Friday, August 27, 2010

Baik-baik sayang - 13

salam jumaat semua..
smoga kesejahteraan sentiasa bersama kita

Sulaiman bangun daripada pembaringannya. Tadi dia hampir terlelap. Bila mendengar bunyi pintu bilik air terbuka, secara spontan juga matanya menjadi segar. Hilang rasa mengantuk. Apatah lagi matanya dihidangkan dengan sesuatu yang di luar dugaan.

Dia mendengar nyanyian perlahan Balqis. Itu dia tak hairan sangat. Malah disambungkan lagi rangkap nyanyian seterusnya. Dia memang suka dengan lagu tersebut. Selalu dipasangkan mp3nya dalam kereta.

Tapi yang paling membuat dia terpegun adalah melihat sang puteri yang hanya berkemban dengan tuala. Tuala yang berwarna hijau cair itu hanya menutup ruang tertentu hinggalah ke paras paha. Seksi beb!

“Assalamualaikum,” sapa Sulaiman perlahan. Dia mengengsot perlahan di atas katil. Bergerak hingga ke hujung katil.

Sulaiman tergelak kecil bila tidak mendapat sebarang respon daripada Balqis. Salamnya langsung tak berbalas.

Hai Qis, takkan terkejut badak sampai koma kot. Cepat-cepat Sulaiman bergerak dari katil. Dia mendekati Balqis.

“Qis,” perlahan nama itu disebut. Tangannya mengawang-gawang ke hadapan wajah Balqis.

Balqis yang terkejut dengan panggilan itu tersedar. Tambah terkejut dia dengan kehadiran Sulaiman depan matanya. Sangat hampir. Tak sampai dua inci pun wajah Sulaiman di hadapannya.

Tadi dia terkejut sebab tak sangka Sulaiman akan datang. sekarang tambah terkejut lagi dengan kehadiran lelaki itu di depan matanya. Sangat rapat. Sampai nak kelip mata pun dia takut.

Akibat terkejut yang teramat, Balqis terundur ke belakang. Pengundurannya sangat strategik apabila dia selamat bersandar pada almari yang ada di belakangnya. Secara spontan dia melakukan tindakan itu. Nasiblah tak jatuh terus ke lantai. Kalau tak memang dia akan membuat tayangan perdana.

Sekarang ni kakinya tak boleh bergerak. Kaku kena paku di lantai. Nak melangkah rasanya tak terangkat kaki. Mulut memang langsung tak boleh keluarkan suara. Apa yang Sulaiman cakap tadi langsung tak tercerna oleh mindanya. Blur. Kehadiran Sulaiman yang secara tiba-tiba betul-betul membuat dirinya macam kena strok. Hilang upaya untuk bergerak.

Tangan sebelah kanan memegang tuala yang dirasakan mahu terlucut. Tangan kiri berusaha semaksima mungkin untuk menampung tubuh agar tidak tumbang. Memang perasaan dan fizikalnya sekarang ni kalau boleh biar rebah sahaja. Biar pengsan terus sebab terkejut yang amat sangat. Tapi kalau betul-betullah dia pengsan, memang dia tidak akan mampu untuk bayangkan apa yang akan terjadi. Sebab itu dia kerah sepenuh tenaga untuk tidak pitam atau jatuh sekarang.

Janganlah tuala ni nak buat show malam ini. Janganlah kau jatuh. Janganlah lelaki itu melakukan tindakan yang di luar dugaan. Panjang doanya dalam hati.

Ya Rabbi, kenapa dia boleh ada depan aku sekarang. Dalam keadaan yang tak patut pula tu. Berulang-ulang dia mengucap. Cuba mengembalikan diri ke alam nyata.
Memang selama ini dia tidak pernah bersalin pakaian depan Sulaiman. Dia lebih rela bertukar di dalam tandas. Malah, kalau ada Sulaiman dalam rumah atau dalam bilik ini khasnya, dia lebih selesa mengenakan seluar panjang dan kemeja-T kalau boleh, yang lengan panjang.

“Qis sihat?” soal Sulaiman perlahan. Langkahnya juga perlahan.

Perlahan-lahan dia menghampiri Balqis yang ada di hadapannya.

“Si.....hat,” tergagap-gagap Balqis membalas.

Entah sejak bila pula dia sain agreement dengan persatuan gagap sedunia ni. Tiba-tiba sahaja lidahnya jadi tak petah bicara. Jadi tak tahu nak membalas. Padahal soalan Sulaiman tu amat mudah untuk dijawab.

“Baru abang tahu kalau isteri abang ni ada masalah pertuturan,” ujar Sulaiman sambil tersenyum.

Sengaja gurauan itu dihadirkan. Dia tahu akan kekalutan Balqis. Tapi dia buat tak peduli.

Balqis yang mendengar tidak mampu membalas. Hanya kutukan membukit sedang membengkak dalam hatinya. Sungguh dia benar-benar tidak suka dengan keadaan yang sedang dia hadapi kini.

“Tepi.” Tangan kiri Balqis mengagau mencari jalan keluar. Cuba ditepis tubuh Sulaiman yang sedang menghalang laluannya.

“Kalau abang tak mahu,” balas Sulaman sambil tersenyum.

Dia semakin mara ke hadapan. Kakinya sudah bersentuhan dengan hujung kaki Balqis. Kedua tangannya di depakan ke hadapan. Tangan kanan menjangkau ke belakang. Menyentuh almari. Begitu juga dengan tangan kiri. Tapi kedua tangan itu saling tidak bersentuhan, hanya menyentuh almari yang ada di belakang.

Balqis sudah kalut. Dia yang terkurung di tengah-tengah memang tak boleh berbuat apa-apa. Kalau dia mengGanas, tidak mustahil tuala yang cuba dipertahankan agar tidak terlucut akan terlepas dari pegangannya. Tangan kiri sedaya mungkin menolak tubuh Sulaiman.

4 comments:

  1. Hahaha.
    Gelabah terus Balqis.
    Makin suka la sulaiman nk menyakat.

    ReplyDelete
  2. ahaaha
    nice...
    sweet je Qis ni
    smbg lg k!!

    ReplyDelete
  3. hahaha..
    suka betul sulaiman nih..

    ReplyDelete
  4. amboi...brsemangat ye korang masuk bab2 cam ni :)
    jga2... kang makruh pose, aku x mo brtanggungjwb

    ReplyDelete

komen la. sama2 kita abiskn air liur(eh x yah pn, jaz use u hand)