Wednesday, June 2, 2010

this is what we call a 'life'

salam alaik...

cik aa pun tak pasti, sama ada cik aa yang ketinggalan dan tidak mengambil tahu alam sekeliling, atau sebenarnya alam sekeliling ni yang bergerak merentas masa. kenapa ya?

semua berbondong-bondong mengirim melalui sms, facebook, kad jemputan dan melalui mulut sendiri. semua mereka menjemput atas misi yang satu... meminta agar cik aa hadir ke majlis mereka. saat mereka bergelar raja dan ratu sehari. saat penyatuan dua jiwa menjadi satu. saat termetrai ijab dan kabul. saat menghalalkan hubungan mereka. saat mereka menyandang gelaran suami dan isteri...

semua rakan cik aa seakan-akan berlumba-lumba menamatkan zaman bujang. tidak putus-putus jemputan untuk cik aa. satu-satu melestarikan hubungan mereka.

aduh.... terlalu ramai sampai cik aa pun tak ingat yang mana satu... risau juga lepas ni kalau jumpa, cik aa masih menggunakan gelaran cik padahal dah puan.. tahniah kepada sahabatku yang telah dan bakal berkahwin.

saat keadaan ini berlarutan, barulah cik aa kembali berfikir..
1. adakah usia cik aa sudah semakin larut?
2.kenapa cik aa masih begini..masih sama seperti dulu. langsung tiada perubahan.
3.sebenarnya memang benarlah semua kerisauan orang(keluarga & teman) tentang status cik aa
4. so.....?

cik aa tidak sedar masa sudah menginjak ke hadapan. saat semua orang sedang melangkah ke masa ini, cik aa masih lagi di takuk lama. masih berpegang dengan prinsip lama... akhirnya bila terlalu ramai yang membuat perubahan, barulah saat itu cik aa terkial-kial. rupanya cik aa sudah jauh ketinggalan.

1. zaman belajar di sekolah sudah lama berlalu
2. zaman hidup di universiti juga sudah lama berlalu
3. saat dunia pekerjaan juga sudah dihadapi...

kenapa cik aa baru sedar sekarang yang dunia cik aa masih lagi belum lengkap..
baru sekarang cik aa cuba untuk menoleh, mencari semula apa yang tertinggal di belakang.
tapi apakah yang tertinggal itu masih mampu dikutip semula/ sudah dikutip oleh orang lain...

cik aa cuma mohon agar apa yang ada di hadapan sempat cik aa 'grab'
tolong YA ALLAH agar segalanya berjalan lancar. sesungguhnya manusia merancang, DIA juga merancang. perancangan-NYA adalah yang terbaik...
semoga cik aa dirahmati oleh-NYA

No comments:

Post a Comment

komen la. sama2 kita abiskn air liur(eh x yah pn, jaz use u hand)