Thursday, June 4, 2009

kahwin dan kerja

cik aa dan mereka (kerja dan kahwin)

assalamualaikum...w.w

"kau bagitahu kat bos, petang ni aku tak datang kerja," cik aa sudah memandang cik tin. nasi di hadapan dijamah. walaupun lauk simple, tapi tetap menyelerakan. biasalah, tangan keras yang masak...
"kenapa tak nak turun?" cik tin menimbulkan persoalan.
"boringlah. asyik mengantuk saja kat pejabat tu," balas cik aa. cik tin hanya mengangguk. padan muka cik aa, sebelum ni bercita-cita nak kerja di dalam ofis. bekerja ikut ofis hour, mula jam 9 dan balik jam 5. tapi kini tak sampai dua bulan cik aa bekerja, keluhan sudah memenuhi ruang bibirnya. mengadu, bosan.
cik aa balik rumah, on notebook dan sign in ym. on sahaja, dah ramai yang menerjah masuk ke rumah cik aa. padahal cik aa dah tulis terang 'dont u dare to buzz me'. nampaknya ramai yang berani buzz cik aa. rupanya ramai juga kawan cik aa yang kerja ofis hour. mereka semua bekerja sambil bersantai. ponteng kerja ke?

ym dengan mamat a. pengacau saja. cik aa ingat tak nak balas, tapi dia asyik buzz sampai bingit telinga. menyesal tak letak invis saja tadi.

'kenapa tak kerja?'
'ponteng. boringlah'
'ingat itu ofis bapamu kah, suka hati saja tak nak masuk kerja.'
memang itu bukan ofis cik aa. itu milik my boss, mr. l & mk land yang bayar gaji aku, getus cik aa dalam hati. bos cik aa sangat baik. dah 2 hari dia meeting kat luar, so tak datang pejabat. cik aa tabik spring lah kat dia sebab semangat dia nak belajar bahasa melayu sangat tinggi hingga sanggup mengajikan cik tin sebagai tutor untuk ajar dia supaya pandai bm. apa taknya, 30 tahun kat england. study kejuruteraan lepas tu sambung mba, pastu kerja. baru sekarang teringat nak balik. cakap dengan dia pun cik aa kena merangkak coz bi cik aa always kena tegur. haha..padan muka, siapa suruh tak belajar bi betul-betul.
'eleh cakap orang, dia pun sama'
'mana ada'
'dah berapa kilo tulang kau curi'
'aku tak curi tulanglah. aku tak ponteng, cari bahan di library ni.'
'oh.. kau r.a ya'
'yap'
teringat cik aa, sebelum ini sepatutnya cik aa pun dah jadi r.a kat arkib, tapi nampaknya bukan rezeki cik aa lah.

ym dengan mamat b

'kenal saya tak' cik aa tak sukalah kalau orang nak main teka kacang dalam ym ni.
'siapa?'
'takkan dah tak ingat?'
'memang low memory sekarang ni. banyak tertelan semut,'
'la, ya kah? kasihannya. ali lah'
'ali mana pula'
'ingat upsikan?' takkanlah cik aa lupa pasal uni cik aa. seminggu sekali cik aa lalu kat situ.
'yang rambut cacak tukah?'
'rambut cacak mana pula ni'
'bentuk macam mana ya'
'yang sedang2 saja' amboi, dia pergi letak lagi lirik lagu iwan kat dalam ym.
'ooo.. ingat.. ali sam from kedah kan?' saja nak menyakat dulu. padahal cik aa memang dah tahu dia.
'betullah. pandai pun' memang cik aa pandai. baru tahu ke?
'tahukah yat nak buat majlis hari sabtu ni?'
'tahu. tapi dia tak jemput'
'ceh... mengada. dia jemput semualah. jomlah pergi'
'tengoklah dulu'
'nak dating lah tu'
'awek pun tak adalah'
'yela tu. aku cuba untuk percaya.'
'en kamal kahwin nanti jomlah pergi'
'boleh saja.'
'ada kenderaan kah'
'ada.... banyak bas'
'pinjamlah motor'
'siapa nak bawa. aku bawa basikal pandailah'
'tumpang mi'
dan kami sama2 gelak. ceh.. nak kenakan aku lah tu.

memang masa cik aa sekarang sangat padat. kerja 5 hari seminggu. semalam pun terpaksa memaksakan diri untuk pergi pekan nak cari hadiah untuk mereka yang berkahwin. balik saja dari ofis terus langkah kaki diatur. sekali beli untuk tiga majlis. memang habislah duit nak beli hadiah. semua nak kahwin masa cuti ni. terpaksalah hujung minggu cik aa tidak dapat lagi memanjakan diri untuk berehat. minggu ni dan minggu depan. kenapa semua nak kahwin masa cuti sekolah? cik aa ketuk kepala... ok..ok.. cik aa tahu sebabnya..

No comments:

Post a Comment

komen la. sama2 kita abiskn air liur(eh x yah pn, jaz use u hand)