Saturday, August 8, 2009

ALLAH selamatkan kita

ALLAH selamatkan kamu
ALLAH selamatkan kamu
ALLAH selamatkan kalian semua
ALLAH selamatkan kamu...

cik aa dah tak tahu apa lirik seterusnya. memanglah sebab 1st time cik aa dengar lirik tu. panjang lagi sebenarnya...

terharunya cik aa, seumur hidup inilah pertama kali orang menyanyikan lagu ramai-ramai sempena hari jadi cik aa. so touching... wah nak nangis time dengar mereka dan keluarga mereka menyanyikan lagu ini kepada orang yang disambut hari jadinya. sungguh terharu sampai nak potong kek pun rasa gementar. thank you so much kepada keluarga cik wa for this loving service. sudi untuk sambut hari lahir cik aa dengan kek daripada secret recipe. tqvm. love you all.

kepada teman -en. lat... cik aa minta maaf banyak-banyak. bukan tidak sudi untuk datang ke majlis konvo en. lat, tapi ada kekangan yang menghalang. so sorry... just wishing congrats saja.

Friday, August 7, 2009

HAPPY BIRTHDAY

HAPPY BIRTHDAY TO ME 3X

SELAMAT ULANG TAHUN

SELAMAT HARI JADI

I WISH YOU... MORE PRETTY(perasan), MORE RICH(macam mana kalau tak usaha), MORE SUKSES...
MORE TUA ADALAH

ceh... cik aa tengah mengira ni. tak habis-habis lagi dengan matematiknya.. asyik mengira sahaja (dulu dapat apa math?)

so, cik aa... sempena ulang tahun yang ke-? ni nak ucap something:-

1. cik aa nak ucap thanks/syukran kepada DIA yang memberi peluang dan ruang kepada cik aa untuk terus menumpang di bumi-NYA. masih menjadi khalifah-NYA. masih diberi peluang untuk menjadi hamba-NYA. syukran YA ALLAH atas nikmat usia yang KAU berikan. KAU redhai dan berkatilah usiaku agar segalanya memberi manfaat kepada diriku. YA ALLAH, KAU jadikanlah aku sebagai hamba-MU yang sentiasa bersyukur dengan nikmat usia yang KAU berikan kepadaku.

2. thanks to my parents-most welcome to them this sunday. selamat datang, mak & bapa ke tanah semenanjung ni sempena konvo cik aa. thanks for everything. for never give up to support me, until i'm done my study. sehingga berjelar seorang sarjana muda(insyaALLAH). terima kasih to my lovely parents for for everything you have done to me.... there a lot thing...to say but right know i only can say THANKS MUM & DAD... i love u so much... muahhhhh

3. to all my friend yang nak graduat minggu hadapan. TAHNIAH dan selamat meninggalkan alam kampus. semoga tabah menempuh alam perkerjaan pula. thanks kerana sudi menjadi teman cik aa di kala suka dan duka, sudi dengar celoteh cik aa, for that wishing.. adeh, kalau wish tu tak payahlah setkan sekali umur cik aa. tua sangat rasanya dengan angka tu...

4. for everybody who know cik aa-thanks guys-luv u all... MAY HIM BLESS US>

Thursday, August 6, 2009

kira 1, 2, 3...

salam nisfu syaaban

1...
2...
3...
satu-persatu jari yang ada pada tangan dikira. dari ibu jari sampailah ke anak jari.
wahhhh... tak sanggup nak kira. lusa dah harinya.
hari apa?
nak kahwinkah?
nak lari dari rumahkah?
nak cutikah?
nak pergi KLIA balik sabah?
no...no...no...
bukanlah. beberapa hari lagi cik aa akan meningkat usianya...
08/08 datang lagi.
tua dah cik aa... berapa ya umur? dua ...puluh....
kira sendirilah..
tak sedar. usia makin menginjak dewasa namun tiada perubahan pada diri yang boleh dibanggakan. apa yang anda lakukan saat usia mencecah ke satu tangga lagi?
enjoy +
cari life +
masih mencari diri +
@@@@@@@@@
menghitung hari- tak pernahkan kita menghitung hari untuk persediaan? hanya untuk kebaikan kita akan fikir- hari baik akan bakal menjelma. macam cik aa
-family nak datang
-kawan nak kena risik(masa hari lahir cik aa)
-nak konvo next week
-???

adakah anda terfikir bahawa usia sudah menginjak ke satu angka?

Wednesday, August 5, 2009

interview 1

salam syaaban...

esok adalah nisfu syaaban.... banyakkan amal - semoga diterima segala kebaikan kita

semalam balik dari interview... syukurlah kerana salah satu perkara yang membuat jantung cik aa berfungsi pada paras kelajuan 120 denyutan seminit kini sudah berlalu. lega-seleganya...
syukran YA ALLAH kerana segalanya berjalan dengan lancar. walaupun pada awalnya berlaku sedikit kegabrahan... tersesat... ceh padan muka cik aa, siapa suruh tak prepare awal-awal- pergilah buat lawatan sosial dulu sebelum pergi shoping(erk kantoi)

pagi-pagi dah buat risau sebab tak jumpa di manakah tempatnya. taxi driver pun tak tahu di mana tempat tu. so, singgahlah tepi jalan dan bertanya kat makcik-makcik yang ada di tepi jalan. mereka pun tak tahu, tapi katanya dalam sekolah ni ada juga PKG, tapi tak tahu kalau yang ini kamu cari. ada ramai saya nampak orang datang.... dan cik aa pun ?????

silap siapa sebenarnya, kami yang tak jumpa @ orang tempatan yang tak tahu @ KPM yang tak letak alamat penuh...?

don't blame anybody... yang penting dah selamat sampai.

jawab 135 soalan dalam masa 15 minit... bet me... because i can do that... cik aa orang pertama siap untuk ujian tu...(tapi lepas tu risau gila-hahaha... padan muka, jawab soalan tak baca soalan-bolehkah?)

soalan daripada penemuduga...

1. kamu nampak bermacam-macam juvana yang berlaku di sekeliling kamu, bagaimana kamu nak atasi?

2.apa langkah kamu untuk mengatasi masalah-masalah pelajar yang semakin meruncing?

3.bagaimana nak terapkan nilai patriotisme dan nilai murni dalam diri pelajar?

4. siapa nama ketua menteri sabah?

5. sila nyanyikan lagu negeri anda?- semua kawan gelak-kerana cik aa adalah orang terpilih untuk menyanyi(kata kawan-tak apalah, bila lagi nak nyanyi kalau tak ditemuduga-promot lagu negeri sekali)

penat-penat saja cik aa baca semua buku dan artikel yang berkaitan pendidikan, isu-isu semasa dan segala hal yang telah cik aa baca.
pengarah pelajaran negeri perak, KSN, menteri-menteri kabinet... habis dah cik aa baca (tapi kalau dia soal-tak boleh jawab juga) sebab semalam tak dapat tidur... dalam hotel banyak nyamuk... ikutkan hati nak pergi bakar....!!!

syukurlah kerana panel penemuduga cik aa dan kawan-kawan tak skema sangat seperti panel kedua. mereka disoal perkara yang sangat skema(FPK,PIPP etc)

sampaikan cik yatt(orang paling akhir) kena suruh baca doa qunut dan doa mandi wajib- 3 kali dia tanya balik, nak pastikan betul @ tak dia kena baca doa qunut dan 3 kali juga lah penemuduga tu angguk kepala

sebenarnya, semua itu bergantung kepada rezeki kita. ada DIA untuk menolong. setiap perkara ada impaknya, baik atau penuh cabaran.

Sunday, August 2, 2009

interview

salam syaaban-3 hari lagi menuju ke nisfu syaaban

ya ukhti... ya akhi...

walaweiiii.... hari selasa ni cik aa akan ditemuduga di Tasek,Ipoh(cik aa pun tak tahu di mana tempat ni, malah sempat lagi bertanya dengan penyambut telefon dari KPM, tanya di manakah letaknya tempat interview cik aa- nampaknya lepas ni cik aa kena hafal betul-betul peta Malaysia- buat apa tampal tapi tak baca----)

doakan lah semoga cik aa berjaya ditemuduga dan segalanya berjalan dengan lancar. buat teman yang dah melalui salah satu saat-saat genting ni, tahniah kepada anda. kepada mereka yang belum lagi dan akan menghadapinya-selamat dan semoga sukses....

aduhai... sudah beberapa bulan tak belajar. otak pun dah tepu. sekarang nak cairkan semula macam cairkan marjerin dikuali... ayoyo.. takkan nak pergi jemur otak pula, nak buang segala hama-hama yang menumpang.

baca buku semula dan segala isu yang berkaitan dengan pendidikan menyerupai keadaan cik aa saat exam final... tapi masa tu otak tengah mantap... sentiasa kena refresh. sekarang ni, otak dah disimpan di peti beku untuk berbulan-bulan tanpa dibuka.... (macam manalah keadaannya-tak sanggup nak fikir-nak berfikir pun sebenarnya jadi lain...malas.....)

buka internet and cari segala benda... sekali tengok macam dah kamus oxford benda yang sepatutnya cik aa baca.... terus melarikan diri... tak sanggup nak baca, tapi nak buat macam mana, kena baca juga.....

tolonggggggg.......................................

Saturday, August 1, 2009

ogos is here

salam syawal.....(ops.. terkedepan lah pula-tak sabar nak raya lah ni...)
salam syaaban ya akhi ya ukhti

julai baru melabuhkan tirai. ogos kini di depan mata...
sebenarnya tak sanggup nak hadapi.
Y?
coz....
malu pla.... cik aa akan semakin tua....
ayoyoyo... 0808 ni akan menjelma dalam beberapa hari lagi...
dan kala itu, usia cik aa akan meningkat setingkat lagi...
adehhhhh
selalu terlupa (actually sekarang umur cik aa berapa?- tolong kira...)
tak payahlah... nanti cik aa ambil kalkulator, kira sendiri... tak pun,
nanti cik aa pinjam sempua ah seng, kira berapa umur cik aa.

ogos... come again
its independent day...
apalagi sambutan ogos ya?

oh... ya.. nak dikhabarkan juga...
hari tu pergi rumah student, hantar barang. masa tengah hantar tu, ternampaklah penimbang berat badan.
cik aa pun testlah, nak tengok berapa berat badan.
sekali test, sungguh mengejutkan...
berat badan surut lagi.. baru planing nak tambah berat.. turun berkilo-kilo pula tu.
cik aa tanya kepada yang empunya penimbang,

cik aa ; rosakkah?
tuan punya : taklah.
cik aa : macam tipu saja
tuan punya : tak lah. ok saja kami guna.
cik aa : ????