Sunday, May 16, 2010

terima kasih, cikgu

kesejahteraan untuk kita semua

selamat hari guru kepada semua guru-guru. syukur ke hadrat Ilahi kerana kita diberi kesempatan lagi untuk menghadapi hari ini-hari guru bagi semua insan yang bergelar guru.

terima kasih cik aa ucapkan kepada semua guru yang pernah memberi ilmu cik aa. pernah menumpangkan cik aa di sekolah. pernah memberi suluhan ilmu kepada cik aa. membantu menjadikan akhlak cik aa yang terbaik dan mencorak warna hidup cik aa sehingga berjaya menjadikan cik aa pandai untuk menulis, mengira, membaca, menganalisis, memahami dan pandai mengorak langkah dalam kehidupan ini.

terima kasih atas dedikasi, komitmen, dan sumbangan cikgu yang tak pernah lelah untuk mendidik cik aa sehingga cik aa berjaya menjadi insan seperti hari ini.

cik aa takut nak fikir... seandainya dulu cikgu-cikgu tidak didik cik aa=cik aa tak tahu sekarang ni cik aa jadi macam mana.

terima kasih kepada semua guru cik aa sejak sekolah rendah, sekolah menengah sehinggalah ke universiti...

dulu cik aa yang belajar, sekarang cik aa pula yang ganti tugas-tugas guru-guru cik aa yang dulu. sekarang cik aa pula yang galas segala tanggungjawab guru-guru cik aa yang dulu.

dulu

kita adalah pelajar
tugas kita adalah belajar
dengar segala tunjuk ajar
tumpu kepada pengajar
agar jadi orang terpelajar

sekarang

kita adalah pengajar
tugas kita mengajar
dengar dan bantu pelajar
berikan segala tunjuk ajar
agar membentuk orang terpelajar

terima kasih cikgu... jasa cikgu hanya kepada ALLAH cik aa mohon untuk membalasnya...

No comments:

Post a Comment

komen la. sama2 kita abiskn air liur(eh x yah pn, jaz use u hand)