Thursday, September 2, 2010

baik-baik sayang 14

“Lepaslah. Saya nak pakai baju ni.”

Balqis berusaha menolak tubuh Sulaiman yang sedikit sasa itu. Tapi tulah, macam tolak angin sahaja. Langsung tak beri kesan. Tak bergerak langsung.

“Tak payahlah.”

Sulaiman mengalihkan tangan kirinya. Hanya tangan kanan yang menyandar di dinding almari. Tangan kiri selamat membelai wajah Balqis yang tika itu sudah menunjukkan tanda-tanda seperti orang terkena penyakit parkinson.
Senyuman Sulaiman disembunyikan bila melihat telatah Balqis itu. Alahai Balqis, ni yang tambah aku suka ni. Nampak suci sangat. Masih gementar bila disentuh oleh orang lelaki. Aduhai Balqis, macam manalah aku nak rawat hatiku yang semakin hari semakin suka pada kau.

“tak payah apa?” soal Balqis. Dia angkat kepala. Tak lama, lepas tu tunduk balik.

Tak sanggup nak tengok muka Sulaiman saat ini.

“Tak payah pakai bajulah,” balas Sulaiman selamba. Tangan kanan sudah mengganti peranan tangan kiri. Tak puas pakai satu tangan.

Peranannya tak usah cakap, habis dijelajahnya ruang yang tak dibalut tuala. Dari pangkal dada, naik ke bahu, ke leher seterusnya ke wajah cantik Balqis. Rambut yang masih basah itu dibelai perlahan.

“Mana boleh. Tepilah.” Balqis masih cuba untuk melepaskan diri.

“Kejap lah. Saya tak habis lagi ni,” tangannya masih mengusap wajah wanita di hadapannya.

“Apa awak nak buat ni?” kalut Balqis menyoal.

“Sekadar menghayati keindahan ciptaan tuhan,” balas Sulaiman santai.

“Hayati tempat lain.”

“Tak seronok. Best lagi ciptaan tuhan depan mata abang. Makhluk tuhan yang tercipta yang paling seksi.”

“Mengarut!”

“Tak ada yang mengarut.”

Rambut Balqis yang basah itu diselak perlahan. Rambut di hadapannya satu persatu dicapai. Kemudian dicium perlahan. Wanginya!

“Qis pakai syampu apa ni?” soal Sulaiman. Rambut itu dicium perlahan. Memang sedap. Kalau tuannya pasti lagi enak!

Balqis langsung tidak membalas. Dia lebih rela berdiam diri. Nanti jawapannya sendiri yang akan menjerat dia. Lagipun dia tidak tahu mahu bertingkah bagaimana. Sungguh saat ini, tak perlu jumpa doktor, memang sah dia sedang menghadapi penyakit parkinson. Tak perlu pengesahan pakar!

Sulaiman semakin tidak dapat mengawal dirinya. Kenapalah Balqis ni cantik sangat. Wangi pula tu!

“Awak nak buat apa ni?” Bergetar suara Balqis.

Takut, seram dan segala macam perasaan bersatu dalam tubuhnya sampai dia tak tahu macam mana perasaannya sekarang. Seolah-olah dia sedang berdepan dengan seorang psycho yang tak faham bahasa. Seramnya!

Tambah kalut perasaan Balqis bila nafas Sulaiman terasa menyentuh wajah Balqis. Terasa panas wajahnya disapa dengusan nafas tersebut. Nafas yang langsung tak memberi bantuan pernafasan padanya yang saat itu sedang sesak nafas.

“Awak dah janji hari tu.” Suara tak tahu keluar macam mana.

Sukar nak bercakap tapi kena cakap juga. Sungguh dia tak sanggup berdepan lebih lama dalam keadaan begini. Bisa copot jantungnya. Nak minta jasa baik mana-mana pekerja klinik atau hospital untuk dermakan tabung oksigen. Dia sekarang benar-benar perlukan oksigen untuk pastikan dia dapat bernafas dengan sempurna.

“Janji apa?” Perlahan suara Sulaiman. Dia langsung tak mahu fikir soalan yang dikemukakan oleh Balqis. Tak ada masa nak analisis.

Kali ini Sulaiman melakukan step seterusnya. Setelah habis wajah Balqis digomol, dia beralih ke tempat lain. Leher Balqis yang berjaya disingkap oleh tangannya membuat nafsunya sedikit menggila. Tangan yang memegang rambut dijauhkan sedikit dari leher. Ditebak hingga ke belakang. Tangan kiri sudah memainkan peranan. Langsung tidak memenjarakan Balqis lagi.

Balqis tambah kalut bila melihat wajah Sulaiman yang semakin hampir dengannya. Malah saat wajah Sulaiman menyentuh lehernya dia seakan terkena renjatan elektrik. Terkejut!

Jamahan bibir Sulaiman membuat dia hampir tumbang saat itu. Mujur tangan kanan menyandang belakangnya di almari. Tangan kiri setia memengang tuala. Kalau tidak, pasti saat ini dia akan tumbang.

Sulaiman asyik seketika. Lama dah dia nak buat macam ni. Nikmatnya! Rasanya kalau buat lebih-lebih pasti lebih seronok.

“Man... oh man. Kamu dah makankah?” suara ibu dari luar membuat Sulaiman menghentikan perlakuannya.

Tujahan matanya pada dua bibir yang berwana merah tanpa sebarang lipstick itu mencerlung. Tunak matanya langsung tak beralih. Anggota yang akan jadi mangsa seterusnya. Tidak sabar bibirnya nak jamah. Macam mana pula rasanya.

“Man... kamu dah makankah? Kalau belum ibu hidangkan,” sekali lagi suara dari luar menyapa pendengarannya. Kali ini suara ibu disertakan dengan ketukan di pintu. Nasiblah dia dah kunci pintu, kalau ikutkan perangai Balqis yang tak suka kunci pintu, memang nahaslah dia tertangkap. Apatah lagi sekarang ni dia dah jadi macam drakula pula!

“Sudah ibu,” balas Sulaiman kuat tapi dia masih tidak melepaskan Balqis.
Suara Puan Mariam sudah tidak kedengaran lagi. Malah ketukan juga sudah tidak berbunyi seperti tadi.

Direnung wajah polos Balqis. Keadaan Balqis yang kalut dan takut-takut itu membuat dia jatuh kasihan. Cancel dululah anggota seterusnya tu. Next time pula. Sulaiman sembunyikan niat.

Balqis tambah kalut dengan renungan itu. Tadinya dia bersyukur sangat bila suara ibu menerpa ke ruang bilik. Fikirnya dia sudah selamat. Tapi bila melihat renungan Sulaiman, dia tak fikir dia dalam keadaan baik-baik sahaja sekarang.

“Abang tak lupa janjilah,” balas Sulaiman. Diharap apa yang dikatanya memberi kelegaan kepada Balqis.

Satu kucupan dihadiahkan ke dahi Balqis. Dia melepaskan tangannya daripada Balqis. Berjalan menuju ke katil dan mengambil tuala.

Bila Balqis melihat Sulaiman selamat berada di dalam kamar mandi, barulah Balqis berupaya bernafas dengan normal. Keadaan tadi betul-betul menggerunkan. Nafas leganya terhembus dengan kuat.

Cepat-cepat baju tidur di dalam closet dicari. Baju tidur lengan panjang dan seluar panjang warna coklat terus disambar. Terkocoh-kocoh dia menyarungkan pakaiannya. Takut Sulaiman keluar dari tandas.

Bila siap, cepat-cepat dia keluar dari bilik itu. Memang menyeramkan duduk dalam bilik ni lama-lama.

Lepas ni, memang kena sentiasa berhati-hati. Setiap hari Jumaat mesti tanya Sulaiman dulu. Balik atau tidak.

Ceh... Balqis nak jadi isteri yang prihatin pula. Tiba-tiba concern pula tentang timing suami balik. Tak apa, untuk hari Jumaat sahaja. Sebagai persediaan sahaja. So, bolehlah kalau dia mandi petang Jumaat dia bawa baju ke dalam tandas. Sekadar berjaga-jaga, manalah tahu time tu Sulaiman datang.


* sepatutnya cik aa publish citer kasih tercipta. citer tu ada 'kesopanan dan kesusilaan sikit' banding citer ni :)

3 comments:

komen la. sama2 kita abiskn air liur(eh x yah pn, jaz use u hand)