Wednesday, February 2, 2011

Betulke???-6

Mawarni baru sahaja sampai ke sekolah itu. Hari ini dia diarahkan oleh orang atasannya untuk datang ke sekolah ini bersama dengan kereta daripada Jabatan Pergigian Daerah Bangsar. Tapi dia datang dengan kenderaannya sendiri.

Walaupun kebanyakannya nurse yang akan turun padang, tapi Mawarni lebih rela untuk ke sekolah. Dia suka dengan keadaan di sekolah. Dia suka melayan karenah para pelajar yang banyak bertanya berkaitan dengan gigi manusia.

Malah dia suka untuk ke sekolah di luar bandar. Dia suka memberi perkhidmatan pergigian ke bahagian perkampungan. Malah dia pernah sampai ke pedalaman menaiki helikopter semata-mata untuk memberi perkhidmatan yang terbaik. Dia tidak pernah mengeluh. Langsung tidak gentar. Malah amat suka dengan cabaran yang dihadapinya. Berkobar-kobar perasaannya untuk sampai ke destinasi.

Bila sampai ke sekolah itu, matanya sudah disapa dengan pelbagai karenah pelajar. Tersenyum dia dengan semua keletah itu. Rindunya saat menjadi pelajar. Satu zaman yang sangat sulit untuk dilupakan kerana banyak pengalaman terlakar di situ. Tapi terpaksa juga ditinggalkan kerana usianya sudah meningkat.

Matanya sudah disapa dengan beberapa orang pelajar berbangsa Cina. Kemudian dia beralih kepada seorang doktor yang lebih awal sampai darinya. Senyuman dilemparkan pada si lelaki. Sambutan yang baik, sahut hati Mawarni bila melihat beberapa nurse berdiri di tepi laluan.

Dia berjalan bersama seorang guru pengiring yang akan membawa mereka ke bilik kesihatan. Dentist lelaki tadi berjalan hampir di sebelahnya.

“Hai. Saya Anuar.” Lelaki di sebelahnya sudah memperkenalkan diri sendiri.
Mawarni menyedekahkan senyuman atas keramahan lelaki tersebut. Belum tanya, lelaki itu sudah bagi jawapan.

Dia melihat lelaki di sebelahnya itu melunakkan pandangan ke arahnya. Masih berjalan lambat-lambat. Ah, lupa pula. Kalau dah perkenalkan nama, maknanya dia pun nak tahu nama akulah tu. Mawarni tertawa dengan monolognya sendiri. Terlupa sekejap dengan cara memulai perkenalan.

“Hai, my name is...”

Belum sempat bicara tamat ke noktah, sudah dipotong

“Ros.” Pantas mulut itu mencelah.

“Ha!” terkejut Mawarni.

“Kenapa? Terkejut macam mana saya tahu nama awak?” Begitu yakinnya manusia yang bernama Anuar menyoal. Bangga dia kerana telah membuat gadis itu terkejut. Pasti terkejut kerana Anuar dapat mengetahui namanya tanpa perlu si gadis memperkenalkan.

“Terkejut,” jawab Mawarni jujur. Tidak pernah lagi ada manusia yang memperlakukan dia begini. Kagum sungguh dia hingga terkelu dia sekejap. Sampai hanya mampu mengeluarkan satu perkataan sahaja.

“Hebatkan saya,” sekali lagi lelaki itu mendabik dada.

“Tak. Saya terkejut sebab awak jawab salah.” Akhirnya Mawarni tidak dapat melepaskan tawanya. Sungguh dia terkejut sampai tidak sanggup ketawa. Senyum pun cuba disembunyikan sebaik mungkin. Sekarang ni tanpa ada rasa segan silu, dia melepaskan tawa yang tersimpan.

“Bukan betulkah saya teka?” Soal Anuar cepat.

“Apa yang membuat awak begitu yakin nama saya Ros?” Mawarni masih ingin bertarik tali. Belum mahu mendedahkan nama sebenarnya.

“Saya dengar staff nurse tadi sebut-sebut ada lagi seorang doktor yang nak datang. Saya macam dengar nama bunga dia sebut,” jelas Anuar.

Terus meledak tawa Mawarni. Lantas ditutup mulutnya menahan tawa itu. Sungguh dia rasa lucu. Perutnya ditekan perlahan untuk memastikan segala organnya tidak ketawa berlebihan.

“Kenapa awak ketawa?” polos Anuar bertanya. Dia hairan dengan gelagat doktor di sebelahnya. Mukanya ini penuh dengan perkara lawakkah? Tengok saja orang dah ketawa sebab lucu.

“Nama saya mawarni,” jelas Mawarni sambil tersenyum.

“Ha!”

Kali ini orang lain pula yang terkejut. Siapa lagi, Anuarlah. Tidak sangka nama gadis ini adalah Mawarni. Memang hampir kena dengan tekaannya. Sungguh tak kuduga, namanya memang dari bunga yang sama aku teka, bisik Anuar perlahan.

Mawarni tertawa dengan tindakan refleks daripada Anuar. Padan muka. Suka sangat main teka-teka. Jangan-jangan masa sekolah dulu suka masuk dalam pertandingan teka kacang.
Lama keadaan senyap antara mereka. Bila sampai ke bilik rawatan, sudah tersedia segala peralatan yang diperlukan. Kerusi khas untuk merawat sudah dua buah tersedia. Seorang nurse membantu Mawarni dalam rawatan ini. Mawarni berdiri bersebelahan dengan Anuar.

“Ha, I know you!” Anuar jentik jarinya sehingga menghasilkan bunyi. Kemudian jari itu ditunjuk ke arah Mawarni.

“Ha! I don’t know you,” lantaran terkejut yang tiba-tiba, Mawarni jadi melatah. Gila apa mamat ni. Baru pertama kali jumpa dah kata kenal. Taktik lama nak menguratlah tu.

My Flower, cetusan yang hanya bergema dalam hati Anuar. Lama sebenarnya dia mengingat. Patutpun dia sudah terasa semacam bila mendengar nama betul gadis di sebelahnya tadi. Lama diperah otaknya untuk mengungkap kembali segala folder zaman lampaunya sebab dia tersangat yakin akan adanya sesuatu dengan nama Mawarni. Tidak sia-sia otaknya dikerah bekerja keras.

Mawarni angkat kepala. Resah pula dia menunggu. Dia pandang keliling. Memang belum ada terlihat kepala pelajar yang masuk ke dalam bilik rawatan itu. Bilalah pelanggan pertamanya nak sampai. Budak-budak ni, takkan tak nak check gigi. Takkan melencong kot!

Hahaha... Mawarni, buat-buat lupa pula. Bukan dulu kau pun buat benda yang samakah? Bila turn kau, kau lari melencong. Berkurung dalam tandas seharian. Bila kereta yang membawa aktivis pergigian sudah berlalu, barulah keluar dari tandas. Sesak nafas duduk dalam tandas lama-lama.

Tapi bukan hanya dia yang buat kerja tu sendirian. Rupanya ramai juga yang menjejak langkahnya. Ada yang sembunyi di bengkel, bilik kebersihan dan makmal. Yang nazaknya, ada juga orang yang pilih bilik rawatan untuk dijadikan tempat persembunyian. Padan muka! Salah tempat beb!

4 comments:

  1. hehe teringat zaman sekolah plak tapi melencong kat port cikgu suka melepak... hahah kantoi..

    ReplyDelete
  2. best gak sape heronyer ..... LARA RINDU memang best dah 3 kali bc

    ReplyDelete
  3. dontbelong2u:mmg camtu msa kat sek.time dentist&tukang inject dtg, pndai je kaki nk mnyimpang,
    nisha:hero tgh mncari. tq sudi bca karya sya

    ReplyDelete
  4. alahai..
    nape nye hero baru ni..

    ReplyDelete

komen la. sama2 kita abiskn air liur(eh x yah pn, jaz use u hand)