Sunday, May 10, 2009

fail praktikum iii

kes 4 : releif - sabah tanah airku

sabah tanah airku
negeri kita yang tercinta
berbilang kaum, bersatu padu

aduh, rindunya kat tanah tumpah darahku. cik aa sebak sikit. tapi gembira. ini adalah kelas pertama yang bukan cik aa ajar. tapi diminta untuk menggantikan guru yang tidak dapat datang. pertama kali masuk sekolah, cik aa sudah diminta masuk sebagai guru ganti. untuk pertama kalinya cik aa masuk, cik aa hanya berkenalan dengan budak yang ada di dalam kelas. girl student not in the room. hanya ada dua tiga cupak sahaja dalam kelas. terkejut juga.

"yang ini saja kah murid dalam kelas ni?" cik aa tak tahu nak tanya kat siapa. lantas suara dikuatkan volumenya. dua orang budak tamil di hujung bercerita. 4 orang budak melayu lantas menoleh ke arah cik aa.
"cikgu, perempuan cikgu z panggil. yang lain hilang." cik aa lantas bergerak ke arah budak-budak itu.
"hilang!" siapa yang culik? seramnya kalau ada kes penculikan.
"pontenglah cikgu," terang lelaki yang berwajah hitam manis. comel.
"oh. no wonderlah ramai budak-budak kat luar tu. pergi panggil kawan sekelas kamu," arah cik aa kepada pelajar itu.
"tak payah cikgu. buat habis air liur saja," balas yang lain. cik aa angkat kerusi. rapat ke meja pelajar yang sedang berborak. lima orang. apalagi. sebagai orang baru, tak sah kalau tak berkenalan, walaupun cik aa tahu dia tetap takkan ingat nama-nama mereka semua. pening dengan pelbagai jenis versi nama.

"wah, bestnya. tak sangka pula cikgu ni dari sabah," si boy menyatakan kekagumannya. bangga pula cik aa. lantas cik aa bercerita dengan mereka menggunakan loghat sabah. tak adalah pula terbuka mulut sebab terpegun. tapi faham apa yang cik aa cakap. kena penangan orang sabahan kot..ayu, fiq, adam & others. tq kat merekalah sebab berasal dari sabah, walaupun tidak ada kaitan sebenarnya.

"cik aa tinggal atas pokok kah?" woi.. ni namanya menjatuhkan serendah-rendahnya maruah cik aa. tapi cik aa tak kecil hati, mereka masih budak. sedangkan selama cik aa di sini, pertanyaan itu memang biasa.

"mana ada. saya pun tak pernah lagi jumpa rumah di atas pokok kat sabah. kalau kamu pernah jumpa, bagitahu lah saya. saya pun nak tengok juga." geram cik aa. orang terpelajar pun selalu tanya cik aa macam tu. kadang-kadang jawab macam ni kalau dah tak dapat nak rehatkan marah+geram cik aa,

"betullah. tinggal atas pokok. naik pokok pakai lif. dalam rumah pondok ada astro dan internet."

lama juga bercerita dengan budak-budak tu. mereka seronok dengan pengetahuan baru mereka tentang negara kelahiran cik aa. sampaikan ada yang nak datang sabah. cik aa on saja. siap nak jemput kat airport lagi kalau mereka nak pijak negeri cik aa.

"cikgu dah nak keluar. jangan pergi ke mana-mana? pastikan panggil cikgu seterusnya," pesan cik aa.
"ala, janganlah cikgu keluar. mana ada cikgu lepas ni. cikgu duduk sinilah. kita borak. kami free sampai balik," si boy sudah merengek. ayoyo. takkan nak borak sampai tiga masa. kering air liur cik aa. tapi tak sampai hati pula. lantas cik aa duduk untuk lima belas minit dan layan mereka berborak. bila dah cukup masa, cik aa cekalkan hati. tak nak tertawan pujukan mereka. pandai saja pujuk cik aa stay dan layan mereka bercerita. cik aa nak baliklah. nak rest.


_________________________

kereta dipandu dalam kelajuan sederhana. cik aa dan cik r duduk di belakang. cik t dan en s di depan. borak pasal posting. semua pelajar praktikum dalam kereta kancil itu sebulat suara nak posting ke sabah. ini semua atas ganjaran daripada cerita puan pensyarah. pandai dia promotekan negeri kelahiran cik aa kepada pelajarnya. menyeru agar mereka berkhidmat di sabah. dengan segala hujah yang dibentangkan, mereka semua tertarik untuk posting ke sabah. cik aa tak tertarik pun untuk posting di sini. nak balik kampung juga.

"ala cik t, posting sinilah," rayu en s. dia tak puas hati. sebelumnya mereka semua tahu, en s sudah awal-awal bagitahu agar cik t posting di sini. takut rindu katanya.
"taknak. nak kat sana juga," teguh jawapan cik t. sudah tidak mahu mengubah keputusannya. nampaknya, segala alasan yang telah dibentangkan oleh puan pensyarah telah menutup hatinya.
"susah kat sabah nanti," masih memujuk.
cik aa kat belakang masih senyap. diam mendengar. tadi en s juga ada bertanyakan tempat-tempat menarik yang ada di sabah. cik aa dah bagitahu apa yang dia tahu.
"apa ada ka..."
"banyak!" belum habis en s habis berkata-kata, cik aa sudah menyampuk. semua yang ada terpengun. memang banyak yang ada...

No comments:

Post a Comment

komen la. sama2 kita abiskn air liur(eh x yah pn, jaz use u hand)