Wednesday, April 24, 2013

BAIK-BAIK SAYANG : SPECIAL




“Assalamualaikum, Khadijah.” Lembut nama itu disebut.

Sapaan salam seseorang membuat Khadijah menghentikan seketika aktivitinya. Hujung straw yang berada dalam mulutnya dikeluarkan. Air fresh orange berhenti diteguk. Kepalanya diangkat untuk melihat siapakah gerangan manusia yang sangat mesra alam menyapanya di tengah-tengah pusat membeli-belah ini.

“Errr... walaalaikumussalam.”

Tergagap-gagap dia menjawab salam. Kali ini, dia kenyang meneguk air liur sendiri. tak mahu fresh orange dah! Apatah lagi dia dihidangkan dengan sebuah senyuman yang sangat menawan. Manisnya dia!

“Awak sendiri?” soal Zulkarnain bila melihat hanya Khadijah yang duduk di kerusi itu.

Wanita itu hanya mengangguk. Jatuh terus jantungnya mendengar suara itu. Hati pun dah berdentam-dentum macam nak keluar dari tubuh badannya. Mungkin organ hatinya itu tidak tersangkut pada soket yang betul. Hati, jangan jatuh!

“May I sit?” Walau restoran ni bukan hak milik Khadijah, namun Zulkarnain tetap minta kebenaran.

“Duduklah,” pelawa Khadijah. Dia sudah membetulkan duduknya. Dia memang tak pernah akan tenang kalau dekat dengan bosnya ni. Maklumlah, orang kacak. Senyuman pula mampu membunuh. Lesung pipit tu memanah terus ke jantung.

“Bos buat apa?” soalnya.

“Baru habis tanam kangkung di belakang rumah. Tengok, masih berpeluh lagi ni,” balas Zulkarnain. Dia menunjuk ke arah dirinya sendiri. Dahi dilap dengan tapak tangan. Ada sedikit peluh di situ.

Khadijah dah jengilkan mata mendengar jawapan tu.

“Khadijah, jangan panggil saya bos. Kita di luar. Bukannya dalam pejabat. Saya bukannya bos awak di sini, lainlah kalau awak nak jadikan saya bos di rumah awak pula.” Zulkarnain dah jungkit kening.

“Ish, Encik Zul ni!” tersipu-sipu Khadijah bila dibawa bergurau sebegini. Segan pula jadinya.

“Call me Zul.”

“Janggallah. Tak biasa.”

“Biasa-biasakanlah sebab lepas ni kena praktis panggil abang Zul pula,” jelas Zulkarnain sambil tersenyum.

Khadijah cuma menggeleng.

“Khadijah ada boyfriendkah?” soal Zulkarnain. Direct terus menyoal. Biarlah. Yang penting, dia tak nak biarkan akal dan hatinya berfikir penat-penat. Tanya terus, kan senang?

Khadijah angkat kepala. Sesaat kemudian kening diangkat.

Terkeluar ketawa Zulkarnain bila melihat aksi Khadijah.

“Saya tanya, Khadijah ni sudah ada yang punyakah?”

“Kalau ada yang punya, kenapa?” soalan dibalas soalan.

Zulkarnain yang mendengar sudah terkesima. Dengupan jantungnya sudah tidak sekata. Jawapan Khadijah tu membuat pembuluh darahnya bekerja lebih pantas dari biasa.

Kedatangan pelayan yang membawa minumannya membantu dia untuk tenangkan diri sendiri. Fresh orange cepat dihirup.

“Hmmm...” Zulkarnain berdehem perlahan.

“Saya masih hak milik keluarga saya,” akhirnya Khadijah kembali bersuara setelah keadaan senyap antara mereka.

Tanpa kata, bola mata sudah menunjukkan betapa riangnya dia mendengar jawapan tersebut. Hatinya sudah tumbuh dengan beratus-ratus kuntum bunga. Zulkarnain menarik sedikit kerusinya ke hadapan.

“Khadijah, jadi isteri saya?” Dia renung wanita di hadapannya. Khadijah yang mendengar cuma senyum.

“Ok!” Khadijah sudah mencantumkan jari telunjuk dengan ibu jari membentuk O.

“Awak jadi ratu hati saya, ya?” Mukanya diseriuskan.

“Bos ni, suka nak main-main.” Tak sangka pula bosnya ni bergurau sampai tahap macam ni. Membuat hatinya kembang setaman pula.

“I’m serious. Nanti saya hantar rombongan meminang,” bersungguh Zulkarnain menerang.

Takkanlah Khadijah tak perasan dengan tahap keseriusannya sekarang? Dia benar-benar maksudkan permintaannya.

“Over pula gurauan bos ni.” Khadijah dah geleng kepala.

“Khadijah, saya tak main-main. Saya memang nak kahwin dengan awak. Saya bersungguh nak jadikan awak ni isteri saya,” sekali lagi Zulkarnain menyuarakan isi hatinya.

Khadijah hanya senyap. Tak naklah percaya. Nanti dia juga yang akan patah hati sebab dah menaruh harapan.

“Khadijah, saya suruh family saya pinang awak hari ni?”

“Apa ni?” Khadijah sudah bangun serta-merta. Terundur ke belakang dia akibat terlampau terkejut.

Bunyi kerusi yang jatuh berdentum membuat pandangan beberapa pengunjung terarah pada mereka.

Khadijah duduk semula bila merasakan yang dia ni over acting. Kerusi dibetulkan kedudukannya.

Cis, pandai pula bosnya ni buat perasaannya huru-hara!

“I’m damn serious.”

Khadijah dah terkelu. Rasanya bosnya ni memang serius. Dia saja yang sukar nak percaya.

“Bos...”

“Zul!” Cepat Zulkarnain potong bicara Khadijah.

Khadijah ni, nak kena gigitkah?

“Serius?”

“Yes.” Yakin dia membalas.

“Tak main-main?”

“Belah hati saya. Nanti awak akan tahu, apa yang mulut saya cakap, itu jugalah yang lahir dari hati dan minda saya.”

“Kenapa?”

“Kenapa apa?”

“Kenapa saya?” Khadijah dah kerut kening.

“Sebab awak adalah Khadijah,” ringkas jawapan Zulkarnain.

Khadijah blur sendiri. Matanya terkelip-kelip. Apa yang dicerna langsung tak boleh masuk otak sekarang ni.

“Habis tu, kenapa selalu marah-marah saya?” soal Khadijah hairan. Dia pernah malu yang teramat disebabkan lelaki ini. Semua pekerja tengok dia kena marah.

“Mana ada marah selalu. Sekali saja. Yang pasal hari tu, saya tak bermaksud pun nak marah awak,” jelas Zulkarnain. Dia tahu apa yang dimaksudkan oleh Khadijah.

“Bukan marahkah namanya tu? Sudahlah suara awak garang, emosi pula tu,” dia sudah mencebik. Sekaranglah masanya nak balas dendam.

“Khadijah... I’m sorry. Saya tak bermaksud nak marah awak. Saya cuma nak bagi teguran. Sekaligus, orang lain yang selalu buat salah pun akan terasa,” jelas Zulkarnain lagi.

“Habis tu kenapa harus saya?” dia tunjuk dirinya sendiri.

“Sebab time orang lain duduk atas meja, saya tak sempat nak tegur,” santai dia membalas.

Khadijah mencebik.

“Khadijah, saya minta maaf. Kalau awak nak qada marah, marahlah saya sekarang. Saya rela terima,” pujuk Zulkarnain.

Muka, memang kasihan sungguh!

“Awak ingat, dengan maaf tu, semua masalah akan selesai? So, apa guna adanya undang-undang dalam negara kita? Apa tugas polis?” Dia pulangkan apa yang pernah dikatakan padanya.

Zulkarnain tersengih. Tahu sangat dengan nada perli tersebut. Ayat sama betul dengan yang pernah dia guna.

“Awak marahlah saya. Tapi, saya nak tegaskan bahawa saya tak bermaksud nak marah. Itu hanya teguran biasa. Jangan disebabkan hal tersebut, kredit saya di depan awak berkurang.” Dia tidak mahu sahamnya berkurang di depan wanita pujaannya ini.

Khadijah diam.

“Awak carilah orang lain. Saya tak nak.”

“Saya tak nak orang lain. Saya nak Khadijah juga.” Tegas jawapan Zulkarnain. Mana boleh dialihkan hatinya. Dah hati kata suka pada Khadijah di depannya ni, mana boleh bagi hati pada orang lain lagi. Lainlah kalau dia punya banyak hati.

“Awak kena percaya bahawa saya adalah jodoh awak.”

Tambah bingunglah si kawan.

Apa kes pula ni? Siap jodoh-jodoh lagi.

Khadijah dah picit pelipisnya.

“Kita memang ditakdirkan untuk bersama.” Sejak tadi, hanya Zulkarnain yang bersuara.

“Saya nak balik.” Ditarik kasar begnya dan bergerak ke kaunter. Tidak sanggup lagi dia berlama-lama di sini.

“Khadijah, saya tetap datang pinang awak.”

Teriakan itu langsung tak mengubah arah jalan Khadijah. Dia langsung tak menoleh bila suara Zulkarnain menjengah telinganya. Terdengar juga suara-suara sumbang dari pelanggan yang turut ada dalam restoran tu. Bosnya ni, takkan tak malu? Canang sampai satu restoran dengar.

Nak suruh dia cakap, yes I do?

Sorry, buat masa sekarang ni suaranya telah dicuri oleh ayam!



NAK TERUSKAN MEMBACA....
DAPATKANLAH VERSI CETAK BBS ......






SORRY.... tahu mesti ada komen-komen di belakang...
tapi nak buat macam mana... dah tak ada benda yang nak post. tiada perkataan nak ditulis.
tiada perkara nak bincang.
so, untuk elak kamu dan aku terputus hubungan, aku sambung juga Baik-Baik Sayang jadi panjang
hinggalah boleh terbit dalam versi cetak.
selamat membaca. selamat menyerbu PWTC. selamat membeli-belah buku.
salam semua.

Friday, April 5, 2013

SAYAP PESONA RATU





assalamualaikum dan salam sejahtera...

ya... aku tahu... novel ini sudah lama keluar... tapi baru hari ini tangan rajin sikit menulis untuk memperkenalkan novel ketigaku ini.

cover maniskan? semanis tuannya! (ceh, perasan betul kan tuannya tu)
ok... cover tu memang manis... semanis ceritanya.... (perasan lagi)

lupakan dulu semua itu. mari aku perkenalkan barang baik punyeerrr

novel ketiga ni dilahirkan pada disember 2012.. (pssst... nak tahu rahsia? ni hanya kita yang tahu ya... ceh.... yerla sangat.... novel ni sebenarnya telah siap dan dihantar pada tahun 2011, iaitu sebulan selepas menghantar manuskrip Betulkah?) lama juga terperap sebelum diterbitkan. que untuk penerbitan sangat panjang. itu maknanya, sudah ramai yang menghantar manuskrip ke Grup Buku Karangkraf. laku betul GBK... dan telah lahirnya ramai penulis... tahniah. satu perkembangan yang baik....

blurb


Baik-baik sayang
I’m yours
 you are mine

SAYAP SI PESONA RATU

Amanda Aniqah






Ini bukan versi kisah Raja Sulaiman-Ratu Balqis. Ini hanya coretan insan biasa yang tak punya apa-apa, edisi Sulaiman Yunus-Balqis Salam yang dipertemukan dalam satu bilik dan di bawah bumbung yang sama.

Ibu suruh kahwin. Ayah nak dia tamatkan zaman bujang. Si ratu bukannya tidak suka dengan kewujudan sebuah perkahwinan. Tapi dia tak suka dengan pasangan yang dipasangkan untuknya yang dikenali sejak zaman purba lagi. Nak cari calon, tak ada lagi kenalannya yang sudi pinang. Terpaksalah terima sebuah perkahwinan walau tak rela. Bertahun terpisah, bertemu semula dalam sebuah perkahwinan. Sebenarnya, semua orang tidak tahu tentang sejarah antara dia dan si pemilik tulang rusuknya itu.

Si dia pula tersenyum dengan cadangan superb emak! Si penakluk hati menjadi miliknya. Tidak sabar untuk menebarkan sayap mendakap sang ratu. Walau lelah menunggu agar pintu hati itu terbuka, namun dia tetap bersabar kerana baginya si dia memang dipasangkan untuknya!
Banyak perubahan yang berlaku. Banyak aktiviti yang bertukar masa. Banyak hari berubah corak. Sedangkan hati masih macam dulu. Belum mahu berubah. Sampai bilakah?  Adakah sampai terputusnya nyawa dari badan?

Kau selalu menjadi ratu di hatiku. Tiada penakluk melainkan namamu- Sulaiman

Engkaulah sayap yang menjadi pelindung dan membawa terbang ke gerbang bahagia- Balqis

Talian hayat, spare nyawa atau tujuh kehidupan tiada lagi untukmu. Jangan sampai kau tiada peluang untuk mencurahkan sayangmu yang berlambak tu pada dia-Khadijah

Hati terawat dengan tingkahnya yang sangat prihatin dan penuh kasih sayang. Tidak salah aku memilih dia-Mariam

Kau dah parah. Macam nak jadi calon untuk ICU pula. Terlebih nazak dari orang sakit – Musa


­­­­­­­­­­­­­­­­­­­Pujian hanya untuk DIA. Kita sering mencari pelangi di saat yang sangat kita perlukan sedangkan kita sering merungut saat hujan tiba.­ Ingat, pelangi tiba hanya selepas hujan. Apa yang kita perlukan ada di sisi kita cuma kadang-kala kita tak sedar apa sebenarnya yang kita perlukan. Kemahuan kita sering tidak seiring dengan apa yang kita perlukan. Sebenarnya, ALLAH sering memberi apa yang kita perlukan. Hargailah apa yang ada di samping kita dengan sebaiknya. Itu adalah rahmat terbaik yang kita miliki. Marilah kita seiringkan segala yang menjadi hak milik istimewa dan sematkan dalam jiwa untuk merebut sebuah peluang bahagia yang sudah dibentangkan sayapnya. Sebaiknya kita kendalikan ia dengan cermat agar dapat ‘landing’ dalam keadaan yang terbaik. Lalui hidup ini bersama dengan orang yang menjadikan kita sebagai seorang ratu atau raja melalui SAYAP SI PESONA RATU-amanda aniqah.


Wednesday, March 13, 2013

kembalilah

Assalamualaikum dan salam sejahtera
.. Ya…ya… ya… aku tahu apa dalam fikiran korang… mesti terkejut gila melihat ada entry dalam blog ini (adakah yang terkejut? Kalau tiada, tolong buat-buat terkejut ya)

Untuk beberapa waktu yang menghilang ni, mohon maaf banyak-banyak.
 Alasan, seperti biasalah

 1. Busy (betul ni. Sejak awal tahun sehingga hari ini, memang busy. Sampai2 saja di rumah, after solat, terus tidur. Tak ada lagi nak tunggu tercongok depan tv even ada cerita best. Biarpun tak sanggup nak lepaskan citer2 yang best tu, tapi mata memang tak ada komproni… nak terlelap sebab penat)

 2. Line internet di rumah ini hanya boleh capai 2 bar saja. Nak buka facebook pun tak boleh.

 3. Lagipun sekarang ni tak menulis. tak tahu kenapa.

 Bersyukur sangat sebab keadaan sudah semakin aman di negeri tercintaku ini.sejak beberapa hari yang lepas, memang tak ada ketenteraman langsung. Jarak dari sini ke lahad datu hampir 100km. perkara yang mendebarkan adalah ketika hendak melangkah pergi kerja dan ketika pulang dari kerja. Polis pula buat spot check sampai jammed jalan(macam check mat rempit yg baru buat lumba haram)

 Kasihan pula dengar cerita ustaz yang pernah mengajar aku. Mereka kena tahan oleh polis sebab disangkakan penceroboh. siap acu senapang atas kepala lagi. katanya, itulah pengalaman paling perit dalam hidup.

 baru beberapa hari nak legakan diri, tapi sekarang kembali bercelaru semula bila ada lagi kematian anggota keselamatan dalam mempertahankan negara. Nak gerak awal atau balik lewat pun kena fikir panjang-panjang. malam pula still tak boleh santai sangat. Terasa lucu pula. Sebelum ini, bandar dan pekan yang sentiasa sibuk boleh jadi lengang seperti tak berpenghuni. Kedai-kedai tutup awal. Malah, pernah habis bekalan beras di kedai runcit sebab semua penduduk kalut takut tak boleh nak keluar ke mana-mana. 

Malangnya, ada sesetengah pihak yang menjadikan isu ini sebagai suatu tambatan dalam pergerakan politik mereka. Tolonglah, yang kamu politikkan itu berkaitan dengan isu keselamatan. Nyawa orang bah…tu... 

aduhai... sekarang ni menunggu waktu pulang, hati berdegup tiba2, jantung mcm mau kluar dari soket... itulah keadaan yg dialami setiap kali hendak pergi dan balik dari sekolah. setelah sekian lama, baru kini terasa getirnya, betapa sengsara untuk selamat sampai ke rumah. selama ini, bole slamba bersaing nyanyi dengan radio. tapi sekarang, nak bsuara pun, bibir tak terbuka. saat itu, barulah ia terkumat-kamit mnyebut nama YAng MAHa Agung... maaf ya Allah... saat duka baru kalut mencari diri-MU. jalan raya yang lengang slama ini boleh mendamaikan, tapi skarang rasa mcam pokok klapa sawit tu ada mata...hati akan bersorak riang bila melihat ada kreta lain mnyusur bersama.... kalau x kenderaan di jln raya, memang terpaksa merempitlah...

 tolong kembali wahai ketenangan....

 kembalilah kedamaian...

Friday, January 27, 2012

BBS II - 02

“Kenapa sejak dua tiga menjak ni...”

“Empat... lima... enam menjak!” cepat dia sambung. Sebuah sengihan muncul automatik bila melihat wanita itu sudah menjengilkan mata. Bulat macam bola pingpong. Tapi, tak takut pun!

“Aduh!” cepat dia mengaduh bila tangan tua itu sudah menyentuh lengannya. Diusap perlahan lengan itu. Nasiblah tak berbintat. Siapa suruh mulut suka sangat menyampuk!

“Suka sangat mainkan emak. Emak tanya betul-betul ni. Kenapa mak nampak kamu semakin banyak termenung? Banyak sangatkah kerja di office tu? Atau fikir pasal benda lain?” soal si emak tiba-tiba.

Dia langsung tak peduli dengan rintihan anaknya tadi. Tak sakit mana pun dia cubit. Sakit lagi kena gigit semut.

Tangannya menarik keluar kerusi yang terletak di sebalik meja. Kerusi kayu yang sudah dicat coklat tu dilabuhkan punggung ke atasnya.

Ringan dan ringkas konsep hiasan di taman ini membuatkan sesiapa saja akan bertandang ke sini. Suasananya memang menenangkan. Tenangkan otak dan tenangkan diri sendiri.

Kuntum-kumtum bunga akan mekar bila tiba waktunya. Cahaya bulan akan menyinar pada waktunya. Dedaunan terliang-lentuk dibuai sang angin yang sepoi-sepoi bahasa.

Haruman bunga pada waktu malam menjamah hidung si ibu. Kesegaran aroma bungaan lebih terserlah kala ini. Wangian yang menyapa hidungnya itu membuat jiwa tenang seketika.

Mungkin sebab itu, taman mini ini menjadi tempat lepak kepada penghuni di teratak ini. Malah menjadi ruang wajib pada putera hatinya ini untuk mencari ketenangan dan kedamaian.

“Tak ada apa mak. Kenapa tak tidur lagi?”

Si anak yang tadinya berdiri berhampiran pokok bunga allamanda kini beralih arah. Kelopak bunga warna kuning itu ditinggalkan seketika. Kerusi yang berada di hadapan ibunya pula ditarik. Lantas punggungnya tidak menunggu sesaat untuk santai di atasnya.

“Emak tak mengantuk lagi.”

Dia hanya mengangguk. Matanya juga begitu. Sukar untuk terlena. Malah sejak dua menjak ni, matanya bagai sangat sukar untuk dilelapkan. Semakin sedikit kualiti tidurnya.

“Emak hairan tengok kamu. Sejak lepas makan tadi asyik duduk di luar saja. Kamu tu yang sebenarnya kena tidur awal. Esok nak jalan jauh. Kena gerak awal pula tu,” emak dah mula membebel.

“Emak ni, macamlah saya yang bawa kereta. Dalam kereta pun, boleh tidurlah,” balas si anak sambil tersengih.

Senyuman cuba dikuntumkan walau dia sendiri tak tahu rasanya. Pahit, manis, kelat atau memang tak berasa.

“Biar bukan kamu yang bawa, tapi kamu salah seorang penumpangnya. Esok adalah hari penting kamu. Hari besar kamu. Pergilah tidur awal. Takkan nak tidur dalam kereta? Tak sememeh sungguh. Mesti orang pandang semacam kamu nanti. Tak kemas. Emak tak nak, anak emak ni, yang paling comot esok,” luah emak tidak berpuas hati.

“Alah, emak ni! Rilekslah.” Selamba sahaja jawapan si anak.
Buat apa nak kalut, dia memang dah biasa tidur lewat. Sudah tak hairan kalau nak tidur saat ayam baru nak berkokok. Dia ni antara makhluk yang temankan kelawar berjaga.

“Kamu jangan nak ambil mudah untuk esok. Kita bukannya nak pergi main masak-masak atau nak pergi main perang-perang. Kita nak pergi dirikan masjid. Persediaan kena lengkap.”

“Dah lebih dari sedia mak. Semua peralatan dan kelengkapan sudah siap. Tinggal nak bangunkan sahaja.”

“Kalau ada apa-apa yang bukan-bukan kamu rancang esok, awas kamu. Emak cincang kamu empat puluh keping. Biar lumat dihiris pedang ayah kamu,” emak sudah memberi amaran.

Kerisauan jelas terlihat pada raut sang ibu. Baginya, esok adalah hari bersejarah. Hari besar untuk anaknya ini. Hari penting buat mereka sekeluarga. Dia mahukan segalanya berjalan seperti yang dirancang. Kalau boleh, dia tidak mahu timbul sebarang masalah.

“Uik.... garangnya emak ni! Rilekslah. Saya tak buat apa-apa pun. Tak adanya nak buat kecoh sampai masuk paper. Tak mainlah senario gempak-gempak ni. Setakat tempah kuda untuk bawa saya lari, adalah,” kata si anak sambil tersenyum.

“Beranilah kamu buat macam tu. Emak potong nanti.” Garang emak memberi amaran. Gurauan bukan mainan.

Bagi si emak, sekarang bukan masanya nak main-main. Dia tidak mahu timbul kekacauan yang tiada dalam agendanya esok. Tidak tahu macam mana nanti kalau anaknya itu betul-betul melakukan seperti apa yang dikata. Tidak sanggup untuk dia membayangkan.

Serius si ibu memberi amaran. Jika betul anaknya membuat sesuatu yang di luar alam, memang dia tak akan ragu-ragu nak buat seperti apa yang dikata. Bersungguh dia memberi peringatan.

“Mak ni! Takkanlah sampai nak potong-potong segala. Ni bukannya versi P1 Wimax pun.” Si anak masih ingin bercanda.

“Kamu jangan nak main-main ya! Emak memang serius ni. Dah, pergi tidur.
Jangan layan sangat mata kamu. Pergi minum susu kalau tak boleh lelap,” ujar emak.

Si emak ingin hentikan seketika apa yang dibualkan. Menoktahkan perbualan mereka untuk malam ini.

Anak yang mendengar sudah terhembus ketawanya. Saranan ibunya tadi sungguh lucu. Usus-ususnya pun turut terasa bagai digeletek. Ingat dia ni budak kecilkah sampai kena minum susu sebelum tidur? Emak aku ni, lawak sungguhlah!

“Emak naiklah dulu.” Bersama senyuman dia mengarah.

Dia masih ingin bersendiri. Ingin menghayati keindahan yang telah tercipta. Mengakhiri malam ini dengan sebaiknya sebab tidak mungkin lagi dia akan merasakan statusnya seperti kini.

Wajahnya dipalingkan memandang emaknya. Dia mengangguk membenarkan katanya tadi. Menyakinkan emaknya. Berharap sangat agar emak mengerti situasinya kini.

Dia perlukan masa privacy sekarang. Tanpa ada sesiapa yang ada di sisinya. Dia mahu menganalisis segala yang telah berlaku dan akan berlaku. Dia perlu fikir tentang semua itu.

“Kamu jangan lepak lama sangat. Nanti ada pula dalam sejarah, kamu pinjam mata panda pada hari bersejarah sendiri. Mata lebam sebab kurang tidur,” sahut emak sambil terseyum.

Dia tersenyum mendengar celoteh emak. Syok juga kalau pinjam mata panda esok. Mesti cantik gambar yang terlakar. Mata bengkak dan kuyu. Mesti mempesonakan siapa yang memandang.

“Saya bukannya orang penting sangat pun esok. Emak tu yang penting. Tangan tu kena jaga.”

“Ada pula nasihatkan emak. Emak nakkan yang terbaik untuk anak mak. Pandailah emak jaga diri sendiri. Dahlah, emak nak masuk tidur. Ayah kamu tu, mesti tengah tunggu emak.”

Dilihat emak sudah berlalu dan pergi meninggalkan dia sendiri. Melangkah perlahan memasuki ruang rumah yang telah bertahun teguh berdiri di sini. Matanya hanya memandang.

Dia mahukan pasangan yang bahagia seperti ibu dan ayahnya. Pasangan yang indah di dalam, cantik di luar. Menarik dan penuh dengan humor. Sentiasa memahami dan menghiburkan. Tapi mampukah dia?

Ish... fikiran sekarang ni memang buntu! Celaru. Jiwanya kacau. Tidak tenang. Berselirat segala perkara.

Dia mendongakkan kepala. Memerhati alam sekeliling. Keadaan senyap di kawasan sekitar. Memang ini yang dia mahu. Bersendirian. Membiarkan angin malam menyapa tubuhnya. Membiarkan alunan dedauan menjadi irama malam. Dia mahu mendengar sahutan unggas menyapa telinganya. Biar binatang malam mendendangkan lagu syahdu. Dia suka bila bunga-bungaan menguntum mekar. Natural is always nice!

Ah... indahnya malam.

Pandangannya turus ke atas langit nan tinggi. Tidak mungkin digapai dengan tangan. Senyuman menguntuk tiba-tiba. Nun di atas sana, bintang-bintang sedang bergemerlapan. Percikan cahaya melata di ruang angkasa. Bulan juga bersinar indah. Langsung tak terlihat sebarang kecacatan pada lukisan malam ini. Sangat cantik dan mempesonakan. Terangnya cahaya bagai memberi harapan padanya untuk esok hari.

Hanya dia sahaja yang mendengar suara hatinya kala ini. Inginkan ketenangan dalam kesamaran malam.

Sebenarnya dia sedang keliru. Hatinya memekak sekuat mana pun, dia tidak akan meluahkan segala bebanan yang memberat di benaknya ini melalui lisannya.

Biarlah malam yang mengubat dukanya. Biarlah bintang yang mewarnai sukanya. Biarkan buruj menjadi penunjuk jalan bahagianya. Itu semua sudah cukup baginya.



________________

YA, AKU TAU AKU SALAH. KALO CHIPSMORE TU, PANDAI LAGI TIMBUL SEMULA. TAPI AKU, MEMANG HILANG. TIMBUL KEPALA PUN, SENGAJA LAGI P TENGGELAMKN SEMULA. NAK BUAT MACAM MANA, KEADAAN MEMBUAT AKU DLAM 'KESIBUKAN' SUNGGUH.... HAHAHA..
X DAPAT NAK TOLONG... NASIBLAH TAK LEMAS....

-sedang menahan hati sebab x dpat p karnival karangkraf. adui... sedihnya

Tuesday, November 15, 2011

BAIK-BAIK SAYANG II- 01 (BBS II-1)

Flashback
_______


“Kau pastikah?”

“Pasti!” Penuh yakin dia membalas. Suaranya dikeraskan.

Tapi sebenarnya, dalam kepastian yang dia ada sekarang, sembilan puluh peratus di dalamnya adalah keraguan. Sepuluh peratus tu saja yang ada kenyakinan sikit.

“Tak nak guna talian hayat?” Kali ini, soalan lain pula yang diberi.

“Aku ada talian hayat lagikah? Ada spare nyawa lagikah untukku? Ada tujuh kehidupankah dalam hidupku?” Geram dia membalas.

Sang penyoal itu bagai mengejek-ejek dirinya. Bagai mempersendakannya. Dia sebenarnya sedang berusaha untuk menyakinkan diri sendiri.

Andai dia tiada kenyakinan, pasti sekarang dia akan pura-pura melemaskan diri dalam lautan yang terbentang luas ini.

Kalau melarikan diri dari masalah tersebut, sampai bila-bila pun tak akan selesai. Suatu masa nanti, ia akan timbul semula. Dia tidak mahu yang begitu.

“Aduh! Kau melalut lagi. Kita ni orang Melayu, bukannya orang asing yang ada spare kehidupan. Bukan macam kepercayaan cerita hindi tu yang kau akan muncul semula pada kehidupan lain. Bukannya kartun yang boleh hidup semula selepas mati. Bukan juga macam cerita Dragon Ball yang ada gelang nyawa.”

Si teman sudah menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Bukannya ada kutu pun. Kelemumur jauh sekali! Maklumlah, pakai syampo Head & Shoulder. Anti dundraff gitu!

“Kau sendiri yang mulakan segalanya. Kau jangan nak cari gaduh sekarang,” Suara wanita itu terlalu pasrah.

“Aku cuma nak tahu tentang keputusan kau,” perlahan suara si teman. Cuba memujuk kembali.
“Aku macam tak berhak pula buat keputusan.”

“Demokrasi beb! Kau berhak. Tapi kau yang tak mahu.” Suara temannya begitu lirih.

“Sejak bila aku mahu? Never! Kalau kau fikir aku akan ikut segalanya dengan rela, baik kau padam harapan kau tu. Tidak sekali-kali aku akan pilih keputusan tu.”

“Kau tahukan apa yang terjadi?”

“Sebab tu aku cakap aku tak ada pilihan. Aku kena akur dengan semua ini. Rasanya, inilah yang terbaik untuk semua orang.”

Mungkin inilah yang dinamakan pasrah. Terima dalam terpaksa. Dia cuma berserah, tapi dia belum redha dengan apa yang bakal dia lakukan.

Oh, tuhan! Berikan aku kekuatan.

Dia meraup wajahnya dengan kedua belah tangannya. Perubahan hidupnya ini bakal mengubah segalanya dalam takwim hidupnya.

“Kau nak kunci juga lirik... Eh, salah! Kau nak kunci juga keputusan yang kau dah buat ni?” sempat lagi si teman buat lawak. Dia senyum sendiri dengan bicara yang baru dilafazkan.

“Kau ni, macam tak tahu pula. Aku mana ada diberi gugusan kunci untuk memilih sendiri pintu mana yang aku nak buka. Aku hanya ada satu kunci,” suaranya sedikit membentak.

Geram!

Merah menyala langit senja masih tidak dapat menghapus duka di hati. Hening sore masih belum mampu mengubat jiwa. Hembusan laut ke pantai belum mendamaikan raganya.

Sungguh! Andai ada talian hayat untuknya di ketika ini, dia sanggup menggunakannya sekarang. Sekurang-kurangnya, dia akan memilih talian yang mampu membuat dia invisible untuk setahun.
Atau sekurang-kurangnya dia dapat pinjam poket Doraemon untuk sesaat ini. Pinjam pintu ajaib dan kemudian membawa dia ke dunia lain. Biarlah dia menjengah sekejap ke bulan ataupun planet Marikh tu.

Tapi, adakah lagi talian hayat untuknya. Wujudkah poket Doraemon yang mampu membawanya ke tempat asing?

Never! Semuanya tiada. Karut. Dan sekarang, dia harus terima satu kenyataan yang pahit. Keputusan yang sangat berat untuk diakui namun harus dituruti.

“Jomlah balik. Nanti tak pasal-pasal kita kena sinar X.”

“Sinar X mana pula ni?” Berkerut dahi memikir.

“Bukan sinar mana-manalah. Saja aku cakap. Syaitan dah nak keluar buat rondaan ni. Pada senjakala begini, masa mereka berpesta. So, sebelum kita terkena panahan songsang, lebih baik kita berambus dari sini,” dengan sengihan si teman menjelaskan.

Tersenyum dia seketika. Memang sebentar lagi Maghrib akan menjengah. Kata orang tua-tua, waktu-waktu senja tak baik keluar. Banyak syaitan yang berkeliaran. Lagipun mentari sudah melabuhkan fizikalnya. Tiada apa lagi yang perlu ditunggu di pantai ini. Kornea matanya sudah puas menatap saat sirnanya sinar sang matahari di remang petang.

“Kau ni, ada-ada sahaja. Sinar X pula. Nasib kau tak sebut sinar gamma atau beta di tengah-tengah alam macam ni. Jomlah balik. Nanti bising pula ibu aku,” dia pula mengajak.

“Sedar pun kau.”

Wanita itu merenung mentari yang semakin melabuhkan cahayanya. Moga kehidupannya juga akan bercahaya kelak. Langkahnya mengekori teman yang sudah berjalan di hadapan.




________

sedikit bacaan utk anda stelah mbiarkan blog ini sepi. maaf atas segala kesulitan.

Tuesday, October 25, 2011

baik-baik sayang

Lirik Lagu Wali
Baik-Baik Sayang

aku tak ingin kau menangis bersedih
sudahi air mata darimu
yang aku ingin arti hadir diriku
kan menghapus lukamu sayang

karna bagiku kau kehormatanku
dengarkan, dengarkan aku

reff:
hanya satu pintaku
untukmu dan hidupmu
baik-baik sayang
ada aku untukmu

hanya satu pintaku
di siang dan malammu
baik-baik sayang
karna aku untukmu

semua keinginan akan aku lakukan
sekuat semampuku, sayang
karna bagiku kau kehormatanku
dengarkan, dengarkan aku



Source: http://liriklaguindonesia.net/w/wali/wali-baik-baik-sayang/#ixzz1blIzOcQR


masih ingat dengan lagu ini...???
sedapkan lagu ni... kalah ayam KFC...
kalau dengar lagu, sampai mata pun tak berkelip, minda terbang entah ke mana,
hati lagilah hilang di balik awan biru

minta maaf kerana tuan rumah sudah lama menghilang... aku tetap ada di sini. cuma nak jenguk rumah sendiri pun sudah tidak sempat... lebih banyak menghabiskan di rumah sewa. manalagi kalau bukan facebook & segala macam face.

sekarang pun dah hujung tahun. kesibukan memang berganda-ganda. penulisan jadi beku seketika. but don worry... everything will be continue... cuma tak tahu bila

Friday, August 26, 2011

selamat hari raya


salam ramadhan

salam kemaafan dipohon dari jauh untuk anda smua...

tuan rumah menyusun 10 jari memohon kemaafan atas kesilapan dan kesalahan yang disengaja & tak sengaja dalam kata(eh salah- dalam penulisan)...

smoga rahmat ALLAH untuk kita smua....

slamat hari raya...
maaf lahiriah & rohaniah