Sunday, May 10, 2009

fail praktikum i

kes 2 : tukang ajar sejarah dan BM


cik aa bersyukur. hanya dikehendaki mengajar tingkatan 1. cik wa ajar form 1 & 2. itupun mengajar kelas-kelas yang budak baik. pn. p.p baik. dia faham dengan mereka. so tak hendaklah dia merosakkan keputusan guru muda itu yang tentunya belum menjadi guru yang pasti. so dia bagi budak-budak yang baik sahaja. cik aa ajar kelas 1 rk, 1 al dan dan ba. unik juga nama-nama kelas. flower name. allamanda, balsam, carnation, daisy, gardenia, heliconia, ixora dan magnolia(just name a little).

first time masuk kelas, punyalah awal. cikgu kat dalam kelas ada lagi. tapi cik aa dah berdiri depan kelas 1 rk. aduh gabrah ni. sebelum ni mana pernah mengajar betul-betul. kaki dihayun. mantap. cik aa menggatikan guru yang baru keluar. tidak memberi peluang kepada murid untuk merehatkan diri walau sebentar. semua mata menuju ke hadapan. aduhai... janganlah pandang aku macam tu. bukannya alien. aku makhluk planet bumi lagi. belum terfikir untuk merantau dan menetap di pluto. setia pada dunia. cik aa pandang ke depan. 21 pasang mata memandang dia. bajunya kusut ka, kasut ni rendahkan, tudung kelepet kah? pelbagai andaian muncul dalam minda cik aa. tadi sebelum masuk ke kelas, rasanya semua ok. tak ada yang kurang.

"cikgu baru ya?" seorang murid menegur. alahai comelnya. duduk depan pakai songkok. cik aa mengangguk.
"saya ganti cikgu az. dia bagitahu saya dia dah masuk minggu lepas dan kamu sudah diberikan kumpulan. jadi saya akan menjadi guru bahasa melayu kamu untuk empat bulan ini. sebelum tu saya nak berkenalan dengan kamu semua," cik aa berkata yakin. berdebar sebenarnya. memang dia ada penyakit nervous. seram sejuk dirinya bila dijadikan subjek di hadapan. suara pun terasa bergetar. untuk menghilangkan debar, cik aa berdiri di belakang kelas dan meminta semua murid untuk memperkenalkan diri.

banyak pengetahuan diperoleh hari ini. tentang latar belakang muridnya. dalam kelas 1 rk, tidak ada murid yang memperoleh 3a upsr. terasa rendah pula. cik aa upsr dapat rendah saja. semua dapat 6a, 5a dan 4a. alamak. ni yang takutnya. ok cik aa. kau boleh.

No comments:

Post a Comment

komen la. sama2 kita abiskn air liur(eh x yah pn, jaz use u hand)