Friday, January 27, 2012

BBS II - 02

“Kenapa sejak dua tiga menjak ni...”

“Empat... lima... enam menjak!” cepat dia sambung. Sebuah sengihan muncul automatik bila melihat wanita itu sudah menjengilkan mata. Bulat macam bola pingpong. Tapi, tak takut pun!

“Aduh!” cepat dia mengaduh bila tangan tua itu sudah menyentuh lengannya. Diusap perlahan lengan itu. Nasiblah tak berbintat. Siapa suruh mulut suka sangat menyampuk!

“Suka sangat mainkan emak. Emak tanya betul-betul ni. Kenapa mak nampak kamu semakin banyak termenung? Banyak sangatkah kerja di office tu? Atau fikir pasal benda lain?” soal si emak tiba-tiba.

Dia langsung tak peduli dengan rintihan anaknya tadi. Tak sakit mana pun dia cubit. Sakit lagi kena gigit semut.

Tangannya menarik keluar kerusi yang terletak di sebalik meja. Kerusi kayu yang sudah dicat coklat tu dilabuhkan punggung ke atasnya.

Ringan dan ringkas konsep hiasan di taman ini membuatkan sesiapa saja akan bertandang ke sini. Suasananya memang menenangkan. Tenangkan otak dan tenangkan diri sendiri.

Kuntum-kumtum bunga akan mekar bila tiba waktunya. Cahaya bulan akan menyinar pada waktunya. Dedaunan terliang-lentuk dibuai sang angin yang sepoi-sepoi bahasa.

Haruman bunga pada waktu malam menjamah hidung si ibu. Kesegaran aroma bungaan lebih terserlah kala ini. Wangian yang menyapa hidungnya itu membuat jiwa tenang seketika.

Mungkin sebab itu, taman mini ini menjadi tempat lepak kepada penghuni di teratak ini. Malah menjadi ruang wajib pada putera hatinya ini untuk mencari ketenangan dan kedamaian.

“Tak ada apa mak. Kenapa tak tidur lagi?”

Si anak yang tadinya berdiri berhampiran pokok bunga allamanda kini beralih arah. Kelopak bunga warna kuning itu ditinggalkan seketika. Kerusi yang berada di hadapan ibunya pula ditarik. Lantas punggungnya tidak menunggu sesaat untuk santai di atasnya.

“Emak tak mengantuk lagi.”

Dia hanya mengangguk. Matanya juga begitu. Sukar untuk terlena. Malah sejak dua menjak ni, matanya bagai sangat sukar untuk dilelapkan. Semakin sedikit kualiti tidurnya.

“Emak hairan tengok kamu. Sejak lepas makan tadi asyik duduk di luar saja. Kamu tu yang sebenarnya kena tidur awal. Esok nak jalan jauh. Kena gerak awal pula tu,” emak dah mula membebel.

“Emak ni, macamlah saya yang bawa kereta. Dalam kereta pun, boleh tidurlah,” balas si anak sambil tersengih.

Senyuman cuba dikuntumkan walau dia sendiri tak tahu rasanya. Pahit, manis, kelat atau memang tak berasa.

“Biar bukan kamu yang bawa, tapi kamu salah seorang penumpangnya. Esok adalah hari penting kamu. Hari besar kamu. Pergilah tidur awal. Takkan nak tidur dalam kereta? Tak sememeh sungguh. Mesti orang pandang semacam kamu nanti. Tak kemas. Emak tak nak, anak emak ni, yang paling comot esok,” luah emak tidak berpuas hati.

“Alah, emak ni! Rilekslah.” Selamba sahaja jawapan si anak.
Buat apa nak kalut, dia memang dah biasa tidur lewat. Sudah tak hairan kalau nak tidur saat ayam baru nak berkokok. Dia ni antara makhluk yang temankan kelawar berjaga.

“Kamu jangan nak ambil mudah untuk esok. Kita bukannya nak pergi main masak-masak atau nak pergi main perang-perang. Kita nak pergi dirikan masjid. Persediaan kena lengkap.”

“Dah lebih dari sedia mak. Semua peralatan dan kelengkapan sudah siap. Tinggal nak bangunkan sahaja.”

“Kalau ada apa-apa yang bukan-bukan kamu rancang esok, awas kamu. Emak cincang kamu empat puluh keping. Biar lumat dihiris pedang ayah kamu,” emak sudah memberi amaran.

Kerisauan jelas terlihat pada raut sang ibu. Baginya, esok adalah hari bersejarah. Hari besar untuk anaknya ini. Hari penting buat mereka sekeluarga. Dia mahukan segalanya berjalan seperti yang dirancang. Kalau boleh, dia tidak mahu timbul sebarang masalah.

“Uik.... garangnya emak ni! Rilekslah. Saya tak buat apa-apa pun. Tak adanya nak buat kecoh sampai masuk paper. Tak mainlah senario gempak-gempak ni. Setakat tempah kuda untuk bawa saya lari, adalah,” kata si anak sambil tersenyum.

“Beranilah kamu buat macam tu. Emak potong nanti.” Garang emak memberi amaran. Gurauan bukan mainan.

Bagi si emak, sekarang bukan masanya nak main-main. Dia tidak mahu timbul kekacauan yang tiada dalam agendanya esok. Tidak tahu macam mana nanti kalau anaknya itu betul-betul melakukan seperti apa yang dikata. Tidak sanggup untuk dia membayangkan.

Serius si ibu memberi amaran. Jika betul anaknya membuat sesuatu yang di luar alam, memang dia tak akan ragu-ragu nak buat seperti apa yang dikata. Bersungguh dia memberi peringatan.

“Mak ni! Takkanlah sampai nak potong-potong segala. Ni bukannya versi P1 Wimax pun.” Si anak masih ingin bercanda.

“Kamu jangan nak main-main ya! Emak memang serius ni. Dah, pergi tidur.
Jangan layan sangat mata kamu. Pergi minum susu kalau tak boleh lelap,” ujar emak.

Si emak ingin hentikan seketika apa yang dibualkan. Menoktahkan perbualan mereka untuk malam ini.

Anak yang mendengar sudah terhembus ketawanya. Saranan ibunya tadi sungguh lucu. Usus-ususnya pun turut terasa bagai digeletek. Ingat dia ni budak kecilkah sampai kena minum susu sebelum tidur? Emak aku ni, lawak sungguhlah!

“Emak naiklah dulu.” Bersama senyuman dia mengarah.

Dia masih ingin bersendiri. Ingin menghayati keindahan yang telah tercipta. Mengakhiri malam ini dengan sebaiknya sebab tidak mungkin lagi dia akan merasakan statusnya seperti kini.

Wajahnya dipalingkan memandang emaknya. Dia mengangguk membenarkan katanya tadi. Menyakinkan emaknya. Berharap sangat agar emak mengerti situasinya kini.

Dia perlukan masa privacy sekarang. Tanpa ada sesiapa yang ada di sisinya. Dia mahu menganalisis segala yang telah berlaku dan akan berlaku. Dia perlu fikir tentang semua itu.

“Kamu jangan lepak lama sangat. Nanti ada pula dalam sejarah, kamu pinjam mata panda pada hari bersejarah sendiri. Mata lebam sebab kurang tidur,” sahut emak sambil terseyum.

Dia tersenyum mendengar celoteh emak. Syok juga kalau pinjam mata panda esok. Mesti cantik gambar yang terlakar. Mata bengkak dan kuyu. Mesti mempesonakan siapa yang memandang.

“Saya bukannya orang penting sangat pun esok. Emak tu yang penting. Tangan tu kena jaga.”

“Ada pula nasihatkan emak. Emak nakkan yang terbaik untuk anak mak. Pandailah emak jaga diri sendiri. Dahlah, emak nak masuk tidur. Ayah kamu tu, mesti tengah tunggu emak.”

Dilihat emak sudah berlalu dan pergi meninggalkan dia sendiri. Melangkah perlahan memasuki ruang rumah yang telah bertahun teguh berdiri di sini. Matanya hanya memandang.

Dia mahukan pasangan yang bahagia seperti ibu dan ayahnya. Pasangan yang indah di dalam, cantik di luar. Menarik dan penuh dengan humor. Sentiasa memahami dan menghiburkan. Tapi mampukah dia?

Ish... fikiran sekarang ni memang buntu! Celaru. Jiwanya kacau. Tidak tenang. Berselirat segala perkara.

Dia mendongakkan kepala. Memerhati alam sekeliling. Keadaan senyap di kawasan sekitar. Memang ini yang dia mahu. Bersendirian. Membiarkan angin malam menyapa tubuhnya. Membiarkan alunan dedauan menjadi irama malam. Dia mahu mendengar sahutan unggas menyapa telinganya. Biar binatang malam mendendangkan lagu syahdu. Dia suka bila bunga-bungaan menguntum mekar. Natural is always nice!

Ah... indahnya malam.

Pandangannya turus ke atas langit nan tinggi. Tidak mungkin digapai dengan tangan. Senyuman menguntuk tiba-tiba. Nun di atas sana, bintang-bintang sedang bergemerlapan. Percikan cahaya melata di ruang angkasa. Bulan juga bersinar indah. Langsung tak terlihat sebarang kecacatan pada lukisan malam ini. Sangat cantik dan mempesonakan. Terangnya cahaya bagai memberi harapan padanya untuk esok hari.

Hanya dia sahaja yang mendengar suara hatinya kala ini. Inginkan ketenangan dalam kesamaran malam.

Sebenarnya dia sedang keliru. Hatinya memekak sekuat mana pun, dia tidak akan meluahkan segala bebanan yang memberat di benaknya ini melalui lisannya.

Biarlah malam yang mengubat dukanya. Biarlah bintang yang mewarnai sukanya. Biarkan buruj menjadi penunjuk jalan bahagianya. Itu semua sudah cukup baginya.



________________

YA, AKU TAU AKU SALAH. KALO CHIPSMORE TU, PANDAI LAGI TIMBUL SEMULA. TAPI AKU, MEMANG HILANG. TIMBUL KEPALA PUN, SENGAJA LAGI P TENGGELAMKN SEMULA. NAK BUAT MACAM MANA, KEADAAN MEMBUAT AKU DLAM 'KESIBUKAN' SUNGGUH.... HAHAHA..
X DAPAT NAK TOLONG... NASIBLAH TAK LEMAS....

-sedang menahan hati sebab x dpat p karnival karangkraf. adui... sedihnya

3 comments:

  1. uishhhh..
    takut ya..
    hihi..
    comel apa..mata panda

    ReplyDelete
  2. hi may.. rindu kat awak....hehehe

    ReplyDelete
  3. aa..bile nak smbg lg..bz yek..

    ReplyDelete

komen la. sama2 kita abiskn air liur(eh x yah pn, jaz use u hand)