Showing posts with label 080808. Show all posts
Showing posts with label 080808. Show all posts

Monday, August 8, 2011

panjang umurnya....

Salam ramadhan.

Puji-pujian untuk DIA. Yang menciptakan manusia di dunia ini.

Tanggal 08.08 tiba lagi.

Selamat ulang tahun kepada tuan punya blog.

Sesungguhnya, hamba-MU bersyukur atas nikmat umur yang KAU berikan pada hamba-MU ini.

2_ (tak perlu tahulah. Kan umur tu rahsia. Benda sensitif seorang perempuan-hehehe) tahun yang lalu, seorang hamba dilahirkan ke dunia ini daripada rahim seorang ibu muda. Dia membesar dengan jayanya sehingga memperoleh pendidikan yang baik. Dan sekarang mempunyai kerjaya yang baik.

Alhamdulillah. 08.08 datang lagi. Kelahiran hamba ini masih lagi seperti dulu. DIA masih mengurniakan kesihatan yang baik kepada hamba-NYA ini. Syukur YA ALLAH. Terima kasih atas nikmat tubuh yang sihat yang KAU berikan kepada hamba-MU ini.

Terima kasih kepada ayah dan bonda yang tidak pernah putus kasihnya kepada anaknya ini.

Sambutan kelahiran sudah tidak seperti tahun-tahun lepas. Sekarang ni, kesibukan telah membuat diri seakan alpa bahawa usia tidak pernah berhenti berganjak.

Kalau dulu, begitu gah sambut birthday sampai ke KLCC... lepak sampai lupa waktu sudah dinihari. Tak jumpa jalan keluar kerana pintu-pintu sudah di ditutup (padan muka).

Kini, diri semakin terlupa.

Umurku sekarang berapa tahun?

Begitulah yang selalu berlaku pada diri ini. Bila di depan mana-mana kaunter @ mengisi sebarang borang, diri akan termangu-mangu mengira angka usia sekarang. Betul-betul tak ingat umur berapa tahun. Kadang-kadang, siap kira guna kalkulator lagi. padahal angka tu, bukannya besar sangat pun.

Bapa: kau tu dah nak masuk tiga puluh.

Anak: bapa ni! Lama lagilah nak menginjak ke tiga puluh.
(ish, seram pula bila dengaR umur nak menginjak ke-30 walaupun ada beberapa tahun lagi di
hadapan)

Emak: emak dulu, umur muda masa lahirkan kamu.

Anak: mak, itu dulu. Dulu lain, sekarang lain.

Hahaha..........

Semoga usia kita diberkati oleh DIA. Semoga umur kita dilampirkan dengan perkara-perkara yang diredhai-NYA.


isyaALLAH, kalau ada ruang dan peluang, nanti CIK AA masukkan spesial entry untuk BETULKAH?

Sunday, August 8, 2010

umurku bertambah lagi

salam syaaban yang sudah hampir ke penghujungnya

dan ramadhan yang akan tiba. smoga kedatangannya memberi keberkatan

alhamdulillah, HE still give me a chance to live and life in luxurious in HIS world.
thanks YA ALLAH for still giving me the 'life' to living in YOURS.

YA ALLAH, for all the 'nikmat' YOU have give me, I just can say ALHAMDULILLAH. syukran for everything, YA ALLAH

YA KARIM, smoga Kau tidak pesongkan hati-hati kami setelah ENGKAU luruskan ia.
YA RAHMAN, smoga Kau berkati segala tindakan yang telah, sedang dan akan kami ambil
YA RAHIM, Kau limpahkanlah kasih sayang-MU kepada kami. jangan pernah KAU putuskan kasih kita yang telah terjalin.

YA TUHANKU, terima kasih untuk nikmat usia yang telah Kau berikan padaku. smoga cik aa dapat memanfaatkan nikmat usia yang telah Kau berikan ini dengan sebaiknya.

HAPPY birthday cik aa
selamat ulang tahun cik aa
selamat hari lahir cik aa

for all fren that give me a nice wishes, thank you so much.


~YA ALLAH, kau berkatilah usiaku agar aku dapat menjadi hamba-MU yang sebenarnya

Saturday, August 8, 2009

ALLAH selamatkan kita

ALLAH selamatkan kamu
ALLAH selamatkan kamu
ALLAH selamatkan kalian semua
ALLAH selamatkan kamu...

cik aa dah tak tahu apa lirik seterusnya. memanglah sebab 1st time cik aa dengar lirik tu. panjang lagi sebenarnya...

terharunya cik aa, seumur hidup inilah pertama kali orang menyanyikan lagu ramai-ramai sempena hari jadi cik aa. so touching... wah nak nangis time dengar mereka dan keluarga mereka menyanyikan lagu ini kepada orang yang disambut hari jadinya. sungguh terharu sampai nak potong kek pun rasa gementar. thank you so much kepada keluarga cik wa for this loving service. sudi untuk sambut hari lahir cik aa dengan kek daripada secret recipe. tqvm. love you all.

kepada teman -en. lat... cik aa minta maaf banyak-banyak. bukan tidak sudi untuk datang ke majlis konvo en. lat, tapi ada kekangan yang menghalang. so sorry... just wishing congrats saja.

Friday, August 7, 2009

HAPPY BIRTHDAY

HAPPY BIRTHDAY TO ME 3X

SELAMAT ULANG TAHUN

SELAMAT HARI JADI

I WISH YOU... MORE PRETTY(perasan), MORE RICH(macam mana kalau tak usaha), MORE SUKSES...
MORE TUA ADALAH

ceh... cik aa tengah mengira ni. tak habis-habis lagi dengan matematiknya.. asyik mengira sahaja (dulu dapat apa math?)

so, cik aa... sempena ulang tahun yang ke-? ni nak ucap something:-

1. cik aa nak ucap thanks/syukran kepada DIA yang memberi peluang dan ruang kepada cik aa untuk terus menumpang di bumi-NYA. masih menjadi khalifah-NYA. masih diberi peluang untuk menjadi hamba-NYA. syukran YA ALLAH atas nikmat usia yang KAU berikan. KAU redhai dan berkatilah usiaku agar segalanya memberi manfaat kepada diriku. YA ALLAH, KAU jadikanlah aku sebagai hamba-MU yang sentiasa bersyukur dengan nikmat usia yang KAU berikan kepadaku.

2. thanks to my parents-most welcome to them this sunday. selamat datang, mak & bapa ke tanah semenanjung ni sempena konvo cik aa. thanks for everything. for never give up to support me, until i'm done my study. sehingga berjelar seorang sarjana muda(insyaALLAH). terima kasih to my lovely parents for for everything you have done to me.... there a lot thing...to say but right know i only can say THANKS MUM & DAD... i love u so much... muahhhhh

3. to all my friend yang nak graduat minggu hadapan. TAHNIAH dan selamat meninggalkan alam kampus. semoga tabah menempuh alam perkerjaan pula. thanks kerana sudi menjadi teman cik aa di kala suka dan duka, sudi dengar celoteh cik aa, for that wishing.. adeh, kalau wish tu tak payahlah setkan sekali umur cik aa. tua sangat rasanya dengan angka tu...

4. for everybody who know cik aa-thanks guys-luv u all... MAY HIM BLESS US>

Thursday, August 6, 2009

kira 1, 2, 3...

salam nisfu syaaban

1...
2...
3...
satu-persatu jari yang ada pada tangan dikira. dari ibu jari sampailah ke anak jari.
wahhhh... tak sanggup nak kira. lusa dah harinya.
hari apa?
nak kahwinkah?
nak lari dari rumahkah?
nak cutikah?
nak pergi KLIA balik sabah?
no...no...no...
bukanlah. beberapa hari lagi cik aa akan meningkat usianya...
08/08 datang lagi.
tua dah cik aa... berapa ya umur? dua ...puluh....
kira sendirilah..
tak sedar. usia makin menginjak dewasa namun tiada perubahan pada diri yang boleh dibanggakan. apa yang anda lakukan saat usia mencecah ke satu tangga lagi?
enjoy +
cari life +
masih mencari diri +
@@@@@@@@@
menghitung hari- tak pernahkan kita menghitung hari untuk persediaan? hanya untuk kebaikan kita akan fikir- hari baik akan bakal menjelma. macam cik aa
-family nak datang
-kawan nak kena risik(masa hari lahir cik aa)
-nak konvo next week
-???

adakah anda terfikir bahawa usia sudah menginjak ke satu angka?

Saturday, August 1, 2009

ogos is here

salam syawal.....(ops.. terkedepan lah pula-tak sabar nak raya lah ni...)
salam syaaban ya akhi ya ukhti

julai baru melabuhkan tirai. ogos kini di depan mata...
sebenarnya tak sanggup nak hadapi.
Y?
coz....
malu pla.... cik aa akan semakin tua....
ayoyoyo... 0808 ni akan menjelma dalam beberapa hari lagi...
dan kala itu, usia cik aa akan meningkat setingkat lagi...
adehhhhh
selalu terlupa (actually sekarang umur cik aa berapa?- tolong kira...)
tak payahlah... nanti cik aa ambil kalkulator, kira sendiri... tak pun,
nanti cik aa pinjam sempua ah seng, kira berapa umur cik aa.

ogos... come again
its independent day...
apalagi sambutan ogos ya?

oh... ya.. nak dikhabarkan juga...
hari tu pergi rumah student, hantar barang. masa tengah hantar tu, ternampaklah penimbang berat badan.
cik aa pun testlah, nak tengok berapa berat badan.
sekali test, sungguh mengejutkan...
berat badan surut lagi.. baru planing nak tambah berat.. turun berkilo-kilo pula tu.
cik aa tanya kepada yang empunya penimbang,

cik aa ; rosakkah?
tuan punya : taklah.
cik aa : macam tipu saja
tuan punya : tak lah. ok saja kami guna.
cik aa : ????

Saturday, August 9, 2008

080808-birthday

alhamdulillah.. Dia masih memberiku nafas untuk merasai nikmat-Nya, nikmat umur. hari ini genap 23 tahun aku menghuni rumah-Nya, sebagai penumpang bila-bila masa aku harus keluar. tetapi aku bersyukur, Dia masih sudi menjadikan aku penumpang di rumah-Nya. aku tak sedar pun yang umurku semakin meningkat(ada apa pada usia andai ia tidak mampu menunjukkan kematangan, sekadar satu peralihan nombor yang memberi amaran tentang datangnya tua). kadang-kadang seakan terlupa tentang usia(bukan pura-pura lupa, tapi betul-betul lupa). hari ini juga hari istimewa bagi mereka yang melangsungkan perkahwinan pada hari ini(diberitahukan padaku hampir 400 orang mendaftar di jabatan agama islam untuk menoktahkan zaman sendirian berhad) dan hari ini juga merupakan acara pembukaan olimpik di Beijing. nampaknya hari istimewa aku betul-betul istimewa.
dan kerana itu.. special thanks to :


1. Ya Allah, moga nikmat usia yang Kau berikan padaku adalah sebaik-baik nikmat-Mu yang dapat aku gunakan untuk mencari redha-Mu. terima kasih atas segala-Nya. jadikan aku sebagai hamba-Mu yang selalu bersyukur, moga segalanya di bawah petunjuk-Mu. biar aku manfaatkan usiaku untuk selalu dekat dengan-Mu.

2. a very(infiniti) thank to
my mother. thanks mum for your suffering to born me. mum..(rasa nak nangis pula), kesudianmu mengusungku selama 9 bulan tidak mampu kubalas, aliran air susumu to grow me up, the caring of night without sleeping, the past of day with all my behaviour, the...all(tak tertulis)...memang tak mampu aku balas. ya Allah jadikan aku anak soleh yang sentiasa berbakti kepada orang tuaku.

3.
father..your are the best men i had i the world. thanks so much dad, for cheer me up, for the concern.. for..everything...

4.for my
sis-wish u all luck..

5.for my
friend. thank for the concern, wishing(amin..ada-ada ja yang korang wish.. hem pasal jodoh tu..still in the blank...lawak...yan...next time kalau nak kenenkan..carilah yang sekufu, nanti ada pula macam ayam dengan itik(satu bumbung lain bahasa). apa pun terima kasih atas semuanya..tak putus2 dapat wish.

6.for
everyone...biar kita meningkat seiring usia untuk menambah tangga mendekat pada-Nya.

what happen in my birthday???

a very an unexpected..dalam menunggu 12 midnight, aku tengah berada di klcc tengah nonton wayang 'the mummy'(ada ke watak jet li jadi jahat--tak patut betul). habis menonton wayang, nak balik rumah..sesat cari pintu keluar..tak jumpa..semua dah tutup..apa taknya, tak ada orang lagi yang merayau selain pekerjanya. betul-betul jadi kutu malam. pukul 2 baru sampai rumah. aku rasa pakcik taxi tu pun dah pandang serong kat kami(me&mar), yer la mana ada perempuan baik, pakai tudung keluar malam (tengok wayang midnight), hanya berdua pula tu. ni pecah rekod sendiri ni..(jangan tiru..banyak lagi benda baik yang korang boleh tiru)

pagi hari aku begitu bersemangat untuk mencari bahan tesisku, siap dihantar lagi ke arkib(thanks kak ain). aku menjadi orang kedua terawal masuk ke arkib dan bermulalah perkampunganku...hingga pukul 4.30p.m. tapi hari istimewa tidak semestinya indah.. tak tahu kenapa taxi & bas tidak ada. penantian yang amat membosankan, dah lah lapar(sempat breakfast je), cadangan untuk melencong disebabkan hari masih awal terbatal dengan sendirinya. maka jadilah kami si pungguk yang tunggu kereta pelanduk santa untuk dibawa ke pudu..siap berkelah di tepi jalan. ada taxi, tapi jam yang teruk memaksa pakcik taxi menurunkan kami jauh dari destinasi..terpaksa menapak beberapa kilometer..nampaknya selepas ini aku kena memanjakan kakiku atas sumbangannya pada hari ini. dan akhirnya.. home sweet home at 10.30pm.