Showing posts with label novel - Lara Rindu. Show all posts
Showing posts with label novel - Lara Rindu. Show all posts

Monday, April 25, 2011

lara rindu spesel

“Mana cantik? Biru atau pink?” soalku sambil menayangkan dua baju yang berlainan warna tetapi bentuk dan fesyen yang sama.

“Sayang, tak nampakkah baju warna oren tu lebih menyerlah. Lagi cantik,” komen Najwan cepat. Baju yang berwarna oren macam sunkist itu ditariknya dan dilonggok di hadapanku.

Jurujual yang ada di sebelah sudah melambakkan ketawa.
Aku nampak dia dah tak tahan ketawa. Mulutnya ditutup cepat untuk menutup rasa ketawanya yang masih meledak.

“Apalah Tia ni, rabun warna!” selamba badak Najwan kutuk aku.

Aku cubit bahunya kuat-kuat.

“Aduh.... aduh... sakit!”

“Padan muka!”

“Tuan, puan, biasanya kalau nak beli barangan bayi, warna biru dan pink lebih sesuai. That’s why kebanyakan colour yang ada di sini warna biru dan pink. Kalau lelaki sesuai untuk warna biru, kalau baby girl sesuai untuk warna pink,” akhirnya jurujual itu bersuara.
Sejak tadi lagi dia berdiri di samping kami, tapi dia sekadar berdiri tanpa memberi apa-apa petunjuk. Sekarang ni dia dah bersuara.

“Nah... Tia dah cakap awal-awal. Warna baby hanya biru atau pink,” aku bersuara kemenangan.

“Dari mana Tia tahu?” soal Najwan cepat.

“Baca buku. Itulah, Tia belikan majalah banyak-banyak, bukannya dia nak baca. Lebih rela baca Times yang nipis tu.”

Punyalah banyak aku beli majalah dan buku panduan. Pa&Ma memang tak pernah lepas aku beli. Tapi Najwan jeling sekilas saja majalah-majalah yang tersusun elok di meja kopi.

“Pandai dia kenakan abang.” Najwan sudah tarik hidungku.

“Abang ni.” Aku tepis tangannya.

Aku menjauh sedikit dari Najwan. Menuju ke arah kumpulan baju-baju bayi yang sangat comel. Memang warna biru dan pink mendominasi.

“Itulah, abang dah cakap, scan perut tu. Tapi dia tak nak. Nak juga surprise konon,” Najwan sudah kembali ke sisiku.

“So?” Najwan angkat kening sambil pandang aku.

Aku tahu akan persoalannya. Aku cuma berikan sengihan sebagai jawapan.

“Tia, saja nak seksa semua orang. Kalau seksa sehari dua tak apalah. Ini sampai sembilan bulan. Buat orang tertanya-tanya. Berkobar-kobar nak tahu jantina baby. Bukan setakat Tia, tapi seluruh keluarga kita tengah stress nak tahu kita nak dapat anak apa,” Najwan sudah mula membebel.

Memang sejak awal dia paling tidak sabar nak tahu jantina bayi yang sedang menumpang dalam rahimku. Namun aku berkeras tidak mahu tahu jantinannya. Aku nak surprisekan diriku.

Baju yang ada di depan aku pandang lama. Dahiku berkerut nak pilih yang mana satu. Pink atau biru?

“Pening ya nak pilih? Itulah, kalau dah tahu jantina bayi, senang saja. Angkut mana sesuai.”

Tidak habis lagi Najwan meluahkan perasaannya. Melayan karenahku yang degil memang membuat dia tak akan pernah menang.

Bahana kedegilanku, macam nilah. Pening sendiri!

“Dah decide nak pilihkah? Tia renung lama-lama macam tu, bukannya boleh dapat jawapan.”

Najwan sudah memilih beberapa baju. Dirasakan mana yang dia berkenan, cepat disangkut di tangannya.

Aku cuma memandang. Tak melarang dan tak menyuruh. Dua warna yang ada di tangannya. Biru dah pink.

Aku pandang Najwan.

Hairan! Tadi bersemangat sungguh dia memilih. Sekarang ni lain pula. Habis dia letak balik semua pakaian yang ada di tangannya semula.

“Hmm... kalau ambil color lain lagi senang. Sekarang ni, abang pun pening. Sampai ambil dua warna. Kenapa kalau nak beli barang baby limit for two colour only? Bukannya baby tak boleh pakai colour lain pun. Belilah yang warna macam bendera malaysiakah, colorful! like rainbow, lagi lawa. Ceria. Mesti baby suka.”

“Dia tak suka. Pening nanti sebab banyak sangat warna,” aku balas endah tak endah.

Tak dapat aku bayangkan kalau anakku nanti pakai baju warna-warni macam pelangi.

Ya Allah, mesti baby tu pun pening-pening lalat sebab banyak sangat warna di sekelilingnya.

“Tia bukannya baby. Tak adanya baby pening sebab warna. Kalau macam tu, beli colour lain. Semacam saja abang tengok warna pink ni.” Dihumban jauh-jauh baju yang berwarna pink itu.

“Abang!” sempatlah tanganku cubit dia.

Aku menggeleng. Ada-ada sahaja komennya. Kalau membantu, tak apa juga. Ini, dah hampir dua jam duk belek benda yang sama, tapi satu pun tak beli lagi.

“Betullah abang kata. Belilah pakaian yang colorful sikit. Mesti bayi suka. Yellow is suit.”

Najwan angkat satu baju yang berwarna kuning. Dilayang-layangkan di hadapanku. Aku tepis baju itu menjauh dariku.
Memang tak ada selera langsunglah Najwan ni.

“Kan Tia dah cakap, mana boleh beli yang colorful. Nanti baby pening,” sekali lagi aku ulang ayat yang sama.

“Kenapa pula?”

“Sebab terlampau banyak warna,” jelasku.

“Tia yang buta warna. Tengok baju ni, mana ada colorful.” Baju itu dibentangkan di hadapanku.

“Ini.” aku tunjuk satu-persatu warna yang ada di baju tersebut. Walaupun kuning lebih mendominasi, namun warna lain banyak terdapat di situ. Memang warna bendera.

“Abang tak pening pun. Masa kecil dulu, pakaian abang kebanyakannya warna merah.” Dahi Najwan sudah berkerut.

“Macam mana abang tahu? Abangkan bayi lagi.”

“Sebelum masuk tadika memang baju abang banyak yang warna merah.”

“Ish abang ni.” Masa kanak-kanak manalah sama masa baby. Manalah kita ingat pakai baju apa.

“black & white pun ok.”

“Yes ok. Macam tahi cicak.”
Takkanlah nak bagi baby pakai baju warna hitam dan putih. Nanti kalau cicak tu lepaskan bom sebelah baby, takkah aniaya kalau landing sebelah colour yang sama. Busuklah baby tu nanti.

“Oklah. Daripada tadi tak ada lagi yang kita pilih. Ambil warna putihlah. Senang sikit. Damai.” Cepat Najwan memutuskan.

Aku mengangguk. Entah berapa lama kami di situ, baru aku terasa kebas seluruh tubuh sebab lama sangat berdiri.

______

pengubat rindu...
aku jeles dgn korang. saat korang g shopping buku kat PWTC, aku sdang brgelumang dgn buku nak exam. mcm budak u yg nk dapat 4 flat(ceh!padahal, buka buku je...trus zzzzz-hahahaha)
wish me luck...

Monday, September 27, 2010

LARA RINDU (Special Entry)

“Tia.”

Aku mendongak bila nama singkatanku yang cantik disebut-sebut. Tak tahu pula aku, namaku dah jadi popular di tanah tinggi ini. Mata berlaga dengan sepasang mata yang cukup malas untuk kupandang. Dia lagi. Entah bilalah dia akan hilang dari tanah tinggi ini. Bosan pula aku tengok mukanya. Muak. Menyampah pun ada sebab dia membuat hidupku kucar-kacir. Penat untuk menghindar dari dia. Lelah untuk mengelak pertembungan berlaku. Aku juga yang penat melarikan diri. Bosan dengan pelarian yang tidak sepatutnya terjadi.

Aku berpaling ke arah lain. Tanpa disuruh lelaki itu melabuhkan punggung di hadapanku, bersama dengan lagak machonya. Sebuah senyuman manis terukir di bibirnya. Memang manis. Aduhai Kastia, jangan pula kau tergoda dengan lesung pipitnya yang menawan itu. Cukup. Aku geleng-gelengkan kepala. Mengembalikan diri ke realiti yang sebenar.

“Mak kirim salam,” ujar lelaki itu. Lontara kata itu membuat aku berasa sebal yang amat sangat.

“Mak? Mak siapa?” pura-pura bertanya. Takkanlah mak kucing aku pula?

“Mak abanglah.” balasnya ringkas.

“Abang? Bila mak saya beranakkan awak?” soalku menyampah. Entah mengapa, aku cukup menyampah dengan lelaki seorang ini.

Dia cuma tersenyum manis mendengar sindiranku. Dasar lelaki terlebih gula. Sempat lagi tersenyum.

“Memang mak Tia tak lahirkan abang. Kalau mak Tia lahirkan abang, macam mana nak jadi menantu dia?” soalnya sambil mengangkat kening. Meluatnya aku dengan dia ni.
Bulat mataku menikam wajah lelaki yang pernah menjadi life partner aku satu masa dulu. Tapi tidak lagi kini. Lelaki inilah yang telah memandang sepi perasaan hatiku dan memperkotak-katikkan kehidupanku. Membuat hidup insan lain sebagai mainan pertaruhannya. Kesilapanku kerana pernah menerima dia sebagai suami memang suatu perkara yang tidak patut berlaku. Sungguh menjengkelkan. Mulai saat ini aku nekad, aku tak akan biarkan hatiku terus hanyut dan terlajak mencintainya. Kini, aku terlajak membencinya, sedang dia pula mula mendekatiku. Jangan harap! Aku tidak akan sekali-kali berpaling ke belakang.

“Kenapa pandang abang macam tu?” matanya dikenyitkan. Ya Ampun, sejak bila dia jadi penggoda ni.

Aku mengalihkan pandangan. Jangan nak perasan, aku pandang bukan sebab kau handsome, aku pandang sebab terkejut hatiku mengomel sendiri.

“Awak nak jadi menantu mak saya? Awak nak kawin dengan siapa?” soalku dengan lagak ingin tahu.

“Dengan anak bongsu dia. Tapi anak bongsu dia dah kahwin pun dua tahun lepas,” Polos dia menjawab. Ada kesedihan pada suara itu.

Hampir tersedak aku mendengarnya. Nasib baik saat itu aku belum sempat meneguk Nescafe yang ada di hadapanku. Kalau tidak, pasti mukanya basah dengan air itu. Seleraku mati tiba-tiba. Pinggan berisi nasi ayam aku tolak ke tepi. Segera aku mengangkat punggung keluar dari restoran itu. Tadi aku bercadang tidak mahu masak bila pulang ke rumah, jadi singgahlah sebentar untuk mengisi perut. Bekalan untuk malam ini.

“Nak ke mana tu?” soalnya pantas.

“Balik.” Langkahku cepat keluar dari restoran itu.

“Abang hantar?” Cepat dia berdiri di sisiku.

“Tak apa. Bas banyak teksi banyak,” balasku tanpa riak.

Kalau dia hendak mengacau aku, ada baiknya aku balik ke rumah. Tidak jadilah aku hendak menumpang di hotel. Aduhai, kasihan dengan kereta kesayanganku. Hari ini terpaksa dimasukkan ke hospital. Ada kecederaan yang perlukan rawatan rapi. Memang sudah lama aku tidak servis pengangkutan beroda empat itu. Asyik digunakan, akhirnya ia sakit.

“Takkan tak sudi?” soalnya sambil angkat kening.

Aku hanya diam. Dia punya jawapan terhadap soalannya tadi. Bukan setakat tak sudi. Malah tak ingin. Tak ingin aku naik keretanya. Tak ingin aku menjadi isterinya. Mak! Kenapa dia di sini?

“Tia dah berubah sekarang…,” lemah suaranya.

Memanglah. Dulu aku bodoh. Cepat terperangkap dengan hidupnya. Tetapi, sejak aku lebih tahu dengan kehidupan manusia dan sejak aku kenal erti kehidupan, aku sekarang adalah manusia yang sentiasa berhati-hati. Tidak mahu lagi terjebak ke perangkap yang sama.

Hatiku betul-betul tertutup untuk mendekati lelaki. Dan.lelaki pun tidak berminat untuk mendekatiku. Kenapa? Manalah aku tahu.

“Suka hati sayalah saya nak berubahkah, tak nak berubahkah, apa kena mengena dengan awak?” soalku jelak.

Kenapa ada manusia seperti dia? Dia tidak punya perasaankah? Aku pula yang jadi menyampah dengan sikapnya. Menjengkelkan.

“Tia, we need to talk. Come with me,’ cepat tanganku digapai.

“Taknaklah,” aku cuba lepaskan tanganku dari pegangannya.

Dia tidak menoleh belakang pun. Malah, beberapa pengunjung yang melihat kami dengan penuh kehairanan langsung tidak mengubah hatinya. Dia masih setia memegang erat tanganku. Laju dia membawa aku keluar dari restoran itu.

Sampai di taman, sebelah dengan hotel, barulah tanganku dilepaskan. Lama keadaan sepi menyelubungi antara kami. Senyap. Hanya ditemani oleh bunyi-bunyian dari alam semesta. Suara kenderaan sayup-sayup kedengaran. Bunyi kicauan burung dan serangga terdengar bersahutan.

“Kalau tiada nak cakap, saya nak balik,” cepat aku melangkah bila sudah hampir sepuluh minit menunggu. Penat pula aku menanti dia membuka mulut. Menunggu butir bicaranya.

“Tia!” cepat tanganku ditarik semula. Hanya beberapa saat ia static dalam genggamannya sebelum dia melepaskannya semula.

Aku berpeluk tubuh. Menanti bicara yang akan keluar dari bibirnya. Biarpun aku sebal dengan dirinya, namun untuk kali ini, biar aku berikan dia peluang untuk berbicara. Aku sudah tekadkan dalam hati untuk untuk tidak mengambil serius apa yang bakal dia utarakan.

“I know, you know something. Tapi Tia tak tahu semua perkara. Jangan buat keputusan hanya disebabkan satu kesan yang kurang baik. Nanti menyesal tak guna,” dia memulakan bicara.

Pandangannya tertumpu padaku. Cepat aku alihkan perhatian matanya dariku. Tidak mahu diriku menjadi subjek untuk tatapan matanya. Taman yang luas ini menjadi perhatianku.


*SE sebagai pengubat RINDU yang LARA

Tuesday, August 31, 2010

LARA RINDU

salam ramadhan yang ke-21 & selamat hari merdeka

segala puji hanya bagi DIA. hanya DIA yang maha sempurna
semoga kita semua mendapat rahmat-NYA melalui pertemuan dengan miss lai(lailatul qadr)



perginya bukan untuk tidak kembali
datangnya bukan untuk bersua kembali
tapi pertemuannya membuat dia terasa ingin kembali


Lara Rindu

Amanda Aniqah
RM 23.90
ISBN: 978-967-5489-76-1
~640 hlm
Bahasa Melayu

Kastia suka kepada kehidupan, apalagi dalam dunia pelajaran. Misinya adalah Long Life Learning (Belajar Sepanjang Hayat). Bukan macam polisi temannya, Chinta, 3L iaitu Long Life Love. Loveaholic. Atau macam etika Makhluk Perosak, Long Life Work. Memang Workaholic. Langsung tidak ceria hidup. Anjakan terbesar dalam catatan hidupnya adalah perkahwinan. Ia wujud bukan atas cinta. Tanpa wasiat, tiada tangkap basah.Tiada kontrak perkahwinan keluarga atau ‘family arrange’. Dia pun tidak tahu macam mana perkahwinan ini boleh terjadi. Menghairankan! Bila rahsia terbongkar, lara hatinya dibawa terbang jauh. Langsung tidak menoleh ke belakang walau rindunya mengundang lara.

Tarikh Terbit: 1 Sep 2010

-----------------------

sedikit coretan

Alhamdulillah. puji-pujian hanya bagi DIA kerana memberi kesempatan kepada cik aa untuk mencoretkan sesuatu untuk tatapan bersama.tidak sangka, akhirnya jemari ini telah selamat melahirkan sesuatu yang telah lama hanya tersimpan dalam minda(thanks to publisher too)

pembikinan novel ini ditulis sekitar tahun 2008 dan siap sepenuhnya pada awal tahun 2010(ceh macam pembikinan filem pla). asimilasi dari dua dunia kehidupan cik aa. zaman belajar dan zaman bekerja.

lama juga ia terperap dalam lappy. bila ada masa terluang, barulah jemari ini mengukir kata. kadang-kadang sampai berbulan-bulan cik aa tak buka lara rindu ekoran kekangan masa.

tak terjangkau difikiran kerana cik aa mampu merealisasikan ia dalam nyata.apatah lagi sekarang ni, skop kerja membuat minda dan fizikal cik aa tertumpu 100% ke arahnya. kesibukan melanda membuat diri semakin jarang mengungkap apa yang banyak terlakar di minda. tidak berkesempatan untuk dicoret.

syukurlah mini2 novel sempat cik aa kudratkan tangan untuk menaip. nasib ia sudah bermula, ikutkan yang sebenar, mungkin ia tak akan berakhir. tapi tulah, selagi ia tak berakhir fikiran cik aa pula yang tak tenang. sebab tu cik aa buat sehabis daya untuk memastikan ia sampai ke penamat(rasa macam berhutang pun ada)

cik aa minta maaf andai apa yang anda inginkan tidak sama dengan apa yang telah cik aa sampaikan pada novel ini. maklumlah.. pertama kali cuba...pasti tidak sempurna kerana kesempurnaan hanya ada pada DIA. cik aa cuma mampu perbaiki diri untuk menjadi insan yang lebih baik.

-ya ALLAH, KAU pertemukan kami dengan ramadhan. KAU pertemukan kami dengan lailatul qadr. YA ALLAH, kami memohon keredhaan-MU dan syurga-MU

Friday, August 13, 2010

Lara Rindu 8

Aku masih memerhatikan swan yang berenang keriangan. Anak-anak itik begitu bebas berenang. Berkejaran dengan anak-anak swan. Persahabatan antara dua spesies yang berlainan, masih menyatu di bawah satu tempat. Kolam yang indah. Lembayung mekar di tepi kolam. Teratai mengeluarkan putik-putik bunga yang indah di pandangan. Anak-anak ikan seperti sengaja menonjolkan dirinya. Ingin menarik perhatian dari sesiapa sahaja. Aku tersenyum melihat telatah makhluk-makhluk lain yang turut menumpang di bumi tuhan, sama seperti aku.

Aku sudah di sini. Baru dua bulan yang lepas aku memijak semula tanah tumpah darahku. Negara yang sentiasa menggamit memori selama aku di luar negara. Akhirnya, tamat juga segala susah payahku untuk mengenggam semula sebuah skrol ijazah. Kali ini aku sudah berjaya memegang Master Of Hotel and Management. Sedikit ilmu tuhan sudah kuraih.

Selama dua tahun di sana, pelbagai memori telah tercipta. Tidak sangka, impianku sejak dulu untuk melangkahkan kaki keluar negara telah berjaya. Memang terlaksana. Ini semua kerana satu peristiwa yang memang tidak disangka-sangka. Satu peristiwa yang menjadikan aku lebih berani. Ah, Forget it!

Macam mana aku boleh keluar negara? Semuanya atas kerajinanku melayari internet sehinggalah terjumpa satu blog yang menawarkan sesuatu yang aku impikan sejak dulu lagi. Terlibat dalam perhotelan adalah salah satu perkara yang memang menjadi minat aku. Tidak sama keadaannya dengan sebelum ini. Minatku dalam kejuruteraan datang disebabkan hari-hari aku belajar tentang bidang ini. Kata orang, tak kenal maka tak cinta. Begitulah antara aku dan kejuruteraan, sehingga aku berjaya dapat ijazah dalam Civil Engeneering.

Dua tahun aku menghambakan diri semula dengan dunia pelajaran. Pergi kuliah, buat asigment dan bertemu dengan rakan-rakan kampus yang berlainan bangsa.
IMI University Centre (International Hotel Management Institute), yang terletak di kota Lucerne, Swiss adalah tempat yang sudi menerima aku sebagai pelajar. Ia adalah institusi pengajian swasta dalam bidang perhotelan dan pelancongan. IMI memang dikenali dunia dalam melahirkan hotelier dan profesional yang berkemahiran dalam bidang perhotelan.

IMI University Centre juga telah diakui dalam dunia global setelah mendapat pengakuan standard bagi mutu dan kualiti daripada sijil ISO 9001 dan menerima pengakuan yang sama dari pemerintah Swiss.

Swiss terletak di tengah-tengah Benua Eropah di bahagian barat. Negara ini tidak memiliki perairan laut, melainkan danau. Banyak danau di Swiss yang dijadikan sebagai alternatif untuk pengangkutan air, yakni menggunakan kapal ferry. Aku dan kawan-kawan lebih suka ke mana-mana dengan menaiki feri kerana jaminan keselamatannya adalah yang terbaik sama seperti menaiki kenderaan darat. Tapi feri hanya kami gunakan untuk ke kota-kota besar seperti Zurich kerana banyak juga kawasan yang tidak mempunyai perkhidmatan feri. Mata wang yang digunakan di negara ini adalah Swiss Franc (CHF/SFr).

Aku datang ke Swiss menggunakan MAS. Entah dari mana aku peroleh keberanian sehingga boleh terbang merentas beberapa benua untuk jauh dari tanah air. Kalau datang Swiss melalui udara, terdapat dua alternatif iaitu melalui airport antarabangsa yang ada di Zurich dan Geneva/Jenewa.

Kalau dari Kuala Lumpur, kapal terbang MAS akan singgah di Bangkok sebelum meneruskan perjalanan ke Zurich International Airport. Boleh saja terus sampai ke Geneva International Airport tapi kena bagitahu awal kepada pegawai penerbangan untuk kita sampai ke destinasi akhir iaitu di Geneva.

Selain MAS, kita boleh juga naik kapal terbang milik negara lain seperti Lufthansa, KLM Belanda, Singapore Airlines (SQ), Thai Airways atau Cathay Pacific untuk jejak di tanah Swiss. Kalau nak cari pilihan lain, boleh juga dapat yang murah iaitu penggunaan penerbangan Timur Tengah seperti Emirates dan Qatar Airways. Kedua-dua perusahaan penerbangan Timur Tengah ini memiliki standard pelayanan kabin yang sangat sempurna dan sudah dipandang dunia sebagai salah satu sistem penerbangan yang terbaik.

Perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Zurich memakan waktu hampir tiga belas hingga lima belas jam penerbangan, termasuk dengan waktu transit di beberapa negara lain. Buat masa ini, belum ada lagi penerbangan langsung dari Malaysia menuju ke Zurich ataupun Genewa.

Di negara empat musim itu, aku telah menginap di sebuah rumah sewa di Kastanienbaum, Lucerne, Switzerland. Kampusku berada di tengah-tengah Lucerne, Seeacherweg, Kastanienbaum.

Mulanya risau juga kerana aku bermusafir seorang diri. Tetapi, rasa takut tenggelam sedikit demi sedikit bila kami dijemput oleh pemandu dari IMI University Centre, tempat yang bakal aku habiskan masa hampir dua tahun. Perjalanan dari Zurich ke bandar Luzern mengambil masa satu jam. Jadi tidak perlu risau. Tapi yang perlu dirisaukan, bagaimana untuk menjalani hidup di negara orang. Lagi pula aku bukan kenal sesiapa di sini.

Menjejakkan kaki ke bumi yang terkenal dengan dasar bercuali itu, membuat aku mempunyai aktiviti yang sangat menenangkan. Di sana, jika aku tidak ada kuliah, aku akan datang ke tasik dan melihat swan bebas terbang dan berenang.
Kembali ke negaraku sendiri, aku masih lagi meneruskan minat itu walaupun tempat yang berbeza. Namun apa yang aku dapat tetap sama. Ketenangan. Kali ini Tanah Tinggi Cameron Highland pula menjadi pengganti tasik di Kastanienbaum. Suasana yang mendamaikan. Kesukaanku.

Tak sangka permohonanku untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana diluluskan. Malah JPA sudah memberi biasiswa penuh untukku. Di luar dugaan sungguh. Walhal aku mengisi borang pun hari tu sekadar suka-suka. Ingin mengisi masa lapang yang ada. Namun, sungguh aku tak sangka bila permohonanku untuk melanjutkan pelajaran ditunaikan. Memang kena pada masanya. Itulah satu cara untuk aku melarikan diri.
Aku masih memerhatikan swan yang sedang berenang dengan riang. Alangkah indahnya jadi swan. Tidak punya masalah. Hanya perlu mencari makanan, bila kenyang, kerisauan tiada lagi. Sesekali, itik-itik di tasik itu terkedek-kedek melayan anak-anak mereka yang comel. Cemburu pula aku melihat kebahagian mereka. Tak perlu fikir apa-apa. Hanya perlu cari makan untuk diri sendiri.

Selepas malam itu, tanpa pamitan aku terus ke KLIA. Tiada siapa yang tahu aku akan berlepas ke Geneva malam itu. Bumi asing menantiku. Memang rasa berdosa meninggalkan dia dengan cara itu. Tapi aku tidak boleh untuk berhadapan dengannya. Sakit hati.
Aku sentiasa sedar siapa aku. Kerana sedar akan hal itu, aku lebih suka untuk bersendiri. Duniaku hanya alam kerja dan rumahku. Begitu juga ketika di Swiss, aku hanya bergelumang dengan alam kampus dan di rumah sewa. Aku bersyukur kerana tidak menemui kesulitan di bumi asing itu. Rasanya, Swiss memang sesuai untuk mereka yang lone ranger dan bermusafir seperti aku. Ataupun lebih tepat lagi, sesuai untuk mereka yang nak melarikan diri.

Walaupun orang banyak kata, tautan ilmu yang banyak tidak akan mampu menjamin kehidupan dengan lebih baik. Namun bagi aku, itu adalah manusia yang tidak mengaplikasikan ilmunya. Membiarkan usianya berlalu dalam menuntut ilmu hanya kerana tuntutan dunia semata-mata tapi tidak untuk diamalkan. Aku berpegang kepada belajar sepanjang hanyat. Dengan prinsip ini, kakiku masih gagah untuk melangkah mencari ilmu. Carilah ilmu hingga ke China, itu pesan nabi yang selalu tersemat dalam ingatan.

Kerinduan kepada keluarga memang tak tertanggung. Emak, ayah dan Kasturi. Rindu sangat pada mereka. Chinta dan keluarga mentua, rindu memang tidak terbendung. Tapi apa boleh buat, aku sendiri yang tekad untuk melakukan ini semua. Nekad untuk sampai ke tanah ini.

Indah nian sarang tempua,
Merpati terbang hinggap di dahan,
Hati merindu jiwa melara,
Sabar dan redha jadi pegangan.

Wednesday, July 7, 2010

Lerai Lara

epilog Lara Rindu

Lerai Lara

Kalau bintang bisa dijadikan saksi
Akan kupetik untuk kupersembahkan padamu
Kalau rembulan boleh melakar sayap
Akan kupinjam agar aku sampai padamu

Kalau sayang tidak bisa terungkap
Biar hati yang tolong bicarakan
Kalau cinta belum kesampaian
Biar bibir yang tolong ungkapkan

Bila hati kecewa
Lara dibawa jauh
Rindu dibiarkan sepi
Sukma dilanda badai

Salah jangan dibiar
Silap jangan didiam
Hati jangan sendiri
Kelak akan memakan diri

Langkah majukan bersama
Cinta ungkapkan berdua
Sayang semaikan selalu
Rindu jangan biar terkubur

Kembali menjalin kasih
Rasai rindu yang menggunung
Lampiaskan cinta sedalamnya
Agar bahagia sentiasa.

sajak ni telah di'cut' daripada novel
kredit to Lara Rindu

Kisah kasih kita

prolog Lara Rindu

Kisah Kasih Kita

Kala sinar dikata terang
Rupanya cahaya dari rembulan
Kerlipan bintang yang terbias

Kala cinta baru bermula
Lara yang menjemput ia
Tika itu keruh jadi jernih

Kala kasih hendak dipadu
Hempedu manikam yang bertandang
Permata rupanya kaca

Kala hati berbunga rindu
Hati melarat rasa sayu
Jantung mendetakkan sendu

Kala riang di tangga jiwa
Rupanya duka di pinggir hati
Suka tenggelam di laman kalbu

Kala kita semakin sayang
Kala itu rindu bertandang
Kala itu kasih berpaut
Kala itu cinta berputik

Kala itu segalanya terlerai
Kala itu percaya dikhianti
Kala itu hati disakiti
Kala itu jiwa terbelenggu rindu
Rindu yang lara...

sajak ni telah di'cut' daripada novel. hanya ada pada versi elektronik, bukan dalam versi cetak
kredit to Lara Rindu

Sunday, September 28, 2008

Lara Rindu 7

Aku menonton tv sambil baring di atas sofa. Bosan sungguh. Aku tinggal seorang saja. Keluarga Kak Dibah dah tidur. Mereka tidur di belakang rumah. Disediakan sebuah rumah kecil untuk mereka sekeluarga. Chinta pula pergi dengan Ammar, ambil adik angkat dia, Rabiah.
Aku mendongak melihat sekeliling. Melihat pemandangan di sekitar rumah ini. Melihat gambar yang tergantung di dinding membawa langkahku lebih dekat ke sana. Chinta bersama dengan empat orang lain dalam potret keluarganya.
Rabiah, tidak ada dalam gambar. Aku pun tidak kenal sangat dengan Rabiah kerana hanya sekali kami pernah bertembung ketika aku berkunjung ke rumah ini. Sepupu Chinta itu menjadi sebagai ahli dalam keluarga kerana keluarga ini adalah pengganti keluarga kandungnya yang telah meninggalkan dunia yang fana ini.
Chinta kata Rabiah amat rapat dengan Abang. Itu pasal dia tak puas hati, sebab kalau rapat dengan Abang akan mendapat untung. Apa yang dia mahu pasti Abang bagi. Tapi Chinta pun apa kurangnya, dapat hadiah istimewa dari Abang, satu sampul surat tapi kena buka lepas nikah. Mungkin duit satu juta... itulah harapan Chinta.
Oh, ini rupanya Abang yang sering digembar-gemburkan! Macho sungguh. Dengan lesung pipit yang elok terletak, menjadikan senyumannya boleh menjadi igauan. Itu baru nampak gambar, kalau nampak orangnya secara nyata macam mana? Mesti aku terpikat. Dahlah aku minat dengan orang yang ada lesung pipit ni. Aku ingatkan dia dah tua. Tapi nampak dari rupa, belum tua lagi. Mungkin awal tiga puluhan. Selama aku berkunjung ke sini, baru kali ini aku memberi perhatian untuk menjenguk gambar yang tergantung sejak dulu lagi.
Lupa pula, orang yang dipanggil Abang ni aku tak pernah tengok pun. Dah empat hari aku di sini, tak nampak dia pun. Mana dia?
Aku kembali duduk di sofa yang empuk ini. Aku tukar siaran. Dari satu channel ke channel yang lain. Bosannya. Tengok Astro ni pun bosan juga. Adakah patut benda yang dah ditayangkan, kena tayang balik. Kadang-kadang sampai tiga kali sehari kena ulang benda yang sama. Macam dah tak ada benda yang nak kena siar.
Bosan pula aku sebab tak ada cerita, apa lagi kartun. Sudahlah tinggal seorang diri. bertambah tahap kebosanan. Di saluran sukan, ESPN pula sedang menayangkan permainan bola keranjang. Pemain yang tengah hebat sekarang iaitu Austin Daye sedang menjaringkan bola ke keranjang. Hebat. Tapi yang aku kenal dalam permainan ini hanya Micheal Jordon.
Aku tukar ke siaran lain. Akhirnya siaran radio yang menjadi pilihanku. Radio Rock Classic yang aku pilih antara menu-menu stesen radio yang ada. Dengar lagu rock malam-malam begini dapat membantu menyegarkan mataku yang sememangnya masih segar.
Aku biarkan siaran radio itu dalam alunan perlahan mendendangkan lagu-lagu rock. Aku berjalan ke sekitar ruang tamu. Jumpa album. Aku selak-selak album tu. Gambar keluarga Chinta. Kebanyakannya gambar percutian mereka sekeluarga. Gambar Abang ketika belajar di luar negara. Entah di mana dia belajar dulu. Oh lupa, dia belajar di Amerika Syarikat. Akupun hairan kenapa Chinta tak sambung belajar ke luar negara, bukannya dia tak mampu malah lebih dari mampu. Tapi alasannya dulu sebab tak nak pisah dengan aku. Terima kasihlah Chinta kerana sudi jadi best friend aku. Kaulah sahabat terbaik yang pernah aku kenal. Kalau aku bagitahu Chinta that she’s the best, mesti bangga dia ni.
Aku selak lagi, terkejut aku bila melihat dalam helaian album itu terdapat gambarku bersama Chinta. Percutian di Cameron Highland, Tambun dan banyak lagi aksi kami yang mengalahkan model di beberapa buah tempat pelancongan. Tersenyum sendiri aku melihat kembali aksi-aksi kami. Kalah pelancong dari luar negeri.
Terkejut oleh lagu Calcutta yang dinyanyikan oleh Dr. Bombay menyebabkan aku tersedar dari tidur. Alunan suara dari speaker itu menyebabkan tidurku terganggu. Patutpun, rupanya aku terlelap. Tak sedar sampai pukul berapa semalam aku selak kelompok album yang aku jumpa sehingga tertidur di depan sofa.
Dalam keadaan yang masih mamai aku matikan siaran radio. Berbekalkan jam dari cahaya decoder Astro, aku nampak sudah pukul dua pagi. Terus naik ke atas bilik. Mata masih terbuka-tertutup. Aku terus tarik tombol pintu, naik atas katil dan terus sambung tidur.
Sedapnya dapat tidur atas katil. Tadi sakit belakang sebab tidur dalam keadaan tak selesa, tidur beralaskan meja sofa dengan kepala tersadai di atasnya. Sungguh tidak selesa, sebab itu mudah tersedar. Rasanya baru sekejap aku tertidur sebab kali terakhir aku tengok jam tadi pukul dua belas.
Semenjak datang ke rumah ni, tidurku sudah pandai lewat padahal kalau di rumah sendiri, paling lewat pun aku tidur adalah pada jam sepuluh malam. Lebih dari itu, aku sudah tidak mampu bertarung dengan mataku yang menyebabkan begitu cepatnya aku tewas di atas katil.
Wah... sedapnya dapat tidur!
Tidur, nikmat yang paling melekakan. Aku menggeliat. Membetulkan urat yang tidak tersusun akibat gundahnya aku tidur. Aku berpaling mencari telefon bimbit. Hari ini ia tak berbunyi pula. Biasanya ia akan menjadi jam loceng aku untuk beberapa hari ini. Kalau di kampung, ayam-ayam jantan yang selalu tidur-tidur ayam akan menjadi jam loceng tidak rasmiku.
Mentimum bongkok di balik tiang,
Ayam berkokok alamat nak siang.
Tapi semalam mungkin aku terlupa untuk menghidupkan alarm. Maka aku tidak sedar hari sudah dinihari. Keadaan sekitar masih gelap. Aku berpaling ke meja di sisi katil. Biasanya ada jam di atas meja kecil ini. Kuhidupkan cahayanya. Sudah pukul lima pagi. Mungkin sebab dah terbiasa bangun awal di rumah, secara tidak langsung aku pun dah terbiasa di sini. Tidak perlu menggunakan jam penggera.
Aku ingin bangun menuju ke kamar mandi. Ingin membersihkan badan sebelum menghadap Dia Yang Maha Esa. Aku menolak kain gebar yang membantu menutup tubuhku dari kesejukan akibat dari pendingin hawa.
Sejak bila pula ada dua bantal guling ni. Bukan selama ini ada sebuah sajakah bantal peluk dalam bilik ni? Aku tahulah aku suka tidur dengan bantal yang banyak, takkanlah Chinta sanggup sedekahkan bantal guling dia. Lagipun tinggal beberapa hari saja lagi dia dah tak perlukan lagi bantal guling. Mesti dia masih mahu menggunakan bantal gulingnya sendiri. Habis tu, siapa punya bantal guling ni?
Aku hidupkan lampu. Cahaya yang sebelum ini malap kerana hanya berpunca daripada lampu luar kini telah menerangi ruang bilik. Mataku terpana pada benda yang menggagau keluar dari gebar.
Hantukah? Takkanlah.
Toyol? Tak mungkin.
Drakula? Ya ALLAH...
Apa dosaku pada makhluk halus ni?
Atau......
Arrggghhhhhhhh................

------------------------------------------------------------------------

“Aku terima nikah dan kahwin, Kastia Binti Mahmud untuk diriku dengan mahar seribu Ringgit Malaysia tunai.”
Itulah ayat yang membuat diriku berubah status hanya dalam beberapa saat. Dengan sekali lafaz, aku menjadi milik yang halal bagi lelaki itu. Semuanya berubah hanya dalam seketika.
Aku pun tak tahu apa perasaan aku tika ini. Bergelar isteri dalam waktu yang amat singkat. Gembira langsung tiada. Sedih dan sayu memang mendayu-dayu. Tapi yang nyata hatiku celaru. Aku pun tak tahu macam mana nak gambarkan. Masam, kelat, pahit, masin pun ada. Semua rasa ada. Manis sahaja yang belum tercipta.
Air liurku sendiri kurasakan kelat. Pahit sangat sedangkan aku tidak makan benda-benda pahit, petai atau peria. Malah langsung tidak menjamah sebarang makanan. Perutku kosong.
Pada hari bersejarah ini, untuk kesekian kalinya air mataku mengalir. Mengalir dan terus mengalir. Jika aku selalu melihat pengantin perempuan menangis saat diijabkabulkan, kali ini aku pula merasakannya. Chinta pun baru saja mengelap air matanya.
Berbeza dengan aku, ia bukan air mata kegembiraan kerana berjaya menyandang status isteri. Malah bukan juga satu penyesalan kerana meninggalkan zaman bujang. Tapi aku sendiri tidak dapat pastikan kenapa aku menangis. Air mata ini sendiri yang jatuh tanpa diundang. Perit rasanya.
Kalau tidak kerana ingin menandatangani borang prosedur perkahwinan sebelum akad nikah tadi rasanya aku tidak tahu siapa namanya. Sememangnya tidak pernah terlintas dalam mindaku untuk bersuamikan dia. Malah, selama aku hidup di bumi ALLAH, sejak lahir lagi, tidak pernah terlitas dalam mindaku untuk bersuamikan lelaki yang satu ini.
Najwan...
Aku baru tahu nama insan yang akan menempuh kehidupan dengan aku sekejap tadi. Aku sendiri tidak pasti, adakah dia sememangnya sudi untuk menjadikan aku sebagai teman hidupnya. Atau sebaliknya. Kenapa harus jadi sebegini?
Aku kesat lagi air mata. Nampaknya kehidupan baruku akan bermula. Tisu di sisi sudah sekotak habis untuk mengelap air mata yang jatuh mencurah-curah. Mereka yang berada di dalam bilik ini bersamaku berusaha menyabarkan aku. Memberi nasihat untuk menempuh alam perkahwinan. Pada pandangan mereka, tangisan yang terlucut dari tubir mataku adalah tangisan kegembiraan. Senang dengan apa yang baru sahaja tercipta. Dalam hatiku membara perasaan ingin keluar dari semua mimpi ngeri ini. Membawa aku jauh dari alam realiti sekarang.
Nampaknya apa yang aku guraukan sebelum ini menjadi kenyataan. Namun aku tidak serius pun dengan apa yang aku pernah katakan. Sekadar gurauan di pinggir bibir untuk menceriakan suasana.
Ternyata ‘dia’ yang ALLAH pilih untuk menjadi suamiku. Akan berkongsi hidup bersama ‘dia’. Perkara yang tak terjangkau oleh akal. Tiada siapa yang mampu meneka perkara ini yang akan terjadi. Sesungguhnya manusia merancang, tapi perancangan ALLAH ada hikmahnya. Hikmah yang tersembunyi, manusia itu sendiri yang perlu mencari dan menikmatinya.
Aku langsung tidak berkesempatan untuk menentukan jalan hidupku dengan berlandaskan citarasaku. Semuanya lurus sehingga aku tidak sedar adanya simpang dalam kehidupan yang perlu aku singgahi. Menu hidup perkahwinan perlu aku rasa dulu sebelum meneruskan ke perjalanan seterusnya.
Namun sayang, perkahwinan yang wujud langsung tidak mempunyai rasa dalam resepinya. Tawar dan penuh rasa masin. Masin oleh air mata dan kelat oleh ketidakrelaan. Paksaan yang tidak perlu diturutkan.
Setulusnya, tidak terdaya untuk akalku mencerna kenyataan yang mengubah titik dalam kehidupanku. Menjadikan satu gurauan menjadi kenyataan. Kenyataan yang tidak terjangkau oleh keinginan sendiri. Apalagi termimpi di alam tidur. Masalahnya inilah kenyataan yang harus aku sendiri percayakan. Walau mindaku sudah tidak mampu lagi untuk mempercayai kenyataan yang sudah tersurat.
Kenyataan yang perlu aku hadapi adalah menerima bakal pengapit pengantin lelaki sebagai suami sendiri. Ianya betul-betul terjadi kini. Pengapit pengantin berstatus suami kepada Puan Kastia. Menjadi isteri kepada lelaki yang baru aku temui di malam kejadian itu. Lelaki yang hanya aku tahu kewujudannya tapi tidak pernah bersua di alam sebenar. Secara tiba-tiba juga sekarang aku sudah berubah gelaran. Tidak ada lagi cik pada pangkal namaku. Sudah berganti dengan puan. Satu status yang kujangkakan akan aku sandang dalam beberapa tahun lagi. Tapi kini...
Sungguh, aku tak serius dengan apa yang pernah aku katakan. Tak pernah terfikir pun untuk bersuamikan pengapit pengantin. Tapi kini ianya kenyataan. Tidak boleh mengelak lagi. Betul-betul makbul doa-doa mereka untuk cuba memasangkan aku dengan ‘dia’.
Rianglah hati Chinta dengan Ammar. Memang sejak dulu lagi Chinta sudah puas memujuk untuk memperkenalkan aku dengan abangnya, namun aku tak pernah ambil peduli. Dia sanggup main tangkap muat orang lain sebagai pengapitnya kerana telah mendengar aku akan berkahwin.
Sudah puas aku menghitung apa salahku dalam kehidupan ini. Otakku sudah penat untuk memikir perkara ini. Malah sehingga kini aku masih tidak percaya bahawa aku kini adalah seorang isteri. Sama status dengan Chinta dan Kasturi. Tidak pernah terancang untuk mengakhiri zaman bujang dalam usia sebegini.
Memang sesungguhnya aku tidak pernah terfikir untuk berkahwin tahun ini. Tiada calon yang berkenan di hati. Tidak pernah. Malah tiada dalam kamus hidupku untuk berkahwin dalam waktu sekarang. Dalam mimpi sekalipun tidak pernah terjadi, tapi kini ianya adalah kenyataan. Perlu dihadapi secara nyata.
Sampaikan selama ini, aku yang tiada sebarang penyakit, tiba-tiba didatangi oleh migrain. Aku penat sangat berfikir sampai aku tak sedar keadaaan sekeliling. Daripada selepas subuh, hingga ke subuh esoknya pun aku masih berfikir. Keadaan ini membebankan otakku. Oleh kerana tidak mampu menampung segala permasalahan yang menimpa, aku termuntah. Kepala terasa berat. Semacam sedang menjunjung sepuluh batu besar. Aku hentak kepala ke dinding pun tak mampu menghentikan sakit yang mendatang. Seumur hidup tidak pernah aku merasakan kesakitan seperti ini. Ya ALLAH, aku mohon pada-Mu ringankan bebanku.
Bila sudah disahkan, rupanya aku menghidap migrain. Tidak pernah aku tahu kalau selama ini aku ada migrain. Penat berfikir, aku lupakan sebentar tentang masalah migrain kerana ada masalah lebih besar yang menimpa hidupku.
Aku sudah penat untuk mengatakan yang semua ini hanya mimpi buruk yang menjengah tidur malamku untuk seketika. Apabila aku sedar nanti, mimpi buruk ini akan hilang bersama timbulnya sang mentari untuk menyinari alam seterusnya menghapuskan segala mimpi yang singgah di lena insan-insan yang ada di muka bumi ini. Namun segala-galanya hanya angan-angan.
Sudah puas aku tangisi akan nasib yang menimpa diri. Hingga pernah terfikir apa salahku dalam kehidupan ini. Bila kewarasan datang, aku mohon ampun kepada Yang ESA. Betapa berdosanya aku atas kekhilafanku. Menyalahkan takdir yang datang sekejap dalam siratan kehidupanku. Sedangkan semua itu adalah ujian-Nya kepada hamba-hamba yang disayangi-Nya.
Sungguh aku khilaf Ya ALLAH. Layak lagikah diriku ini untuk syurga-Mu. Hamba-Mu ini tidak sanggup untuk ke neraka-Mu.
Semuanya disebabkan ketidakmahuan hati dan mindaku untuk menerima kenyataan yang terjadi. Betapa besarnya dosaku. Menyalahkan qada dan qadar yang telah tersurat sejak azali. Kerana tidak menemukan apa yang tersirat di sebalik segala kejadian yang menimpa, aku mempersalahkan takdir. Benar-benar jauh dari diriku yang sebenar. Sungguh aku tidak faham kenapa semua ini terjadi. Malah beban yang kutanggung ini tidak siapa yang mampu untuk memikulnya bersama aku. Tolong aku Ya ALLAH. Bantu hamba-Mu.
Namun seketika aku sedar. Ini semua adalah ujian dari Dia. ALLAH ingin menduga setahap mana keimanan aku pada-Nya. Segala cubaan yang mendatang itu tanda sayangnya Dia pada kita. Betapa Dia mengambil berat akan hamba-Nya. Tanda betapa Dia mencintai kita.
Tapi entah kenapa imanku yang sememangnya senipis kulit bawang begitu mudah tergugat hanya kerana dugaan sebegini ini. Aku akui, sememangnya ini adalah antara dugaan terbesar yang pernah menimpa hidupku kerana aku tidak pernah menghadapi dugaan yang datang menimpa yang ibarat ombak besar membawa bah ke pantai hidupku. Berat sungguh dugaan-Mu kali ini. Bantu aku menghadapinya Ya ALLAH. Mengapa aku boleh seleka ini? Tidak memikir hikmah yang tersembunyi di atas segala dugaan yang menimpa manusia.
Sesungguhnya Dia tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai mengikut kemampuannya. Jika kita redha dan tabah dalam menghadapi segala dugaan yang mendatang, maka pahalalah yang akan menanti.
Tetapi jika sebaliknya, sesungguhnya neraka ALLAH masih terbuka untuk mereka yang masih dalam kelalaian. Balasan yang baik akan kita dapat hasil dari kebajikan yang kita lakukan.
Kenapa aku boleh terlupa pada janji ALLAH? Sesungguhnya kalau kita redha dengan segalanya, imbalannya amat besar. Kenapa saat ini aku boleh lupa pada janji-Nya? Wahai hati, tabah dan sabarlah.
‘Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka maka bersabarlah kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu padahal ALLAH menjadikan padanya kebaikan yang banyak.'
Aku perlu redha untuk menerima ‘dia’. ‘Dia’ adalah suamiku. Lelaki yang akan menjadi pemimpiku. Bukan aku tidak suka padanya. Macam mana harus ada perasaan suka seandainya aku tidak mengenalinya. Cuma aku tidak dapat menerima kenyataan tentang perkahwinan yang telah wujud ini.
Semua ini hanya disebabkan satu malam. Satu malam yang mampu mengubah segalanya. Sesungguhnya Kun Fa Yakun. Apa yang diingankan oleh ALLAH, jika dia mahu, segalanya boleh terjadi. Bukan hanya satu malam, kurang dari satu saat pun jika Dia menginginkannya, maka akan terjadilah.
Malam yang menjanjikan seribu perubahan dalam arus hidupku. Ia bukan malam Lailatul Qadar pada bulan Ramadhan atau malam Israk dan Mikraj di bulan Rejab, malah bukan juga malam nisfu Syaaban di bulan Syaaban. Malam yang memberi kebaikan kepada semua umat. Ia bagiku adalah malam yang menyebabkan aku tidak mampu berundur ke belakang walau setapak pun.

Lara Rindu 6

Bosannya. Hanya perkataan itu yang selalu bermain di mindaku buat saat ini. Memang bosan. Bosan tahap Ultraman yang dah tak ada lawan. Semua lawan dah berjaya dihapuskan, padahal tahap kuasa yang dimiliki saat ini sudah mencapai maksima. Sepuluh raksasa pun boleh tumpas dalam masa yang singkat.
Ini bukan Ultraman Nexus, Ultraman Taro, Ultraman Tiga atau Ultraman Max, tapi ultraman versi ciptaan sendiri. Adui, apa aku melalut ni. Ini semua disebabkan selalu tengok tv terutama pada hujung minggu.
Aku layan sahaja apa-apa cerita yang ada di tv. Tapi fokus lebih banyak ke Astro Ceria. Emak bising kalau aku tengok kartun. Dia suruh tukar siaran sebab dia cakap kartun tak memberi apa-apa erti. Aku buat tak layan sahaja. Aku tengok saja cerita kartun ni. Tom And Jerry pun aku layan walau aku tak suka sistem buli-membuli yang mesti ada dalam setiap episodnya.
Bukannya apa, kartun ni lebih elok ditengok, tak pakai emosi banyak sangat. Tak perlu sedia tisu atau air mata.
Paling seronok ketika musim cuti sekolah. Semua cerita untuk budak sekolah dikeluarkan dari hari Isnin sampai Ahad, dan aku adalah orang yang beruntung walaupun bukan bergelar budak sekolah. Aku boleh tumpangkan mata aku tengok kartun.
Nampak macam tak bosan saja harian aku ni. Tapi memang bosan. Duduk rumah pun rupanya bosan. Tapi kenapa tiap kali ada cuti semester aku mesti balik kampung sebelum ni?
Dah banyak tempat aku pergi interview, tapi setakat ini belum ada balasan panggilan. Walk-in internview pun dah pergi. Tapi penat saja aku jalan, tak dapat juga. Susah juga nak cari kerja sekarang. Ingatkan dah dapat ijazah ni, pekerjaanlah yang datang menghadap, rupanya sebaliknya. Kalau macam ni baik tak payah sambung belajar tinggi-tinggi kalau akhirnya nanti jadi petani atau pekerja kilang juga. Jiran kampung yang setakat UPSR pun dapat juga jadi supervisor kilang. Aku ni, nak jadi warga kilang pun tak dapat.
Habis saja konvo, terus balik kampung. Sekarang tengah tolong emak main jahit-jahit, tapi itupun tolong menyusahkan. Aku dah tolong, tapi jarum asyik patah saja, so kerja aku hanya masukkan benang ke jarum mesin jahit. Itupun bila mata emak dah kena masuk ICU. Dia tak suka pakai kaca mata. Leceh katanya. Sementara aku ada ni, akulah yang tukang masukkan benang ke jarum.
Emak memang tak berharap aku bantu seratus peratus, biasalah anak manja, dia takut jari anaknya ini kasar. Adakah aku terlampau perasan???
Selalu juga pergi kebun, konon-konon nak tolong ayah tebas rumput, tapi masuk saja kebun, aku tak tebas pun. Duduk dalam pondok, makan pisang. Ayah tak bising pun. Kiranya peranan aku dalam rumah taklah berat sangat, cuma makan bila lapar dan tak lapar, tidur sekurang-kurangnya dua belas jam sehari semalam. My time around the clock is very boring.
Maka sebab itu keberatan aku pun bertambah. Hari itu aku timbang dengan Kas masa dia pergi timbang berat badan. Aku yang sibuk timbang berat badan, takut tak muat baju yang dah emak jahit cukup-cukup untuk badan aku yang ramping ni.
Berlaku perubahan yang ketara. Oleh kerana tiada sebarang diet yang baik, maka berat badan aku bertambah lima kilo. Nangis tak berlagu aku. Chinta siap buat catwalk dengan baju kebaya dia yang memang serupa datin. Berkelip-kelip dengan pinggang dia dah macam kerengga.
Aku sedapkan hati aku sendiri. Aku bagitahu Chinta yang body dia macam penghuni-penghuni di Somalia yang tak cukup khasiat. Apalagi kenalah aku merasa kepit ketam dia yang memang berbisa. Kenangan itulah yang membuat aku sentiasa ketawa kala melayan angan bila bosan.
Kasturi sudah selamat menamatkan zaman bujangnya. Sekarang tengah ulang-alik antara rumah ni dengan rumah mentua. Hanya selang beberapa buah rumah sahaja. Lepas ni kalau raya, tak payah susah-susah nak gaduh balik rumah mana.
Selalu tu aku tengok di dalam tv, benda remeh pun, nak pilih balik rumah mana sampai boleh gaduh suami-isteri. Last-last beraya di rumah sendiri. Padan muka. Pengajaran buatku, kena cari orang yang dekat dengan rumahku, tak payah susah buat dua majlis, tak payah pilih nak balik mana, kalau nak buat rumah sendiri pun, buat saja di dalam kampung ni.
Inilah yang orang katakan katak di bawah lembayung bunga teratai. Tak pindah pergi kolam lain lagi walaupun di kolam tempat dia tinggal tu dah kering kontang.
Teringat pula pasal calon sebelah rumah ni. Dengan tak semena-mena, terlakarlah nama Iskandar. Iskandar ni pun masalah juga. Dia akan balik dari Korea dalam beberapa waktu lagi tapi tak tahu bila.
Hari tu dia cakap, kami akan sama-sama habis universiti tahun ini, tapi tak nampak pun batang hidung dia di kampung ni. Biasanya dia akan jadi ekor Abang Leman. Sentiasa bertandang ke rumah bila Abang Leman ada. Mungkin dia kerja di sana atau dah balik ke Malaysia. Aku pun tak tahu. Dia dah tak hubungiku lagi.
Kali terakhir perhubungan kami adalah saat akhir selepas aku bertarung dengan peperiksaan. Hari tu dia dah buat jantungku berdegup tidak pada paras normal. Dia lamar aku dalam telefon.
Serius.
Mulanya aku tak percaya tapi kena percaya juga sebab dia bersungguh-sungguh tegakkan perkara itu. Maknanya betullah tu. Siap bagitahu pada ayah aku jangan pass aku pada teruna lain. Dia ingat aku ni apa. Main pass-pass pula.
Tapi aku celaru juga dengan lamarannya. Aku bukannya tak suka dia, suka tapi suka setakat kawan. Tak lebih dari itu. Aku anggap dia macam kawan lelaki aku yang lain. Bezanya dia adalah teman suka dan dukaku. Setakat ini perasaan sayang memang tidak ada untuk insan yang bernama Iskandar.
Sememangnya perasaan itu tidak aku semai sekarang. Tidak mahu mengundang zina. Lagipun akan mengundang pelbagai masalah. Mana nak top up telefon and then call dia. Sama-sama habis duit untuk benda yang belum pasti. Konon-konon, saat manis percintaan. Lagipun aku nak elak berlakunya sesuatu yang tak diingini. Selalu berbual akan mengundang zina, lepas tu ada perasaan cemburu lagi, aku tak tahu dia buat apa di sana. Aku di sini hanya akan dikhabarkan melalui kata yang selalunya tak pasti betul atau tidak. So, perasaan sayang akan tersemai dengan sendirinya dalam keadaan yang menghalalkan kami nanti kalau dia benar-benar serius dengan lamarannya. Aku tidaklah terlalu mengharap.
Cerita pasal Khairul pula lain dari yang lain. Hari tu berjanji sakan tak akan ganggu aku selepas dapat mesej dia. Tapi makin galak pula dia kacau aku. Lepas kuliah, mesti nak pergi makan sama, sampai aku rimas.
Aku dah berkali-kali bagitahu dia pasal isi hati aku. Tapi dia jenis yang tak faham bahasa. Siap aku tunjukkan lagi sms yang dia hantar sebelumnya, kononnya nak serius lepas habis belajar, belum pun sehari, janjinya goyah untuk tidak mengacau aku.
Paling aku terkejut, bukan setakat aku, semua budak kelas aku pun sama-sama terlopong. Apa taknya, masa malam perpisahan terakhir selepas graduation, dia bawa pasangan dan memperkenalkannya sebagai tunangnya. Dia betul-betul tanam tebu di pinggir bibir...
Bersemangat saja berjanji, tapi tak ditepati langsung. Tapi aku tak kisah, aku doakan dia bahagia dengan tunangnya. Siap aku menjemputkan diri aku lagi untuk majlis mereka yang bakal berlangsung. Kami masih macam dulu, masih berkawan.

------------------------------------------------------------------------------------

Pusing kiri, nampak sofa yang berwarna coklat, sama warna dengan lantai dan dinding rumah. Kalau ada Aida, mesti dia akan panggil rumahku ini rumah koko. Semua berwarna koko. Orang dari sebelah timur akan menyebut warna coklat sebagai warna koko.
Di suatu sudut pula terletak elok mesin jahit emak. Memang dikhususkan di sudut tepi. Bukannya besar pun ruang tamu rumah aku ni. Hanya dihiasi dua buah almari hiasa dan beberapa kabinet rendah. Di sebelah sofa pula terdapat meja kecil yang menempatkan telefon.
Inilah kerja aku untuk beberapa hari. Menghafal kedudukan rumah setelah khatam aku hafal rancangan tv.
Sekarang ni aku tengah pening. Kepala dah serabut. Minggu depan, Chinta nak kahwin. Cepat saja dia ni nak berumahrangga. Tak sabar langsung. Katanya, dia nak lumba dengan Kas, siapa dulu yang akan dapat anak. Tak senonoh langsung. Ingat nak dapat anak tu macam beli ikan di pasarkah?. Cakap pula depan aku, saja nak bagi suhu aku naik sikit.
Boleh pula mereka nak suruh aku yang jadi baby sitter kalau mereka dah ada anak. Semua ini disebabkan anggur yang kutanam-tanam tak tumbuh sebab di tanam di tanah tandus.
Resume atau sebarang kelulusan tak diperlukan untuk jadi baby sitter mereka. Siap bagi gaji lumayan lagi. Kalau jaga untuk sejam dua, boleh juga, tapi kalau untuk dua puluh empat jam, aku tak sanggup.
Awal-awal lagi aku tolak lamaran kerja mereka. Sia-sialah aku sekolah dari darjah satu sampai keluar universiti kalau semata-mata nak jadi tukang jaga budak!
Nak bagi hadiah apalah dekat cik seorang ni. Dahlah aku tak kerja. Pernahlah dulu dia cakap kalau dia kahwin, dia cuma nak pakej bulan madu dari aku. Ingat benda tu boleh dapat dengan petik jari sajakah?
Susah-susah, aku buatkan saja pakej bulan madu di rumah aku ni. Kas pun dulu bulan madu di rumah ni juga.
Emak pula suruh rakam semua cerita yang ada di saluran Astro Ceria. Aku tanya untuk apa? Dia kata simpan dalam CD, bagi hadiah pada Chinta. Adakah patut?
Emak ingat Chinta layan dengan benda-benda ni. Kalau bagi pada anak dia yang seorang ni, logiklah. Kata abah, sebenarnya emak sindir aku. Apa tidaknya, sepanjang aku berada di rumah, selain berulang-alik ke rumah Kas, tempat utama aku landing adalah depan tv.
Aku yang menguasai tv. Kalau abah atau emak nak tengok tv, selalunya mereka mengalah dan join sama aku tengok Astro Ceria, termasuk Tom-Tom Bak, Untuk Kita Aje. Kalau mereka nak tengok tv pilihan sendiri, kena tunggu sampai aku merantau ke rumah kakak aku, tapi biasanya sekejap saja atau semasa mataku dah tak boleh nak buka. Asyik nak tidur sahaja. Masa tu barulah emak dan ayah berpeluang untuk pegang remote control.
Emak selalu cadangkan agar aku tidur di rumah Kas. Tapi biasanya aku tak tidur di sana. Sekadar melakukan lawatan sosial. Tak naklah aku mengganggu saat berdua mereka. Selalunya lepak di rumah Kas sekejap. Sejam dua saja. Itu pun aku pecutkan motor abah ke sana.
Merekakan masih pengantin baru, need more time. Macam orang dah ada pengalaman pula aku ni. Inilah yang selalu aku dengar dari orang, kalau orang baru kahwin sentiasa nak bersama macam dah tak cukup hari. Aku pun tak tahu, nanti aku dah kahwin, barulah aku tahu sendiri.
Selepas kahwin, Abang Lemon buat rumah sendiri di kampung ni juga. Dekat dengan tempat kerjanya dan dekat dengan sekolah Kasturi. Lagipun semua orang menyokong. Bukannya apa, kata orang tak berapa baik kalau tinggal dengan keluarga mertua. Aku pun tak tahu sangat bab-bab macam ni. Aku cuma menjenguk rumah mereka sekali-sekala. Itupun kala bosan dah tahap Fidodido ataupun meletus perang dingin antara aku dengan emak sebab emak tak nak buatkan aku puding coklat kegemaranku. Aku lepak rumah mereka pun bosan juga. Tak buat apa-apa.
“Huuh...” Tidak sedar keluhan dari bibirku begitu kuat, membuatkan emak menoleh memandangku.
“Kenapa mengeluh macam kuda ni. Tak baguslah anak dara buat macam tu,” emak menggeleng.
“Penatlah mak,” aku memusing-musingkan badan.
Kononnya penat macam dah buat larian seratus meter, walhal duduk melangut depan tv sahaja sehari semalam. Jadual harian yang tiada perubahan.
“Kalau penat pun janganlah mendengus macam tu. Malu dengan orang. Nanti kalau ada laki ni, mesti lari menjauh,” aku mencebik mendengar celoteh emak.
Kuih kacang atau kuih kasturi yang ada di atas meja aku makan. Aku selalu suruh mak buat kuih ni sebab aku suka, lagi satu aku akan cakap pada Kas aku makan dia sebab nama mereka sama. Entah kenapalah emak pilih nama Kasturi ni. Tak seronok langsung, nama kuih pun ada, nama limau pun ada. Berkongsi nama dengan benda-benda sekeliling. Tak ada kelas langsung. Aku mencebik dalam hati. Padahal nama aku sendiri pun aku tak tahu apa maksudnya.
Aku sampai hafal macam mana nak buat kuih kasturi ni sebab aku suka nak kenakan Kasturi. Mudah saja untuk membuat kuih ini, hanya perlukan kacang hijau dan tepung. Kacang hijau direbuskan sehingga pecah, lembut dan kering airnya. Kalau nak sedap, masukkan kelapa. Selepas itu, gula dan tepung gandum. Gaul sebati dan sejukkan. Ambil sedikit adunan dan bentukkan seperti bebola. Leperkan. Masukkan kacang ke dalam bancuhan tepung kemudian goreng. Senang dan sedap.
“Makan saja yang kamu ingat. Tak bosankah?” soalan yang paling susah dikeluarkan emak. Sampai aku tergaru-garu kepala untuk memberi jawapan yang baik pada soalan tersebut.
“Makan pun boleh bosankah?” akhirnya pertanyaan juga kulontarkan balik setelah tidak menemui jawapan yang bersesuaian.
“Itulah emak nak tanya kamu. Lagipun kamu tak perasankah badan kamu dah jadi macam tong beras?” tak beriak ayat itu terlontar dari bibir emak.
“Emak...” laju teriakanaku memecah rumah bila emak sudah berkata begitu.
“Mak, betulkah Tia dah gemuk?” risau juga dengan fakta baru yang kudengar. Kalau aku, memang tak akan perasan perubahan pada tubuhku. Gemuk atau kurus, bagiku tiada perubahan langsung.
“Gaya macam orang nak obesiti nak tanya lagikah?” betul-betul kenyataan yang membuat seluruh urat sarafku bergetar hebat. Terkejut.
“Mak biar betul,” nada risau yang mencengkam sanubari sudah tidak terbendung. Terluah tanpa ada sekatan.
“Betullah,” ujaran emak membuat aku terkelu. Betulkah?
“Mak memang sengajakan. Nak suruh Tia berhenti makan supaya makanan di rumah tak kurang. Yalah. Tia sedar, Tia langsung tak bagi apa-apa belanja selama duduk dalam rumah ni. Goyang kaki depan tv saja,” nada berkeci hati sudah terluah.
Emak tergelak kecil mendengar keluhanku. Dia datang menghampiriku. Duduk rapat di sisiku. Sebelum ini, dia duduk bertentangan dengan sofa yang sedang aku duduki.
“Ish.. ish, anak emak ni. Merajuk pula. Baru mak kata gemuk, kamu dah keluarkanlah fakta-fakta pelik. Kalau emak cakap benda lain, pasti kamu kata emak ni gila meroyan ya. Emak tak kisahlah, emak lagi suka kalau anak-anak emak tak sekat pemakanannya. Makan apa sahaja yang ada. Selagi ada rezeki di depan mata, kita patut hargai, syukuri nikmat yang ada. Jangan membazir,” panjang ceramah emak. Kepalaku diusap perlahan. Aku acah saja tadi, nak bermanja dengan emak.
Aku tersengih. Ternyata taktikku menjadi.
“Lepas ini kita buat kuih lapis coklat pula ya,” aku meminta perlahan. Memegang tangan emak erat. Reaksi yang memang biasa kulakukan bila menginginkan sesuatu daripada seseorang.
Memang kuakui nafsu makan semenjak menjadi tukang jaga rumah ni sentiasa hendak makan. Makin berselera pula. Apalagi setiap keinginan yang kusuarakan kepada emak, pasti emak akan tunaikan. Sanggup tengah hari panas-panas pergi ambil daun pandan semata-mata nak buat cendol.
“Boleh saja. Asalkan kamu tak kisah kalau sofa ni patah sebab tak dapat nak tampung berat badan kamu,” selesai emak berbicara tanpa riak pada nadanya, dia bangun menjauh dariku.
“Emak...” sekali lagi teriakan bergema di rumah Pak Mud.

------------------------------------------------------------------------------------

Kehidupan kita penuh dengan rahmat. Banyak kurniaan yang telah diberikan. Bergantung pada diri individu untuk mensyukurinya. Jika ada kesempatan, kita akan mencari rezeki untuk memastikan perut tidak berlapar.
Berbeza dengan burung, pagi-pagi sebelum subuh sudah bergerak-gerak melaksanakan pemanasan. Sayap yang banyak fungsinya dikepak-kepakkan. Setelah penglihatan mereka berfungsi kerana adanya cahaya matahari, mereka tanpa khuatir tidak mendapatkan makanan, tidak bersarapan terbang entah kemana, bersamaan membukanya mata anak-anaknya. Dalam waktu yang singkat, burung kembali dengan menyepit makanan diparuhnya.
Sungguh menyentuh kalbu apabila mata menyapa pemandangan indah dari burung ketika membahagi makanan untuk anak-anaknya dengan adil dan bijaksana. Selesai memberi makanan dan tanpa berehat, dia terbang lagi dan kembali menyepit makanan ke sarangnya. Entah berapa kali dan sampai bila burung menjalani hari-harinya seperti itu.
Burung juga tidak pernah merasakan kepenatan dan tidak pernah ada keluhan, yang penting burung menjalani kehidupan tanpa perlu disanjung, dipuji bahkan mengharapkan ganti diteladani anaknya kelak. Yang penting bagi burung adalah nyawa anak-anaknya. Hinggakan mereka mampu menjadi burung selayaknya seperti burung yang lain.
Semua alam apabila kita perhatikan merupakan suatu keindahan bagi kita yang diciptakan oleh Tuhan yang Maha Kuasa. Keindahan ini memang sangat berharga apabila manusia dapat meniru mereka dalam mencari makanan.
Manusia harus bekerja keras memecah tembok di hadapan untuk mendapatkan makanan. Rezeki yang dicari bukan hanya untuk diri sendiri. Sedekahkan rezeki kepada anak, saudara dan jiran tetangga yang masih kekurangan. Sebaik-baiknya adalah makanan untuk keperluan sahaja, jangan terlalu kenyang kerana itu adalah teladan yang telah diberikan rasul kepada manusia. Sisa makanan yang tidak mampu kita habiskan, diberikan kepada mereka yang kekurangan.
Ish, nyamuk ni. Betullah. Kacau daun. Aku sudah menggaru lenganku yang berbintat. Gigitan cinta yang ditinggalkan oleh nyamuk. Mengacau betul! Aku tengah syok mengelamun ni. Masa ni jugalah nyamuk nak datang gigit aku. Aku memang pemurah, tapi bukan pemurah pada nyamuk. Tak sanggup aku nak derma darah pada nyamuk-nyamuk ni. Kalau ada peluang, pasti laju tanganku memukul nyamuk yang singgah ditubuhku. Biar mereka mati.
"Ini apa cerita pula, anak dara bangun awal, pengantin basi tak bangun lagi,” sapaan emak mengejutkan aku seketika.
Aku mengalihkan tubuh yang sedang santai di atas pangkin bawah pokok mangga. Memandang ibu yang tercinta. Rutin yang sudah lama aku tinggalkan. Berkampung di bawah pokok sambil melakar impian.
“Tengah cari ilham ni mak, nak susun jadual untuk hari ini. Pagi-pagi begini, ilham mudah datang,” balasku.
Emak hanya memandangku sekilas sambil masuk ke dalam rumah. Di tangannya terdapat beberapa batang serai yang baru diambil di sebelah rumah.
Hujung minggu begini, anak menantu emak datang ke rumah, mesti nak makan istimewa sikit. Aku juga yang untung, dapat tumpang sekali makan sedap. Dulu, kalau aku cuti semester, baru emak masak yang sedap-sedap. Kini disebabkan aku tercongok hari-hari depan emak, jarang dah merasa makanan yang istimewa kalau tak diminta, atau kena tunggu orang datang ke rumah barulah dapat makanan istimewa sikit.
Pandanganku kembali ke sarang burung tadi. Ibu burung murai sudah terbang kembali. Pasti pergi lagi mencari makanan setelah melihat anaknya masih berkehendakkan makanan. Tidak pernah mengenal erti penat. Beza dengan manusia. Kadang-kadang, terdapat juga anak-anak yang masih terbiar tanpa jagaan yang rapi daripada ibu bapa.
“Itu bukan cari ilham, derma darah adalah. Pagi-pagi begini, banyak nyamuk di luar tu,” emak sudah masuk ke pintu dapur.
“Biarlah mak. Dah lama tak derma darah,” aku tersengih memandang emak.
“Kamu ni, ada saja jawapannya. Dah, mari masuk tolong emak masak nasi lemak kukus,” pelawa emak.
Sedapnya nasi lemak kukus. Pagi-pagi dah kecur air liur dengar menu sarapan yang hendak disediakan emak.
Entah kenapa, selepas subuh tadi aku sudah tidak mengantuk untuk menyambung lena semula. Terus mengambil selipar Jepun dan mengheret kaki ke luar rumah. Melepaskan ayam-ayam di reban sambil memberi makan dengan lebihan nasi semalam. Kemudian aku sambung angan-angan di atas pangkin sambil melihat saujana kehijauan di desaku yang tercinta. Mata pula terpana memandang ke atas sebuah sarang burung murai yang ada di atas pokok. Langsung tak menghiraukan kehidupan lain yang ada di sekeliling mereka. Hanya dunia mereka sendiri. Tidak pula burung-burung ini mencari tempat lain walaupun ada kehidupan manusia di samping mereka. Tidak takut untuk diceroboh.
Kasturi dan Abang Leman datang semalam. Sekarang terasa janggal sedikit sebab ada lelaki lain dalam rumah ini. Orang yang bukan muhrimku. Memakai pakaian yang menutup aurat untuk setiap pergerakannku dalam rumah kecuali dalam bilik. Keadaan ini sedikit sebanyak mengubah penampilanku untuk sentiasa mengenakan tudung keluar sahaja dari bilik. Sebelum ini, aku begitu bebas bergerak untuk ke segenap ruang dalam rumah tanpa mengenakan tudung. Kini aku sedar, Abang Leman adalah abang iparku. Tidak boleh untukku mendedahkan aurat kepadanya.
Kakiku begitu lurus mengikuti langkah emak ke dapur. Emak sedang menggoreng sambal tumis di kuali. Bahan-bahan lain untuk memasak nasi lemak kukus nampaknya sudah tersedia.
“Tia nak tolong apa ni? Semua dah siap. Tolong makan sajalah,” ujarku sambil menarik kerusi yang ada di dapur.
“Dari tadi emak ajak tolong, kamu duduk juga di luar tu lama-lama. Sampai semua dah siap baru kamu nak masuk,” emak memandang aku sekilas sebelum mengacau sambal di atas kuali.
“Tia memang sengaja,” aku tersengih. Adalah dalam setengah jam aku lepak di atas pangkin sebelum masuk ke dalam rumah.
“Pagi,” suara serak Kas menyapa telinga kami. Aku nampak dia sudah menuju ke bilik mandi dengan tuala tersandang di bahu.
“Kamu ni, tak berubah langsung. Sudah kahwin tu patutnya bangunlah pagi-pagi. Siapkan sarapan pagi untuk laki kamu. Ini, suami dulu yang bangun baru kamu. Entah bangun subuh atau tidak,” terkena das tembakan Kasturi pagi-pagi. Ceramah merangkap sarapan pagi yang mengenyangkan.
“Bangunlah. Tadi sama-sama bangun dengan abang,” terhenti sebentar langkahnya yang baru hendak masuk ke bilik mandi. Dia menoleh sekejap ke arah emak sebelum masuk ke dalam bilik air.
Aku hanya senyap. Subuh tadi ayah dan Abang Leman pergi jemaah di masjid. Entah bila mereka nak balik. Pasti singgah di mana-mana tempat sebelum balik ke rumah. Aku juga sedar Kasturi ada bangun subuh tadi. Kalau dia bangun memang kecoh sikit rumah ini. Emak saja menyakat anaknya pagi-pagi begini. Emak sendiri yang mengejutkan pasangan itu untuk bangun solat.
“Entah macam manalah Kasturi ni nak berubah. Tak pernahnya nak bangun awal-awal pagi. Dah jadi isteri orang pun, tabiat masih macam tu. Ada anak nanti, harap-haraplah ada perubahan,” keluhan emak membuat aku kembali ke alam nyata. Berpaling mamandang wajah tua itu.
Aku hanya memandang emak menyambung kerjanya. Selepas beberapa minit, sambal itu dialihkan dari kuali. Sudah sedia untuk dimakan. Aku bangun menuju ke kabinet. Jag air aku ambil dan bersedia untuk membancuh air. Pagi-pagi macam ni memang sedap pekena teh tarik.

Saturday, September 27, 2008

Lara Rindu 5

"Assalamualaikum." Semua kami berpaling dan menjawab salamnya.
Aku dah senyum sambut tetamu yang tiba-tiba muncul. Salamnya aku jawab perlahan. Nasib baik dia bagi salam, kalau tak memang ada orang sakit jantung dengan sikap si pendatang yang suka main terjah.
"Baru sampaikah? Ingatkan kau tak datang. Kata nak beraya di Aussie dengan adik kesayangan kau," aku soal dia.
Dia hanya tersengih. Ayu saja aku nampak anak dara seorang ni pakai baju kebaya. Siap ada selendang lagi berjuntai di bahu. Memang nampak lain dari hari-hari biasa. Selalu pakai seluar panjang saja.
"Daddy dengan Mummy saja yang pergi Aussie pagi tadi. Aku dengan Abang tak ikut. Abang yang hantar aku sampai sini. Dia ada di luar. Nak juga aku pergi Aussie, tapi nanti kau merajuk pula aku tak datang rumah kau. Nanti siapa nak tolong aku masa aku kahwin. Kaulah satu-satunya orang yang akan melancarkan majlis perkahwinan aku," senyuman dihulur kepada tetamu. Satu-persatu orang yang ada di dalam bilik itu disalamnya. Anak mithali.
Pandai betul putar fakta minah ni. Macam aku tak tahu. Dia mana pernah ngam dengan Rabiah. Anak angkat Mummy dan Daddy merangkap sepupu sekali dia yang sedang belajar di Australia. Sekarang ni Rabiah sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang perniagaan. Dia anak yatim piatu. Kematian ibu bapa ketika berada di tingkatan empat. Keluarga Chintalah yang bertanggungjawab untuk menjaga kebajikan Rabiah sekarang. Lagipun Rabiah lebih rapat dengan Mak Su atau emak Chinta sekarang berbanding dengan makcik dan pakciknya yang lain. Dia sendiri yang memilih untuk dijaga oleh keluarga Chinta.
Abang yang dia maksudkan mesti abang kandungnya. Aku selalu dengar dia bahasakan abangnya sebagai Abang. Aku suka dengan gelaran mereka, Chinta dipanggil Adik, manakala abangnya dipanggil Abang. Ibu bapa kandung pula mereka gelarkan dengan Mummy dan Daddy. Memang variasi. Campuran barat dan Asia Tenggara. Tapi cara hidup masih penuh dengan ciri-ciri Melayu. Masih kekal dengan adat dan tradisi orang Malaysia. Masih berpegang teguh pada agama yang satu. Masih menjadikan Islam sebgai tonggak kehidupan.
"Ingat aku ni wedding planner kaukah? Ingat freekah khidmat aku?" aku balas dia balik. Suka hati dia sahaja nak aku tolong masa perkahwinannya nanti. Sudahlah kena bagi khidmat percuma, lepas tu kena jadi pembantu peribadi dia pula. Mesti banyak kerja yang menantiku.
"Cukuplah tu Tia, bawa Chinta ni pergi makan dulu. Lepas makan baru sambung balik." Emak dah menyampuk memberhentikan perbualan kami. Rasanya kalau emak tak tekan butang stop, tak adanya kami berhenti.
"Jom makan." Kugamit tangannya dan bercadang membawanya keluar dari bilik Kasturi yang jadi tumpuan orang. Sesak juga nafas duduk dalam bilik ni.
"Nantilah dulu. Dah sarapan tadi sebelum datang sini. Abang pun ada di luar tu. Tadi aku tengok dia tengah borak dengan ayah. Aku nak tengok Kak Kas, nak borak dengan dia," pinta Chinta. Ingin menyertai yang lain untuk memeriahkan lagi bilik Kasturi yang sudah berubah rupa.
Aku hanya membiarkan Chinta duduk di atas katil. Begitu teliti dia melihat Kas disolek. Dia memang minat kalau bab-bab macam ni. Barang solek dia, tak usah cakaplah. Penuh meja solek. Dengan laci-laci sekali penuh dengan segala moisturize, gincu pelbagai warna, blusher dan segala macam yang dipanggil alat solek. Dengan alat mekap yang bertingkat-tingkat lagi. Dia memang pengumpul setia barang-barang solekan. Boleh jadi mak andam.
Kalau nak banding dengan aku, memang jauh panggang dari api. Alat solek aku hanya ada dua, tiga jenis sahaja. Pakai bedak pun jenama Johnsons Baby... Perasan baby lah ni. Tapi bukan macam tu sebenarnaya. Memang dah sebati sejak kecil, tak boleh pisah dah dengan bedak bayi ni. Jadi sampai ke dewasa pun aku masih menggunakan bedak yang sama.
Tepat jam sepuluh pagi, pihak keluarga lelaki datang. Emak abang Lemon sendiri yang menyarungkan cincin. Cincin emas berpermata biru. Cantik. Bersinar satu bilik Kas. Cincin yang menjadi tanda bahawa Kasturi kini sudah dimiliki. Bukan dimiliki sepenuhnya, cuma tinggalkan cop supaya orang lain tidak boleh tawarkan diri lagi sebagai calon.
Lepas sarung cincin, sesi bergambar pula. Aku pula yang jenuh tengok semua orang pose. Macam-macam posisi yang akan ditangkap gambar. Entah berapa ratus kali flash kamera itu bernyala. Kini kita tak pakai lagi kamera manual. Kalau tak, memang dah habis filem tiga puluh enam. Siap bergulung-gulung lagi negatif filem sebab ambil gambar terlalu banyak. Sekarang yang dipakai adalah kamera yang berteknologi tinggi. Pelbagai jenama ada di pasaran. Kita juga tidak perlu risau, tangkap saja gambar sebanyak yang mampu.
Selepas bergambar, semua tetamu dijemput untuk menjamu selera. Jamuan di atas rumah saja. Tidak perlu mendirikan khemah. Tak ramai orang pun. Pihak lelaki dalam dua buah kereta saja. Semuanya makan ramai-ramai di atas rumah. Oleh kerana masih dalam mood hari raya lagi, kebanyakan juadah adalah hidangan untuk hari raya. Lagipun masih banyak lagi kuih raya, lemang dan ketupat. Itulah yang menjadi hidangan pada hari ini. Hari pertunangan Kasturi.
Aku dengan Chinta memang tak berenggang. Kasturi pun tak lekang dari sisi kami. Siap malu-malu lagi depan bakal mentua. Dengarnya, pertunangan ini berlangsung sebulan saja. Lepas sebulan nanti, akan ada majlis persandingan pula. Tidak mahu lama-lama. Lagipun dua-dua pihak sudah saling berkenalan. Lebih elok kalau dipercepatkan majlis untuk mengelakkan fitnah.
Sejak tadi aku nampak Chinta tidak senang duduk. Mungkin takut kena tinggal abangnya. Mesti dia risau. Kalau kena tinggal, maknanya dia kena balik dengan baslah. Mata Chinta masih melilau lagi. Tiga ratus enam puluh darjah.
Semenjak aku kawan dengan Chinta, tak pernah lagi jumpa abang dia. Kalau datang ke rumah mereka, tak pernah pula aku terserempak dengan mana-mana lelaki selain Daddy Chinta. Setakat yang aku tahu, Chinta memang mempunyai seorang abang. Itu saja informasi yang aku dapat. Nama abangnya aku tak tahu sebab Chinta panggil Abang saja. Aku pun terikut dengan dia. Turut mencari di mana abang Chinta berada walau aku tidak tahu yang mana satu orangnya.
Akhirnya sekali, Kasturi yang mencuit Chinta. Ditunjukkannya kepada seorang lelaki yang sedang membelakangkan kami. Berbaju melayu biru. Duduk bersila bersama orang lain. Sama-sama menjamah hidangan yang diletak di atas lantai.
Chinta tersenyum. Mungkin targetnya sudah kena. Aku tak perasan sangat orang tu. Terlindung oleh orang ramai. Tapi Chinta cakap itu abang dia. Dia berlalu menuju ke arah lelaki tersebut. Apa yang dia beritahu aku tadi, dia nak jumpa abangnya sekejap untuk mengambil barangnya di kereta abangnya. Maknanya Chinta nak tidur rumah aku. Baguslah. Sekurang-kurangnya aku ada kawan balik UITM nanti. Ada juga teman berbual dalam bas nanti walaupun sekejap. Memang bosan duduk bas seorang-seorang. Sebab tu aku lebih suka kalau ayah ambil, ada juga kawan aku berbual.
Lepas seketika aku nampak Chinta sudah datang bersama sebuah beg yang sederhana besar. Sebelum itu, sempat dia kenyit mata kepada lelaki yang berbaju melayu biru yang berdiri di beranda.
Majlis hari tu berakhir lepas zohor. Abang Chinta pun dah balik. Tak sempat aku kenal dengan abang dia. Kas aku tengok dari tadi asyik belek cincin dia. Teruja sangat. Aku geleng kepala saja tengok orang yang dah kemaruk ni. Nasib baik satu bulan saja tarikh yang ditetapkan. Kalau setahun baru nak sanding, tidakkah haru nanti? Memang lara menanggung rindu.
Begitulah juga yang terjadi kepada Chinta. Kalau lara rindu dah level tinggi, dia sanggup call encik abang dia yang ada di Belanda. Kadang-kadang aku yang terasa telinga aku panas disebabkan tengok mereka bergayut sampai berjam-jam. Aku saja yang belum sampai ke fasa-fasa yang dialami oleh mereka ini. Tak nak aku, macam merana saja menanggung rindu.

-----------------------------------------------------------------------------------

Hari ni aku dah balik kolej. Chinta ada di sebelah temankan aku naik bas. Aku bangga betul dengan dia, walaupun anak orang kaya, dia tidak kekok naik bas. Sanggup duduk dalam bas berkongsi dengan orang lain. Walaupun sebenarnya dia sudah biasa dengan aircond dalam kereta mewah.
Ikutkan hati nak suruh ayah hantar. Tapi sebab ada Chinta yang temankan, aku batalkan hasrat. Tak nak menyusahkan ayah. Lagipun satu kerja pula nanti, ayah balik sendiri. Pasti memenatkan dia.
Masa dalam bas Chinta dah naik hairan tengok aku. Dahinya berkerut-kerut sambil jeling aku. Hairan sebab depan handphone pun, aku boleh senyum sendiri. Bukannya handphone tu buat lawak pun. Tapi aku ketawa juga sebab mesej-mesej yang aku dapat ni memang lawak.

‘Do You Know What Is Meant By
------MOBILE-------
M=meet
O=on
B=busy
I=in
L=life
E=every where
so now lets START’
‘The rain makes all things beautiful, The grass & flowers 2, If rain makes all things beautiful, Why doesn’t it rain on you?’
‘You know when you are really too fat? When you are on the beach and Greenpeace carries you back to the sea.’
Ini antara mesej yang aku terima setelah kami saling berbalas-balas mesej. Dia ni memang lawak betullah. Suka sangat hantarkan sms yang membuatku gelak seorang-seorang. Mesti Chinta sudah terfikir serong tentang aku.
Masa awal-awal aku tak tahu nombor tu dia punya, aku buat tak layan. Aku biar sajalah orang macam tu. Orang nak bagitahu yang dia tersalah hantar mesej, dia tak nak layan pula. Buat bazir bil telefon aku saja.
"Kau ni apa kes? Dah kemaruk dengan handphone pula. Atau patah hati sebab kakak nak kahwin?" soalan Chinta membuat aku menoleh pandang padanya. Sejak tadi lagi aku tidak melayan dia.
Pasti Chinta tak puas hati. Sebelum ni kan, aku yang beria-ria suruh dia teman aku balik kolej, tapi time ni aku tak layan dia pula. Lebih sibuk dengan telefonku sendiri. Kasihan dia.
"Ok. I'm sorry. It just old friend. Bekas kawan sekolah," jelasku lantas menyimpan semula telefon ke dalam beg. Cukuplah setakat itu aku layan temanku tadi. Ada banyak lagi masa untuk kami saling berhubung. Sekarang ni, tumpukan dulu kepada sahabat yang ada di sebelahku yang sudah memuncung. Kalau dia merajuk, payah juga. Nanti dia terjun tingkap bas ni, aku juga yang susah.
Lepas aku simpan telefon, memang kami berborak saja. Terima kasihlah kepada Chinta sebab sanggup temankan aku balik. Tapi rasanya masa ni kalau dia tak temankan aku tak apa sebab aku dah ada geng orang sebelah sana. Main balas-balas mesej. Tak adalah bosan kalau naik bas.
Aku dah jumpa kawan lama masa di masjid hari itu. Tak sia-sia aku beramah mesra di perkarangan masjid. Akhirnya teman lama masih ada yang mengingatiku. Dia masih lagi seperti dulu. Cuma kelihatan lebih matang berbanding ketika zaman persekolahan dulu.
Iskandar... kawan yang sanggup bersusah-payah untuk aku. Menjadi temanku selepas Kasturi tamat sekolah. Orang yang sudi berkongsi duka dan suka. Temankan aku belajar. Kami sama kelas. Dia salah seorang budak top three dalam kelas. Kami selalu bersaing untuk merebut gelaran juara di dalam kelas.
Masa kami sentiasa dipenuhkan dengan perbincangan tentang pelajaran. Buku-buku soalan peperiksaan tahun-tahun lepas kami jadikan sebagai sandaran untuk menjadi juara. Siapa dulu yang dapat habiskan soalan dan siapa yang banyak betul. Selalunya dia menang untuk subjek Biologi, Fizik dan Kimia. Dia pula selalu minta ajar aku subjek Matematik, Bahasa Melayu dengan Sejarah.
Oleh kerana kami sentiasa berdua, ada juga gosip yang mengatakan kami adalah pasangan couple. Selalu buat maksiatlah, komplot dengan cikgulah, banyak lagi lah,tapi kami tak endahkan pun. Memang orang yang baik sikit ni tak lepas dari ujian. Lagipun apa yang kami lakukan tidak pernah lagi lari landasan. Sentiasa menjadikan Dia sebagai petunjuk. Apa yang kami buat hanya Dia yang tahu.
Aku bangga ada kawan macam dia. Masa jumpa di masjid hari tu, terus aku ajak datang rumah. Dia datang masa Kasturi tunang. Di situ memang kami borak sakan. Sekarang ni dia tengah cuti. Dia sambung study di Korea. Katanya cuti musim sejuk. Seronoknya dia.
Aku tanyalah pasal pelakon-pelakon Korea yang menjadi kegilaan aku. Dia kata selalu jumpa.
Jelous aku...
Tapi di tv...
Hampa aku...
Ada juga dia jumpa, tapi jaranglah sebab dia datang sana nak study, bukan tujuannya nak jumpa hero-hero pujaanku. Padan muka aku, dah kena balik.
Katanya dia ambil course lukisan, sekarang di tahun akhir. Sama macam aku. Hairan aku, setahu aku dia sama bidang dengan aku. Penat-penat otak kami selesaikan Add Math masa SPM dulu, dengan formula Fiziknya lagi, alih-alih dia ambil lukisan. Sudahlah sengsara nak belajar dulu. Sekarang boleh pula dia ambil bidang yang bagiku hanya memerlukan bakat. Dulu aku cuma minat Biologi dengan Kimia saja, dialah yang banyak bantu aku selain dari subjek ni. Dia memang pakar bab-bab kira-kira. Subjek yang guna teori pun dia mampu kuasai.
Masa borak di beranda rumah kami tu, abang Lemon ada datang. Nak gelak aku dengan nama timangan abang ni. Rupanya baru saja dia dapat nama tu. Kasturi yang bagi. Baguslah tu. Sama spesis. Harap-harap dua-dua tak masam!
"Kenapa ambil seni? Buat penat otak saja dulu study nombor," aku tanya dia. masih tidak puas hati dengan kursus yang dia ambil sekarang. Sepatutnya dengan kelebihan dan kemampuan yang dia ada, sekurang-kurangnya dia boleh jadi doktor, pilot atau jurutera.
Dia cuma sengih balas dengan sengihan bila aku tanya dia soalan macam tu. Mamat ni! Takkan tak faham bahasa. Dia ingat dengan sengihan dia tu aku dapat tafsir sendiri jawapan kepada persoalanku.
Abang Lemon pula jadi pendengar tegar. Rupanya mereka ni saudara sepupu. Patutpun rapat. Ayah Lemon adik kepada emak Iskandar.
"Kita punya sukalah. Kita kan suka main lukis-lukis." Iskandar senyum-senyum masa jawab. Akhirnya dia jawab juga apa yang kutanya tadi. Itupun setelah penat asyik tersengih dari tadi.
"Dia tu bakal pelukis kelas atasan," Abang Leman menyampuk.
"Betulkah? Nasib baiklah kita tak berapa minat dengan lukisan. Kalau tak, mesti awak jual kat kita lukisan dengan harga beribu-ribu. Macam lukisan Mona Lisa tu." Aku ni buta seni. Tak pandai nak nilai lukisan. Lukisan yang harga beribu-ribu ringgit pun aku tak pandai nak hayati. Pandang sepintas lalu sahaja.
"Kita bagi free saja kat awak kalau awak nak." Iskandar pandang aku sekilas.
"Kalau lawa bolehlah. Kalau tak lawa baik tak payah." Balasku laju.
Teringat pula masa sekolah dulu. Selalu juga kami bertengkar begini. Ingin menegakkan pendapat masing-masing.
"Ewah, perkecilkan kita nampak." Dia renung aku. Aku hanya mencebik, mengapi-apikannya.
Tidak lama kemudian, aku tersenyum. Bukan perkecilkan. Saja gurau. Aku tahu dia memang berbakat dalam bidang lukisan.
Salah satu kelebihan Iskandar adalah melukis potret. Memang cantik. Dengan hanya sebatang pensil dan sehelai kertas, dia mampu untuk melakar apa sahaja yang ada di dalam mindanya. Memang berbakat. Masa dalam kelas, kalau guru belum datang, dia akan mengisi masanya dengan melukis. Semua lukisannya ditampal di belakang kelas. Di sudut subjek General. Dulukan tak ambil Pendidikan Seni. Jadi, kalau ada ruang, memang akan tampal lukisan dia sebab lawa. Kadang-kadang aku rasa bukan berada di kelas aliran Sains tapi aliran Seni.
"Kita belajar lukis pelanlah. Melukis tu aktiviti sampingan saja," terangnya bila melihat aku seolah-olah memperkecilkan kebolehannya.
Lukis pelan???
Oh! Bakal arkitek rupanya. Penat saja gaduh pasal seni.
Itu borak-borak budak-budak macam aku. Perbualan yang telah sekian lama sudah berhenti. Kini ia disambung semuala saat pertemuan kami kembali terjalin. Persahabatan yang masih sama seperti dulu.
Masa malam lepas majlis pertunangan tu lagi haru. Perbualan antara Kas dengan Chinta. Masa tu aku tengah baca novel. Telinga aku memang meremang masa mereka borak benda ni. Rasa nak lari dari situ tapi nanti mereka cakap aku ni betul-betul budak bawah umur.
"Bestnya Kak Kas, sebulan lagi dah nak kahwin. Chinta ni entah bilalah. Ammar di seberang tu tak decide apa-apa pun." Chinta sudah memperbetulkan duduk simpulnya di sebelah Kasturi.
"Kamu kan dah tunang. Dah terikatlah tu. Jangan risaulah. Kalau dia tak nak lamar Chinta, apa kata Chinta yang pergi lamar dia. Memang jarang-jarang dibuat orang, tapi apa salahnya untuk kebahagiaan," terang Kasturi sambil membelek-belek hantaran yang diberikan oleh Abang Leman. Sembilan berbalas sebelas.
Aku rasa nak menyampuk tapi tak jadi. Adakah patut Kasturi bagi cadangan macam tu. Tak munasabah langsung. Kalau ia pun dah gatal nak kahwin, buatlah dengan cara yang bermaruah.
"Memang cadang nak buat macam tu. Itu pun kalau dia tak lamar Chinta." Nekad Chinta bersuara.
Aku mencebik memandangnya. Keputusan berani mati yang diambil Chinta membuat aku rasa semacam. Perigi dah betul-betul pandai gerak pergi cari timba. Ataupun dalam bahasa modennya, singki mencari paip.
Gediknya dia. Rasa nak cili pula mulut dia. Kalau dengan aku memang dia tak melebih-lebih macam depan Kas sebab aku buat tak layan dengan dia. Depan Kasturi beranilah, dah sama-sama gatal nak kahwin.
"Akak dah sediakah nak jadi isteri?" sekali lagi Chinta menyoal. Hantaran kasut jenama Bonia di hadapannya di belek-belek. Kasut setinggi dua inci itu dikeluarkan dari kotaknya. Warna hitam, memang menawan kalbu.
"Banyak lagi akak nak belajar. Akak pun tengah cuba untuk jadi yang terbaik untuk dia. Pasal sedia tu memang kita tak akan sedialah kalau bukan kita sediakan diri kita sendiri," balas Kasturi.
“Buku pun tak khatam-khatam lagi,” telunjuk menunjuk ke arah buku-buku yang tersusun rapi di satu sudut. Semua tentang perkahwinan. Gerbang Perkahwinan, Saat Kuterima Nikahnya, Isteri Soleha dan beberapa lagi buah buku yang menyentuh tentang perkahwinan dan tugas-tugas seorang isteri. Memang sesuai untuk mereka yang bakal mendirikan rumahtangga.
Kenapalah aku terdengar forum pasal benda-benda ni. Rasanya, minda dan hatiku belum tergerak untuk mendengar topik ini.
"How about first night?" Aku dah paling muka pada Chinta, dengan mata yang terjengil dan mulut yang geram. Chinta pandang aku sekilas. Dia perasan aku pandang dia semacam. Siapa suruh dia buka hikayat untuk mereka yang berumur lapan belas tahun ke atas. Kalau nak cerita pasal benda ni pun tunggulah aku dah masuk bilik dulu.
"Tak ada benda berfaedahkah nak cerita? Dah habis modal kah? Cuba-cubalah baca buku sikit. Boleh pertingkatkan diri. Ini cerita benda yang tak patut," aku dah mula membebel. Tidak tahan rasanya kalau tidak ditegur. Kasturi dan Chinta sudah tertawa bila dengar aku menyampuk perbicaraan mereka.
“Dia dengar juga forum kita. Bagus, mari duduk sini, kita cukupkan ahli panel,” pelawa Kasturi. Tempat duduk di sebelahnya ditepuk-tepuk perlahan. Tanda menyuruh aku maju ke hadapan.
"Alah Tia... kau kan dah dewasa. Dah baligh pun. Kalau zaman dulu rasanya anak kau dah lima tahu," Chinta yang sememangnya menyokong topik perbincangan, menambah geram di hatiku.
"Itu zaman dulu. Masalahnya kita di zaman sekarang," aku tegaskan suaraku. Cerita zaman pakai perahu nak disamakan dengan zaman roket. Mana ada sama. Sangat jauh perbezaan zamannya.
"Dahlah. Tak payah cerita benda ni. Nanti ada juga orang tu terpinga-pinga kalau dah sampai tahap ni. Biarkan dia. Masa tu jangan call aku nak tanya benda-benda ni," Kas dah mula tenangkan suasana.
"Betul tu Kak Kas. Benda ni kena belajar. Nanti tak tahu pula. Dahlah. Susah juga nak cakap dengan budak dewasa yang masih bawah umur ni. Itulah.. dari dulu lagi aku cakap, cubalah beranikan diri sikit terima cinta lelaki," Memang nak kena juga budak seorang ni. Ada panggil aku budak bawah umur.
Aku hanya senyap. Cakaplah apa kau nak cakap Chinta. Rasanya, aku sentiasa berani untuk terima cinta lelaki. Tak ada lagi yang aku tolak.
Aku berpaling selepas aku dengar mereka dah gelak sakan. Baru aku tahu, rupanya mereka keluarkan isu tu sebab nak tengok respon aku. Tepat seperti yang mereka jangkakan. Akan angkat kepala dari menatap novel dan mencelah agar perbincangan dihentikan. Geramnya aku!
Ada sahaja cara mereka untuk membuat aku masuk sekali dalam topik mereka. Sememangnya mereka tahu, aku bab-bab cintan-cintun ni memang susah sikit nak masuk. Aku bukannya manusia yang anti dengan cinta. Cinta bagiku adalah penting. Sangat berharga. Teringat pula tentang satu adegan dari dalam sebuah filem tentang cinta. Pernyataannya sangat menyentuh jiwa.

Semua makhluk di dunia ini diberi deria untuk mempertahankan diri.
Harimau miliki cakar, ular miliki bisa dan manusia.....
Manusia pemilik cinta.
Dengan cinta, kita mampu bertahan dikedinginan malam saat hujan turun

Cinta sekarang menjadi senjata yang melebihi pedang. Malah aku sangat setuju dengan pernyataan bahwa lidah lebih tajam daripada mata pedang. Pernyataan ini ditambah dengan kalimah cinta yang akan memenangkan peperangan dari pasukan pedang. Memang sangat benar.
Sama macam kisah Nabi Muhammad s.a.w. Bayangkan setiap kali baginda ke masjid, ada sahaja yang melemparkannya dengan kotoran. Sehingga suatu saat, Baginda merasa aneh kerana tika Baginda menuju ke masjid, tiada lagi tragedi lempar-melempar. Setelah disiasat, pelempar yang selalunya melempar Baginda rupanya sedang sakit. Setelah mengetahui, Baginda yang merasa cinta dan rindu berkat daripada lemparan tersebut, Baginda telah berkunjung ke rumah orang yang melemparinya sambil membawakan makanan. Begitu tulusnya cinta Baginda walaupun dengan orang yang membencinya.
Semua orang perlukan cinta. Begitu juga dengan aku. Bezanya cintaku bukan hanya untuk kaum Adam. Tapi cinta yang ada di hati adalah fleksibel. Cinta untuk semua.
Itu kisah tiga malam yang lalu. Selepas aku bantah pasal forum mereka, terus tukar tajuk lain. Tapi dalam ruang sama. Cerita pasal hantaranlah, mas kahwinlah, inailah dan cerita-cerita yang mampu membuat bibir aku menguap dan mengundang lena pada tubir mataku. Aku tak layan malah langsung tak campur. Aku masuk bilik dan terus tidur selepas menamatkan pembacaan novelku.
Teringat dengan coretan yang aku coret pada salah satu buku rujukanku. Sekadar contengan dikala bosan. Coretan yang menggambarkan impianku. Tentang lelaki yang aku perlukan dalam hidupku.
Awak, boleh dengarkah permintaan saya? Ini bukan permintaan sebenarnya, tapi sekadar harapan. Awak, bolehkah jadi jam loceng saya jika saya terlupa Dia. Saya masih merangkak mengingat Dia, mungkin awak sedang berdiri mengingat Dia. Bolehkah kita sama-sama berlari mengingat Dia?
Awak, kadang-kadang kasih saya lebih kepada awak daripada Dia. Bantu saya curahkan kasih saya lebih untuk Dia daripada awak. Awak, ajar saya cintakan Dia lebih dari segalanya. Awak, bimbing saya untuk takut kepada Dia melebihi takut awak kepada Dia.
Di kala ini, cintaku sentiasa hanya untuk Dia!

Friday, September 26, 2008

Lara Rindu 4

Tiga hari sebelum raya, aku sudah sampai rumah. Tak perlu menyusahkan ayah ambil, nanti Kastia kata aku anak manja pula walau itu realitinya. Tiket bas sudah kutempah awal-awal. Memang seronok melihat gelagat manusia yang memenuhi hentian bas. Semua berbondong-bondong ingin balik ke kampung halaman. Ada yang sanggup tidur di situ semata-mata menunggu masa perjalanan mereka.
Itu sudah menjadi kebiasaan pandangan mata. Bukan sesuatu yang janggal. Kalau orang Melayu tak balik kampung masa perayaan, itu yang baru boleh dihairankan. Walau cuti singkat, mereka sanggup bersusah-payah untuk balik ke kampung. Malah, kalau cuti sambut hari jadi sultan pun, mereka balik juga ke kampung walaupun bukan mereka yang menyambutnya. Krismas, Depavali atau apa saja perayaan yang dirayakan oleh masyarakat majmuk Malaysia, pasti penuh hentian bas. Manusia bersemangat nak balik kampung walaupun keadaan sesak.
Cuti kali ini hanya seminggu, memang seronok, tapi lagi best kalau dapat cuti sebulan. Memang dah beli tiket awal-awal pun, tapi sengaja melewatkan balik ke kampung sebab tak nak tolong emak buat kuih raya. Biar Kas yang jadi pembantu emak. Dia kan dah nak kahwin. Baju raya pun aku dah suruh emak beli. Aku cuma perlu bawa diri saja balik ke rumah.
Kerja aku masa di rumah satu saja, pasang langsir. Teringat masa aku sekolah dulu, masa tu Kasturi tahun kedua di UPSI. Dia balik bawa kain langsir baru, nak pasang di rumah. Emak pula awal-awal lagi sudah jahit kain langsir. Tapi kain langsir yang aku dah pilih.
Aku dengan dia, tiada siapa yang mahu mengalah. Sama-sama nak langsir masing-masing yang dipasang. Nak jadikan ia sebagai perhatian umum. Emak hanya diam, ayah pun senyap saja. Mereka tak kisah langsir apa pun yang hendak di pasang. Asalkan rumah berlangsir.
Dua-dua cantik. Satu warna biru, warna pilihan aku. Kasturi pula pilih warna hijau. Emak cadang simpan satu untuk raya akan datang, yang satu lagi pakai untuk kali itu. Tapi kedegilan mengatasi segalanya. Dua-dua orang tidak mahu mengalah. Sama-sama mempertahankan kain langsir masing-masing agar di pasang di tingkap rumah. Kalau ada dua rumah kan bagus, tak payah kami nak gaduh.
Tahun tu kami buat gempak. Memang kecoh satu kampung. Pecah rekod kampung, rumah aku paling lawa. Sebelah kanan warna biru, sebelah kiri guna langsir warna hijau.
Tetamu yang naik ke rumah pun terbabas di atas tangga, takut tersalah masuk rumah. Semua orang tercengang tengok rumah kami. Popular sekejap rumah Pak Mahmud tahun tu. Tak pernah dibuat orang, langsirnya ada dua jenis. Nasib baik tak letak tembok pemisah di tengah tanda ketidaksefahaman antara dua orang yang berlainan minat. Memang kontra habis.
"Emak kata ada orang masuk meminang. Senyap-senyap. Tak bagitau orang pun?" aku mulakan intro perbualan dengan Kas yang ada bersamaku sama-sama memasang langsir.
"Sementara cuti ni buatlah majlisnya. Bukan tak nak bagitau, tapi orang sana yang buat keputusan mendadak. Kira sempat jugalah nak siapkan barang hantaran," Kas masukkan satu-persatu cangkuk ke langsir untuk digantung.
Kas memang macam ni. Gabra sikit. Kalau orang cuit sikit mesti dia melatah. Ni mesti bakal tunang dia acah saja nak tunang terus jadi majlis tunang betul-betul. Dialah kakak aku yang terbaik. Setiap pertengkaran kami sebenarnya adalah cara kami mengeratkan perhubungan antara kakak dan adik, sebab tu aku tak panggil dia kakak, kami dah jadi kawan baik.
Hari raya pertama sungguh memenatkan. Ingatkan dah mengelat dari buat kuih, aku tak buatlah sebarang pekerjaan lagi. Tapi hampa bila aku disuruh membantu emak memasak. Dari satu menu ke menu yang lain, semua aku juga yang kena tolong emak. Jadi penjaga dapur. Kasturi awal-awal lagi dah lari sebatu. Katanya, orang yang nak tunang kena jaga diri. Kena pastikan diri sentiasa dalam keadaan selamat dan sejahtera. Nanti tak pasal-pasal kena minyak panas atau terkena pisau, tentu turun hantaran. Merapu lebih saja minah tu.
Hari ini juga kami terpaksa menapak ke rumah saudara-mara sebab esok mereka pula yang akan menapak ke rumah kami. Bangun pagi-pagi, mandi sunat hari raya, kemudian pakai baju raya. Aku kalau raya best saja, tak payah pun susah payah nak sedia baju raya. Dah emak pandai menjahit, apa lagi, suruh saja emak jahit. Tidak perlu lagi pergi kedai ukur baju.
Kain untuk baju kurung pun suruh emak yang beli sebab test emak ni tinggi. Apa sahaja yang dia belikan untuk aku dan Kas memang menarik hati dan kena dengan selera kami. Tak perlu emak tarik muka empat belas disebabkan kami tak berkenan dengan pilihan emak. Pilihan emak memang ada class. Kalau aku yang pilih, kadang-kadang aku pun tak percaya macam mana aku boleh pilih kain yang sangat aku tidak suka. Selalunya, aku memang tak puas hati dengan pilihanku sendiri.
Mungkin disebabkan banyak meminta bantuan emak dan keluarga, kehidupan aku sekarang lebih banyak bergantung kepada mereka. Apa-apa hal yang mencelarukan fikiranku, mereka tidak lupa untuk kucelarukan sekali. Kalau aku cuba sembunyi, cepat saja emak tahu apa yang aku sembunyikan dari dia. Emak bijak, dia tak akan korek rahsia dari aku. Tapi dia akan tunggu aku luah pada dia. Begitulah selalunya. Semua perkara tentang aku akan ada dalam tangan emak.
Kami semua pergi ke masjid, jemaah dengan orang kampung. Meriah sungguh. Dengan aneka ragam manusia dan warna-warna baju raya yang menarik. Masa inilah berkumpul dengan orang kampung.
Aku pun ambil peluang salam dengan orang kampung. Dahlah aku jarang keluar rumah kalau balik kampung, maka jaranglah aku jumpa mereka. So, aku ambil peluang ini, bermaafan dengan mereka. Aku salam kat kawan satu sekolah, jiran sebelah rumah, jiran jauh pun aku salam. Pokoknya memang di beranda masjid ni jadi tapak mengeratkan silaturrahim.
Sambil tu, ayah jemput orang kampung datang ke rumah. Ke majlis rumah terbuka merangkap kenduri untuk pertunangan Kasturi. Tidak perlu lagi ayah menapak dari rumah ke rumah untuk sampaikan perkara ini. Cukuplah orang yang datang masjid tahu, nanti tugas mereka pula untuk sebarkan kepada yang lain. Bagus juga duduk kampung ni, nilai kerjasamanya sangat tinggi.
Aku perasan juga Kas ni, jadi leher panjang pula. Setahu aku, leher dia tak adalah panjang macam burung jenjang. Tapi dia cuba panjangkan juga, siap berjengket lagi. Hairan. Aku menyiku dia. Dia buat tak tahu. Lepas tu senyum sendiri. Aku pun tolehlah ke arah pandangan matanya tertuju.
Oh! Ada jejaka berbaju melayu biru di sana. Patut pun beria nak berbaju kurung biru walaupun emak dah tetapkan tema baju raya tahun ni warna ungu. Emak cakap, Kas ke pekan tiga hari sebelum raya, nak cari juga baju yang ada biru dan ungu. Patut pun aku nampak warna baju dia semacam saja.
Pada perkiraan aku, kalau dah mengedik tahap macam ni, pastilah lelaki berbaju melayu biru itu bakal tunang Kas. Gatal juga si Kas ni, tak pandai sabar, bukannya tak boleh jumpa pun.
Lepas saja bermaafan dengan kedua orang tua, kami semua gerak ke rumah opah. Masa bersalam-salaman tu memang buat drama sekejap. Aku dan Kas dengan rendah hati sedekah air mata. Memang macam ni pun tiap kali raya. Kami akan memohon maaf dan bertangisan. Emak dan ayah akan duduk di sofa, aku dengan Kas akan menyalami mereka di bawah. Hanya kami berdualah permata emak dan ayah. Bila sudah menangis, pasti emak pun aku turut menangis sambil mengusap kepala kami berdua. Ayah pula akan mengusap belakang emak, memberi ketenangan dan meredakan tangisan emak. Situasi yang pasti berlangsung setiap kali hari raya.
Memang banyak dosa aku, terutama dengan si Kas. So, time inilah paling sesuai untuk bermaafan. Kalau bukan hari raya, rasanya tak mungkin aku nak main nangis-nangis dengan si Kas ni.
Tapi dengan ikhlas aku memohon maaf pada dia. Memang banyaklah kesalahan aku padanya. Tuang minyak wangi dia dalam mangkuk tandas, koyakkan baju tidur kesayangan dia, sembunyikan buku rujukan dia, langsung tak tolong bila keadaan kecemasan dia suruh aku seterika baju kurung dia dan... rasanya tak tersebut segala kesalahan yang telah aku lakukan. Tapi tak payahlah aku sebut satu-satu kesalahan aku pada dia, nanti panjang pula celoteh dia. Biar aku minta maaf sekali untuk cover semua kesalahan aku. Satu permintaan maaf untuk berguni-guni kesalahan yang telah aku lakukan pada dia.
Lagipun aku dah maafkan kesalahan dia sebab koyakkan beg Lois aku, sengaja bakar muka tweety pada baju tidur aku, CD Conan aku dia sembunyikan atas loteng dan komik-komik simpananku dari Moy Publications dia bagi pinjam kat murid dia. Ada banyak lagi yang telah dia perbuat, tapi semua itu aku maafkan untuk kali ini. Kalau lain hari dia buat, mesti akan ada masa untuk pembalasan.
Ketika mentari hampir melabuhkan tirainya, kala itulah kami baru sampai ke rumah. Apa tidaknya, dahlah keliling satu kampung, habis satu Jeram ni aku round, lepas tu pergi ke kampung sebelah, kampung Assam Jawa. Nasib baiklah saudara belah emak dan ayah ni tinggal dekat-dekat. Tak adalah habis minyak ayah nak round satu semenanjung, dari Perlis ke Johor. Memang haru, dengan aku sekali yang akan patah kaki dan buncit perut nanti.
Aku tengok si Kas ni tak diet pun. Makan apa yang dihidang. Bukan hari tu dia cakap nak dietkah? Nak bagi baju pengantin muat. Tapi aku tengok dia dulu yang bedal hidangan.
Di rumah Pak Tam, dia habiskan satu mangkuk mee rebus. Di rumah opah, dia makan soto. Rumah Pak Long, makan laksa. Rumah Mak Andak, makan sate. Kesimpulannya, setiap rumah yang dijejak, pasti makanannya pun selamat sampai ke perut. Memang susah nak tolak makanan. Memang penuh perut, termasuk aku. Penuh dengan variasi makanan. Dahlah tu, sedap pula. Dengan kuih raya yang hanya akan jumpa dua kali setahun, memang aku tak ketinggalan untuk memenuhkan ruang kosong yang ada dalam perut aku.
Memang tak ingat dah nasihat yang aku amalkan sebelum ini. Penuhkan perut dengan satu pertiga makanan, satu pertiga air dan satu pertiga udara. Rasanya tiga pertiga dipenuhi makanan. Air pun sikit saja yang masuk. Keadaan inilah yang menyebabkan tidur malam rayaku terlalu awal. Lepas Isyak saja aku dah tersadai atas katil dengan bermimpikan nak makan ayam golek esok....

-------------------------------------------------------------------------------------

Hari ni hari pertunangan Kasturi. Aku tengok dia senyum saja dari semalam. Dari awal aku balik kampung sampai sekarang, dia sentiasa kelihatan ceria. Nama bakal tunangnya aku tak tahu lagi. Di masjid semalam tak dapat nak tanya. Katanya nak bagitahu aku hari ni. Tak tahu kenapa kedekut sangat nak bagitahu nama tunangnya, bukannya aku nak curi pun. Lagipun aku dah tengok orangnya, dia dah mengaku yang lelaki berbaju biru dekat masjid semalam tu bakal tunangnya. So, apa masalahnya lagi dengan nama lelaki tu. Hanya nama sahaja yang aku nak tahu. Itupun kedekut nak bagitahu.
Awal pagi lagi emak dah kerah bangun. Dia dah siapkan baju sedondon untuk kami. Emak ni rajin sangat. Sudahlah tolong sedia baju raya, sekarang sedia untuk baju majlis hari ini lagi.
Baju Kasturi pun emak jahit. Emak dah tahu awal-awal, so dia dah beli kain tu. Baju tu memang diukur untuk Kasturi. Siap beropol-opol lagi. Manik-manik pun bergantungan. Dipadan dengan tudung warna jingga. Memang lawa baju tu, tapi tak tahu kalau lawa dipakai. Ini ayat ala-ala dengki ni, sebab aku tak tunang lagi. Tak apalah, bagi peluang pada Kas pula. Dia pun dah tua, dah masuh 27 tahun. So, memang sesuai untuk brtunang pun.
Itulah, lama sangat baru decide nak kahwin. Konon nak sambung belajarlah, nak kerjalah. Tapi aku tak salahkan dia pun. Lepas saja dia tamat belajar empat tahun di UPSI, terus di buang ke polosok pedalaman.
Hahaha. Posting pertama dia di Hulu Tembeling. Nangis dia. Nak pergi sekolah tu kena naik bot, elektrik tiada, air pun tiada. Lepastu berjam-jam baru sampai. Memang haru. Nak buat macam mana, dah arahan daripada Kementerian Pelajaran. Kalau tolak, nanti tak dapat jadi cikgu pula. Sia-sialah dia belajar. Kalau tak jadi cikgu, satu kerjalah pula kena cari kerja lain.
Cikgu adalah cita-cita dia sejak sekolah. Rela berkorban, tempuh selut dan lumpur, jalan raya tak berturap, balik kampung pun setahun sekali. Aku rasa lebih dasyat dia posting di Hulu Tembeling tu daripada budak-budak yang sambung study ke oversea. Ada juga balik Malaysia setiap kali cuti. Kalau macam Kasturi ni, kalau tak cetek air sungai itu, selagi itulah ada peluang untuk keluar ke dunia luar yang lebih luas. Tapi kalau sebaliknya, maka berkampunglah mereka dengan dunia mereka untuk jangka masa yang lama.
Tapi aku memang banggalah dengan dia. Dia jadi kental lepas balik dari sana. Pacat, lintah, bau getah, semua dah kebal dengan dia. Tak takut dah. Padahal sebelum ni, lipas lalu sebelah pun dah kecoh melompat keluar rumah.
Tiga tahun berkhidmat di pedalaman, baru dia dapat bertugas ke kampung halaman sendiri. Ni pun baru beberapa bulan berkhidmat di sini. Dengan bakal tunang dia pun rasanya baru lagi terjalin kasih sayang. Tak tahulah kalau diam-diam dia bercinta. Tapi tak pernah pula dia cakap dia bercinta. Kalau ada, memang dia dah bagitahu aku awal-awal. Rahsia dia akan jadi rahsia aku juga sebab kami saling memerlukan antara satu sama lain. Dia ada cakap yang bakal tunang dia ni bekas satu sekolah. Maknanya, satu sekolah dengan aku jugalah. Akukan satu sekolah dengan Kasturi. Mesti aku kenal mamat tu.
Aku keluar tengok persiapan. Saudara-mara terdekat saja yang ada. Kan hal-hal pertunangan ni tak apa kalau tak dihebohkan. Tapi jangan nikah disembunyikan. Kena hebahkan kepada semua orang. Kalau tunang ni tak apa, sebab pertunangan tidak semestinya berakhir dengan perkahwinan, manalah tahu kecundang di tengah jalan. Nanti, akan malu semuanya. Aku tak doa pun macam tu pada kakak aku. Cuma beri peringatan pada diri sendiri. Lagipun benda ni ayah yang cakap pada aku. Kasturi juga yang nak begini.
Adik beradik sebelah emak dan ayah dah ramai yang datang. Sambil-sambil meriahkan majlis pertunangan, mereka datang berziarah sempena hari raya. Bab ni, keluarga aku memang titik beratkan. Saling berkunjungan pada hari raya. Ialah, kadang-kadang tu dapat jumpa dua kali setahun saja, masa hari raya. Selain hari raya, memang susah nak jumpa.
Aku balik ke bilik bila dengar suara kecoh. Rupanya Kasturi buat riuh. Aku tolong gelak saja bila dia muncung. Hahaha... padan muka. Makan tak ingat dunia sampai baju dia dah sempit. Memang aku dah gelak sakan.
Tapi lawalah. Dah baju tu memang dilonggarkan. Dia bukannya suka baju yang sempit-sempit ni, yang menampakkan bentuk badan. Jadi baju tu kira muat-muat untuk dialah. Dia saja yang tak selesa.
"Tak payah risaulah. Tak ada orang nampak pun. Keluarga kita saja. Nanti bakal mak mentua kamu saja yang masuk sarung cincin," emak cuba memujuk.
Tapi dia tetap muncung. Memang boleh digantung baju pada muncung dia. Siapa yang salah? Main rembat saja makanan. Semua dia makan, lemak, mentega, minyak dan air manis memang dia bedal semuanya.
Tapi dia tak muncung lagi bila emak janjikan baju perkahwinan yang terbaik untuk dia. Ni yang nak jelous ni.
"Kamu jangan risaulah. Mesti si Lemon pun dah naik berat badan dia. Bukan kamu seorang." Habis saja emak cakap macam tu aku dah nak tergelak.
Lemon?? Siapa tu? Takkan bakal abang ipar aku.
Hahahaha.. Patut pun payah Kasturi nak bagi tahu nama dia.
Hahahaha...memang aku gelak sakan.
Kasturi dah pandang aku semacam.
"Emak, nama dia bukan Lemonlah. Nama dia Sulaiman." Kasturi kembali memuncung. Konon-konon nak sambung merajuk dengan emak. Manalah tahu dapat tawaran yang lebih hebat lagi selain daripada baju pengantin yang telah dijanjikan. Tapi emak tolong sengihkan untuk aku.
Aku sambung gelak lagi. Padanlah.
Lemon + Kasturi.
Satu jenis, sama spesies.
“Kau senyap,” Kasturi merenung aku. Marahlah tu sebab aku gelakkan nama bakal suami dia.
“Nama dia Leman tau. Jangan panggil dia Lemon. Lemon only valid for me,” sekali lagi Kasturi menegaskan.
Kalau tak nak panggil dia Lemon, panggil Leman. Memang padan. Tapi aku tak habis gelak lagi pasal lemon dengan kasturi ni.
Rasanya ini mesti abang Leman. Abang yang selalu sakat Kas di pagar sekolah. Selalu tunggu masa balik, lepas tu kacau Kas. Kalau abang Leman yang ni, memang aku kenal. Pengawas di sekolah. Tapi taklah kenal sangat, sebab masa tu aku memang junior lagi. Mereka dah tingkatan lima, aku baru tingkatan satu. Nasib baiklah Kas sambung tingkatan enam di sekolah tu, so selalulah aku buli dia.
Memang patut pun. Kakak kena bantu adiklah, tolong bawakan beg sekolah dan minta duit belanja dia. Memang seronoklah masa Kas ada di sekolah. Tapi lepas dia tak ada, aku jadi pendiam. Asyik belajar saja. Tak bersosial pun, sebab tu nama aku tercatat sebagai pelajar terbaik sekolah, SPM 12 A.
"Kas, padanlah nama kamu. Seorang Lemon, seorang lagi Kasturi, nanti kalau aku nak minum ice lemon tea, aku minta saja pada korang. Kalau tiada ice lemon tea, ice kasturi tea pun tak apa," gurauku.
Semua orang yang ada di dalam bilik itu gelak sekali dengar apa yang aku cakap. Tapi Kas still maintain. Dia tak nak rosakkan mekap dia, so senyum saja. Memang lawak sungguhlah pasangan ni.