Sunday, June 21, 2009

jejak langkah terdahulu

salam alaik...

tak lama lagi rejab akan tiba. ntah, sejak lepas dari status sebagai pelajar, cik aa pun dah berubah sikit. harap-harap iman tidak berubah malah lebih tinggi lagi.

a few weeks ago, cik aa minta teman dengan cik tin pergi jejak kasih kembali. sebenarnya before this, cik aa dah pernah jumpa sekali with cik wa. masa tu cikgu fa ada tolong temankan dan cik aa lah yang tolong sesatkan perjalanan disebabkan salah informasi. akhirnya tempat yang hendak dituju sepatutnya just need for an hour change to two hours. pusing-pusing, rupanya dekat saja tempat tu.

second time cik aa pergi tak sesat dah coz kali ini cuba guna pengangkutan awam pula. but the problem is, bus lama sangat landing baru nak jalan. 1 jam cik aa tunggu baru tuan drebar nak jalan. ikutkan hati memang habis tayar dipancitkan.

sampai di sana, cik aa bagitahu kat teman lama nak jumpa. just imagine, almost 12 years i never see him. tak dapat nak detect macam mana rupa dia. so, cik aa suruh dia datang jumpa kat taman perumahan makcik cik aa, dia datang. cik aa call him, nak cari yang mana satu.

"mana kau" soal cik aa. kepala didongak ke sana-sini. keadaan yang hingar sedikit sebab pasar malam baru hendak bermula.
"kau pakai baju hijau kan?" terkejut cik aa. he still know me? wah.. kuatnya ingatan.
"betullah. janganlah main sembunyi. mana kau"
"ni di belakang" letak sahaja hp, cik aa toleh belakang.
terkejut + tergaman dan banyak lagi ekspresi muka cik aa. tak sangka, dia masih ingat cik aa. ingatkan perubahan selama 12 tahun dapat mengubah cik aa, rupanya tidak. dan dia pun tidak berubah. still sama macam zaman kanak-kanak kami. cik aa kaku, tak tahu nak cakap macam mana. dia ajak keluar pergi minum.
"macam mana kau boleh kenal aku?" soal cik aa. yalah, macam mana dia masih boleh kenal sedangkan kami sudah sama-sama menginjak dewasa. pastinya berubah.
"kau tidak berubah. ingatkan kau gemuk." amboi, bekas ketua pengawas ni... suka hati saja cakap aku gemuk.
"kenapa kau boleh cakap macam tu"
"sebab emak kau kan gemuk" kami ketawa bersama.

dan bermulalah alkisahnya pembukaan kitab zaman purba. zaman dinasti kanak-kanak yang penuh dengan memory. panjat pokok, main guli, balik sekolah lumba lari sambil sembunyi di belakang pokok kelapa sawit, nak lumba siapa dulu sampai rumah. kalau time puasa, lumba lari untuk buka puasa sebab dah masuk waktu berbuka(puasa setengah hari), lumba awal pagi nak pergi sekolah sebab nak pungut jambu air(biarpun tuan pokok dah bagi warning, jangan ambil jambu air saya-tapi kami pungut juga), pergi memancing bersama, cari udang bila time ada orang pergi 'meracun', main obor-obor dan ikan julung-julung bila balik dari sekolah... oh so manyak memory.. tak terkata. rasa nak ulang semua memory itu kembali tapi its imposible.

time nak balik, cik aa terima satu berita yang sangat mengejutkan. a bad things. ingatkan keluarga cik aa jauh dari semua benda-benda ni. tahu sahaja benda ni, cik aa dah tak terkata. cik tin cuba tenangkan cik aa. bawa bersabar katanya. walaupun dia saudara tak berapa rapat tapi kami still punya ikatan darah. why she do this? sanggup.. oh no.. nasib baik masa nak naik bas dia bagitahu, kalau sebelum itu dia bagitahu rasanya sampai juga penampar sulung cik aa ke mukanya(tapi berani ke cik aa). tergamak dia buat macam tu. manusia, tidak tahan dengan nikmat dunia.

ya Allah, aku mohon pada-Mu agar Kau pelihara imanku

No comments:

Post a Comment

komen la. sama2 kita abiskn air liur(eh x yah pn, jaz use u hand)