bagi ceramah ‘Sifat Wanita Yang Mulia’ lagi.

Alamak Mawarni dah merajuk. Tak bolehlah kalau dah merajuk. Tak dapatlah merasa ketam goreng berlada untuk seminggu. Boleh demam macam ni. Ketam goreng berlada Mawarni memang umphhh... Sedap hingga menjilat jari. Cepat-cepat Farhan cari jalan. Nak pujuk tuan puteri agar tak teruskan merajuk. Kalut juga kalau temannya ini merajuk.

“Janganlah sampai seminggu. Sehari dahlah. Aku tak boleh kalau tak datang rumah kau. Nanti aku demam. Biarpun aku seorang doktor, tapi boleh demam juga tahu.” Cuba sedaya mungkin untuk memujuk. Farhan tersengih macam kerang tepi pantai yang dah hancur dilambung ombak.

“Peduli apa aku kalau kau demam. Kau parah sekalipun aku tak kisah,” penuh angkuh Mawarni berbicara.

“Janganlah macam ni. Ala buchuk-buchuk...” Farhan pandang Mawarni. Senyuman sehabis madu dilemparkan.

“Jangan sekali-kali kau cuba nak pujuk aku. Aku takkan cair dengan segala cara kau,” balas Mawarni cepat.

“Oklah... Tawaran terakhir. Aku belanja percutian ke Genting Higland. Dah lama kita tak pergi main sama-sama,” lembut Farhan memujuk.

Di pandang Mawarni menanti jawapan. Harap-harap menjadilah taktiknya. Dia tidak sanggup untuk membiarkan kawannya ini merajuk lama-lama dengan dia. Apa yang paling dia risau, tak dapat merasa air tangan Mawarni. Tak dapat lepak di bilik khas mereka. Tak dapat dengar suara halilintar Mawarni. Memang boleh masuk ICU kalau macam ni.

Sudah agak lama rasanya mereka tidak keluar bersantai bersama. Idea ini sudah lama terlintas, tapi baru kini diutarakan. Asyik sibuk dengan dunia pekerjaan sahaja sampai hanya sempat keluar makan bersama. Adapun mereka keluar pada bulan lepas. Sama-sama pergi Bukit Tinggi, Klang. Semata-mata nak tengok wayang, jauh dari Kuala Lumpur. At least, dapat beralih angin. Sekaligus melawat Makcik Farhan yang berada di sana.

Selalunya mereka akan ke pantai atau tanah tinggi untuk merehatkan minda dan fizikal yang sudah kepenatan.

“Pergi naik apa? Skuter? Atau kau pandu kereta? Bestnya. Dah lama aku tak main Roller Coaster. Main salji. Memang keringlah poket kau. I wanna play all the indoor and outdoor game. Lepas tu, kau kena bayar untuk makanan aku. Simple saja. KFC,” penuh bercahaya Mawarni menyatakan hasrat hatinya.

Gembira Mawarni dengan tawaran Farhan. Biarpun Genting Highland itu jauh dan tanah tinggi pula, dia memang tidak akan menolak tawaran Farhan kerana bukan dia yang akan memandu. Kalau dia yang disuruh pandu, offer semua benda pun, dia takkan pergi ke sana. Kecualilah dia pandu helikopter!

“Wah, melebih-lebih pula kau ni ya! Aku cuma bagi kepak ayam saja. Ni kau minta dengan paha sekali. Tak adil. Balik kau kena pandu. Pasal makan tu, kita makan sama-sama ya. Bayar... asing-asing. Ikut perut yang kena isilah. Kau nak makan banyakkah, sikitkah, KFCkah, McDkah, bayar sendiri,” Farhan membalas. Cebikan di bibirnya jelas ketara.

“Oklah. Aku pandu balik nanti. Tapi tak sampai seratus kilometer aku nak bawa. Lepas tu kau sambung. Aku tak bolehlah nak pandu jauh-jauh ni. Lenguh tangan dan kaki. Pasal makanan tu, nanti aku bawa bekal kalau kau kedekut nak belanja aku. Kedekut tahi hidung masin.” Mawarni mengeluarkan lidahnya. Kemudian pandangannya dilarikan dari wajah Farhan.

Farhan pandang sekilas temannya di sebelah. Kepala digeleng-gelengkan. Tangan masih erat memegang stering. Tersenyum melihat cebikan dari teman yang seorang ini. Sudah diketahuinya rentak emosi sahabat ini. Kalau merajuk hanya untuk seketika. Tapi kalau mengusik, paling dia suka.

Nampaknya Mawarni sudah lupakan kesedihannya untuk seketika. Tidak pastilah kalau Dijeling lagi Mawarni bila tidak mendapat sebarang bunyi. Patutpun senyap, rupanya dah selamat belayar ke lautan mimpi. Mesti dah penat menangis tak berlagu. Dipandang wajah itu. Matanya statik seketika.

Aduh.. perempuan ni! Makin cantik pula dia kalau lepas menangis macam ni.

Farhan sudah menggeleng-gelengkan kepalanya. Nampak macam mereng sedikit pula bila dia sempat memuji kecantikan sang sahabat. Parah ni! Rasa macam dia pula yang sakit.
Pemanduan diteruskan. Larian kereta ditingkatkan sedikit kelajuannya. Daripada membiarkan mindanya memikir yang bukan-bukan, baik dia pandu kereta betul-betul. Tangannya mencari siaran radio yang sesuai. Setelah ditemui, dibiarkan lagu itu berkumandang sendiri.

“Farhan thanks. Aku dah tenang sikit.” Tanpa menoleh ke arah Farhan, suara Mawarni keluar.

Farhan terkesima. Terkejut secara tiba-tiba. Pegangan stering hampir goyah. Ditoleh lama wanita di sebelahnya. Tak tidurkah? Ya Allah, harap-harap dia tak perasan apa yang aku buat tadi. Berdoa dalam hati Farhan bila tiba-tiba sahaja bergema suara Mawarni dalam kereta itu.

“You know you have me. Itulah gunanya kawan. Saling bantu-membantu. Sebab tu sahabat kita kena hargai. Kalau saudara, kita akan peroleh begitu sahaja. Tapi kawan ni special sikit. Kita sendiri yang akan cari sahabat. Kalau jumpa kawan yang baik macam aku ni, bersyukurlah,” ujar Farhan mendabik dada. Setelah senyap tadi, barulah Farhan kembali bersuara.

Mawarni yang mendengar pantas menoleh ke sebelah kanannya. Cepat lidahnya dijelir ke arah Farhan. Dalam pada memujuk, ada tinggi diri.


____________________

tengah brkursus ni, tapi boring.4 hari pla 2.
ahd pn kna kursus...sungguh x logik!!!!!!!!!!!
so, anda smualah yg untung...
doa2la aku boring, so leh masuk n3 lagi...

Monday, April 4, 2011

BETULKAH??? 10

“Hah, Han! Macam mana dengan Suhailah? Ada kamu tanya khabar dia?” soal Puan Zulaikha tiba-tiba.

Farhan yang tidak sangka dengan kehadiran ibunya itu terkejut sedikit. Tak diduga ibunya akan datang ke taman ini. Lepas tu tegur dia secara tiba-tiba pula. Tergendala pembacaannya. Hilang sekejap tumpuannya.

Dia mengalihkan sedikit kedudukannya. Memberi ruang kepada Puan Zulaikha untuk menempekkan punggung di atas buaian itu. Buku yang tadi terbuka kini ditutup kembali.

Penanda buku diletak pada mukasurat 162, tempatnya berhenti sekarang. Penanda buku yang tertulis ‘Smile Always’ dan berlatarbelakangkan lereng Gunung Everest itu adalah handmade daripada cinta hatinya. Selalu digunakan saat dia berperang dengan buku. Tenggelam dalam lautan ilmu.

Soalan Puan Zulaikha dibiar sepi seketika.

“Baca apa tu?” soal Puan Zulaikha.

Dijeling sekilas buku di tangan Farhan. Tidak pula dia teringin nak tengok buku yang hampir sejengkal ketebalannya itu. Tidak minat dia dengan teori-teori yang ada di dalamnya.

“Pasal masalah jantung. Han dapat pesakit baru tadi,” jelas Farhan.

“Apa khabar Suhailah? Ada kamu telefon dia?” Soal Puan Zulaika.

Dikerling sebentar anak bujangnya di sebelah. Dia sudah selamat duduk di sebelah Farhan.

Buaian teroleng-oleng sedikit. Kaki yang dijuntai ke bawah menyentuh tanah. Dihayun-hayun buaian itu. Perlahan-lahan.

“Mak ni, kalau pasal Suhailah, bersemangat nak tahu.” Dikerling manja ibu di sebelah.

“Mestilah. Bakal menantu tu,” riang Puan Zulaikha menjawab.

Kalau pasal Suhailah, hatinya memang akan sentiasa gembira. Tidak sabar hatinya melihat anak kedua bongsunya ini mengakhirkan zaman bujang. Usia pun dah terlebih matang. Apatah lagi dengan gadis yang bernama Suhailah. Sudah dikenal hati budinya. Baik dan hormat orang tua.

Farhan yang mendengar mencebik. Sayang sangat emaknya itu pada wanita yang bernama Nurul Suhailah Yasir.

“Adalah mak. Takkanlah tiada. Tunang tersayang tu,” balas Farhan menampakkan barisan gigi putihnya.
Pengganti model iklan Colgate. Boleh ni Mawarni gajikan dia sebagai model untuk dibawa ke sekolah. Selalu kawannya itu merungut sebab modul giginya selalu retak.

“Baguslah kalau macam tu. Ada dia cakap bila nak balik?” soal Puan Zulaikha lagi.

Kepalanya memandang Farhan. Menanti dengan sabar jawapan yang akan diberikan oleh Farhan.

“Ada. Mungkin dalam dua minggu lagi dia balik sini. Tapi sekejap saja. Seminggu,” terang Farhan.

Suaranya makin perlahan. Kecewa sikit hatinya kerana buah hati yang sentiasa ditunggu-tunggu hanya dapat cuti seminggu sahaja. Sedangkan semua orang sedang menantinya.

“Alah. Kenapalah sekejap sangat Suhailah balik. Kalau lama sikit, bolehlah kamu rancang untuk majlis kahwin kamu nanti,” keluhan perlahan terluah dari bibir Puan Zulaikha.

Tengok, sedangkan baru diberitahu balik seminggu dah ada rungutan. Kalau tak balik langsung, entah macam manalah reaksi semua orang. Mungkin ada yang tempah tiket pergi menjemput.

Puan Zulaikha sedikit tidak puas hati.

Kalau lama sikit Suhailah ambil cuti, mungkin sedikit sebanyak urusan perkahwinan anaknya sudah terlaksana. Sudah setahun anaknya dan Suhailah mengikat tali pertunangan. Jika diizinkan, pasangan ini akan melangsungkan perkahwinan pada hujung tahun.

Sungguh tak sangka, dalam pada dia nak pasangkan Suhailah dan Farhan, rupanya mereka dah ‘terpasang’ dengan sendiri. Taktiknya menjadi walau bukan dia yang jadi pengarahnya.

Dia selalu membawa Farhan ke rumah Fatma, emak Suhailah. Salah satu sebabnya adalah nak perkenalkan Suhailah dengan Farhan.

“Emak ni. Lama lagilah hujung tahun. Masa tu Suhailah dah menetap dalam Malaysia pun,” pujuk Farhan.

Akhir tahun ini, Suhailah akan menghabiskan kontraknya dengan UN.

Sungguh hatinya pun tidak sabar ingin mendirikan rumah tangga yang akan dicorakkan bersama orang tersayang. Dia amat berterima kasih atas langkah emak yang selalu membawa dia bertandang ke apa-apa majlis. Mulanya dia sangat boring, namun lama-kelamaan rasa itu berubah.

Farhan tahu tujuan Puan Zulaikha membawanya bertandang. Bukan berkunjung sebenarnya, tapi hanya tukang hantar. Ke mana sahaja Puan Zulaikha pergi, pasti Farhan jadi mangsa. Bila sudah sampai ke destinasi, Puan Zulaikha paksa join sekali. Kalau dia free, dia akan temankan sampai ibunya itu terasa nak balik.
Kalau tak, dia akan datang semula ambil Puan Zulaikha. Sudah berkali Puan Zulaikha utarakan sebab dia melakukan itu semua. Puan Zulaikha mahu supaya Farhan berkenalan dengan sesiapa sahaja anak perempuan kenalannya.

Tak sangka dalam suatu majlis, dia berkenalan dengan Nurul Suhailah, juga seorang doktor. Tapi lebih tertumpu dalam Nuclear Medicine. Bila dalam bidang yang sama, maka senanglah cerita dicorakkan.

Semakin lama, cerita beralih arah. Dari kisah kedoktoran, kemudian beralih kepada kisah kehidupan. Semakin lama semakin tidak sedar bahawa mereka sudah out of topic. Berbicara soal hati. Akhirnya hati mereka terikat sehingga kini.

Cinta hatinya itu lebih suka berkhidmat di negara-negara dunia ketiga. Kadang-kadang akan ke Kemboja, Afghanistan atau Pakistan. Memberi perkhidmatan di seberang laut demi minat yang mendalam selain hajat ingin menolong mereka yang lemah.

Farhan tidak menghalang. Lagipun Suhailah sudah berjanji untuk kembali ke Malaysia bila mereka sudah terikat sebagai suami isteri. Tidak sabar rasanya untuk menanti saat itu tiba.
Sesekali terbit juga kerisauan, apatah lagi Suhailah berkhidmat di negara-negara yang bergolak. Mempunyai politik yang tidak stabil. Pasti banyak kejadian-kejadian buruk yang akan berlaku.
Moga-moga bakal permaisurinya itu sentiasa di bawah lindungan Yang Esa.

“Kamu pujuk-pujuklah Suhailah supaya cepat sikit dia balik Malaysia. Dia tu perempuan, anak dara pula tu. Dia merantau ke sana sini tanpa ada orang yang boleh jaga dia,” keluhan terdengar pada suara Puan Zulaikha.

“Mak, Suhailah tu dah besar. Lagipun ramai yang ada bersamanya. Doktor, nurse, pegawai UN dan pembantu keamanan, semua ada dengan dia. Tentera pun ada sekali. Takkanlah dia nak bergerak lone ronger,” perlahan Farhan memujuk.

“Mak tetap risau dengan dia.”

“Emak ni, parents dia pun tak kata apa. Kita supportlah impian Suhailah tu. Memang sejak dulu lagi katanya nak berkhidmat pada mereka yang tak mampu. Suka memberi bantuan kepada mereka yang sangat memerlukan. Dia bukannya cari nama, kedudukan yang baik atau gaji yang tinggi, dia nak cari kepuasan dalam perkhidmatannya. Apa yang penting, sumbangannya memberi manfaat kepada orang lain,” hujah Farhan sudah keluar.

“Hmm... tak apalah. insyaAllah, terbang setinggi manapun bangau, pasti akan pulang ke tempat asalnya juga. Apalagi kalau bukan bertenggek di bahu anak emak ni,” ujar Puan Zulaikha sambil menjeling Farhan.

Dia menepuk perlahan bahu anaknya. Sedikit sebanyak, pujukan Farhan sudah meresap ke dalam hatinya. Walangnya terbang sedikit dibawa angin malam.

Farhan tersengih dengan gurauan ibunya.

Bila dikenang kembali, sejak kali pertama dia kenal Suhailah, entah berapa kali emaknya menyuruh dia agar memujuk Suhailah untuk kembali ke Malaysia. Bertugas saja dalam negara.

Namun, Suhailah tidak mahu. Apalah daya Farhan, abang pun bukan, apatah lagi suami. Setakat menyandang gelaran bakal suami sahaja. Itupun belum memberi apa-apa mandat padanya untuk membuat keputusan bagi pihak Suhailah.

Suhailah sendiri yang berhak corakkan keputusannya.

Masa pertemuan awal dengan Suhailah pun, gadis itu sedang bercuti di Malaysia. Selepas habis menuntut di Ireland, terus saja Suhailah terlibat dengan badan kebajikan dunia untuk memberi pertolongan. Kata Suhailah, nanti dia dah rasa cukup dalam memberi bantuan, barulah dia kembali bertapa dalam negeri. Maknanya, saat mereka menjadi suami isterilah baru Suhailah berhenti terbang ke sana-sini.
Tak sabarnya nak tunggu!


---------------------------------------------
Panjangkan n3? Cukupla utk bekalan sebulan.  
Amanda nak minta maaf awal2. Maybe pas ni lama x publish. Bukannya apa, Amanda akn hadapi 1 ujian paling getir(ini menurut kata2 seniorlah!), kena ambil induksi. Asigmen pn x siap lagi(adui…dah lma x buat asigmen-otak dah karat). Napalah kna ada induksi segala! X boleh ke krjn trus ambil jdi jawatan kekal?
wish me luck

Tuesday, March 29, 2011

Betulkah??? 9

"I give you four star. Sedap juga,” ujar Mawarni sambil angkat empat jarinya.

“Kedekut, emak bagi aku lima bintang,” balas Farhan.

“Sudahlah tu. Sampai bilalah kami ni nak makan kalau dari tadi tak ada tanda-tanda nak jemput kami rasa masakan kau pula,” cepat Anuar menyampuk.

Perutnya sudah lapar. Malas pula dia nak dengar bintang-bintang ni. Bukannya penting pun. Bukannya mereka nak masuk akademi menjadi bintang. Sekarang ni yang penting, perutnya minta diisi. Bintang-bintang bukannya ada faedah untuk dibincangkan sekarang. Tak mengenyangkan pun!

“Eh, jemput-jemput. Semua boleh santap. Kalau sakit perut, tandas ada,” usik Mawarni sambil pandang Farhan.

Biarpun bukan dia yang memasak, dia yang terlebih ramah menjemput.

Farhan yang merasa tersindir lantas mengeluarkan lidahnya. Mengejek Mawarni. Suka hati dia sahaja nak kutuk masakan aku. Aku letak julap betul-betul, padan muka! Desis Farhan.

Semua orang mengambil hidangan masing-masing. Sambil makan, komen daripada juri kurang profesional memang tak lekang. Siapa lagi kalau bukan juara tukang makan, Mawarni Abdul Sani. Dia memang rajin komen. Makan pun lagi dia suka.

Hidangan tengah hari tu diselang-seli dengan pelbagai cerita. Perkembangan diri masing-masing tidak lupa untuk dikhabarkan.

Wednesday, March 23, 2011

Betulkah??? 8

“Memang dah rancangkah buat alasan yang sama?” soal Balqis yang berdiri di sebelah Puan Zulaikha.

Entah bila anak gadis itu tiba di sisi mereka. Langsung tak disedari kehadirannya.

“Ha?” tidak faham Anuar.

Rancang?
Memang dia tak rancang nak datang lewat.
Tapi dia terpaksa tolong emaknya tadi angkat pasu bunga. Lepas semua siap, baru dia boleh bergerak ke sini.
Itupun nasiblah dia masih ingat. Kalau tak, mesti Mawarni tak tahu kalau dia pun dijemput datang.

“Kamu punya alasan sama dengan Mawarni. Kena tahan juga. Itu yang Balqis cakap kamu memang dah rancang alasan yang sama sebelum sampai ke sini,” terang Puan Zulaikha.

“Abang Nuar memang dah jumpa dengan Kak Erni di luarkah? Memang dah rancang alasan yang sama?” soal Balqis tak puas hati.

Takkanlah sampai guna alasan yang sama? Mesti mereka dah pakat sebelum sampai rumah ni.

“Biasalah. Kami memang sehati sejiwa. Tak payah perancangan pun,” balas Anuar cepat. Mata dikenyit memandang Mawarni.

“Jomlah masuk,” Farhan sudah menyampuk.

Anuar melangkah masuk diikuti yang lain. Suka dia mempunyai sahabat seperti Mawarni. Sahabat Mawarni sahabat Anuar juga.

Sudah beberapa bulan Farhan dan Anuar bersahabat. Biasanya mereka akan menjalankan aktiviti bersama. Main bowling, tengok wayang, lepak di taman atau lepak di restoran. Selalunya Asya, Junaidah atau Firyal akan diangkut bersama. Kadang-kadang Balqis, adik Farhan pun akan join mereka. Sama-sama menghingar-bingarkan aktiviti mereka.

Mawarni menarik kerusi makan itu. Perabot yang diperbuat daripada kayu jati itu mampu memuatkan lapan orang dalam satu meja. Farhan duduk di sebelah Mawarni. Gadis itu diapit sebelah-menyebelah oleh orang bujang. Balqis dan ibunya duduk berhadapan. Tuan Abdul Farid di bahagian hujung.

“Kau tak buat lawakkah ni?” cepat Mawarni menyoal bila melihat hidangan yang ada di atas meja.

Ayam, sayur kangkung masak belacan, sotong goreng dan nasi dalam mangkuk kaca.
Semua serba sempurna.
Orange jus dalam jag kaca juga terletak elok. Di kelilingi dengan enam buah gelas.
Lauk-lauk nampak sempurna masakannya.

Walaupun lauk nampak simple, tapi bagi orang yang baru belajar, ia amat susah.
Apalagi bagi yang bernama Farhan, masak air pun mungkin tak pass lagi.

“Tak lah. Aku baru buat lawak peringkat negeri saja. Baru bercadang nak hantar ke peringkat kebangsaan,” ujar Farhan sambil tersengih.

Kembang hatinya melihat hidangan yang ada di atas meja itu. Memang penat lelahnya berbaloi bila melihat hasil tangannya yang terpamer di depan mata.

“Betul ni makcik tak tolong dia?” soal Mawarni pada Puan Zulaikha.
Tidak puas hati dia bila melihat hidangan yang ada di atas meja itu.

Puan Zulaikha hanya mengangguk. Tersenyum dia dengan telatah Mawarni. Pasti tidak sangka dengan apa yang ada di depan matanya.

“Qis...”

“Qis tak masuk dapur.” Belum sempat Mawarni menghabiskan ayatnya, cepat Balqis menyampuk.

Mawarni bertambah hairan. Tidak percaya Farhan boleh memasak.

Dia menoleh ke arah Tuan Abdul Farid di hujung meja.

Bila melihat sahaja Mawari melihat ke arahnya, cepat orang tua itu menggeleng. Tangan disorong ke depan. Tuan Abdul Farid tahu apa benda yang akan Mawarni tanyakan padanya.

Terlepas tawa manusia lain yang ada di meja makan itu.

Pasti Mawarni tak percaya dengan apa yang disogokkan di hadapan matanya.

Tapi inilah kenyataannya.
Orang gaji mereka sudah diberikan cuti kerana mengalami masalah di kampung. Jadi memang tiada siapa yang bantu Farhan di dapur.

Anuar di seebelah sudah tersengih. Tahu rahsia di sebalik semua yang ada di depannya.

Bersungguh Farhan belajar memasak dari Puan Zulaikha.

Bila tak puas hati, ditelefonnya Anuar. Nak minta tolong dengan emak Anuar. Habis ibu-ibu dikerah jadi guru tusyennya untuk kelas masakan yang tak berbayar itu. Mungkin ada juga Farhan berguru dengan Puan Chempaka Sari.

“Ha! Mesti Qis tolong dia buat dessert ni kan?” soal Mawarni.
Puding gula hangus di depan mata itu ditunjuk.

“Tak lah. Abang dah letak tanda bersar-besar. NO ENTRY. NO ONE CAN PASS WITHOUT FLIGHT TIKCET TO AUSTRALIA. Dah macam nak masuk kapal terbang pula, minta boarding pass,” celah Balqis.

Hairan sungguh Balqis, kalau nak masuk dapur kena bagi Farhan tiket flight ke Aussie, siapa nak bagi. Kalau dapat pun, baik dia sendiri yang pergi.

Semua yang ada di situ ketawa.

Farhan pula cuma tersengih. Kalau dia tak buat macam tu, pasti Balqis akan masuk mengacau. Kalau nak tolong tak apalah, tapi dia tahu macam mana Balqis, tolong lingkupkan masakannya adalah.

Puan Zulaikha memang awal-awal dah diberi amaran. Tak boleh kacau masa dia memasak.

Setakat puding gula hangus, kacang saja.

Baru dia tahu, memasak ni bukannya susah sangat pun. Menyesal pula dia tak masuk dapur sejak dulu lagi. Asyik-asyik kerahkan Kak Bedah saja, si pembantu rumah.

“Aku nak rasa.”

Mawarni bangun dari kerusinya. Tangannya mencapai mangkuk yang berisi ayam. Masakan itu telah menarik minatnya untuk dirasa.

Sudu di tepi dicapai. Kuah dari mangkuk itu diambil sedikit.

Lama. Seminit. Dua minit. Tiga minit.

Belum ada respon daripadanya. Dia sengaja nak menimbulkan rasa cuak kepada semua orang.

Terutama si tukang masak yang dilihat sekarang semakin tak senang duduk.

Semua orang memandang Mawarni. Dia dah macam juri untuk pertandingan memasak peringkat Kampung Keldai Tunggal.

“Apa nama masakan ni?” akhirnya dia besuara juga.

Tapi belum bersuara untuk memberi keputusan hasil penilaiannya terhadap masakan itu.

“Ayam rempah mawar,” laju Farhan menjawab.

Resepi yang dia bagi nama sendiri. Biarlah, dia yang masak. So, suka hati dialah yang nak bagi nama pada masakannya. Hak cipta terpelihara!

“Hmm rasanya..."


bersambung.....

Monday, March 21, 2011

BETULKAH??? 7

“Assalamualaikum.”

Menjejak saja masuk ke rumah itu, terus salam diberi. Pagar memang terbuka luas. Memberi makna ia memang mengundang dan mengalu-alukan tetamu yang datang berkunjung.


“Waalaikumusalam,” satu suara menjawab.

Tapi makhluk tuhan itu belum menyapa pada iris mata Mawarni.

“Oh, Mawarni! Mari masuk. Sekejap lagi kita lunch.”
Muncul Puan Zulaikha, ibu Farhan dari dalam rumah.

Mawarni ditarik masuk ke dalam rumah. Memang dia sudah biasa datang ke rumah ini. Oleh itu, wajahnya memang tidak akan dihalau walau kunjungannya tidak dijemput.


Semalam Farhan ada menghantar pesanan ringkas. Menjemput dia datang ke sini. Konon-kononnya nak masak masakan istimewa untuk sahabatnya. Ialah tu Farhan masak, Mawarni mencebik dalam hati.

Sejak dia bersahabat dengan Farhan, nak buat air pun dia suruh pembantu rumah. Inikan pula nak memasak, memang akan rentunglah dapur Puan Zulaikha.

“Hai sayang, kenapa lambat?” Farhan muncul bersama tersenyum.

Pakcik ni, takkan in open area pun nak bermadah kasih. Mawarni menggeleng tidak puas hati. Sedangkan Farhan hanya terseyum sumbing.

Sudah menjadi perencah wajib bagi Farhan untuk memanggilnya dengan sapaan sayang. Sudah biasa katanya. Mawarni tidak mengambil pusing. Sesiapa sahaja memang boleh memanggilnya sayang. Dibenarkan.

“Sebab aku lambat keluarlah. Kena tahan, so bayar tol dulu sebelum datang tadi,” terang Mawarni.

Memang dia kena tahan, anak saudaranya itu ingin mengikutinya datang ke sini.

Sedangkan dia bercadang selepas makan tengahari di sini, dia hendak ke Mid Valley sekejap. Mencari buku baru yang boleh menjadi santapan mindanya pula setelah perutnya kenyang. Takkan nak diheret budak Syikin tu pergi shopping.
Eii, mesti boring! Tak puas nak jalan-jalan.

“Sebelum masuk, aku ada soalan.”
Farhan di depan sudah menghalang laluan masuk Mawarni.

“Soalan apa?”
Mawarni dah kerut dahi. Sekarang ni dia bukannya ambil ujian lisan Bahasa Melayu. Apa kes main soal-soal pula ni.

“Teka-teki. Senang saja,” jelas Farhan sambil tersengih.

Dia tahu pasti Mawarni hairan dengan tingkahnya yang tiba-tiba begini.
Semalam pun Mawarni sudah separuh hairan sebab dia jemput datang makan tengah hari.

Habis perit telinga bila Mawarni teriak sebab terkejut bila dapat tahu yang dia akan memasak. Mati-mati Mawarni tak nak datang. Takut sakit perut katanya.

“Aik, sejak bila kita tukar watak?” Soal Mawarni hairan.

Bab-bab main teka-teki ni memang kepakarannya. Selalunya Farhan yang dikerahkan otaknya untuk cari jawapan bagi setiap teka-teki yang dia soal.

Tapi sebenarnya, dia juga nanti yang kena bagi jawapan. Tak ada thrill langsung kalau main dengan Farhan ni. Asyik menang saja!

“Asyik kau saja yang bagi teka-teki, kali ini biar aku pula yang bagi. Aku dah pergi berguru ni, belajar teka-teki yang paling susah. Tak sabar nak soal kau.”

Farhan dah rasa teruja. Tangannya digosok-gosokkan. Tak sabar nak kemukakan soalan.


Tingkah Farhan mengundang tawa Mawarni. Cebikan dihadiahkan.
Setakat Farhan ni, jentik jari pun dia dah dapat jawapan. Pasti lelaki ini tidak puas hati dengannya.

Memanglah! Kalau dah selalu sangat disogok dengan teka-teki, siapa yang tak puas hati. Apatah lagi, jawapannya selalu tak dapat.


Puan Zulaikha dah melangkah masuk bila melihat tidak ada tanda-tanda dua bujang tu nak masuk rumah. Dia dulu yang melangkah ke dalam. Biarlah mereka.
Sekurang-kurangnya, teka-teki adalah permainan yang tak akan mencederakan dua belah pihak.

“Dah sedia?” Farhan dah jungkit kening.

Susah payah dia cari soalan paling susah. Geram dia. Asyik dia saja yang kena jawab soalan teka-teki, selagi tak dapat, selagi itu Mawarni tak puas hati. Mawarni takkan bagi peluang padanya untuk menyoal selagi dia tak dapat jawapannya.

Kalau senang, oklah juga.
Masalahnya, jenuh juga dia cari jawapan. Selalu jadi mangsa, Mawarni jugalah bila dia dah surrender tak tahu jawapan. Akhirnya terpaksalah Mawarni yang bagi jawapan untuk soalannya sendiri.

“Ever ready!”
Mawarni sudah angkat tangannya. Iklan bateri dia pinjam sekejap.

Lucu pula Mawarni. Selalunya dia yang akan memulakan sesi teka-teki. Sekarang ni Farhan pula.
Main soal jawab teka-teki ni biasanya dalam telefon atau sebagai cukai kepada Farhan untuk masuk ke rumah Mawarni. Hari ni kena bayar tol masuk rumah Farhan. Selalu free saja.

“Soalannya, apa benda kalau kita sebut sekali dia wangi, sebut dua kali dia busuk, sebut tiga kali dia boleh dimakan.” Farhan sudah tersenyum-senyum memandang Mawarni. Soalan susah tu beb! Pasti kepala otak Mawarni akan bekerja lebih keras untuk mendapatkan jawapannya. Kerahlah otak kau kuat-kuat! Cari sampai dapat.

“Jalan mati.” Mawarni sudah tersengih-sengih.

“Terjun tingkap.”

“Tangkap lentok.”

“Hei mangkuk! Kalau tak tahu, jangan main teka-teka saja.”
Farhan sudah geram. Cepat tangannya jentik hujung baju Mawarni. Jawapan-jawapan Mawarni langsung tak releven.
Beginikah otai yang nak dipanggil sebagai ratu teka-teki?
Langsung tak ada ciri!

“Surrender?” soal Farhan bersama senyuman kemenangan.
Tidak sabar dia melihat kekalahan Mawarni.

“Mengaku kalah? Tak adalah. Kau nak jawapan original atau cetak rompak?” soal Mawarni pula.

“Aku nak jawapan yang sebenarlah,” balas Farhan cepat. Ada pula nak bagi jawapan palsu.

“Tadi tu sebenarnya aku bagi jawapan cetak rompak. Sekarang aku bagi jawapan yang originanl.”

“Faster. I’m sure, your don’t get the answer.”

Angkuhnya! Mawarni mengutuk dalam hati. Diam seketika dia.

“ Jawapannya ialah bunga Tahi Ayam. Kenapa? Kau fikirlah sendiri,” kata Mawarni lantas masuk ke dalam rumah.

Farhan masih berdiri di situ.
Statik.
Tergamam.
Lidah kelu. Tak boleh nak berkata-kata.
Dia hanya mampu melihat Mawarni yang berlalu masuk ke dalam rumahnya.

Kenapalah perempuan tu tahu jawapannya?

Punyalah susah dia search di internet cari soalan yang susah. Senang-senang saja Mawarni dapatkan jawapannya. Dia menggeleng sambil tersenyum. Memang aku akan kalah kalau main lawan teka-teki. Tak ada bakat langsung.

Bila difikirkan balik, memang betul jawapan teka-teki itu.

Sebelum ini, mindanya dikerah untuk bekerja. Penat dia mencari kaitan jawapan dengan hujah yang betul.

Baru semalam dia faham sepenuhnya jawapan itu.
Bunga untuk wangi, busuk untuk tahi dan ayam untuk makanan.
Memang kena gunakan otak kalau dengan Mawarni. Suka sangat main teka-teki. Sampai dia pun selalu kalah. Nampaknya kena tingkatkan usaha ni.
Gambate Farhan!


“Jom pergi meja makan, semua dah ready. Aku dah masak special untuk kau,” pelawa Farhan.

Langkah Mawarni diatur mengikuti Farhan.
Penat pula cari jawapan yang memang dah sedia dalam otak. Senyum sendiri dia melihat telatah Farhan yang nampaknya masih sukar terima kenyataan. Tak nak kalah!

Aduhai Farhan! Nak uji aku konon, kau sendiri kena uji diri kau kuat-kuat lepas ni sebab aku akan siapkan soalan yang susah untuk kau.
Jadi permaisuri teka-tekilah aku lepas ni. Mawarni tak habis senyum lagi.


Kedengaran salam dari luar pintu.
Wajah yang terlakar di pintu rumah menjengahkan senyum di bibir Mawarni.

Anuar masuk dengan membawa sebakul buah-buahan. Mawarni tergelak kecil. Dia saja yang datang dengan tangan kosong. Apa nak jadilah dengan anak perawan Pakcik Sani ni.

“Kau dijemput datang?” soal Mawarni cepat.

Anuar yang baru melangkah masuk terkebil-kebil seketika.

“La.. minah ni pun adakah? Makcik kenapa jemput orang kenit ni?” soal Anuar sambil jungkit kening.

Puan Zulaikha yang melihat aksi itu tersenyum.

Mawarni yang mendengar mencebik geram. Tak sesuai langsung imej kenit dengan ketinggiannya 160cm.

Tangannya hampir mencapai lengan Anuar, nasib Anuar berundur dua langkah ke belakang. Anuar yang melihat impian Mawarni yang tidak kesampaian itu ketawa mengejek.

“Sorry lambat. Kena tahanlah sebelum keluar. Acara dah mulakah?” soal Anuar sambil mengangkat kening.

Semua yang ada di situ terlopong. Mawarni tersenyum cuma. Malas nak buat ulasan lanjut.

Friday, March 4, 2011

Cik Kia Vs Mr.Sony 2

Azzam Ahlam sengih sebentar.

Nasib sempat. Inilah bahana tidur tak kena tempat.

Boleh pula dia terlelap tadi. Dah diingatkan diri berkali-kali, tapi dia tetap lupa.

Alarm pula macam tahu-tahu saja. Macam tak berbunyi pula tadi.

Mogoklah tu!

Macam manalah si adik depan ni tak muncung.

“Janganlah merajuk. Kan abang sempat datang ni. kalau tak datang pun, nanti abang pergi lawat adiklah di sana.”

Dhia Humaira tetap muncung.
Geramnya. Nasiblah dia tak minta abangnya untuk hantar dia ke lapangan terbang. Kalau tak, memang terpaksalah dia kuburkan hasratnya nak belajar di Ireland.

Abang yang tak boleh pakai betul!

“Abang ni, menyampahlah. Tak nak kawan.”

Dia pura-pura merajuk. Memang nak merajuk sebenarnya. Bikin sakit hati saja ada abang macam ni.

“Abang minta maaf. Terlajak tadi.”

“Nasiblah adik tak minta abang yang hantar. Berguna juga perkhidmatan teksi di Malaysia ni.”

Huh! Geram tak terkata. Nasiblah berguna juga nombor telefon teksi yang dia ambil dari Mak Ton.

Apa guna Lamborghini Sesto Elemonto kalau sekadar untuk hiasan. Kereta saja yang gah, tapi tuannya langsung tak boleh harap.

Nama saja duduk serumah, tapi abangnya tu macam duduk planet Pluto pula.

Berkali-kali dia ketuk pintu bilik abangnya tadi, namun tetap tak ada jawapan. Itu baru namanya tidur mati.
Mati sampai mati!

Geramnya tak habis lagi. Rasa nak hempuk saja manusia yang ada depannya ini dengan beg trolinya yang besar gedabak tu. penat juga dia nak mengangkut keluar rumah tadi.

“Nah!”

“Apa ni?”

“Buat-buat tanya pula.”

Malas Azzam Ahlam nak bertekak. Cepat dihulur sampul warna putih kepada si adik. Tahu memang salahnya.

Dhia Humaira belek sampul yang diberikan abangnya.

Azzam tersenyum. Menjadi juga taktiknya. Terus tersenyum si adik bila melihat isi yang ada dalam envelope tersebut.

“Thanks abang. Sayang abang.”

Dhia gapai abangnya. Dipeluk mesra tubuh si abang. Dicium pipi abang kesayangannya itu.

“Eh, malulah! Jatuh saham abang dengan awek-awek di sini.”

Ahlam pandang keliling. Kalau ada pramugari yang tengok aksi tadi, mesti dia tak laku dah!

“Hehehe... Thanks tahu! Memang sayang abang sangat-sangat.”
Dhia ketawa lepas. Seronoknya dalam hati.

“Baru nak sayang kalau dah dapat hadiah?”

“Mestilah.”
Buat apa nak sayang kalau tak ada kepentingan?
Buang masa saja.
Hahaha... Dhia gelak dalam hati.

“Guna baik-baik. Jangan nak joli pula.”

“Ok!” Dhia buat tanda peace.

Tak putus senyuman Dhia Humaira.
Dapat duit beb! Siapa tak suka.
Orang gila pun suka!

“Dah pergi gerak sana. Nanti tertinggal kapal terbang pula. Buat susah-susah saja
pilot tu nak buat u-turn nanti.”

“Abang ni!” dipukul perlahan bahu abangnya.

Dikerling jam di tangan. Memang dah waktunya untuk berlepas. Troli di tepi diambil.

“Pergi dulu.”

Dhia Humaira dah capai tangan kanan abangnya. Dikucup tangan itu dengan penuh syahdu.
Lepas ni, dia akan hidup sendiri di rantau orang. Tak ada dah abang yang baik macam depannya ni. tak ada lagi abang sporting macam Azzam Ahlam. Memang tak akan ada selain yang di depannya ni.

“Dah pergi masuk sana. Stewardess tu dah jeling kat awak. Kirim salam dengan dia nanti.”

“Sempat lagi tu.”

“Cukuplah tu. lepaskan tangan abang. Jangan nak touching di sini. Sampai sana baru boleh nangis.”

Azzam Ahlam dah buat aksi nak menghalau. Kalau makin ditunggu, makin akan ada aksi Romeo and Juliet di sini.

‘Romeo, jangan tinggalkan aku!’


“Abang ni. siapa nak nangis?” Dhia Humaira mencebik. Tak adalah sampai nak nangis. Emosi sikit saja ni.

“Bye.”

Tangan Azzam Ahlam melambai adik tersayangnya yang sudah masuk ke balai berlepas.

Pipinya diusap perlahan. Terasa bagai ada air yang mengalir.

‘Eh, hujankah? Takkanlah dalam KLIA pun masuk hujan.’

Dia dongak ke atas. Bumbung megah KLIA mengamit matanya. Memang tak ada air hujan yang turun dari bumbung.

Tangannya kemudian mengusap kembali pipinya.

Alamak, aku yang touching. Malunya kalau adik tengok.

Cepat-cepat dibersihkan air matanya. Pipinya dilap guna jemarinya. Biar kering, lagak orang yang tak menangis langsung.

Air mata ni, tahu saja bila nak turun.

Hilang terus kemachoan yang dia simpan selama ni.

Sedihnya hati.

siapa tak sedih, satu-satunya pengarang jantungnya berkeras nak belajar jauh-jauh. Nak juga cari pengalaman belajar di negara orang. Jauh beribu batu pula tu. Lepas ni, mati kerinduanlah dia!

Dia mengorak langkah keluar. Tadi disebabkan nak cepat, dia terlanggar bahu seseorang. Tak sempat nak minta maaf.

Kalau orang lain nak marah, dia tak kisah. Jangan Dhia Humairah yang marah. Tak pasal-pasal meletup KLIA. Maka dengan hati tak tenang, dia langsung tak menyapa orang yang dah dia langgar.

‘abang, janganlah nangis. Nanti tak pasal2 banjir KLIA. Airbus tak boleh landing pula. Siapa nak hantar adik p Ireland? Nanti sampai sana, kita video call ya. Sayang abang.’


Tersenyum Azzam Ahlam membaca mesej yang baru masuk dalam inbox telefonnya. Tak perlu kata-kata, adiknya memang dah tahu apa reaksinya.

Tangannya menekan-nekan telefon Sony itu. Membalas mesej adik tersayang. Kemudian telefon itu dimasukkan ke dalam kocek seluar.

Kunci kereta Lamborghinya dikeluarkan.


_enjoy reading_