Showing posts with label amandaatika. Show all posts
Showing posts with label amandaatika. Show all posts

Tuesday, October 25, 2011

baik-baik sayang

Lirik Lagu Wali
Baik-Baik Sayang

aku tak ingin kau menangis bersedih
sudahi air mata darimu
yang aku ingin arti hadir diriku
kan menghapus lukamu sayang

karna bagiku kau kehormatanku
dengarkan, dengarkan aku

reff:
hanya satu pintaku
untukmu dan hidupmu
baik-baik sayang
ada aku untukmu

hanya satu pintaku
di siang dan malammu
baik-baik sayang
karna aku untukmu

semua keinginan akan aku lakukan
sekuat semampuku, sayang
karna bagiku kau kehormatanku
dengarkan, dengarkan aku



Source: http://liriklaguindonesia.net/w/wali/wali-baik-baik-sayang/#ixzz1blIzOcQR


masih ingat dengan lagu ini...???
sedapkan lagu ni... kalah ayam KFC...
kalau dengar lagu, sampai mata pun tak berkelip, minda terbang entah ke mana,
hati lagilah hilang di balik awan biru

minta maaf kerana tuan rumah sudah lama menghilang... aku tetap ada di sini. cuma nak jenguk rumah sendiri pun sudah tidak sempat... lebih banyak menghabiskan di rumah sewa. manalagi kalau bukan facebook & segala macam face.

sekarang pun dah hujung tahun. kesibukan memang berganda-ganda. penulisan jadi beku seketika. but don worry... everything will be continue... cuma tak tahu bila

Friday, August 13, 2010

aku dan kelajuan

salam ramadhan...
salam terawih...
salam pengimarahan masjid&surau
salam keberkatan
salam smua.

dialog

bapa: kalo kamu bawa kereta, kamu tengok tak meter dia?
anak: meter?
bapa: meter kelajuan
anak: ooo.. kadang2 saja.
bapa: jangan laju2. terbang orang di belakang.
anak: ntahlah. sedap ja tekan minyak
adik: dia bwa 80kmj ja tadi
bapa: kalo mlm jgn bwa laju. tengok mr.d tu. accident langgar kerbau. kete rosak, kerbau pun mati.
anak: ???
bapa: duduk di kampung ni, bnyak kemungkinan yg tak terjangka. jadi jangan bawa laju-laju
emak: bawalah 60/70kmj
anak: #####(mata dah terkebil-kebil)
bapa: bawa perlahan saja. sampai juga tu
anak: aku bawa laju kalau jalan lurus saja
bapa: jalan luruskah, bengkok kah, yang penting tak boleh laju.

c bapa tak tahu lagi, anak dia baru saja habis drift dengan kelajuan 140kmj.dengan x mandi, berbaju tidur, baru lepas mengaji, merempit hantar adik p sekolah.

Monday, September 7, 2009

dengan izin-NYA

semoga kesejahteraan sentiasa melimpahi hidup kita

semoga amalan ramdhan kita diterima oleh-NYA

maybe this is the last entry for this time until cik aa can online in the other day - insyaALLAH.
when cik aa back to her home sweet home-there is no more internet or the other we can communicate via 'alam maya'.

so (in sad mood-without tear but the rain from the eye still want to falling down) cik aa will not online until the time come...
miss u all..

this is the first time cik aa celebrate the hari raya puasa in the homeland...
oh.. my.. cik aa pun sudah lupa macam mana nak merayakan hari raya puasa setelah empat tahun tidak pernah merayakannya. mesti canggung... sebelum ni asyik beraya di perantauan saja-lain suasana dan sambutannya..
tak sabarnya nak sambut.
after this, mesti rindu balik dengan sambutan raya di tempat orang.

Thursday, September 3, 2009

kembali

salam ramadhan..

semoga kesejahteraan sentiasa berada bersama kita.
semoga hikmah ramadhan dapat kita nikmati

setelah beberapa hari berpuasa, baru kali ini cik aa menjengah blog kembali.

sudah beberapa kali cik aa menjengah Bazaar ramadhan di sini, tapi tidak pernah sekalipun terserempak dengan orang yang cik aa kenal.
kuasa ALLAH, sesungguhnya pertemuan itu memang diatur oleh DIA. selepas balik dari menara celcom(tak tahu di mana tempatnya, yang cik aa tahu, dekat dengan Panggung Budaya, Balai Seni Lukis Negara, PNM and etc) cik aa dan rombongan cik wa pegi membeli-belah di bazaar. memang banyak lah yang diborong.
terserempak dengan prof(pensyarah yang paling baik) tapi apa yang kami nampak (cik aa & cik wa) prof semakin kurus. he still remember us, cuma tak ingat dalam sem berapa. muka kami pun dia dapat cam... thanks prof, 4 all thing yang prof perkenalkan pada kami.

cik wa asyik lah dok puji prof....
"Betul ni prof,u are still handsome..."

semua orang akui, prof adalah orang yang mempunyai rupa paras yang kacak. semua orang kata, masa muda dia pasti lebih handsome. semua kami pernah mempunyai hasrat untuk melihat wajahnya ketika muda. ialah, kalau sampai dah nak bersara pun still handsome.. pasti dulu lebih handsome. kawan-kawan cik aa kalau nampak dia pasti akan sebut prof tu handsome...
ada kacukan arab + hindi...

Sunday, June 21, 2009

jejak langkah terdahulu

salam alaik...

tak lama lagi rejab akan tiba. ntah, sejak lepas dari status sebagai pelajar, cik aa pun dah berubah sikit. harap-harap iman tidak berubah malah lebih tinggi lagi.

a few weeks ago, cik aa minta teman dengan cik tin pergi jejak kasih kembali. sebenarnya before this, cik aa dah pernah jumpa sekali with cik wa. masa tu cikgu fa ada tolong temankan dan cik aa lah yang tolong sesatkan perjalanan disebabkan salah informasi. akhirnya tempat yang hendak dituju sepatutnya just need for an hour change to two hours. pusing-pusing, rupanya dekat saja tempat tu.

second time cik aa pergi tak sesat dah coz kali ini cuba guna pengangkutan awam pula. but the problem is, bus lama sangat landing baru nak jalan. 1 jam cik aa tunggu baru tuan drebar nak jalan. ikutkan hati memang habis tayar dipancitkan.

sampai di sana, cik aa bagitahu kat teman lama nak jumpa. just imagine, almost 12 years i never see him. tak dapat nak detect macam mana rupa dia. so, cik aa suruh dia datang jumpa kat taman perumahan makcik cik aa, dia datang. cik aa call him, nak cari yang mana satu.

"mana kau" soal cik aa. kepala didongak ke sana-sini. keadaan yang hingar sedikit sebab pasar malam baru hendak bermula.
"kau pakai baju hijau kan?" terkejut cik aa. he still know me? wah.. kuatnya ingatan.
"betullah. janganlah main sembunyi. mana kau"
"ni di belakang" letak sahaja hp, cik aa toleh belakang.
terkejut + tergaman dan banyak lagi ekspresi muka cik aa. tak sangka, dia masih ingat cik aa. ingatkan perubahan selama 12 tahun dapat mengubah cik aa, rupanya tidak. dan dia pun tidak berubah. still sama macam zaman kanak-kanak kami. cik aa kaku, tak tahu nak cakap macam mana. dia ajak keluar pergi minum.
"macam mana kau boleh kenal aku?" soal cik aa. yalah, macam mana dia masih boleh kenal sedangkan kami sudah sama-sama menginjak dewasa. pastinya berubah.
"kau tidak berubah. ingatkan kau gemuk." amboi, bekas ketua pengawas ni... suka hati saja cakap aku gemuk.
"kenapa kau boleh cakap macam tu"
"sebab emak kau kan gemuk" kami ketawa bersama.

dan bermulalah alkisahnya pembukaan kitab zaman purba. zaman dinasti kanak-kanak yang penuh dengan memory. panjat pokok, main guli, balik sekolah lumba lari sambil sembunyi di belakang pokok kelapa sawit, nak lumba siapa dulu sampai rumah. kalau time puasa, lumba lari untuk buka puasa sebab dah masuk waktu berbuka(puasa setengah hari), lumba awal pagi nak pergi sekolah sebab nak pungut jambu air(biarpun tuan pokok dah bagi warning, jangan ambil jambu air saya-tapi kami pungut juga), pergi memancing bersama, cari udang bila time ada orang pergi 'meracun', main obor-obor dan ikan julung-julung bila balik dari sekolah... oh so manyak memory.. tak terkata. rasa nak ulang semua memory itu kembali tapi its imposible.

time nak balik, cik aa terima satu berita yang sangat mengejutkan. a bad things. ingatkan keluarga cik aa jauh dari semua benda-benda ni. tahu sahaja benda ni, cik aa dah tak terkata. cik tin cuba tenangkan cik aa. bawa bersabar katanya. walaupun dia saudara tak berapa rapat tapi kami still punya ikatan darah. why she do this? sanggup.. oh no.. nasib baik masa nak naik bas dia bagitahu, kalau sebelum itu dia bagitahu rasanya sampai juga penampar sulung cik aa ke mukanya(tapi berani ke cik aa). tergamak dia buat macam tu. manusia, tidak tahan dengan nikmat dunia.

ya Allah, aku mohon pada-Mu agar Kau pelihara imanku

Saturday, May 2, 2009

aku dan kenangan

wah, aku ditinggal sendiri lagi. sedihnya. mesti dorang dah sampai sabah. selamat sampai sahabatku. sampaikan salamku kepada warga sabah. tak apa, nanti pun aku akan balik juga. tapi itulah, aku akan tinggalkan semenanjung lagi. entah bila akan dapat bersua lagi.
untuk waktu-waktu yang baru berlalu, sedih masih lagi merajai. memang sedih. meninggalkan alam kuliah dan alam praktikal. kini, status cik amandaatika sebagai seorang pelajar sudah tamat. insyaallah, kalau ada rezeki nanti sambung belajar lagi ya cik amandaatika.(Belajar sepanjang hayat kan?)

rasanya sudah seminggu aku meninggalkan dunia sekolah. walaupun dalam masa yang singkat, tapi ia memberi kesan yang mendalam. sangat dalam, sedalam jurang mariana.

tinggal serumah dengan member. walaupun singkat, tapi kasih kita seolah-olah bertahun telah terjalin walhal ianya baru termeterai dalam masa empat bulan walaupun sebelumnya kita kenal hampir bertahun tapi jarang bersapa. tapi kenangan kita di sana, seperiuk kita makan bersama, semeja kita bercerita bersama, banyak masa yang kita luangkan bersama terlalu istimewa. rahsiaku rahsiamu juga sahabatku. sakit ku, sakitmu juga. segalanya kita lakukan bersama. bercerita tentang pelajar dari sekolah kita yang berlainan latar belakang. dari sekolah agama, dari sekolah yang dimonopoli orang melayu dan kisah sekolahku yang hanya 20% orang melayu. dan cerita dari sekolahku adalah yang paling banyak. kalau dikumpul, rasanya cerita tentang sekolahku setebal novel Bukan Puteri Lindungan Bulan.
kini, aku kembali lagi ke tempat mula-mula aku menjejakkan kaki di bumi semenanjung. kala ini, aku mengulit kenangan. saat menunggu bas untuk ke kuliah, saat membeli makanan di kafe. semuanya membuat hati bergetar. rindu untuk mengulang semula segalanya. tapi aku tahu semuanya adalah mustahil. sekadar untuk mengingat, jangan sampai teringat sentiasa sehingga mengganggu perjalanan hidup.

Wednesday, November 5, 2008

my lovely song

Ungu - Hidup Hanya Sementara

Mungkinkan kita hidup selamanya?
Mungkinkah kita mati membawa harta?
Mungkinkah kita kan jadi penghuni surga?
Ataukah kita kekal di dalam neraka?

Hidup kita bukan akhir dari semua
Hidup kita bukanlah segalanya
Siapkah kita saat ajal menjemput kita
Siapkah kita menghadap kepadaNya

Bergegaslah, siapkanlah semua
Waktu kita tinggal sebentar saja

*Bergegaslah perbanyak banyak amal ibadah
Hidup di dunia hanya sementara

Ketahuilah selama kita hidup didunia
Kerjakanlah segala perintahnya
Jauhilah laranganya

Apabila malaikat datang menjemput kita
Tak kan ada lagi kesempatan mengucap kata taubat

Back to*

Monday, September 22, 2008

Majlis Berbuka Puasa di PWTC

dengan nama Allah yang maha pengasih dan maha penyayang

last saturday... bersamaan hari ke-20 kita di bulan ramadhan.. me + student sabah from my uni going to PWTC. ia anjuran ke-3 daripada yayasan sabah dan dari awal hingga kini... aku adalah antara peserta yang tidak pernah miss.. selagi masih bergelar pelajar..(alahai.. next year tak boleh join dah)..
very happy... it was reunion coz semua mahasiswa/i sabah dari perlis hinggalah ke johor berkumpul di bawah 1 bumbung.. & tidak lepaskan peluang untuk bertemu sahabat lama.. even tak jumpa lagi yang lain coz mereka da graduate(jaz 3 years spend in uni-me & my konco have to finish almost 4 years) ... jumpa dengan junior from my school, yang sama batch pun ada tapi sikit..
thanks to
1. km sabah, datuk musa aman yang sudi luangkan masa bersama kami,
2. yayasan sabah.. belanja makan + duit raya
3. all student sabah...sanggup tinggalkan sekejap asigmen
apa yang paling penting daripada majlis ini adalah tautan ukhwah yang berasal dari satu tanah (below d wind).. tertaut kembali...
hopefully... this majlis menjadi acara tahunan.. tak perlulah yang grand.. coz tujuannya adalah satu iaitu merapatkan ukhwah sesama pelajar sabah (sebelum ni, berlanggar bahu.. tup2 jumpa di sana, rupanya asal kita adalah sama)

Wednesday, July 23, 2008

bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum
AKHIRNYA
haha..akhirnya.. aku punya blog sendiri. dah lama nak buat blog sendiri, tapi hanya kini diberi peluang dan ruang untuk tangan ini mencolekkan jari di arena maya. sebelum ni hanya berpeluang menjadi silent reader di setiap blog yang dijenguk. nampaknya makin rajin la aku mengonlinekan diri di alam maya ini. rasanya tak jadi masalah sebab semester ni banyak masa free (perasan 100% free..tesis dah memanggil aku).. kalau ada masa dan peluang, insyaallah akan adalah bahan untuk di pos..