Tuesday, August 31, 2010

LARA RINDU

salam ramadhan yang ke-21 & selamat hari merdeka

segala puji hanya bagi DIA. hanya DIA yang maha sempurna
semoga kita semua mendapat rahmat-NYA melalui pertemuan dengan miss lai(lailatul qadr)



perginya bukan untuk tidak kembali
datangnya bukan untuk bersua kembali
tapi pertemuannya membuat dia terasa ingin kembali


Lara Rindu

Amanda Aniqah
RM 23.90
ISBN: 978-967-5489-76-1
~640 hlm
Bahasa Melayu

Kastia suka kepada kehidupan, apalagi dalam dunia pelajaran. Misinya adalah Long Life Learning (Belajar Sepanjang Hayat). Bukan macam polisi temannya, Chinta, 3L iaitu Long Life Love. Loveaholic. Atau macam etika Makhluk Perosak, Long Life Work. Memang Workaholic. Langsung tidak ceria hidup. Anjakan terbesar dalam catatan hidupnya adalah perkahwinan. Ia wujud bukan atas cinta. Tanpa wasiat, tiada tangkap basah.Tiada kontrak perkahwinan keluarga atau ‘family arrange’. Dia pun tidak tahu macam mana perkahwinan ini boleh terjadi. Menghairankan! Bila rahsia terbongkar, lara hatinya dibawa terbang jauh. Langsung tidak menoleh ke belakang walau rindunya mengundang lara.

Tarikh Terbit: 1 Sep 2010

-----------------------

sedikit coretan

Alhamdulillah. puji-pujian hanya bagi DIA kerana memberi kesempatan kepada cik aa untuk mencoretkan sesuatu untuk tatapan bersama.tidak sangka, akhirnya jemari ini telah selamat melahirkan sesuatu yang telah lama hanya tersimpan dalam minda(thanks to publisher too)

pembikinan novel ini ditulis sekitar tahun 2008 dan siap sepenuhnya pada awal tahun 2010(ceh macam pembikinan filem pla). asimilasi dari dua dunia kehidupan cik aa. zaman belajar dan zaman bekerja.

lama juga ia terperap dalam lappy. bila ada masa terluang, barulah jemari ini mengukir kata. kadang-kadang sampai berbulan-bulan cik aa tak buka lara rindu ekoran kekangan masa.

tak terjangkau difikiran kerana cik aa mampu merealisasikan ia dalam nyata.apatah lagi sekarang ni, skop kerja membuat minda dan fizikal cik aa tertumpu 100% ke arahnya. kesibukan melanda membuat diri semakin jarang mengungkap apa yang banyak terlakar di minda. tidak berkesempatan untuk dicoret.

syukurlah mini2 novel sempat cik aa kudratkan tangan untuk menaip. nasib ia sudah bermula, ikutkan yang sebenar, mungkin ia tak akan berakhir. tapi tulah, selagi ia tak berakhir fikiran cik aa pula yang tak tenang. sebab tu cik aa buat sehabis daya untuk memastikan ia sampai ke penamat(rasa macam berhutang pun ada)

cik aa minta maaf andai apa yang anda inginkan tidak sama dengan apa yang telah cik aa sampaikan pada novel ini. maklumlah.. pertama kali cuba...pasti tidak sempurna kerana kesempurnaan hanya ada pada DIA. cik aa cuma mampu perbaiki diri untuk menjadi insan yang lebih baik.

-ya ALLAH, KAU pertemukan kami dengan ramadhan. KAU pertemukan kami dengan lailatul qadr. YA ALLAH, kami memohon keredhaan-MU dan syurga-MU

Friday, August 27, 2010

Baik-baik sayang - 13

salam jumaat semua..
smoga kesejahteraan sentiasa bersama kita

Sulaiman bangun daripada pembaringannya. Tadi dia hampir terlelap. Bila mendengar bunyi pintu bilik air terbuka, secara spontan juga matanya menjadi segar. Hilang rasa mengantuk. Apatah lagi matanya dihidangkan dengan sesuatu yang di luar dugaan.

Dia mendengar nyanyian perlahan Balqis. Itu dia tak hairan sangat. Malah disambungkan lagi rangkap nyanyian seterusnya. Dia memang suka dengan lagu tersebut. Selalu dipasangkan mp3nya dalam kereta.

Tapi yang paling membuat dia terpegun adalah melihat sang puteri yang hanya berkemban dengan tuala. Tuala yang berwarna hijau cair itu hanya menutup ruang tertentu hinggalah ke paras paha. Seksi beb!

“Assalamualaikum,” sapa Sulaiman perlahan. Dia mengengsot perlahan di atas katil. Bergerak hingga ke hujung katil.

Sulaiman tergelak kecil bila tidak mendapat sebarang respon daripada Balqis. Salamnya langsung tak berbalas.

Hai Qis, takkan terkejut badak sampai koma kot. Cepat-cepat Sulaiman bergerak dari katil. Dia mendekati Balqis.

“Qis,” perlahan nama itu disebut. Tangannya mengawang-gawang ke hadapan wajah Balqis.

Balqis yang terkejut dengan panggilan itu tersedar. Tambah terkejut dia dengan kehadiran Sulaiman depan matanya. Sangat hampir. Tak sampai dua inci pun wajah Sulaiman di hadapannya.

Tadi dia terkejut sebab tak sangka Sulaiman akan datang. sekarang tambah terkejut lagi dengan kehadiran lelaki itu di depan matanya. Sangat rapat. Sampai nak kelip mata pun dia takut.

Akibat terkejut yang teramat, Balqis terundur ke belakang. Pengundurannya sangat strategik apabila dia selamat bersandar pada almari yang ada di belakangnya. Secara spontan dia melakukan tindakan itu. Nasiblah tak jatuh terus ke lantai. Kalau tak memang dia akan membuat tayangan perdana.

Sekarang ni kakinya tak boleh bergerak. Kaku kena paku di lantai. Nak melangkah rasanya tak terangkat kaki. Mulut memang langsung tak boleh keluarkan suara. Apa yang Sulaiman cakap tadi langsung tak tercerna oleh mindanya. Blur. Kehadiran Sulaiman yang secara tiba-tiba betul-betul membuat dirinya macam kena strok. Hilang upaya untuk bergerak.

Tangan sebelah kanan memegang tuala yang dirasakan mahu terlucut. Tangan kiri berusaha semaksima mungkin untuk menampung tubuh agar tidak tumbang. Memang perasaan dan fizikalnya sekarang ni kalau boleh biar rebah sahaja. Biar pengsan terus sebab terkejut yang amat sangat. Tapi kalau betul-betullah dia pengsan, memang dia tidak akan mampu untuk bayangkan apa yang akan terjadi. Sebab itu dia kerah sepenuh tenaga untuk tidak pitam atau jatuh sekarang.

Janganlah tuala ni nak buat show malam ini. Janganlah kau jatuh. Janganlah lelaki itu melakukan tindakan yang di luar dugaan. Panjang doanya dalam hati.

Ya Rabbi, kenapa dia boleh ada depan aku sekarang. Dalam keadaan yang tak patut pula tu. Berulang-ulang dia mengucap. Cuba mengembalikan diri ke alam nyata.
Memang selama ini dia tidak pernah bersalin pakaian depan Sulaiman. Dia lebih rela bertukar di dalam tandas. Malah, kalau ada Sulaiman dalam rumah atau dalam bilik ini khasnya, dia lebih selesa mengenakan seluar panjang dan kemeja-T kalau boleh, yang lengan panjang.

“Qis sihat?” soal Sulaiman perlahan. Langkahnya juga perlahan.

Perlahan-lahan dia menghampiri Balqis yang ada di hadapannya.

“Si.....hat,” tergagap-gagap Balqis membalas.

Entah sejak bila pula dia sain agreement dengan persatuan gagap sedunia ni. Tiba-tiba sahaja lidahnya jadi tak petah bicara. Jadi tak tahu nak membalas. Padahal soalan Sulaiman tu amat mudah untuk dijawab.

“Baru abang tahu kalau isteri abang ni ada masalah pertuturan,” ujar Sulaiman sambil tersenyum.

Sengaja gurauan itu dihadirkan. Dia tahu akan kekalutan Balqis. Tapi dia buat tak peduli.

Balqis yang mendengar tidak mampu membalas. Hanya kutukan membukit sedang membengkak dalam hatinya. Sungguh dia benar-benar tidak suka dengan keadaan yang sedang dia hadapi kini.

“Tepi.” Tangan kiri Balqis mengagau mencari jalan keluar. Cuba ditepis tubuh Sulaiman yang sedang menghalang laluannya.

“Kalau abang tak mahu,” balas Sulaman sambil tersenyum.

Dia semakin mara ke hadapan. Kakinya sudah bersentuhan dengan hujung kaki Balqis. Kedua tangannya di depakan ke hadapan. Tangan kanan menjangkau ke belakang. Menyentuh almari. Begitu juga dengan tangan kiri. Tapi kedua tangan itu saling tidak bersentuhan, hanya menyentuh almari yang ada di belakang.

Balqis sudah kalut. Dia yang terkurung di tengah-tengah memang tak boleh berbuat apa-apa. Kalau dia mengGanas, tidak mustahil tuala yang cuba dipertahankan agar tidak terlucut akan terlepas dari pegangannya. Tangan kiri sedaya mungkin menolak tubuh Sulaiman.

Wednesday, August 25, 2010

baik-baik sayang 12

Sulaiman ketuk pintu bilik itu perlahan. Bila tiada respon, dia ketuk lagi. Kali ini lebih kuat. Siap memberi salam lagi. Namun masih seperti tadi. Tiada balasan dan tiada tanda-tanda akan dibalas.

Takkan tak ada orang pula. Tapi dia nak ke mana malam-malam macam ni. Sulaiman membuat andaian sendiri.

“Masuk saja Man. Dia ada di dalam tu. Jangan-jangan dah tenggelam dalam lautan mimpi.” Tiba-tiba sahaja ibu mertuanya tercengat di tepi pintu.
Terkejut sebentar Sulaiman dengan kehadiran yang tiba-tiba itu. Tidak sedar Sulaiman dengan kehadiran ibu mertuanya itu. Macam Chipsmore, tadi tiada, sekarang ada pula tiba-tiba. Sungguh magik.

“Buka sahaja. Biasanya dia bukan suka kunci pintu bilik. Selalunya dia suruh ibu kejutkan dia pagi-pagi,” terang Puan Mariam lagi bila melihat menantunya itu masih dalam keadaan keliru. Masih teragak-agak untuk masuk ke bilik sendiri.
Aduhai Sulaiman, awak tu bukannya nak masuk bilik dara orang, tapi nak masuk bilik isteri sendiri. Kenapalah perlu berfikir panjang. Puan Mariam hanya membebel dalam hati. Menggeleng sebentar dia melihat telatah menantunya itu. Macam pengantin perempuan yang takut masuk bilik pada malam pertama pula.

Sulaiman yang mendengar saranan ibu mertuanya hanya mengangguk. Berura-ura untuk melakukan apa yang disuruh seperti kata ibunya tadi.

Dia memutar tombol pintu. Memastikan keadaan pintu yang sebenar. Sama ada berkunci atau tidak. Bila dia putar dan pintu terputar bila dia tolak, Sulaiman sudah tersenyum. Hai Qis, dah besar panjang pun masih suruh ibu juga yang kejutkan. Tak kunci pintu pula tu. Bahaya ni! Nanti time buat pojek kena serbu, memang nahas! Sulaiman sudah tersenyum dengan andaiannya sendiri. Aduhai Sulaiman, jauh juga kau mengalamun. Benda yang tak pasti pula tu.

Sulaiman selamat masuk ke dalam bilik Qis. Keadaan bilik itu masih sama seperti yang dia tinggalkan lima hari lepas. Beg pakaian diletakkan di tepi pintu. Di atas katil ada beg tangan warna coklat. Pasti Qis baru balik kerja.

Dia tercari-cari ke mana hilangnya tuan punya bilik. Ingatkan dah tidur, selamat belayar ke lautan mimpi seperti kata ibu mertuanya. Tapi tiada pula batang tubuh yang dicari itu di atas katil.

Sulaiman melangkah mara ke hadapan. Bila terdengar desiran air dari tandas, nafasnya terhembus lega. Baru mandi minah ni. Lambat pula dia mandi. Aku baru cadang nak mandi.

Sulaiman mengambil beg pakaian di tepi pintu. Nasiblah dia sudah solat Maghrib masa dalam perjalanan, kalau tidak mesti dia akan tertinggal solat. Sekarang ni misinya adalah mandi. Badan sudah melekit setelah perjalanan hampir sejam dari rumah emaknya tadi.

Beg di tepi dicapai. Tuala dikeluarkan. Beg itu diletakkan di tepi katil. Nanti-nantilah aku kemas. Bisik Sulaiman perlahan. Dia menjatuhkan tubuhnya di atas katil. sementara menanti minah tu keluar dari tandas, baik aku rehatkan tubuh badan yang letih ni kejap.

hanya satu pintaku
di siang dan malammu
baik-baik sayang
karna aku untukmu

semua keinginan akan aku lakukan
sekuat semampuku, sayang
karna bagiku kau kehormatanku
dengarkan, dengarkan aku

Balqis masih menyanyi kecil. Sepertinya ada yang menyambung nyanyian untuk rangkap seterusnya. Tapi dia tak ambil peduli. Anggapannya itu hanya suara radio dari jiran sebelah. Jirannya itu memang suka melalak. Macamlah dia saja yang ada set hi-fi macam tu. Bergegar satu taman.

Suaranya yang perlahan kedengaran memenuhi ruang kamar setelah dia keluar dari kamar mandi. Tangannya masih memegang tuala kecil dan setia mengelap rambutnya yang dibasahkan. Lega terasa setelah bersiram. Tubuh rasa lebih selesa dan segar. Tuala kecil yang berwarna hijau itu setia dilekapkan di kepala. Senada warnanya dengan tuala separas paha yang membalut tubuhnya saat itu. Sedikit mengigil tubuhnya yang separa terdedah itu setelah disirami dengan air dingin yang menyegarkan.

Langkah Balqis terus menuju ke sudut bilik. Ingin mengambil baju tidur. Bila kakinya terasa tersepak akan sesuatu, cepat-cepat dia alihkan tuala dari kepalanya. Rambutnya ditebak ke belakang. Matanya melilau ke bahagian bawah.
Terkejut dia bila terlihat sesuatu di atas lantai. Matanya membuntang. Nafasnya kedengaran berat. Jantungnya seakan hendak pause.

Macam kenal. Ini bukan beg mamat yang dah jadi suami akukah? Balqis meneka perlahan.
Kepalanya diangkat. Tertoleh-toleh. Mencari tuan punya kepada beg tersebut. Bila matanya sudah menangkap apa yang dia cari tadi, matanya tambah membesar. Terkejut. Lidahnya pun terkelu. Langkahan kakinya jadi kaku. Seolah-olah di paku di atas lantai itu.

Tuesday, August 24, 2010

Baik-Baik Sayang 11

Balqis menyanyi riang di dalam tandas. hari ini semua kerja terlaksana dengan jayanya. Jadi, dia tidak perlu fikir-fikir sampai bawa ke rumah.

Dia baru sahaja sampai ke rumah ketika jam menunjukkan pukul sembilan malam. Belum terlalu malam untuk dia balik rumah. Dan bukannya terlalu lewat untuk dia balik.

Tadi selepas balik dari kerja, dia dan beberapa teman sepejabatnya ada keluar berfoya-foya selepas waktu bekerja. Hmm... perkataan berfoya-foya yang sinonim jika dia dan rakannya melakukan aktiviti yang mereka sukai seperti tengok wayang, makan ramai-ramai, shopping, main boling, karaoke dan sebagainya. Bukan seperti yang biasa yang dilakukan oleh perempuan di luar yang menggendeng lelaki, masuk pub, minum arak dan yang seangkatan dengannya.

Bagi Balqis dan rakan-rakan, begitulah cara mereka berfoya-foya atau menceriakan hidup masing. Tidak memberi sebarang kesan negatif kepada semua pihak. Yang penting, semuanya puas hati dan terhibur dengan segala aktiviti yang telah mereka lakukan.

Balqis, Zainab, Munirah dan Saffiya baru sahaja menghabiskan masa di mall. Sama-sama jamu mata dan melapangkan minda setelah penat bekerja seminggu. Tengok wayang kemudian makan di secret recipe.

Bukannya tidak boleh keluar pada hujung minggu. Tapi mereka memang sudah sepakat untuk membuat sebarang aktiviti di luar hujung minggu. Hujung minggu memang diperuntukkan untuk berehat dan kemas rumah. Waktu yang sepenuhnya digunakan bersama keluarga.

Baru saat ini Balqis merasakan dirinya sedikit merdeka. Maklumlah jadi bujang balik. Tak ada pak pacak yang perlu tahu semua aktivitinya dan melarang dia melakukan segala perkara yang dia suka. Lagipun dia sudah meminta izin untuk semua itu. Awal-awal lagi dia dah cakap pada sang suami.

¡°Awak, lepas ni, saya nak lakukan semua aktiviti yang biasa saya lakukan. Saya nak minta kebenaran awal-awal untuk semua yang akan berlaku dan telah berlaku. Saya nak minta maaf jika ada kesalahan yang akan saya lakukan selepas ini,¡± panjang permintaan Balqis

¡°Amboi Balqis, banyaknya minta izin. Siap minta maaf lagi,¡± balas Sulaiman cepat. Tersenyum dia dengan telatah Balqis. Tak pernah lagi dibuat orang, pengantin baru minta kebenaran untuk perkara yang akan datang.

¡°Yalah. Manalah tahu saya nak keluar rumahkah, kawan ajak jumpakah, atau ke mana-mana sahaja saya pergi, saya nak minta kebenaran awal-awal. Saya tak nak telefon awak berkali-kali nak minta kebenaran. Walaupun saya ni bukannya suka sangat kahwin, tapi secara tidak langsung saya punya tanggungjawab sebagai isteri. Saya nak setiap langkah saya diredhai, sebab tu saya nak minta izin dan minta maaf untuk semua perkara yang akan datang. Jadi awak tak perlulah susah nak bagi kebenaran satu-persatu untuk semua tu. bagi kebenaran sekaligus, lagi senang,¡± luah Balqis.

Panjang penerangan Balqis. Dia tahu, biarpun dia tidak suka dengan Sulaiman, namun dia tetap isteri kepada Sulaiman. redha Allah ada pada redha Sulaiman. maka, untuk memastikan segalanya berjalan berlandaskan syariah, dia perlu mentaati raja dalam kerajaannya iaitu Raja Sulaiman.

Balqis tetap sedar akan status dirinya. Dia tetap isteri kepada suaminya. Jadi, secara tidak langsung dia telah terikat dengan status isteri tersebut. Untuk mendapatkan redha Allah, dia perlu dapatkan redha suami dulu.

¡°Pergilah. Abang benarkan,¡± ujar Sulaiman sambil pandang Balqis.
Dia sebenarnya risau juga jika memberi kebenaran begini. Nanti entah apa-apa aktivti yang akan dilakukan oleh Balqis. Paling ditakuti jika Balqis keluar dengan lelaki lain. Macam mana dia nak buat ni? Takkan nak tarik balik kebenaran yang dah diberi. Tapi kalau tak diberi, pasti Balqis akan bertindak lebih jauh lagi. Setakat ini, boleh saja dia nak mengelak jumpa Sulaiman, masalahnya sekarang mereka dah kahwin. Pasrah sajalah, monolog Sulaiman.

¡°Tapi Balqis kena ingat, jaga akhlak Balqis sebagai seorang isteri. Abang tak nak dapat dosa sebab dah bagi kebenaran pada Qis sampai Qis boleh lakukan semua perkara yang dilarang. Abang tak akan redha untuk benda-benda yang mencalitkan dosa pada abang,¡± sambung Sulaiman semula.

Peringatan kecil untuk Balqis diberi. Sulaiman tidak mahu terpalit sekali jika isterinya itu telah melanggar arahan.

¡°Takkan lah saya nak buat macam tu. Tapi kalau saya terbuat, saya nak minta maaf awal-awal,¡± kata Baqis sambil tersenyum.

¡°Tapi kalau Qis buat juga, abang akan tarik balik segala kebenaran abang. Abang gunakan kuasa veto bawa Qis ikut abang. Berhenti kerja,¡± tegas Sulaiman memberi arahan. Lagak seorang kesatria yang memberi arahan kepada anak buahnya.

¡°Ish awak ni. Saya main-main sahajalah,¡± balas Qis cepat. Seram juga mendengar arahan Sulaiman. Tak sanggup nak bayangkan jika betul-betul Sulaiman gunakan kuasanya untuk mengikat dia.

¡°Qis ni... ada-ada sahaja. Suka sangat main-main.¡± Seiring dengan perkataan itu, Sulaiman picit hidung Balqis.

¡°Apa ni. Tak sukalah,¡± Balqis tepis tangan sulaiman.

¡°Qis buat saja apa yang biasa Qis lakukan. Tapi Qis kena jaga batas. Kena jaga pergaulan. Kena jaga nama dan kedudukan abang sebagai suami Qis,¡± terang Sulaiman lagi. Tak habis lagi dia mengenakan syarat untuk kebebasan yang diberikan kepada Balqis. Kerisauannya jelas tergambar

Balqis hanya mengangguk sebagai balasan. Dia hanya melihat Sulaiman bergerak semula ke tempat yang dia duduki tadi. Kembali melakukan kerjanya yang telah tergendala.

Sulaiman yang melipat dan mengemas pakaiannya sendiri. Pakaian yang menghuni almari Balqis untuk seminggu itu dikeluarkan dan dimasukkan ke dalam sebuah beg yang sederhana besarnya. Balqis langsung tidak bergerak. Malah untuk membantu tidak terlintas sama sekali. Lagipun Sulaiman dah besar. Pandailah dia uruskan harta karunnya sendiri. Bukannya macam budak tingkatan satu yang pertama kali nak masuk asrama.

¡°Nanti kalau abang free, abang datang jenguk Balqis.¡± Sulaiman angkat kepala. Dia pandang sebentar isterinya yang sedang duduk di atas katil.

Balqis tidak memberi sebarang tindakan. Malas nak cakap panjang. Tak datang jenguk lagi bagus, desis Balqis. Dia masih lagi tak biasa berkongsi bilik dengan orang lain apatah lagi lelaki.

Biasalah, selama ini semuanya adalah miliknya sendiri. Sekarang seperti kata abah, apa-apa sahaja yang dimiliki oleh Balqis adalah hak milik bersama dengan Sulaiman. Walaupun semuanya adalah dibeli dengan duit Balqis.

Keizinan yang Balqis minta tu berlaku pada hari Ahad lepas. Memang dia advance minta izin. Betul juga tindakan yang dia ambil tu. takkanlah setiap hari dia kena bagitahu si Sulaiman bahawa dia hendak keluar bekerja. Kemudian beritahu jam berapa balik. Lecehnya. Lagipun mereka bukannya satu rumah. Sulaiman dah menghantar dirinya ke rumah ibu bapanya sendiri.

Dia dan Sulaiman bukan macam abah dan ibu pun. Setiap kali abah pergi kerja, mesti ibu iring sampai pintu utama kemudian ibu cium tangan abah. Dan dahi ibu akan dapat kucupan sayang.

Hari Ahad yang lepas, dia ada menyalami tangan Sulaiman. Cukuplah untuk keredhaannya selama beberapa hari Sulaiman tiada.

Memang Zainab ada menyuruhnya menelefon Sulaiman untuk memberitahu bahawa dia akan keluar, tapi Balqis bagitahu dia dah minta kebenaran pun. Bila Zainab tanya bila, terus dia bagitahu tentang kebenaran yang dia minta. Zainab cakap dia terlebih advance. Nampak sangat bukan macam isteri minta kebenaran.

Friday, August 20, 2010

baik-baik sayang 10

Sedang enak Balqis menonton saluran Star Movie, Sulaiman sudah datang dan mengambil remote tv yang ada di atas meja.

“Tengok apa ni?” soal Sulaiman.

Balqis hanya senyap menonton. Malas nak layan. Kalau Sulaiman benar-benar hendak tahu, pasti akan ditekan punat info. Lagipun remote itu berada di tangannya. Buat apa lagi dia bertanya.

Sulaiman alihkan pandangan. Dari kaca tv beralih kepada Balqis. Dia mengambil peluang duduk di sebelah Balqis.

Balqis mengengsot sedikit bila terasa ada henyakan di sebelahnya. Namun pandangannya langsung tak beralih dari kaca tv. Masih khusyuk menonton. Tak ambil pusing sekeliling. Apa taknya, hero pujaannya sedang beraksi. Walau sudah berkali-kali dia menonton cerita The Proposal ni, entah kenapa dia tak pernah bosan. Kalau filem itu dimainkan di tv ketika dia sedang menghadap tv, memang akan ditengok cerita itu. Walau dia sudah tahu jalan ceritanya macam mana. Kadang-kadang, dia yang jadi berdebar untuk aksi seterusnya. Padahal dia sememangnya sudah tahu apa yang bakal terjadi. Ish... ish, Balqis.. Balqis, suka sangat buat kerja yang tak berfaedah ya! Sahut Balqis dalam hati.

“Qis.”

“Balqis anak abah Harun...”

Sedikit kuat suara Sulaiman bila panggilannya tadi tidak mendapat sebarang balasan daripada Balqis.

“Kenapa? Mengkhayal? Berangan?” soal Sulaiman lagi.

Balqis hanya mencebik. Malas nak layan. Dia sedang enak melihat drama sebabak ni. Saat-saat genting pula tu. jadi sebarang gangguan yang tidak berfaedah akan dibuang ke tepi dan tidak akan mendapat sebarang tindak balas.

“Dah tembus ke bulanlah tu. Atau ke bintang?” soal Sulaiman setelah keadaan tadi kembali senyap.

Setelah cerita The Proposal itu tamat, Sulaiman langsung tidak mengacau Balqis. Setia menemankan Balqis hinggalah dia terlihat perkataan the end, barulah dia berani tegur gadis di sebelahnya.

Balqis hanya mencebik memandang Sulaiman. Malas dia mahu melayan karenah Sulaiman. Dia mahu menukar rancangan, tapi dia perasan remote itu berada di sebelah Sulaiman. Tidak mungkin dia nak panjangkan tangannya menyeberang tubuh Sulaiman untuk mencapai remote control itu.

Puan Mariam datang ke ruang tamu membawa buah-buahan yang sudah di potong. Tadi sengaja Puan Mariam biarkan pasangan pengantin baru itu berdua menonton. Dia berharap semoga akan ada perubahan pada pasangan itu.

Puan Mariam juga perasaan kalau keadaan sepi lebih menguasai pasangan itu. Namun dia sengaja. Puan Mariam berdoa semoga pasangan itu sama seperti pasangan lain. Sama seperti dia dan suami. Juga seperti Salam dan Sarah.

Puan Mariam tahu kalau pembinaan rumahtangga anak dan menantunya itu condong sedikit. Namun dia percaya, seandainya kecondongan itu dapat diperbaiki, akan berdiri sebuah rumahtangga yang teguh dan lurus. Bak sebuah masjid yang kerlipannya menjana hingga ke awan.

“Ni makan buah ni. Balqis ni, tadi ibu dah suruh potong buah, melencong pula dia,” Puan Mariam sudah mula membebel.

Balqis hanya tersenyum. Tadi selepas makan malam memang Puan Mariam ada memberi arahan agar memotong buah yang ada di dalam peti sejuk. tapi Balqis buat tak tahu. dah kenyang, takkan nak sumbat perut lagi. Nanti pecah, siapa yang nak tanggung. Mereka dan diri mereka juga yang susah.

Balqis mencapai buah limau yang sudah dipotong. Ceh... Balqis. Tadi dia juga yang tak nak potong, sekarang dia pula yang jadi peserta pertama yang ambil buah di atas meja. Balqis hanya senyum sendiri bila saling bertingkah dengan hatinya. Apa taknya, bauh epal, limau dan lai yang ada di dalam pinggan itu amat menyelerakan. Bagai memanggil untuk dijamah cepat.

“So, macam mana dengan kamu ni? Bila kamu habis cuti Man?” soal Puan Mariam.

Sudah seminggu anak dan menantunya itu berkahwin. Dah sudah seminggu juga mereka bercuti. Bila dicadangkan untuk honeymoon, dua-dua menolak. Alasan Sulaiman, dia belum dapat cuti panjang. Cuti seminggu memang khas untuk majlis perkahwinannya. Manakala Balqis sudah mula bekerja semalam.

“Man dah habis cuti. Nak balik esok,” jelas Sulaiman.

“Kamu nanti ni macam mana? Balqis ni kerja di sini. Takkan seorang ke hilir seorang ke selatan pula.” Tanya Puan Mariam.

Puan Mariam pandang aneh pada anak dan menantunya itu. Takkanlah mereka tak decide lagi pasal arah tuju rumahtangga mereka? Hairan Puan Mariam.

“Saya nak kerja kat sini,” pantas Balqis menjawab.

“Kamu jangan nak mengada Balqis. Isteri kena ikut suami. Pindah sahaja kerja. Kalau dah tak boleh, berhenti terus,” tiba-tiba sahaja abah sudah menyampuk. Encik Harun duduk berhampiran dengan Puan Mariam.

Balqis mencebik mendengar saranan tersebut. Saranan yang ditolak seratus-peratus. Langsung tak tersenarai untuk waiting list. Untuk tong sampah bolehlah. Ish... abah ni, bagi idea biarlah bernas sikit.

“Boleh juga tu Qis. Abang pun mampu lagi sara Balqis. Balqis ikut abanglah,” tiba-tiba Sulaiman bersuara. Dia merasakan cadangan yang diberi abah mertuanya itu boleh dipakai.

Balqis menghumban bantal kecil yang ada di sofa itu. Ni lagi satu manusia yang tak faham bahasa. Geram dia dengan mamat yang ada di sebelahnya itu. Suka hati dia sahaja bagi cadangan. Macamlah bernas sangat. Langsung tak boleh pakai pun apa yang dikata.

Puan Mariam membuntangkan matanya melihat tingkah anaknya.

Balqis yang melihat signal dari ibu cepat-cepat memohon ampun. Tindakan refleks. Memang begitu habit Balqis. Kalau dia geram atau terkejut, orang sebelahlah yang jadi mangsa. Kalau tak kena cubit atau kena tumbuk, macam tadilah. Apa-apa yang ada di tangan jadi sasaran.

“Balqis nak kerja kat sini,” luah Balqis perlahan. Harap-haraplah manusia yang bernama Sulaiman faham akan kemahuannya.

Masa hari pertama mereka jadi suami isteri lagi Sulaiman dah pandai buat jantungnya tak tenang. Adakah patut nak suruh pindah? Bersungguh-sungguh dah Balqis pujuk Sulaiman untuk lepak di rumah orang tuanya sempenan cutinya yang masih berbaki lagi.

“Balqis, sekarang kan status dah berubah. Dah kahwin. Tak boleh fikir untuk diri Balqis sahaja. Qis dah punya suami. Apa-apa hal, suami kena dahulukan,” pujuk Encik Harun.

Dia perasan kalau anaknya itu masih merasakan dirinya seperti dulu. biasalah, masih baru lagi, masih sukar nak sesuaikan diri dengan perubahan baru yang berlaku dalam hidup.

“Tak apalah. Balqis kerjalah dulu di sini. lagipun rumah abang di sana tak siap lagi,” terang Sulaiman.

Dia tersenyum melihat tingkah Balqis. Tadi tu sebenarnya dia sekadar bergurau. Nak main-main dengan Balqis. Memang dia tahu Balqis tidak akan mengikutnya buat masa ini. Tak apa, masa masih panjang lagi. Akan digunakan masa yang ada untuk membuat Balqis menempatkan namanya dalam hati Balqis kerana nama Balqis sudah lama terlakar dan tersemat di kalbunya.

“Kamu buat rumah Man?” soal Puan Mariam laju.

“Ya ibu. Tinggal final touch up saja. Mungkin dalam dua tiga minggu lagi siaplah rumah tu,” jelas Sulaiman sambil pandang Balqis.

“Saya tak kisah kalau Balqis nak tinggal sini dulu. kalau dia nak ikut Man pun boleh. Tinggal di rumah emak. Lagipun rumah tu sunyi. Cuma Man saja yang tinggal sana,” sambung Sulaiman lagi. Gadis di sebelahnya di kerling. Senyumannya memutik saat dia melihat gadis itu tersenyum.

Yes... perkataan itu yang ingin diteriak oleh Balqis. Sukanya dalam hati... Rasanya dalam hati sudah berekar-ekar taman. Mekar-mekar pula bunga-bungaan yang ada dalam taman tersebut. Memang Sulaiman memahamilah.

Disebabkan telah menyenangkan hati aku, aku tambah kredit untuk kau. Sahut Balqis dalam hati. Hatinya senang dengan perancangan Sulaiman.

“Tulah. Dari dulu lagi ibu dah cakap dengan emak kamu suruh beranak ramai-ramai,” kata Puan Mariam sambil tersenyum.

“Emak ni, macamlah rezeki anak tu boleh dapat sekelip mata. Boleh beli di pasar,” cebik Balqis.

Baru kali ini dia bersuara. Sejak dahulu dia memang selalu jadi mangsa kepada keluarga mertuanya. Dia adalah satu-satunya kuntuman bunga dalam kawasan kejiranan mereka. Keluarga mertuanya tidak mempunyai anak lain selain daripada manusia yang telah menjadi suaminya sekarang ini. Keluarga mertuanya hanya dikurniakan seorang anak sahaja.

Balqis bersyukur sebab dia mempunyai seorang adik. adiknya beza sepuluh tahun dengan Balqis. Lahir lambat sikit. Sekarang masih sekolah lagi. Tahun ni ambil PMR. Sekurang-kurangnya rumah mereka tidak terlalu sunyi sebab dah ada dua cahaya yang menyinar.

“Hmm... kalau dah siap rumah nanti, bawalah bini kamu ni tinggal sana.” Abah yang sejak tadi senyap kembali bersuara.

“Abah ni macam nak halau Qis je keluar dari rumah ni,” penuh syahdu Balqis bersuara.

“Hmm... memang pun,” selamba Encik Harun bersuara.

“Abah....” panjang harakat Balqis menyebut nama abah.

Tak sangka abah punya niat macam tu.

“Kalau macam tu, Balqis nak pergi bersiaplah. Angkut semua baju. Halalkan segalanya,” perlahan bicara Balqis.

Dia sudah berdiri perlahan dari sofa yang telah didudukinya untuk berpuluh-puluh tahun yang lepas. Bantal kecil yang tadinya selesa dalam pelukannya diletakkan perlahan.
Spontan tangan Sulaiman menggapai tangan Balqis yang sedang melintas di hadapannya. Tindakan refleks itu menyebabkan Balqis terundur dan mengarah kepada Sulaiman.

Semua orang yang ada di ruang tamu itu tersenyum, kecuali Balqis. Mukanya bukan ada senyuman tapi sudah merah. Macam sos cili yang selalu cicah dengan ayam goreng KFC. Apa tak nya, soft landing telah berlaku dengan selamatnya. Dia mendarat dan terduduk di atas pangkuan Sulaiman.

Merah muka Balqis. Malu yang teramat. Apatah lagi bila matanya bertentangan dengan mata Sulaiman. lama keadaan itu berlaku sehinggalah Sulaiman mengenyitkan mata kepada Balqis yang tika itu macam orang dah kena cucuk urat utama sehingga tidak boleh bergerak lagi.

Cepat-cepat Balqis bangun dari pangkuan Sulaiman. ish...ish.. macam mana boleh salah landing ni.

“Tulah kamu. Dah kena tulah. Suka sangat merajuk untuk perkara yang mustahil. Buang-buanglah sikap kamu tu. jangan macam budak-budak. Kamu tu dah kahwin. Selalu sedar dengan status kamu. Hai... masaklah Sulaiman nak layan kamu,” balas abah semula.

“Tak apa abah. Man pun dah rindu nak layan perangai Qis ni. Macam zaman kecil-kecil dulu,” sahut Sulaiman pula. Tangan Balqis yang masih berdiri digapai. Dibawa untuk duduk di sebelahnya semula.

“Kamu jangan nak mengada-ngada Balqis. Abah bukannya nak menghalau. Abah nak bagi kamu pahala lebih. Berbakti pada suami lebih baik daripada kamu lepak di rumah ni,” pujuk Encik Harun perlahan.

“Tengoklah dulu abah,” balas Balqis.

Wednesday, August 18, 2010

baik-baik sayang-9

“Mana suami kamu Balqis?” soal Puan Mariam.

Pandangannya hanya pada Balqis. Cepat dia menyoal bila dilihat hanya anak daranya seorang yang datang ke dapur. eh... bukan anak dara dah. Puan Mariam tersenyum sendiri.

“Dalam bilik,” jawab Balqis. Laju tangannya menarik kerusi di meja makan itu. Tambah besar matanya bila melihat hidangan yang ada di atas meja. Me goreng dan nasi lemak.

Aduh.. ibu ni, tahu-tahu saja nak tambahkan berat badan aku. Desis Balqis. Sudu dicapai.

“Hei... nanti dulu. pergi panggil suami kamu dulu.” cepat tangannya dihalang oleh Puan Mariam.

“Ala bu. Pandailah dia keluar kalau dah lapar,” balas Balqis perlahan.

Bila dia angkat kepala, dia sudah nampak ibunya jengilkan mata padanya. Telinga ibu ni, bahaya juga. Dapat saja dia dengar apa yang aku kata biarpun perlahan. Aku ingatkan semut saja yang dengar tadi! desis Balqis.

“Assalamualaikum.”

Salam itu dijawab perlahan.

Baru saja Balqis nak angkat punggung panggil VIP pak menteri, dia sudah muncul. Senang kerja aku. Sahut Balqis dalam hati. Tak payah susah-susah nak berjemput segala.

Dia lihat Sulaiman sudah menarik kerusi di sebelahnya. dan abah juga sudah duduk melabuhkan punggung di kerusi.

Balqis nampak ibu menyediakan segala keperluan untuk abah. Dari menyediakan makanan di atas pinggan, hinggalah kepada cuci tangan. Malah, selepas ibu menuang air untuk abah, ibu memberi teko itu pada Balqis. Balqis faham akan perlakuan ibu. Ibu nak dia pula yang menuang air ke cawan Sulaiman.

Selamba Balqis menuang air dari teko itu ke cawannya sendiri. Teko itu kemudian diletakkan di sebelah kanannya. Tempat di mana Sulaiman sedang duduk. Tak sempat teko itu capai meja, teko itu dilihat sudah diambil oleh Sulaiman. Balqis perasan dengan mata ibu yang sudah sebesar bola golf. Dia faham dengan tanda tersebut. Tapi dia buat selamba. Mee goreng depan mata lagi menyelerakan daripada melayan segala signal yang diberi ibu.

Sorry bu, antena Balqis tak mencapai segala signal ibu!

Sunday, August 15, 2010

kasih tercipta-2

Umairah mengesat air matanya. Sedih mengenangkan perjalanan hidup. Penuh dengan kesedihan. Tidak dihiasi langsung dengan detik-detik bahagia dalam lakaran hidupnya.
Hanya ketika berusia sepuluh tahun, tuhan gerakkan hati seorang insan yang sangat tulus hatinya. Bonda Kamariah. Mengambil dia daripada rumah Sakinah untuk dijadikan anak angkat. Betapa dia sedih untuk berpisah dengan teman-teman sepertinya. Namun lambaian kasih untuk penghuni Sakinah tetap dilakukan. Moga penghuninya memperoleh ketenangan dalam hidup.

Bermulalah hidup Umairah sebagai anak Bonda. Penuh dengan rahmah dan mawaddah. Betapa dia bersyukur sangat. Doanya pada Ilahi tidak putus. Rahmat yang Dia beri amat berharga. Tidak henti sujud syukurnya atas kurniaan yang tidak terbatas ini. Segala puji bagi Engkau Ya Allah. Dia menjadi manusia yang paling bahagia. Dapat menikmati zaman kanak-kanak dan zaman remaja seperti insan-insan lain yang melata di bumi Allah ini. Diberi peluang untuk bersekolah sama seperti anak-anak Melayu yang lain. Sekolah rendah dan sekolah menengah. Kemudian pengakhirannya, kini dia berbangga kerana telah bergelar peguam syariah setelah berhempas pulas menuntut ilmu di menara gading. Menjadi mahasiswi Universiti Islam Antarabangsa menjadikan dia umat yang tahu bersyukur. Tahu erti nikmat. Mempelajari Islam dengan lebih dekat lagi. Sesungguhnya menuntut ilmu itu fardhu kifayah. Nabi pun menggalakkan umatnya untuk mencari ilmu, malah biar sampai ke negeri China. Kalau dicongak, memang amat jauh pada zaman nabi, dari tanah hijjaz untuk ke negeri China. Itulah perumpaan untuk mereka yang sedar akan kepentingan ilmu. Umairah berpegang kepada ‘long life learning.’ Belajar untuk sepanjang hayat. Sebenarnya dia mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke bumi anbiya, Mesir. Tapi tidak mungkin untuk dia meninggalkan Bonda sendirian. Hanya Bonda yang dia ada. Maka dengan senang hati dia memilih universiti tempatan untuk mencapai cita-citanya.

“Umairah, mari makan nak.” Kali ini lamunannya terhenti. Bonda sudah berdiri di hadapan mata. Terlalu jauh pemikirannya merentas masa silam. Hingga tidak sedar pipinya masih basah, menangisi kesedihan masa silam. Biar yang silam berlalu pergi. Aku hanya boleh mengingat, tidak boleh menangisinya. Itu azam Umairah. Tidak akan menangis lagi.

Langkah dihayun. Seiring dengan Bonda. Mencapai tangan Bonda membawa ke meja makan. Betapa tangan kecil ini telah berjaya membesarkannya. Menyara hidupnya dengan membuka butik. Sungguh besar pengorbanan Bonda. Selalu dia mengucapkan terima kasih kepada Bonda. Tapi Bonda kata, syukur kepada Dia yang memberi rezeki. Kata Bonda lagi, kehadiran Umairah melengkapkan rezeki Bonda. Betapa tidak. Sejak kehadiran Umairah, teratak Bonda sudah tidak sunyi lagi. Malah rezeki Bonda berkembang. Kalau dulu, Bonda hanya menerima tempahan menjahit dari rumah, namun kini Butik As-Syam berdiri megah. Menerima tempahan dari segenap lapisan manusia. Rezeki Allah tersebar umpama cahaya mentari yang menerangi seluruh alam.

Dengan usaha Bonda, dia berjaya menamatkan pengajiannya. Kadang-kadang dia akan membantu Bonda di butik kalau tiada kuliah. Apabila cuti semester universiti, wajahnya pasti akan menjengah Butik As-Syam. Semua pekerja butik telah kenal Umairah. Malah pelanggan tetap Bonda pun tahu siapa dia. Mereka yang terdiri dari orang-orang kenamaan bergelar datin, puan sri malah kerabat diraja pun menjadi pelanggan butik Bonda. Pernah Umairah mengusik Bonda mengatakan Bonda sudah menjadi orang popular. Namun Bonda dengan rendah hati mengatakan itu semua rezeki Allah. Begitu tulus hatimu Bonda.

Menjamu selera diselangi dengan bicara semasa. Memang seronok berbual dengan Bonda. Penuh dengan ilmu di dada. Tidak ada perkara yang tidak penting untuk dibualkan. Tapi Bonda seorang yang mudah senyum. Tiap ada perkara yang mencuit hati yang dibualkan, pasti lesung pipit Bonda akan keluar. Manis sungguh senyuman Bonda.

kasih tercipta-1

Bila terkenangkan Bonda, secara tidak sengaja keluhan terkeluar dari bibirnya. Berat sungguh hatinya. Jiwa kacau.

Umairah termenung lagi. Satu tabiat yang baru tercipta ke dalam dirinya. Sikap ini seakan sudah sebati dengan dirinya sejak beberapa hari ini. Bila dia sendiri, secara tidak langsung dia akan membuka lembaran hobi baru. Termenung. Nak cakap dia baru lepas makan ikan termenung, tak juga. Sudah beberapa hari dia tidak ke pasar membeli ikan termenung. Hmmm, rindu pula nak makan ikan termenung bakar cicah asam jawa. Sedapnya.

Permintaan Bonda kali ini baginya sesuatu yang amat berat. Dia masih muda. Belum terfikir untuk mengenal erti rumahtangga. Masih ingin hidup bebas tanpa terikat dalam mana-mana beban yang tercipta buat masa ini. Dia masih ingin seperti teman-temannya, Hasanah, Fadhilah atau Khairunnisa. Mereka masih solo. Bersendiri. Sedang berseronok menghadapi zaman sendirian. Hanya ada keluarga dan teman-teman sebagai peneman hidup. Tidak dihampiri oleh mana-mana lelaki ajnabi. Mereka adalah muslimah yang amat menjaga kehormatan dan pergaulan.

Tidak seperti wanita zaman sekarang. Keluar berdua-duaan dengan lelaki bukan muhrim. Hanya berdua. Sesungguhnya mereka tahu, antara dua orang anak Adam yang bukan muhrim, akan ada yang ketiga. Siapa lagi kalau bukan musuh nombor satu manusia, syaitan yang direjam. Fenomena yang biasa dilihat berdasarkan kajian, setiap penghujung tahun, tidak akan lari dari media massa menyebarkan berita anak kena buang, janin digugurkan dan sebagainya. Semuanya disebabkan kelekaan manusia untuk duniawi. Mereka menyambut Tahun Baru Masihi dan Valentine Day secara berdua ditambah aktiviti sampingan yang sungguh menjijikkan.

Panjang lamunan Umairah. Mengenangkan anak muda sekarang yang sudah tidak kenal dosa pahala. Bangga mengumpul dosa. Mencanangkan ke seluruh dunia, seronok ada banyak pahala. Manusia. Manusia. Umairah menggelengkan kepala. Kenapa jadi sebegini. Umairah bersyukur. Dia masih di landasan yang benar. Ya Allah aku mohon pada-Mu, jangan Kau pesongkan jalanku. Biar matiku pada jalan-Mu. Ngeri memikirkan adanya manusia yang pada akhir hayatnya bukan pada jalan Allah. Akidah terpesong. Nauzubillah. Mohon Kau jauhkan dariku ya Allah.

Aduhai... panjang pula edisi termenung kali ini. Hai Umairah, sudah jauh kau melalut ni! Jom, kembali ke alam nyata. Umairah tersenyum. Bicara hati untuk mengingatkan diri agar terjaga.

Tiba-tiba matanya di sapa dengan sepasang burung yang sedang membawa sehelai daun kering. Mahu dibuat apa dengan daun kering itu? Persoalan itu hanya ada jawapan pada burung itu. Tapi mustahil untuk Umairah tahu tujuannya sebab burung tidak pandai bicara. Hanya beraksi. Tunggu saja hasilnya nanti. Tidak perlu disusahkan minda untuk berfikir sebab sekarang ni mindanya sedang diperlukan untuk memikirkan perkara yang lebih penting.

Umairah masih di situ. Setia berteleku di tepi tingkap. Masih memikirkan permintaan Bonda. Ingin ditolak, dia tidak mahu mengecewakan Bonda. Sesungguhnya Bonda adalah insan yang banyak berjasa padanya. Mengambil dia yang yatim piatu dari perumahan anak-anak yatim. Memelihara dia sehingga dewasa. Sayu sungguh perjalanan sejarah hidupnya. Hidup terbuang. Bukan dibuang, tapi sebatang kara. Tiada tempat untuk berteduh. Ibunya meninggal semasa melahirkannya. Hanya kenal nama insan yang melahirkannya melalui sijil lahir yang ditinggalkan di rumah Sakinah. Rumah yang menempatkan insan-insan sepertinya. Tidak mempunyai ayah dan ibu. Ayahnya telah pergi sebelum itu. Meninggal semasa mencari rezeki di lautan luas. Perahu di lambung ombak, karam di lautan. Hanya jasad yang tidak bernyawa kembali ke darat. Itupun dia tahu melalui cerita Ibu Su. Ibu penjaga rumah Sakinah. Kata Ibu Su, orang kampung yang menceritakan semuanya. Dia diambil di hospital tempat kelahirannya. Tiada yang menuntut dirinya setelah beberapa hari kelahirannya. Hanya menghirup susu ciptaan manusia untuk mengenyangkan perutnya. Tidak berkesempatan untuk menghisap puting susu ibu kandungnya.

baik-baik sayang-8

“Aduh...” mengaduh kecil Balqis.

Matanya terpisat-pisat. Dia pandang sekeliling. Cahaya yang terang membuat matanya sedikit sakit. Masih cuba untuk menyesuaikan dengan cahaya. Kenapa hidup lampu pula time aku tidur? Biasanya aku matikan lampu.
Balqis pandang sekeliling. Oh my... kenapa aku ada di lantai pula?
Patutpun punggungnya sakit, rupanya dia jatuh dari katil. macam mana boleh jatuh pula ni.

“Kenapa ni Qis?” suara yang tiba-tiba itu membuat Balqis hampir tumbang. Apatah lagi pertembungan yang tidak sengaja telah berlaku. Tiba-tiba sahaja ada kepala muncul dari atas katil bila dia sudah berdiri. Apa lagi, kepalanya dan kepala si lelaki pun bertembung macam plat-plat bumi bertembung hingga menghasilkan gempa bumi.
“Aduh!” suara Balqis kini kuat. Tangannya menyapu-nyapu dahinya yang sakit. Aku langgar kepala orang atau tanduk kerbau ni?
“Qis.”

Cepat Sulaiman menerpa ke arah Balqis. Kakinya di juntaikan di atas katil. selimut diselak dari tubuh dan dilemparkan ke tempat lain. Dahi Balqis di usap perlahan. Biarpun dahinya turut merasakan kesakitan, namun dia tidak peduli. Yang paling penting, Balqis selamat.

Sulaiman meniup perlahan dahi itu. Sambil itu, dia mengusap perlahan. Balqis yang melihat hanya mencebik.

Ingatkan dengan main tiup-tiup dahiku dah tak sakit kah? Dia ingat aku ni budak kecilkah? Tidak putus-putus Balqis mencebik dalam hati. tidak senang dengan sikap yang ditunjuk lelaki ini.

“Macam mana boleh jatuh ni?” Soal Sulaiman. tangannya sudah berhenti mengusap dahi Balqis.
“Nightmare...” sebab satu katil dengan kau. Tapi ayat yang akhir tidak disambung melalui kata-kata. Hanya sekadar dalam hati Balqis sahaja.
“Itulah. Tak basuh kaki sebelum tidur. Doa pun terlepas bacalah tu,” ulas Sulaiman.
Balqis hanya menjeling. Bantal yang turut jatuh bersama dia tadi diambil. Hmm.. patutpun jatuh, rupanya aku tidur di hujung katil. rasanya kalau tiga orang masuk kat tengah-tengah pun boleh muat...

Tak logik sungguh lah kau Balqis. Sampai tiga orang tu! Memang tak releven untuk katil king saiz tu. Tak habis-habis lagi Balqis bermonolog sendiri. Tapi memang betul, kalau dia tidur sendiri, dia akan berada di tengah-tengah. Tangan kiri atau tangan kanan memang tak sempat nak juntai ke bawah sebab tak sampai. Dia yang akan conquer katil tu.

Hai katil, kalau dulu kau selalu jadi dream maker for the sweet dream, saat ini aku pula kena sedia untuk terima nightmare dari kau. Tak habis-habis lagi Balqis membebel dalam hati. masih tak puas hati lagi. Setelah bertahun-tahun tidur di atas katil tu, pertama kali dalam sejarah pagi-pagi lagi dia sudah jatuh dari katil. macam zaman dia kanak-kanak dulu pula.

“Abang mandi dulu ya?” pinta Sulaiman bila melihat jam sudah menunjukkan ke angka enam. Tuala yang dipakai semalam dicapai. Dikerling sebentar Balqis yang duduk di atas katil.

Semalam tidurnya tidak lena. Nasiblah dia tidur awal daripada Balqis. Sekurang-kurangnya dia ada tidur sekejap. Bila dia terasa Balqis tidur di atas katil, cepat dia tersedar. Senyumannya terukir bila merasakan Balqis sudi tidur sekatil dengannya. Bila dicelikkan mata, terkejut tak terkata dia. Bantal guling ada di tengah. Balqis pun nun di sana. Di kedudukan paling tidak selamat. Hampir jatuh.
Dia bangun dan angkat perlahan gadis itu. Mengemaskan kedudukan. Risau dia dengan kedudukan asal Balqis. Takut terjatuh. Kemudian dia mencari selimut di almari. Memang mustahil Balqis nak satu selimut dengan dia.

Dia mengambil wudhuk. Mendirikan solat. Berdoa dan meminta kepada tuhan agar rumahtangga yang baru dibina ini diberkati. Meminta semoga Yang Esa memberi limpahan barakah dalam hidup mereka. Menyebarkan rahmah dan mawaddah. Membuat mereka berdua dapat menjalankan tugas sebagai suami dan isteri dengan sebaiknya. Panjang doa yang dipinta kepada Yang Maha Satu.

Paling penting, dia memohon semoga pintu hati wanita yang baru dinikahi itu akan terbuka dan menerima huluran cinta darinya. Agar mereka sama-sama dapat menikmati cinta yang telah diberi-Nya.

Bila sudah selesai, dia menuju ke katil. merenung bidadarinya itu yang sedang enak tidur. Lama dia berkeadaan begitu. Melihat makhluk tuhan yang tercipta untuknya. Malah, sempat lagi diusap perlahan rambut yang menutup wajah Balqis. Namun, tidak lama disentuh. Takut tersedar pula.

Dia suka melihat Balqis tidur. Tenang sahaja. Malah hembusan nafas perlahan Balqis membuat Sulaiman terbuai. Lama renungan itu berlaku sehinggalah Balqis bergerak sedikit. Cepat-cepat dipalingkan wajahnya. Kedudukannya juga dijarakkan. Pura-pura tidur. Bila dicelik, Balqis sudah tiada di atas katil.

Sulaiman tersenyum sebentar. Dia hairan kenapa Balqis cakap dapat nightmare sedangkan dia tengok gadis itu tenang tidur. Ada-ada sahaja alasan gadis tu.

“Balqis bersiap nanti. Kita pindah rumah emak,” arah Sulaiman sebelum menutup pintu bilik mandi.

Ha... pindah!

RAMADHAN, EDIT, CIK AA & GAME FB

salam ramdhan yang ke-5

ramdhan...
engkau datang lagi
tebarkan pahala ke segenap hamba yang mengenalimu

edit...
semalam, lepas balik sekolah cik aa buka internet. kemudian dapat sms dari editor.tak tidur malam cik aa baca & edit benda yang terkurang dalam novel. insyaAllah, isnin ni editor akan send lagi sebahagian yang tak cik aa baca lagi. banyak yang kena cut sebab novel tu terlalu panjang...

padan muka cik aa sebab tak buat kerja awal-awal. bila da siap tengahari tadi, cik aa dah tak boleh tidur, padahal semalam hanya sempat lelapkan mata 4 jam. jam 2 cik aa tersedar dan sambung baca sampailah tengahari. bila petang nak tidur, tak boleh dah nak tidur.

game FB
benda baru yang cik aa jumpa dalam facebook. sebelum ni memang tengok je skor2 mereka. kemudian tergerak pula nak main. bila dah masuk bahagian game, banyak pula game yang disediakn. smua nak dicuba. kalau farmville memang cik aa tak minat. tapi dengan game yang banyak tu, cik aa saling bet dengan kawan2. nak jadi juara-pengumpul markah tertinggi.

cik aa...
cik aa rajin pula masukkan entry dalam blog ni terutama hasil tulisan. rajinnya cik aa... tak adalah. daripada smua novel, mininovel tu terperap dalam laptop, baik cik aa masukkan dalam sini.

smoga cik aa terus diberi kudrat untuk menulis

baik-baik sayang-7

Dia ingat lagi saat itu. Sulaiman dilihat tenang duduk di kerusinya.
“Qis, kita tunaikan saja hasrat mereka. Janganlah kecewakan mereka. Jangan kita punahkan kegembiraan mereka.”

Sulaiman mengacau-ngacau minuman di hadapannya. Mocca yang masih berkepul-kepul itu belum lagi menjamah halkumnya. Sekejap lagilah minum. Tunggu suam dulu. sudu kecil tadi diletakkan di tepi cawan. Beberapa paket bekas gula diletakkan di tepi. Ada dua semuanya. Cukuplah tu, nanti kena kencing manis pula. Sulaiman mengingatkan diri sendiri. Biarpun dia tak rasa lagi minuman di hadapannya, dia sudah biasa meletakkan dua paket kecil gula untuk minumannya.

“Tapi saya tak suka awak,” jujur Balqis menjawab.

“Balqis... Balqis...” menggeleng-geleng Sulaiman menyebut nama itu berulang kali.

“Qis ni, jawab direct betul. Langsung tak ada brek. At least, jagalah hati abang sikit. Kecil hati abang dengar Qis cakap macam tu tau,” Sulaiman menyambung katanya. Dia menggeleng lemah.

“pedulilah,” lantang jawapan Balqis. Tidak dipeduli dengan siapa dia bercakap saat ini.

Geramnya hati Balqis saat diberitahu bahawa dia akan berkahwin dengan lelaki yang ada di hadapannya saat ini. geram sangat. Kenapa lelaki ini bersetuju dengan segalanya. Dia tak ada panduan hidupkah? Kenapa semua arah hidupnya perlu ditunjukkan oleh orang lain.

Ikutkan hati, dia nak cincang lumat lelaki yang bernama Sulaiman ini, masukkan dalam blender. Buat jus. Lepas tu buang dalam sungai Klang. Puas hati!

“Betul-betul marah dengan abangkah?” Soal Sulaiman. tatapan matanya tertunak pada wanita di hadapannya.
“Ya.” Laju Balqis membalas.
“Bukan salah abang. Qis tak boleh marah abang. Family kita yang nak kita berkahwin,” jelas Sulaiman lagi.

Dia sedikit terluka dengan cara penerimaan Balqis. Kenapa gadis itu berubah 360 darjah. Kali terakhir mereka bertemu adalah dua belas tahun yang lepas. Ketika dia tamat tingkatan lima dan menyambung pelajaran ke tempat lain. Manakala gadis itu ditinggalkan di sekolah menengah. Bukan ditinggalkan, tetapi keadaan yang membuat dia tidak punya pilihan. Takkanlah dia nak tercongok lagi lima tahun nak tunggu Balqis tamat belajar.

Sulaiman tidak tahu kalau jarak perpisahan mereka telah membuat sikap Balqis
sebegini. Sedikit dingin. Bukan sedikit, tapi SANGAT DINGIN.

“Kenapa sekarang Qis dah tak panggil saya dengan panggilan abang?” soal Sulaiman sambil memandang gadis di hadapannya.

Sulaiman perasan kalau gadis di hadapannya itu lebih berminat melihat segala benda yang ada di sekitar kafe itu selain daripada figuranya. Kenapa ya? Teruk sangatkah wajahnya sampai tak boleh di pandang? Tapi orang-orang di tempat kerja berebut-rebut nak bekerja di bawahnya. Klien pun tidak putus-putus masuk ke dalam pejabatnya. Temannya yang lain pun cakap yang wajahnya ini cukup memikat untuk perempuan pandang. Apa bezanya dengan Balqis? Takkan dia tak ada selera dengan lelaki? Nauzubillah.

“Awak bukan abang saya.”
Jawapan itu membuat Sulaiman cepat mengalihkan pandangan.
“Tapi dulu Qis selalu panggil saya dengan panggilan abang,” Sulaiman masih tidak putus asa menagih jawapan.
“Tak nak.” Balqis masih degil.
“Kenapa awak terima cadangan parents kita?” soal Balqis kemudian setelah keadaan senyap menguasai mereka.
“Qis tak rasa cadangan mereka adalah yang terbaik untuk kita?” soal Sulaiman. soalan dibalas dengan soalan.
“Tapi saya tak suka,” sedikit membentak Balqis membalas.
“Kenapa?” soal Sulaiman sambil jungkit kening.
“Tak sukalah. Lagipun kita ada jalan hidup masing-masing. Kenapa kita tak berhak tentukan hidup kita sendiri?” suara Balqis sedikit kuat. Takkan mamat di hadapannya ini sedikit lembap sampai perlukan Kamus Dewan untuk mencari makna TAK SUKA. Sendiri mau fahamlah.
“Dalam hidup kita ni, sesekali kita perlukan orang lain untuk bantu kita buat keputusan. Supaya kita sedar yang bukan hanya kita ada di dunia ini,” jawapan Sulaiman membuat hati Balqis membentak lagi.
“Kita yang caturkan hidup kita sendiri. Tak perlu campur tangan orang lain untuk gerakkan buah catur kita,” jawab Balqis.
“Itulah masalahnya. Balqis samakan hidup dengan buah catur. Memang perlukan orang lain untuk bantu gerakkan. Permainan tak kan berjalan andai satu pihak sahaja yang bergerak. Its need two tango,” Sulaiman masih tidak henti memujuk dalam senyap. Berusaha untuk mencairkan gadis itu agar menerima takdir yang datang kepada mereka saat ini.
“Balqis...” Balqis sudah kehilangan kata. Tidak tahu mahu menjawab bagaimana. Dia memang sudah blur. Fikirannya kacau.
“kenapa tak menolak?” soal Balqis. Kali ini, soalan yang dituju beserta kepala dihadapkan memandang wajah Sulaiman.
“Abang memang tak mahu menolak. Abang tak nak lukakan hati sesiapa. Seandainya kita menolak, pastinya banyak hati yang akan tercalar akibat sikap pentingkan diri kita,” ujar Sulaiman tenang.

Sulaiman sentiasa dalam keadaan tenang. Baik dalam tindakan mahupun cara cakapnya. Keadaan ini menambah sakit hati Balqis. Geram dia dengan sifat cool yang ada pada lelaki ini.

“Kalau begini tindakan awak, sepertinya saya tidak mempunyai hak untuk menolak,” sayu suara Balqis.
“Qis, kita memang diberi pilihan untuk menolak. Qis kena tahu, setiap tindakan kita pada hari ini, akan ada pengorbanan yang perlu kita lakukan. Akan ada perkara yang perlu kita lepaskan.”
Sulaiman pandang wanita di hadapannya itu. Balqis dilihat terlalu bersungguh dalam memberi hujah sendiri untuk menegakkan keputusannya.
“Qis pernah dengar pasal kos lepas?” Soal Sulaiman. Dia setia memandang gadis di hadapannya. Masih menanti jawapan.
Balqis hanya menggeleng bila disoal begitu. Dia sememangnya tak pernah dengar tentang kos lepas. Apa benda tu? apa kaitan kos lepas dengan masalah yang sedang mereka hadapi saat ini?
“Kos lepas penting dalam ekonomi. Ia berdasarkan kepada kenyataan bahawa setiap input atau sumber mempunyai kegunaan alternatif walaupun alternatif tersebut tidak dilakukan. Setelah input terikat untuk kegunaan tertentu, ia tidak boleh digunakan pada alternatif lain dan pendapatan daripada alternatif lain akan hilang.”

Ish... dia ni manager atau cikgu ekonomi. Balqis dah tergeleng-geleng mendengar penerangan yang sedikit pun tak masuk dalam otaknya.

“Tak faham,” cepat Balqis berkata bila penerangan Sulaiman sudah ternoktah. Kepalanya juga digeleng perlahan.
“Dalam situasi kita sekarang ni, kita perlu lepaskan suatu pilihan yang lain untuk memberi keuntungan kepada kita. Macam sekarang ni, pilihan yang kita ada adalah teruskan perkahwinan atau tolak. Tugas Balqis sekarang adalah senaraikan segala kebaikan dan keburukan kalau kita teruskan. Begitu juga situasinya kalau Balqis tolak. Ambil kira semua keadaan. Jangan pandang satu penjuru sahaja. Bila sudah dapat keputusannya, Balqis kena pilih salah satu yang terbaik. Yang memberi lebih banyak kebaikan pada Balqis.”

Adui...panjang pula tazkirah cikgu ekonomi ni. Patutpun dia tak pernah dengar pasal kos lepas, sebab masa sekolah dulu dia tak pernah ambil ekonomi. Habis tingkatan lima, terus masuk matrikulasi. Memang tak sempat nak berkenalan dengan subjek ekonomi.

“How about if I refuse?” soal Balqis sambil angkat kening.
“Balqis tak boleh buat short list macam ni. Dalam keadaan sekarang, Balqis kena ambil kira untuk long term sebab ini adalah pelaburan masa hadapan Balqis. Balqis mahu untung atau rugi? Kena fikir betul-betul. Satu perkara yang perlu Balqis ingat, kita punya Dia untuk bantu kita pilih keputusan yang terbaik. Balik nanti istikharah. Bila sudah dapat jawapan, Balqis akan tahu kos lepas yang terpaksa Balqis lepaskan demi keuntungan yang berganda-ganda,” ucap Sulaiman mengakhiri sesi tusyen untuk mata pelajaran ekonominya hari ini.

Balqis dilihat mengangguk-angguk. Sulaiman tersenyum. Nampaknya proses pembelajaran hari ini berjalan lancar. Segala objektif tercapai. Tak pasal-pasal kena terang pasal kos lepas pula.

“Balqis dah ada yang punyakah?” Soal Sulaiman lagi.
“Itu tak ada kaitan,” Balqis jawab acuh tak acuh.
“Banyak kaitannya Qis. Kalau Qis dah berpunya, segala yang dirancang tak akan terjadi. Abang tak mahu kacau jambangan bunga orang lain. Abang tak nak dianggap orang yang tak ada adab,” jelas Sulaiman.
“Tapi setahu abang, Mak Chu kata Qis belum ada yang punya,” sambung Sulaiman lagi sambil tersenyum. Puan Mariam atau lebih selesa dipanggil oleh Sulaiman sebagai Mak Chu ada memberitahu kalau status Balqis saat ini masih lagi single and available.
“Tapi saya tak bersedia lagi untuk hadapi semua ini. masuk ke alam rumahtangga langsung tak tersenarai dalam planning saya. Memang saya tak pernah tulis dalam year planning pasal kahwin-kahwin ni,” jelas Balqis. Suaranya sedikit sayu.
“Qis... sampai bila-bila pun kita tak akan bersedia. Tu sebab kita perlukan tindakan untuk menjadikan kita bersedia hadapi segalanya.” Sulaiman masih dalam keadaan tenang.
“Andai segalanya berjalan seperti yang dirancang, apa akan jadi pada kehidupan kita masa akan datang?” nada kerisauan Balqis pula saling bertingkah. Hatinya terbelah dua. Mahu menerima dan terselit juga desakan agar menolak sahaja semua perkara yang dirancang ini. baginya dia adalah manusia, punya hak. Berhak untuk memilih.

Balqis tahu, kalau dia terima maknanya ia hanya melibatkan urusan antara dia dan Sulaiman. Tetapi kalau dia tolak, maknanya Balqis telah melibatkan banyak pihak. Pihak keluarganya dan keluarga Sulaiman. malah dari nenek moyang hinggalah ke cucu-cicit pasti akan terkena bahangnya sekali andai Balqis cuba menolak segala perancangan yang telah ditetapkan.

“Awak janji jangan kacau saya.” Akhirnya Balqis bersuara perlahan.
“Kacau?” soal Sulaiman. Cepat dia mengajuk pernyataan Balqis.
Setelah beberapa minit, akhirnya tergambar sengihan di bibir Sulaiman. Dia faham maksud ‘kacau’ yang diertikan oleh Balqis.
“Tak kacaulah,” balas Sulaiman selepas itu. Senyuman tidak lekang dari bibirnya. Akhirnya Balqis memberi manfaat dalam kehidupannya. Tidak menyusahkan dia dengan apa-apa keputusan yang negatif.
“Saya harap awak faham apa yang saya maksudkan. Saya tahu awak orang bijak,” penuh perasaan Balqis meluah.
“Abang faham. Sudah hampir bertahun kita tak jumpa, mesti Balqis janggal dengan abang. Abang tak kisah kalau kita sambung semula apa yang telah kita bina sejak zaman kanak-kanak. Chilhood memory.” Sulaiman pandang Balqis. Dia mengharap benar agar Balqis faham apa yang dikatanya.
“Saya harap awak betul-betul faham. Zaman kanak-kanak tak sama dengan zaman sekarang. Terlalu besar perbezaannya. Kalau awak kata nak sambung, saya fikir amat sukar sebab kita perlu mulakan semua dari titik awal. Bukan dari titik pertengahan sebab saat ini saya anggap awak adalah orang yang baru saya kenal. Masih cuba untuk terima awak dalam hidup saya,” luah Balqis cepat.

Dia tidak mahu Sulaiman mengharapkan untuk menyambung hubungan mereka seperti zaman kanak-kanak duhulu. Memang situasinya sangat berbeza. Sukar untuk disambung sebab tali yang digunakan bukan dari jenis sama lagipun tali tersebut mengalami pembesaran dalam situasi yang berbeza.

“Abang faham,” balas Sulaiman lemah.

Luluh hati Sulaiman bila mendengar bicara Balqis. Gadis itu memang sudah padam semua ingatan tentang dirinya sejak zaman kanak-kanak. Dibuang untuk selamanya. Kalau setakat terbuang dalam recycle bin, dia boleh tolong restore kan. Masalahnya Balqis sudah buang terus dari kehidupannya.

Balqis tersenyum puas. Akhirnya satu memorendum persefahaman antara dia dan Sulaiman telah disepakati. MoU yang tidak perlukan sebarang dokumen yang perlu ditandatangi itu hanya bersandarkan kepada kejujuran dan keikhlasan bagi setiap pihak yang terlibat.

Balqis sedar akan kesan yang akan diterima. Kemungkinan besar salah satu pihak akan melanggar perjanjian ini. namun, dia hanya mampu dan berserah agar segalanya berjalan seperti dirancang.

baik-baik sayang-6

Janji?

Hmm... memang Balqis ingat tentang janji yang telah mereka meterai. Janji yang telah dipadu antara mereka berdua. Janji yang dipersetujui sehari sebelum mereka bergelar suami isteri. Maknanya janji yang telah mereka lakukan kelmarin. Saat dia dan Sulaiman sama-sama duduk berdua di dalam kafe yang berhadapan dengan pantai. Pantai Port Dickson menjadi saksi paduan janji mereka.

Kalau boleh, Balqis sebenarnya tidak mahu pertemuan antara mereka terjadi. Kalau boleh, biarlah untuk selamanya. Namun desakan yang bertubi-tubi dari manusia yang bernama Sulaiman Salam tidak kenal erti putus asa.

Saat pertemuan semula antara dua buah keluarga lagi dia perasan kalau Sulaiman berusaha keras untuk berbual dengannya. Namun Balqis pandai mengelak.
Bila keluarga masing-masing telah membuat persetujuan untuk mewujudkan ikatan keluarga antara mereka, di situ Balqis tambah menyampah. Kalau boleh dia nak larikan diri. Biar sampai ke Norway sana.

Selalu Balqis berusaha untuk tidak berjumpa dengan orang yang bernama Sulaiman. kalau Sulaiman datang ke rumah, dia akan berkurung dalam bilik. Kalau Sulaiman datang tempat kerjanya, pandailah dia reka alasan. Kadang-kadang temannya pula naik menyampah sebab mereka yang terpaksa berdepan dengan Sulaiman.

Kata Munirah, dia tak sampai hati bagi alasan pada Sulaiman sebab tak sanggup nak tengok riak muka Sulaiman yang sedikit kecewa. Tapi bila disuruh sampaikan pesan, pasti berlumba-lumba nak berdepan dengan Sulaiman. Mereka kata, wajah, tingkah dan bicara Sulaiman membuat mereka terpikat. Kalau semakin lama keadaan itu berlaku, pasti tak mustahil salah seorang teman sepejabatnya akan melekat dengan Sulaiman. Terpikat dengan Sulaiman. Masa tu, kata Salmah, gigit jarilah Balqis.

Maka terjadilah pertemuan pertama antara mereka. Itupun setelah puas dipujuk oleh Sulaiman. Siap ugut lagi nak gunakan keluarga untuk memastikan pertemuan mereka terjadi.

Dengan tidak rela hati Balqis hadir ke situ. Itupun sudah lambat setengah jam. Dia sengaja melambatkan langkahnya. Janji nak makan tengah hari bersama. Hmm.. tambah tak selera dia nak makan kalau berdepan dengan manusia yang bernama Sulaiman.
Dia langsung tidak mempamerkan riak bersalah bila sudah tiba di hadapan Sulaiman. Dia memang nampak air Sulaiman yang sudah berkurang. Dia tahu dia sudah lambat, namun dia langsung tidak meminta maaf.

Itu semua disebabkan dia geram dengan sikap Sulaiman yang langsung tidak berusaha untuk mengakhiri semua. Sulaiman dianggap lemah kerana hanya mengikut telunjuk sahaja. Langsung tiada upaya untuk membantah.

Selepas pertemuan itu juga, dia melarikan diri ke pantai. Zainab teman sekerja merangkap teman sekampung, sudah sedia menantinya di kereta. Memang dia datang bersama Zainab. Dia yang paksa Zainab menemaninya. Kalau tiada Zainab, dia tidak akan berjumpa dengan Sulaiman.

Zainab, dulunya bukan teman sepermainan. Tapi bila di alam persekolahan, Zainab sudah bertukar status. Jadi teman karib Balqis. Dari sekolah rendah hinggalah sekolah menengah. Kemudian, jodoh mereka dipanjangkan apabila bersatu bumbung. Sama-sama bekerja di Citra Cinta Sdn Bhd. Mereka juga tidak memilih universiti yang sama. Namun itu tidak menjadi hal kerana mereka seringkali bertemu di kampung tika cuti semester.

baik-baik sayang-5

“Qis,” teriakan itu mengembalikan dia ke alam nyata.

“Ya mak,” sahutnya kembali.

“Keluarlah. Salam dengan saudara mara ni sebelum dorang balik,” sahut emaknya kembali.

“Ok,” balas Balqis tersenyum. Main sahut-sahutan pula dalam rumah sendiri. Tak sangka pula dia.

Sempat dia tersenyum. Pagi hinggalah ke malam, tidak putus-putus ucapan tahniah untuknya dan untuk suaminya. Doa yang telah diajarkan Nabi Muhammad s.a.w juga bertalu-talu untuknya.

May Allah bless both of u & may Allah bestow His blessings upon & unite the both of u in d goodness.(Baaraka Allahu lakuma wa baaraka alaikuma wa jama'a bayna kuma fil khair.)

Teringat Balqis pada lagu Maher Zain yang bertajuk Barak Allah Lakuma. Sebuah lagu tahniah untuk para pengantin, bakal pengantin dan orang yang berniat untuk menjadi pengantin.

Sebelum ini, dia sangat suka mendengar lagu tersebut. Selalu dia bayangkan untuk mencapai tahap seperti lagu itu. Menerima ucapan barak Allah dari semua orang. Akhirnya masa itu datang juga. Tidak putus ucapan selamat untuknya.

Senyumannya tersungging lebat sambil menyanyi-nyanyi lagu tersebut. Ceria hatinya melagukan lirik itu.

We're here on this special day
Our hearts are full of pleasure
A day that brings the two of you
Close together
We're gathered here to celebrate
A moment you'll always treasure
We ask Allah to make your love
Last forever
Let's raise our hands and make Do'a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let's all say, say, say
Baaraka Allahu lakuma
wa baaraka alaikuma
wa jama'a bayna kuma fil khair

Entah mengapa dia sangat sukakan lagu tersebut. Boleh dikatakan semua lagu Maher Zain menjadi santapan telinganya. Malah pernah Balqis berangan-angan akan datang seorang putera impiannya lalu menyanyikan lagu For The Rest Of My Life untuknya.

Kain batik yang tadinya tersingkap di tutup semula. Parut yang terbentuk di lutut kaki kanan dua puluh tahun yang lalu masih nyata lagi. Masih seperti yang dulu. tiada perubahan. Bentuknya masih sama. Parut yang membuat dia jadi manusia lemah dan tak berdaya.

Dia masih ingat lagi. Ketika dirinya berusaha untuk bangun, Abang Man dan kawan-kawannya baru habis bermain layang-layang. Terkejut sungguh abang Man ketika melihat dia tersadai di tengah jalan.

Bila ditanya mengapa, dia sudah tidak mampu membalas. Hanya lutut yang masih berdarah ditunjukkan. Cecair pekat merah yang hampir kering di sekitar lutut itu dilap perlahan oleh Abang Man.

Malah, Abang Man yang menggendongnya membawa pulang ke rumah. Seandainya Abang Man tiada, mungkin dia hanya duduk di situ menunggu sehingga kedua orang tuanya sedar akan kehilangannya.

Ah... lupakan semua itu.

Balqis bangun dari katil. pakaian lengkap dicapai. Dia perlu keluar segera untuk mengeratkn silaturahim.

Entah kenapa boleh pula dia mengulit kenangan saat remang senja mahu labuhkan tirai. Banyak pula perkara yang membuat dia kembali ke masa lepas. Zaman kanak-kanaknya.

Mungkin sebab sekarang dia sudah berubah. Perubahan yang tidak direlakan sama sekali. Sejarah lutut berdarah adalah kesinambungan dari kisah sekarang. Bagaimana mungkin untuk dia mengelak. Harus macam mana dia tidak perlu untuk berdepan dengan perkara yang membuat dia betul-betul tidak sanggup untuk menghadapinya. Kini, dia harus kembali berdepan.

“awak tidur di mana?” Balqis yang baru masuk bilik terus bertanya pada lelaki yang sedang santai duduk di meja soleknya.

“atas katillah. Mana lagi?” jawab Sulaiman lurus.

Baginya soalan yang dikemukakan oleh Balqis langsung tak releven. Ini bukannya zaman jahiliah atau zaman ekonomi meleset yang perlu tidur di atas pelepah tamar atau atas kain buruk. Sudah terang lagi bersuluh, ada katil, mestilah tidur atas katil. nak tidur mana lagi.

“mana boleh. Itu katil saya.” Terjah Balqis cepat. Terkejut dia dengan jawapan Sulaiman. siapa lelaki itu yang suka hati nak tidur atas hak cipta terpelihara milik Balqis Ibrahim. Opps lupa... dia suami kau sekarang Balqis.

“ada tulis nama Qiskah?” Sulaiamn jenket kening.

“memanglah tak ada. takkanlah saya nak tulis harta yang memang dalam bilik saya. Saya bukannya orang kerajaan sampai kena isytihar harta segala. Lagipun harta dalam kamar tidur tidak perlu diisytihar,” Si gadis sudah berang. Jadi panjang pula dia berleter.

“Qis, I don’t know what you problem actually. Tapi I nak tidur atas katil. kalau awak tak bagi juga, hantar I ke rumah orang tua saya,” cepat Sulaiman membalas. Suaranya dibuat-buat sayu.

Di mana lagi Balqis nak bagi dia tidur. Takkanlah dalam tandas. tak pernah lagi orang buat. Takkan nak letak dia tersadai atas lantai? oh tidak... akan mogoklah tulang-temulangnya jika itu berlaku.

Balqis hanya mencebik mendengar suara Sulaiman. hantar balik konon. Ingat dia tu dara pingitan ke nak kena tatang bagai.

“Awak, janganlah tidur situ. Kalau awak tidur situ, saya nak tidur mana,” suara Balqis sedikit sayu.

Sengaja dibuat suara macam tu bila melihat Sulaiman sudah sedia mendarat di atas katil. harap-harap lumpuhlah sekejap kedegilan lelaki itu. Lantas memberi peluang untuknya melakukan aktiviti biasa yang dia lakukan iaitu melakar sweetdream di atas katil king size itu.

“Up to you nak tidur mana. Kalau nak join abang boleh juga.” Keputusan Sulaiman muktamad. Selimut ditarik menutup separuh tubuhnya. Bantal yang ada ditepuk-tepuk perlahan.

Nasib kaulah Balqis. Ingat aku akan tunduk dengan suara kau tu ke? Lagi aku rasa nak tidur adalah. Macam lullaby pula. Twinkle...twinkle.. little star..

Akhirnya mata Sulaiman sudah menguncup. Tertutup rapat. Cepat mata itu terlena. Mungkin terlalu penat dengan urusan pernikahan pagi tadi. kerahan tenaganya banyak keluar hari ini.

“Man....” panjang harakat suara Balqis. Tiada lagi perkataan abang di pangkal kata. Hilang dah.

Aduh... macam mana ni? Kepalanya digaru-garu tanda sedang buntu. Aku nak tidur mana ni. Berulang-ulang kakinya mengelilingi ruang bilik. Biarpun ini adalah biliknya, dia tidak pernah lagi tidur di ruang yang ada melainkan di atas katil kesayangannya itu.

Balqis berputar. Langkahan kakinya dikira perlahan. Matanya mendongak melihat jam di atas meja bersebelahan katil. sudah pukul dua belas malam. Aku kena tidur juga sekarang. Kalau tidur lewat, mesti kepala aku sakit. Dia menuju ke arah katil king saiznya.

“Man...” tidak puas hati dia melihat Sulaiman sedang lena dengan tenang. Selimut tebal yang menutup Sulaiman ditarik rakus.

Cemburunya aku dengan mamat ni. Sedap-sedap saja dia tidur. Aku juga yang tinggal tercongok sendirian. Balqis mendesis perlahan.

“Apa ni Qis? Tidurlah. Awak tak penatkah? Jangan risaulah. Kan dah janji hari tu,” biarpun sedikit mamai, suara Sulaiman tetap mempunyai fakta.

Balqis pula yang termangu-mangu. Bila sudah tiada respons dari Sulaiman, perlahan-lahan dia labuhkan punggung di atas katil itu. Bucu katil juga yang menjadi tempatnya landing.

Harap-harap aku tak dapat nightmare malam itu. Doa itu tak putus dari bibirnya.

Dia pandang Sulaiman. semoga apa yang telah dijanjikan tidak dirobohkan malam ini. doanya panjang agar dia dapat bangun dengan selamat. Sama seperti dia bangun pada hari-hari sebelumnya.

Janji?

baik-baik sayang-4

“Abang Man, pinjamlah layang-layang tu,” penuh mengharap si anak kecil agar dipinjamkan layang-layang yang sudah tinggi di atas.

“nantilah. Abang tengah main ni,” pujuk budak lelaki yang bernama Man. Seronok bermain layang-layang itu membuatkan dia tidak mahu mengalihkan tali di pegangannya kepada sesiapa pun. Hatta untuk budak kecil yang sedang merayu di tepinya itu.

“Abang Man, nak main juga,”suara kanak-kanak perempuan itu sudah berubah. Kali ini sedikit mendesak.

“Qis duduklah dulu. tengok abang main,” suara Man pula yang memujuk.

Keadaan angin monsun kini kembali sepoi. Tidak lagi seperti tadi. keadaan menjadi tenang seketika. Kebanyakan kanak-kanak yang ada di padang itu berlari laju untuk memberikan keseimbangan kepada layang-layang masing-masing.

Man tidak terkecuali. Untuk mengelakkan layang-layang yang berbentuk naga itu menyembah bumi, dia perlu melakukan sesuatu. Lantas tindakan seperti kanak-kanak lain yang ada di padang itu diikuti. Berlari laju di pinggir padang untuk memastikan layang-layang itu kekal di atas.

“abang Man, tunggulah Qis,” suara kanak-kanak perempuan itu saling bertingkah dengan suara lain.

Kebisingan yang ada di padang langsung tidak mencacatkan suara kanak-kanak perempuan itu. Malah teriakannya memanggil-manggil nama abang Man kini memenuhi seantero padang.

“Qis jangan lari. Duduk diam situ sahaja. Jangan ke mana-mana. Tunggu abang. Nanti abang bagi pinjam. Kalau lari-lari, abang tak bagi pinjam.” Amaran keluar dari bibir kanak-kanak yang bernama Man.

Mendengar arahan itu, kaki Qis terbrek dengan sedirinya. Tidak mahu terlepas tali layang-layang, maka dia pun kembali statik di tempat dia berdiri tadi. kali ini dia berkalih sedikit ke belakang. Memberi laluan kepada kanak-kanak lain yang bebas berlarian. Sama-sama berusaha menandingi yang lain untuk menjadi sang juara. Untuk memastikan layang-layang mereka lebih tinggi dari yang lain.

Man beralih arah. Kali ini, arah tiupan angin pula yang diekori. Layang-layang di belakangnya sekali-sekala menjamah mata. Bila dirasakan layang-layang itu masih tidak stabil, lantas kakinya kembali bergerak. Berlari. Semakin lama semakin jauh. Semakin lama juga, semakin tinggi layang-layang itu terbang. Sekaligus membuat rasa terujanya meningkat.
Kalau boleh, Man nak buat layang-layangnya melintasi ketinggian layang-layang si Mat. Layang-layang Mat yang berbentuk biskut Oreo itu lebih tinggi berbanding layang-layang lain. Malah, kalah tinggi layang-layang yang mempunyai bintik-bintik coklat milik Man. Layang-layang yang dipenuhi coklat chip. Chipmore yang sungguh sedap.

Mata Qis mengecil. Sudah hampir dua jam dia tercongok menunggu. Batang tubuh abang Man langsung tak mendekat. Malah semakin jauh lagi. Sungguh tak sangka dia kena tinggal macam tu.

Macam mana nak balik ni? Lantas dia tengok sekeliling. Aku lapar. Suara hati Qis merintih-rintih.

“Nab, Qis nak balik.”

Kanak-kanak yang berumur lima tahun itu menyapa Zainab, adik kepada Mat. Teman yang bukan sepermainan sebab dia lebih suka main dengan Abang Man daripada Zainab. Zainab pun macam tu juga. Suka main dengan abangnya sahaja.

“Kau balik dulu. Aku tunggu abang,” balas Zainab yang juga seusia Qis.

Sebenarnya Zainab belum puas bermain layang-layang. Layang-layangnya yang ada gambar harimau macam dalam biskut Tiger tu sudah putus talinya. Jadi dia ingin meminjam layang-layang abangnya yang kini terbang bebas di awam.

Kedatangan mereka ke situ mempunyai satu tujuan. Ingin mencipta sejarah sendiri agar dapat menerbangkan layang-layang tinggi di awan.

Qis pandang ke langit. Rasa macam nak makan pula layang-layang Mat di atas sana. Nampak macam sedap saja biskut Oreo tu dicicah dengan air Milo. Aduh, tak pasal-pasal air liur Qis turun. Laparnya membuak-buak. Cepat-cepat dia berlari pulang ke rumah.

“Mak, Qis lapar,” teriakan itu hanya bergema di sekitar kawasan itu bila tak semena-mena dia jatuh tergolek.

Tunggul di depan yang berdiri condong membuat dia jatuh berguling-guling. Tubuh kecilnya yang ringan dibawa angin kecil ke sudut semak. Lantas pokok semalu yang ada di situ tidak segan-segan menyapa tubuhnya.

Tambah teriaklah kanak-kanak kecil itu. Tangisannya sudah hampir menghilangkan suara. Pedih terasa lututnya.

Seluar panjang yang menutup kakinya diselak bila terasa semacam cecair pekat mengalir. Seluar warna biru itu disingkap perlahan-lahan.

“Aduh!” sekali lagi dia mengaduh. Sungguh bisa kepedihannya.

“Mak...” rintihannya kembali kedengaran.

Bila dia mempunyai kekuatan sedikit, sekali lagi seluar itu diselak. Kali ini lebih berhati-hati agar tidak menerbitkan sebarang kesakitan. Namun semua itu sia-sia. Kesakitan jelas terasa bila mana dia menggerakkan seluar itu. Hatta nak gerakkan kaki pun tak boleh.

Tangisannya bertambah kuat bila melihat kepala lututnya berdarah. Platlet berwarna merah tidak segan-segan berlumba keluar dari soket lututnya.

“Mak sakit.” Budak kecil hanya mampu mengadu.

Qis menggulung seluar di bahagian kanan hingga ke paha. Mengelak dari kesakitan. Andai sahaja kain kapas itu menyentuh lututnya yang kini berlubang kecil, pasti teriakan akan terjadi. Sungguh, dia sekarang tersangat sakit. Lututnya yang terluka akibat terkena benjolan kayu di tengah jalan tadi membuat dia tidak berdaya. Lemah longlai dirinya.

Semangat untuk balik rumah nak makan biskut Oreo cicah milo kini sudah dilupakan. Yang ada sekarang hanya ingin berusaha untuk sampai ke rumah. Minta emak tolong ubatkan kakinya yang luka.

Qis mengengsot sedikit. Bergerak dalam slow motion untuk dekat dengan laluan. Keadaan tepi semak itu tidak selesa. Dia berusaha menolak badannya itu kembali ke laluan sebenar. Badannya yang kecil terlambung-lambung bila diengsotkan. Semakin lama, engsotan itu semakin perlahan. Dia sudah kehabisan tenaga. Nyawanya bagai sudah di hujung.

Duri-duri semalu dibuang perlahan. Tiap kali duri kecil itu dicabut dari ruang tubuhnya, tangisan air mata akan kedengaran. Seksanya keadaan. Berpuluh-puluh duri kecil sempat menjengah ke tangannya. Nasib dia berseluar panjang. Kalau tidak, betisnya juga akan menjadi mangsa kepada segala duri yang ada.

baik-baik sayang-3

“Aku terima nikah dan kahwinya Balqis Binti Harun dengan mahar yang telah disebut dengan manhaj kitab Allah dan sunnah rasullulah”

Lancar lafaz akad itu keluar dari bibirnya. Senyuman tersungging megah terlakar di wajahnya. Sungguh dia berbangga. Bersyukur sangat kerana ujian yang paling getir dirasakan dalam hidupnya sudah terlaksana. Kalah segala peperiksaan dan ujian yang pernah dia hadapi sejak zaman sekolah hinggalah di universiti. Bila sudah di alam pekerjaan, dia memang tidak menghadapi sebarang peperiksaan, namun bebanannya lain pula.

Kini lain pula keadaannya. Dia sudah melepasi saat getir dalam hidupnya. Kalimah Hamdallah tidak lepas dari ungkapan dua bibirnya. Kiranya, segala latihannya selama ini berhasil. Full mark for me. Tidak putus-putus senyuman tersungging di bibirnya.

Kakinya melangkah ke penjuru masjid. Sujud syukur menjadi tanda dia mengucapkan terima kasih atas limpahan nikmat-Nya. Solat sunat juga tidak lupa didirikan. Bila sudah selesai, dia menuju ke arah kelompok manusia yang berada di tengah-tengah masjid.

Kumpulan pertama yang dihampiri adalah kedua orang tuanya. Insan yang berjaya melahirkan dia ke dunia yang nyata ini. berjaya membentuk dia menjadi seperti hari ini. insan berguna masih ingat di mana kakinya berpijak. Masih sedar betapa tingginya langit.

“Baik-baik hidup di alam baru ni. Jaga tanggungjawab yang baru kamu galas,” sejak semalam si ibu tidak putus-putus memberi nasihat.

Saya hati Puan Sarah. Air mata sudah berada di pinggir bibir. Biarpun kebanyakan ibu bapa menangis kerana melepaskan anak perempuan mereka, kali ini air matanya sudah tidak dijemput menangisi perubahan status anaknya. Reaksi biasa bagi perempuan. Di kala sedih menangis, di kala suka pun menangis. Air mata yang ada sekarang adalah air mata kegembiraan. Gembira kerana anak bujangnya sudah menjadi suami orang.

“Man, ingat peranan suami. Jangan sesekali tergadah kalau ditimpa masalah.” Giliran sang ayah pula memberi amanat.

Tuan Salam menepuk-nepuk perlahan bahu anaknya. Sudah hampir tiga puluh tahun anaknya itu di bawah tanggungjawabnya. Sekarang, anaknya pula diberi tanggungjawab untuk seumur hidup akan datang.

Sulaiman hanya mengangguk-anggukkan kepala mendengar segala nasihat. Segala perkataan seperti itu menggetarkan sukmanya. Membuat hatinya terasa menderam-deram. Berat sungguh tanggungjawab kali ini.

Kakinya perlahan-lahan melangkah ke kelompok lain. Tujahan matanya pada sang gadis yang sopan duduk bersimpuh. Memakai baju kurung moden yang senada dengannya.

Menariknya dia. gorgeos! Pujian itu hanya ruang hatinya sahaja yang mendengar. Tidak terkeluar pun.

“Qis, hulur tangan tu,” satu arahan kedegaran daripada suara gadis yang duduk di sebelah sang pengantinnya.

Perlahan-lahan dicapai tangan si gadis. Getaran terasa saat dua medium bersentuhan. Ion-ion mengalir seperti renjatan elektrik saat ia menyatu. Begitu membuat jantung ingin keluar dari soketnya.

Sulaiman menebarkan senyumnya. Biarpun jantungnya saat ini berdegup dengan kencang, tapi semampu mungkin ditutup dengan riak senyum. Sungguh dia terasa getaran yang lain sedang menyapa dadanya saat tangan si gadis tersemat dalam genggamannya. Membuat hatinya seperti terloncat-loncat.

“Ciumlah tangan tu,” perempuan di sebelah sekali lagi memberi arahan. Kepalanya menggeleng-geleng. Aduhai sahabatku, takkanlah nak kena bagi satu-satu arahan. Bukan dah practice ke tadi?

Hai, sejak semalam lagi dia dah bagi tusyen percuma untuk menghadapi situasi ini. nampaknya temannya itu masih tak khatam belajar lagi. si perempuan mengeluh perlahan melihat telatah temannya yang serba tak kena.

Sulaiman yang mendengar tersenyum. Pasti si pengantinnya juga sepertinya. Saling salah tingkah.

Tapi Sulaiman tidak lari dari dialog. Dia mencium dahi si gadis, sama seperti yang selalu dia lihat. Bila sesi membatalkan air sembahyang, pasti sang suami akan mencium dahi pengantinnya. Itulah yang dia lakukan. Bibirnya menyapa lembut dahi licin pengantinnya. Damainya hati saat itu, serasa ingin ditekap masa untuk berhenti seketika.

Hasratnya tercapai bila kamera tidak putus-putus memberi cahaya. Menyuruhnya tidak memberhentikan aksinya saat itu. Senyumannya kali ini tidak lekang dan tidak putus pula. Senang dengan keadaan ini.

Bila sudah selesai dengan aksi tersebut, Sulaiman beralih kepada kedua orang penting di sebelahnya. Kali ini, status mereka sudah berubah. Kalau dulu selalu dipanggil dengan gelaran pakcik dan makcik, sekarang dah ada mandat baru. Wajib panggil emak dan abah. Satu-persatu tangan orang terpenting itu disalam. Seperti biasa, belakang Sulaiman diusap perlahan. Nasihat pun turut diselitkan.

baik-baik sayang 2

“Kenapa sejak dua tiga menjak ni mak nampak kamu banyak termenung?” soal si ibu.

Tangannya menarik keluar kerusi yang terletak di sebalik meja. Kerusi kayu yang sudah dicat coklat tu diduduki punggungnya. Kehalusan varnis yang menjadi dasar kerusi itu memberi keselesaan sekejap pada sang ibu.

Haruman bunga pada waktu malam menjamah hidungnya. Kesegaran aroma bungaan lebih terserlah kala ini. haruman yang menyapa hidungnya itu membuat jiwa tenang. Mungkin sebab itu, taman mini ini menjadi tempat lepak kepada putera hatinya itu. Mencari ketenangan dan kedamaian.

“Tak ada apa mak. Kenapa tak tidur lagi?”

Si anak yang tadinya berdiri berhampiran pokok bunga allamanda kini beralih. Kerusi yang berada di hadapan ibunya pula ditarik. Lantas punggungnya tidak menunggu sesaat untuk santai di atasnya.

“emak hairan tengok kamu. Sejak lepas makan tadi asyik duduk luar saja. Kamu tu yang sebenarnya yang kena tidur awal. Esok nak jalan jauh. Kena gerak awal pula tu,” emak dah mula membebel.

“emak ni, macamlah saya yang bawa kereta” balas si anak sambil tersengih.

“biar bukan kamu yang bawa, tapi esok adalah hari penting kamu. Hari besar kamu. Pergilah tidur awal,” luah emak tidak berpuas hati.

“alah, emak ni. Rilekslah.” Selamba sahaja jawapan si anak.

“Kamu jangan nak ambil enteng pasal esok. Kalau ada apa-apa yang kamu rancang yang bukan-bukan esok, awas kamu. Emak cincang kamu empat puluh keping,” emak sudah memberi amaran.

“uik.... garangnya emak. Rilekslah. Saya tak buat apa-apa pun. Setakat tempah kuda bawa saya lari adalah,” kata si anak sambil tersenyum.

“Beranilah kamu buat macam tu. emak potong nanti,” gurauan bukan mainan. Tidak tahu macam mana nanti kalau anaknya itu betul-betul melakukan seperti apa yang dikata.

Serius si ibu memberi amaran. Jika betul anaknya membuat sesuatu yang di luar alam, memang dia tak akan ragu-ragu nak buat seperti apa yang dikata. Bersungguh dia memberi peringatan.

“mak ni. Takkanlah sampai nak potong-potong segala. Ni bukannya versi P1 wimax pun,” si anak masih ingin bercanda.

“kamu jangan nak main-main. Emak serius ni. Dah, pergi tidur. Jangan layan sangat mata kamu.” si ibu ingin hentikan seketika apa yang dibualkan. Menoktahkan perbualan mereka untuk malam ini.

“emak naiklah dulu.”

Dia masih ingin bersendiri. Mengakhiri malam ini dengan sebaiknya sebab tidak mungkin lagi dia akan merasakan statusnya seperti kini. Wajahnya dipalingkan memandang emaknya. Dia mengangguk membenarkan katanya tadi. berharap sangat agar emak mengerti situasinya kini.

“kamu jangan lepak lama sangat. Nanti ada pula dalam sejarah, kamu pinjam mata panda pada hari bersejarah,” sahut emak sambil terseyum.

Dia tersenyum mendengar celoteh emak. Dilihat emak sudah berlalu dan pergi meninggalkan dia sendiri.

Syok juga kalau pinjam mata panda esok. Mesti cantik gambar yang terlakar. Mata bengkak dan kuyu. Ish... fikiran sekarang ni memang buntu. Celaru. Jiwanya kacau. Tidak tenang.

Memang ini yang dia mahu. Bersendirian. Membiarkan angin malam menyapa tubuhnya. Membiarkan alunan dedauan menjadi irama malam. Dia suka bila bunga-bunga berkuntum mekar.

Ah... indahnya malam.

Hanya dia sahaja yang mendengar suara hatinya kala ini. Hatinya memekak sekuat mana pun, dia tidak akan meluahkan segala bebanan yang memberat di benaknya ini melalui lisannya.

baik-baik sayang

Lirik Wali - Baik-Baik Sayang :

aku tak ingin kau menangis bersedih
sudahi air mata darimu
yang aku ingin arti hadir diriku
kan menghapus lukamu sayang

karna bagiku kau kehormatanku
dengarkan, dengarkan aku

reff:
hanya satu pintaku
untukmu dan hidupmu
baik-baik sayang
ada aku untukmu

hanya satu pintaku
di siang dan malammu
baik-baik sayang
karna aku untukmu

semua keinginan akan aku lakukan
sekuat semampuku, sayang
karna bagiku kau kehormatanku
dengarkan, dengarkan aku

repeat reff:




“kau pastikah?”
“pasti”
“tak nak guna talian hayat?”
“aku ada lagikah talian hayat? Ada spare nyawa lagikah? Ada tujuh kehidupankah?”
“aduh! Kau melalut lagi. Mereng dah ni.”
“dah kau yang mulakan segalanya.” Suaranya terlalu pasrah.
“kau nak kunci juga lirik...eh salah, kau nak kunci juga keputusan kau ni?”
“kau ni, macam tak tahu pula. Aku mana ada diberi gugusan kunci untuk memilih sendiri pintu mana yang aku nak buka. Aku hanya ada sebuah kunci. Satu saja,” suaranya sedikit membentak.

Geram. Secara tidak langsung rasa tidak puas hatinya terluah secara tidak sengaja. Lantaklah temannya itu yang menjadi mangsa. Memang patut pun, siapa suruh dia jolok sarang tebuan, tak pasal-pasal hampir kena sengat. Tak sampai hati lagi dia nak beri sengatan kepada temannya itu. Nanti dia juga yang akan kena sekali bisa sengatan itu. Cukuplah temannya itu dapat mencalit sedikit madu dalam rencah hidupnya.
Merah menyala langit senja masih tidak dapat menghapus duka di hati.

sungguh! Andai ada talian hayat untuk ketika ini, dia sanggup menggunakannya sekarang. Sekurang-kurangnya dia akan memilih talian yang mampu membuat dia invisible untuk setahun. Hilang dari sini untuk satu jangka masa yang lama. Lepas tu segala perkara akan dilupakan. Jadi dia boleh muncul semula setelah melakar sejarah tidak baik. Mesti orang sudah lupakan.

Atau sekurang-kurangnya dia dapat pinjam poket doraemon untuk sesaat ini membawa dia ke dunia lain. Biarlah dia menjengah sekejap ke planet marikh tu. sekurang-kurangnya ada juga angkawasan wanita yang berasal dari negara Malaysia. Tak perlu pakai kapal soyuz segala. Buat habiskan bajet negara sahaja. Tak pasal-pasal segala bajet kena catu.

“jomlah balik. Nanti tak pasal-pasal kita kena sinar X.” Si teman yang duduk di sebelah sudah bangun. Seluarnya ditepuk perlahan. Pasir-pasir yang tersadai dengannya tadi sudah terbang dibawa angin.
“Sinar X mana pula ni?” berkerut dahinya memikir. Sejak bila pula wujudnya sinar X di pantai Port Dickson ni. Takkan angin dari Laut China Selatan membawa sekali sinar-sinar yang tidak pernah wujud?
“bukan sinar mana-manalah. Saja aku cakap. Syaitan dah nak keluar buat rondaan ni. So, sebelum kita terkena panahan songsang, lebih baik kita berambus dari sini,” dengan sengihan si teman menjelaskan.
“kau ni, ada-ada sahaja. Jomlah balik. Nanti bising pula ibu aku,”
“sedar pun kau. Yang kau bertapa di sini sampai sehari suntuk ni kenapa? Tak sedar-sedar lagi dari alam mimpi? Janganlah berangan nak buat flashback. Kau sendiri yang menjadikan segalanya kenyataan,”
“kau sedar tak, aku tidak punya pilihan. Aku cuma diberi arahan. Wajib dipatuhi. Takkan kau tak sedar kedudukan aku,” hampir terluah tangisan bersama jerkahan itu.

Kenapa temannya selalu menyoal benda yang sama. Sedangkan terang-terang si teman juga tahu jawapan kepada segala persoalannya sendiri.

Si teman di sebelah cuma mampu menggeleng. dia tidak menyalahkan andai dia dijerkah.
Dia yang membuat api itu marak. Mengipas dengan kelajuan angin yang perlahan. Maka, redhalah dia kalau dimarah. Hish, mulut aku ni, memang tak pandai diam langsung. Dia menyalahkan diri sendiri.

Friday, August 13, 2010

aku dan kelajuan

salam ramadhan...
salam terawih...
salam pengimarahan masjid&surau
salam keberkatan
salam smua.

dialog

bapa: kalo kamu bawa kereta, kamu tengok tak meter dia?
anak: meter?
bapa: meter kelajuan
anak: ooo.. kadang2 saja.
bapa: jangan laju2. terbang orang di belakang.
anak: ntahlah. sedap ja tekan minyak
adik: dia bwa 80kmj ja tadi
bapa: kalo mlm jgn bwa laju. tengok mr.d tu. accident langgar kerbau. kete rosak, kerbau pun mati.
anak: ???
bapa: duduk di kampung ni, bnyak kemungkinan yg tak terjangka. jadi jangan bawa laju-laju
emak: bawalah 60/70kmj
anak: #####(mata dah terkebil-kebil)
bapa: bawa perlahan saja. sampai juga tu
anak: aku bawa laju kalau jalan lurus saja
bapa: jalan luruskah, bengkok kah, yang penting tak boleh laju.

c bapa tak tahu lagi, anak dia baru saja habis drift dengan kelajuan 140kmj.dengan x mandi, berbaju tidur, baru lepas mengaji, merempit hantar adik p sekolah.

Lara Rindu 8

Aku masih memerhatikan swan yang berenang keriangan. Anak-anak itik begitu bebas berenang. Berkejaran dengan anak-anak swan. Persahabatan antara dua spesies yang berlainan, masih menyatu di bawah satu tempat. Kolam yang indah. Lembayung mekar di tepi kolam. Teratai mengeluarkan putik-putik bunga yang indah di pandangan. Anak-anak ikan seperti sengaja menonjolkan dirinya. Ingin menarik perhatian dari sesiapa sahaja. Aku tersenyum melihat telatah makhluk-makhluk lain yang turut menumpang di bumi tuhan, sama seperti aku.

Aku sudah di sini. Baru dua bulan yang lepas aku memijak semula tanah tumpah darahku. Negara yang sentiasa menggamit memori selama aku di luar negara. Akhirnya, tamat juga segala susah payahku untuk mengenggam semula sebuah skrol ijazah. Kali ini aku sudah berjaya memegang Master Of Hotel and Management. Sedikit ilmu tuhan sudah kuraih.

Selama dua tahun di sana, pelbagai memori telah tercipta. Tidak sangka, impianku sejak dulu untuk melangkahkan kaki keluar negara telah berjaya. Memang terlaksana. Ini semua kerana satu peristiwa yang memang tidak disangka-sangka. Satu peristiwa yang menjadikan aku lebih berani. Ah, Forget it!

Macam mana aku boleh keluar negara? Semuanya atas kerajinanku melayari internet sehinggalah terjumpa satu blog yang menawarkan sesuatu yang aku impikan sejak dulu lagi. Terlibat dalam perhotelan adalah salah satu perkara yang memang menjadi minat aku. Tidak sama keadaannya dengan sebelum ini. Minatku dalam kejuruteraan datang disebabkan hari-hari aku belajar tentang bidang ini. Kata orang, tak kenal maka tak cinta. Begitulah antara aku dan kejuruteraan, sehingga aku berjaya dapat ijazah dalam Civil Engeneering.

Dua tahun aku menghambakan diri semula dengan dunia pelajaran. Pergi kuliah, buat asigment dan bertemu dengan rakan-rakan kampus yang berlainan bangsa.
IMI University Centre (International Hotel Management Institute), yang terletak di kota Lucerne, Swiss adalah tempat yang sudi menerima aku sebagai pelajar. Ia adalah institusi pengajian swasta dalam bidang perhotelan dan pelancongan. IMI memang dikenali dunia dalam melahirkan hotelier dan profesional yang berkemahiran dalam bidang perhotelan.

IMI University Centre juga telah diakui dalam dunia global setelah mendapat pengakuan standard bagi mutu dan kualiti daripada sijil ISO 9001 dan menerima pengakuan yang sama dari pemerintah Swiss.

Swiss terletak di tengah-tengah Benua Eropah di bahagian barat. Negara ini tidak memiliki perairan laut, melainkan danau. Banyak danau di Swiss yang dijadikan sebagai alternatif untuk pengangkutan air, yakni menggunakan kapal ferry. Aku dan kawan-kawan lebih suka ke mana-mana dengan menaiki feri kerana jaminan keselamatannya adalah yang terbaik sama seperti menaiki kenderaan darat. Tapi feri hanya kami gunakan untuk ke kota-kota besar seperti Zurich kerana banyak juga kawasan yang tidak mempunyai perkhidmatan feri. Mata wang yang digunakan di negara ini adalah Swiss Franc (CHF/SFr).

Aku datang ke Swiss menggunakan MAS. Entah dari mana aku peroleh keberanian sehingga boleh terbang merentas beberapa benua untuk jauh dari tanah air. Kalau datang Swiss melalui udara, terdapat dua alternatif iaitu melalui airport antarabangsa yang ada di Zurich dan Geneva/Jenewa.

Kalau dari Kuala Lumpur, kapal terbang MAS akan singgah di Bangkok sebelum meneruskan perjalanan ke Zurich International Airport. Boleh saja terus sampai ke Geneva International Airport tapi kena bagitahu awal kepada pegawai penerbangan untuk kita sampai ke destinasi akhir iaitu di Geneva.

Selain MAS, kita boleh juga naik kapal terbang milik negara lain seperti Lufthansa, KLM Belanda, Singapore Airlines (SQ), Thai Airways atau Cathay Pacific untuk jejak di tanah Swiss. Kalau nak cari pilihan lain, boleh juga dapat yang murah iaitu penggunaan penerbangan Timur Tengah seperti Emirates dan Qatar Airways. Kedua-dua perusahaan penerbangan Timur Tengah ini memiliki standard pelayanan kabin yang sangat sempurna dan sudah dipandang dunia sebagai salah satu sistem penerbangan yang terbaik.

Perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Zurich memakan waktu hampir tiga belas hingga lima belas jam penerbangan, termasuk dengan waktu transit di beberapa negara lain. Buat masa ini, belum ada lagi penerbangan langsung dari Malaysia menuju ke Zurich ataupun Genewa.

Di negara empat musim itu, aku telah menginap di sebuah rumah sewa di Kastanienbaum, Lucerne, Switzerland. Kampusku berada di tengah-tengah Lucerne, Seeacherweg, Kastanienbaum.

Mulanya risau juga kerana aku bermusafir seorang diri. Tetapi, rasa takut tenggelam sedikit demi sedikit bila kami dijemput oleh pemandu dari IMI University Centre, tempat yang bakal aku habiskan masa hampir dua tahun. Perjalanan dari Zurich ke bandar Luzern mengambil masa satu jam. Jadi tidak perlu risau. Tapi yang perlu dirisaukan, bagaimana untuk menjalani hidup di negara orang. Lagi pula aku bukan kenal sesiapa di sini.

Menjejakkan kaki ke bumi yang terkenal dengan dasar bercuali itu, membuat aku mempunyai aktiviti yang sangat menenangkan. Di sana, jika aku tidak ada kuliah, aku akan datang ke tasik dan melihat swan bebas terbang dan berenang.
Kembali ke negaraku sendiri, aku masih lagi meneruskan minat itu walaupun tempat yang berbeza. Namun apa yang aku dapat tetap sama. Ketenangan. Kali ini Tanah Tinggi Cameron Highland pula menjadi pengganti tasik di Kastanienbaum. Suasana yang mendamaikan. Kesukaanku.

Tak sangka permohonanku untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana diluluskan. Malah JPA sudah memberi biasiswa penuh untukku. Di luar dugaan sungguh. Walhal aku mengisi borang pun hari tu sekadar suka-suka. Ingin mengisi masa lapang yang ada. Namun, sungguh aku tak sangka bila permohonanku untuk melanjutkan pelajaran ditunaikan. Memang kena pada masanya. Itulah satu cara untuk aku melarikan diri.
Aku masih memerhatikan swan yang sedang berenang dengan riang. Alangkah indahnya jadi swan. Tidak punya masalah. Hanya perlu mencari makanan, bila kenyang, kerisauan tiada lagi. Sesekali, itik-itik di tasik itu terkedek-kedek melayan anak-anak mereka yang comel. Cemburu pula aku melihat kebahagian mereka. Tak perlu fikir apa-apa. Hanya perlu cari makan untuk diri sendiri.

Selepas malam itu, tanpa pamitan aku terus ke KLIA. Tiada siapa yang tahu aku akan berlepas ke Geneva malam itu. Bumi asing menantiku. Memang rasa berdosa meninggalkan dia dengan cara itu. Tapi aku tidak boleh untuk berhadapan dengannya. Sakit hati.
Aku sentiasa sedar siapa aku. Kerana sedar akan hal itu, aku lebih suka untuk bersendiri. Duniaku hanya alam kerja dan rumahku. Begitu juga ketika di Swiss, aku hanya bergelumang dengan alam kampus dan di rumah sewa. Aku bersyukur kerana tidak menemui kesulitan di bumi asing itu. Rasanya, Swiss memang sesuai untuk mereka yang lone ranger dan bermusafir seperti aku. Ataupun lebih tepat lagi, sesuai untuk mereka yang nak melarikan diri.

Walaupun orang banyak kata, tautan ilmu yang banyak tidak akan mampu menjamin kehidupan dengan lebih baik. Namun bagi aku, itu adalah manusia yang tidak mengaplikasikan ilmunya. Membiarkan usianya berlalu dalam menuntut ilmu hanya kerana tuntutan dunia semata-mata tapi tidak untuk diamalkan. Aku berpegang kepada belajar sepanjang hanyat. Dengan prinsip ini, kakiku masih gagah untuk melangkah mencari ilmu. Carilah ilmu hingga ke China, itu pesan nabi yang selalu tersemat dalam ingatan.

Kerinduan kepada keluarga memang tak tertanggung. Emak, ayah dan Kasturi. Rindu sangat pada mereka. Chinta dan keluarga mentua, rindu memang tidak terbendung. Tapi apa boleh buat, aku sendiri yang tekad untuk melakukan ini semua. Nekad untuk sampai ke tanah ini.

Indah nian sarang tempua,
Merpati terbang hinggap di dahan,
Hati merindu jiwa melara,
Sabar dan redha jadi pegangan.

Wednesday, August 11, 2010

ramadhan yang kunanti

salam ramadhan

ahlan wa sahlan ya ramadhan

nama saya syaaban. saya ingin mengingatkan anda bahawa jiran saya iaitu ramadhan akan datang mengunjungi anda insyaAllah esok hari bersama isterinya iaitu REZEKI & kedua-dua anaknya iaitu SAHUR & IFTAR. mereka ditemani oleh ketiga-tiga cucunya iaitu RAHMAT, BERKAT & KEAMPUNAN..

mereka akan balik selepas 30 hari dengan menaiki pesawat penerbangan EID airlines...

salam ramadhan al-mubarak

kredit to zai-thanks