Thursday, July 8, 2010

Kasih Tercipta-prolog

Faizal Tahir - Kasih Tercipta

Kasih hilang tiada bicara
Setelah cintaku kau puja
Rintihan rindu terus melanda
Redup cahaya oo hati lara

Bisiklah kiranya aku bersalah
Sedetik tersirat rasa
Kau cipta kasih yang kumiliki
Cintaku jujur selama ini..

Carilah aku dalam hatimu
Sayang sebutlah kau rindu
Hanya pintaku
Kasihmu kekal setia
Usah biarku ooo terus terluka

Mesra suaramu kini berbeza
Gagal sembunyi sedih
Kenangan lalu menusuk jiwa
Manis seindah berganti pedih
Ooo..kasih tercipta..
Ooo..carilah ku sayang

Carilah aku dalam hatimu
Sayang sebutlah kau rindu
Hanya pintaku
Kasihmu kekal setia
Usah biarku ooo terus terluka

Pabila bersamamu..debaran
Darah arus mengalir cinta
Lahir selamanya
Berilah kucupan sayang
Biar terukir wajah..
Kasih tercipta..
Berilah kucupan sayang
Biar terukir wajah..
Kasih tercipta..

Ooo..kasih tercipta..
Kini kumengerti..
Walau berbisa..
Kurela kira kau bahagia

“Chak!”

Terkejut Umairah dengan sergahan yang tiba-tiba itu. Walaupun terkejut, tapi dia tetap tidak mengangkat kepalanya. Masih meneruskan kerjanya. Satu-persatu manik-manik kecil dimasukkan ke jarum, lalu dijahit ke lengan baju yang berada di pangkuannya. Seolah-olah suara yang menyapa tadi tidak sampai ke gegendang telinganya. Apa tidaknya, dia memang sudah kenal dengan suara yang nak main hide and seek dengan dia. Buat apa nak angkat kepala kalau memang dah tahu yang empunya diri.

“Kau ni, buat malu aku saja. At least, buat-buatlah muka terkejutkah, terujakah. Atau sekurang-kurangnya, angkatlah kepala kau. Tengok siapa yang datang. Ini tidak, nak juga dia buat muka kartun macam tu. Tanpa perasaan. Boring tahu...”

Umairah hanya buat tak dengar. Panjang pula bebelan makcik ni. Sepatutnya aku yang kena bising sebab dia dah ganggu ketenteraman aku. Ni terbalik pula, makcik ni pula yang terlebih angin. Mesti masa dia lunch tadi dia singgah makan angin, sebab tu angin dia mereng sikit.

“Mai...” panjang rengekan Salbiah atau nama glamournya Baby. Geli tekak Umairah nak panggil Baby. Selalu dia panggil Biah saja. Kadang-kadang kalau geram, dia sebut Mak Biah.
“Kau ni kenapa? Sepatutnya kalau masuk mana-mana pintu kena bagi salam dulukan? Atau sekurang-kurangnya, ketuklah pintu. Kau ni, entah ajaran dari mana kau dapat, masuk saja sebut, chak! Ingat kau masuk gua macam Ali Baba ke? Siap nak password bagai. Bagilah malaikat masuk dengan kau sekali dalam kedai ni. Lebih berkat.” Tu dia, kalau dah keluar, memang kena tembaklah orang yang cuba cucuk jarum tadi. sekali kena, berdas-das pula tu. Memang peritlah telinga kalau sudah dengar Cik Umairah ni berceramah. Percuma!
“Kau ni, aku nak bawa kau bergurau kejap pun tak boleh. Kau tu, serius saja memanjang. Cubalah ceria-ceriakan hidup sikit. Kau jangan risau, tadi aku melangkah masuk guna kaki kanan dan dimulakan dengan nama Allah. InsyaAllah, berkatlah rezeki aku untuk hari ini. Aku pun nak dapat bless from Him,” jelas Salbiah sambil tersengih. Terlakar lesung pipit di pipi kirinya. Single saja.
“Hmmm...” hanya itu balasan dari Umairah. Memang spesies manusia yang sangat berat mulut. Nak cakap pun ada timing. Macam ada emas dalam mulut dia.

Kadang-kadang geram juga Salbiah bila sudah sampai swing mood macam ni. Memang sukar nak bagi perempuan tu keluarkan patah perkataan dari mulutnya. Amat payah sekali. Tapi dia sudah biasa dengan keadaan macam ni. Jadi, tidak menjadi masalah baginya. Nak kecil hati memang tak boleh. Merajuk? Lagilah payah. Tak ada siapa yang nak pujuk.

Jadi... angkat bahu...buat tak tahu dan blahlah dari situ.

“Biah, jangan lupa siapkan baju Puan Sri Serena. Pembantu dia nak datang ambil kejap lagi.” Tanpa mengangkat kepala, arahan itu dikeluarkan.

Seolah-olah Umairah sedang bercakap dengan baju kebaya yang ada di tangannya. Bukan dengan Salbiah yang sedang berdiri lima langkah darinya dan sedang terkebil-kebil memandang Umairah. Nasib kaulah Salbiah. Jadi macam manik tu, ada lagi berharganya. Dapat juga jadi tenungan mata coklat Umairah. Ini, bagi arahan kat aku, tapi pandang pada baju. Oh... mungkin Umairah takut tercucuk jarum kot, sebab tu tak toleh kiri-kanan. Apalah kau ni Salbiah... fikir yang bukan-bukan saja.

Sudah lima tahun Salbiah berkhidmat di butik ini. Butik As-Syam. Secerah matahari. Memang cerah hidupnya semenjak bekerja di sini. Habis sahaja SPM, dia terus bekerja. Tidak mampu untuk menyambung pelajaran. Lagipun otaknya bukan pintar sangat. SPM dulu pun sekadar cukup makan. Tidak mahu lagi dia perah otak. Nanti tersalah perah, dia juga yang tempah masalah.

Dia bersama tiga orang lagi temannya sama-sama berganding bahu memajukan butik kesayangan Bonda. Mirna, Linda dan Zulaikha adalah teman sekerjanya di sini. Menjadi pembantu kepada Bonda, pemilik Butik As-Syam. Bonda hanya ingin dikenali dengan panggilan Bonda. Baik pelanggan mahupun pekerja, kebanyakan mereka memanggilnya dengan panggilan Bonda. Kadang-kadang bila ada pelanggan datang mencari Datin Kamariah, orang sekeliling tercari-cari siapa dia. Bila diingat kembali, barulah perasan bahawa nama tersebut adalah pemilik kepada butik ini.

Bonda memang seorang ketua yang baik. Menjaga kebajikan anak buahnya dengan begitu teliti. Malah Bonda turut menyediakan tempat tinggal kepada pekerjanya. Semua orang sayang Bonda.

Salbiah juga kenal siapa Umairah. Anak kesayangan Bonda. Bersifat lemah-lembut dan sangat komited dengan kerja. Buktinya, macam tadilah. Kalau buat kerja, memang tak boleh diganggu. Kalau nak ganggu juga, mesti lepas dia habis kerja. Kalau tak, memang dibuatnya macam tunggullah.

“Biah, kau kenapa?” Umairah mengangkat kepala. Rasanya lama juga sepasang kaki Salbiah itu berdiri di situ. Bila keraguan meraja, barulah dia angkat kepala. Risau juga kalau sahabatnya itu kena sumpah jadi boneka. Sebab tu tiada sebarang pergerakan berlaku.
“Biah!” sedikit kuat teriakan itu berbanding tadi. Risaunya dia melihat temannya itu statik. Macam kaki kena paku dengan lantai butik.
“Ha!” kalut Salbiah membalas bila tadi rasanya macam ada teriakan menyapa telinganya. Terpinga-pinga dia pandang ke kawasan sekitar. Mencari apa yang telah mengganggu dia.
“Kau kenapa?” sekali lagi Umairah bertanya.
“Biasalah. Mengalamun!” selamba Salbiah menjawab. Dia hanya tersengih dan berlalu dari situ.

Umairah menggeleng melihat telatah temannya. Memang begitulah selalunya. Salbiah akan setia mengelamun kalau tidak dikejutkan. Hobi yang sukar ditinggalkan. Di mana-mana sahaja, kalau dia terasa ingin mengelamun, dia akan mengelamun.
Pernah Umairah terpaksa teriak kuat kat telinga Salbiah masa mengelamun kat tepi jalan. Nak tunggu lampu hijau untuk pejalan kaki. Ditarik sahaja lengan sahabatnya itu menyeberang jalan walau dia tidak pasti sama ada temannya itu dalam keadaan sedar atau tidak. Nanti lampu tu merah semula, satu kerja lagi dia kena tunggu.
Selesai sahaja sulaman di lengan baju kebaya tersebut hanger dicari. Melilau matanya menscan kawasan sekitar. Manalah tahu kalau ada hanger yang tak dipakai. Dibelek-belek baju kebaya yang ada di tangan. Warna hijau pucuk pisang dihiasi dengan sedikit manik di bahagian sudut bawah baju. Kainnya dipasangkan dengan kain songket. Cantik juga design yang aku buat ni, getus Umairah.

Umairah tersenyum sendiri. Bangga dengan hasil tangannya. Memang sesuai sangat. Warna polos hijau disulami dengan manik-manik kecil di sekitar lengan dan bahagian leher. Kalau display ni, mesti tak sampai sehari dah laku. Tak habis-habis lagi Umairah angkat hidungnya tinggi...

“Mirna, saya keluar sekejap beli makanan. Kalau ada pelanggan, kamu yang handle. Kalau Bonda cari, bagitahu saya keluar sekejap sahaja.” Apabila melihat Mirna sedang mengantung baju di suatu sudut, cepat-cepat arahan diberi. Malah, baju yang sudah siap dijahit manik tadi juga diserahkan kepada Mirna. Meminta pertolongan kepada ibu anak dua itu untuk digantungkan.
“Memang lawalah design baju ni. Tangan Mai memang ada bakat,” puji Mirna sebelum Umairah berlalu ditelan pintu utama.

Umairah hanya tersenyum membalas pujian itu. Dia perlu keluar cepat untuk membeli makanan. Bungkus sahaja nanti makan di butik. Bukan dia tidak percaya dengan perkerja yang ada, tapi dia tidak mahu dilabel curi tulang pula. Bonda memberi penuh kepercayaan padanya untuk menjaga butik itu.

cerpen yang dialter jadi mininovel

No comments:

Post a Comment

komen la. sama2 kita abiskn air liur(eh x yah pn, jaz use u hand)