Sunday, May 10, 2009

fail praktikum ii

kes 3 : relief - mentah

kaki dihayun penuh semangat. hari ini dia akan menggantikan cikgu d. subjek apa yang akan diajar, cik aa pun tak tahu. tak apalah, nanti dalam kelas baru tanya kat budak-budak. memang begitu selalunya, subjek yang akan diganti hanya akan diketahui selepas memijak kelas dan melihat sendiri jadual budak-budak. memang untuk masuk ke kelas releif, kaki kena paksa gerak. kadang-kadang sengaja untuk datang lewat sedikit. persediaan sebelum menghadapi budak-budak mentah. hari ini cik aa hanya membawa sebatang marker pen. itupun dakwat dah nak habis, tinggal di hujung mata marker saja.

cik aa masuk dari pintu belakang. melihat ke dalam kelas. hanya ada beberapa orang saja. meja pun kurang.
"mana yang lain?" tanya cik aa. entah kepada siapa sebab dia pun bukan kenal ketua kelas dalam kelas tu.
"biasalah cikgu," seorang anak remaja yang baru mengenal usia remaja menjawab. cik aa memandang ke arah budak perempuan itu. faham apa yang dimaksudkan. lantas kaki digerakkan ke kumpulan pelajar perempuan yang sedang berkerumun. apalagi yang dibincangkan kalau bukan gosip. cerita pasal teman lelaki mereka. meluatnya cik aa dengar. pakai 'papa' 'mama' lagi. bukan dia cemburu, tapi ingat-ingatlah. mereka baru umur berapa tahun.

"cikgu relief ke?" seorang wakil dari kumpulan bakal mak datin itu menyoal.
cik aa menggangguk.
"cikgu garangkah?" terkejut cik aa. aku garangkah? pertanyaan itu hanya berlegar dalam hati cik aa.
cik aa mengangguk lagi.
"cikgu dah kahwin?" ni bukan soalan dari puan sri, tapi bakal wartawan kot.
cik aa mengangguk. jawapan tanpa suara.
"dah ada anak?" wah, bengangnya. banyak tanya pula budak ni.
cik aa menggeleng.
"oh, cikgu ni baru pengantin baru lah ya?" cik aa sudah ketuk kepalanya sendiri. begini rupanya berdepan dengan budak perempuan yang baru belajar nak matang. lepas ni kena buka munakahat pula!

No comments:

Post a Comment

komen la. sama2 kita abiskn air liur(eh x yah pn, jaz use u hand)