Wednesday, April 24, 2013

BAIK-BAIK SAYANG : SPECIAL




“Assalamualaikum, Khadijah.” Lembut nama itu disebut.

Sapaan salam seseorang membuat Khadijah menghentikan seketika aktivitinya. Hujung straw yang berada dalam mulutnya dikeluarkan. Air fresh orange berhenti diteguk. Kepalanya diangkat untuk melihat siapakah gerangan manusia yang sangat mesra alam menyapanya di tengah-tengah pusat membeli-belah ini.

“Errr... walaalaikumussalam.”

Tergagap-gagap dia menjawab salam. Kali ini, dia kenyang meneguk air liur sendiri. tak mahu fresh orange dah! Apatah lagi dia dihidangkan dengan sebuah senyuman yang sangat menawan. Manisnya dia!

“Awak sendiri?” soal Zulkarnain bila melihat hanya Khadijah yang duduk di kerusi itu.

Wanita itu hanya mengangguk. Jatuh terus jantungnya mendengar suara itu. Hati pun dah berdentam-dentum macam nak keluar dari tubuh badannya. Mungkin organ hatinya itu tidak tersangkut pada soket yang betul. Hati, jangan jatuh!

“May I sit?” Walau restoran ni bukan hak milik Khadijah, namun Zulkarnain tetap minta kebenaran.

“Duduklah,” pelawa Khadijah. Dia sudah membetulkan duduknya. Dia memang tak pernah akan tenang kalau dekat dengan bosnya ni. Maklumlah, orang kacak. Senyuman pula mampu membunuh. Lesung pipit tu memanah terus ke jantung.

“Bos buat apa?” soalnya.

“Baru habis tanam kangkung di belakang rumah. Tengok, masih berpeluh lagi ni,” balas Zulkarnain. Dia menunjuk ke arah dirinya sendiri. Dahi dilap dengan tapak tangan. Ada sedikit peluh di situ.

Khadijah dah jengilkan mata mendengar jawapan tu.

“Khadijah, jangan panggil saya bos. Kita di luar. Bukannya dalam pejabat. Saya bukannya bos awak di sini, lainlah kalau awak nak jadikan saya bos di rumah awak pula.” Zulkarnain dah jungkit kening.

“Ish, Encik Zul ni!” tersipu-sipu Khadijah bila dibawa bergurau sebegini. Segan pula jadinya.

“Call me Zul.”

“Janggallah. Tak biasa.”

“Biasa-biasakanlah sebab lepas ni kena praktis panggil abang Zul pula,” jelas Zulkarnain sambil tersenyum.

Khadijah cuma menggeleng.

“Khadijah ada boyfriendkah?” soal Zulkarnain. Direct terus menyoal. Biarlah. Yang penting, dia tak nak biarkan akal dan hatinya berfikir penat-penat. Tanya terus, kan senang?

Khadijah angkat kepala. Sesaat kemudian kening diangkat.

Terkeluar ketawa Zulkarnain bila melihat aksi Khadijah.

“Saya tanya, Khadijah ni sudah ada yang punyakah?”

“Kalau ada yang punya, kenapa?” soalan dibalas soalan.

Zulkarnain yang mendengar sudah terkesima. Dengupan jantungnya sudah tidak sekata. Jawapan Khadijah tu membuat pembuluh darahnya bekerja lebih pantas dari biasa.

Kedatangan pelayan yang membawa minumannya membantu dia untuk tenangkan diri sendiri. Fresh orange cepat dihirup.

“Hmmm...” Zulkarnain berdehem perlahan.

“Saya masih hak milik keluarga saya,” akhirnya Khadijah kembali bersuara setelah keadaan senyap antara mereka.

Tanpa kata, bola mata sudah menunjukkan betapa riangnya dia mendengar jawapan tersebut. Hatinya sudah tumbuh dengan beratus-ratus kuntum bunga. Zulkarnain menarik sedikit kerusinya ke hadapan.

“Khadijah, jadi isteri saya?” Dia renung wanita di hadapannya. Khadijah yang mendengar cuma senyum.

“Ok!” Khadijah sudah mencantumkan jari telunjuk dengan ibu jari membentuk O.

“Awak jadi ratu hati saya, ya?” Mukanya diseriuskan.

“Bos ni, suka nak main-main.” Tak sangka pula bosnya ni bergurau sampai tahap macam ni. Membuat hatinya kembang setaman pula.

“I’m serious. Nanti saya hantar rombongan meminang,” bersungguh Zulkarnain menerang.

Takkanlah Khadijah tak perasan dengan tahap keseriusannya sekarang? Dia benar-benar maksudkan permintaannya.

“Over pula gurauan bos ni.” Khadijah dah geleng kepala.

“Khadijah, saya tak main-main. Saya memang nak kahwin dengan awak. Saya bersungguh nak jadikan awak ni isteri saya,” sekali lagi Zulkarnain menyuarakan isi hatinya.

Khadijah hanya senyap. Tak naklah percaya. Nanti dia juga yang akan patah hati sebab dah menaruh harapan.

“Khadijah, saya suruh family saya pinang awak hari ni?”

“Apa ni?” Khadijah sudah bangun serta-merta. Terundur ke belakang dia akibat terlampau terkejut.

Bunyi kerusi yang jatuh berdentum membuat pandangan beberapa pengunjung terarah pada mereka.

Khadijah duduk semula bila merasakan yang dia ni over acting. Kerusi dibetulkan kedudukannya.

Cis, pandai pula bosnya ni buat perasaannya huru-hara!

“I’m damn serious.”

Khadijah dah terkelu. Rasanya bosnya ni memang serius. Dia saja yang sukar nak percaya.

“Bos...”

“Zul!” Cepat Zulkarnain potong bicara Khadijah.

Khadijah ni, nak kena gigitkah?

“Serius?”

“Yes.” Yakin dia membalas.

“Tak main-main?”

“Belah hati saya. Nanti awak akan tahu, apa yang mulut saya cakap, itu jugalah yang lahir dari hati dan minda saya.”

“Kenapa?”

“Kenapa apa?”

“Kenapa saya?” Khadijah dah kerut kening.

“Sebab awak adalah Khadijah,” ringkas jawapan Zulkarnain.

Khadijah blur sendiri. Matanya terkelip-kelip. Apa yang dicerna langsung tak boleh masuk otak sekarang ni.

“Habis tu, kenapa selalu marah-marah saya?” soal Khadijah hairan. Dia pernah malu yang teramat disebabkan lelaki ini. Semua pekerja tengok dia kena marah.

“Mana ada marah selalu. Sekali saja. Yang pasal hari tu, saya tak bermaksud pun nak marah awak,” jelas Zulkarnain. Dia tahu apa yang dimaksudkan oleh Khadijah.

“Bukan marahkah namanya tu? Sudahlah suara awak garang, emosi pula tu,” dia sudah mencebik. Sekaranglah masanya nak balas dendam.

“Khadijah... I’m sorry. Saya tak bermaksud nak marah awak. Saya cuma nak bagi teguran. Sekaligus, orang lain yang selalu buat salah pun akan terasa,” jelas Zulkarnain lagi.

“Habis tu kenapa harus saya?” dia tunjuk dirinya sendiri.

“Sebab time orang lain duduk atas meja, saya tak sempat nak tegur,” santai dia membalas.

Khadijah mencebik.

“Khadijah, saya minta maaf. Kalau awak nak qada marah, marahlah saya sekarang. Saya rela terima,” pujuk Zulkarnain.

Muka, memang kasihan sungguh!

“Awak ingat, dengan maaf tu, semua masalah akan selesai? So, apa guna adanya undang-undang dalam negara kita? Apa tugas polis?” Dia pulangkan apa yang pernah dikatakan padanya.

Zulkarnain tersengih. Tahu sangat dengan nada perli tersebut. Ayat sama betul dengan yang pernah dia guna.

“Awak marahlah saya. Tapi, saya nak tegaskan bahawa saya tak bermaksud nak marah. Itu hanya teguran biasa. Jangan disebabkan hal tersebut, kredit saya di depan awak berkurang.” Dia tidak mahu sahamnya berkurang di depan wanita pujaannya ini.

Khadijah diam.

“Awak carilah orang lain. Saya tak nak.”

“Saya tak nak orang lain. Saya nak Khadijah juga.” Tegas jawapan Zulkarnain. Mana boleh dialihkan hatinya. Dah hati kata suka pada Khadijah di depannya ni, mana boleh bagi hati pada orang lain lagi. Lainlah kalau dia punya banyak hati.

“Awak kena percaya bahawa saya adalah jodoh awak.”

Tambah bingunglah si kawan.

Apa kes pula ni? Siap jodoh-jodoh lagi.

Khadijah dah picit pelipisnya.

“Kita memang ditakdirkan untuk bersama.” Sejak tadi, hanya Zulkarnain yang bersuara.

“Saya nak balik.” Ditarik kasar begnya dan bergerak ke kaunter. Tidak sanggup lagi dia berlama-lama di sini.

“Khadijah, saya tetap datang pinang awak.”

Teriakan itu langsung tak mengubah arah jalan Khadijah. Dia langsung tak menoleh bila suara Zulkarnain menjengah telinganya. Terdengar juga suara-suara sumbang dari pelanggan yang turut ada dalam restoran tu. Bosnya ni, takkan tak malu? Canang sampai satu restoran dengar.

Nak suruh dia cakap, yes I do?

Sorry, buat masa sekarang ni suaranya telah dicuri oleh ayam!



NAK TERUSKAN MEMBACA....
DAPATKANLAH VERSI CETAK BBS ......






SORRY.... tahu mesti ada komen-komen di belakang...
tapi nak buat macam mana... dah tak ada benda yang nak post. tiada perkataan nak ditulis.
tiada perkara nak bincang.
so, untuk elak kamu dan aku terputus hubungan, aku sambung juga Baik-Baik Sayang jadi panjang
hinggalah boleh terbit dalam versi cetak.
selamat membaca. selamat menyerbu PWTC. selamat membeli-belah buku.
salam semua.

7 comments:

  1. huhuhu..
    sabar ya..
    moh ler ke pesta buku!!
    :)

    ReplyDelete
  2. hai may...
    thanks
    p la shopping buku. shoppingkan skali utk aku... x dapat nak pergi

    ReplyDelete
  3. huhuhu..
    xcukup jari la nak bawak pestik beg buku nnti
    hihihi

    ReplyDelete
  4. xpe..beli je bebanyak. shopping utk setahun

    ReplyDelete
  5. tula..last year abis 3rat
    thn ni xtau ler

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasalah.plaburan utk seumur hidup tu. aku pun dulu mcam tu juga. msuk PBAKL, memang trbang beratus2 walhal msa tu masih studen lagi. tak kisahlah, yg penting puas sebab dah dapat apa yg diidamkn

      Delete
  6. NJ casinos launch in December | News - JTM Hub
    But it's 하남 출장마사지 unclear whether the 상주 출장샵 casino 동두천 출장샵 will be live or 부산광역 출장샵 of casinos and casinos, including Resorts World 아산 출장샵 Catskills and Hard Rock International,

    ReplyDelete

komen la. sama2 kita abiskn air liur(eh x yah pn, jaz use u hand)