Sunday, October 31, 2010

kasih tercipta-8

“Assalamualaikum.”

Salam itu dijawab perlahan. Hanya terdengar untuk cuping telinganya sendiri. Nak angkat muka, rasa malu.

Ahmad Fathi duduk di tepi Umairah. Dijarakkan dengan sebuah kerusi di antaranya. Tidak mungkin untuk dia duduk hampir dengan Umairah. Mahunya gadis itu akan lari sebatu darinya.

Meja bulat itu hanya ada dia dan Umairah. Tak boleh duduk depan, nanti tak pasal-pasal habis wanita di depannya ini dia tenung. Belum sampai masanya wahai Ahmad Fathi. Perlahan Fathi mengingatkan diri sendiri.

Ya Allah, dia dah sampai. Jantung Umairah dah berdentum macam orang gendang drum. Berdetak dengan kencang. Malu dan segan membuat dia langsung tidak menoleh bila mendengar lelaki itu menarik kerusi di sebelah kanannya.

Memang dia ada membalas sms lelaki ini. Memberi persetujuan untuk berjumpa. Tapi pertemuan hanya akan berlaku di butik. Lantaklah Salbiah nak intai. Pedulilah Zulaikha, Linda atau Mirna nak pasang telinga. Biarlah bonda tengok dia sedang ‘dating’. Dia tidak kisah.

Kalau pertemuan ini dibuat di luar, pasti akan diheret salah seorang temannya di sini untuk menemankan dia. Nasiblah meja bulat ini kurang dilawati peminat sebab waktu sekarang belum masuk makan tengah hari lagi.

“Ramai pelanggan tak hari ini?” soal Fathi sambil memandang sekeliling butik ibu kandungnya. Sengaja dipancing soalan untuk membuat gadis di hadapannya ini bersuara.

“Ramai juga.” Hanya itu balasan Umairah.

Akhirnya Fathi hanya tersenyum. Memang berat mulut gadis di hadapannya ini.

“Maira sihat?” Hanya nama singkatan Maira yang digunakan.

Umairah hanya mengangguk.

Senyuman kecil sudah tidak mampu disembunyikan. Terpesona dia dengan perwatakan gadis di hadapannya. First time jumpa wanita macam ni. Setakat ini, belum ada wanita yang tidak mengangkat wajah tika bersua dengannya. bukannya handsome sangat pun, tapi ada juga yang istimewa. Good looking kata opahnya dulu.

“Bonda ada beritahu saya pasal permintaannya. Saya tak paksa,” perlahan suara Ahmad Fathi.

“Maira dah ada calonkah?” soal Ahmad Fathi. Risau juga dia kalau dia memetik bunga di jambangan orang.

Umairah hanya menggeleng.

“Maira pakai gigi emaskah?”

“Ha!”
terkejut Umairah dengan pertanyaan itu. Dia menggeleng dengan cepat. Takkan dia memakai gigi emas? Tak logik. Giginya masih lengkap 32 batang.

“Habis tu kenapa tak keluarkan suara. Saya nak dengar juga suara Maira. Asyik angguk dan geleng kepala saja. Nanti kepala terteleng-teleng tau,” jelas Ahmad Fathi. Sedari tadi dia pancing agar gadis itu bersuara.

Umairah tersenyum. Lelaki ini penuh dengan sense of humor. Senang untuk berteman dengannya.

“Setahu saya, Maira ni peguam. Pasti petah berbicara.”

“Saya cuma lancar bercakap kalau dalam court dan dengan orang yang saya rapat,” cepat Umairah membalas. Tidak mahu disalah anggap. Memang dia petah bercakap, tapi hanya kepada orang tertentu sahaja.

“Kalau macam tu, saya pun nak jadi orang yang rapat dengan Mairalah.” Cepat Ahmad Fathi membalas.

“InsyaAllah boleh,” balas Umairah sambil tersenyum.

“Umairah jangan ambil hati dengan permintaan Bonda. Jangan rasa terbeban. Saya tak paksa. Kalau Umairah nak terima, teruskan. Tapi janganlah disebabkan Bonda. Biar dari hati Umairah sendiri. Kalau nak tolak pun saya tak kisah...” macam pasrah suaranya.

“Tapi sebaik-baiknya Umairah terimalah. Saya berkenan sangat dengan Umairah.” Sambung Ahmad Fathi sambil tersenyum.

Umairah hanya tersenyum.

___________________

sorry lambat uplod. hehehe.. semalam adalah time to break. so cik aa & a few fren kluar brfoya2.

1. masuk dalam restoran yang biasa kitaorang makan. semalam terlebih penuh pula. so, kami masuk ruangan v.i.p. bila tolak saja pintu, semua mata dah pandang semacam dengan kami. risau juga kalau masuk majlis orang, tapi kata pelayan tu boleh duduk situ sebab dah tak ada tempat duduk kosong site sebelah.
bila duduk makan tu, rupanya semua yang ada tu orang penting(tak kenal pun) tak sangka pula YB, dengar dorang berbahasa dato'/datuk. (barulah perasan, mungkin dorang tengok kami semacam tadi sebab fikir kami ni adik/keluarga kenamaan -ke aku yg terlebih perasan hahaha..)

yang paling tak sangka, masa nak bayar tu, pembantu YB bayarkan sekali makanan kami.(menyesal tak pesan banyak2. hahaha..)

2. masuk dalam panggung. even dah lewat, nak juga tengok citer HISS. biasanya kalau nak tengok wayang, memang peruntukkan lima minit depan kaunter. suruh penjual tiket bagi sinopsis bagi citer yang ditayangkan. tapi semalam, dengan yakinnya nak juga tengok citer yang sudah ditayangkan awal lima belas minit .

bila masuk panggung,mata sudah dihidangkan dengan hero & heroin india. betulkah?. ingatkan salah hall. semua dah sibuk chek tiket. tengok tiket tu betul-betul. memang kepohlah dalam hall. orang lain gelak tengok wayang, kami masih lagi tercari-cari. rupanya memang betullah citer tu seperti dalam tiket.

duduk jugalah dalam tu.... padan muka... main serbu saja

Friday, October 29, 2010

kasih tercipta - 7

Sudah seminggu perkara itu didiamkan. Bonda juga sudah tidak bertanya keputusan Umairah. Mungkin memberi peluang kepada Umairah untuk berfikir sedalam-dalamnya. Memberi ruang kepada Umairah untuk mecari keputusan yang terbaik. Bonda faham, keputusan Umairah kali ini adalah untuk kehidupan Umairah sepanjang hayat.

Maka Bonda memberi peluang kepada Umairah untuk mencari keputusannya sendiri, tanpa ada percampuran dari pihak Bonda. Biar Umairah belajar untuk menentukan hidupnya sendiri. Malah untuk beberapa hari ini, nama Ahmad Fathi tidak terkeluar dalam butir bicara Bonda walaupun Bonda memberitahu bahawa setiap hari dia bertemu dengan anaknya itu.
Pagi itu, Umairah mendapat satu sms daripada nombor yang dia kenal tak kenal. Tidak ada nama yang naik di skrin N95 yang berwarna hitam itu. Maknanya, ini nombor baru yang melawat ke telefonnya. Nombor baru itu tidak menggusarkan hatinya, tapi isi sms yang dia terima membuat dia salah tingkah. Begitu kaku dia menerima sms itu.

‘saya nak jumpa Umairah kalau ada masa. Saya tunggu sampai Umairah bersedia.’-Ahmad

Ahmad? Siapa dia? Rasanya macam pernah mencerna nama itu dalam ingatannya. Sekejap....

Lelaki itu...

Tidak mahu hatinya diserbu dengan lebih banyak persoalan lagi, cepat-cepat Umairah bangun dari katilnya. Tak pasal-pasal masa tidurnya terganggu. Boleh saja dia jumpa dengan Bonda esok pagi, tapi kalau tak dileraikan persoalan itu sekarang, dia pasti, malam ini dia tidak akan dapat melelapkan mata.

Pintu bilik Bonda diketuk perlahan. Risau juga kalau orang tua itu sudah tidur. Bila mendengar balasan dari dalam menyuruhnya masuk, Umairah melepaskan nafas lega. Akhirnya Bonda belum tidur.

Ditolak perlahan pintu kayu itu. Bila dijengukkan kepala, terlakar figura Bonda sedang duduk bersandar di atas katil. Bonda melemparkan senyuman kepada Umairah. Sebuah buku berada di tangannya. La Tahzan. Itu yang dia dapat baca melalui tulisan yang ada di permukaan kulit buku itu.

Kakinya perlahan-lahan menghampiri Bonda. Memang boleh saja dia bertanya di luar pintu tadi. Tapi tidak sopan lah pula. Jadi dia labuhkan punggungnya mencecah katil bila Bonda menggamit dia mendekatinya.

“Kenapa Umairah tak tidur lagi ni?” itu soalan pertama dari Bonda bila dia sudah merapati Bonda. Rambutnya dibelai perlahan oleh Bonda. Bonda masih memanjakannya, sama seperti dulu. tidak berubah belaian Bonda sejak usianya sepuluh tahun yang dulu.

“Tak mengantuk lagi.” Umairah jawab perlahan. Dia senyap seketika.

“Kenapa ni? Umairah ada masalah?” begitu concernnya Bonda kepada anak gadisnya ini.

“Bonda....” berat pula nak tanya. Tadi bukan main bersemangat lagi nak leraikan segala kekusutan. Sekarang bila berdepan, dia jadi kelu lidah. Tidak tahu mahu menyusun ayat macam mana.

“Cakaplah Umairah,” penuh lembut Bonda memujuk.

“Bonda ada bagi nombor telefon Maira pada anak bondakah?” akhirnya terlontar juga pertanyaan itu setelah penat push diri sendiri untuk memastikan pertanyaan itu berjaya keluar dari kerongkongnya.

Bonda hanya tersenyum sambil mengangguk.

“Oh!” tidak tahu lagi mahu membalas macam mana.

“Pergilah jumpa kalau Umairah nak. Kalau tak nak jumpa pun tak apa. Bonda tak paksa,” seakan memahami apa yang tersirat, akhirnya Bonda dapat juga menebak hatinya.

“Jangan difikirkan sangat,” sambung Bonda lagi bila melihat keadaan Umairah. Serupa dengan anak gadis yang baru mengenal lelaki.

Untuk beberapa minit, Umairah leka dengan belaian Bonda. Hingga hampir dia tertidur di pangkuan Bonda.

Thursday, October 28, 2010

kasih tercipta - 6

“Untuk Ahmad Fathi.” Ringkas jawapan Bonda.

Umairah berfikir.
Siapa lelaki itu. Kenalkah dia? Tiada temannya yang mempunyai nama seperti itu. Mungkin nama anak teman Bonda. Memang ramai yang telah cuba merisik Umairah untuk anak teruna mereka. Tapi Bonda suruh mereka bertanyakan terus kepada Umairah. Jawapan Umairah untuk mereka ringkas. Saya belum bersedia untuk menjadi isteri orang. Begitu lembut Umairah menolak.

“Siapa itu? Dia kenal dengan Umairahkah?” Umairah masih mencari gerangan lelaki yang dilamarkan Bonda untuknya.

“Anak Bonda.” Umairah tersentak. Begitu alpanya dia. Sedangkan baru tadi Bonda memberitahu nama anaknya. Tapi tidak hairan mengapa Umairah boleh lupa kerana nama itu baru sekali menjengah telinganya.

Umairah masih lagi bingung.

“Fathi telah lama kembali ke Malaysia. Hampir dua bulan. Semasa dia masih di Kanada, dia menghubungi Bonda melalui emel. Dia yang memberitahu Bonda untuk kembali ke sini. Bertemu Bonda. Umairah tahu, hati Bonda saat pertama kali bersua muka. Gembira sangat.”

Memang dapat dilihat muka Bonda yang ceria. Sedangkan menceritakan tentang anaknya di saat itupun sudah tergambar begitu bahagianya si ibu yang bertemu anak kandungnya setelah berpuluh tahun tidak berjumpa.

“Dia datang ke butik. Saat pertama dia masuk, Bonda sudah kenal wajahnya. Saling tidak tumpah dengan wajah suami Bonda. Lama kami bercerita. Dia kata, datuk dan neneknya yang memberitahu kewujudan Bonda. Keluarga mentua Bonda telah insaf. Sebelum mereka menghembuskan nafas terakhir, mereka menyuruh Fathi agar mencari ibu kandungnya. Sampaikan maaf dari mereka. Mereka telah sedar kesilapan lepas. Mengambil anak Bonda daripada yang lebih berhak. Mereka memohon maaf atas ketelanjuran mereka. Bonda sudah memaafkan mereka. Sesungguhnya manusia tidak akan lari dari melakukan kesilapan.”

Umairah terkesima. Begitu sekali hati Bonda. Tidak ada dendam pada manusia yang membuat aniaya kepadanya. Namun Umairah cepat sedar, dendam itu membawa kehancuran.

“Syukur. Anak Bonda telah kembali. Keyakinan Bonda tidak sia-sia.” Bonda mengangguk. Mengiayakan kata Umairah. Memang sejak dulu lagi Bonda yakin akan bertemu semula dengan anaknya.

“Umairah jadi menantu Bonda ya?” Pertanyaan itu yang membuat kegembiraan Umairah tercalar sedikit. Sedangkan dia ingin meraikan kegembiraan Bonda bertemu semula dengan anak kandungnya.

“Bonda tak paksa. Umairah fikir dulu. Jangan sebab Bonda, Umairah terima Ahmad Fathi. Fikirkan dengan masak-masak.”
Usai berkata, Bonda berlalu pergi. Memberi salam lantas menutup pintu bilik Umairah. Sejak malam itu, malam Umairah sudah tidak tenteram memikirkan permintaan Bonda.

Malam ini, keberanian datang dalam dirinya. Memohon petunjuk Ilahi untuk memberinya kekuatan. Bergerak berdasarkan landasan petunjuk Allah. Sebenarnya Umairah takut pada keputusan yang bakal diperolehnya.

Dia tidak sanggup untuk menghadapi kenyataan. Tapi sampai bila dia mampu bertahan untuk buat tidak tahu sahaja sedangkan masa masih lagi setia bergerak. Waktu tidak akan terhenti sedangkan masalah yang dihadapinya tidak akan selesai mengikut masa yang masih beranjak.

Bonda ingin memberi gambar Ahmad Fathi. Tapi dengan lembut Umairah menolak. Belum masanya untuk dia melihat lelaki itu. Nanti sedikit sebanyak keputusannya akan dipengaruhi oleh lelaki itu.

Malah Bonda pernah ingin mengajak lelaki itu bertandang ke rumah, atas undangan makan tengahari. Tapi Umairah lebih rela mengurungkan diri dalam pejabat. Tidak mahu bersua dengan lelaki itu. Bukan dia takut. Cuma dia segan. Sebagai seorang wanita, sifat malu masih menebal dalam dirinya. Dia tidak tahu ingin bertingkah macam mana apabila berhadapan dengan lelaki itu.

Bonda juga pernah memberitahu, lelaki itu ingin sangat melihat wanita yang setia menemani Bondanya. Hanya mendengar namanya, lelaki itu sudah berkenan untuk menyuntingnya menjadi suri. Itu perkhabaran terkini dari Bonda. Tapi lelaki itu tidak mendesak. Menerima dengan tangan terbuka apa sahaja keputusan Umairah. Malah dia sudi untuk menjadi abang kepada Umairah andai kasih mereka tidak tercantum sebagai suami isteri. Kata Bonda lagi, lelaki itu amat terharu dengan segala pengorbanan Umairah menemani saat duka dan suka Bonda. Tidak besar sebenarnya pengorbanan Umairah dibanding dengan kasih Bonda yang begitu suci.

Begitu gembiranya Bonda bercerita mengenai anak terunanya yang tampan. Sama seperti suaminya. Anaknya yang baik, hormat pada orang tua dan begitu mengasihi datuk dan neneknya. Terangkat juga telinga Umairah mendengar kebaikan lelaki yang hanya dikenali melalui namanya. Bonda kata, Ahmad Fathi pernah melihatnya ketika di butik. Tapi lelaki itu tidak mahu mengganggu ketenangan Umairah. Dia faham Umairah masih belum mahu diganggu dengan kehadirannya.

Wednesday, October 27, 2010

kasih tercipta - 5

assalamualaikum

lama aku tak onlinekan? aku ni sungguh mengada-ngadakan?

yalah, dah tahu masa terluang tak banyak, nak juga aku main coret-coret. aku minta maaf banyak2. sekarang ni memang busy. mungkin minggu ni sempatlah online setiap hari, aku cuba publish citer kasih tercipta ni sampai habis. insyaAllah.

_______________________


Malam itu mengungkap segala kisah Bonda. Mengapa dia tidak mahu berkahwin. Mengapa dia tidak mahu melangkah ke alam perkahwinan. Bonda bukan ingin menjadi seperti Rabiatul Adawiyah kerana Bonda hanya manusia biasa. Dia bukan lari dari fitrah, tapi kelukaan lepas membuat hatinya tegar untuk mengulang sejarah lamanya.

Perkahwinan Bonda tergugat. Suami mati semasa anak masih dalam kandungan. Sama seperti kisah Umairah. Tapi sejarah Bonda lagi menyayat hati. Selepas kelahiran anak yang menjadi penjalin kasih dengan suami, anak itu dirampas. Tidak sekali diberi peluang kepada seorang ibu untuk menyusukan anaknya. Sehinggakan Bonda hampir menjadi orang kurang waras. Meroyan.

Nasib baik Ibu Su, teman rapat Bonda sudi membantu. Mengembalikan semangat Bonda. Menjadi hamba Allah yang selalu redha dengan qada dan qadarnya. Ibu Su berada di sisi Bonda di saat-saat genting Bonda. Mencuba mengembalikan rohani Bonda agar kembali ke alam sebenar. Menjadi hamba Allah yang selalu tabah menghadapi dugaannya. Sesungguhnya, semakin banyak dugaan yang mendatang menunjukkan betapa sayangnya Allah pada hamba-Nya. Dengan ujian yang datang menjadi tanda Allah mengambil berat terhadap umatnya.

Kehidupan Bonda kembali kepada normal. Menjadi wanita yang tabah dengan ujian Allah. Apabila kehidupan Bonda sudah stabil, Bonda Su yang mencadangkan agar Bonda mencari pengganti anaknya yang diambil orang. Mengambil anak angkat untuk menghilangkan rindu kepada anak kandung sendiri. Lama baru Bonda berani untuk mengambil anak angkat. Risau diri tidak dapat betanggungjawab untuk menjaga anak orang lain. Namun kata Bonda, sejak Umairah menghuni hati Bonda, sedikit sebanyak rindu pada anak kandung terubat.

“Mana anak Bonda?” Pertanyaan Umairah membuat Bonda senyap. Umairah tahu Bonda terluka. Mengenang kembali kisah lama, pasti mencalar kembali hati yang sedang sembuh lukanya.

“Anak Bonda, Ahmad Fathi. Hilang. Bukan hilang sebenarnya. Diambil oleh keluarga mentua Bonda. Mereka tidak mahu cucu mereka dipelihara oleh wanita seperti Bonda. Hanya sekali Bonda melihatnya. Saat kelahirannya. Selepas Bonda keluar dari bilik bersalin, mereka sudah mengambil anak Bonda. Membawanya jauh dari Bonda. Bonda tahu pun sebab doktor yang bertugas masa Bonda bersalin yang bagitahu. Doktor itu pun berat untuk menyampaikan berita ini. Tapi melihat keadaan Bonda yang belum sihat, dia menjadi risau akan memberi kesan yang lebih bahaya. Maka dia bagitahu Bonda keadaan sebenar. Anak Bonda dibawa pergi. Masa tu, Bonda belum ada kekuatan untuk mengejar mereka. Bila dah sihat sikit, Bonda ke rumah mereka.

Memang sejak awal lagi mereka tidak menyetujui Bonda menjadi menantu. Wanita yang tidak mempunyai apa-apa. Apalagi pangkat atau keturunan. Tapi suami Bonda ikhlas untuk memperisterikan Bonda. Dengan tekad itu, kami berkahwin. Menjalani rumahtangga seperti pasangan lain. Namun panas tak sampai ke petang. Suami Bonda meninggal kemalangan. Langgar lari. Bayangkan sahaja. Dengan anak yang dikandung, suami pula dijemput pergi. Bonda hilang arah. Su yang banyak bantu Bonda. Kembali menginsafi diri. Dipanggil pergi awal tanda Allah sayang padanya. Sejak itu, Bonda berazam untuk memelihara tinggalan suami Bonda dengan kasih-sayang.”

Panjang penerangan Bonda sambil mengesat air mata yang deras mengalir. Umairah sayu. Air matanya juga mengalir. Begitu sekali ranjau yang terpaksa dilalui Bonda. Sungguh dia tidak sangka.

“Nampaknya ujian Allah tidak terhenti di situ. Anak Bonda pula diambil. Apabila sampai ke rumah keluarga mentua, orang gajinya memberitahu bahawa mereka sudah tidak ada. Menetap di Kanada. Jauhnya. Kalau ada duit, memang Bonda cari sampai ke Kanada. Tapi Bonda sedar keadaan Bonda pada masa itu. Lagipun Bonda yakin, kasih anak Bonda akan sampai ke syurga. Atas sebab itu, Bonda redha. Suatu hari nanti kalau ada rezeki pasti Bonda bertemu semula dengan anak kandung Bonda.”

Umairah hanya mampu berdoa. Moga Bonda berjaya menggapai kasihnya yang pernah hilang. Umairah menepuk perlahan belakang Bonda. Cuba memberi semangat untuk Bonda. Selama ini dia tidak tahu kesengsaraan yang dialami oleh Bonda. Kasihan. Hidupnya lebih berliku daripada jalan hidup Umairah. Sedangkan selama ini, Umairah banyak mengenangkan nasib diri. Tidak mempunyai keluarga kandung. Ingatkan hidup Umairah terlalu banyak kesedihan. Tapi dibandingkan dengan hidup Bonda, bagai langit dan bumi. Sungguh tak terucap untuk menggambarkan kesulitan yang dihadapi oleh Bonda.

“Sebenarnya ada benda yang Bonda ingin meminta tolong dari Umairah. Umairah dah ada kekasihkah?”

Pertanyaan Bonda membuat jantung Umairah berdegup kencang. Hanya gelengan yang diberi sebagai jawapan. Tidak pernah Bonda bertanya seperti itu sebelum ini. Lagipun Umairah tidak terfikir pun tentangnya. Memang Umairah belum tergerak hati untuk menjalin kasih sayang dengan lelaki ajnabi.

Bagi Umairah, kalau ada jodoh, pasti akan menjelma. Allah sudah menjadikan manusia itu berpasang-pasangan. Walaupun jodoh itu di tangan Allah, tapi manusia yang perlu berusaha untuk mencari jodoh mereka. Apabila keadaan terdesak dan sudah sampai masanya, baru Umairah akan mencari jodohnya sendiri. Bukan di kala ini, atau semasa zaman belajar. Kalau boleh dia ingin menemankan Bonda sampai ke akhir hayat Bonda.

“Berat untuk Bonda khabarkan. Tak tahu macam mana penerimaan Umairah. Bonda nak sampaikan pun berfikir berhari-hari,” ujar Bonda sambil mengusap lembut rambut Umairah.

“Ada apa Bonda? Cakaplah. InsyaAllah, kalau Umairah boleh bantu, Umairah akan tolong.” Begitu kata Umairah untuk membantu Bonda mengusulkan apa yang tersirat dalam hati Bonda. Biar dengan berkata begitu Bonda akan meluahkan apa yang membelenggu mindanya.

“Bonda nak pinang Umairah.” Ungkapan Bonda membuat Umairah segera mendongak. Mencari wajah tulus Bonda. Umairah terkedu apabila Bonda mengangguk. Sandiwara apa yang sedang Bonda cuba persembahkan. Membuat hati Umairah tertanya-tanya.

“Bonda janganlah nak bergurau.” Hati Umairah sudah tidak senang. Melihat kepada wajah Bonda, memang betul usulan Bonda adalah serius. Bukan main-main.

“Bonda nak lengkapkan peranan Umairah. Nak jadikan Umairah menantu Bonda,” begitu kata Bonda sambil tangannya mencapai tangan Umairah.

“Sampai sekarang Bonda tak terima Umairah sebagai anak kandungkah?” Perkhabaran Bonda menyedihkan hati Umairah. Bonda belum menganggap Umairah sebagai anaknya. Sedih hati Umairah. Hatinya sudah meraung, air matanya mengalir laju.

“Bukan macam tu sayang. Bonda tidak pernah terfikir yang Umairah bukan anak Bonda. Sampaikan Bonda terlupa Umairah tidak lahir dari rahim Bonda. Bonda sayang sangat Umairah. Satu-satunya anak dara Bonda,” penerangan Bonda membuat hati Umairah sedikit sejuk. Bagai disiram ais dari kutub utara. Umairah tahu kasih Bonda. Kasih Bonda tidak ada penghujungnya.

“Habis tu kenapa Bonda nak pinang Umairah? Untuk siapa?” Itu yang membingungkan Umairah. Kenapa perlu Bonda meminangnya. Tidak cukupkah kasihnya sebagai anak sehingga Bonda perlu dia menjadikan dia sebagai menantu. Tapi untuk siapa?

“Untuk Ahmad Fathi.” Ringkas jawapan Bonda.

Umairah berfikir. Siapa lelaki itu. Kenalkah dia? Tiada temannya yang mempunyai nama seperti itu. Mungkin nama anak teman Bonda. Memang ramai yang telah cuba merisik Umairah untuk anak teruna mereka. Tapi Bonda suruh mereka bertanyakan terus kepada Umairah. Jawapan Umairah untuk mereka ringkas. Saya belum bersedia untuk menjadi isteri orang. Begitu lembut Umairah menolak.

Tuesday, October 19, 2010

kasih tercipta - 4

Hari itu hari Jumaat. Cuti bagi Bonda dan seluruh pekerja butik. Begitu juga dengan Umairah. Memohon cuti pada hari Jumaat untuk menemankan Bonda. Dengan rela hati kalau ada kes yang belum siap, dia akan datang pada hari Ahad. Menyelesaikan kerja yang belum siap. Jika tiada kerja, Umairah akan menapak ke butik Bonda, menolong apa yang perlu pada hari Ahad. Butik Bonda ditutup pada penghulu segala hari. Memberi peluang kepada pekerja Bonda untuk berehat. Ada empat orang pekerja wanita dan dua orang pekerja lelaki. Memberi peluang kepada pekerja lelaki menunaikan solat Jumaat. Pekerja lelaki yang bekerja di butik Bonda adalah mereka yang telah berkahwin. Isteri juga bekerja dalam butik Bonda. Umairah kenal mereka. Pasangan Irfan dan Mirna serta Lukman dan Zulaikha. Bekerja membanting tulang, sama-sama memajukan butik Bonda.

Bonda datang menatang minuman dengan kuih seri muka. Tadi Umairah yang menolong Bonda membuat kuih seri muka tersebut. Hanya pada hari cuti begini mereka dapat mengerahkan tenaga untuk memasak masakan yang istimewa sikit daripada hari biasa.
Dengan sopan Bonda menjemput minum.

“Macam mana? Umairah dah fikirkankan?” Tersentak Umairah dengan pertanyaan itu. Itu yang paling dirisaukannya untuk beberapa hari ini. Permintaan Bonda dirasakannya terlalu berat. Sampaikan selalu dia mengelak untuk tidak berfikir hal itu. Namun, ianya amat sukar.

“Umairah belum fikir lagi Bonda.” Hanya itu yang mampu dijawab untuk menyenangkan hati Bonda dan untuk melegakan hatinya sendiri.

“Umairah jangan rasa tertekan. Bonda tidak paksa. Umairah fikir betul-betul. Istikharah.” Itu cadangan Bonda. Umairah hanya mengangguk. Memang dia terfikir untuk melakukan solat Istikharah. Tapi dia takut pada jawapannya nanti.

“Ok. Nanti Umairah bagitahu Bonda ya. Sedaplah kuih buatan tangan Umairah ni,” ujar Umairah sambil mengambil satu kuih seri muka. Memakannya dengan berselera. Terus tangan Bonda mencapai pinggangnya. Mencubit kecil. Ketawa Umairah. Apa tidaknya, bukan dia yang membuat kuih itu, dia hanya menjadi tukang rasa selepas kuih itu masak.

Perbualan mereka sudah tidak berkisar pada isu yang membuat hati Umairah rusuh. Bagai dilanggar Garuda. Tapi pada cerita-cerita yang lebih banyak mengundang tawa. Hanya pada waktu cuti begitu, mereka dapat berbual dengan lebih mesra. Dengan manja Umairah melentokkan kepalanya di bahu Bonda. Dalam keadaan begini, Umairah kadang-kadang lupa bahawa dia bukannya datang dari rahim Bonda.

Malam itu, selepas solat Isyak Umairah memberanikan dirinya untuk bersolat. Memohon petunjuk dari Allah. Mana satu yang harus dia pilih antara pilihan yang dia ada. Betapa dia kerdil, mengharap pada petunjuk Ilahi agar tidak terpesong. Memohon melalui Istikharah agar diberi panduan untuk kebaikannya pada masa depan. Begitu tingginya Islam, Dia sentiasa ada untuk memberi petunjuk. Itu bagi mereka yang ingat.

Sekali lagi malamnya dipenuhi dengan pemikiran tentang permintaan Bonda. Teringat permintaan Bonda beberapa minggu yang lepas. Malam itu Bonda datang ke biliknya.
“Umairah. Bonda ada benda nak cakap.” Bonda berlalu menuju ke kerusi berdekatan meja solek. Mata Bonda menyapa ruang meja itu. Meja yang hanya memuatkan beberapa alat solek. Tak banyak. Hanya bedak talcum, gincu warna coklat, sikat rambut dan seangkatan dengannya. Dia tidak suka bersolek. Pernah dia bersolek, tapi dia rasa wajahnya seperti pelakon opera cina.
Malam itu, Bonda membongkar segala coretan hidupnya. Mengungkap sejarah kehidupan Bonda yang tidak pernah dia tahu. Menangis dia semasa Bonda bercerita. Selama ini dia tidak menyangka begitu sekali kehidupan Bonda. Penuh dengan liku-liku sengsara. Air matanya mengalir bersama kepedihan hati Bonda. Hati seorang wanita yang terluka.
Menurut Bonda, dulu dia ada bersuami. Ada anak.
Umairah terpegun. Dia tidak tahu selama ini. Dia ingatkan, Bonda juga sepertinya. Tiada saudara-mara. Patutpun Bonda tidak pernah berkahwin. Rupanya dia pernah terluka dengan perkahwinannya yang lepas. Bukan tidak ada pemuda yang cuba untuk berkongsi hidup dengan Bonda. Dengan sopan Bonda menolak setiap huluran kasih dari mereka. Memberitahu bahawa dia tidak berminat untuk menjalin kasih dengan mana-mana lelaki. Sehinggakan ada yang dengki mengatakan Bonda lesbian. Begitu kejamnya manusia apabila kehendak mereka ditolak. Tapi Bonda sabar. Dia redha. Sesungguhnya kasih Allah tiada penghujungnya.

Umairah juga pernah mengusulkan kepada Bonda untuk mencari teman hidup. Dia kasihan pada Bonda yang sendiri apabila dia tinggal di kolej. Tapi dengan tegas Bonda mengatakan dia tidak mahu terlibat dengan kasih lelaki. Bonda ingin mencurahkan sepenuh kasihnya buat Umairah. Sejak itu, Umairah tidak berani lagi untuk memberi cadangan berkaitan dengan isu ini.

Tuesday, October 12, 2010

baik-baik sayang- UNTOLD STORY

“Stop there.’

Balqis sudah terkejut. Tidak jadi dia mengutip siput-siput yang banyak terdampar di tepi pantai itu. Kepalanya yang tadi tunduk kembali menengak. Lehernya yang jenjang setia melihat ke hadapan. ke arah kulit siput yang sedang terdampar di hujung kakinya. Malah, keadaannya yang duduk, masih statik seperti tadi. dia langsung tidak berniat untuk berdiri atau berpaling belakang melihat empunya suara.

“Siapa nama?” soal suara itu lagi.

“Balqis?”

“Buat apa?”

Balqis yang mendengar soalan itu sudah tersenyum. Malah, mendengar suara yang bertanya juga menambah rasa suka di hatinya. Tapi dia masih belum mahu berpaling melihat gerangan Encik Penyoal.

“Kutip siput.”

“For what?”

“Saja.”

“Adik memang suka siputkah?”

“Suka.”

“Dulu masa sekolah tak pernah jumpa siputkah?”

“Selalu. Banyak di tepi sungai,”

“Dulu sekolah sampai darjah berapa?”

“Bukan darjah. Dah keluar U pun.”

“Habis tu kenapa tak pandai-pandai lagi. Mana ada siput di sungai. Lokan atau kerang banyaklah. Labi-labi pun ada. penyu pun banyak.”

“Abanglah yang tak sekolah. Siapa ajar penyu hidup dalam sungai.”

Balqis sudah tak mampu tahan tawa. Cepat-cepat dia bangun dari duduk mencangkung. Berdiri dan menghadap Encik Penyoal a.k.a Mr. Hubby yang terlalu banyak soalan. Soalan merepek pula tu.

“Abang ni, takkan tak tahu. penyu hidup dalam lautlah. Dia tak hidup di tempat lain,” Balqis menjawab laju. Tak ada kaitan langsung penyu dengan sungai. Aduhai, apa kes pula perbincangan sampai masuk ke habitat penyu segala ni.

“Ada. Balqis ni saja kan. Banyak abang tengok penyu dalam akuarium besar.”

Aduh! Balqis ketuk kepala sendiri. Sekarang ni siapa yang tak pernah sekolah, Sulaiman atau dia. ataupun penyu?

“Abang...” Balqis sudah menampar lembut lengan Sulaiman. geram-geram sayang. Suka sangat Sulaiman usik dia.

“Balqis saja malas nak fikir habitat penyukan?” Sulaiman sudah tarik hidung Balqis.

Balqis mencebik geram dengan sikap Sulaiman. entah bilalah nak berhenti habit Sulaiman yang suka sangat tarik hidung dia.

“Abang... sebenarnya... sebenarnya...” terhenti-henti bicara Balqis.

“Sebenarnya apa?” cepat Sulaiman menyoal.

“Sebenarnya....”

“Qis nak cakap apa?”

“Qis nak bagitahu. Sebenarnya... Dragon Ball ada tujuh biji... hahahaha..” cepat Balqis berlari. Menjauh sedikit dari Sulaiman.

Sulaiman yang sedar diri dipermainkan, cepat mengejar Balqis. Senang saja nak kejar, Balqis kan kaki pendek...

Bila dapat saja, terus hidung sang isteri dicubit manja.

“Suka sangat kenakan abang...”

“Abang, I love you,” cepat balqis potong ayat Sulaiman.

“Hmm... nak kena rekod ni. Hari ni hari Jumaat, di pantai Port Disckson. Sulaiman rasa bertuah sangat kerana telah mendapat ungkapan cintanya daripada Balqis. Telah sekian lama dinanti, akhirnya ayat keramat itu telah berjaya diucapkan pada pukul enam petang saat mentari hendak melabuhkn tirainya.”

“Benci abang. Suka main-main. Orang betul-betul pun,” Balqis sudah mencebik.

“Alalala... buchuk...wangi..abang. Abang seriuslah. Ingat abang main-mainkah. Dah lama tunggu perkataan keramat tu. akhirnya pecah rekod juga hari ini. atau Balqis nak minta apa-apa dari abang? Nak kerja balikkah? Nak beg Bonia? Nak kasut yang kita tengok di KLCC hari tu?” soal Sulaiman sambil angkat kening.

“Tak nak kawan abang.”

Balqis sudah angkat kaki. Dia sudah menapak ke hadapan. geram sangat dengan Sulaiman yang mempermainkan ungkapan sayangnya. Penat sudah dia berlatih berbulan-bulan semata-mata nak lafazkan I love U. Sekali tengok, selamba badak saja Sulaiman mempermainkan dia. Benci abang!

“Balqis.... I LOVE youuuuuuuuuuuuuuuuuu toooooooooooooooooooooo.”

Teriakan itu bergema di sepanjang pantai. Malah ombak dari air laut Chinta Selatan seakan memberi tindak balas dengan menghempas pantai itu kuat.

Balqis yang mendengar ucapan itu tergamam. Apa taknya, semua orang yang ada di tepi pantai menjadikan dia dan Sulaiman sebagai subjek. Malah beberapa orang yang sedang mandi di dalam air berdehem panjang. Makcik yang sedang lepak di bawah payung tu pun tersenyum-senyum tengok Balqis. Malunya!

“I Love you too,” bisikan halus yang menyapa telinganya itu menusuk masuk ke jantung. Serentak dengan itu, sepasang tangan begitu santai memeluk pinggang Balqis. Tak perlu menoleh, tak perlu meneka, dia tahu siapa gerangan. Wangian Polo itu sudah biasa menjamah hidungnya.

“I love you forever.”
Serentak dengan ucapan itu, satu kucupan istimewa melekap di pipi Balqis. Malu tak usah cakaplah. Nenek-nenek, mat & minah saleh dan kanak-kanak yang ada di sekitar situ dah bertepuk tangan tengok adegan berani Sulaiman.

“Abang ni, tak malu betul.” Balqis dah tak tahan malu terus menyembunyikan wajahnya pada dada bidang suaminya.

“I love you so much, bang.”

Ucapan itu seakan menjadi penutup pada labuhan tirai mentari. Lepas ni, bulan pula yang akan mengganti tugasnya. Cahaya hening pada sore itu menjadi saksi cinta Balqis dan Sulaiman. Pantai itu menjadi bukti pada teguhnya cinta antara dua insan. Ombak itu menjadi puing kepada sang pantai yang setia menerima labuhannya.

semua keinginan akan aku lakukan
sekuat semampuku, sayang
karna bagiku kau kehormatanku
dengarkan, dengarkan aku


The End....

Monday, October 11, 2010

kasih tercipta-3

“Kenapa dengan kau sekarang Mai?” tiba-tiba sahaja dia disergah dengan soalan yang tidak tahu macam mana dia nak jawab. Soalan yang tergantung, atau sememangnya tiada jawapan.

Umairah pandang Salbiah. Di pagi yang hening ini, dia sudah disapa dengan wajah Salbiah. Wajah yang ceria. Tapi soalan yang kurang ceria sedikit.
Awal pagi dia datang sebab nak buka butik. Baru lima minit rasanya dia buka, Salbiah sudah ada di tepinya. Awal pula anak dara ni. Apa tidaknya, rumah dia di atas butik ni. Memanglah cepat. Lainlah Umairah, terpaksa membuang lima belas minit untuk sampai ke sini. Itupun kalau tidak berlaku kesesakan lalu-lintas.

“Kenapa dengan aku?” soalan dibalas dengan soalan. Kalau jawab soalan SPM ni memang awal-awal kertas soalan akan masuk dalam tong sampah. Jawapan tak mencapai kehendak soalan.

Umairah mengambil tuala kecil dan mengelap meja di depannya. Buat-buat sibuk dan sebolehnya mengelak menjawab soalan yang akan membuat dia tidak betah untuk menjawab. Terpaksa menyusun ayat yang gramatis pula. Terpaksa nak ingat kosa kata yang ada dalam Kamus Dewan.

Ceh... sejak bila pula Umairah pandai pinjam ayat yang disediakan oleh Nik Safiah Karim and the geng ni untuk perbualan?

“Sejak dua tiga menjak ni, aku tengok kau dah semakin lain. Senyap. Kau pun dah macam berjangkit dengan virus aku. Suka termenung. Tak baiklah kau tiru aku macam ni. Perkara yang baik, kau ambillah sebagai teladan. Yang tak baik tu, buang dalam longkang saja,” panjang penerangan ustazah Salbiah.

“Baik ustazah,” balas Umairah sambil tersenyum.

“Ish, kau ni. Kalau aku cakap, beginilah. Pandai saja main corner-corner. Ingat bagus sangat ke duduk dekat corner tu. Mudah kemalangan tahu,” menyampah pula Salbiah. Lain yang nak dikorek, lain pula yang terkorek.

“Sejak bila pula kau pandai loyar buruk ni?” soal Umairah sambil jungkitkan keningnya.

“Oooo.. aku tahu. amboi kau ni, sejak berkawan dengan encik lawyer, kau pun dah pandai loyar-loyar ya. Selama kawan dengan aku, tak ada pula kau keluarkan hujah-hujah kau.” Umairah pandang Salbiah. Menanti jawapan.

“Kau ni, kami baru kawan lagilah,” cepat Salbiah membalas.

Merah mukanya. Malulah tu. memang sekarang dia tengah disunting-sunting oleh seorang
jejaka yang bekerja sebaris dengan bangunan mereka. Bekerja sebagai peguambela. Tapi baru belajar macam mana nak jaga bunga tu. Baru nak kenal baja mana yang sesuai, sukatan air macam mana, keadaan suhu dan cuaca macam mana hendak dikawal. Pokoknya masih di peringkat asas lagi. Ayat pun memang banyak berbunga-bunga. Maklumlah, dalam hati ada taman. Tapi belum lagi sampai jumpa si penjaga bunga.

“Lagipun, kau tu peguam atas kertas saja. Ada degree, tapi tak pandai nak loyar buruk,” dengan selamba Salbiah mencemuh temannya itu. Dia tahu temannya itu tidak akan berkecil hati.

“Kau ni... dah lah. Aku nak pergi beli sarapan ni. Kau nak pesan tak?” tanya Umairah. Beg tangan di dalam laci diambil. Hanya purse jenama Bonia yang ditarik keluar. Yang lain disimpan semula di dalam laci.

“Aik... sejak bila pandai sarapan di luar ni?” penuh tanda tanya Salbiah menyoal. Biasanya, gadis di hadapannya ini akan bersarapan dulu di rumah sebelum ke mana-mana. Tidak betah katanya makan sarapan di luar.

“Bonda tiada. Pagi-pagi dah lesap. Aku malaslah nak sarapan sendiri. Kau nak pesan tak?” soalnya lagi. Umairah tahu ke mana arah tujuan Bonda. Bonda sudah mengkhabarkan semalam. Ada juga mengajak dia ikut serta, tapi dia malas nak campur tangan.

“Bagi aku teh tarik dengan mee goreng saja. Kau bagitahu kat sapi, aku nak telur mata dia sebiji...”

Belum sempat pesanan habis diluah, dia sudah nampak Umairah mengangkat pursenya. Pasti nak kenakan aku lagi lah tu. Cepat-cepat dia mengelak.
Senyuman menguntum di bibirnya bila hanya angin yang disapa oleh purse berwarna coklat itu.

“Kau kalau dah pesan, jangan nak merepek,” jerkah Umairah. Dia sudah melangkah menuju ke pintu utama.

“Apa pula merepeknya. Memang betullah. Oh ya... wangnya kau saja yang keluarkan. Kau yang suruh pesan kan, kau tak cakap nak duit sekali” teriak Salbiah bila melihat kelibat Umairah yang sudah menolak daun pintu.

“Kau nak ni?” soal Umairah sambil menunjukkan tangan kanannya yang sudah dikepal.

Salbiah yang melihat tangan yang diajukan oleh Umairah hanya mencebik. Cis, penumbuk yang rasanya setakat boleh masuk dalam balang kuih itu juga yang dia nak bagi aku. Kalau bagi nasi lemak pagi-pagi ni ada juga faedahnya. Tapi itu hanya rintihan dalam hati sendiri bila matanya mengiringi langkah Umairah yang sudah jauh di seberang jalan.

Friday, October 8, 2010

baik-baik sayang END

salam syawal ke-29

masih raya lagikan? slamat hari raya. kalo ada rezeki, tahun depan baru kita wish semula salam aidilfitri. tak pergi open house ke? cik aa nak singgah open house 2nd bos ari ni.

_______________________

Situasi ketika bercuti aka honeymoon.


“Qis, can I talk to you.”

Sulaiman yang sedang berdiri bergerak sebentar. Dia mengambil angin petang di beranda itu. Tangannya memegang pagar kayu yang mempunyai ukiran grafik yang sangat cantik.

Sekarang ni mereka sedang santai duduk di beranda resort. Merehatka badan sebentar sebelum melakukan aktiviti seterusnya. Semalam mereka telah sampai ke Manukan Islands Resort. Akan dihabiskan cutinya selama dua hari di Pulau Manukan itu. Selebihnya akan dihabiskan di Bandaraya Kota Kinabalu.

Kalau ikutkan perancangannya, dia mahu mereka menjelajah Kota Kinabalu dahulu, tapi Balqis sudah tidak sabar-sabar untuk tiba ke destinasi yang dia canang-canangkan ini sebagai tempat pelancongan yang paling hebat. Diturutkan juga Balqis ke sini. nanti tak jadi pula percutian kalau satu di darat, satu di pulau.

Pagi tadi, Balqis dan dia sudah selamat menunaikan hajat masing-masing. Melakukan aktiviti snorkeling dengan dibawa oleh seorang pemandu pelancong. Suka dia dengan suasana yang ada di depan mata. Tidak salah pilihan percutian Balqis. Tidak sia-sia dia datang ke sini.

Pertama kali menginjakkan kaki ke pulau ini, hatinya sudah terpikat. Matanya tidak lepas memandang pemandangan yang memukau. Membuat hatinya menjadi tenang. Tenang-setenangnya.

Memang nampak keriangan pada wajah Balqis. Terutama kala dia berteriak bila ikan-ikan pelbagai warna berlari berkejaran di sampingnya. Senyuman memang tidak lepas. kalimah syukur pun tidak lekang. Dia tengok Balqis dah macam ikan duyung pula! Saling berlumba dengan ikan-ikan yang ada di dasar laut itu.

“Nak tanya apa?” soal Balqis.

“Adalah.”

Sulaiman mengambil tempat di sisi Balqis. Kerusi berwarna biru itu dijadikan tempat punggungnya mendarat. Balqis di sebelah di kerling sekilas.

“Shot.”

“Saat ni anggap saja Abang as your friend.”
Bicara Sulaiman perlahan. Suasana sore yang hening membuat apa yang dikatanya sangat selamat mendarat di telinga Balqis

Dengar saja kenyataan tu, senyuman Balqis dah lebat. Girangnya hati.

“Forever?” soal Balqis sambil tersenyum-senyum.

“Hei, no! Valid only for today,” cepat Sulaiman membalas. Faham sangat dengan perangai Balqis. Pantang ada peluang, selalu cari kesempatan. Tidak sekali-kali dia mahu jadi sahabat untuk selamanya kepada Balqis. Kalau jadi sahabat merangkap suami dan soulmate, itu dia mahulah.

“Tahu. saja acah,” celah Balqis sambil tersenyum-senyum.
Amboi Balqis, dah pandai main acah-acah dengan En. Hubby nampak. Balqis tersenyum sendiri dengan tindakannya.

“Sejak bila kita kenal?” soal Sulaiman. dia pandang Balqis. Menagih jawapan.

Balqis yang dengar soalan tu jadi hairan. Takkan Sulaiman tak ingat tentang perkenalan mereka. Apa perlunya dia jawab soalan itu?

“Sejak keluar dari perut kot.”
Dijawab juga soalan itu biarpun rasa hairannya lebih mendominasi.

“Suka main-main.” Kali ini hidung Balqis yang jadi mangsa.

“Hei, kalau kawan mana boleh sentuh-sentuh!” ditepis-tepis tangan Sulaiman. kerusi yang tadinya ada jarak, sekarang dah tak ada halangan lagi. Udara pun tak boleh masuk di antara mereka.

“Ini kawan special. Kawan mahram. Boleh main sentuh-sentuh. Lebih dari itu pun boleh,” ujar Sulaiman sambil jungkit kening.
Dia nampak Balqis sudah mencebik. Dia tersenyum seketika. Comel juga Balqis walau keadaan apa pun

“Nak tanya apa tadi?” cepat Balqis soal. Tidak mahu Sulaiman melencong ke arah lain. Nanti makin meleret-leret pula.

“Balqis tahu tak?”

“Tak tahu.”

“Memanglah tak tahu sebab Abang tak bagitahu lagi.”

Sekali lagi hidung Balqis dipicit. Adui, kalau beginilah selalu, memang dia kena tempah satu operation untuk tambah hidungnya.

Balqis jeling Sulaiman. hmm, lelaki ini memang tak boleh diam tangannya. Boleh tak, kalau tiap kali perbualan mereka, Balqis ikat tangan Sulaiman? Ditambah lagi Sulaiman ni lelaki paling leceh yang pernah dia jumpa, siap main tanya-tanya lagi. Kalau terus ke agenda yang hendak dibincangkan apa salahnya. Ini, nak juga main corner-corner.

“Mana boleh kenal dalam perut. Abang keluar awal lima tahun daripada Balqis,”

“Eleh... mengada. Memang betullah, masa Balqis dalam perut, mesti Man dah tahu ibu mengandungkan Qis masa tu,”

“Budak ni, tak nak kalah juga.” Sekali lagi hidung itu dipicit.

“Man, tak maulah macam ni. Asyik hidung Qis saja jadi mangsa. Nanti cacat tau.”

“Kalau cacat pun Man tetap suka,” balas Sulaiman cepat. Dikerling seketika Balqis. Seperti jangkaannya, Balqis pasti mencebik.

“Terus sajalah. Nak cakap apa tadi?” geram sungguhlah Balqis. Sejak tadi berbual, belum ada lagi isu yang sebenar nak diutarakan.

“Sejak Qis kecil lagi, kita sentiasa bersama. Masa Qis lahir, tiap hari Man datang rumah Qis. Man suka sangat tengok Qis masa tu. comel. Kalau menggeliat lagi, memang Man suka sangat. Habis Qis, Man gomol sebab comel sangat. Sampai nangis-nangis Qis abang kerjakan. Ibu dan ayah masa tu tengok saja sebab mereka tau Man takkan apa-apakan Balqis.”

Helaan nafas Sulaiman terhembus perlahan. Dia berhenti seketika bersuara. Menyedut seketika agar udara masuk ke peparunya. Sampai ke pembuluh darahnya. Agar dia dapat bernafas dengan normal.

Balqis yang mendengar jadi jengkel. Apa kes pula ni nak buka hikayat lama. Sejarah silam yang berlaku masa dia bayi. Memanglah dia tak ingat, sebab masa tu dia tak tahu apa-apa lagi.

“Dari kecil, Abang selalu ada di samping Qis. Biar Mamat panggil main, abang tetap nak main dengan Qis. Ke mana Qis pergi, kalau boleh abang pun ikut. Ibu dan ayah pun sampai dah bagi kepercayaan penuh pada abang untuk jaga Qis. abang hantar pergi dan balik sekolah tu bukan siapa-siapa suruh. Abang sendiri yang mahu. Kalau boleh abang memang mahu sentiasa dekat dengan Qis. sampaikan emak dan ayah pernah marah sebab abang nak tidur rumah Qis. tak nak jauh-jauh dengan Qis. bila difikir-fikirkan, abang pun tak tahu kenapa abang buat semua tu. yang ada dalam minda abang hanyalah mahukan agar Qis sentiasa selamat. Sentiasa sihat. Selalu happy.” Nafas Sulaiman kelihatan berat. Bicaranya terhenti lagi.

Balqis hanya memandang ke hadapan. tidak terfikir mahu menyampuk atau menambah. Memang dia akui segala kata-kata Sulaiman. sejak kecil lagi, dia seperti tidak kenal kawan lain kerana hanya Sulaiman yang sentiasa menggendeng di tepinya. Nasiblah dia tak bersikap tomboy seperti sesetengah wanita bila mempunyai lebih ramai kawan lelaki.

“Bila dah masuk sekolah, abang mahu jadi pendamping Balqis. Abang mahu jadi tempat bahan rujuk Balqis. Abang mahu Qis jadikan abang sebagai tempat meminta bantuan. Abang pun tidak faham apa sebenarnya perasaan abang pada Qis. ianya lain. Beza dengan perasaan abang pada mak, ayah dan ibu. Tidak sama dengan perasaan abang pada kawan-kawan abang yang lain. Perempuan atau lelaki. Yang pastinya perasaan tu mahukan abang sentiasa sayangkan Qis. Sampaikan kawan-kawan abang cop abang gay dan anti perempuan. Padahal abang tak adalah benci perempuan cuma hati abang tak terbuka untuk perempuan lain. Balqis yang telah mendahului semua perempuan lain untuk bertahkta dalam hati abang.
Bila masuk sekolah menengah, abang jumpa dengan pelbagai ragam manusia. Abang nampak situasi orang saling bercinta, masa tu baru abang admit. Perasaan abang sebenarnya pada Qis adalah perasaan cinta. Suka dan sayangkan Qis. sebab tu abang makin rasa tak selamat. Sentiasa mahukan Qis ada di sisi abang.”

Balqis jeling Sulaiman bila sudah tidak mendengar suara lagi. Sungguh tak sangka, budak kecil seperti Sulaiman dah pandai cintan-cintun.

“Abang tahu, mesti Qis kata abang ni mengarut. Mengada-ngada. Tapi memang betul, abang memang sayangkan Qis. Kalau boleh, abang nak kahwin dengan Qis selepas abang SPM. Abang nak bawa Qis ke mana saja abang nak pergi. Abang suarakan hasrat abang pada ayah dan emak. Mereka memang tahu tentang perasaan abang pada Qis, tapi mereka langsung tak setuju dengan cadangan abang. Mereka cakap abang dah kemaruk. Tak fikir panjang.”

Memang pun. Bukan setakat kemaruk, tapi gila. Takkan lah aku nak kahwin ketika usia baru mencecah 13 tahun. Sulaiman ni, agak-agaklah. Balqis sudah membebel dalam hati. tapi orang dulu-dulu kahwin ada yang umur 10 tahun!

“Emak dan ayah suruh abang tunggu dulu. tunggu sampai Qis habis belajar dulu. bila Qis dah habis belajar, abang suruh juga emak pergi pinang Qis. Lagipun abang dah lama kerja. Kata emak, kalau tak nak kena tolak, kena tunggu hidup Qis stabil dulu. abang tunggulah hidup Qis ok. Sebab tu abang bagi peluang Qis kerja enam bulan selepas tamat belajar. ibu dan ayah memang support sebab abang dah stabil dan Qis pun dah stabil. Abang memang sukakan Qis. Perasaan abang pada Qis memang bukan main-main. Bila Qis tak nak jumpa abang, abang buat tak peduli sebab bagi abang Qis tetap ratu hati abang. Biar perkahwinan yang akan membuat kita selesa untuk saling mencintai. Biarpun Qis sudah menolak dengan pelbagai cara, abang tekadkan juga hati. abang tak mahu orang lain dulu yang kebas Balqis. Sungguh abang cintakan Balqis. Sayangkan sepenuh hati.”

Kali ini Sulaiman berhenti lagi. Meluahkan perasaan itu bukannya mudah. Semudah kita meminta ibu gorengkan kita telur. Kala ini, perasaannya juga gementar. Telah dikumpulkan seluruh tenaga untuk membantu dia meluahkan segala bebanan perasaannya.

“Qis mungkin tak perasaan, tiap kali Qis perlukan pertolongan, pasti akan ada abang di sebelah Qis. Masa Qis belum sekolah, abang yang selalu ada di sisi Qis. Bantu Qis siapkan mainan jika ada yang Qis inginkan. Layang-layang, batu seremban dan sebagainya. Masa Qis form 1, abang yang bantu Qis siapkan kerja kursus sejarah dan geografi. Bukan abang mengungkit, cuma abang nak Qis sedar akan kehadiran abang dalam hidup Qis. Abang jadi bayang-bayang Qis. Saat ada yang membuat Qis menangis, abang yang akan duduk di sebelah Qis, bantu legakan Qis. Saat Qis jatuh tangga atau jatuh pokok, abang yang tiup luka Qis.”

Sulaiman hembus nafas perlahan. Lega sedikit kerana dapat meluahkan apa yang dikatanya. Sudah bertahun dia menyimpan, rasanya sudah membukit perasaan itu di dada. Makin disimpan, makin membuat dia terbeban. Masanya sudah tiba untuk dia meluahkan segala perkara yang membelenggu minda dan hatinya. Sekaranglah masanya untuk dia meleraikan segala kekusutan.

Sulaiman pandang sebelah. Sejak tadi keadaan Balqis tidak berubah. Masih statik seperti tadi. adakah Balqis tertidur saat mendengar luahan perasaannya? Aduhai, kalau keadaan itu yang berlaku, memang malanglah nasibnya.

“Qis!” panggil Sulaiman.

Bila tiada sahutan, cepat-cepat dia bangkit dari kerusi. Bangun dan menghadap Balqis. Saat itu perasaannya bertambah kalut saat melihat terdapat titisan air mata di tangan Balqis yang sedang mendarat di atas pahanya sendiri.

“Qis kenapa?” soal Sulaiman cepat. Diangkat wajah Balqis yang sedang menunduk itu. Tangan kanannya mendongakkan kepala Balqis agar menghadapnya. Menentang pandangan wajahnya.

“Kenapa nangis ni?” soal Sulaiman lagi. Risau melihat puteri hatinya itu mengalirkan air mata. Perkara inilah yang dia mahu elakkan. Tidak sekali-kali membenarkan Balqis mengalirkan air mata.

“Abang.....”
Hanya perkataan itu yang mampu keluar dari bibir Balqis. Tidak sanggup dia meneruskan kata.

“Qis. Shhuuh... janganlah nangis,” perlahan Sulaiman memujuk.
Dia bangun berdiri. Kepala Balqis dicapai lalu dipeluk perlahan. Dalam keadaan berdiri itu, dia merasakan suatu kelainan. Balqis membalas pelukannya!

Balqis yang tak mampu bersuara hanya diam tak terkutik. Bila Sulaiman memeluknya, dia rasakan hanya itu penyelesaian yang mampu membuat hatinya tenang. Menjadi jawapan untuk setiap pertanyaan Sulaiman. dipeluk erat Sulaiman. kepalanya menjamah perut Sulaiman. di situ dia muntahkan lagi tangisannya.

“Qis, janganlah nangis. Abang memang tak boleh tengok kalau Qis menangis,” sekali lagi Sulaiman memujuk.

Sudah lama rasanya Balqis menangis. Habis basah lencun baju T-Shirt warna biru yang dipakainya itu. Terutama di bahagian hadapan. Dialihkan tubuhnya dari Balqis. Kali ini dia duduk mencangkung pula berhadapan dengan Balqis. Direnung mata yang masih berair itu. Aduhai puteriku, berhentilah menangis. Tangan sasanya mengelap air mata yang turun. Tidak sekali-kali akan dibiarkan air mata itu mengalir dan menjejak lantai.

“Qis, tolong bagitahu abang kenapa Qis menangis. Siapa yang buatkan Qis nangis ni?” laju Sulaiman bertanya.

“Abang... Qis minta maaf,” akhirnya berjaya juga dia luahkan perkara itu. Dalam keadaan terhingut-hingut akibat tangisan, dia dapat juga bersuara. Suaranya menjadi serak ekoran tangisan yang bertandang.

“Kenapa minta maaf ni. Qis tak salah apa-apa dengan abang.” Sulaiman angkat wajah itu memandangnya.

Balqis menggeleng.

“Banyak dosa Qis pada abang,” sekali lagi Balqis bersuara dalam tangisan.

“Qis tahukan abang sangat sayangkan Qis. Terlampau sayang. Perkahwinan kita bukan siapa-siapa rancang. Abang yang nak. Abang sengaja pendam bertahun-tahun untuk miliki Qis. Memang abang akui, untuk miliki Balqis, abang terpaksa korbankan masa bertahun-tahun. Tapi itu memang berbaloi. Memang perlu abang lakukan untuk mendapatkan Balqis. Jadi jangan menangis ya. You are mine and I’m yours,” ujar Sulaiman perlahan.

“Qis tak tahu nak kata apa. Qis tersentuh sangat dengan apa yang abang cakap. Qis terlalu banyak dosa. Qis buta dalam menilai kasih sayang abang. Qis begitu tega membiarkan abang menyulam kasih abang sendirian. Maafkan Qis kerana terlambat menyambut kasih abang,” Balqis bersuara perlahan. Desahan nafasnya juga perlahan. Bagai susah bernafas. Esakan tangisannya sudah tidak seperti tadi. sekarang keadaannya sedikit tenang berbanding tadi.

“Biar lambat asal tak merasa langsung,” usik Sulaiman. hidung Balqis dicuit perlahan.

“Qis minta maaf atas sikap Qis sebelum ini.”

“Tak apa. Abang maafkan.”

“Qis minta maaf. Sebenarnya Qis bukan tak suka abang. Tapi Qis rimas. Abang kalau hal-hal Balqis selalu buat Qis macam budak kecil. Qis yang tak selesa. Qis bukan benci abang.”

“Oh patutpun masa sekolah dulu Qis dah mula dingin dengan abang,” teka Sulaiman.

“Tula. Abang dah jadi king control. Kalah controller dari ibu dan abah,” balas Balqis sambil tersenyum. Sedikit ceria berbanding tadi. sudah tidak lagi bersuara bersama air mata.

“Eh... tu mandat dari ibu dan abah juga tahu. mereka yang suruh abang jaga Qis.”

“Tapi abang melebih-lebih pula.”

“Itu sebab abang sayangkan Qis.”

“Ya.. dulu Qis tak perasan. Patutpun tiap kali Qis bersedih atau menangis, mesti abang ada. kalau Qis rasa susah hati, mesti Qis jumpa abang. Abanglah yang selalu buat Qis kembali tenang.”

“Ya. Sebab abang nak Qis sedar kewujudan abang. Yang akan menghapus segala duka dan luka Qis. Bagi abang, Qis adalah segalanya. Qis sentiasa kena ingat. Abang sentiasa ada untuk Qis. Sebab abang memang untuk Qis.”

Tika malam melabuhkan tirai. Lagu baik-baik sayang sedang berkumandang.

aku tak ingin kau menangis bersedih
sudahi air mata darimu
yang aku ingin arti hadir diriku
kan menghapus lukamu sayang

karna bagiku kau kehormatanku
dengarkan, dengarkan aku


hanya satu pintaku
untukmu dan hidupmu
baik-baik sayang
ada aku untukmu

hanya satu pintaku
di siang dan malammu
baik-baik sayang
karna aku untukmu

Saat kasih Sulaiman sentiasa mekar untuk Balqis, Balqis datang menyambutnya. Tulus permintaan Sulaiman untuk membuat sang puterinya sentiasa dalam kesejahteraan. Pesannya setiap malam agar surinya itu baik-baik, sayang.


*sebenarnya citer ni telah lama tamat. sebab tu aku slalu tulis-'tinggal beberapa bab je lagi' / 'akan ditamatkan d sini.'
jangan salahkan aku sebab lambat upload. salahkn jejari aku yg malas nak publish :)

Wednesday, October 6, 2010

Hantaran (-_-)

lets share together


“Sayang, tengok nih. Cantiknya AlQuran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran” pekik Jamilah kepada Nabil...



“Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli nih” balas Nabil.



Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu AlQuran yang bakal dijadikan hantaran.



“Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab” keluh Jamilah.



“Ala, awak bukan reti pun bahasa arab” jawab Nabil. Tergelak Jamilah. Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.



“Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat” tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an.



“Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid” sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ..



“Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?” pakcik menyoal sambil tersenyum.



“Aa.. aa.. lama dah saya tak baca, pakcik“ teragak-agak Nabil menjawab. Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.



“Kalau gitu, tak perlu lah beli AlQuran kalau sekadar hantaran. Kesian ALQuran. Itu bukan kitab hiasan, dik” tegur pakcik berhemah.



“Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la” tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.



“Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi” cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.



“Ala, besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi” senyum Jamilah mengangkat bungkusan AlQuran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.



“Jangan lupa baca ya” pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut.



“Sibuk je la pakcik tu” Jamilah mengomel.



Nabil kelihatan serba salah. Mungkin ‘terpukul’ dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.



Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja sampai.



“Assalamualaikum semua” ucapan salam Pak Imam bergema.



Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.



“Inikah pengantin hari ini?” tegur selamba Ustaz Saad.



“Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak... usta.. ustazz..” jawab Nabil mengigil. Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.



“Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin” cadang Ustaz Saad. Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib.



Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.



“Ss.. su.. surah apa ustaz?” Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku.



“Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa’d” kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi. Surah Ar Rad



Surah Ar Ra'd



“ Apa benda nih ” detik hati Nabil.



“ Bismillahirrahmaani rrahim.. ALL..MAA.. RIII..!! ” berlagu Nabil.



Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.



“ Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam ALQuran. Adik Nabil, cara bacanya seperti begini : A ’ uzubillahiminnassya itaanirra jim.. Bismillahirrahmanir rahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM... RAA.. ” kedengar suara gemersik Ustaz Sa ’ ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama ALQurannya.



Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya.



“ Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran. Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina ALQuran. Beli ALQuran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim ” tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Sa ’ ad.





“ Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab AlQuran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh AlQuran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan AlQuran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya.. ” penutup Ustaz Sa ’ ad sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.



Hari semakin cepat berlalu..



Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab ALQUran yang menjadi hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari.



Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz Sa ’ ad tiba. Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil. read dis.. Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'When a man dies and his relatives are busy in funeral, there stands an extremely handsome man by his head. When the dead body is shrouded, that man gets in between the shroud and the chest of the deceased.



Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.



Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'



Thereafter he turns to his dead companion and says, 'I am the Qur'an, which you used to read, sometimes in a loud voice and sometimes in a low voice. Do not worry. After the interrogation of Munkar and Naker, you will have no grief.'



Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'



When the interrogation is over, the handsome man arranges for him from Al-Mala'ul A'laa (the angels in Heaven) silk bedding filled with musk.



Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi



Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'On the Day of Judgement, before Allah, no other Intercessor will have a greater status than the Qur'an, neither a Prophet nor an angel.'



Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'



Please keep forwarding this 'Hadith' to all ....because



Sila sebarkan Hadis ini kepada semua ........kerana



Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said:



'Pass on knowledge from me even if it is only one verse'.



'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.'


*kredit 2 Fizah Kadri(thanks)

Tuesday, October 5, 2010

baik-baik sayang 20

“Honeymoon!” terkejut Balqis.

Nasiblah kala itu dia tak minum air kopi yang ada di pegangan tangannya. Baru berniat nak basahkan tekak dengan air kopi tersebut setelah rasa kering sedikit bahagian kerongkong.

Balqis pandang Sulaiman. menagih jawapan. Sungguhlah... dia sangat tidak suka dengan perkataan HONEYMOON. Nak hadapi pun tak sanggup. Kalau begini, lebih baik dia lepak di rumah sahaja.

“Kalau rasa elergik atau fobia dengan perkataan bulan madu tu, anggap sahaja kita pergi bercuti. Ambil angin. Abang dah lama tak pergi bercuti,” terang Sulaiman. dia sudah tergelak dengan tindak balas spontan Balqis tadi. sampai tersedak dengan perkataan bulan madu. Elergik sangat!

Puan Sarah dah pandang hairan pada menantunya itu. Takkan fobia dengar perkataan bulan madu. Sepatutnya orang baru kahwin kalau dengar perkataan bulan madu pasti gembira. Malah siap melompat-lompat lagi. Bukan setakat baru kahwin, pengantin basi pun kalau diajak pergi honeymoon oleh pasangan masing-masing, pasti lebarlah senyuman mereka. Sampai tak tidur malam nak buat persiapan pergi honeymoon.

“Betullah Man. Kamu pun dah lama tak pergi bercuti. Kalau dulu ada juga kamu join konvoi kawan-kawan kamu. Sekarang ni, tak pernah pula emak tengok ke mana-mana. Asyik kerja saja memanjang,” sampuk Puan Sarah.

Risau juga dia dengan keadaan anaknya itu. Terlalu sebati dengan kerja. Hujung minggu pun lepak di rumah sahaja. Kalau teman dia berborak, ok juga. Masalahnya dia lebih rela buat tahi mata. Tidur! Sampai ke petang pula tu. memang tak boleh harap nak temankan dia.

“Qis ada tempat nak pergikah?” soal Sulaiman semula.

Balqis pandang Sulaiman. kalau dia cadangkan, boleh tak orang lain tak fikir dia pergi honeymoon? Anggap sahaja dia pergi bercuti macam yang selalu dia lakukan bersama teman-temannya yang dulu.

“Pergi mana?” soal Sulaiman lagi sambil angkat kening. Sengaja dia soal begitu sebab dia tahu, Balqis punya rencana sendiri untuk destinasi percutian mereka itu. Dari lagak Balqis yang sedang goyang-goyangkan tangan di dagu memang tak syak lagi bahawa gadisnya itu sedang berfikir.

“Jom Port Diskson!”

Adoi.... Sulaiman dah tepuk dahi. Puan Sarah jangan cakap, gelak dia dah terbang melayang-layang. Sampai pegang perut dia gelak. Terhingut-hingut dia ketawa. Encik Salam cuma senyum. Dia pun lucu dengan cadangan tiba-tiba daripada Balqis tu. lepas tu dia dah geleng-geleng kepala.

“Balqis ni, tak ada tempat lain kah dalam otak tu. cubalah bg cadangan lain. Ini, asyik Dickson-Dickson sahaja,” sampuk Puan Sarah.

“Aah Qis, tempat tu, hari-hari pun boleh pergi. Cadanglah tempat lain. Pangkor, Bukit Tinggi, Desaru, Cameron Highland,” cadang Sulaiman pula.

“Atau Qis nak pergi jumpa sesiapa di sana,” celah Encik Salam.

Dia pandang Balqis seketika sebelum angkat kening tengok Sulaiman. saja main-main. Nak gurau dengan anaknya itu yang dilihat terlebih menjaga Balqis. Memang macam tu kot kalau orang dilamun cinta.

Sulaiman dah jengilkan mata. Ayahnya itu pandai pula nak buat darah dia naik sedikit. Kalau betullah Balqis nak jumpa seseorang, memang dia kena tempah keranda awal-awal.

“Betullah. Dia nak jumpa ibu ayah dia,” sambung Encik Salam semula. dia sudah tersenyum-senyum melihat reaksi anaknya itu. Cepat sangat kalut. Terutama kalau hal-hal yang berkaitan dengan Balqis.

“Tak mau-tak mau. Cadang nama lain,” cepat Sulaiman membantah. Tanganya ditolak ke awan. Tanda menolak.

“Nak pergi mana ya?” soal Balqis perlahan. Tangannya diletakkan di dagu.

Penat juga rupanya nak fikir destinasi untuk Cuti-Cuti Malaysia ni.

“Ha!” keadaan yang tadi hening jadi meriah tiba-tiba bila Balqis teriak secara mendadak.

“Qis!” serentak suara Puan Sarah dan Sulaiman bergema di ruang tamu itu. Memecah suasana malam.

“Opps... Sorry. Sorry. Exited sangat,” ujar Balqis sambil mengatupkan tangannya di awan-awan. Senyuman dilemparkan tanda kemaafan. Sedar dengan kesalahan diri yang telah dia lakukan secara tidak sengaja tadi. berteriak sampai semua yang ada di situ terkejut badak.

“Minta maaf ya semua. Hari ni Qis nak cadangkan tempat yang seronok sikit. Hmm.. awak, kalau kita seberang laut bolehkah?” tanya Balqis kemudian. Dia toleh Sulaiman yang duduk di sebelahnya.

Nanti kalau dia cadang, ditolak juga, baik tanya dulu. nanti buat habis air liur saja bagi cadangan.

“Qis dah pasport ke?” tanya Sulaiman semula. dia juga memalingkan tubuhnya ke arah Balqis yang duduk bersamanya di sofa berangkai tiga itu.

Balqis hanya mengangguk.

“Nak pergi mana?” tanya Sulaiman cepat.

“Dalam Malaysia saja.”

“Oh... Sabah atau Sarawak?” cepat Sulaiman tangkap keinginan Balqis.

“Kita pergi cuti di Sabah lah. Terutama Kota Kinabalu,” jelas Balqis sambil tersenyum. Tak sabar nak jejakkan kaki ke Sabah, negeri di bawah bayu.

“Boleh juga,” setuju Sulaiman.

“Qis nak pergi pulau Manukan.”

Balqis sudah tenggelam dengan apa yang dicadangkannya tadi. sudah lama dia berhasrat untuk ke Pulau Manukan iaitu salah sebuah pulau yang berhampiran dengan Kota Kinabalu.

Tergambar di fikirannya akan Taman Marin Tunku Abdul Rahman yang sedang menantinya. Destinasi yang akan dijejakinya dengan menaiki bot lebih kurang tiga puluh minit. Balqis bagai ternampak-nampak segala ikan-ikan di Pulau Manukan yang melambai-lambai padanya. Pulau yang kaya dan berwarna-warni dengan segala habitat dan hidupan marin yang boleh ditemui di sana. Tak sabarnya nak jejakkan kaki ke sana.

Dia bukannya teringin sangat pun nak join aktiviti pantai macam berkayak, banana bot dan sebagainya. Sebab semua itu dia selalu buat di pantai Port Dickson. Tapi paling dia tunggu adalah aktiviti diving dan snorkeling. Melihat sendiri dengan matanya segala hidupan laut yang ada di sana. Masih belum tercemar lagi.

Nampaknya impiannya untuk bercuti di Kota Kinabalu akan terlaksana. Dia akan mengelilingi pulau yang ada di sana. Air yang jernih sampai boleh nampak ke dasarnya membuat dia geram setiap kali dia browse internet tentang tempat-tempat tersebut. Bagai mengamit-gamit dia datang ke sana.

“Qis!” sulaiman sudah menggerak-gerakkan tangannya di hadapan Balqis. Bila tiada respon, dia mengengsot sedikit sehingga pahanya dan paha Balqis saling bersentuhan. Tangannya menyentuh lengan Balqis. Ingin menyedarkan Balqis yang sedang terbang nun jauh di bawah sana.

Terkejut Balqis dengan sentuhan yang tiba-tiba itu. Terundur ke belakang dia sehingga belakangnya menyentuh sofa.

Sulaiman, Puan Sarah dan Encik Salam masing-masing tersenyum dengan telatah Balqis. Suka sangat termenung. Kalah aktiviti ikan termenung!

“Dah sampai mana?” Soal Sulaiman.

“Pulau Manukan,” jawab Balqis sambil tersengih. Tahu dirinya diusik saat itu.

Entahlah macam mana nak hilangkan habit ni. Dia dah jadikan hobi permanent berkhayal ni. Syok beb!

“Ok, minggu depan kita ke sana,” putus Sulaiman. dia perlu menguruskan cutinya di pejabat dulu.

Air di atas meja dicapai dicapai Sulaiman. Air itu dihirup perlahan. Biarpun sudah tidak panas, ia tetap mampu masuk ke dalam kerongkongnya. Tengoklah, dia sudah semakin terpikat dengan hasil buatan tangan Balqis. Kopi ini begitu nikmat dirasakan. Langsung masuk ke tenggoloknya. Memang sedap!


*sunyi sepi ofis coz kwn outstation g paris. boringnya

Friday, October 1, 2010

hidup ini

Assalamualaikum.
Smoga kesejahteraan melimpah ke atas kita semua.

Aku tahu, lama korang menantikan entrykan? Apatah lagi citer BBS. Sory sangat.(don worry, citer tu memang akan tamat-tak lama lagi insyaAllah)
Sekarang aku gunakan balik fungsi asal blog ni. Tempat aku luah dan coret segala benda. Kira macam tempat curhatlah.

Hidup aku skarang dah kembali sibuk. Bila saja hujung bulan mnjengah, perkataan tenang sudah tak terasa. Apatah lagi melihat kalendar yang bagai tak sabar-sabar nak menjengah akhir tahun. Rasa seram pula nak hadapi sebab masa tu kerja aku akan jadi membukit. Setinggi everest mungkin(bebannya-hiperbola kan?).
Kerja.. kerja...kerja...

Lagilah aku tak tenang bila cuti aku hingga akhir tahun cuma 2 minggu. Tak sama macam orang lain.... aku tak sukaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Padahal dah set nak p ronda2, shoping di Sogo(sambung dalam mimpi jelah)

Bila sudah begini, rasa nak retire terus. Bukan retire menulis, tapi pencen kerja. Nasiblah bapa tak kaya. Nasiblah status cuma kuli batak. Nasiblah baru setahun kerja. Nasiblah... nasiblah...
Hmmm...nasiblah aku masih hidup dan sihat walafiat biarpun semenjak kerja ni selalu saja tak sihat(ujian kecil ni!).
Bila aku tengok bawah katil, jumpa penimbang. trylah timbang, wau amazing-turun 2 kg. Maknanya kalau nak turunkan berat badan kena sibuklah..hahaha...
(sblm tu cik ida cakap: napalah kau beli penimbang tu, kau tu tak perlu pun penimbang)
Tidur pn jadi terganggu. Susah nk lelap mata sebab banyak benda kna fikir.

Fesbuk pun aku cuma sempat jeling saja. Bila aku tulis kat wall “miss my fesbuk. Miss my game” kengkawan da sibuk gelakkan aku(gelak sebab dorang boleh main game puas2 & nama aku akan jatuh ke tangga terbawa dah)

Huhuhu.... bila dalam keadaan macam ni, aku tengok citerlah. Layanlah citer2 yang aku tak sempat tengok sebelum ni(lagenda budak setan, harry potter, alice wonderland, dragonball:evo). Sambil2 siapkn kerja(slalunya, keje akn terabai dgn sndirinya...hehehe)

Bukan tak nak menulis lagi. Bukan tak nak sambung citer. Tapi tulah...
SIBUK sikit.
Aku menulis sebab aku minat. Sebab aku suka. Sebab nak bagi orang terhibur. Sebab aku suka bila orang suka baca tulisan aku. Cumanya, bila aku tak tenang, bila jiwa kacau-bilau, aku tak buka folder citer aku. Aku tak sanggup nak tengok citer yang tak ending lagi sebab aku sedih tangan aku tak mampu nak taip untuk sambungannya. Sebab aku tak ada idea nak taip apa. Sebab aku tak tahu nak tulis apa. Nanti aku merapu, jadi pahit pula citer tu. tak ada inti.
Sebab tu aku takut nak masuk kat forum. sebab citer KASMARAN aku langsung tak taip apa-apa. Nak buka file tu pun aku x berselera. Sebab aku tahu nak buat cam mna.

“cik aa, kami nak datang beraya ni”
“raya dah habislah”
“Belumlah. Apalah kau ni, raya ada lagi minggu depan.”
“Ada lagikah. Tapi raya aku dah habis”
“banyak saja alasan dia.”
“Tak payahlah datang. aku puasa ni” jahat tak cik aa.
“ala nak datang juga.”
“Hmm.. datanglah. Tapi aku tak nak korang lama-lama kat rumah aku. Aku nak tidur” siap bagi amaran lagi.
Akhirnya datang jugalah tetamu yang undang diri mereka sendiri.
Tak prepare apa pun. Air pun, aku suruh kawan yang rasa. Kuih muih yang masih banyak aku hidang + extra aku bagi jagung rebus.

insyaAllah, jika aku sudah lapang, aku akan sambung citer yang masih tergendala. Jika mr.ilham dah datang, akan aku rajinkan untuk taip segala citer yang tertunda.

Salam sayang smua. Sorry.

Baik-baik sayang - 19

Balqis bosan. Sudah sebulan dia dihantar pergi dan balik. Perjalanan yang jauh. Tapi tiada rungutan tukang driver. Tiada songehan dari tukang bawa. Yang banyak bising cuma orang yang bernama Balqis.

Siapalah yang sampai hati nak dera orang macam tu. balqis memang simpati. Kasihan sangat dengan En. Tukang bawa pergi kerja tu. sudahlah kena bertolak awal pagi, lepas tu sampai ke rumah dah hampir tengah malam. Siapa sanggup nak buat macam tu setiap hari? Balqis tak sanggup. Cuma hujung minggu sahaja yang ada masa untuk berehat. Mana cukup.

Lagipun Balqis kesian sangat dengan Mr. Husben. Tukang bawa kereta. Biarpun tiada sebarang rungutan yang timbul dari bibir orang tu, namun dia tetap ada hati dan perasaan. Dia tetap ada sifat kemanusiaan. Biarpun dia tak berapa suka dengan orang tu, tapi dia tetap anggap orang tu adalah suami dia. tak perlulah lebih-lebih nak menyusahkan pula.

Keadaan ini membuat Balqis jadi serba salah. Bila dah jadi macam ni, maka Balqis dengan rela hati memutuskan untuk berhenti bekerja. Lagipun dia tak mahu dianggap kejam. Biarlah kerja yang dia dah sebati tu ditinggalkan. Nanti akan ada juga yang menanti di hadapan.

Sudah sebulan juga dia tinggal di rumah keluarga mertuanya. Memang seronok duduk dengan keluarga ini. keluarga yang lansung tak anggap Balqis sebagai menantu. Tapi macam anak perempuan. Puan Sarah memang happy sangat bila Balqis melangkah masuk ke rumahnya. Sekurang-kurangnya dia punya teman untuk melakukan aktiviti bersifat keperempuanan.

Masalahnya, semua aktiviti itu dilakukan hujung minggu sahaja. Masa lain memang tak dapatlah sebab menantunya ini akan bekerja.

Sebab tu Balqis memberi keputusan nekad. Minggu lepas dia dah hantar surat berhenti kerja. Maka hari-hari yang berlalu sekarang ni adalah seratus peratus di rumah kecuali Mr. Husband yang bawa dia keluar. Dia belum punya teman di sini. tapi yang seronoknya, Mr. Husband selalu bawa dia keluar. Tengok wayang, window shopping, beli barang dapur dan sebagainya. Seronok lah juga. Kurang sikit rasa bosan bila dah berhenti kerja.

Minggu depan Balqis akan pindah rumah Sulaiman. rumah yang dibeli oleh Sulaiman itu dah siap. Balqis tak pernah lagi menjejakkan kaki ke sana.entahla. tak teringin pun nak pergi jenguk. Entah macam manalah rupa rumah tu. harap-harap adalah rupa rumah orang. Jangan rumah orang utan sudah!

Balqis letakkan beberapa potongan kek strawberi di atas meja. Kek yang dia berusaha buat petang tadi hasil tunjuk ajar Puan Sarah. Memang menjadi juga kek yang dia buat tu.Sedap!

Sudah berhari-hari dia belajar membuat kek. Bukan setakat buat kek, memasak dan aktiviti keperempuanan yang lain pun dia tengah belajar. ada juga baiknya dia ikut Sulaiman tinggal di rumah ini. paling baik, sebab dia dah berhenti kerja jadi dia ada masa untuk belajar semua pembelajaran tentang rumah tangga. Rasanya kalau tinggal di rumah ibu, masak nasi pun boleh lembik lagi!

Memang diakui, Balqis adalah antara wanita-wanita yang amat jarang turun ke dapur. jarang sebab kurang masa dan rasanya belum sesuai lagi jadi asistent ibu di dapur. Lagipun amat jarang dia memasak. Kalau masak pun sebab ibu jalan pergi mana-mana. So, dia dan Amar akan mulakan operasi. Apalagi, masak maggielah!

Hirisan kek yang berwarna kemerah-merahan itu nampak menarik. Belum sempat pun capai lantai mejadi ruang tamu itu, Sulaiman terlebih dulu mengambil sepotong. Kepingan itu lantas dimasukkan ke dalam mulutnya. Memang sedap. Perasa strawberi yang macam selalu emak buat. ada peningkatan nampak!

Sulaiman pandang Balqis yang sedang duduk di sebelahnya itu. Gadis itu dilihat sedang mengagih-agihkan cawan yang berisi kopi kepada emak, ayah dan untuk dia sekali.Dia boleh tersenyum bangga sekarang. Apa taknya, sang puteri sudah melakukan tanggungjawab dengan sebaiknya sebagai isteri. Pandai masak dan sudah pandai urus rumah tangga dengan cemerlang. Suka hati Sulaiman dengan segala perubahan yang berlaku. Dia tidak menyangka sebenarnya akan perubahan ini.

Ruang tamu yang dulunya hening kini tambah ceria. Kalau dulu hanya suara dari peti televisyen yang menjadi pemecah suasana, namun kini, sudah ada pertambahan ahli. Tiap malam, pasti akan ada acara berkumpul sebegini selepas makan malam. Tengok tv bersama sambil bercerita tentang hari yang berlalu pada siang tadi.

“Qis ada tempat nakpergi melancongkah atau nak pergi jalan mana-mana?”

Suasana yang tadinya hanya berkisar tentang dunia kewanitaan dan pekerjaan tiba-tiba sudah beralih topik. Sulaimanlah yang membuka subjek baru untuk perbincangan mereka di situ.

Sulaiman pandang Balqis. Dia menagih jawapan daripada Balqis. Mengharap Balqis memberi respon dengan pertanyaannya tadi.

Telah lama sebenarnya dia hendak suarakan tentang hal itu. Namun kekangan masa telah membuatkan dia sentiasa lupa. Ini semua sebab dah terlebih makan semut. entah berapa ekor yang berjaya masuk ke pembuluh darahnya sampai dia menjadi seorang yang pelupa. Mungkin hari ini tak ada seekor pun semut yang berjaya sampai ke otaknya sampai dia boleh ingat balik perkara yang telah lama berkubur dalam medula oblagatanya.

“Pergi mana?” soal Balqis. Dia pun pandang Sulaiman.

Hairan juga dia, tak ada ribut, tak ada banjir, tak ada guruh, tiba-tiba sahaja persoalan ini timbul. Sulaiman nak ajak dia pergi jalan-jalankah?

Amboi Balqis, perlukah segala ribut dan banjir untuk utarakan persoalan pasal percutian ini?

“Mana-manalah,” balas Sulaiman sambil angkat kening.

Dia tidak tahu destinasi yang ingin Balqis tujui. Biar Balqis sendiri yang putuskan ke mana destinasi Cuti-Cuti Malaysia mereka. Dia hanya mengikut sahaja.

“Hmm... pergilah Qis. Kamu memang sepatutnya honeymoon. Dah lama kamu kahwin, tapi tak pernah pun pergi bulan madu.” Tiba-tiba Encik Salam menyampuk. Pandanganya tertumpu pada Balqis yang sedang duduk selang dua sofa darinya.

“Honeymoon!” terkejut Balqis.

*enjoy reading. sory lmbat uplod