Wednesday, August 5, 2009

interview 1

salam syaaban...

esok adalah nisfu syaaban.... banyakkan amal - semoga diterima segala kebaikan kita

semalam balik dari interview... syukurlah kerana salah satu perkara yang membuat jantung cik aa berfungsi pada paras kelajuan 120 denyutan seminit kini sudah berlalu. lega-seleganya...
syukran YA ALLAH kerana segalanya berjalan dengan lancar. walaupun pada awalnya berlaku sedikit kegabrahan... tersesat... ceh padan muka cik aa, siapa suruh tak prepare awal-awal- pergilah buat lawatan sosial dulu sebelum pergi shoping(erk kantoi)

pagi-pagi dah buat risau sebab tak jumpa di manakah tempatnya. taxi driver pun tak tahu di mana tempat tu. so, singgahlah tepi jalan dan bertanya kat makcik-makcik yang ada di tepi jalan. mereka pun tak tahu, tapi katanya dalam sekolah ni ada juga PKG, tapi tak tahu kalau yang ini kamu cari. ada ramai saya nampak orang datang.... dan cik aa pun ?????

silap siapa sebenarnya, kami yang tak jumpa @ orang tempatan yang tak tahu @ KPM yang tak letak alamat penuh...?

don't blame anybody... yang penting dah selamat sampai.

jawab 135 soalan dalam masa 15 minit... bet me... because i can do that... cik aa orang pertama siap untuk ujian tu...(tapi lepas tu risau gila-hahaha... padan muka, jawab soalan tak baca soalan-bolehkah?)

soalan daripada penemuduga...

1. kamu nampak bermacam-macam juvana yang berlaku di sekeliling kamu, bagaimana kamu nak atasi?

2.apa langkah kamu untuk mengatasi masalah-masalah pelajar yang semakin meruncing?

3.bagaimana nak terapkan nilai patriotisme dan nilai murni dalam diri pelajar?

4. siapa nama ketua menteri sabah?

5. sila nyanyikan lagu negeri anda?- semua kawan gelak-kerana cik aa adalah orang terpilih untuk menyanyi(kata kawan-tak apalah, bila lagi nak nyanyi kalau tak ditemuduga-promot lagu negeri sekali)

penat-penat saja cik aa baca semua buku dan artikel yang berkaitan pendidikan, isu-isu semasa dan segala hal yang telah cik aa baca.
pengarah pelajaran negeri perak, KSN, menteri-menteri kabinet... habis dah cik aa baca (tapi kalau dia soal-tak boleh jawab juga) sebab semalam tak dapat tidur... dalam hotel banyak nyamuk... ikutkan hati nak pergi bakar....!!!

syukurlah kerana panel penemuduga cik aa dan kawan-kawan tak skema sangat seperti panel kedua. mereka disoal perkara yang sangat skema(FPK,PIPP etc)

sampaikan cik yatt(orang paling akhir) kena suruh baca doa qunut dan doa mandi wajib- 3 kali dia tanya balik, nak pastikan betul @ tak dia kena baca doa qunut dan 3 kali juga lah penemuduga tu angguk kepala

sebenarnya, semua itu bergantung kepada rezeki kita. ada DIA untuk menolong. setiap perkara ada impaknya, baik atau penuh cabaran.

No comments:

Post a Comment

komen la. sama2 kita abiskn air liur(eh x yah pn, jaz use u hand)