Saturday, November 15, 2008

ingat mati

salam

saatnya akan tiba... dan kita tidak mampu untuk berundur.

Mati itu pasti tapi kita tidak tahu bila. Mungkin sesaat dari sekarang, sebulan atau 10 tahun akan datang. Dan kita sememangnya tidak akan tahu bila ia akan datang. Ia datang secara mengejut, tidak mengetuk pintu. Tanpa sebarang amaran. Bila-bila. Kerana itu, kita harus bersedia selalu.

Setiap yang bernyawa pasti akan mati(al-anbiya:34)

Tugas kita hanya satu iaitu beribadah dan taat kepada-Nya. Laksanakan semua suruhan dan hindari semua larangan insyaAllah hidup kita sebagai khalifah akan sempurna.

Tidak aku ciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah dan beribadah pada-Ku(az-zariat:56)

Semua perbuatan kita akan dihisab, direkod oleh pencatat rekod. Mencatat semua tindakan dan niat kita sama ada dalam aspek kebaikan atau keburukan. Tiada yang terkecuali, semua akan dicatat walau sebesar zarah pun.

Sesiapa yang melakukan kebaikan walaupun sebesar zarah akan tetap diberi penjelasan. Dan barang siapa melakukan kejahatan walau sebesar zarah, maka dia juga tetap akan diberi pembalasan.(Al-Zalzalah:7 & 8)

Dosa dan pahala kita akan terhijab pada masa yang pasti akan datang. Sudah bersediakah kita untuk menghadapinya. Pastikan ketakutan akan membelenggu diri. Apakah amalan kita diterima atau sebaliknya.

Perumpamaan syurga yang dijanjikan kepada orang-orang yang takut kepada Allah, di dalamnya mengalir sungai-sungai, buah-buahannya tetap dan (juga) naungannya. Itulah kesudahan bagi orang-orang yang bertakwa kepada Allah, manakala kesudahan bagi orang kafir(ingkar) pula ialah neraka.(Ar-Raad :35)

Dengan mengingati mati, kita akan sedar ke mana akhirnya hidup kita nanti. Kita akan ingat tentang hari pembalasan.

Rasulullah sentiasa mengingatkan umatnya untuk bertaubat kerana Allah sentiasa menerima taubat hamba-Nya.

Sabdanya

Sesungguhya Allah tetap menerima taubat hamba-Nya selagi nyawanya belum sampai ke halkum(iaitu sebelumnya sampai sakaratulmaut)-riwayat Tarmizi.

Katakanlah (kepada manusia): wahai hambu-Ku yang telah merasa berdosa atas diri mereka, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah dapat memberi amoun-Nya terhadap dosa seluruhnya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun dan Pengasih. (Az-Zumar :53)

Janganlah bertangguh dalam bertaubat

Sabda baginda

Binasalah orang-orang yang suka beranguh-tangguh.

Hingga ketika maut telah datang kepada seseorang antara mereka maka dia pun berkata” wahai tuhanku, kembalikan aku ke dunia! Supaya dengan itu aku akan dapat mengerjakan perbuatan baik yang telah aku tinggalkan itu. Sekali-kali tidak. Sesungguhnya perkataan itu, hanya sekadar dapat diucapkan. Dan dihadapan mereka ada Barzakh yang dindingnya membatasi sampai mereka dibangkitkan.(al-Mukminin:99&100)

Rasa pedih kematian

Diceritakan kepada nabi Isa ketika ditanya kepada orang mati yang dihidupkan semula

“berapa lama kamu telah mati.” Lalu dijawab oleh yang mati itu” sejak empat ribu tahun dahulu tetapi belum hilang rasa pedihnya kematian itu”

No comments:

Post a Comment

komen la. sama2 kita abiskn air liur(eh x yah pn, jaz use u hand)