Wednesday, August 25, 2010

baik-baik sayang 12

Sulaiman ketuk pintu bilik itu perlahan. Bila tiada respon, dia ketuk lagi. Kali ini lebih kuat. Siap memberi salam lagi. Namun masih seperti tadi. Tiada balasan dan tiada tanda-tanda akan dibalas.

Takkan tak ada orang pula. Tapi dia nak ke mana malam-malam macam ni. Sulaiman membuat andaian sendiri.

“Masuk saja Man. Dia ada di dalam tu. Jangan-jangan dah tenggelam dalam lautan mimpi.” Tiba-tiba sahaja ibu mertuanya tercengat di tepi pintu.
Terkejut sebentar Sulaiman dengan kehadiran yang tiba-tiba itu. Tidak sedar Sulaiman dengan kehadiran ibu mertuanya itu. Macam Chipsmore, tadi tiada, sekarang ada pula tiba-tiba. Sungguh magik.

“Buka sahaja. Biasanya dia bukan suka kunci pintu bilik. Selalunya dia suruh ibu kejutkan dia pagi-pagi,” terang Puan Mariam lagi bila melihat menantunya itu masih dalam keadaan keliru. Masih teragak-agak untuk masuk ke bilik sendiri.
Aduhai Sulaiman, awak tu bukannya nak masuk bilik dara orang, tapi nak masuk bilik isteri sendiri. Kenapalah perlu berfikir panjang. Puan Mariam hanya membebel dalam hati. Menggeleng sebentar dia melihat telatah menantunya itu. Macam pengantin perempuan yang takut masuk bilik pada malam pertama pula.

Sulaiman yang mendengar saranan ibu mertuanya hanya mengangguk. Berura-ura untuk melakukan apa yang disuruh seperti kata ibunya tadi.

Dia memutar tombol pintu. Memastikan keadaan pintu yang sebenar. Sama ada berkunci atau tidak. Bila dia putar dan pintu terputar bila dia tolak, Sulaiman sudah tersenyum. Hai Qis, dah besar panjang pun masih suruh ibu juga yang kejutkan. Tak kunci pintu pula tu. Bahaya ni! Nanti time buat pojek kena serbu, memang nahas! Sulaiman sudah tersenyum dengan andaiannya sendiri. Aduhai Sulaiman, jauh juga kau mengalamun. Benda yang tak pasti pula tu.

Sulaiman selamat masuk ke dalam bilik Qis. Keadaan bilik itu masih sama seperti yang dia tinggalkan lima hari lepas. Beg pakaian diletakkan di tepi pintu. Di atas katil ada beg tangan warna coklat. Pasti Qis baru balik kerja.

Dia tercari-cari ke mana hilangnya tuan punya bilik. Ingatkan dah tidur, selamat belayar ke lautan mimpi seperti kata ibu mertuanya. Tapi tiada pula batang tubuh yang dicari itu di atas katil.

Sulaiman melangkah mara ke hadapan. Bila terdengar desiran air dari tandas, nafasnya terhembus lega. Baru mandi minah ni. Lambat pula dia mandi. Aku baru cadang nak mandi.

Sulaiman mengambil beg pakaian di tepi pintu. Nasiblah dia sudah solat Maghrib masa dalam perjalanan, kalau tidak mesti dia akan tertinggal solat. Sekarang ni misinya adalah mandi. Badan sudah melekit setelah perjalanan hampir sejam dari rumah emaknya tadi.

Beg di tepi dicapai. Tuala dikeluarkan. Beg itu diletakkan di tepi katil. Nanti-nantilah aku kemas. Bisik Sulaiman perlahan. Dia menjatuhkan tubuhnya di atas katil. sementara menanti minah tu keluar dari tandas, baik aku rehatkan tubuh badan yang letih ni kejap.

hanya satu pintaku
di siang dan malammu
baik-baik sayang
karna aku untukmu

semua keinginan akan aku lakukan
sekuat semampuku, sayang
karna bagiku kau kehormatanku
dengarkan, dengarkan aku

Balqis masih menyanyi kecil. Sepertinya ada yang menyambung nyanyian untuk rangkap seterusnya. Tapi dia tak ambil peduli. Anggapannya itu hanya suara radio dari jiran sebelah. Jirannya itu memang suka melalak. Macamlah dia saja yang ada set hi-fi macam tu. Bergegar satu taman.

Suaranya yang perlahan kedengaran memenuhi ruang kamar setelah dia keluar dari kamar mandi. Tangannya masih memegang tuala kecil dan setia mengelap rambutnya yang dibasahkan. Lega terasa setelah bersiram. Tubuh rasa lebih selesa dan segar. Tuala kecil yang berwarna hijau itu setia dilekapkan di kepala. Senada warnanya dengan tuala separas paha yang membalut tubuhnya saat itu. Sedikit mengigil tubuhnya yang separa terdedah itu setelah disirami dengan air dingin yang menyegarkan.

Langkah Balqis terus menuju ke sudut bilik. Ingin mengambil baju tidur. Bila kakinya terasa tersepak akan sesuatu, cepat-cepat dia alihkan tuala dari kepalanya. Rambutnya ditebak ke belakang. Matanya melilau ke bahagian bawah.
Terkejut dia bila terlihat sesuatu di atas lantai. Matanya membuntang. Nafasnya kedengaran berat. Jantungnya seakan hendak pause.

Macam kenal. Ini bukan beg mamat yang dah jadi suami akukah? Balqis meneka perlahan.
Kepalanya diangkat. Tertoleh-toleh. Mencari tuan punya kepada beg tersebut. Bila matanya sudah menangkap apa yang dia cari tadi, matanya tambah membesar. Terkejut. Lidahnya pun terkelu. Langkahan kakinya jadi kaku. Seolah-olah di paku di atas lantai itu.

6 comments:

  1. alahai....time bab2 best pulak sambungannye...hish jiwa jadik kacau cam ni...Cik AA...kasi banyak sket bab2 romantik ya...hihihi (gatalkan)

    ReplyDelete
  2. hahaaaaaahha,......betul-betul!!!! next n3, please..................

    ReplyDelete
  3. cik penulis ...

    agak2 ... Lara Rindu keluar tak raya ni? ... tak sabar nak baca .... huhhuhu .....

    ke dah kuar dah .... ambe je yang tak tau ...

    ahkak

    ReplyDelete
  4. dr.love & qila- jmput bca
    anon: 1 sept bru kluar

    ReplyDelete
  5. alright!!! ... yeehaaa ... cuti raya baca novel .... woookeeyyy .... will go and find Lara Rindu on 1 sept ...

    ahkak

    ReplyDelete
  6. anon:slamat braya dgn novel bru...
    jgn smpai abaikn peraya yg dtg braya pla

    ReplyDelete

komen la. sama2 kita abiskn air liur(eh x yah pn, jaz use u hand)