Monday, February 28, 2011

Cik Kia Vs Mr. Sony 1

“Ouch.”

Dzakiyyah terus pegang bahunya. Ya Allah sakitnya. Macam nak tercabut soket tangannya berpisah daripada soket badannya. Betul-betul sakit.

Dia pandang depan. Orang yang membuat dia kesakitan ingin dikenal pasti. Lepas ni, nak bawa pergi balai polis atas kesalahan melanggar orang awam dengan sengaja.

“Woi! Siapa langgar aku ni ha?”

Teriakannya langsung tak mengubah apa-apa. Orang ramai masih sibuk dengan aktiviti masing-masing. Ada yang berlari nak check-in. Ada yang berbaris di balai berlepas. Ada yang baru keluar dari balai ketibaan. Ada yang lenggang kangkung bawa troli. Malah, ada yang terjenguk-jenguk menunggu ketibaan seseorang.

Memang ada yang menoleh. Tapi hanya untuk sesaat. Buat apa nak layan orang tak penting di tengah-tengah kesibukan macam ni.

Dzakiyyah membebel. Memang nak pecah tengkuk orang yang dah langgar aku. Nasiblah tak dapat dikenal pasti. Kalau tak, memang dah terdaftar nama di rumah mayat. Betul-betul menyusahkan orang.

“Oh, my god!” Dia baru perasan sesuatu. Gila. Memang dah gila. Boleh dia lupa dengan kehadiran sesuatu.

“Aduhai, my darling. I’m so sorry.” Kali ini, tangisan pula yang nak keluar.

Pedihnya hati saat melihat benda kesayangannya terkulai tengah jalan. Langsung tak dipeduli. Nasiblah tak ada orang lalu. Kalau dipijak, memang dah jadi arwah pun. Mesti Pusat Pengumpulan Barangan Besi Ah Beng untung.

Cepat kakinya berlari menggapai benda kesayangannya. Makhluk yang masih bersinar-sinar tu dipandang sayu. Memang nak mampuslah orang yang melanggar dia tadi. Sampai terpelanting benda kesayangannya.

Lamborghini 8800 Sirico cuba dihidupkan. Doa dalam hati tidak putus. Berharap ada lagi nyawa untuk benda kesayangannya. Andai benda ni dah tamat riwayat, dia pun akan jadi bangkai hidup sepanjang hayat.

Bila melihat cahaya yang datangnya daripada benda kesayangannya, sinaran mata Dzakiyyah kembali cerah. Secerah arah datangnya cahaya di depan mata.

Dicium perlahan telefon dari kilang Nokia itu. Memang disayang sangat. Maklumlah. Edisi terhad. Inipun, nasibnya baik sebab terpaksa bertarung dengan berjuta-juta orang untuk mendapatkannya. Hanya 500 buah saja yang dikeluarkan oleh syarikat Nokia. Tak dapat beli Lamboghini, dapat telefon macam Lamborghini pun tak kisah. Walau harganya membuat dia terpaksa tahan perut hampir dua tahun. Habis wang simpanannya.


“Attention to...”

“Oh, my god!”

Tak sempat suara dari pembesar suara tu habis cakap, dia dah potong. Kali ini, dia ketuk kepala. Memang cari nahas sungguh. Boleh pula terlupa. Sekejap lagi dah nak berlepas.

Beg troli cepat disambar. Kakinya laju melangkah ke bahagian pelepasan. Kalau terlepas penerbangan, memang tempah penyakit. Mesti bos turunkan pangkat. Dah lah bos tu ada baik sikit. Sanggup jual Lamborghini 8800 Sirico yang memang sebiji untuk pasaran Malaysia pada dia. Mana nak cari bos macam tu!

Matanya melilau. Mencari tempat penerbangan ke Jepun. Bukannya tak biasa ke Jepun, tapi dah biasa buat macam ni. Mata mesti nak juga melilau tengok sekeliling.
“Fuh, selamat.” Nafas kelegaan dihembus perlahan. Belum lagi naik kapal terbang. Air bus memang tunggu dia.

Suara tadi tu, bikin aku kalut saja. Dzakiyyah pilih kerusi yang dekat dengan pintu. Kalau dah pintu terbuka, tak payah nak beratur di bahagian belakang untuk masuk kapal terbang.

Kali ini dia sedikit gementar. Biasanya, dua orang wakil akan dihantar ke main office di Jepun. Tapi sekarang, bos nak hanya dia saja pergi. Tiap tahun dia pijak Jepun, sampai main office Nokia di sana pun dah kenal dia. Pegawai pemasaran yang banyak bunyi. Memang dia cerewet sikit kalau ke negara asing ni.

Seramnya nak pergi sendiri!


*sedang mcari idea. lain pula yg kluar. enjoy this story

Sunday, February 27, 2011

Kasmaran 2

Tergeleng-geleng Poka. Pintu Skyline dihempas kuat.
Tersenyum lucu dia dengan kejadian tadi. malam ni pecah rekod, mereka tak perlu usung Korta balik ke rumah.

Ingatkan tadi nak cari kereta sorong untuk bawa keluar Korta sampai ke kereta. Namun, tanpa bantuan sesiapa, dengan sihatnya Korta mendarat di dalam Skylinenya. Malah tak perlu lagi dia bersusah-payah nak samak Skyline itu dengan air akibat muntah yang biasa Korta tinggalkan dalam keretanya.

Poka kembali senyum. Memang berkesanlah sesi soal-menyoal antara Korta dan Nakir tadi. dia tidak mahu tahu apa yang terjadi dalam mimpi Korta semasa di dalam club. Tapi dia suka dengan perubahan yang berlaku.

Dan dia berterima kasih kepada Nakir.

Ada kemajuan sikit dalam diri Korta. Tidak lagi balik dalam keadaan otak tak centre, tidak perlu meluahkan kembali segala khazanah yang sudah berkampung dalam perutnya, malah mereka tidak perlu bersusah-payah nak heret Korta naik sampai ke penthousenya. Lelaki gemuk itu menyakinkan mereka bahawa dia sihat sejahtera dan akan selamat sampai ke katil king sizenya.

Iphone dari kocek seluar dikeluarkan. Seluar slack yang dipakai malam ini kembali dalam keadaan bersih. Suka dia dengan kekemasan yang ada. Biasanya, pasti akan ada bentuk akibat titisan alkohol yang menjadi corak tambahan pada seluar itu. Cuma baju yang dia pakai sedikit berbau arak. Memanglah, bajunya tadi habis digomol Sarah yang kemaruk minum.

Dia bersandar di kereta berwarna hitam itu. Belum teringin ingin melangkah masuk ke dalam rumah. Tangan kiri dimasukkan ke dalam kocek seluar. Nampak santai dia bersandar condong. Kaki disilangkan ke depan. Kaca mata ditarik dan disangkut pada baju.

Nama Korta yang ada pada contact dicari.

“Hello bro. Dah selamat landingkah?” bila terasa ada degusan nafas, cepat Poka menyapa. Caring as a friend. Selalu mengambil berat akan sahabat-sahabatnya.
Dia sekadar mahu memastikan Korta selamat sampai ke penthousenya. Risau juga kalau Korta salah alamat. Buatnya dia tengok alamat nombor 19, dia pergi pula masuk rumah 91.

“Hmm...” hanya itu balasan yang sampai ke telinganya.

“Where are you?” tidak puas hati Poka kalau sekadar mendengar deheman.

“Dalam rumahlah.”

“Ingatkan dalam kubur lagi.” Poka ketawa sendiri.

“Kau tu yang kacau aku dating dengan Nakir. Dahlah. Aku nak sambung chat dengan
Nakir.”

“Hei... kejap! Open you eyes for a while. Depan kau, ada tak gambar besar kereta Ferrari warna merah?” soal Poka cepat.

Korta yang masih mamai membuka kelopak mata perlahan. Cadar biru yang sedang dia landingkan tubuh sedikit berkedut. Cahaya yang tembus dari luar tidak mampu menyinarkan ruang dalam bilik itu. Digagahkan tangannya mendekati meja kecil di tepi katil. suis lampu tidur ditekan perlahan.

Iris matanya cuba diselaraskan dengan keadaan sekeliling. Bila sudah selesa dengan cahaya yang ada, kelopak mata itu kembali terbuka dengan normal. Di pandang sekeliling bilik.

Hairan juga dia. macam mana dia boleh masuk ke dengan selamat ke dalam bilik ini hanya dengan bantuan cahaya dari luar. Ataupun dia memang masuk ikut gerak hati, bukan ikut langkah berdasarkan cahaya.

“Korta, are you still there. Kat atas meja sebelah kanan ada bekas kecil yang berisi kalajengking tak?” sekali lagi Poka bertanya.

Walang hatinya tak terhingga. Haru sungguh kalau sahabatnya itu salah bilik. Memang ada sedikit penyesalan sebab tak hantar terus naik ke rumah tadi.

first time Korta naik bilik sendiri tanpa ada bantuan sesiapa. Harap-harap anak muda tu tak sesatlah.

Korta yang masih terkebil-kebil segera mengosok-gosok matanya. Meja di sebelah kanan di pandang dengan teliti. Kepala dicondongkan ke depan. Cuba dikesan kalau ada objek yang disebut sahabatnya itu.

“Betullah ada lipas dalam kotak. Dekat dinding pun ada bendera Malaysia.” memang ada gambar kereta macam tu yang tersangkut dalam bilik.”

Memang itu gambar kereta idamannya. Tapi dia masih tak mampu beli lagi. Tinggal sedikit saja bajet yang diperlukan untuk beli kereta tu, tapi Poka dah sambar dulu. Wado pula dah beli Bentley.

“Bye.”

Klik.

Talian terputus.

Poka menggeleng. sandarannya pada kereta dialihkan sekejap. Menghilangkan lenguh yang dialami.

Nampaknya masih mamai lagi sahabatnya itu. Tapi sekurang-kurangnya rasa risaunya tadi sudah terbang. Korta sudah selamat sampai ke rumah. Cuma otak masih tak dapat cerna lagi apa yang dia pandang. Korta kan memang ada masalah dalam pencernaan mata! Tersenyum sendiri Poka.

Dia dan Wado memang biasa berkunjung ke rumah Korta. Rumah persinggahan yang menjadi tempat kedua mereka selain rumah keluarga. Apatah lagi sebelum masing-masing keluar negara, rumah itulah tempat lepak mereka ketika menunggu keputusan menyambung pelajaran.

Rumah itu tidak berubah sejak tiga tahun lepas. di dalam bilik Korta terlekat poster besar sebuah kereta Ferrari yang berlatarbelakangkan warna putih. Dihiasi dengan tulisan-tulisan berwarna biru dan kuning. Lebih kurang warna bendera Malaysia.

Karto juga suka pelihara haiwan eksotik. Tapi dia Cuma pelihara sejenis haiwan sahaja. Sebelum kalajengking ni, spider dan lipan pernah jadi pet kesayangan. Mereka pun tak hairan dengan hobi aneh sang sahabat. Malah kadang-kala jika mereka datang bertandang, sempatlah bagi makan haiwan tersebut.

Sekali lagi telefon berwarna hitam itu dibelek. Speed dial nombor tiga ditekan.

“Haluuu...”

“Hmmm..” jawapan sama seperti Korta.

“You dah sampai bilik?” soal Poka sambil tersenyum.

“Hmm...” sekali lagi kata itu diulang.

“Dah ganti baju belum?”

“Hmmm...”

Poka menggeleng. dasar manusia malas bercakap.

“Ok Sarah, good night. Sleep tight.” Akhirnya dia sendiri yang matikan talian.

Bukannya si Sarah tu nak layan kalau dah kantuk bermaharajalela.

Dia toleh belakang sekejap. Pintu pagar sudah ditutup. Dia bangun dari menyandar.
Menegakkan badan. Langkah menuju ke pintu rumah semakin laju. Ingin cepat membersihkan badan dan ingin cepat capai keselesaan seperti Sarah dan Korta.

buk!!!!!

Wednesday, February 2, 2011

Betulke???-6

Mawarni baru sahaja sampai ke sekolah itu. Hari ini dia diarahkan oleh orang atasannya untuk datang ke sekolah ini bersama dengan kereta daripada Jabatan Pergigian Daerah Bangsar. Tapi dia datang dengan kenderaannya sendiri.

Walaupun kebanyakannya nurse yang akan turun padang, tapi Mawarni lebih rela untuk ke sekolah. Dia suka dengan keadaan di sekolah. Dia suka melayan karenah para pelajar yang banyak bertanya berkaitan dengan gigi manusia.

Malah dia suka untuk ke sekolah di luar bandar. Dia suka memberi perkhidmatan pergigian ke bahagian perkampungan. Malah dia pernah sampai ke pedalaman menaiki helikopter semata-mata untuk memberi perkhidmatan yang terbaik. Dia tidak pernah mengeluh. Langsung tidak gentar. Malah amat suka dengan cabaran yang dihadapinya. Berkobar-kobar perasaannya untuk sampai ke destinasi.

Bila sampai ke sekolah itu, matanya sudah disapa dengan pelbagai karenah pelajar. Tersenyum dia dengan semua keletah itu. Rindunya saat menjadi pelajar. Satu zaman yang sangat sulit untuk dilupakan kerana banyak pengalaman terlakar di situ. Tapi terpaksa juga ditinggalkan kerana usianya sudah meningkat.

Matanya sudah disapa dengan beberapa orang pelajar berbangsa Cina. Kemudian dia beralih kepada seorang doktor yang lebih awal sampai darinya. Senyuman dilemparkan pada si lelaki. Sambutan yang baik, sahut hati Mawarni bila melihat beberapa nurse berdiri di tepi laluan.

Dia berjalan bersama seorang guru pengiring yang akan membawa mereka ke bilik kesihatan. Dentist lelaki tadi berjalan hampir di sebelahnya.

“Hai. Saya Anuar.” Lelaki di sebelahnya sudah memperkenalkan diri sendiri.
Mawarni menyedekahkan senyuman atas keramahan lelaki tersebut. Belum tanya, lelaki itu sudah bagi jawapan.

Dia melihat lelaki di sebelahnya itu melunakkan pandangan ke arahnya. Masih berjalan lambat-lambat. Ah, lupa pula. Kalau dah perkenalkan nama, maknanya dia pun nak tahu nama akulah tu. Mawarni tertawa dengan monolognya sendiri. Terlupa sekejap dengan cara memulai perkenalan.

“Hai, my name is...”

Belum sempat bicara tamat ke noktah, sudah dipotong

“Ros.” Pantas mulut itu mencelah.

“Ha!” terkejut Mawarni.

“Kenapa? Terkejut macam mana saya tahu nama awak?” Begitu yakinnya manusia yang bernama Anuar menyoal. Bangga dia kerana telah membuat gadis itu terkejut. Pasti terkejut kerana Anuar dapat mengetahui namanya tanpa perlu si gadis memperkenalkan.

“Terkejut,” jawab Mawarni jujur. Tidak pernah lagi ada manusia yang memperlakukan dia begini. Kagum sungguh dia hingga terkelu dia sekejap. Sampai hanya mampu mengeluarkan satu perkataan sahaja.

“Hebatkan saya,” sekali lagi lelaki itu mendabik dada.

“Tak. Saya terkejut sebab awak jawab salah.” Akhirnya Mawarni tidak dapat melepaskan tawanya. Sungguh dia terkejut sampai tidak sanggup ketawa. Senyum pun cuba disembunyikan sebaik mungkin. Sekarang ni tanpa ada rasa segan silu, dia melepaskan tawa yang tersimpan.

“Bukan betulkah saya teka?” Soal Anuar cepat.

“Apa yang membuat awak begitu yakin nama saya Ros?” Mawarni masih ingin bertarik tali. Belum mahu mendedahkan nama sebenarnya.

“Saya dengar staff nurse tadi sebut-sebut ada lagi seorang doktor yang nak datang. Saya macam dengar nama bunga dia sebut,” jelas Anuar.

Terus meledak tawa Mawarni. Lantas ditutup mulutnya menahan tawa itu. Sungguh dia rasa lucu. Perutnya ditekan perlahan untuk memastikan segala organnya tidak ketawa berlebihan.

“Kenapa awak ketawa?” polos Anuar bertanya. Dia hairan dengan gelagat doktor di sebelahnya. Mukanya ini penuh dengan perkara lawakkah? Tengok saja orang dah ketawa sebab lucu.

“Nama saya mawarni,” jelas Mawarni sambil tersenyum.

“Ha!”

Kali ini orang lain pula yang terkejut. Siapa lagi, Anuarlah. Tidak sangka nama gadis ini adalah Mawarni. Memang hampir kena dengan tekaannya. Sungguh tak kuduga, namanya memang dari bunga yang sama aku teka, bisik Anuar perlahan.

Mawarni tertawa dengan tindakan refleks daripada Anuar. Padan muka. Suka sangat main teka-teka. Jangan-jangan masa sekolah dulu suka masuk dalam pertandingan teka kacang.
Lama keadaan senyap antara mereka. Bila sampai ke bilik rawatan, sudah tersedia segala peralatan yang diperlukan. Kerusi khas untuk merawat sudah dua buah tersedia. Seorang nurse membantu Mawarni dalam rawatan ini. Mawarni berdiri bersebelahan dengan Anuar.

“Ha, I know you!” Anuar jentik jarinya sehingga menghasilkan bunyi. Kemudian jari itu ditunjuk ke arah Mawarni.

“Ha! I don’t know you,” lantaran terkejut yang tiba-tiba, Mawarni jadi melatah. Gila apa mamat ni. Baru pertama kali jumpa dah kata kenal. Taktik lama nak menguratlah tu.

My Flower, cetusan yang hanya bergema dalam hati Anuar. Lama sebenarnya dia mengingat. Patutpun dia sudah terasa semacam bila mendengar nama betul gadis di sebelahnya tadi. Lama diperah otaknya untuk mengungkap kembali segala folder zaman lampaunya sebab dia tersangat yakin akan adanya sesuatu dengan nama Mawarni. Tidak sia-sia otaknya dikerah bekerja keras.

Mawarni angkat kepala. Resah pula dia menunggu. Dia pandang keliling. Memang belum ada terlihat kepala pelajar yang masuk ke dalam bilik rawatan itu. Bilalah pelanggan pertamanya nak sampai. Budak-budak ni, takkan tak nak check gigi. Takkan melencong kot!

Hahaha... Mawarni, buat-buat lupa pula. Bukan dulu kau pun buat benda yang samakah? Bila turn kau, kau lari melencong. Berkurung dalam tandas seharian. Bila kereta yang membawa aktivis pergigian sudah berlalu, barulah keluar dari tandas. Sesak nafas duduk dalam tandas lama-lama.

Tapi bukan hanya dia yang buat kerja tu sendirian. Rupanya ramai juga yang menjejak langkahnya. Ada yang sembunyi di bengkel, bilik kebersihan dan makmal. Yang nazaknya, ada juga orang yang pilih bilik rawatan untuk dijadikan tempat persembunyian. Padan muka! Salah tempat beb!