Tuesday, May 12, 2009

fail praktikum iv

kes 5 : mengajar komsas


SYAIR

begitu besar perkataan syair ditulis di hadapan kelas. kemudian seorang-seorang pelajar dipanggil oleh cik aa bertanya apa yang mereka faham tentang syair. sebenarnya cik aa pun tak tahu sangat tentang syair. dulu pun belajar masa sekolah. itupun dah hampir 7 tahun ditinggalkan. cik aa bukannya orang daripada aliran sastera. so, everything about komsas, cik aa just know a little bit. untuk memberi murid nota yang lengkap, cik aa suruh mereka tulis nota. first cik aa suruh mereka cari sendiri, tapi ramai antara mereka pun macam cik aa, baru belajar nak kenal apa itu komsas. so, cik aa and they pun belajarlah bersama-sama. satu yang cik aa paling boring nak buat adalah tulis nota kat papan putih. adui, dalam masa 4 bulan ni, 6 marker pen cik aa dah habis. ci wa, 1 pun tak luak. sampaikan, murid cik aa pun tahu, kalau cik aa masuk kelas pasti mereka dah spare maker pen sebab selalunya ayat macam ni lah yang keluar,

"apalah cikgu ni, bagi marker pun kedekut. dah habis dakwat pun," tak ke haru cik aa. dan biasanya cik aa akan jawab macam ni,

"ala, cikgu mana ada duit nak beli baru." hahaha... so simple.

kalau marker cik aa memang dah tak boleh keluar ink, cik aa buka and then terbalikkan marker tu sambil digoncang-goncang. manalah tahu ada sipi-sipi dakwat yang sudi nak keluar. tapi biasanya, dakwat tu memang dah tak keluar. tong sampahlah jawabnya.

penyelesaiannya, cik aa selalu buat macam ni. cik aa baca nota tu, lepas tu suruh budak tulis. kalau macam ni memang kena sabar lebih banyak sikit daripada orang yang memang dah sabar. coz, budak-budak ni tulis macam siput. lambat. cik aa bercakap sambil mengeja sebab ada sesetengah perkataan yang budak-budak tak tahu. lagi satu, kalau buat macam ni, suara kena tahap oktaf atau semaksima mungkin sebab kadang-kadang, apa yang kita cakap, budak tu tulis lain. tapi sama juga, kalau budak-budak tak dapat tangkap apa yang cik aa terangkan, terpaksa juga tulis kat depan papan putih.

hari itu, selesai sahaja murid-murid menulis nota berkaitan syair, cik aa meminta murid-murid untuk membacakan syair tersebut berdasarkan intonasi dan nada yang betul. sebelumnya memang macam tu, apa-apa hal cik aa suka untuk murid yang melakukannya sendiri sama ada membaca pantun atau petikan.

sebelum masuk ke kelas, cik aa sebenarnya dah kursus sekejap dengan cik wa tentang macam mana nak melagukan syair. cik aa memang tak pernah bersyair. dengar orang bersyair pun jarang. yalah, siapalah yang nak bersyair sekarang ni kalau tidak kat sekolah atau memang pertandingan syair. cik wa ajar cik aa bersyair. cik wa memang pandai. kagum cik aa. berapa kali dia tegur sebab cik aa salah mendeklamasikan syair tersebut. sampaikan cik aa cakap,

"Cik wa sajalah jadi set induksi cik aa ya. cik wa deklamasi sajak ni depan pelajar," cik aa dah give up nak belajar. susah juga sebenarnya. nasiblah cik aa. siapa suruh nak jadi cikgu bm. cik wa memang tak dapat tolong sebab dia ada kelas sama waktu dengan cik aa. oh..no, cik aa dah ketuk kepala. nak buat macam mana ni. kalut fikiran cik aa. tak apalah, baik suruh budak baca. mesti mereka dah pernah dengar. so, tak payahlah cik aa sibuk-sibuk kena bersyair. hahaha... bijak-bijak...
nanti aku cakaplah, 'ha, sekarang cikgu nak dengar kamu yang bersyair,' sudah terlakar rancangan yang baik dalam minda cik aa.

lama cik aa dalam kelas, siap main ugut-ugut lagi. tapi tak ada seorang pun yang nak mendeklamasikan sajak tersebut. alamak, mampus. cik aa sudah gabrah. macam mana ni.

"cikgulah baca," c boy sudah mengarah sebab dari tadi tiada seorang pun yang memberi kerjasama. kasihan kat cik aa.
"mana boleh, cikgu nak dengar kamu bersyair pula," cik aa cuba membantah dalam senyap. seorang-seorang penghuni dalam kelas tersebut dilihat. mata dihalakan kepada pelajar yang duduk di meja hadapan.
"ha, kamu baca," cik aa tunjuk kepada pelajar 2.
"taknaklah cikgu. saya mana pandai baca syair," laju pelajar menjawab. pelajar 2 sudah mengelak. juga gentar.
"cikgu, dia pandai baca cikgu. dia wakil sekolah," pelajar b menyampuk. cik aa pandang pelajar b sambil mengangkat kening.
"betulkah?" tanya cik aa.
"betul cikgu," jawab pelajar b. cik aa pandang pelajar 2. menyuruhnya untuk membaca sajak tersebut.
"mana ada cikgu, mereka tu mengarut." cepat-cepat pelajar 2 memintas. cik aa paksa juga dia baca.
"cikgu, kalau dia tak nak baca kita panggil teman lelaki dia di kelas a" pelajar lain pula menyampuk. semua pelajar mengiayakan cadangan pelajar tersebut. cik aa senyum. nampaknya ada modal ni nak gertak budak ni. sebenarnya, cik aa memang dah tahu gosip pasal pelajar yang bercinta-cintun ni. saja tak nak tunjuk sebab sebelum ni, kalau cik aa duduk borak dengan pelajar cik aa, semua gosip kawan mereka diceritakan kepada cik aa. cik aa cuma tadah telinga.
paksa-punya paksa, dia tetap tak nak baca. so cik aa guna kuasa veto keluarkan pas keluar bagi kat budak untuk pergi pergi panggil boy a di kelas a yang merupakan pelajar cik aa juga. laju langkah kaki c boy e melangkah keluar setelah mendapat pas. bukan berjalan, tapi berlari.
"cikgu, saya baca," laju pelajar 2 memintas larian sahabatnya yang sudah semakin jauh. cik aa ugut saja sebenarnya. ikutkan hati, kalau c boy dah sampai kat tangga cik aa akan panggil dia masuk semula. tapi tak payah sampai tangga, pelajar 2 sudah mempelawa diri. takkanlah cik aa nak pergi ganggu p&p pelajar cik aa.

suasana senyap sambil menanti pelajar 2 untuk memulakan syair. lama juga menunggu. jenuh cik aa dan penonton yang lain. setelah tiga kali paksaan tapi belum ada tanda-tanda nak bermula, cik aa keluarkan pas keluar. dengan signal tu, terus pelajar 2 cakap,

"oklah saya baca. cikgu ni, main ugut-ugut pula," baru kamu tahu macam mana cik aa sedaya upaya nak mengelat. intonasi awal sahaja membuat semua teruja. tetapi baru baris kedua, pitching dah lari. semua yang ada gelak sampai dengar satu bangunan. aduh, memang out. cik aa cuma senyum, sembunyi tawa sebenarnya padahal dalam hati sudah tergelak sakan. pundi kencing, jantung, limpa semua gelak dalaman(adakah?buat-buat ada sajalah). tapi kena control, nanti dia kecil hati, tak pasal-pasal tak nak masuk kelas cik aa next time. pusing punya pusing, tiada seorang pun yang nak mencuba. so terpaksalah cik aa juga yang mulakan. nervous gila. tangan bergetar ni. beberapa kali nafas ditarik kemudian dihembus semula. nampak muka-muka budak penuh dengan keterujaan untuk mendengar cikgu mereka pula bersyair. mesti best macam tun fatimah bersyair. cepatlah cikgu.

syair badrul zaman

beberapa lamanya demikian adanya,
....
diserahkan belajar oleh baginda,
akan badar putera yang muda

sebenarnya, baru baris pertama cik aa dah kecundang. malu gila. semua murid gelakkan cik aa. hish, budak-budak ni, sekurang-kurangnya janganlah tunjuk sangat kesalahan cik aa. cakaplah -deklamasi cikgu boleh dibaiki kah, suara cikgu merdukah, ini...

"cikgu, bukan macam tu baca syair," potong stim betul budak ni. dia tak tahu kah aku begitu sukarnya nak baca syair ni. cik aa sudah merungut. bila dia dongakkan kepala dari melihat buku yang ada di tangannya, terpandang di matanya semua pelajar sedang gelakkan dia. tak boleh jadi ni,
"kenapa kamu ketawa?" cik aa tak puas hati. sudahlah tadi dia membaca dengan getar.
"lawaklah cikgu baca," sekali lagi tawa memenuhi ruang kelas 1 r. memang semua ambil peluang untuk gelakkan cikgu. cepat gelak, jarang-jarang berlaku ni.
"ho, kamu gelakkan saya ya," cik aa tak puas hati. budak-budak tu, boleh gelakkan dia pula.
"pitching larilah," cik aa nak nangis.
"sampai hati kamu cakap macam tu. yalah, siapalah saya ni, suarapun bukan macam siti nurbaya," cik aa sudah menghentak-hentak kaki di hadapan kelas. tak puas hati dan rasa nak nangis.
as a revenge, cik aa paksa juga seorang-seorang baca syair tersebut. padan muka. kalau ada pelajar yang tak nak baca, cik aa ugut, panggil pasangan mereka untuk dengar mereka baca sajak. kerja cik aa menjadi mudah apalagi ramai sukarela yang memberitahu partner setiap daripada mereka, siap nak tolong panggilkan lagi. amboi, budak-budak ni, laju saja mereka kalau pasal couple ni, nak suruh baca syair berjam-jam. lepas ni, taubat, cik aa tak nak ajar syair lagi. ngeri.

1 comment:

  1. hahaha... akak amanda... ejek farah ar nie.... x per kite x amik hati pon tp klakar gak time tuh... hahaha.... tp x yah lah sampai ugut farah panggil si aslam.....

    ReplyDelete

komen la. sama2 kita abiskn air liur(eh x yah pn, jaz use u hand)