Wednesday, September 22, 2010

baik-baik sayang 16

Kalut Sulaiman memandu. Kalau ikutkan hati, jalan raya tu dia nak buat hak milik sendiri. Memandu sesuka hati dengan kelajuan melebehi 120kmj. Tapi tentulah tidak boleh. Ia milik semua orang.

Kalut dia hendak sampai segera ke Hospital Seremban. Baru sebentar tadi dia mendapat panggilan kecemasan daripada ibu mertuanya. Kata ibunya, Balqis masuk hospital.

Terkocoh-kocoh dia meminta pelepasan. Ditinggalkan sahaja kerja yang berlambak. Malah meeting yang sepatutnya berlangsung pada petang itu terpaksa dibatalkan. Sempat dia menyampaikan pesan kepada pembantunya agar memohon kemaafan kepada klien yang sepatutnya dia berjumpa petang itu. Ada perkara kecemasan yang perlu dia hadapi.

Hatinya membentak bila sampai ke jalan yang terlalu banyak kenderaan. Saling berebut untuk melepasi saat-saat yang genting. Jalannya macet. Jammed!
Sempat stering di hadapan mata dihentak kuat. Nasiblah hon tak terkena. Kalau tak, memang dia sengaja nak buat pertunjukan di tengah-tengah perlumbaan kereta di jalan raya itu dengan bunyi yang membingitkan telinga.

“Qis..” nama itu yang dahulu disebut bila dia sudah menolak pintu bilik rawatan isterinya.

Perasaan bersyukur sangat bila dia selamat sampai ke hospital itu. Keretanya yang di parking di bawah sudah tidak sempat ditengok kedudukannya. Senget atau condong sudah tidak dipeduli. Yang pasti dia harus cepat bertemu dengan puterinya itu.

Bila masuk sahaja, terus di telefon mertuanya. Memberitahu akan keberadaannya di hospital itu.

Sempat tangan ibu dan abah yang ada bersama dalam bilk itu dikucup.

“Kenapa boleh kemalangan ni?” soal Sulaiman. Dia sudah melabuhkan punggung di atas katil. Bersebelahan dengan Balqis.

Balqis yang sedang berbaring semakin tidak selesa bila dia bersentuhan dengan Sulaiman. Kalau boleh dia nak mengensot sendikit. Rasa lain macam pula bersentuhan dengan lelaki itu.

Hai mamat ni, takkan tak sedar diri kot. Bukan dia yang sakit, duduklah di atas kerusi tu. Tambah sakit aku kalau macam ni. Balqis mengutuk dalam hati. Bengkak hatinya dengan perilaku Sulaiman yang begitu bersahaja duduk di sampingnya. Tidak tahukah Sulaiman dia amat rimas dengan keadaan sekarang.

“Cuai,” sahut ibu perlahan.

“Kenapa boleh cuai ni?” Sulaiman pandang ibu.

“Dia tu cuai. Jalan tak toleh kiri kanan,” terang ibu lagi. Kepalanya menggeleng dengan telatah anaknya itu. Sudah besar panjang, tapi masih lagi tidak pandai melintas jalan. Kalah budak tadika.

“Tulah akak. Kan masa sekolah dulu dah belajar. Kalau nak melintas, toleh kanan dulu. Kemudian kiri. Baru kanan semula. Bila rasa dah selamat, baru boleh melintas,” Amar menerangkan dengan bersungguh. Siap dengan mengawang-gawangkan tangan lagi serupa dengan polis trafik yang ada di tengah-tengah jalan.

Sulaiman yang mendengar terpaksa sembunyikan senyum. Ibu dan abah sudah tak boleh sembunyi lagi. Ketawa mereka pecah memenuhi ruang bilik rawatan itu. Sudah tak tertahan. Lucu pula mendengar penerangan Amar itu. Mengajar kakaknya yang dianggap macam budak sekolah.

Balqis yang mendengar tambah sakit hati. Dia mencebik memandang Amar. Kalau tidak difikirkan yang sekarang ni dia sakit, pasti dicubit budak Amar itu. Memang menjengkelkan sungguh. Apatah lagi melihat Sulaiman yang nampak sangat sedang sembunyikan senyum. Geramnya aku!

Sulaiman pegang tangan Balqis yang berandu tu. Terdapat calar pada bahagian dahi gadis tu. Sedih pula dia melihat keadaan isterinya itu. Berbalut dan ditampal dengan beberapa pelekat. Kesan calar juga ada terdapat pada lengan dan dahi Balqis. Kenapalah Qis ni cuai sangat.

“Kami keluar dululah. Nak pergi kantin. Nak pesan apa-apakah?” soal abah. Dia yang sejak tengah hari tidak menjamah apa-apa baru sekarang terasa lapar. Perutnya yang kosong minta diisi. Tadi kalut sangat hendak ke hospital sampai tak sempat nak jamah sebarang makanan.

“Tak apalah. Man tak lapar lagi. Qis nak pesan apa-apa?” soal Sulaiman sambil pandang Balqis. Tangannya masih setia memegang tangan Balqis. Malah dia langsung tak beralih dari atas katil itu.

Balqis hanya menggeleng. Dia tidak terasa nak makan apa-apa saat ini. Waktu ini dia cuma mahu lenyapkan Sulaiman dari katil yang sedang mereka kongsi.

“Macam mana boleh luka ni?” soal Sulaiman masih tak puas hati.

Tangannya menolak perlahan anak tudung yang dipakai Balqis. Terdapat calar kecil pada dahi gadis itu.

“Qis tak perasan ada kereta masa nak pergi tempat parking. Bila dah dekat, Qis mengelak. Tak sempat, terus jatuh dalam longkang,” terang Balqis perlahan.

Tak sanggup nak ingat. Malu satu hal, sakit pun satu hal. Tapi dia bersyukur sebab dia tak kena langgar oleh kereta tersebut. Cuma yang teruknya dia terjatuh ke dalam longkang. Nasiblah hujan tak turun, kalau tak, memang dia pun akan hanyut dalam longkang tu.

Dahinya calar sebab jatuh terhantuk di tepi longkang. Tangannya terseliuh sebab terhumban ke bawah. Memang tragik sikit cara dia kemalangan.

“Kenapalah boleh cuai sangat. Balqis tak toleh ke kalau nak jalan?”

“Tengoklah. Cuma tadi tak sempat nak tengok,” balas Balqis cepat.

“Balqis ni. Macam budak kecil pula.”

“Saya dah berhati-hatilah. Masalahnya, malang mana ada bau. Tak ada signal pun nak datang.”

“Ada sahaja jawapan dia.”

Sulaiman dah tarik hidung Balqis. Mrs. Wife ni, memang suka sangat menjawab. Ada-ada sahaja jawapannya untuk backing diri sendiri. Masalahnya, tak kena tempat.
Tengoklah sekarang, Balqis memang pandai buat perasaannya kalut. Sudahlah dia duduk di rumah emak tak tenang sebab tak duduk serumah dengan Balqis. Hari-hari telefon ibu atau ayah sebab nak tahu tentang ratu hatinya ini. hari-hari risau dengan keadaan Balqis. Tengoklah, memang kena tempat segala kerisauannya. Balqis bukannya pandai jaga diri pun. Cuai sangat.

“Apa ni awak? Tak sukalah main tarik-tarik hidung. Nanti makin panjang hidung saya macam probocis monkey,” Balqis sudah membebel perlahan.

Memang masalah sungguhlah kalau duduk dekat dengan Sulaiman ni. Entah berapa kali hidung akan jadi mangsa. Takut juga Balqis kalau hidung macam probocis monkey, monyet yang mempunyai hidung mancung ke depan. Hanya terdapat di kawasan Borneo. Macam cacat pula.

3 comments:

  1. ahahaha...
    pasni dok r seumah ngan sulaiman
    bru ada org guide dr terus cuai..
    (:

    ReplyDelete
  2. alahai..
    nak bermanja pulak

    ReplyDelete
  3. itu aku-qis mmg cuai...suka buat sulaiman panik
    may lin-sulaiman mmg sntiasa cari ruang & peluang nk manja

    ReplyDelete

komen la. sama2 kita abiskn air liur(eh x yah pn, jaz use u hand)