Thursday, September 3, 2009

kembali

salam ramadhan..

semoga kesejahteraan sentiasa berada bersama kita.
semoga hikmah ramadhan dapat kita nikmati

setelah beberapa hari berpuasa, baru kali ini cik aa menjengah blog kembali.

sudah beberapa kali cik aa menjengah Bazaar ramadhan di sini, tapi tidak pernah sekalipun terserempak dengan orang yang cik aa kenal.
kuasa ALLAH, sesungguhnya pertemuan itu memang diatur oleh DIA. selepas balik dari menara celcom(tak tahu di mana tempatnya, yang cik aa tahu, dekat dengan Panggung Budaya, Balai Seni Lukis Negara, PNM and etc) cik aa dan rombongan cik wa pegi membeli-belah di bazaar. memang banyak lah yang diborong.
terserempak dengan prof(pensyarah yang paling baik) tapi apa yang kami nampak (cik aa & cik wa) prof semakin kurus. he still remember us, cuma tak ingat dalam sem berapa. muka kami pun dia dapat cam... thanks prof, 4 all thing yang prof perkenalkan pada kami.

cik wa asyik lah dok puji prof....
"Betul ni prof,u are still handsome..."

semua orang akui, prof adalah orang yang mempunyai rupa paras yang kacak. semua orang kata, masa muda dia pasti lebih handsome. semua kami pernah mempunyai hasrat untuk melihat wajahnya ketika muda. ialah, kalau sampai dah nak bersara pun still handsome.. pasti dulu lebih handsome. kawan-kawan cik aa kalau nampak dia pasti akan sebut prof tu handsome...
ada kacukan arab + hindi...

No comments:

Post a Comment

komen la. sama2 kita abiskn air liur(eh x yah pn, jaz use u hand)