Sunday, June 28, 2009

face and body

salam rejab

syukran, Allah bagi peluang pada cik aa untuk menjamah lagi datangnya rejab. moga hati cik aa sentiasa dipegang pada tali lurus menuju firdausi-Nya.

today very touching... hehehe... sebenarnya cik aa mengulit kenangan. kenangan empat tahun lalu, berlangsung seperti hari ini. semalam cik aa sibuk sangat dengan kerja sebab nak kena sediakan penginapan untuk parents, sampai ke tengah malam cik aa kerja. but never mind, cik aa will give the best service for all of you.

pagi-pagi cik aa bangun, tengok pemandangan yang dua kali setahun saja berlaku. pendaftaran pelajar baru ke uni cik aa. memang teringatlah kenangan lalu. sedih pula hati, dulu cik aa tak ada family yang hantar, tengok budak yang baru masuk ni, semua ada yang hantar. tapi dulu tak sedih sangat sebab, cik aa datang berbondong-bondong, dari satu sekolah sahaja ada 8 orang, so tak terasa sangat jadi orang baru. tapi, perkara paling tak suka ORIENTASI. namun, benda tulah yang meninggalkan kenangan yang sangat manis...

kereta bermacam jenis, just nak hantar anak seorang, siap ada saringan H1N1 lagi. sampaikan polis trafik pun bertugas disebabkan kesesakan lalu lintas yang sangat teruk. wehhhh... tanjung malim jammed.. jarang-jarang berlaku.

memang dah warning dengan orang pejabat, no emergency call for today. just for rest. so alhamdulillah, no calling for today. tapi saspen juga sebab ada call from bos to cik tin

bos ; kenapa tak angkat telefon. haiya, kamu jangan risaulah, saya tak panggil kamu kerja.
just nak belanja makan
cik tin ; kfc ke bos?
bos ; ha, marilah turun.

so kami pun turunlah ambil kfc(simpan balik ikan yang dah kena siang untuk lunch-selamat kau ikan untuk hari ini) sebelum pintu pejabat ditolak, ada member sound cik aa, rupanya teman seperjuangan praktikum. datang semata-mata nak teman adik mendaftar. rombongan sampai dua kereta. apa tidak jalan jammed, just imagine kalau satu pelajar dihantar dengan 2 buah kereta, kalau tiga ribu ada berapa kereta.. 6000 kereta menyusur di jalan raya!!! nak parking kat mana?

sampai pejabat, borak lah dengan member yang lain, semua pakai baju seragam hari ini. nak tunjuk macholah tu. sampaikan en. sau pun nampak hensem semacam je. en az toksa cakaplah.
cik tin tanya 'dah jumpa gewe ke?' sebab bos pun suruh dorang cari calon... hehehe...
en.sau balas ' belum lagi. sekarang tak boleh lagi sebab ada parent' betul juga... nak kena pelangkung dengan mak bapak budak-budak tu ke?

lepas tengok gelagat budak baru(bawa baldi, bantal, bear aduh... macam cik aa dulu2) cik wa call, nak jumpa. time bagitahu tu, dia dah ada kat depan rumah. so cik aa turunlah jumpa.

'eh, apasal cik aa tembam?' soalan pertama setelah bersua. biar betul cik wa ni, tak sampai sebulan tak jumpa dah kata cik aa tembam. baru saja pergi tengok wayang syurga cinta sama2 hari tu dia kata cik aa kurus. sekarang cakap cik aa tembam pula.

cik aa tanya cik tin, betul kah cik aa gemuk sebab baru saja cik aa timbang dah turun 2 kilo. takkan turun berat badan menyebabkan tembam? very2 unlogically...
'mukamu saja yang tembam, tapi badan kurus' terang cik tin...


erk.. boleh kah muka tembam, badan cekeding?

No comments:

Post a Comment

komen la. sama2 kita abiskn air liur(eh x yah pn, jaz use u hand)