Friday, September 24, 2010

KASMARAN-1

Sedikit kasih membuat kita sayang. Sedikit janji membuat kita percaya. Sedikit kecewa membuat kita luka. Sedikit pengorbanan membuat kita bahagia.

--------------------------------------

Poka tersenyum puas. Kunang-kunang yang terasa berterbangan ikut masuk dalam mindanya. Seakan sama-sama menari di dalam otaknya. Special Brew Beer dari jenama Carsberg ikut teroleng-oleng dalam cawan kaca pada tangan kirinya. Tangan kanan sedang santai bergoyang. Meliung lentuk di atas kepala.

Tatapan mata Poka begitu rakus menerjah suasana yang berbintang-bintang. Cahaya yang terbentuk itu berputar-putar dari satu penjuru ke sudut lain. Meja kecil yang ada di sebelah kadang-kadang menerima hentakan dari tangan kanannya bila sudah kemaruk berdansa. Kadang-kadang botol yang berwarna kemerah-merahan itu menjadi santapan tangannya. Saling bertingkah dan berganti tangan dengan orang yang duduk di sekitar meja itu.

Wado tertawa riang. Gadis cilik yang tangannya sedang membelenggu pinggangnya bagai tidak mahu lepas itu, begitu menawan. Sesekali si gadis menyuapkan kekacang yang ada
di mangkuk kecil. Tertawa lagi Wado bila menerima suapan sang gadis.

Poka letak kembali cawannya. Irama disko yang sedang berganti lagu itu seakan memberi signal padanya untuk pause sebentar. Memang itu sebenarnya yang diinginkan sejak tadi oleh Poka. Mencari masa yang boleh membuatkan punggungnya mendarat sekejap setelah penat membuat putaran. Mungkin sampai 360 darjah ia berpusing tadi. sebab tu dah tak tahan sangat.

Dijeling sekilas makhluk lain yang turut bersamanya tadi. dia tersenyum sinis bila melihat sang gelembai sudah jatuh tersadai di atas kerusi itu. Malah kepala juga sudah menjengah meja.

Korta... hmmm....memang takkan pernah menang. Mesti akan tumbang kalau sudah teguk arak. Itu baru Liquer. Pernah dia dan kawan-kawan cadangkan supaya Korta pesan samsu saja kalau masuk club. Tak pun pesan susu!

Poka mencebik. Memyampah dengan sikap Korta. Dia dan kawan-kawanlah yang akan jadi mangsa kalau dah keadaan macam ni. Hish... menyusahkan sajalah si Korta ni. Poka mendengus geram.

Tak diajak, merajuk pula. Kalau diajak, kesannya macam nilah. Penat lah mereka nak usung Korta ni balik penthouse dia. kalau berat setakat 40 kg, memang tak kisahlah lah. Ini, dua kali ganda berat Wado yang 70kg tu. habis segala tenaga yang dah memang tinggal ciput untuk sampai ke rumah.

Sekali lagi kaca itu menyapa bibir Poka. Bir itu sekali lagi bermaharajalela masuk ke kerongkongnya. Lancar saja sampai ke perut. Minuman beralkohol itu lebih banyak masuk ke pundi kencing Poka hari ini berbanding dengan air masak. Malah, lapan gelas air yang sepatutnya diminum sudah digantikan peranannya dengan wain, bir dan wiski. Minuman itu lebih dominan bagi insan yang bergelar Poka.

Kepalanya sedikit teleng. Kalau etanol sudah menyapa pembuluh darah, tuannya pasti akan mabuk. Sedikit tidak sedar diri. berada dalam dunianya sendiri. Minuman keras ini betul-betul memberi impak yang negatif bagi si peminumnya. Namun, keadaan itu perkara biasa bagi Poka, Wado dan Korta. Tidak ada yang perlu dihairankan. Malah, hairanlah mereka kalau ada antara teman yang tidak boleh telan pun minuman yang ada setitik alkohol.

Gadis kuning langsat datang menghampiri. Kerusi ditarik sehingga rapat ke sisi Poka. Malah tangan sang gadis begitu erat memaut lengan sasa Poka. Senyuman manis dilemparkan. Poka tersenyum. Sebagai balasan, sebuah ciuman hinggap pada pipi mulus sang gadis. Tambah lebar senyuman si gadis.

Botol kemerah-merahan yang tertulis Jack Daniels itu itu diteguk rakus. Membuak-buak bunyi tegukan yang bertali-arus. Poka yang memandang hanya menjeling sekilas. Gelengan kepalanya selari dengan tangannya yang menarik botol itu dari tegukan si gadis.

“You ni, kenapalah pergi teguk sekaligus. Kalau mabuk, I tinggal tepi jalan,” jelas Poka lalu meletakkan botol itu kembali.

Dia pun tak adalah main teguk dari botol. Dia tak terasa nikmat kalau pakai teguk-teguk ni. Dituang dulu ke dalam cawan, baru dia minum. Masa sampai kerongkong... hmmm... nikmat tak terkata.

“Apa you ni. I hauslah.” Lantas botol itu dirampas kembali. Namun Poka lebih cekap. Botol itu tak lepas dari tangannya. Dia memang tak nak undang bahaya. Tak sanggup nak heret ramai-ramai balik rumah. Mereka ni bukannya pandai minum. Kalau secawan dua dah mabuk, apatah lagi kalau sebotol. Dia lainlah, setakat dua tiga leter minuman tu, boleh lagi dia tahan. Dia minum ada stail. Kalau tak nak mabuk, minum in slow and steady. Confirm balik rumah tak terhuyung-hayang.

“Kalau haus pergi order coke atau fresh orange,” arah Poka.

“You ni apa class. Eeiii.. fresh orange, tolonglah. Bagi I lah. Haus ni,” sekali lagi wanita itu merayu.

“No!” jelas suara Poka muktamad.

“You ni kenapa? I hauslah. Penat dah menari,” perempuan itu membentak geram. Dilepaskan tangannya yang terpaut pada lengan Poka.

“Nah.” Akhirnya dihulur juga minuman itu.

Wanita itu mencebik geram. Sanggup Poka tuang air dari botol dan sekarang dia disuruh telan air yang ada di dalam gelas. Setakat air yang sedikit tu, manalah mampu nak basahkan tekaknya. Setakat sampai dalam mulut sahaja, tak tembus pun ke kerongkong. Geramnya dia. dijeling sekilas ke arah Poka sebelum merampas gelas itu dengan kasar.

Tak ada pilihan, terpaksa juga diteguk air itu. Kalau boleh, ditelan terus bersama dengan cawannya sekali.

“Nak lagi,” gelas itu dihumban kasar ke depan Poka.

Poka buat tak peduli. Keningnya diangkat sekilas sebelum matanya memandang ke arah manusia yang sedang asyik terkinja-kinja. Sama seperti yang dia lakukan tadi. mencari kepuasan dengan mengoyangkan anggota tubuh. Dalam kata lain, senaman yang wajib dilakukan untuk mendapatkan tubuh yang sihat. Tidak perlu bersusah pergi gym atau joging.

“Sarah..Nah. Ambil air I.” Gadis yang duduk bersebelahan dengan Wado menghulur gelasnya. Gelas yang lebih besar sedikit. Airnya pun masih penuh. Kasihan dia dengan Sarah.

“Thanks Noni. Ada orang tu kedekut,” dijeling maut Poka yang ada di sisi sebelum meneguk air itu rakus.

Poka yang melihat hanya menggeleng. tak sempat dia nak tarik gelas itu, Sarah sudah meletakkannya kembali di atas meja. Tanpa setitik air pun di dalamnya. Betul-betul haus budak ni.

“Ha.... legaaaaaa....!” teriakan Sarah bergema kuat.

Bingit telinga Poka yang ada di sebelah. Namun tiada siapa yang peduli. Gangguan yang dicetuskan oleh Sarah langsung tidak mengocakkan ketenangan yang dialami oleh orang sekeliling. Ketenangan dalam dunia ciptaan mereka.

“Jom blah. Jangan-jangan Korta dah sampai ke syurga.” Ketawa terbahak-bahak Wado seusai berkata-kata. Lucu dengan bicaranya sendiri. Noni, Sarah dan Poka hanya tersenyum.

“Woi badak... bangun. Si Teoh tu tak nak kau menumpang tidur di club dia. Buat menyemak saja.” Wado menolak kuat tubuh Korta yang sedang santai di atas meja.

Berkali-kali tubuh itu digerakkan. Namun masih tiada reaksi.
Hish.... gajah ni, kenapalah liat sangat nak bangun. Membebel sendiri Wado ekoran kepayahan mengejutkan spesies manusia yang bernama Korta.

Dijeling sekilas ke sudut ruang. Di sana Mr. Teoh sedang asyik digomol oleh beberapa wanita. Tauke si pemilik club sedang asyik bercumbu-cumbuan. Anak buahnya sudah pernah memberi amaran kepada mereka agar tidak meninggalkan jejak yang merosakkan mata. Apalagi kalau bukan kes macam sekarang ni. Mereka pernah tinggalkan Korta tidur di sini. habis mereka kena bambu dengan Mr. Teoh. Siap bagi amaran lagi. Kalau berlaku lagi, mereka tak akan dibenar untuk jejak kaki lagi di sini.

“Kortaaaaaaaaaaaa” suara suprano Sarah sudah mencecah gegendang telinga Korta.

Ada gerakan daripada Korta. Tangannya menepis lembut. Namun hanya sekejap. Dia bagai melibas nyamuk yang sedang berdegung dekat telingannya.

Noni yang melihat menjengilkan mata. Takkan dengan suara Sarah tu, Korta tak sedar. sedangkan masa Sarah teriak, beberapa orang dah jeling-jeling mereka. Maknanya memang ditahap maksimumlah suara Sarah.

“Padan muka,” Noni yang melihat aksi Poka tadi ketawa terbahak-bahak.
Wado di sebelah mengangkat thumb up. Sarah hadiahkan sebuah kucupan hangat ke pipi Poka. Suka mereka dengan tindakan Poka. Air anggur basi yang masih ada di dalam cawan tadi sudah mendarat dengan tepat pada wajah Korta. Habis basah wajah temban itu disirami dengan minuman alkohol.

Korta yang merasa sejuk pada wajahnya mengangkat kepala dari meja. Terkebil-kebil dia sebentar. Kemudian tangannya menepis-nepis titisan air yang menyinggah pada wajahnya.

“Eh... mana Nakir?” soalnya sambil menjeling melihat sekeliling.

“Nakir siapa?” cepat Poka bertanya. Dahinya berkerut. Siapa pula Nakir yang dicari Korta.

“Tukang soal,” pernyataan Korta membuat empat pasang mata terkebil-kebil memandang Korta. Kehairanan menerjah dalam hati. sejak bila temannya bersahabat dengan Nakir, si tukang soal?

“Di mana kita?” sekali lagi Korta bertanya. Dia jadi hairan. Bunyi yang terzahir seoalah-olah sama dengan bunyi yang ada dalam mimpinya. Bezanya hanya pada muzik yang lahir.

“Di club,” cepat Poka membalas.

“Oh... aku ingat kita dalam kubur,” selamba Korta berkata lalu berdiri dari kerusinya yang sudah basah.

Sekali lagi empat mulut melongo. Terbuka luas.

Bila melihat Korta yang sudah melangkah jauh, barulah keempat-empat orang tadi berkejar untuk jalan seiring dengan Korta.


*ANOTHER STORY TO SHARE

2 comments:

komen la. sama2 kita abiskn air liur(eh x yah pn, jaz use u hand)