Tuesday, September 7, 2010

baik-baik sayang 15





selamat hari raya semua
maaf zahir dan batin.
semoga dapat lagi kita berjumpa pd ramadhan yang akan datang

-------------------------------------------------------


“Awal pula kamu bangun,” sapa Puan Mariam yang melihat Balqis sudah soft landing di atas sofa.

Puan Mariam menggeleng. Pagi-pagi dah layan tv. Tak apa kalau layan cerita-cerita biasa, ini cerita luar biasa. Channel Cartoon Network yang dia tengok.
Hairan sungguh Puan Mariam. Tak pernah dalam hayat anaknya itu hujung minggu sudah bangun. Tak sambung tidur balik. Memang pecah rekodlah. Biasanya kalau hujung minggu, pasti Balqis bangun ketika mentari sudah meninggi.

Kali ini lain pula. Awal anaknya itu bangun. Cuma yang silapnya, anaknya itu tak menyentuh sebarang kerja yang berfaedah. Masak sarapankah, kemas rumahkah, sapu sampahkah. Ini tv juga yang dilayan.

“Tak mengantuk ibu,” balas Balqis langsung tak berpaling menghadap ibu. Mata tak beralih dari peti televisyen.

Ibu hanya menggeleng melihat telatah anaknya itu yang lain daripada hari-hari sebelumnya. Memang macam tu kot kalau orang baru kahwin. Dia lantas tidak mempedulikan Balqis, dapurlah rentak tujuannya.

Balqis hanya melihat ibu yang berlalu. Tiada semangat untuk membantu. Sudahlah tidurnya tak lena. Semalam disebabkan kes yang dia tak jangka, dia telah tertidur di ruang tamu. Konon-konon tengok tv.

Bila sedar-sedar sahaja pagi tadi dia ada di atas katil, dekat pula tu dengan Mr. Husband. Cepat-cepat dia bangun. Tengok diri. Bila dilihat tiada perubahan yang berlaku, cepat-cepat dia melarikan diri dari katil.

Siap mandi lagi tu. Bila dia toleh jam, terkejut dan terlopong dia. Baru pukul lima pagi dan dia tak rasa menggigil langsung dengan kesejukan air yang menyapa tubuhnya. Serabut punya pasal!

Sementara tunggu subuh, sempatlah dia buka al-quran. Sempat juga bertahajud. Bila dah siap semua, terus keluar dari bilik. Dia langsung tak ambil tahu kalau suaminya itu bangun subuh atau tidak.

Pasti Sulaiman yang angkat dia masuk bilk. Mustahil abah. Nasiblah mereka tak nampak dia tertidur di sofa ruang tamu itu. Kalau tak, memang masaklah telinganya dengar coleteh gabungan daripada ibu dan abah.

“Hai, kak! Awalnya hari ni.”

Tidak sedar Balqis, Amar hampir kepadanya. Adiknya itu masih berbaju tidur. Bila dia panggungkan kepala ke atas melihat jam di dinding, baru dia perasan, sudah jam lapan pagi. Waktu biasa Amar bangun di waktu pagi. Pagi-pagi, layan kartun dulu kemudian sarapan, barulah dia membersihkan diri. Tahu sangat Balqis dengan jadual adiknya itu di hujung minggu.

Amar sudah capai remote di atas meja. Apalagi, pagi-pagi begini, nak layan kartunlah. Dia hanya menekan-nekan butang info, tapi tidak menukar rancangan TV. Dilayan cerita Ben 10 yang sedang kakaknya tonton itu.

“Kakak nak pergi mana-manakah? Awalnya mandi.”

“Tak ke mana. Saja terasa nak mandi awal,” balas Balqis. Dia masih tidak berganjak dari tempatnya. Langsung tak bergerak. Matanya juga masih fokus ke hadapan. Setia menonton TV.

Amar kehairan mendengar jawapan kakaknya itu. Remote masih di tangan. Dia menghampiri kakaknya. Duduk di samping Balqis.

“Kakak demamkah?” tangan ditekapkan di kepala Balqis.

Tidak sempat tangan itu ditepis Balqis, ia terturun sendiri. Bukan terturun ke mana, tapi menebak sedikit rambutnya.

“Eh, kenapa leher tu? Merah! Macam kena gigit. Nyamukkah? Hai sejak bila pula taman kita ni ada nyamuk?” bertalu-talu soalan Amar.

Amar pandang Balqis. Fokus matanya pada leher kakaknya itu. Semacam ada yang menggigit. Pasti sakit.

Balqis terkejut. Alahai, kenapalah tak pakai baju yang mampu menutup semua lehernya. Baju t-shirt yang berleher V itu dikemaskan lagi duduknya. Biarpun tak mampu menutup, namun dia berusaha juga nak tutup. Rambutnya yang berikat dilepaskan.
Sekarang ni perasaannya tak tahu nak jawab apa pada adiknya itu. Salah jawab, dia juga yang kalut.

Ish, Sulaiman ni, tak ada tempat lainkah yang dia nak gigit. Tengok sekarang, aku juga yang penat nak cari jawapan untuk adik aku. Balqis menyumpah dalam hati. Geram pada Sulaiman tidak habis lagi. Apatah lagi dengan tingkah Sulaiman semalam yang telah meninggalkan kesan.

Abah dan Sulaiman yang baru menjengah ruang tamu tersenyum. Malah senyuman Sulaimanlah yang paling panjang. Dia baru keluar dari kamar. Bila mendengar isu yang sedang dibincangkan oleh adik iparnya itu, senyumannya lebar. Tak sangka dia sehebat itu. Sekali buat sampai meninggalkan jejak. Sulaiman senyum sendiri. Tak habis lagi tayangan semalam di mindanya.

“Nyamuk besar yang gigit kakak kamu tu,” sampuk satu suara tiba-tiba. Puan Mariam menjengah ruang tamu. Kepalanya terjengul dari ruang dapur.

hmm.. anak lelaki aku masih sucilah tu kalau dia tak tahu apa yang terjadi pada Balqis. Puan Mariam tersenyum-senyum. Sampai nak basuh sayur pun dia tak habis senyum lagi memikirkan anak-anak dan menantunya itu. Ada sahaja karenah mereka yang membuat dia tergelak.

“Tak ada apa. Bekas nyamuk semalam kot masa akak lewat balik,” akhirnya ayat itu yang keluar. Sungguh dia kalut nak cipta alasan.

Amar yang tadinya memandang leher kakaknya mengangguk perlahan.

Balqis kembali senyap. Malu semalu-malunya. Abah dan Sulaiman memang dia tak sanggup nak pandang. Nasiblah adiknya itu tak faham apa-apa, kalau tak, memang tambah seorang lagi manusia yang dia kena berdepan dengan perasaan malu.

Abah memesongkan langkahnya keluar rumah. Pasti nak jadi petani moden. Aktiviti wajib abah bila hujung minggu. Membersihkan halaman rumah, memeriksa tanaman, menabur baja, membuang rumput dan menanam benih.

Sulaiman menghenyakkan punggungnya di sofa. Di pandang saja Balqis yang langsung tak nak pandang dia.

Balqis yang sedar dengan sepasang mata yang setia merenungnya menjadi rimas. Akhirnya dia mengangkat langkah menuju ke dapur. Membantu ibu apa yang patut. Itu lebih baik daripada menjadi santapan mata Sulaiman yang dirasanya mampu membunuh. Mampu mematikan urat-uratnya menjadi pegun.


akan offline untuk sementara dan kembali bersiaran pada 20.09(insyaAllah)

3 comments:

  1. so sweet...nyamuk kepala hitam..hahahihi..suka2..bykkan bab2 yg romantik lagi ya...(gatal+gedik nye aku)...selamat bercuti...selamat hari raya..

    ReplyDelete
  2. amboi mak..
    nyamuk besar ye..
    memang besar sangat

    ReplyDelete
  3. min: nyamuk spesis lain yg gigit c qis. cam vampire pn ada gak
    may lin: nyamuk besar yg ada 2 taring. tp kesan yg dia gigit tu x memudaratkn pn

    ReplyDelete

komen la. sama2 kita abiskn air liur(eh x yah pn, jaz use u hand)