Wednesday, February 24, 2010

dan sesungguhnya

syukur atas segala kurnianNya yang tidak pernah putus


sesungguhnya kala usia menjengah tiba, kita yang dewasa semakin sukar untuk mengingat sudah masuk ke angka berapa ia sekarang. tidak sedar sudah berapa tahun kita menginjak tangga yang sama. sudah berapa tahun kita berteduh di bumbung sama. tapi kita masih dalam keadaan yang sama kerana kita adalah orang yang sama.

keadaan yang sama membuat kita tidak sedar. saat teman seusia sudah beralih status, barulah kita sedar di mana kedudukan kita yang sebenarnya. kala kawan kita sudah mempunyai keluarga, barulah kita nampak sebuah kenyataan. sebuah keadaan yang kita sembunyikan sesuatu yang pasti, bahawa kita sudah tidak lagi berada di zaman yang lalu. kita masih bertakuk pada anggapan yang sama sejak berlalunya tahun secara tidak sedar.

aduh....
semakin takut cik aa meniti usia.
semakin berdebar meniti hari
semakin risau dengan situasi yang mendatang
bila segalanya akan berubah?



~ baru kali ini cik aa terasa mahu menulis setelah sekian lama membiarkan blog ini dihuni oleh anai-anai dan labah-labah. sudah semakin usang ia. atap dan dinding sudah ada yang bocor. moga cik aa mempunyai mood untuk membetulkannya menjadi rumah yang boleh didiami. sekarang ni, baru keluarkan penyapu panjang untuk hilangkan sawang....~