Tuesday, August 24, 2010

Baik-Baik Sayang 11

Balqis menyanyi riang di dalam tandas. hari ini semua kerja terlaksana dengan jayanya. Jadi, dia tidak perlu fikir-fikir sampai bawa ke rumah.

Dia baru sahaja sampai ke rumah ketika jam menunjukkan pukul sembilan malam. Belum terlalu malam untuk dia balik rumah. Dan bukannya terlalu lewat untuk dia balik.

Tadi selepas balik dari kerja, dia dan beberapa teman sepejabatnya ada keluar berfoya-foya selepas waktu bekerja. Hmm... perkataan berfoya-foya yang sinonim jika dia dan rakannya melakukan aktiviti yang mereka sukai seperti tengok wayang, makan ramai-ramai, shopping, main boling, karaoke dan sebagainya. Bukan seperti yang biasa yang dilakukan oleh perempuan di luar yang menggendeng lelaki, masuk pub, minum arak dan yang seangkatan dengannya.

Bagi Balqis dan rakan-rakan, begitulah cara mereka berfoya-foya atau menceriakan hidup masing. Tidak memberi sebarang kesan negatif kepada semua pihak. Yang penting, semuanya puas hati dan terhibur dengan segala aktiviti yang telah mereka lakukan.

Balqis, Zainab, Munirah dan Saffiya baru sahaja menghabiskan masa di mall. Sama-sama jamu mata dan melapangkan minda setelah penat bekerja seminggu. Tengok wayang kemudian makan di secret recipe.

Bukannya tidak boleh keluar pada hujung minggu. Tapi mereka memang sudah sepakat untuk membuat sebarang aktiviti di luar hujung minggu. Hujung minggu memang diperuntukkan untuk berehat dan kemas rumah. Waktu yang sepenuhnya digunakan bersama keluarga.

Baru saat ini Balqis merasakan dirinya sedikit merdeka. Maklumlah jadi bujang balik. Tak ada pak pacak yang perlu tahu semua aktivitinya dan melarang dia melakukan segala perkara yang dia suka. Lagipun dia sudah meminta izin untuk semua itu. Awal-awal lagi dia dah cakap pada sang suami.

¡°Awak, lepas ni, saya nak lakukan semua aktiviti yang biasa saya lakukan. Saya nak minta kebenaran awal-awal untuk semua yang akan berlaku dan telah berlaku. Saya nak minta maaf jika ada kesalahan yang akan saya lakukan selepas ini,¡± panjang permintaan Balqis

¡°Amboi Balqis, banyaknya minta izin. Siap minta maaf lagi,¡± balas Sulaiman cepat. Tersenyum dia dengan telatah Balqis. Tak pernah lagi dibuat orang, pengantin baru minta kebenaran untuk perkara yang akan datang.

¡°Yalah. Manalah tahu saya nak keluar rumahkah, kawan ajak jumpakah, atau ke mana-mana sahaja saya pergi, saya nak minta kebenaran awal-awal. Saya tak nak telefon awak berkali-kali nak minta kebenaran. Walaupun saya ni bukannya suka sangat kahwin, tapi secara tidak langsung saya punya tanggungjawab sebagai isteri. Saya nak setiap langkah saya diredhai, sebab tu saya nak minta izin dan minta maaf untuk semua perkara yang akan datang. Jadi awak tak perlulah susah nak bagi kebenaran satu-persatu untuk semua tu. bagi kebenaran sekaligus, lagi senang,¡± luah Balqis.

Panjang penerangan Balqis. Dia tahu, biarpun dia tidak suka dengan Sulaiman, namun dia tetap isteri kepada Sulaiman. redha Allah ada pada redha Sulaiman. maka, untuk memastikan segalanya berjalan berlandaskan syariah, dia perlu mentaati raja dalam kerajaannya iaitu Raja Sulaiman.

Balqis tetap sedar akan status dirinya. Dia tetap isteri kepada suaminya. Jadi, secara tidak langsung dia telah terikat dengan status isteri tersebut. Untuk mendapatkan redha Allah, dia perlu dapatkan redha suami dulu.

¡°Pergilah. Abang benarkan,¡± ujar Sulaiman sambil pandang Balqis.
Dia sebenarnya risau juga jika memberi kebenaran begini. Nanti entah apa-apa aktivti yang akan dilakukan oleh Balqis. Paling ditakuti jika Balqis keluar dengan lelaki lain. Macam mana dia nak buat ni? Takkan nak tarik balik kebenaran yang dah diberi. Tapi kalau tak diberi, pasti Balqis akan bertindak lebih jauh lagi. Setakat ini, boleh saja dia nak mengelak jumpa Sulaiman, masalahnya sekarang mereka dah kahwin. Pasrah sajalah, monolog Sulaiman.

¡°Tapi Balqis kena ingat, jaga akhlak Balqis sebagai seorang isteri. Abang tak nak dapat dosa sebab dah bagi kebenaran pada Qis sampai Qis boleh lakukan semua perkara yang dilarang. Abang tak akan redha untuk benda-benda yang mencalitkan dosa pada abang,¡± sambung Sulaiman semula.

Peringatan kecil untuk Balqis diberi. Sulaiman tidak mahu terpalit sekali jika isterinya itu telah melanggar arahan.

¡°Takkan lah saya nak buat macam tu. Tapi kalau saya terbuat, saya nak minta maaf awal-awal,¡± kata Baqis sambil tersenyum.

¡°Tapi kalau Qis buat juga, abang akan tarik balik segala kebenaran abang. Abang gunakan kuasa veto bawa Qis ikut abang. Berhenti kerja,¡± tegas Sulaiman memberi arahan. Lagak seorang kesatria yang memberi arahan kepada anak buahnya.

¡°Ish awak ni. Saya main-main sahajalah,¡± balas Qis cepat. Seram juga mendengar arahan Sulaiman. Tak sanggup nak bayangkan jika betul-betul Sulaiman gunakan kuasanya untuk mengikat dia.

¡°Qis ni... ada-ada sahaja. Suka sangat main-main.¡± Seiring dengan perkataan itu, Sulaiman picit hidung Balqis.

¡°Apa ni. Tak sukalah,¡± Balqis tepis tangan sulaiman.

¡°Qis buat saja apa yang biasa Qis lakukan. Tapi Qis kena jaga batas. Kena jaga pergaulan. Kena jaga nama dan kedudukan abang sebagai suami Qis,¡± terang Sulaiman lagi. Tak habis lagi dia mengenakan syarat untuk kebebasan yang diberikan kepada Balqis. Kerisauannya jelas tergambar

Balqis hanya mengangguk sebagai balasan. Dia hanya melihat Sulaiman bergerak semula ke tempat yang dia duduki tadi. Kembali melakukan kerjanya yang telah tergendala.

Sulaiman yang melipat dan mengemas pakaiannya sendiri. Pakaian yang menghuni almari Balqis untuk seminggu itu dikeluarkan dan dimasukkan ke dalam sebuah beg yang sederhana besarnya. Balqis langsung tidak bergerak. Malah untuk membantu tidak terlintas sama sekali. Lagipun Sulaiman dah besar. Pandailah dia uruskan harta karunnya sendiri. Bukannya macam budak tingkatan satu yang pertama kali nak masuk asrama.

¡°Nanti kalau abang free, abang datang jenguk Balqis.¡± Sulaiman angkat kepala. Dia pandang sebentar isterinya yang sedang duduk di atas katil.

Balqis tidak memberi sebarang tindakan. Malas nak cakap panjang. Tak datang jenguk lagi bagus, desis Balqis. Dia masih lagi tak biasa berkongsi bilik dengan orang lain apatah lagi lelaki.

Biasalah, selama ini semuanya adalah miliknya sendiri. Sekarang seperti kata abah, apa-apa sahaja yang dimiliki oleh Balqis adalah hak milik bersama dengan Sulaiman. Walaupun semuanya adalah dibeli dengan duit Balqis.

Keizinan yang Balqis minta tu berlaku pada hari Ahad lepas. Memang dia advance minta izin. Betul juga tindakan yang dia ambil tu. takkanlah setiap hari dia kena bagitahu si Sulaiman bahawa dia hendak keluar bekerja. Kemudian beritahu jam berapa balik. Lecehnya. Lagipun mereka bukannya satu rumah. Sulaiman dah menghantar dirinya ke rumah ibu bapanya sendiri.

Dia dan Sulaiman bukan macam abah dan ibu pun. Setiap kali abah pergi kerja, mesti ibu iring sampai pintu utama kemudian ibu cium tangan abah. Dan dahi ibu akan dapat kucupan sayang.

Hari Ahad yang lepas, dia ada menyalami tangan Sulaiman. Cukuplah untuk keredhaannya selama beberapa hari Sulaiman tiada.

Memang Zainab ada menyuruhnya menelefon Sulaiman untuk memberitahu bahawa dia akan keluar, tapi Balqis bagitahu dia dah minta kebenaran pun. Bila Zainab tanya bila, terus dia bagitahu tentang kebenaran yang dia minta. Zainab cakap dia terlebih advance. Nampak sangat bukan macam isteri minta kebenaran.

1 comment:

komen la. sama2 kita abiskn air liur(eh x yah pn, jaz use u hand)