Wednesday, May 6, 2009

cerita dia

Huuh...huuu..
aku gelak saja baca sms kawan aku.. disebabkan dia dah sampai tahap kebosanan yang paling tinggi(tahap kelapan petala langit), dia kata nak lari dari rumah. nak lari ke rumah aku. aku kata on je, datang saja. lari sajalah cik wa... mai datang rumah aku. cuma aku risau kalau emak dia buat report polis. nanti haru juga kalau dalam harian metro ada tajuk panas "budak umur 24 tahun lari dari rumah"

hari itu buat 'date'( rasanya tak sesuai kosa kata ni) dengan teman. duduk kat restoran. borak pasal kejadian-kejadian lepas atau dalam bahasa mudahnya, update perkembangan sahabat yang sama-sama menjalani praktikal. almaklumah, selepas ini, kita hanya akan bersua semula semasa memegang skrol tanda tamatnya perkhidmatan kita sebagai pelajar uni. lepas ni, kita akan menjalani kehidupan masing-masing dan mempunyai komitmen lain yang lebih besar. bila dengar cerita mereka, nampaknya baru kini aku sedar bahawa, aku semakin jauh dengan mereka dan kehidupan mereka. entahlah. mungkin selepas ini, atau sekarang, kita sedang meniti kehidupan ke alam baru. dan cerita mereka juga pelbagai-ada yang menamatkan zaman bujang, ada yang jumpa mr.right, ada krisis.... semua ada dalam rencah SAHABAT...

cuma apa yang kuharap, kita tidak akan terpisah setelah tamat khidmat kita sebagai pelajar di sini. biar siapa pun yang akan kita jadi pada masa depan, kuharap kita tetap KAWAN, SAHABAT DAN TEMAN UNTUK SELAMANYA...

miss u all...

No comments:

Post a Comment

komen la. sama2 kita abiskn air liur(eh x yah pn, jaz use u hand)