Sunday, June 20, 2010

back to school

salam rejab

dalam tidak sedar, rupanya sudah masuk bulan rejab. sudah seminggu ia berlalu. itu semua disebabkan ketidakprihatinan cik aa tentang kalendar hijrah... ruginya...

tengok tajuk... rasa macam budak sekolah rendah pula... nak bact to school segala.
kalau sekolah dulu, bila di sekolah, nak sangat cuti... bila cuti lupa dunia sekejap. kemudian bila saat kembali ke sekolah... ya rabbi... rasa macam pikul dua tong gas... berat sangat fizikal, mental dan semangat... memang berat hati nak pergi sekolah.

the time come again
saat ini, even not a student... perasaan tu tetap ada. berat sangat nak pergi sekolah... rimas... betapa cik aa akan mempunyai perasaan ini untuk bertahun-tahun lamanya. sejak sekolah rendah hingga...

tika ini, cik aa kembali ke sekolah bukan untuk belajar seperti zaman dulu kala.
tapi kali ini, cik aa pula yang akan memberi pelajaran kepada pelajar. semoga ilmu yang cik aa beri diberkati dan bermanfaat untuk semua.

-semoga hilanglah perasaan berat hati cik aa bila tiba waktu persekolahan.

Thursday, June 17, 2010

Amalkan suka membaca

May Allah bless us

napa tiba2 pula membaca ni? Hahaha.. Cik aa memang minat membaca, tapi kebanyakannya picisan like novel, majalah dan kartun. Ada juga majalah ilmiah, tapi...hehehe.. Tuhan saja tahu berapa abad ia terperuk dalam almari sebelum cik aa baca sampai ke halaman terakhir...

ayah suruh beli buku ilmiah sebab pada pandangan dia, segala macam buku(novel &etc) yang penuhkan almari tak datangkan banyak faedah. Sekali baca,lepas tu berhabukla ia. Kan ke rugi. Dia suruh beli buku kewangan ke, motivasi ke & yang sekeluarga dengannya. Bukan tiada cik aa beli,ada cuma tak banyak. Nyatanya, novel lebih majoriti daripada buku historian cik aa (ada sesetengahnya blum habis cik aa baca)

the latest, bulan mei cik aa beli 3 novel dari jemari seni. Balas dendam sebab tangan da lama gatal nak beli novel. Last beli pun tahun lepas. .. Sampai 3 buah cik aa beli.
1. Hlovate-versus (habis baca-1 hari)
2.nazawati-teluki itu untuk aku (habis baca -setengah hari)
3.nasz-sweet sour (tak habis baca lagi)

cik aa memang suka dengan hasil tangan hlovate(banyak da koleksi hlovate dalam almari cik aa). Berdakwah melalui tulisan.masalahnya,dakwah cik aa tak jadi bila cik aa suruh kawan2 baca novel tu.. Mereka tak suka, mungkin belum serasi dengan style tulisan hlovate dan penggunaan BI lebih banyak.

teluki itu untuk aku-karya biasa2 saja

sweet sour. Aduh..aku kesianla kat novel ni, duk terperuk saja. Sampai sekarang tak habis2 lagi. (sory tak bermaksud apa2.cik aa yang silap). Nilah first time cik aa begini, beli novel tapi tak baca. Cik aa baca pun semasa dalam perjalanan,ntah brapa kali ke bandar, kemudian perjalanan ke tawau dan semporna lagi. Tapi novel tu tak habis2 lagi..mungkin kena tawaf 1 sabah, baru cik aa khatam. Sebenarnya cik aa ikut perkembangan novel ni, sejak ayat pertama ditulis oleh penulisnya(as d silent reader). Cik aa suka dengan gaya penulisannya. Santai.. Cik aa x sabar tunggu versi cetaknya bila diberitahu ia akan dicetak. Sungguh kecewa bila baca ulasan kawan2 dalam WR. Ia tak seperti ending yang cik aa sangkakan. Akhirnya watak utama tak bersama dengan orang yang sepatutnya.cik aa da patah hati. Tapi, da tak boleh cancel order(da bayar pun).cik aa kuatkn hati, mungkin tak seperti yg cik aa sangkakan. Bila pejabat pos call, bagitahu ada barang sampai, cik aa yang tak sabar2. Dalam kereta lagi,kotak dibuka, siap baca lagi(blum sampai rumah pun). Sikap cik aa bila baca novel,open d last page..nak cari yang happy ending.. Akhirnya..memang sama dengan ulasan kawan2.. Ianya bagi cik aa bukan happy ending. So, untuk elak cik aa tambah sakit hati, cik aa cuma baca untuk saja2. (menjadi juga penulisan novel ni sebab berjaya corakkan emosi)... InsyaAllah, cik aa akan cuba juga habiskan novel ni.

Wednesday, June 2, 2010

this is what we call a 'life'

salam alaik...

cik aa pun tak pasti, sama ada cik aa yang ketinggalan dan tidak mengambil tahu alam sekeliling, atau sebenarnya alam sekeliling ni yang bergerak merentas masa. kenapa ya?

semua berbondong-bondong mengirim melalui sms, facebook, kad jemputan dan melalui mulut sendiri. semua mereka menjemput atas misi yang satu... meminta agar cik aa hadir ke majlis mereka. saat mereka bergelar raja dan ratu sehari. saat penyatuan dua jiwa menjadi satu. saat termetrai ijab dan kabul. saat menghalalkan hubungan mereka. saat mereka menyandang gelaran suami dan isteri...

semua rakan cik aa seakan-akan berlumba-lumba menamatkan zaman bujang. tidak putus-putus jemputan untuk cik aa. satu-satu melestarikan hubungan mereka.

aduh.... terlalu ramai sampai cik aa pun tak ingat yang mana satu... risau juga lepas ni kalau jumpa, cik aa masih menggunakan gelaran cik padahal dah puan.. tahniah kepada sahabatku yang telah dan bakal berkahwin.

saat keadaan ini berlarutan, barulah cik aa kembali berfikir..
1. adakah usia cik aa sudah semakin larut?
2.kenapa cik aa masih begini..masih sama seperti dulu. langsung tiada perubahan.
3.sebenarnya memang benarlah semua kerisauan orang(keluarga & teman) tentang status cik aa
4. so.....?

cik aa tidak sedar masa sudah menginjak ke hadapan. saat semua orang sedang melangkah ke masa ini, cik aa masih lagi di takuk lama. masih berpegang dengan prinsip lama... akhirnya bila terlalu ramai yang membuat perubahan, barulah saat itu cik aa terkial-kial. rupanya cik aa sudah jauh ketinggalan.

1. zaman belajar di sekolah sudah lama berlalu
2. zaman hidup di universiti juga sudah lama berlalu
3. saat dunia pekerjaan juga sudah dihadapi...

kenapa cik aa baru sedar sekarang yang dunia cik aa masih lagi belum lengkap..
baru sekarang cik aa cuba untuk menoleh, mencari semula apa yang tertinggal di belakang.
tapi apakah yang tertinggal itu masih mampu dikutip semula/ sudah dikutip oleh orang lain...

cik aa cuma mohon agar apa yang ada di hadapan sempat cik aa 'grab'
tolong YA ALLAH agar segalanya berjalan lancar. sesungguhnya manusia merancang, DIA juga merancang. perancangan-NYA adalah yang terbaik...
semoga cik aa dirahmati oleh-NYA