Monday, July 26, 2010

nisfu syaaban kembali lagi

salam syaaban

segala kesyukuran dipanjatkan untuk DIA atas nikmat usia yang diberi kerana masih berpeluang merasa udara pada malam nisfu syaaban ini

alhamdulillah... kini tiba lagi malam nisfu syaaban.

malam ini adalah malam di mana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban
bermula pada 14hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)

moga buku catatan kita semua dipenuhi dengan amalan2 yang dapat memberi ganjaran kebaikan... amin..

antara amalan pada malam ini adalah
1.solat sunat nisfu syaaban selepas maghrib dua rakaat.
2.membaca yasin
3.perbanyakkan baca surah al-ikhlas
4.berpuasa esok hari

sudah bertahun cik aa tak berkesempatan untuk berpuasa pada 15 syaaban. kalau bukan besfren yang datang, pasti ada sahaja perkara lain contohnya tahun lepas cik aa kerja sampai lupa waktu tersebut, tahun sebelumnya cik aa melancong(da niat puasa-siap sahur lagi, tapi bila mengambil masa yang lama dan perjalanan jauh-cik aa surender-tanjong malim ke bukit larut) dan tahun2 sebelumnya cik aa da tak ingat.

untuk tahun ni pula, mungkin belum rezeki. di sekolah buat potluck sempena ramadhan yang tidak lama lagi akan tiba...

~moga amalan syaaban kita semakin membanyak dan diredhai-NYA

Monday, July 12, 2010

Camping 2010

Smoga kesejahteraan mgiringi kita

9/07/2010_ jumaat
hari ni brmulalah perkhemahan perdana bg setiap unit beruniform(ub).ada 6 ub yg trlibat. Pgakap,ppim,krs,jpa,st john & kadet bomba.
Cik aa ikut cik b.konvoi 3 buah kereta. Jalan masuk ke tapak prkhemahan memang jalan yg sgt sesuai utk merempit. 120kmj jd meter yg biasa. Smua pemandu jd suka sbb dpt tunjukkn skill kelajuan masing2. Cik aa senyum je sbb bg pmandu p mcm cik aa ni, yg jarang2 bw kereta, slalu bwa 100 kmj saja.
Rupanya tapak prkhemahn berada d pghujung jln. Memang sgt jauh. Jalan sempit. Tp syok sbb d pinggir jalan,mata d sapa dgn pelbagai jenis tanaman. Rambutan, durian,duku & byk lg.
petang tu, cik aa & d geng duduk d lanting memancing. Da lama tak buat hobi ni. Rindu sgt nk ulang. Umpannya adalah roti. Tiap kali mata kail jatuh ke sungai, pasti akan hilang umpannya bwa arus.sepatutnya, cacing@belalang yg jd umpan. Makin ramai pla yg join kami d lanting.siap bwa makanan lg. Akhirnya, kmi yg camping d situ. Roti tu, kmi yg makan.
cik aa ikut ketua pandu arah masuk hutan. Brlari2 sebab da kena tinggal. Perjalanan tak sampai ke hujung sebab d laluan banyak monyet. So,sambung esk.
malam memang seronok. Duduk dgn teman2 sambil buat 'ketupat'. Banyak juga hasilnya.
cik aa & d geng ikut aktiviti burung pungguk. Bersemangat. Ingatkn syok, tp boring sebab salah pilih posisi. Sepatutnya ikut dengan budak naik bot at least boleh tengok mata buaya yg trsembul d dasar air. Sampai 3 ekor buaya timbul.
Cik aa, cik tin & cik da jg stesen 2 brsama tuan m. Hmm, duduk brsembunyi dlm semak d temani cahaya bintang.risau juga kalo ada binatang liar yg terkam(buaya,ular etc).Tugasnya adalah menakutkan budak2 yg melalui kawasan itu. Hehehe..syukurla tiada nyamuk. Brapa kali kna pndah sebab risau kna detect. Tp sebenarnya tak perlu sebab budak yg hnya ada 1 cahaya lilin x smpat angkat kepala pun.takut! Memang kerja kami menakutkan mereka.ada yang panjat pokok, buat bunyi menyeramkan, baling dgn kayu etc. Ada yg tak sempat sampai sebab lilin da habis. Ada juga yg sesat.
yg jadi sentri, tak tidur pun.

10/07/2010
kesian kat budak2. Kena ragging awal pagi. Jam 3 pg da kena suruh kawad oleh camp kom.
Cik aa tak banyak ikut aktiviti sebab kepala rasa mau pecah ja. So, asyik berlingkar atas katil. Sempatlah naik bot menyusur sungai kinabatangan. Singgah d chalet seberang sungai. Pagi2 tengok buaya, namanya frankie.
petang-cik aa p tengok budak2 menempuhi halangan komando.bertiarap,rempuh becak,lalu titi, rendam dalam parit. Lucu bangat! Sempatlah gelakkn mereka kejap.
malam-tengok pesembahan.memang lawak.tak kering gusi. Kemudian berkaraoke. Keluarkn bakat, menyanyi ramai2. Syok beb. Sampai tuan cakap,"kalo macam ni la kmu nyanyi, buaya yg bru nak landing d tepi, trpaksa beralih arah sebab dengar suara yg boleh pecahkn gegendang telinga."

11/07-ahad
ada perasmian.
cik aa berkonvoi dengan yg lain sambung perjalanan ke gua gomanton. Even org sini, tak pernah lagi tembus masuk ke gua ni.
Masuk dalam da d iring dgn 4 ekor anjing, dijemput dgn tokkek, burung etc. Bau busuk tahi burung menyengat hidung menyebabkn hanya 5 org yg sanggup masuk ke dalam. D dalam lg adventure, jalan licin, banyak lipas, ketam, burung & sebagainya. Tiada yg istimewa sebab belum musim menuai.
perjalanan diteruskan. Singgah tepi jalan nak beli durian.tapi tak jadi beli sebab durian mentah lagi.


akhirnya, kembali ke sekolah

Kasih Tercipta

Umairah termenung lagi. Satu tabiat yang baru tercipta ke dalam dirinya. Sikap ini seakan sudah sebati dengan dirinya sejak beberapa hari ini. Bila dia sendiri, secara tidak langsung dia akan membuka lembaran hobi baru.
Permintaan Bonda kali ini baginya sesuatu yang amat berat. Dia masih muda. Belum terfikir untuk mengenal erti rumahtangga. Masih ingin hidup bebas tanpa terikat dalam mana-mana beban yang tercipta buat masa ini. Dia masih ingin seperti teman-temannya, Hasanah, Fadhilah atau Khairunnisa. Mereka masih solo. Bersendiri. Sedang berseronok menghadapi zaman sendirian. Hanya ada keluarga dan teman-teman sebagai peneman hidup. Tidak dihampiri oleh mana-mana lelaki ajnabi. Mereka adalah muslimah yang amat menjaga kehormatan dan pergaulan.
Tidak seperti wanita zaman sekarang. Keluar berdua-duaan dengan lelaki bukan muhrim. Hanya berdua. Sesungguhnya mereka tahu, antara dua orang anak Adam yang bukan muhrim, akan ada yang ketiga. Siapa lagi kalau bukan musuh nombor satu manusia, syaitan yang direjam. Fenomena yang biasa dilihat berdasarkan kajian, setiap penghujung tahun, tidak akan lari dari media massa menyebarkan berita anak kena buang, janin digugurkan dan sebagainya. Semuanya disebabkan kelekaan manusia untuk duniawi. Mereka menyambut Tahun Baru Masihi dan Valentine Day secara berdua ditambah aktiviti sampingan yang sungguh menjijikkan.
Panjang lamunan Umairah. Mengenangkan anak muda sekarang yang sudah tidak kenal dosa pahala. Bangga mengumpul dosa. Mencanangkan ke seluruh dunia, seronok ada banyak pahala. Manusia. Manusia. Umairah menggelengkan kepala. Kenapa jadi sebegini. Umairah bersyukur. Dia masih di landasan yang benar. Ya Allah aku mohon pada-Mu, jangan Kau pesongkan jalanku. Biar matiku pada jalan-Mu. Ngeri memikirkan adanya manusia yang pada akhir hayatnya bukan pada jalan Allah. Akidah terpesong. Nauzubillah. Mohon Kau jauhkan dariku ya Allah.
Aduhai... panjang pula edisi termenung kali ini. Hai Umairah, sudah jauh kau melalut ni! Jom, kembali ke alam nyata. Umairah tersenyum. Bicara hati untuk mengingatkan diri agar terjaga.
Tiba-tiba matanya di sapa dengan sepasang burung yang sedang membawa sehelai daun kering. Mahu dibuat apa dengan daun kering itu? Persoalan itu hanya ada jawapan pada burung itu. Tapi mustahil untuk Umairah tahu tujuannya sebab burung tidak pandai bicara. Hanya beraksi. Tunggu saja hasilnya nanti. Tidak perlu disusahkan minda untuk berfikir sebab sekarang ni mindanya sedang diperlukan untuk memikirkan perkara yang lebih penting.
Umairah masih di situ. Setia berteleku di tepi tingkap. Masih memikirkan permintaan Bonda. Ingin ditolak, dia tidak mahu mengecewakan Bonda. Sesungguhnya Bonda adalah insan yang banyak berjasa padanya. Mengambil dia yang yatim piatu dari perumahan anak-anak yatim. Memelihara dia sehingga dewasa. Sayu sungguh perjalanan sejarah hidupnya. Hidup terbuang. Bukan dibuang, tapi sebatang kara. Tiada tempat untuk berteduh. Ibunya meninggal semasa melahirkannya. Hanya kenal nama insan yang melahirkannya melalui sijil lahir yang ditinggalkan di rumah Sakinah. Rumah yang menempatkan insan-insan sepertinya. Tidak mempunyai ayah dan ibu. Ayahnya telah pergi sebelum itu. Meninggal semasa mencari rezeki di lautan luas. Perahu di lambung ombak, karam di lautan. Hanya jasad yang tidak bernyawa kembali ke darat. Itupun dia tahu melalui cerita Ibu Su. Ibu penjaga rumah Sakinah. Kata Ibu Su, orang kampung yang menceritakan semuanya. Dia diambil di hospital tempat kelahirannya. Tiada yang menuntut dirinya setelah beberapa hari kelahirannya. Hanya menghirup susu ciptaan manusia untuk mengenyangkan perutnya. Tidak berkesempatan untuk menghisap puting susu ibu kandungnya.

Umairah mengesat air matanya. Sedih mengenangkan perjalanan hidup. Penuh dengan kesedihan. Tidak dihiasi langsung dengan detik-detik bahagia dalam lakaran hidupnya.
Hanya ketika berusia sepuluh tahun, tuhan gerakkan hati seorang insan yang sangat tulus hatinya. Bonda Kamariah. Mengambil dia daripada rumah Sakinah untuk dijadikan anak angkat. Betapa dia sedih untuk berpisah dengan teman-teman sepertinya. Namun lambaian kasih untuk penghuni Sakinah tetap dilakukan. Moga penghuninya memperoleh ketenangan dalam hidup.

Bermulalah hidup Umairah sebagai anak Bonda. Penuh dengan rahmah dan mawaddah. Betapa dia bersyukur sangat. Doanya pada Ilahi tidak putus. Rahmat yang Dia beri amat berharga. Tidak henti sujud syukurnya atas kurniaan yang tidak terbatas ini. Segala puji bagi Engkau Ya Allah. Dia menjadi manusia yang paling bahagia. Dapat menikmati zaman kanak-kanak dan zaman remaja seperti insan-insan lain yang melata di bumi Allah ini. Diberi peluang untuk bersekolah sama seperti anak-anak Melayu yang lain. Sekolah rendah dan sekolah menengah. Kemudian pengakhirannya, kini dia berbangga kerana telah bergelar peguam syariah setelah berhempas pulas menuntut ilmu di menara gading. Menjadi mahasiswi Universiti Islam Antarabangsa menjadikan dia umat yang tahu bersyukur. Tahu erti nikmat. Mempelajari Islam dengan lebih dekat lagi. Sesungguhnya menuntut ilmu itu fardhu kifayah. Nabi pun menggalakkan umatnya untuk mencari ilmu, malah biar sampai ke negeri China. Kalau dicongak, memang amat jauh pada zaman nabi, dari tanah hijjaz untuk ke negeri China. Itulah perumpaan untuk mereka yang sedar akan kepentingan ilmu. Umairah berpegang kepada ‘long life learning.’ Belajar untuk sepanjang hayat.
Sebenarnya dia mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke bumi anbiya, Mesir. Tapi tidak mungkin untuk dia meninggalkan Bonda sendirian. Hanya Bonda yang dia ada. Maka dengan senang hati dia memilih universiti tempatan untuk mencapai cita-citanya.
“Umairah, mari makan nak.” Kali ini lamunannya terhenti. Bonda sudah berdiri di hadapan mata. Terlalu jauh pemikirannya merentas masa silam. Hingga tidak sedar pipinya masih basah, menangisi kesedihan masa silam. Biar yang silam berlalu pergi. Aku hanya boleh mengingat, tidak boleh menangisinya. Itu azam Umairah. Tidak akan menangis lagi.
Langkah dihayun. Seiring dengan Bonda. Mencapai tangan Bonda membawa ke meja makan. Betapa tangan kecil ini telah berjaya membesarkannya. Menyara hidupnya dengan membuka butik. Sungguh besar pengorbanan Bonda. Selalu dia mengucapkan terima kasih kepada Bonda. Tapi Bonda kata, syukur kepada Dia yang memberi rezeki. Kata Bonda lagi, kehadiran Umairah melengkapkan rezeki Bonda. Betapa tidak. Sejak kehadiran Umairah, teratak Bonda sudah tidak sunyi lagi. Malah rezeki Bonda berkembang. Kalau dulu, Bonda hanya menerima tempahan menjahit dari rumah, namun kini Butik As-Syam berdiri megah. Menerima tempahan dari segenap lapisan manusia. Rezeki Allah tersebar umpama cahaya mentari yang menerangi seluruh alam.
Dengan usaha Bonda, dia berjaya menamatkan pengajiannya. Kadang-kadang dia akan membantu Bonda di butik kalau tiada kuliah. Apabila cuti semester universiti, wajahnya pasti akan menjengah Butik As-Syam. Semua pekerja butik telah kenal Umairah. Malah pelanggan tetap Bonda pun tahu siapa dia. Mereka yang terdiri dari orang-orang kenamaan bergelar datin, puan sri malah kerabat diraja pun menjadi pelanggan butik Bonda. Pernah Umairah mengusik Bonda mengatakan Bonda sudah menjadi orang popular. Namun Bonda dengan rendah hati mengatakan itu semua rezeki Allah. Begitu tulus hatimu Bonda.

Menjamu selera diselangi dengan bicara semasa. Memang seronok berbual dengan Bonda. Penuh dengan ilmu di dada. Tidak ada perkara yang tidak penting untuk dibualkan. Tapi Bonda seorang yang mudah senyum. Tiap ada perkara yang mencuit hati yang dibualkan, pasti lesung pipit Bonda akan keluar. Manis sungguh senyuman Bonda.

Hari itu hari Jumaat. Cuti bagi Bonda dan seluruh pekerja butik. Begitu juga dengan Umairah. Memohon cuti pada hari Jumaat untuk menemankan Bonda. Dengan rela hati kalau ada kes yang belum siap, dia akan datang pada hari Ahad. Menyelesaikan kerja yang belum siap. Jika tiada kerja, Umairah akan menapak ke butik Bonda, menolong apa yang perlu pada hari Ahad.
Butik Bonda ditutup pada penghulu segala hari. Memberi peluang kepada pekerja Bonda untuk berehat. Ada empat orang pekerja wanita dan dua orang pekerja lelaki. Memberi peluang kepada pekerja lelaki menunaikan solat Jumaat. Pekerja lelaki yang bekerja di butik Bonda adalah mereka yang telah berkahwin. Isteri juga bekerja dalam butik Bonda. Umairah kenal mereka. Pasangan Irfan dan Mirna serta Lukman dan Zulaikha. Bekerja membanting tulang, sama-sama memajukan butik Bonda.

Bonda datang menatang minuman dengan kuih seri muka. Tadi Umairah yang menolong Bonda membuat kuih seri muka tersebut. Hanya pada hari cuti begini mereka dapat mengerahkan tenaga untuk memasak masakan yang istimewa sikit daripada hari biasa.
Dengan sopan Bonda menjemput minum.

“Macam mana? Umairah dah fikirkankan?” Tersentak Umairah dengan pertanyaan itu. Itu yang paling dirisaukannya untuk beberapa hari ini. Permintaan Bonda dirasakannya terlalu berat. Sampaikan selalu dia mengelak untuk tidak berfikir hal itu. Namun, ianya amat sukar.
“Umairah belum fikir lagi Bonda.” Hanya itu yang mampu dijawab untuk menyenangkan hati Bonda dan untuk melegakan hatinya sendiri.
“Umairah jangan rasa tertekan. Bonda tidak paksa. Umairah fikir betul-betul. Istikharah.” Itu cadangan Bonda. Umairah hanya mengangguk. Memang dia terfikir untuk melakukan solat Istikharah. Tapi dia takut pada jawapannya nanti.
“Ok. Nanti Umairah bagitahu Bonda ya. Sedaplah kuih buatan tangan Umairah ni,” ujar Umairah sambil mengambil satu kuih seri muka. Memakannya dengan berselera.
Terus tangan Bonda mencapai pinggangnya. Mencubit kecil. Ketawa Umairah. Apa tidaknya, bukan dia yang membuat kuih itu, dia hanya menjadi tukang rasa selepas kuih itu masak.
Perbualan mereka sudah tidak berkisar pada isu yang membuat hati Umairah rusuh. Bagai dilanggar Garuda. Tapi pada cerita-cerita yang lebih banyak mengundang tawa. Hanya pada waktu cuti begitu, mereka dapat berbual dengan lebih mesra. Dengan manja Umairah melentokkan kepalanya di bahu Bonda. Dalam keadaan begini, Umairah kadang-kadang lupa bahawa dia bukannya datang dari rahim Bonda.

Malam itu, selepas solat Isyak Umairah memberanikan dirinya untuk bersolat. Memohon petunjuk dari Allah. Mana satu yang harus dia pilih antara pilihan yang dia ada. Betapa dia kerdil, mengharap pada petunjuk Ilahi agar tidak terpesong. Memohon melalui Istikharah agar diberi panduan untuk kebaikannya pada masa depan. Begitu tingginya Islam, Dia sentiasa ada untuk memberi petunjuk. Itu bagi mereka yang ingat.

Sekali lagi malamnya dipenuhi dengan pemikiran tentang permintaan Bonda. Teringat permintaan Bonda beberapa minggu yang lepas. Malam itu Bonda datang ke biliknya.
“Umairah. Bonda ada benda nak cakap.” Bonda berlalu menuju ke kerusi berdekatan meja solek. Mata Bonda menyapa ruang meja itu. Meja yang hanya memuatkan beberapa alat solek. Tak banyak. Hanya bedak talcum, gincu warna coklat, sikat rambut dan seangkatan dengannya. Dia tidak suka bersolek. Pernah dia bersolek, tapi dia rasa wajahnya seperti pelakon opera cina.
Malam itu, Bonda membongkar segala coretan hidupnya. Mengungkap sejarah kehidupan Bonda yang tidak pernah dia tahu. Menangis dia semasa Bonda bercerita. Selama ini dia tidak menyangka begitu sekali kehidupan Bonda. Penuh dengan liku-liku sengsara. Air matanya mengalir bersama kepedihan hati Bonda. Hati seorang wanita yang terluka.
Menurut Bonda, dulu dia ada bersuami. Ada anak.
Umairah terpegun. Dia tidak tahu selama ini. Dia ingatkan, Bonda juga sepertinya. Tiada saudara-mara. Patutpun Bonda tidak pernah berkahwin. Rupanya dia pernah terluka dengan perkahwinannya yang lepas. Bukan tidak ada pemuda yang cuba untuk berkongsi hidup dengan Bonda. Dengan sopan Bonda menolak setiap huluran kasih dari mereka. Memberitahu bahawa dia tidak berminat untuk menjalin kasih dengan mana-mana lelaki. Sehinggakan ada yang dengki mengatakan Bonda lesbian. Begitu kejamnya manusia apabila kehendak mereka ditolak. Tapi Bonda sabar. Dia redha. Sesungguhnya kasih Allah tiada penghujungnya.

Umairah juga pernah mengusulkan kepada Bonda untuk mencari teman hidup. Dia kasihan pada Bonda yang sendiri apabila dia tinggal di kolej. Tapi dengan tegas Bonda mengatakan dia tidak mahu terlibat dengan kasih lelaki. Bonda ingin mencurahkan sepenuh kasihnya buat Umairah. Sejak itu, Umairah tidak berani lagi untuk memberi cadangan berkaitan dengan isu ini.

Malam itu mengungkap segala kisah Bonda. Mengapa dia tidak mahu berkahwin. Mengapa dia tidak mahu melangkah ke alam perkahwinan. Bonda bukan ingin menjadi seperti Rabiatul Adawiyah kerana Bonda hanya manusia biasa. Dia bukan lari dari fitrah, tapi kelukaan lepas membuat hatinya tegar untuk mengulang sejarah lamanya.

Perkahwinan Bonda tergugat. Suami mati semasa anak masih dalam kandungan. Sama seperti kisah Umairah. Tapi sejarah Bonda lagi menyayat hati. Selepas kelahiran anak yang menjadi penjalin kasih dengan suami, anak itu dirampas. Tidak sekali diberi peluang kepada seorang ibu untuk menyusukan anaknya. Sehinggakan Bonda hampir menjadi orang kurang waras. Meroyan. Nasib baik Ibu Su, teman rapat Bonda sudi membantu. Mengembalikan semangat Bonda. Menjadi hamba Allah yang selalu redha dengan qada dan qadarnya. Ibu Su berada di sisi Bonda di saat-saat genting Bonda. Mencuba mengembalikan rohani Bonda agar kembali ke alam sebenar. Menjadi hamba Allah yang selalu tabah menghadapi dugaannya. Sesungguhnya, semakin banyak dugaan yang mendatang menunjukkan betapa sayangnya Allah pada hamba-Nya. Dengan ujian yang datang menjadi tanda Allah mengambil berat terhadap umatnya.

Kehidupan Bonda kembali kepada normal. Menjadi wanita yang tabah dengan ujian Allah. Apabila kehidupan Bonda sudah stabil, Bonda Su yang mencadangkan agar Bonda mencari pengganti anaknya yang diambil orang. Mengambil anak angkat untuk menghilangkan rindu kepada anak kandung sendiri. Lama baru Bonda berani untuk mengambil anak angkat. Risau diri tidak dapat betanggungjawab untuk menjaga anak orang lain. Namun kata Bonda, sejak Umairah menghuni hati Bonda, sedikit sebanyak rindu pada anak kandung terubat.
“Mana anak Bonda?” Pertanyaan Umairah membuat Bonda senyap. Umairah tahu Bonda terluka. Mengenang kembali kisah lama, pasti mencalar kembali hati yang sedang sembuh lukanya.
“Anak Bonda, Ahmad Fathi. Hilang. Bukan hilang sebenarnya. Diambil oleh keluarga mentua Bonda. Mereka tidak mahu cucu mereka dipelihara oleh wanita seperti Bonda. Hanya sekali Bonda melihatnya. Saat kelahirannya. Selepas Bonda keluar dari bilik bersalin, mereka sudah mengambil anak Bonda. Membawanya jauh dari Bonda. Bonda tahu pun sebab doktor yang bertugas masa Bonda bersalin yang bagitahu. Doktor itu pun berat untuk menyampaikan berita ini. Tapi melihat keadaan Bonda yang belum sihat, dia menjadi risau akan memberi kesan yang lebih bahaya. Maka dia bagitahu Bonda keadaan sebenar. Anak Bonda dibawa pergi. Masa tu, Bonda belum ada kekuatan untuk mengejar mereka. Bila dah sihat sikit, Bonda ke rumah mereka. Memang sejak awal lagi mereka tidak menyetujui Bonda menjadi menantu. Wanita yang tidak mempunyai apa-apa. Apalagi pangkat atau keturunan. Tapi suami Bonda ikhlas untuk memperisterikan Bonda. Dengan tekad itu, kami berkahwin. Menjalani rumahtangga seperti pasangan lain. Namun panas tak sampai ke petang. Suami Bonda meninggal kemalangan. Langgar lari. Bayangkan sahaja. Dengan anak yang dikandung, suami pula dijemput pergi. Bonda hilang arah. Su yang banyak bantu Bonda. Kembali menginsafi diri. Dipanggil pergi awal tanda Allah sayang padanya. Sejak itu, Bonda berazam untuk memelihara tinggalan suami Bonda dengan kasih-sayang.” Panjang penerangan Bonda. Mengesat air mata yang deras mengalir. Umairah sayu. Air matanya juga mengalir. Begitu sekali ranjau yang terpaksa dilalui Bonda. Sungguh dia tidak sangka.

“Nampaknya ujian Allah tidak terhenti di situ. Anak Bonda pula diambil. Apabila sampai ke rumah keluarga mentua, orang gajinya memberitahu bahawa mereka sudah tidak ada. Menetap di Kanada. Jauhnya. Kalau ada duit, memang Bonda cari sampai ke Kanada. Tapi Bonda sedar keadaan Bonda pada masa itu. Lagipun Bonda yakin, kasih anak Bonda akan sampai ke syurga. Atas sebab itu, Bonda redha. Suatu hari nanti kalau ada rezeki pasti Bonda bertemu semula dengan anak kandung Bonda.” Umairah hanya mampu berdoa. Moga Bonda berjaya menggapai kasihnya yang pernah hilang. Umairah menepuk perlahan belakang Bonda. Cuba memberi semangat untuk Bonda. Selama ini dia tidak tahu kesengsaraan yang dialami oleh Bonda. Kasihan. Hidupnya lebih berliku daripada jalan hidup Umairah. Sedangkan selama ini, Umairah banyak mengenangkan nasib diri. Tidak mempunyai keluarga kandung. Ingatkan hidup Umairah terlalu banyak kesedihan. Tapi dibandingkan dengan hidup Bonda, bagai langit dan bumi. Sungguh tak terucap untuk menggambarkan kesulitan yang dihadapi oleh Bonda.

“Sebenarnya ada benda yang Bonda ingin meminta tolong dari Umairah. Umairah dah ada kekasihkah?” Pertanyaan Bonda membuat jantung Umairah berdegup kencang. Hanya gelengan yang diberi sebagai jawapan. Tidak pernah Bonda bertanya seperti itu sebelum ini. Lagipun Umairah tidak terfikir pun tentangnya. Memang Umairah belum tergerak hati untuk menjalin kasih sayang dengan lelaki ajnabi. Bagi Umairah, kalau ada jodoh, pasti akan menjelma. Allah sudah menjadikan manusia itu berpasang-pasangan. Walaupun jodoh itu di tangan Allah, tapi manusia yang perlu berusaha untuk mencari jodoh mereka. Apabila keadaan terdesak dan sudah sampai masanya, baru Umairah akan mencari jodohnya sendiri. Bukan di kala ini, atau semasa zaman belajar. Kalau boleh dia ingin menemankan Bonda sampai ke akhir hayat Bonda.
“Berat untuk Bonda khabarkan. Tak tahu macam mana penerimaan Umairah. Bonda nak sampaikan pun berfikir berhari-hari,” ujar Bonda sambil mengusap lembut rambut Umairah.
“Ada apa Bonda? Cakaplah. InsyaAllah, kalau Umairah boleh bantu, Umairah akan tolong.” Begitu kata Umairah untuk membantu Bonda mengusulkan apa yang tersirat dalam hati Bonda. Biar dengan berkata begitu Bonda akan meluahkan apa yang membelenggu mindanya.
“Bonda nak pinang Umairah.” Ungkapan Bonda membuat Umairah segera mendongak. Mencari wajah tulus Bonda. Umairah terkedu apabila Bonda mengangguk. Sandiwara apa yang sedang Bonda cuba persembahkan. Membuat hati Umairah tertanya-tanya.
“Bonda janganlah nak bergurau.” Hati Umairah sudah tidak senang. Melihat kepada wajah Bonda, memang betul usulan Bonda adalah serius. Bukan main-main.
“Bonda nak lengkapkan peranan Umairah. Nak jadikan Umairah menantu Bonda,” begitu kata Bonda sambil tangannya mencapai tangan Umairah.
“Sampai sekarang Bonda tak terima Umairah sebagai anak kandungkah?” Perkhabaran Bonda menyedihkan hati Umairah. Bonda belum menganggap Umairah sebagai anaknya. Sedih hati Umairah. Hatinya sudah meraung, air matanya mengalir laju.
“Bukan macam tu sayang. Bonda tidak pernah terfikir yang Umairah bukan anak Bonda. Sampaikan Bonda terlupa Umairah tidak lahir dari rahim Bonda. Bonda sayang sangat Umairah. Satu-satunya anak dara Bonda,” penerangan Bonda membuat hati Umairah sedikit sejuk. Bagai disiram ais dari kutub utara. Umairah tahu kasih Bonda. Kasih Bonda tidak ada penghujungnya.
“Habis tu kenapa Bonda nak pinang Umairah? Untuk siapa?” Itu yang membingungkan Umairah. Kenapa perlu Bonda meminangnya. Tidak cukupkah kasihnya sebagai anak sehingga Bonda perlu dia menjadikan dia sebagai menantu. Tapi untuk siapa?
“Untuk Ahmad Fathi.” Ringkas jawapan Bonda. Umairah berfikir. Siapa lelaki itu. Kenalkah dia? Tiada temannya yang mempunyai nama seperti itu. Mungkin nama anak teman Bonda. Memang ramai yang telah cuba merisik Umairah untuk anak teruna mereka. Tapi Bonda suruh mereka bertanyakan terus kepada Umairah. Jawapan Umairah untuk mereka ringkas. Saya belum bersedia untuk menjadi isteri orang. Begitu lembut Umairah menolak.
“Siapa itu? Dia kenal dengan Umairahkah?” Umairah masih mencari gerangan lelaki yang dilamarkan Bonda untuknya.
“Anak Bonda.” Umairah tersentak. Begitu alpanya dia. Sedangkan baru tadi Bonda memberitahu nama anaknya. Tapi tidak hairan mengapa Umairah boleh lupa kerana nama itu baru sekali menjengah telinganya.
Umairah masih lagi bingung.
“Fathi telah lama kembali ke Malaysia. Hampir dua bulan. Semasa dia masih di Kanada, dia menghubungi Bonda melalui emel. Dia yang memberitahu Bonda untuk kembali ke sini. Bertemu Bonda. Umairah tahu, hati Bonda saat pertama kali bersua muka. Gembira sangat.” Memang dapat dilihat muka Bonda yang ceria. Sedangkan menceritakan tentang anaknya di saat itupun sudah tergambar begitu bahagianya si ibu yang bertemu anak kandungnya setelah berpuluh tahun tidak berjumpa.
“Dia datang ke butik. Saat pertama dia masuk, Bonda sudah kenal wajahnya. Saling tidak tumpah dengan wajah suami Bonda. Lama kami bercerita. Dia kata, datuk dan neneknya yang memberitahu kewujudan Bonda. Keluarga mentua Bonda telah insaf. Sebelum mereka menghembuskan nafas terakhir, mereka menyuruh Fathi agar mencari ibu kandungnya. Sampaikan maaf dari mereka. Mereka telah sedar kesilapan lepas. Mengambil anak Bonda daripada yang lebih berhak. Mereka memohon maaf atas ketelanjuran mereka. Bonda sudah memaafkan mereka. Sesungguhnya manusia tidak akan lari dari melakukan kesilapan.” Umairah terkesima. Begitu sekali hati Bonda. Tidak ada dendam pada manusia yang membuat aniaya kepadanya. Namun Umairah cepat sedar, dendam itu membawa kehancuran.
“Syukur. Anak Bonda telah kembali. Keyakinan Bonda tidak sia-sia.” Bonda mengangguk. Mengiayakan kata Umairah. Memang sejak dulu lagi Bonda yakin akan bertemu semula dengan anaknya.
“Umairah jadi menantu Bonda ya?” Pertanyaan itu yang membuat kegembiraan Umairah tercalar sedikit. Sedangkan dia ingin meraikan kegembiraan Bonda bertemu semula dengan anak kandungnya.
“Bonda tak paksa. Umairah fikir dulu. Jangan sebab Bonda, Umairah terima Ahmad Fathi. Fikirkan dengan masak-masak.” Usai berkata, Bonda berlalu pergi. Memberi salam lantas menutup pintu bilik Umairah. Sejak malam itu, malam Umairah sudah tidak tenteram memikirkan permintaan Bonda.

Malam ini, keberanian datang dalam dirinya. Memohon petunjuk Ilahi untuk memberinya kekuatan. Bergerak berdasarkan landasan petunjuk Allah. Sebenarnya Umairah takut pada keputusan yang bakal diperolehnya. Dia tidak sanggup untuk menghadapi kenyataan. Tapi sampai bila dia mampu bertahan untuk buat tidak tahu sahaja sedangkan masa masih lagi setia bergerak. Waktu tidak akan terhenti sedangkan masalah yang dihadapinya tidak akan selesai mengikut masa yang masih beranjak.

Bonda ingin memberi gambar Ahmad Fathi. Tapi dengan lembut Umairah menolak. Belum masanya untuk dia melihat lelaki itu. Nanti sedikit sebanyak keputusannya akan dipengaruhi oleh lelaki itu. Malah Bonda pernah ingin mengajak lelaki itu bertandang ke rumah, atas undangan makan tengahari. Tapi Umairah lebih rela mengurungkan diri dalam pejabat. Tidak mahu bersua dengan lelaki itu. Bukan dia takut. Cuma dia segan. Sebagai seorang wanita, sifat malu masih menebal dalam dirinya. Dia tidak tahu ingin bertingkah macam mana apabila berhadapan dengan lelaki itu. Malah Bonda pernah memberitahu, lelaki itu ingin sangat melihat wanita yang setia menemani Bondanya. Hanya mendengar namanya, lelaki itu sudah berkenan untuk menyuntingnya menjadi suri. Itu perkhabaran terkini dari Bonda. Tapi lelaki itu tidak mendesak. Menerima dengan tangan terbuka apa sahaja keputusan Umairah. Malah dia sudi untuk menjadi abang kepada Umairah andai kasih mereka tidak tercantum sebagai suami isteri. Kata Bonda lagi, lelaki itu amat terharu dengan segala pengorbanan Umairah menemani saat duka dan suka Bonda. Tidak besar sebenarnya pengorbanan Umairah dibanding dengan kasih Bonda yang begitu suci.

Begitu gembiranya Bonda bercerita mengenai anak terunanya yang tampan. Sama seperti suaminya. Anaknya yang baik, hormat pada orang tua dan begitu mengasihi datuk dan neneknya. Terangkat juga telinga Umairah mendengar kebaikan lelaki yang hanya dikenali melalui namanya. Bonda kata, Ahmad Fathi pernah melihatnya ketika di butik. Tapi lelaki itu tidak mahu mengganggu ketenangan Umairah. Dia faham Umairah masih belum mahu diganggu dengan kehadirannya.

Sudah seminggu perkara itu didiamkan. Bonda juga sudah tidak bertanya keputusan Umairah. Mungkin memberi peluang kepada Umairah untuk berfikir sedalam-dalamnya. Memberi ruang kepada Umairah untuk mecari keputusan yang terbaik. Bonda faham, keputusan Umairah kali ini adalah untuk kehidupan Umairah sepanjang hayat. Maka Bonda memberi peluang kepada Umairah untuk mencari keputusannya sendiri, tanpa ada percampuran dari pihak Bonda. Biar Umairah belajar untuk menentukan hidupnya sendiri. Malah untuk beberapa hari ini, nama Ahmad Fathi tidak terkeluar dalam butir bicara Bonda walaupun Bonda memberitahu bahawa setiap hari dia bertemu dengan anaknya itu.
Malam itu usai makan malam, Umairah menurut langkah Bonda menonton televisyen. Milo suam dihulur kepada Bonda. Sama-sama menonton berita yang tidak lari dari pelbagai topik. Banyak lagi sebenarnya masalah manusia ini, tapi memang semuanya tidak dapat diselesaikan dengan pantas. Umairah hanya menggeleng melihat isu politik negara ini yang sedang berkocak.
“Bonda, Umairah ada benda nak tanya.” Itu pembuka bicara Umairah setelah selesai menonton berita.
“Apa dia sayang. Bonda sedia dengar.” Bonda berpaling ke arah Umairah. Mencapai tangan si anak gadis yang dilihatnya sedang gemuruh. Bonda tahu situasi Umairah. Hatinya sedang rusuh. Melihat Umairah masih diam tidak berkutik membuat Bonda mengusap kepala si gadis.
“Kenapa sayang?” Bonda masih setia memujuk. Memberi kekuatan kepada Umairah untuk meluahkan apa yang terpendam dalam hatinya. Bonda seboleh mungkin tidak mahu mendesak Umairah. Biar Umairah dengan rela hati untuk meluahkan sendiri apa yang ingin dia luahkan. Bonda hanya boleh menjadi pendengar yang baik. Mencadangkan apa yang terbaik. Membantu sedaya yang mungkin Bonda mampu.
“Baiklah. Kalau Umairah rasa belum sesuai untuk beritahu kepada Bonda tidak mengapa. Tapi Umairah jangan lupa, Bonda sentiasa ada di sisi Umairah untuk mendengar segala luahan anak gadis Bonda ni,” ujar Bonda sambil mencuit dagu Umairah. Umairah tersenyum kecil. Bonda tahu hati Umairah ketika itu masih kacau. Seboleh mungkin Bonda cuba menceriakan suasana.
“Masih sudikah Bonda untuk menerima Umairah sebagai menantu.” Akhirnya terluah juga apa yang ingin dikata. Sudah beberapa hari dia mendapat keputusan itu. Istikharahnya menunjuk kepada nama Ahmad Fathi. Baru kini dia mendapat kekuatan untuk memberitahu berita itu kepada Bonda.
Bonda melihat wajah Umairah. Mencari kepastian. Umairah mengangguk. Lantas tubuh Umairah digapai. Dipeluk erat. Terima kasih Tuhan atas segala kurnian ini. Tidak putus syukur Bonda di dalam hati. Betapa besar rahmat-Mu tuhan. Air mata gembira mengalir. Membawa pergi kesengsaraan masa silam.

~kredit to amandaatika-cerpen ini pernah tersiar dalam Tunas Cipta

Thursday, July 8, 2010

Kasih Tercipta-prolog

Faizal Tahir - Kasih Tercipta

Kasih hilang tiada bicara
Setelah cintaku kau puja
Rintihan rindu terus melanda
Redup cahaya oo hati lara

Bisiklah kiranya aku bersalah
Sedetik tersirat rasa
Kau cipta kasih yang kumiliki
Cintaku jujur selama ini..

Carilah aku dalam hatimu
Sayang sebutlah kau rindu
Hanya pintaku
Kasihmu kekal setia
Usah biarku ooo terus terluka

Mesra suaramu kini berbeza
Gagal sembunyi sedih
Kenangan lalu menusuk jiwa
Manis seindah berganti pedih
Ooo..kasih tercipta..
Ooo..carilah ku sayang

Carilah aku dalam hatimu
Sayang sebutlah kau rindu
Hanya pintaku
Kasihmu kekal setia
Usah biarku ooo terus terluka

Pabila bersamamu..debaran
Darah arus mengalir cinta
Lahir selamanya
Berilah kucupan sayang
Biar terukir wajah..
Kasih tercipta..
Berilah kucupan sayang
Biar terukir wajah..
Kasih tercipta..

Ooo..kasih tercipta..
Kini kumengerti..
Walau berbisa..
Kurela kira kau bahagia

“Chak!”

Terkejut Umairah dengan sergahan yang tiba-tiba itu. Walaupun terkejut, tapi dia tetap tidak mengangkat kepalanya. Masih meneruskan kerjanya. Satu-persatu manik-manik kecil dimasukkan ke jarum, lalu dijahit ke lengan baju yang berada di pangkuannya. Seolah-olah suara yang menyapa tadi tidak sampai ke gegendang telinganya. Apa tidaknya, dia memang sudah kenal dengan suara yang nak main hide and seek dengan dia. Buat apa nak angkat kepala kalau memang dah tahu yang empunya diri.

“Kau ni, buat malu aku saja. At least, buat-buatlah muka terkejutkah, terujakah. Atau sekurang-kurangnya, angkatlah kepala kau. Tengok siapa yang datang. Ini tidak, nak juga dia buat muka kartun macam tu. Tanpa perasaan. Boring tahu...”

Umairah hanya buat tak dengar. Panjang pula bebelan makcik ni. Sepatutnya aku yang kena bising sebab dia dah ganggu ketenteraman aku. Ni terbalik pula, makcik ni pula yang terlebih angin. Mesti masa dia lunch tadi dia singgah makan angin, sebab tu angin dia mereng sikit.

“Mai...” panjang rengekan Salbiah atau nama glamournya Baby. Geli tekak Umairah nak panggil Baby. Selalu dia panggil Biah saja. Kadang-kadang kalau geram, dia sebut Mak Biah.
“Kau ni kenapa? Sepatutnya kalau masuk mana-mana pintu kena bagi salam dulukan? Atau sekurang-kurangnya, ketuklah pintu. Kau ni, entah ajaran dari mana kau dapat, masuk saja sebut, chak! Ingat kau masuk gua macam Ali Baba ke? Siap nak password bagai. Bagilah malaikat masuk dengan kau sekali dalam kedai ni. Lebih berkat.” Tu dia, kalau dah keluar, memang kena tembaklah orang yang cuba cucuk jarum tadi. sekali kena, berdas-das pula tu. Memang peritlah telinga kalau sudah dengar Cik Umairah ni berceramah. Percuma!
“Kau ni, aku nak bawa kau bergurau kejap pun tak boleh. Kau tu, serius saja memanjang. Cubalah ceria-ceriakan hidup sikit. Kau jangan risau, tadi aku melangkah masuk guna kaki kanan dan dimulakan dengan nama Allah. InsyaAllah, berkatlah rezeki aku untuk hari ini. Aku pun nak dapat bless from Him,” jelas Salbiah sambil tersengih. Terlakar lesung pipit di pipi kirinya. Single saja.
“Hmmm...” hanya itu balasan dari Umairah. Memang spesies manusia yang sangat berat mulut. Nak cakap pun ada timing. Macam ada emas dalam mulut dia.

Kadang-kadang geram juga Salbiah bila sudah sampai swing mood macam ni. Memang sukar nak bagi perempuan tu keluarkan patah perkataan dari mulutnya. Amat payah sekali. Tapi dia sudah biasa dengan keadaan macam ni. Jadi, tidak menjadi masalah baginya. Nak kecil hati memang tak boleh. Merajuk? Lagilah payah. Tak ada siapa yang nak pujuk.

Jadi... angkat bahu...buat tak tahu dan blahlah dari situ.

“Biah, jangan lupa siapkan baju Puan Sri Serena. Pembantu dia nak datang ambil kejap lagi.” Tanpa mengangkat kepala, arahan itu dikeluarkan.

Seolah-olah Umairah sedang bercakap dengan baju kebaya yang ada di tangannya. Bukan dengan Salbiah yang sedang berdiri lima langkah darinya dan sedang terkebil-kebil memandang Umairah. Nasib kaulah Salbiah. Jadi macam manik tu, ada lagi berharganya. Dapat juga jadi tenungan mata coklat Umairah. Ini, bagi arahan kat aku, tapi pandang pada baju. Oh... mungkin Umairah takut tercucuk jarum kot, sebab tu tak toleh kiri-kanan. Apalah kau ni Salbiah... fikir yang bukan-bukan saja.

Sudah lima tahun Salbiah berkhidmat di butik ini. Butik As-Syam. Secerah matahari. Memang cerah hidupnya semenjak bekerja di sini. Habis sahaja SPM, dia terus bekerja. Tidak mampu untuk menyambung pelajaran. Lagipun otaknya bukan pintar sangat. SPM dulu pun sekadar cukup makan. Tidak mahu lagi dia perah otak. Nanti tersalah perah, dia juga yang tempah masalah.

Dia bersama tiga orang lagi temannya sama-sama berganding bahu memajukan butik kesayangan Bonda. Mirna, Linda dan Zulaikha adalah teman sekerjanya di sini. Menjadi pembantu kepada Bonda, pemilik Butik As-Syam. Bonda hanya ingin dikenali dengan panggilan Bonda. Baik pelanggan mahupun pekerja, kebanyakan mereka memanggilnya dengan panggilan Bonda. Kadang-kadang bila ada pelanggan datang mencari Datin Kamariah, orang sekeliling tercari-cari siapa dia. Bila diingat kembali, barulah perasan bahawa nama tersebut adalah pemilik kepada butik ini.

Bonda memang seorang ketua yang baik. Menjaga kebajikan anak buahnya dengan begitu teliti. Malah Bonda turut menyediakan tempat tinggal kepada pekerjanya. Semua orang sayang Bonda.

Salbiah juga kenal siapa Umairah. Anak kesayangan Bonda. Bersifat lemah-lembut dan sangat komited dengan kerja. Buktinya, macam tadilah. Kalau buat kerja, memang tak boleh diganggu. Kalau nak ganggu juga, mesti lepas dia habis kerja. Kalau tak, memang dibuatnya macam tunggullah.

“Biah, kau kenapa?” Umairah mengangkat kepala. Rasanya lama juga sepasang kaki Salbiah itu berdiri di situ. Bila keraguan meraja, barulah dia angkat kepala. Risau juga kalau sahabatnya itu kena sumpah jadi boneka. Sebab tu tiada sebarang pergerakan berlaku.
“Biah!” sedikit kuat teriakan itu berbanding tadi. Risaunya dia melihat temannya itu statik. Macam kaki kena paku dengan lantai butik.
“Ha!” kalut Salbiah membalas bila tadi rasanya macam ada teriakan menyapa telinganya. Terpinga-pinga dia pandang ke kawasan sekitar. Mencari apa yang telah mengganggu dia.
“Kau kenapa?” sekali lagi Umairah bertanya.
“Biasalah. Mengalamun!” selamba Salbiah menjawab. Dia hanya tersengih dan berlalu dari situ.

Umairah menggeleng melihat telatah temannya. Memang begitulah selalunya. Salbiah akan setia mengelamun kalau tidak dikejutkan. Hobi yang sukar ditinggalkan. Di mana-mana sahaja, kalau dia terasa ingin mengelamun, dia akan mengelamun.
Pernah Umairah terpaksa teriak kuat kat telinga Salbiah masa mengelamun kat tepi jalan. Nak tunggu lampu hijau untuk pejalan kaki. Ditarik sahaja lengan sahabatnya itu menyeberang jalan walau dia tidak pasti sama ada temannya itu dalam keadaan sedar atau tidak. Nanti lampu tu merah semula, satu kerja lagi dia kena tunggu.
Selesai sahaja sulaman di lengan baju kebaya tersebut hanger dicari. Melilau matanya menscan kawasan sekitar. Manalah tahu kalau ada hanger yang tak dipakai. Dibelek-belek baju kebaya yang ada di tangan. Warna hijau pucuk pisang dihiasi dengan sedikit manik di bahagian sudut bawah baju. Kainnya dipasangkan dengan kain songket. Cantik juga design yang aku buat ni, getus Umairah.

Umairah tersenyum sendiri. Bangga dengan hasil tangannya. Memang sesuai sangat. Warna polos hijau disulami dengan manik-manik kecil di sekitar lengan dan bahagian leher. Kalau display ni, mesti tak sampai sehari dah laku. Tak habis-habis lagi Umairah angkat hidungnya tinggi...

“Mirna, saya keluar sekejap beli makanan. Kalau ada pelanggan, kamu yang handle. Kalau Bonda cari, bagitahu saya keluar sekejap sahaja.” Apabila melihat Mirna sedang mengantung baju di suatu sudut, cepat-cepat arahan diberi. Malah, baju yang sudah siap dijahit manik tadi juga diserahkan kepada Mirna. Meminta pertolongan kepada ibu anak dua itu untuk digantungkan.
“Memang lawalah design baju ni. Tangan Mai memang ada bakat,” puji Mirna sebelum Umairah berlalu ditelan pintu utama.

Umairah hanya tersenyum membalas pujian itu. Dia perlu keluar cepat untuk membeli makanan. Bungkus sahaja nanti makan di butik. Bukan dia tidak percaya dengan perkerja yang ada, tapi dia tidak mahu dilabel curi tulang pula. Bonda memberi penuh kepercayaan padanya untuk menjaga butik itu.

cerpen yang dialter jadi mininovel

Wednesday, July 7, 2010

Lerai Lara

epilog Lara Rindu

Lerai Lara

Kalau bintang bisa dijadikan saksi
Akan kupetik untuk kupersembahkan padamu
Kalau rembulan boleh melakar sayap
Akan kupinjam agar aku sampai padamu

Kalau sayang tidak bisa terungkap
Biar hati yang tolong bicarakan
Kalau cinta belum kesampaian
Biar bibir yang tolong ungkapkan

Bila hati kecewa
Lara dibawa jauh
Rindu dibiarkan sepi
Sukma dilanda badai

Salah jangan dibiar
Silap jangan didiam
Hati jangan sendiri
Kelak akan memakan diri

Langkah majukan bersama
Cinta ungkapkan berdua
Sayang semaikan selalu
Rindu jangan biar terkubur

Kembali menjalin kasih
Rasai rindu yang menggunung
Lampiaskan cinta sedalamnya
Agar bahagia sentiasa.

sajak ni telah di'cut' daripada novel
kredit to Lara Rindu

Kisah kasih kita

prolog Lara Rindu

Kisah Kasih Kita

Kala sinar dikata terang
Rupanya cahaya dari rembulan
Kerlipan bintang yang terbias

Kala cinta baru bermula
Lara yang menjemput ia
Tika itu keruh jadi jernih

Kala kasih hendak dipadu
Hempedu manikam yang bertandang
Permata rupanya kaca

Kala hati berbunga rindu
Hati melarat rasa sayu
Jantung mendetakkan sendu

Kala riang di tangga jiwa
Rupanya duka di pinggir hati
Suka tenggelam di laman kalbu

Kala kita semakin sayang
Kala itu rindu bertandang
Kala itu kasih berpaut
Kala itu cinta berputik

Kala itu segalanya terlerai
Kala itu percaya dikhianti
Kala itu hati disakiti
Kala itu jiwa terbelenggu rindu
Rindu yang lara...

sajak ni telah di'cut' daripada novel. hanya ada pada versi elektronik, bukan dalam versi cetak
kredit to Lara Rindu

celaru keliru... padan muka

salam rejab...

moga DIA sentiasa memberkati kita.. amin

memang padan muka aku. mata memang dah nazak. kasihan pada mata aku. dah la sakit, aku pula pergi tambah lagi kesakitan tu. memang menyakitkan!

disebabkan benda da biasa kita buat, main angkut saja, tak pandang kiri kanan lagi. semalam itulah yang terjadi. memang kebiasaan akan titikkan mata dengan ubat mata, so main ambil saja ubat di atas meja.

bila dah depan cermin, masih tak perasan. bila cuba titikkan ubat tu ke mata pun masih tak perasan lagi. tapi dalam hati memang tergambar kehairanan. apasal ubat mata ni kental. tak cair pun. oh... mungkin aku tak goncang, so ia tak sekata.

dalam keadaan macam tu cik aa masih tak perasan lagi. poyo sungguh. bila mata dah terasa pedih sangat, sampai tak boleh buka, barulah cari di mana silapnya.berputar-putar atas katil sebab pedih sangat... tak boleh tahan...

hahahaha... padan muka cik aa!

bila tengok betul-betul, rupanya cik aa salah ubat. ubat untuk ulser(muco-aid liquid/lotion) cik aa telah tenyehkan pada mata sebab sangkakan ubat tu adalah ubat mata. makin bertambahlah sakit mata cik aa. conjunctivis makin merah...

semoga cik aa cepat sembuh dan dapat pergi sekolah semula

Tuesday, July 6, 2010

sukanya dalam hati....

salam alaik

semoga hari-hari kita di bawah lembayung-NYA

hari ini cik aa sangat gembira. Y? tekalah sendiri...

sebenarnya hari ini seorang penerbit buku telah menelefon cik aa. mereka berminat untuk menerbitkan novel cik aa. dijangka ia akan berada di pasaran pada bulan september nanti(beraya dengan 'baby' barulah nampaknya)

mulanya cik aa tak bersemangat nak jawab panggilan. maklumlah tengah demam. dengan batuk yang tak mahu berhenti, hidung tak henti mengeluarkan mukusnya dan mata bengkak dan merah(kena conjunctivitis). mc pun dapat 3 hari. doktor cakap, kalau mata still merah, pergi klinik lagi... boringnya pergi klinik.

bila si pemanggil bagitahu dia dari syarikat penerbit buku, terus cik aa bersemangat sikit. dia bagitahu benda apa yang diperlukan untuk membantu penerbitan novel ini. memang terasa suka sangat. dalam hati ada taman... berbunga-bunga. biarpun keadaan diri yang sedikit lemah.

syukur alhamdulillah. hanya kepada Dia kita panjatkan syukur. sebenarnya cik aa tidak jangka ia akan diterbitkan begini cepat. ingatkan tahun depan. tapi, sesungguhnya manusia merancang, DIA pun merancang. perancangan DIA adalah lebih baik.

diharap dengan kehadiran 'baby' yang bakal lahir ni, semoga cik aa semakin rajin menulis. tidak lagi membiarkan semua manuskrip2 tu terbengkalai di dalam laptop semata-mata.

amin YA ALLAH-terima kasih atas segala kurniaan-MU. semoga KAU lancarkan lagi kudratku untuk terus menulis.