Thursday, September 23, 2010

baik-baik sayang 17

“Lepas ni ikut abanglah tinggal rumah mak.”

“Apa kes tiba-tiba pula ni. Aman damai saja kalau macam sebelumnya.”

“Aman ke kalau Balqis buat hati abang tak tenang. Tengok macam sekarang, kalau boleh abang yang akan pakai tangki oksigen sebab risau sangat dengan keadaan Balqis macam ni.”

Sulaiman sudah pegang dadanya. Memang jantungnya sejak menerima perkhabaran bahawa Balqis masuk hospital sudah tidak berdenyut dengan normal. Sudah melebihi 90 denyutan pun.

“Abang tu yang kalut sangat. Balqis ok saja,” Balqis mencebik geram. Sulaiman yang mengada-ngada. Hiperbola sungguh!

“Siapa tak sayang bini ooiii.”

“Tak payah. Balqis tak nak berhenti kerja.”

“Siapa suruh berhenti kerja. Nanti abang hantar.”

Terkesima Balqis. Biar betul lelaki di depannya ni? Sihatkah dia? macam Sulaiman pula yang sakit. Takkanlah dia nak hantar pergi kerja lima kali seminggu. Pergi balik pula. Minyak satu hal, masa terbuang lagi. Lepas tu tenaga memandu lagi. Ish... ish.. memang tak normal ni.

“Betulkah?” Balqis terkebil-kebil pandang Sulaiman yang sedang duduk di sebelahnya. Masih tak percaya.

Sulaiman mengangguk. Tangan Balqis dibelai perlahan.

“Takkanlah awak nak hantar dari Melaka ke tempat kerja Qis.” Balqis masih tidak percaya.

“Betullah.”

Sulaiman masih berwajah biasa. Menunjukkan bahawa apa yang dikatanya itu bukan main-main.

“Jauh tu. Tak payahlah. Qis janji, lepas ni tak cuai lagi,” penuh bersungguh Balqis memohon. Betul. Dia tak dapat bayangkan nak hidup bersama Sulaiman setiap hari. Sedangkan hujung minggu pun dia dah jadi salah tingkah. Macam orang asing yang perlu dia kenal dulu.

“Tak apa. Abang boleh buat.”

“Tak nak. Nanti awak salahkan saya kalau awak penat.”

“Tak apa.”

“Tak bolehlah. Saya tak sampai hati nak tinggalkan ibu dengan abah.”

Sulaiman jengilkan mata. Tak sangka sampai keluar alasan tak logik daripada Balqis.

“Qis ni bukannya budak kecil pun. Tanggungjawab Qis pada abang.”

“Nanti Amar rindu saya.”

“Mengadalah awak ni Qis.”

“Betullah. Dia tu manja dengan saya.”

“Balqisssssssssssssss.”

“Nanti saya rindu masakan ibu.”

Balqis sudah buat muka kasihan. Sungguhlah. Dia akan berusaha sehabis baik untuk mencipta alasan. Semuanya gara-gara tidak mahu duduk serumah dengan Sulaiman.

“Bukannya kita tak boleh balik hujung minggu pun kalau nak makan masakan ibu,” balas Sulaiman sambil pandang Balqis.

“Nanti mesti saya rindu bilik saya.”

“Abang, Qis tak rindukah?”

“Tak.”

“Betul ni?”

“Betullah.”

“Qis ni, suka cakap tanpa fikir. At least, jagalah sikit hati abang. Kecik hati tau,” Sulaiman sudah tunjuk muka kesian.

“Mengada.”

“Tak ada. biar seribu pun awak keluarkan alasan yang tak logik, saya tetap tak terima. Saya nak awak tinggal juga dengan saya.”

“Alah awak ni. Mana boleh macam tu. saya cuma kesian kat awak. Mesti nanti awak penat.”

Pandai Balqis. Guna reserve psycology. Manalah tau Sulaiman akan cair dengan cara ni.

“Balqis... tak payah nak buat-buat simpati dengan abang. Kalau tak nak ikut juga, abang guna kuasa veto. Keluar hospital ni ikut abang.”

“Habis macam mana dengan kerja saya.”

“Kan abang dah cakap tadi. abang hantar. Kalau nak, abang boleh carikan kerja di ofis abang,” Sulaiman sudah memberi alasan.

“Mana boleh macam tu.”

“Boleh.”

“Tak adillah.”

“No objection.”

Muktamad kata Sulaiman. dia tidak mahu perkara sebegini berulang lagi. Dia tahu dengan sikap Balqis. Sedikit cuai. Kalau Balqis ada di sisinya, sekurang-kurangnya kurang sikit tahap kerisauannya. At least, Balqis ada depan matanya.

2 comments:

komen la. sama2 kita abiskn air liur(eh x yah pn, jaz use u hand)