Sunday, May 10, 2009

me as the maintenance

"kamu buat tu," tangan ditunjuk ke arah meja. kain kemas terlipat didalam plastik yang pelbagai warna. garangnya. memang orang yang bernama kak ros garang ya? sebab dalam cerita upin & ipin, kak ros garang, tapi baik hati. macam tu jugalah di sini. dia bukan garang, tapi tegas. dan baik hati. pembantu kepada mereka yang baru termasuk cik aa yang tengah terawang-awang cari kerja. syukur, sudi diterima di sini walaupun kerja 'on' 'off'. cik aa turun kerja bila dia nak turun. hehehe.. macam pejabat bapa dia pula.

kerja cik aa simple. duduk seorang-seorang kat penjuru pejabat. duduk bersila di atas kerusi. dengan earpon di telinga. khusyuk. tak pandang keliling. sampai officemate tegur kat rumah, "kenapa cik aa buat kerja laju. buatlah pelan2 boleh dapat duit lebih sikit." gaji berdasarkan jam bekerja. tapi cik aa bosan, tak ada teman berbual. kak ros sibuk. yang lain pun buat hal masing-masing. so cik aa pun tak sedar sampai habis semua dah cik aa buat. tengok jam. hailo, datang jam 9 balik jam 11. balik rumah + tidur.

officemate cerita, mereka buat kerja macam cik aa. 1 plastik 1 jam. sedangkan cik aa buat lebih. sampai bos pun cakap, cik aa boleh masuk world rekod as 'manusia paling pantas...' yalah kot, sebab berapa kali dia panggil, cik aa tak dengar. serius buat kerja+ada earpon kat telinga. "oyoyo, sory bos. tanya apa tadi?" dan bos pun hanya menggeleng...

begitu komitednya dengan kerja..

No comments:

Post a Comment

komen la. sama2 kita abiskn air liur(eh x yah pn, jaz use u hand)