Thursday, June 17, 2010

Amalkan suka membaca

May Allah bless us

napa tiba2 pula membaca ni? Hahaha.. Cik aa memang minat membaca, tapi kebanyakannya picisan like novel, majalah dan kartun. Ada juga majalah ilmiah, tapi...hehehe.. Tuhan saja tahu berapa abad ia terperuk dalam almari sebelum cik aa baca sampai ke halaman terakhir...

ayah suruh beli buku ilmiah sebab pada pandangan dia, segala macam buku(novel &etc) yang penuhkan almari tak datangkan banyak faedah. Sekali baca,lepas tu berhabukla ia. Kan ke rugi. Dia suruh beli buku kewangan ke, motivasi ke & yang sekeluarga dengannya. Bukan tiada cik aa beli,ada cuma tak banyak. Nyatanya, novel lebih majoriti daripada buku historian cik aa (ada sesetengahnya blum habis cik aa baca)

the latest, bulan mei cik aa beli 3 novel dari jemari seni. Balas dendam sebab tangan da lama gatal nak beli novel. Last beli pun tahun lepas. .. Sampai 3 buah cik aa beli.
1. Hlovate-versus (habis baca-1 hari)
2.nazawati-teluki itu untuk aku (habis baca -setengah hari)
3.nasz-sweet sour (tak habis baca lagi)

cik aa memang suka dengan hasil tangan hlovate(banyak da koleksi hlovate dalam almari cik aa). Berdakwah melalui tulisan.masalahnya,dakwah cik aa tak jadi bila cik aa suruh kawan2 baca novel tu.. Mereka tak suka, mungkin belum serasi dengan style tulisan hlovate dan penggunaan BI lebih banyak.

teluki itu untuk aku-karya biasa2 saja

sweet sour. Aduh..aku kesianla kat novel ni, duk terperuk saja. Sampai sekarang tak habis2 lagi. (sory tak bermaksud apa2.cik aa yang silap). Nilah first time cik aa begini, beli novel tapi tak baca. Cik aa baca pun semasa dalam perjalanan,ntah brapa kali ke bandar, kemudian perjalanan ke tawau dan semporna lagi. Tapi novel tu tak habis2 lagi..mungkin kena tawaf 1 sabah, baru cik aa khatam. Sebenarnya cik aa ikut perkembangan novel ni, sejak ayat pertama ditulis oleh penulisnya(as d silent reader). Cik aa suka dengan gaya penulisannya. Santai.. Cik aa x sabar tunggu versi cetaknya bila diberitahu ia akan dicetak. Sungguh kecewa bila baca ulasan kawan2 dalam WR. Ia tak seperti ending yang cik aa sangkakan. Akhirnya watak utama tak bersama dengan orang yang sepatutnya.cik aa da patah hati. Tapi, da tak boleh cancel order(da bayar pun).cik aa kuatkn hati, mungkin tak seperti yg cik aa sangkakan. Bila pejabat pos call, bagitahu ada barang sampai, cik aa yang tak sabar2. Dalam kereta lagi,kotak dibuka, siap baca lagi(blum sampai rumah pun). Sikap cik aa bila baca novel,open d last page..nak cari yang happy ending.. Akhirnya..memang sama dengan ulasan kawan2.. Ianya bagi cik aa bukan happy ending. So, untuk elak cik aa tambah sakit hati, cik aa cuma baca untuk saja2. (menjadi juga penulisan novel ni sebab berjaya corakkan emosi)... InsyaAllah, cik aa akan cuba juga habiskan novel ni.

No comments:

Post a Comment

komen la. sama2 kita abiskn air liur(eh x yah pn, jaz use u hand)