Saturday, May 23, 2009

jom tengok wayang

'cik aa, nak ikut tak p tengok wayang this weekend? x keje kn?'

sms dari paparan N73 itu dibaca sepintas. adui, malasnya keluar. time hujung minggu lah waktu nak rehat secukupnya. time keje ni betul-betul memenatkan. baru saja cik aa mengadu kat teman, bagitahu kat teman bahawa cik aa tak nak keje.

borak via calling...
mus ; buat apa?
cik aa; tengah mop lantai.
mus ; rajinnya?
entahlah. perli atau puji.
cik aa; nilah masa free nak mengemas. kalau tak, mesti macam tongkang pecah
mus ; tak ke mana-manakah?
cik aa; nak rest. penatlah kerja. bolehkah tak kerja?
mus ; boleh
cik aa; habis tu siapa nak bagi makan?
mus ; kan dah cakap, kahwin.
cik aa ; senangnya

lepas ambil tender jadi clearner lebih tiga jam, baru dapat rest kejap. ni barulah hidup dipenuhi dengan kerja....wah... tensi..
cik aa dapat pula sms dari cik wa bahawa dia dah dekat nak sampai. aduhai, tak siap apa lagi ni...
turun bawah, cik wa dah tunggu. wah... naik mitshubishi lancer, mewah tu.
'nak tengok kat mana ni? klang atau damansara?' tuan empunya kereta bertanya.
'ok bos, nak tengok wayang kat mana ni?' cik wa toleh belakang. tahu sangat trick dia, kalau orang duduk belakang, pasti jadi pembuat keputusan.
'klanglah' ceh, nak ulit kenangan sebenarnya. sampai kat jusco, terus beli tiket. tengok cerita syurga cinta. ada kisah lawak. hahaha... cik aa terkejut seorang-seorang kat dalam panggung. orang lain selamba sahaja nonton, sampaikan cik wa yang duduk kat sebelah pun terkejut. kasihan. sampai pop corn habis tercurah kat seat cik aa dan cik wa. hehe. sorry cik wa. entahlah kenapa cik aa terkejut, padahal taklah saspen sangat. aduhai... tapi, sepanjang menonton dipenuhi dengan gelak ketawa. memang lucu.
pengajaran dari syurga cinta
1. corak cinta- syaitan- disebabkan oleh hawa nafsu
2.corak cinta-jin-menggunakan kuasa makhluk halus mendapatkan cinta
3.corak cinta-allah-suci dan murni-sehingga membawa ke syurga.
habis tengok cerita, cik wa dan cik aa pun sambung hobi lama. shopping. cik wa beli kasut tapi awal-awal lagi cik aa ingatkan jangan goda cik aa coz dah banyak koleksi kasut cik aa sampai tak terpakai. tapi tergoda juga cik aa dengan sale yang dibuat oleh voir. sampai 70%. akhirnya sehelai blouse menjadi pilihan cik aa. itupun sama dengan cik wa punya. kembar. cik aa pun tak tahu kenapa beli. padahal cik aa memang tak suka pakai pakai blouse. entah bila nak pakai.
'try this,' huluran baju warna putih corak bunga hijau sudah ada di tangan cik aa. aduh, asyik jadi mangsa saja, jadi model. memang macam nilah selalu, kalau ada baju yang cik wa berkenan, pasti suruh cik aa pakai. cik aa pakai sekejap saja.
'macam baju mengandung' lantas baju itu dibuka.
'nanti,' cik wa menahan. saspen.
'wei, kurusnya cik aa, makan apa ya?' what. terkejut cik aa. takkanlah kurus.
'aku macam biasalah,' cik aa cuba pretend. rasanya jadual makan aku macam biasa saja.
'betul. ketara sangat kurus, cepatlah bagitahu apa formula. aku pun nak kurus juga,' cik aa dah tergelak. betulkah aku dah kurus? tapi takkanlah tak sampai sebulan cik aa kerja dah kurus sangat. oh, no. baru bajet nak tambah berat badan.
'kurang tidur kot. kat rumah, masa tidur aku maksimum 5 jam,' itu kenyataan. kadang-kadang tidur jam 2 pagi.
'bagi kesan ke kalau kurang tidur?'
'mestilah' but cik aa still can't beleive that she was thin..
setelah mencuci mata, yang empunya lancer ajak balik sebab emak cik wa dah bagi amaran, dilarang balik sampai matahari terbenam. terpaksalah balik awal sampai tak sempat nak singgah minum.

No comments:

Post a Comment

komen la. sama2 kita abiskn air liur(eh x yah pn, jaz use u hand)