Saturday, September 25, 2010

baik-baik sayang 18

“No objection.”

Muktamad kata Sulaiman. dia tidak mahu perkara sebegini berulang lagi. Dia tahu dengan sikap Balqis. Sedikit cuai. Kalau Balqis ada di sisinya, sekurang-kurangnya kurang sikit tahap kerisauannya. At least, Balqis ada depan matanya.

Dia tidak sanggup lagi berdepan dengan keadaan begini. Risau memanjang. Entah apa yang terjadi pada Balqis. Kena telefon kedua mertuanya untuk tahu perkembangan Balqis. Nak harapkan Balqis telefon? Memang nak tunggu ayam jantan bertelurlah. Paling tidak pun kalau Sulaiman yang telefon, cuma laporan ringkas sahaja yang Balqis sediakan. Bagitahu dia dah pergi kerja dan balik kerja. Yang lain, dia langsung tak diberitahu.

Balqis pandang Sulaiman. geramnya dia dengan lelaki ini. suka hati dia sahaja buat keputusan. Senang-senang sahaja dia tolong orang buat keputusan. Tak fikir pasal side orang lain. Terutama pada sidenya.

Perkara inilah yang paling Balqis tak suka. Akhirnya sikap Sulaiman yang sebenar sudah muncul. Ini yang dia tak suka dengan sikap Sulaiman. Mengongkong. Overpotective!

Dia betul-betul tak suka. Semua serba tak kena. Semua serba ikut bicara Sulaiman. Balqis betul-betul tak suka jika ada orang lain yang suka campur tangan dalam hidupnya.

Ingat lagi dia masa sekolah dulu.

Kalau dia main anak patung atau main masak-masak, pasti dekat dengan Sulaiman. Sulaiman dan rakan-rakan lelaki akan ada berhampiran mereka turut bermain bersama. Main guli, layang-layang dan sebagainya. Kalau dia nak keluar main, kena ada Sulaiman yang jaga dia. dia tak suka.

Kalau nak pergi sekolah, kena pergi dengan Sulaiman. tiap hari. Kalau tak ada Sulaiman, abah sanggup tak suruh pergi sekolah. Kalau Sulaiman ada perbincangan atau aktiviti petang di sekolah, sanggup tu hantar Balqis balik rumah dulu baru dia gerak pergi sekolah semula. begitu besar pengaruh orang yang bernama Sulaiman dalam hidup Balqis.

Bencinya dia. Geram.

Disebabkan insan yang bernama Sulaiman, Balqis rasakan hidupnya sangat tidak sempurna. Sangat sempit.

Pernah suatu kejadian ketika dia masuk sekolah menengah, Sulaiman tingkatan lima dan dia form satu. Biasalah budah sekolah, baru kenal dengan dunia luar. Pasti pernah terlibat dengan cinta monyet.

Tak sempat cinta itu bercambah, Sulaiman dah bagi warning pada budak yang nak hulur kasih agar tidak kacau Balqis. Geramnya Balqis. Dia pun nak macam Siti, Minah dah Bihah. Nak merasa macam mana cinta zaman sekolah.

Teruja bila ada yang menghulur kasih untuknya. Gembira bila terasa ada juga orang minat padanya. Nak juga dia merasa main surat-surat cinta yang wangi-wangi tu letak bedak banyak-banyak. Nak juga dia duduk berdua dengan orang yang suka dia di bawah pokok mangga sambil hisap ais krim 20 sen. Sungguh dia mahu cipta pengalaman sebegitu.

Namun semuanya tinggal angan-angan bila ada tukang atur kehiidupannya di sekolah itu. Sulaiman dah jadi bodyguard Balqis. Manalah ada budak-budak berani dekat dengan Balqis kalau dah sentiasa berkepit dengan ketua pengawas sekolah. Ngeri beb!

Mangsanya Balqislah. Macam anak ayam. Memang kena jaga betul-betul. Kena cuit saja Balqis, pastilah Sulaiman melenting macam ibu ayam yang akan mengamuk kalau ada yang berani kacau anak-anaknya.

Ada juga abang-abang senior yang nak hulur salam kasih pada Balqis. Nak jadikan adik angkat. Tapi tulah, surat tawaran kasih tu sampai dulu ke tangan Sulaiman. memang tak sempat lah Balqis baca.

Itu yang dia benci sangat dengan zaman sekolahnya. Terutama zaman ketika dia berjiran dengan Sulaiman. Kecuali berjiran dengan emak dan ayah Sulaiman. itu best. Berjiran dengan anaknya langsung tak seronok.

Balqis rasa nak buat kenduri kesyukuran saat Sulaiman tamat sekolah menengah. Seronoknya dia. terbang bebas. Ke mana saja dia pergi, dia akan melangkah. Sungguh dia merasakan bagai di kayangan.

Paling seronok dalam hidupnya ketika Sulaiman sambung belajar ke universiti. Tapi sedikit bengang sebab Sulaiman rajin pula balik kampung. Bila ayah mertuanya terpaksa pindah disebabkan keperluan pekerjaan, barulah rasa sesak nafasnya sedikit berkurang. Sebab tak perlu lagi dia nampak muka Sulaiman. yang sedihnya sebab terpaksa berpisah dengan keluarga mertuanya yang sangat baik.

3 comments:

  1. hehehehe,,,sian balqis ek.cepat sambung!

    ReplyDelete
  2. balqis tu cuai....
    suka sgt bikin kalut

    ReplyDelete
  3. aish..
    balqis ni..
    melawan lak..
    babap nnti..

    ReplyDelete

komen la. sama2 kita abiskn air liur(eh x yah pn, jaz use u hand)